Pages

Saturday 25 June 2016

Perang Badar al Kubra siri akhir.

Seramai lebih kurang 70 orang tentera musyrikin telah berjaya dibunuh dan di antara mereka ialah : 'Utbah dan Syaibah, keduanya adalah anak-anak Rabi'ah, al- Walid bin 'Utbah. Mereka dibunuh ketika pertempuran satu lawan satu. Kemudian antaranya lagi ialah, Abu Bahturi bin Hisyam dan al-Jarrah iaitu bapa kepada Abu 'Ubaidah. Beliau dibunuh oleh anaknya sendiri iaitu Abu 'Ubaidah.

Selepas ia cuba mengelakkan diri daripada ayahnya, tetapi oleh kerana ayahnya berdegil akhirnya Abu 'Ubaidah terpaksa juga membunuh ayahnya sendiri.

Umayyah bin Khalaf dan juga anaknya 'Ali juga telah dibunuh oleh Bilal bin Rabah dan 'Ammar bin Yasir. Dendam mereka pada Umayyah bin Khalaf disebabkan penyiksaan yang teruk yang telah dilakukannya terhadap mereka berdua ketika di Mekah. Kemudian Hanzhalah bin Abu Sufian dan Abu Jahal bin Hisyam. Ditentang hebat oleh dua remaja Ansar kerana mereka mendengar bahawa Abu Jahal amat menyakiti Rasulullah SAW. Dan kematiannya disegerakan oleh Abdullah bin Mas'ud.

Naufal bin Khuwailid juga dibunuh oleh Ali bin Abi Talib. Turut terbunuh ialah 'Ubaidah dan al- 'As, bapa kepada Abu Uhaihah Sa'id bin al-'As bin Umayyah, dan ramai lagi.

Bilangan orang-orang musyrikin yang berjaya ditawan juga bilangannya 70 orang. Dan antara tawanan yang dibunuh ketika dalam perjalanan pulang ialah 'Uqbah bin Abu Mu'aith dan al-Nadr bin al-Harith. Ketika di Mekah mereka berdua adalah di kalangan mereka yang melakukan penghinaan yang dasyat terhadap Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW mengarahkan agar mereka yang terbunuh diletakkan di dalam telaga Badar, dimana tempat itu telah ditunjukkan oleh Baginda SAW sebelum berlakunya peperangan lagi. Apabila 'Utbah iaitu bapa kepada Abu Huzzaifah (Abu Huzzaifah adalah antara sahabat yang awal memeluk islam ) di campakkan kedalam telaga, maka muka Abu Huzzaifah berubah. Rasulullah SAW memahami perkara tersebut lalu bertanya : " kemungkinan terdapat sesuatu di dalam fikiran kamu mengenai ayahmu ?"
Beliau menjawab : " Tidak, demi Allah! Tetapi apa yang berlaku ialah aku mengetahui bapaku mempunyai pandangan yang bernas, lemah lembut dan berkelebihan. Sebelum ini aku mengharapkan Allah memberikan hidayat-Nya kepadanya, dan apabila aku melihat dia mati dalam keadaan sekarang, maka aku merasa sedih."
Maka Rasulullah SAW mendoakan kebaikan untuknya ( Abu Huzzaifah ).

Manakala para syuhada seramai 14 orang dan mereka adalah :

1. Haritha bin Suraqa al-Khazraji r.a
2. Dhush-shimaalayn ibn ‘Abdi ‘Amr al-Muhajiri r.a
3. Rafi’ bin al-Mu’alla al-Khazraji r.a
4. Sa’d bin Khaythama al-Awsi r.a
5. Safwan bin Wahb al-Muhajiri r.a
6. Aaqil bin al-Bukayr al-Muhajiri r.a
7. Ubayda bin al-Harith al-Muhajiri r.a
8. Umayr bin al-Humam al-Khazraji r.a
9. Umayr bin Abi Waqqas al-Muhajiri r.a
10.Auf bin al-Harith al-Khazraji r.a
11.Mubashshir bin ‘Abdi’l Mundhir al-Awsi r.a
12.Mu’awwidh bin al-Harith al-Khazraji r.a
13.Mahja’ bin Salih al-Muhajiri r.a
14.Yazid bin al-Harith bin Fus.hum al-Khazraji r.a

Kemudian Rasulullah SAW mengarahkan supaya bersiap sedia untuk pulang. Baginda SAW menunggang tunggangannya dan berhenti di pinggir telaga yang dicampakkan mayat-mayat musyrikin ke dalamnya lalu menyeru nama-nama mereka dan bapa-bapa mereka : " Wahai sifulan bin sifulan, wahai sifilan bin sifulan, apakah kamu tidak merasa gembira sekiranya kamu mentaati Allah dan Rasul-Nya? Sesungguhnya kami telah mendapati apa yang dijanjikan oleh tuhan kami sebagai suatu kebenaran. Apakah kamu mendapati apa yang dijanjikan oleh tuhan kamu sebagai suatu kebenaran?."
Umar berkata : " Wahai Rasulullah! Apakah kamu bercakap dengan jasad yang tidak mempunyai roh?"
Baginda SAW menjawab : " Demi tuhan yang Muhammad berada didalam genggaman-Nya ! Kamu semua bukanlah orang yang paling kuat pendengarannya daripada mereka terhadap apa yang aku ucapkan. ( maksudnya mereka mendengar apa yang diucapkan oleh Rasulullah SAW ).

Kemudian Rasulullah SAW menghantar beberapa orang muslimin untuk menyampaikan berita gembira ke Madinah. Baginda SAW menghantar Abdullah bin Rawahah kepada penduduk al 'Aaliyah iaitu mereka yang mendiami kawasan tanah tinggi Madinah, manakala Zaid bin Harithah kepada penduduk al-Saafilah iaitu mereka yang mendiami kawasan tanah rendah Madinah.

Dalam waktu yang sama juga, Ruqqayyah binti Rasulullah SAW isteri kepada 'Uthman bin Affan telah meninggal dunia dan selamat dikebumikan apabila penyampaian berita gembira sampai kepada penduduk Madinah.

