Pages

Sunday 18 October 2015

Golongan yang Berjihad.

"Didalam Al-Quran, Allah سبحانه و تعالى menurunkan ayat ini; "Tahanlah tangan kamu...” Yakni jangan angkat senjata selagi ada semangat selain daripada untuk menegakkan kalimah tauhid kepada Allah سبحانه و تعالى, iaitu jangan berjihad kerana sifat asobiyyah."

"Semangat asobiyyah yakni semangat berpuak-puak, memihak kepada bangsa, kabilah atau keturunan atau kerana ingin menuntut hak mereka yang dizalimi. Baginda Rasulullah ﷺ ditanya; "Adakah orang yang keluar angkat senjata kerana hamiyyah ditindas atau fanatik untuk mempertahankan kabilahnya itu jihad? Ya Rasulullah?"

"Jawab baginda Nabi ﷺ; “Bukanlah jihad di jalan Allah kecuali orang yang keluar untuk menegakkan kalimah ‘Lailahaillallah’.” Jihad bukanlah sesuatu yang boleh dimulakan oleh manusia kerana sahabat pernah meminta izin kepada Rasulullah ﷺ tetapi Allah سبحانه و تعالى tidak membenarkan."

"Ini untuk mendidik mereka bahawa jihad perlu kepada izin daripada Allah سبحانه و تعالى. Jihad tidak cukup dengan semangat, harta, strategi yang rapi tapi perlu izin dari Allah سبحانه و تعالى. Allah سبحانه و تعالى ingin mendidik sahabat supaya tiada kecenderungan hawa nafsu ketika berjihad, tetapi semata-mata kerana Allah سبحانه و تعالى."

"Pernah Sayyidina Ali tak jadi bunuh seorang kafir yang meludah mukanya kerana dia takut niatnya membunuh kafir itu bukan lagi kerana Allah سبحانه و تعالى tapi mungkin kerana nafsu marahnya kerana diludahi."

"Beliau tidak mahu pedangnya digunakan kecuali untuk tujuan Allah سبحانه و تعالى. Para sahabat ialah generasi itu menjadi contoh pada setiap zaman supaya ketika berjihad mesti meninggalkan semua sebab kecuali untuk Allah."

"Kata Rasulullah ﷺ; "Hanya Allah سبحانه و تعالى yang tahu niat seseorang itu berjihad. Ketika melihat seseorang mati di medan perang, sahabat berkata; “Dia disyurga”, api Rasulullah ﷺ kata; “Dia di neraka.” Apabila disuruh sahabat mendekati orang itu ternyata dia ikut berperang untuk mencuri harta orang kafir dan oleh kerana lukanya banyak, dia tak tahan lalu akhirnya dia membunuh dirinya sendiri."

"Oleh sebab itu jangan terlalu mudah untuk ikut orang yang angkat bendera jihad. Kita tidak tahu ada motifnya, tapi peliknya ramai orang yang ikut. Tidak tahukah kamu, bahawa dalam Sahih Bukhari, Rasulullah ﷺ  menyatakan bahawa kamu akan ditanya nanti."

"Ada tiga golongan yang akan disoal oleh Allah سبحانه و تعالى. Antaranya Orang yang berjihad di jalan Allah. Apabila ditanya, katanya dia jihad kerana Allah. Tapi Allah kata; “Kamu berdusta, kamu jihad supaya orang kata kamu berani dan orang pun dah puji kamu.” Malaikat pun kata dia tipu, dan akhirnya dihumban ke dalam api neraka."

Jaga amalan perbuatan kamu semua - amal intipatinya niat - itu yang dinilai Allah سبحانه و تعالى. Zahir orang yang nampak, tapi isi hati ialah apa yang dipantau Allah سبحانه و تعالى

Dalam Al-Quran bila diingatkan tentang konsep jihad, ianya bukan dengan dasar kecenderungan dan  keinginan saja tanpa mematuhi kepada Allah سبحانه و تعالى. Yang berjihad, kalau niatnya bukan lillahi Taala (kerana Allah Taala), tiada nilai dan tiada ganjaran syuhada disisi Allah سبحانه و تعالى.

"Oleh itu, bilamana ingin berjihad mesti memastikan matlamat dalam jihad itu, tidak cukup hanya dengan mengangkat bendera. Tidak cukup dengan seorang saja pegang mikrofon; “Ayuh kita pergi jihad!” Atau lebih canggih lagi diletak ‘form’ untuk berdaftar di internet. Siapa yang letakkan itu? Apa motifnya?"

"Dia kita pun tidak tahu. Jihad mesti dengan matlamat, tidak cukup dengan semangat saja. Jangan mudah ikut orang yang laung dan bawa nama jihad. Allah mendidik sahabat dan kita semua bahawa bilamana mereka minta jihad? Allah suruh tahan, tunggu izin dari Allah, walaupun mereka dizalimi, ditekan."

"Supaya tiada kecendurungan dalam hati ini untuk menjalankan agama Allah hanya bermotifkan hawa nafsu. Sepertimana Sayyidina Ali enggan membunuh di kafir kerana ada unsur hawa nafsu. Sabda Rasulullah ﷺ; “Tidak sempurna iman kamu sehingga hawa nafsu kamu kecenderungan, keinginan sesuai dengan ajaran yang aku bawa.”

"Bukan perkataan saja, atau perbuatan saja tapi hawa nafsu, kecenderungan, keinginan, hasratnyam azamnya, niatnya, yang didalam tu, belum lagi perkataan, perbuatan, kena sesuai dengan ajaran Rasulullah ﷺ, baru akan mendapat kesempurnaan iman yang sebenar."

"Ini bahagian daripada ‘Tarbiyyah Imaniyyah’ Pendidikan keimanan supaya bilamana seseorang ingin tuntut apa yang menjadi haknya, mesti mengikut apa yang diajarkan Allah سبحانه و تعالى. Bukan setiap orang yang dizalimi itu boleh angkat senjata kepada orang yang menzaliminya. Bukan begitu."

Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.

No comments:

Post a Comment