Ketika Rasulullah SAW dan tentera-tentera Muslimin hampir sampai ke Kota Madinah, mereka telah disambut oleh anak-anak gadis yang masih kecil sambil memukul kompang sambir bersyair :
   " Bulan purnama telah menyinari kami
Dari celah-celah bukit Thaniyyah al Wada'
     Kewajipan kami ialah bersyukur
Disebabkan seruannya kepada Allah
     Wahai orang yang diutuskan kepada kami
Kamu datang dengan membawa perkara yang ditaati."

Tamat.

Perang Badar al-Kubra siri VII.

- Turunnya Tentera Dalam Kalangan Malaikat.

Dalam riwayat daripada Muhammad Ibnu Ishaq bahawa Rasulullah SAW berkata kepada Abu Bakar : " Wahai Abu Bakar ! Bergembiralah, pertolongan Allah telah datang kepadamu. Itulah Malaikat Jibril a.s yang memegang tali kekang dan menunggang kudanya di atas hamburan debu."

Firman Allah SWT :
" Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedangkan kamu berkeadaan lemah ( kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang ). Oleh itu, bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu bersyukur ( akan kemenangan itu). ( Ingatlah wahai Muhammad ) Ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman ( untuk menguatkan semangat mereka) : " Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera daripada malaikat yang diturunkan?" Bahkan ( mencukupi dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertakwa, dan mereka ( musuh) serta merta datang menyerang kamu, pasti Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda pada masing-masing. Allah tidak menjadikan bantuan tentera malaikat itu melainkan untuk memberi khabar gembira kepada kamu, dan supaya kamu tenteram dengan bantuan itu. Dan ( ingatlah bahawa ) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya daripada Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. ( Kemenangan Badar itu) kerana Allah hendak membinasakan satu golongan daripada orang-orang kafir atau menghina mereka ( dengan kekalahan ) supaya mereka kembali dengan hampa dan kecewa."
     ~ Surah al-Imran : 123 - 127.

Ibnu Ishaq berkata : " Abdullah ibnu Abu Bakar berkata kepadaku daripada seorang Bani Sa'idah daripada Abu Usaid Malik Ibnu Rabi'ah yang turut serta dalam peperangan Badar. Setelah matanya buta, beliau berkata : " Jika hari ini aku berada di Badar dan aku masih dapat melihat, pasti aku akan menunjukkan kepada kamu semua tempat keluarnya para malaikat. Aku tidak ragu-ragu dan mereka-reka cerita ini."
Kemudian beliau menyambung lagi : " beberapa ulama berkata kepadaku bahawa Sayidina Ali Ibnu Abu Thalib berkata : " Serban ialah mahkota orang-orang Arab. Dalam perang Badar, ciri-ciri para malaikat ialah serban putih yang mereka turunkan sampai ke punggung mereka kecuali Malaikat Jibril a.s. Dia mengenakan serban berwarna kuning."

Abu Daud al-Mazini berkata : " Aku mengejar seorang daripada kaum Musyrikin untuk memukulnya. Tiba-tiba kepalanya terjatuh sebelum pedangku sempat memenggalnya. Lalu aku mengetahui bahawa dia telah dibunuh oleh orang lain."

Seorang daripada kaum Ansar datang membawa seorang tawanan iaitu Abbas Ibnu Abdul Muthalib. Lalu Abbas berkata : " Demi Allah! Yang menawanku bukanlah orang ini. Yang menawanku adalah orang yang tidak menggunakan pelindung diri dan paling tampan wajahnya, berkenderaan kuda hitam putih. Aku tidak melihatnya ditengah-tengah kaum."
Orang Ansar itu berkata : " Aku yang menawannya wahai Rasulullah."
Baginda SAW menjawab : " Diamlah kamu! Allah SWT telah membantumu dengan malaikat yang mulia."

- Iblis Melarikan diri dari medan pertempuran.

Telah disebut bahawa iblis datang dalam keadaan menyerupai Suraqah Ibnu Malik Ibnu Ju'syam al-Mudliji. Dan dari saat itu, dia sentiasa bersama merela. Tetapi apabila iblis melihat tentera malaikat bersama dengan tentera muslimin, iblis terus melarikan diri. Lantas al Harith Ibnu Hisyam berjaya menghalangi Suraqah kerana dia menyangka bahawa iblis itu ialah Suraqah. Namun Iblis berjaya menolak dadanya dan berjaya menjatuhkannya dan kemudian terus melarikan diri.

Lalu kaum Musyrikin berkata kepadanya : " Ke manakah engkau mahu pergi wahai Suraqah? Bukankah engkau mengatakan bahawa engkau akan melindungi kami dan tidak meninggalkan kami?"
Iblis menjawab : " Sesungguhnya aku melihat apa-apa yang tidak kalian lihat. Sesungguhnya aku takut kepada Allah, dan Allah sangat keras seksaan-Nya."
Kemudian dia melarikan diri dan mencampakkan dirinya ke dalam laut.

Tanda-tanda kegagalan semakin jelas pada barisan kaum musyrikin. Mereka mulai gugur seorang demi seorang. Peperangan hampir berakhir hingga kaum musyrikin terdesak untuk melarikan diri. Ketika Abu Jahal melihat ada tanda-tanda kekalahan di barisan kaum musyrikin, dia berusaha kuat untuk memberi semangat kepada tenteranya. Dengan kesombongannya dia berkata : " Larilah Suraqah ( iblis ) jangan sampai kalian kalah kerana dia berada di atas perjanjian dengan Muhammad. Utbah, Syaibah dan al-Walid telah dibunuh, tetapi jangan sampai kalian takut kerana mereka tergesa-gesa. Demi Latta dan Uzza!! Kita tidak akan pulang sebelum menundukkan mereka di bukit ini. Balaslah serangan mereka!!."

Tetapi hakikat kesombongan itu segera lebur di hadapannya. Tidak lama kemudian barisan kaum Musyrikin berpecah belah akibat serangan keras dari kaum muslimin. Walaupun di sekeliling Abu Jahal masih ada saki baki tenteranya yang melindunginya dengan pedang dan tombak mereka, namun serangan kaum Muslimin telah dapat mematahkan dan memusnahkan perlindungan dan pertahanan tersebut. Ketika itu Abu Jahal berada di atas kudanya dan kematiannya sedang menanti melalui tamgan dua orang kanak-kanak kecil daripada kaum Ansar.

- Tewasnya Abu Jahal.

Abdur Rahman Ibnu Auf berkata : " Dalam perang badar, aku turut serta dalam barisan kaum Muslimin. Setiap kali aku melihat ke kanan dan ke kiri, aku sentiasa melihat dua orang kanak-kanak kecil sehingga aku tidak yakin bahawa mereka itu berada di sisiku. Tiba-tiba salah seorang dari mereka berkata secara diam-diam kepadaku, " wahai pakcik, tunjukkanlah Abu Jahal kepadaku."
Aku bertanya kepadanya : " Apakah yang ingin engkau lakukan terhadapnya?"
Dia menjawab : " Aku mendengar bahawa dia mencaci Rasulullah SAW. Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya. Apabila aku melihatnya, aku akan membunuhnya atau aku mati dibunuh olehnya."
Lantas aku berasa kagum terhadapnya. Malah kanak-kanak yang lain pun mengatakan demikian kepadaku. Kemudian aku pun melihat Abu Jahal sedang berkeliaran di tengah-tengah orang ramai. Kemudian aku berkata kepada mereka : " Tidakkah kalian melihat apa-apa? Itulah orang yang kalian tanyakan kepadaku."
Dalam masa itu juga, mereka menyerang Abu Jahal dan memukulnya dengan pedang hingga Abu Jahal tewas.

Setelah itu, mereka pergi berjumpa Rasulullah SAW. Lalu Baginda SAW pun bertanya : " Siapakah di antara kalian yang membunuh Abu Jahal?."
Lantas mereka berkata : " Aku yang telah membunuhnya."
Akhirnya Rasulullah SAW memberikan harta yang ada di tubuh Abu Jahal kepada Muaz Ibnu Amru Ibnu al- Jamuh dan Muawwaz Ibnu Afra'. Ibnu Ishaq berkata : " bahawa Muaz Ibnu Amru Ibnu al-Jamuh berkata : " Aku mendengar Abu Jahal dilindungi dengan pedang pedang dan tombak tombak kaum musyrikin, lalu mereka mengatakan : " Abul Hakam ( Abu Jahal ) tidak boleh disentuh ileh sesiapa pun."
Ketika aku mendengarnya,  hal itu kujadikan urusanku. Aku pun bertekad untuk melakukannya. Ketika keadaan mengizinkan, aku pun menyerangnya dan aku menetak kakinya dengan pedangku sehingga putus.

Kemudian, bahuku pula ditetak oleh anaknya Ikramah sehingga tanganku terputus dan masih bergantungan pada kulit bahuku. Namun peperangan membuatkan aku tidak peduli akan hal itu. Seluruh hariku, kugunakan untuk bertempur dan tanganku yang terputus, kugantungkan pada belakang punggungku. Ketika aku berasa terganggu dengannya, aku letakkan kakiku di atasnya dan aku aku pusingkan dadaku sehingga ia terputus. Setelah itu, Muawwaz Ibnu Afra' menuju kepada Abu Jahal yang sedang menahan dirinya untuk berjalan. Lantas aku memukul Abu Jahal sehingga dia tidak bergerak lagi.  Kemudian aku meninggalkannya dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. Selepas itu Muawwaz terus bertempur sehingga gugur syahid.

Setelah perang berakhir, Rasulullah SAW berkata : " Siapa yang melihat apa-apa yang telah dilakukan oleh Abu Jahal?"
Kemudian Abu Jahal ditemui oleh Ibnu Mas'ud. Ibnu Mas'ud meletakkan kakinya di atas leher Abu Jahal dan menarik janggutnya untuk memenggal kepalanya dan berkata : " Wahai musuh Allah!, adakah kamu berasa di laknat oleh Allah."
Abu Jahal berkata :" Dengan apa Dia mahu melaknat aku? Apakah laknat orang yang dibunuh oleh kaum kerabatnya sendiri? Untuk siapakah kemenangan hari ini?
Ibnu Mas'ud menjawab : " Untuk Allah dan Rasul-Nya."
Di jawab oleh Abu Jahal yang ketika itu kepalanya dipijak oleh Ibnu Mas'ud : " Dengan susah payah, kedudukanmu telah naik wahai pengembala kambing!."

Setelah dialog di antara keduanya selesai, lalu Ibnu Mas'ud memenggal kepala Abu Jahal untuk dibawa kepada Rasulullah SAW. Lalu dia berkata : " Wahai Rasulullah! Inilah kepala musuh Allah, Abu Jahal."
Baginda SAW pun berkata : " Tidak ada Tuhan melainkan Allah" sebanyak tiga kali. Baginda SAW berkata lagi : "  Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah yang menepati janji-Nya, menolong hamba-Nya dan menghancurkan musuh-musuh-Nya dengan sendiri-Nya. Berangkatlah , tunjuklah ia kepadaku."
Kami pun berangkat pulang, Akhirnya kami membawa kepala Abu Jahal untuk ditunjukkan kepada Rasulullah SAW. Lantas Baginda SAW berkata : " Inilah Firaun bagi umat ini."

Bersambung.......

Perang Badar al-Kubra siri VI

Nabi SAW memberikan arahan terakhir kepada pasukan Muslimin untuk melakukan serangan balas. Baginda SAW membangkitkan semangat perang dengan sabdanya : " Bangkitlah untuk masuk syurga yang luasnya seluas langit dan bumi."

Maka para pemuda kaum Muslimin yang tidak takut akan mati, saling berlumba untuk mengejar syahid dan mengecap kebahagiaan yang hakiki. Ketika itu Umair ibnu al-Hamman menyahut, " sungguh indah! Sungguh indah! ."
Kemudian Rasulullah SAW bertanya : " Apakah yang mendorongmu berkata demikian ?"
Umair menjawab : " Wahai Rasulullah! Demi Allah!, aku mengatakan demikian kerana aku ingin menjadi penghuninya."
Lalu Baginda SAW berkata : " kamu akan termasuk dalam kalangan orang yang akan menghuninya."

Kemudian Umair mengeluarkan bekalan kurma dari dalam sakunya. Setelah makan beberapa biji kurma, dia pun berkata : " Kalaulah aku hidup sampai menghabiskan semua kurma ini, ia adalah terlalu lama." Lantas dia membuang semua sisa kurmanya dan maju menyerang musuh sehingga ia gugur syahid.

Demikian pula Rasulullah SAW apabila ditanyai Auf Ibnu al-Harith : " Wahai Rasulullah ! Apakah yang membuatkan Allah berbahagia terhadap hamba-hamba-Nya."
Baginda SAW menjawab : " Dia terjun di tengah-tengah musuh dalam keadaan terbuka dan mencabut baju besi yang ada pada dirinya."
Kemudian Auf Ibnu al-Harith pun melemparkan baju besinya lalu mengambil pedangnya dan memerangi musuh sehingga beliau gugur syahid.

Apabila pasukan Muslimin menerima perintah untuk menyerang, maka saat itu jugalah semangat mereka sentiasa berkobar-kobar. Mereka melakukan serangan hebat terhadap tentera musyrikin. Mereka berjaya membelah barisan dan memenggal leher musuh mereka. Semangat mereka semakin memuncak apabila melihat Rasulullah SAW bangkit mengenakan pakaian besi lalu berkata dengan lantang : " Golongan itu pasti akan dikalahkan dan mereka akan berundur!!."
Kaum muslimin pun berperang dengan bermati-matian. Malah mereka turut dibantu oleh tentera yang terdiri dari kalangan para Malaikat...

Bersambung ..... Para Malaikat Turut Serta Dalam Perang Badar , Iblis melarikan diri dlm pertempuran dan pemenggalan kepala Abu Jahal.

Perang Badar al Kubra siri V.

Selepas tamat perlawanan satu lawan satu, maka Rasulullah SAW melakukan pemeriksaan saf dengan membawa ranting pokok di tangannya. Baginda SAW melalui tempat Sawad bin 'Aziyyah iaitu sekutu bani Najjar. Ketika ini beliau terkeluar daripada saf lalu Rasulullah SAW mencucuk perutnya dengan ranting yang dibawa sambil berkata : " Luruskan saf wahai Sawad."
Lalu Sawad berkata : " Kamu telah menyakiti aku wahai Rasulullah. Sedangkan kamu diutuskan membawa kebenaran dan keadilan. Oleh itu berilah aku peluang untuk membalas apa yang telah kamu lakukan."
Maka Rasulullah SAW menampakkan perutnya lalu berkata : " Balaslah wahai Sawad ."
Maka Sawad memeluk perut Rasulullah SAW dan menciumnya.
Lalu Rasulullah SAW bertanya : " Apa yang menyebabkan kamu berbuat demikian Sawad?"
Sawad menjawab : " Wahai Rasulullah, sebagaimana yang kamu lihat , musuh sudah berada di hadapan, aku mahu supaya kulitku menyentuh kulitmu di waktu terakhir aku bersamamu."
Lalu Rasulullah saw mendoakan kebaikan untuknya.

Kemudian Rasulullah SAW menyampaikan pesanan kepada tentera muslimin dengan mengatakan : " Janganlah serang sehingga aku perintahkan supaya serangan dilakukan. Sekiranya musuh mengepung kamu, maka hujanilah mereka dengan anak panah. Jangan kamu menghunuskan pedang sehinggalah mereka berada di jarak yang dekat dengan kamu."
Kemudian Baginda SAW memberikan semangat supaya tetapkan pendirian dan bersabar. Selepas itu Baginda SAW pulang ke khemahnya sambil diiringi oleh Abu Bakar, dan pengawalnya Sa'd bin Mu'az berdiri di pintu khemah dengan pedang yang terhunus.

Diantara doa Rasulullah SAW ketika itu ialah : " Ya Allah! Aku benar-benar mengharapkan janji-Mu. Ya Allah! Sekiranya Kamu mahu, Kamu tidak akan di sembah."
Lalu Abu Bakar berkata :" Cukuplah! Sesungguhnya Allah akan menunaikan janji-Nya kepadamu."
Rasulullah SAW keluar dari khemahnya lalu berkata : " Mereka akan dikalahkan dan akan mengundur ke belakang."
Kemudian Rasulullah SAW menyambung lagi kata untuk menaikkan semangat tenteranya : " Demi jiwa Muhammad didalam genggaman-Nya! Pada hari ini setiap orang yang berperang, lalu dia dibunuh dalam keadaan bersabar, mengharapkan keredhaan Allah dan menghadapi musuh tanpa melarikan diri, maka semuanya akan dimasukkan syurga oleh Allah. Sesiapa yang membunuh musuh, maka barang al Salb menjadi miliknya."
Ketika itu juga 'Umar bin al Hamam berkata dalam keadaan di tangannya terdapat beberapa biji kurma yang sedang dimakannya : " Wah! Kalau begitu tidak ada perkara yang menghalangku daripada memasuki syurga melainkan mereka membunuhku."
Kemudian beliau mencampakkan buah kurma yang masih ditangannya, mengambil pedangnya dan berperang sehinggalah terbunuh. ( beliau adalah orang yang pertama terbunuh di dalam peperangan badar ).

Dan peperangan bermula dengan sengit. Allah membantu muslimin dengan menghantar tenteranya ( malaikat ) sebagai berita gembira dan penenang hati mereka. Peperangan berterusan sehinggalah tentera musyrikin kalah dan melarikan diri.

Bersambung ........

Perang Badar al Kubra siri IV

Baginda SAW meneruskan kemaraan sehingga sampai ke kawasan yang paling hampir dengan kawasan perkhemahan musuh. Kemudian mengarahkan semua sumber air lain yang berada di belakang mereka ditimbus supaya musyrikin tidak boleh mendapatkan bekalan air yang berada di belakang kawasan perkhemahan tentera muslimin. Baginda SAW juga mengarahkan supaya dibina kolam di kawasan air tempat mereka berkhemah.

Kemudian Sa'ad bin Mu'az, ketua orang-orang Aus berkata : " Wahai Nabi Allah!, adakah kamu bersetuju sekiranya kami binakan sebuah khemah khusus untukmu dan kami mempersiap-sediakan tunggangan kamu di situ, selepas itu kami akan menghadapi musuh? Sekiranya Allah menjadikan kita mulia dan memberikan kemenangan, maka itulah yang kami sukai. Sekiranya apa yang berlaku adalah sebaliknya, maka kamu boleh bergabung dengan kaum kami yang tidak menyertai peperangan ini. Wahai Nabi Allah, sesungguhnya mereka yang tidak menyertai peperangan ini kecintaan mereka kepadamu tidak kurang daripada kecintaan kami kepadamu. Begitu juga dalam ketaatan kepadamu dalam melaksanakan jihad dan keikhlasan. Sekiranya mereka menyangka kamu akan melancarkan peperangan, mereka tidak akan mengundurkan diri. Apa yang mereka sangka ialah kamu akan menghalang rombongan dagang. Semoga Allah menjadikan mereka pertahanan kamu, memberikan pandangan-pandangan kepadamu dan bersedia untuk berjihad bersama-sama kamu."
Kemudian Rasulullah SAW bersabda : " Semoga Allah menentukan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu nyatakan."

Kemudian khemah khusus dibina untuk Rasulullah SAW di atas kawasan tanah tinggi untuk memudahkan Baginda SAW mengikuti perkembangan yang berlaku di medan peperangan.

Apabila tentera muslimin berkumpul, Baginda SAW memperbetulkan saf-saf mereka dan bahu-bahu mereka bersentuhan. Dengan itu mereka seolah-olah satu bangunan yang utuh. Kemudian Baginda SAW melihat orang-orang Quraisy lalu berkata : " Ya Allah! Sesungguhnya orang-orang Quraisy ini telah datang dengan penuh kesombongan dan kebanggaan. Mereka datang untuk mencabar Kamu dan mengatakan Rasul-Mu berbohong. Ya Allah! Pertolongan yang Kamu janjikan untukku menjadi harapan."

Dalam waktu yang sama berlaku perselisihan di kalangan ketua-ketua tentera musyrikin. Ini kerana 'Utbah bin Rabi'ah bercadang untuk menghalang daripada tercetusnya peperangan dan bersetuju untuk membayar diat 'Amru bin al Hudrami yang merupakan sekutunya yang dibunuh oleh sariyyah Abdullah bin Jahs dan juga bersetuju untuk menanggung kerugian yang dialami oleh rombongan dagangnya. Dia mengajak orang ramai untuk mengambil tindakan yang sama. Dan berita tersebut sampai ke pengetahuan Abu Jahl dan dia mengecapnya sebagai pengecut sambil berkata : " Kita tidak akan pulang kecuali selepas Allah menentukan hukum-Nya dalam pertikaian antara kita dengan Muhammad."

Sebelum berlaku peperangan, al Aswad bin Abu al Aswad al Makhzumi keluar daripada saf tentera musyrikin sambil berkata : " Aku berjanji kepada Allah untuk meminum air daripada kolam yang mereka bina, atau aku memusnahkannya, ataupun aku mati kerana melaksanakan cita-citaku itu."

Hamzah keluar untuk menghadapi al- Aswad. Beliau memukul al Aswad menggunakan senjata dan berjaya memotong betisnya. Al Aswad jatuh, tetapi tetap merangkak menuju ke kolam untuk melaksanakan sumpahnya. Hamzah mengikutnya lalu membunuhnya. Kemudian Rasulullah SAW bangun memberikan semangat kepada tentera muslimin supaya tetapkan pendirian dan bersabar. Diantara yang disebut ialah : " Sesungguhnya bersabar ketika menghadapi kesusahan adalah di antara penyebab Allah melepaskan seseorang daripada kesusahan dan menyelamatkannya daripada kesedihan.

Selepas itu peperangan dimulai dengan pertempuran satu lawan satu. Pihak musyrikin diwakili oleh tiga orang iaitu 'Utbah bin Rabi'ah dan saudaranya Syaibah serta anaknya al- Walid. Mereka meminta untuk menghadapi orang yang setanding dengan mereka. Dengan itu tiga orang Ansar keluar untuk menghadapi mereka, tetapi mereka menolak dengan berkata : " Kami tidak memerlukan kamu. Kami perlukan orang yang setanding dengan kami dari bangsa kami."

Maka Rasulullah SAW mengarahkan ' Ubaidah bin al Harith bin al-Mutallib untuk menghadapi 'Utbah, Hamzah menghadapi Syaibah, dan Ali bin Abu Talib menghadapi al Walid.

Perlawanan antara 'Ubaidah dan 'Utbah saling tetak menetak dan masing masing berjaya mencederakan lawannya. Lalu Ali dan Hamzah membantu ' Ubaidah dan berjaya membunuh ' Utbah. Mereka membawa 'Ubaidah kepada tentera muslimin dalam keadaan luka sehingga sumsum tulang betisnya meleleh keluar. Muslimin membaringkannya di sebelah Rasulullah SAW. Lalu Baginda SAW melunjurkan kakinya dan meletakkan pipi 'Ubaidah di atasnya. Baginda SAW memberitakan berita gembira sebagai seorang syahid kepadanya lalu berkata : " Demi Allah! Aku suka sekiranya Abu Talib masih hidup untuk dia mengetahui bahawa kita lebih layak untuk mengungkapkan apa yang pernah diungkapkannya dahulu : " Kami akan mempertahankannya ( Muhammad) sehingga kami mati di sekelilingnya. Untuk itu kami akan melupakan anak-anak dan para isteri kami. "

Bersambung...............

Perang Badar al Kubra siri III

Dengan itu wajah Rasulullah SAW kelihatan berseri-seri. Baginda SAW bersabda sebagaimana yang diriwayatkan oleh Bukhari ;  " Bergembiralah, Demi Allah! Aku seolah-olah melihat tempat pembunuhan kaum". Melalui kenyataan tersebut, tentera Islam mengetahui bahawa peperangan sudah tidak dapat dielakkan lagi.

Abu Sufian mengetahui bahawa tentera muslimin keluar untuk menahan rombongan dagangnya, dan ia telah melalui jalan lain iaitu melalui jalan pantai. Tindakkan tersebut telah berjaya menyelamatkan rombongan dagangnya. Dia telah menghantar utusan untuk memberitahu Quraisy bahawa mereka selamat dan mencadangkan supaya Quraisy pulang ke Mekah.

Apabila Abu Jahl mendapat berita tersebut lalu beliau berkata : " Kita tidak akan pulang sehinggalah kita sampai di Badar dan kita tinggal di sana selama tiga hari. Ketika itu kita akan menyembelih binatang, memberi makan, minum arak dan orang-orang Arab akan mendengar berita mengenai kita. Dengan itu mereka selama-lamanya gerun terhadap kita". Al Akhnas bin Syariq a Thaqafi berkata kepada bani Zuhrah : " Pulanglah wahai kaum. Sesungguhnya Allah telah menyelamatkan harta benda kamu". Dengan itu mereka pun pulang. Tidak ada seorang pun dikalangan bani Zuhrah dan bani 'Adawi yang menyertai peperangan Badar. Kemudian tentera Quraisy meneruskan kemaraan mereka sehingga sampai di lembah Badar. Mereka berkhemah di kawasan yang mengadap ke Madinah iaitu di kawasan bertanah lembik.

Tentera muslimin pula, mereka menghampiri kawasan Badar, Rasulullah SAW menghantar Ali bin Abu Talib dan al Zubair bin al Awwam untuk mencari maklumat. Mereka telah bertembung dengan para pemberi minum orang-orang Quraisy. Di kalangan mereka terdapat hamba kepunyaan bani al Hajjaj dan hamba kepunyaan bani al 'As. Dan kedua duanya dibawa kepada Rasulullah SAW. Ketika itu Baginda SAW sedang solat. Ali dan al Zubair bertanya kepada mereka berdua untuk mengetahui siapakah mereka sebenarnya. Mereka menjawab : " Kami adalah pemberi minum kepada orang- orang Quraisy. Mereka telah mengarahkan kepada kami supaya mencari air untuk diminum.". Kemudian Ali dan Zubair memukul mereka berdua kerana mereka adalah hamba kepada Abu Sufian. Setelah selesai solat, Rasulullah SAW berkata : " Apakah apabila mereka berkata benar, kamu memukulnya dan apabila mereka berbohong, kamu tidak mengapa-apakannya?. Keduanya telah berkata benar. Demi Allah! Keduanya adalah milik Quraisy.

Baginda SAW berkata : " Beritahu aku mengenai Quraisy" .
Mereka menjawab : " Mereka ada di belakang bukit ini ."
Baginda SAW bertanya : " Berapa ramai bilangan mereka ?."
Mereka menjawab : " kami tidak mengetahuinya ."
Baginda SAW bertanya lagi : " Berapa ekor sembelihan yang mereka lakukan setiap hari ?."
Mereka menjawab :" Kadang-kadang sembilan dan kadang-kadang sepuluh."
Baginda SAW berkata : " Bilangan mereka ialah sembilan ratus dan seribu ."
Kemudian Baginda SAW bertanyakan kepada mereka lagi : " Siapakah pembesar-pembesar Quraisy yang ikut serta."
Dan mereka berdua menyebut bilangan yang ramai. Radulullah SAW bersabda kepada para sahabatnya : " Mekah telah mempersembahkan para pembesarnya kepada kamu ."

Kemudian tentera muslimin meneruskan kemaraannya sehingga mereka berkhemah di kawasan lembah yang dekat dengan Madinah. Kawasan tersebut jauh daripada air dan tanahnya pula kering dan keras. Dengan itu tentera muslimin merasa dahaga. Ketika itu syaitan membisikkan hasutannya kepada mereka bahawa tentera musyrikin akan melambat-lambatkan waktu pertempuran supaya tentera muslimin ditimpa dajaga dan kekuatan mereka menjadi lemah, dan ketika itu mereka akan lakukan apa sahaja yang disukai terhadap mereka. Kerana rahmat dan kemurahan Allah SWT semangat mereka tetap kental dan tidak menurun. Dan selepas itu Allah menurunkan hujan sehingga lembah kawasan mereka perkhemahan mereka mempunyai air. Dan mereka minum serta membuat kolam untuk menyimpan air di kawasan berhampiran. Mereka mandi dan wudhu dan memenuhkan bekas air yang di bawa. Tanah menjadi padat sehinggakan pijakkan kaki menjadi mantap. Pada waktu yang sama pula, hujan yang turun menjadi masalah besar kepada tentera musyrikin. Tanah tempat mereka berpijak menjadi berlumpur sehinggakan menyukarkan pergerakkan mereka.

"...... Dan Dia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengannya dan menghapuskan daripada kamu gangguan syaitan dan juga untuk menguatkan hati kamu dan menetapkan dengannya tapak pendirian ( kamu di medan pertempuran)."
                                               -  Al - Anfal : 11

Ketika Rasulullah SAW tidur, Allah telah memperlihatkan sedikitnya bilangan tentera musuh kepada Rasul-Nya, dan juga Allah memperlihatkan bilangan tentera Rasulullah SAW yang sedikit kepada musuh. Ini kerana supaya tentera muslimin tidak patah semangat dan supaya Allah melaksanakan apa yang telah ditetapkan.

"  ( Ingatlah wahai Muhammad ) ketika Allah memperlihatkan mereka kepadamu dalam mimpimu sedikit bilangannya dan kalaulah Dia perlihatkan mereka kepadamu ramai ( bilangannya ), tentulah kamu akan merasa gerun dan tentulah kamu akan berbantah-bantahan dalam urusan ( perang ) itu. Akan tetapi Allah telah menyelamatkan kamu. Sesungguhnya Allah Mengetahui akan segala ( isi hati ) yang ada di dalam dada. Dan (ingatlah) ketika Dia memperlihatkan mereka kepada kamu sekalian semasa kamu bertemu dengan mereka, sedikit bilangan pada penglihatan mata kamu dan kamu pula diperlihatkan-Nya, sedikit bilangannya pada pandangan mereka, kerana Allah hendak melakukan sesuatu perkara ( kemenangan Islam ) yang telah ditetapkan berlaku. Dan (ingatlah) kepada Allah jua dikembalikan segala urusan ."        ~ al Anfal : 43 - 44.

Kemudian tentera muslimin meneruskan kemaraan sehingga mereka berkhemah di kawasan mata air Badar yang pertama. Lalu al Hubab bin al Munzir al Ansari berkata : " Wahai Rasulullah! Adakah tempat ini hasil dari wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada kamu yang kita tidak mempunyai pilihan lain, ataupun ia merupakan pendapat, strategi peperangan dan helah?."
Lalu Rasulullah SAW menjawab : " Ia merupakan pendapat, strategi peperangan dan helah."
Al Hubab berkata : " Wahai Rasulullah! Ini bukanlah tempat yang sesuai untuk kamu berkhemah. Maralah bersama tentera sehingga kamu sampai ke kawasan mata air yang paling hampir dengan musuh. Aku mengetahui kawasab yang mempunyai mata air yang mempunyai mata air yang mengeluarkan air yang banyak. Kita akan berkhemah di situ dan kita timbus punca air selainnya. Kemudian kita bina kolam dan kita penuhkannya dengan air. Dengan itu kita dapat minum dan musuh tidak mendapatnya. "
Rasulullah SAW menjawab : " kamu telah mengemukakan pendapat yang bernas."

# Al- Hubab bin al Munzir seorang yang berpandangan yang bernas. Beliau dikenali dengan Abu 'Amru. Menyertai perang Badar dan pendapat beliau telah disetujui juga oleh malaikat Jibril ketika di perang Badar. Meninggal dunia di zaman Khalifah Umar. #

Bersambung..............

Perang Badar al Kubra siri II.

Tidak berapa lama selepas peristiwa Rasulullah s.a.w keluar untuk menyekat rombongan dagang Quraisy yang besar menuju ke Syam, tetapi tidak berjaya. Baginda s.a.w sentiasa mencuba untuk mendapatkan berita mengenai kepulangan mereka. Apabila mendapat berita kepulangan mereka, Baginda s.a.w menyeru para sahabatnya  :  "Rombongan dagang Quraisy dalam perjalanan pulang, keluarlah, semoga Allah mengurniakan kepadamu harta ghanimah."

Sebahagian daripada sahabat menyahut seruan tersebut dan yang lain merasa keberatan. Ini disebabkan mereka menyangka bahawa Rasulullah s.a.w tidak mahu melancarkan peperangan. Ini kerana Rasulullah s.a.w tidak mengadakan kerahan tenaga. Malah Baginda s.a.w bersabda : Sesiapa yang mempunyai tunggangannya sekarang, maka dia hendaklah menyertai kami. Baginda s.a.w tidak menunggu mereka yang tunggangannya tidak ada pada waktu itu. Rasulullah s.a.w keluar pada malam ketiga di bulan Ramadhan selepas melantik Abdullah bin Ummu Maktum sebagai pengantinya di Madinah ( beliau adalah sepupu Khadijah sebelah ibu, telah lama memeluk islam dan tergolong di kalangan muhajirin yang mula mula berhijrah. Di kebanyakan peperangan yang dilancarkan oleh Rasulullah, Baginda s.a.w melantik beliau sebagai pengantinya di Madinah untuk mengimami solat. Ini kerana beliau seorang yang buta . Beliaulah yang disebut oleh firman Allah swt. yang bermaksud: " Dia ( Muhammad ) memasam muka dan berpaling. Kerana telah datang seorang buta kepadanya." Beliau adalah tukang azan kedua Rasulullah saw selepas Bilal. Keluar menyertai peperangan al- Qadisyiah dan mati syahid di sana dalam keadaan memegang panji panji tentera muslimin. )."

Terdapat seramai 313 orang yang berangkat bersama-sama Rasulullah s.a.w. Bilangan orang Ansar ialah lebih daripada 240 orang. Bakinya adalah orang-orang Muhajirin. Terdapat dua ekor kuda dan 70 unta yang menjadi tunggangan mereka. Pembawa panji-panji ialah Mus'ab bin Umair al- 'Abdari. (mereka bergilir-gilir menunggangnya. Dua atau tiga orang menunggang seekor unta.

Setiap dari mereka akan bergilir menunggangnya dalam jarak tertentu. Rasulullah s.a.w sendiri bergilir-gilir menunggang seekor unta dengan 'Ali dan Marthad bin Abu Marthad.) Apabila Abu Sufian mengetahui bahawa Rasulullah s.a.w telah keluar untuk menghalangnya, dia mengupah seorang penunggang untuk bertemu orang-orang Quraisy dan memberitahu mereka apa yang berlaku. Apabila pihak Quraisy mendapat berita tersebut,semangat mereka membara dan mereka berasa bimbang terhadap keselamatan perniagaan mereka. Dengan itu kerahan tenaga segera dilakukan. Tidak ada seorang pun pembesar Quraisy yang tidak ikut serta kecuali Abu Lahab. Dia telah menghantar al-As bin Hisyam bin al- Mughirah sebagai ganti dirinya. Umayyah bin Khalaf cuba untuk mengundurkan diri disebabkan peristiwa yang berlaku diantara dirinya dengan Sa'd bin Muaz ketika Sa'd melakukan umrah tidak berapa lama selepas Rasulullah berhijrah. Sa'd berkata sebagaimana yang diriwayatkan oleh Bukhari. Aku mendengar Rasulullah s.a.w berkata : Sesungguhnya mereka akan membunuh kamu. Umayyah bertanya : Di Mekah ?. Sa'd menjawab : aku tidak tahu." Maka Abu Jahal mencelanya sehinggalah dia bersetuju untuk keluar.

Tetapi kehendak Allah mengatasi segalanya. Kematian telah menjemputnya sekalipun dia tidak mahu. Terdapat juga sekumpulan pembesar Quraisy yang berazam untuk tidak turut serta, etapi mereka di cela dan dipujuk. Disebabkan apa yang berlaku, para pembesar Quraisy bersepakat untuk keluar menghadapi Rasulullah s.a.w . Mereka keluar dengan rasa malas dan susah. Dan mereka disediakan dihadapan mereka penyanyi penyanyi perempuan yang menyanyikan lagu lagu menghina Islam.

Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka dengan berkata: "Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu, dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong kamu". Maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-masing kelihatan (berhadapan), Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: "Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah, dan Allah sangat berat azab seksaNya". (Al-Anfaal 8:48).

Bilangan orang -orang musyrikin yang keluar untuk menghadapi Rasulullah s.a.w ialah 950 orang. Mereka membawa 100 ekor kuda dan 700 ekor unta. Rasulullah s.a.w sedikitpun tidak mengetahui apa yang telah dilakukan oleh orang-orang musyrikin. Tujuan Rasulullah s.a.w hanyalah untuk menghalang rombongan dagang. Dengan itu Baginda s.a.w berkhemah di Buyut al-Saqya, diluar kota Madinah.

Baginda memeriksa tentera jika didapai ada dikalangan tentera yang tidak mampu berperang maka baginda menghantarnya pulang. Kemudian Baginda s.a.w menghantar dua orang pengintip untuk mendapatkan berita mengenai pergerakan rombongan dagang. Apabila sampai di al-Rauha' ( nama tempat yang terletak sejauh 30-40 batu dibarat daya Madinah ). Rasulullah s.a.w mendapat berita tentang perjalanan tentera Quraisy untuk mempertahankan rombongan dagang mereka. Kedua-dua orang pengintip memberitahu Baginda s.a.w bahawa rombongan dagang akan sampai di Badar esok ataupun lusa. Selepas itu Rasulullah s.a.w mengumpulkan ketua-ketua tentera dan berkata : " Wahai orang ramai ! Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadaku dua golongan. Ia adalah untuk kamu; rombongan dagang ataupun tentera Quraisy."

Rasulullah s.a.w dapat memastikan bahawa sebahagian muslimin mengharapkan agar mereka dapat bertemu dengan golongan yang tidak mempunyai kekuatan ketenteraan iaitu rombongan dagang kerana ingin mendapatkan harta yang dibawa. Mereka berkata : " Kenapa tidak memberitahu kami bahawa kamu ingin berperang? dengan itu kami dapat melakukan persiapan. Selepas itu al- Miqdad bin al-Aswad r.a berkata : " Wahai Rasulullah, lakukanlah apa yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Demi Allah! kami tidak akan berkata sebagaimana yang dikatakan oleh Bani Israel kepada Nabi Musa a.s. " Pergilah kamu bersama Tuhanmu dan berperanglah kamu berdua,  sesungguhnya kami disini duduk menunggu." .Tetapi kami akan berkata : Pergilah kamu dan Tuhanmu berperang, sesungguhnya kami akan berperang bersama-sama kamu. Demi Allah! sekiranya kamu membawa kami ke Birk al- Ghimad, ( nama tempat di Yaman ) nescaya kami akan pergi sehingga sampai ketempat tersebut.

Dengan itu Baginda s.a.w mendoakannya dengan kebaikan. Selepas itu Rasulullah s.a.w berkata : " Berilah pandangan kamu wahai manusia ( Baginda mahu supaya orang2 Ansar mengemukakan pendiriannya ). Ini kerana kemungkinan mereka memahami daripada bai'ah Aqabah bahawa mereka tidak wajib mempertahankan kecuali apabila Rasulullah s.a.w berada bersama sama mereka. Ketika mereka berbai'ah mereka berkata : " Wahai Rasulullah kami tidak dipertanggungjawabkan untuk melindungi kamu sehingga kamu sampai ke negeri kami. Apabila kamu sampai disana, kami akan mempertahankan kamu sebagaimana kami mempertahankan anak-anak dan isteri-isteri kami."  Sa'd bin Mu'az ketua kabilah Aus berkata : " Seolah-olah kamu inginkan kami mengemukakan pendirian. Rasulullah s.a.w menjawab :  "Ya."  Sa'd menjawab : " Sesungguhnya kami telah beriman kepadamu, kami membenarkan apa yang kamu bawa dan kami memberikan janji-janji kami untuk perkara tersebut. Oleh itu buatlah apa yang telah diarahkan oleh Allah kepadamu. Demi Allah yang mengutuskan engkau dengan kebenaran, sekiranya kamu bawa kami kelautan ini dan kamu harunginya, nescaya kami akan mengharunginya bersama-sama kamu, kami suka untuk menghadapi musuh pada hari esok. Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang sabar ketika berperang dan tidak akan mengundur. Semoga Allah memperlihatkan kepada kamu apa yang menyenangkan hatimu mengenai kami.

Berangkatlah berdasarkan keberkatan Allah. ( Sa'd bin Mu'az menganut Islam hasil dakwah yang dilakukan oleh Mus'ab bin Umair. Bersumpah untuk tidak bercakap dengan kaumnya lalu mereka menganut Islam. Menyertai peperangan Badar dan membawa panji-panji Aus, juga menyertai peperangan Uhud dan tetap merempuh peperangan sehingga akhir. Meninggal pada tahun lima hijrah di sebabkan luka terkena panahan dalam peperangan khandak.)

Dan telah pergi bersama-sama Rasulullah SAW sebagai tentera-tentera Allah seramai 313 termasuk Rasulullah SAW ialah :

1. Sayyidina Muhammad Rasulullah s.a.w.
2. Abu Bakar as-Shiddiq r.a.
3. Umar bin al-Khattab r.a.
4. Utsman bin Affan r.a.
5. Ali bin Abu Tholib r.a.
6. Talhah bin ‘Ubaidillah r.a.
7. Bilal bin Rabbah r.a.
8. Hamzah bin Abdul Muttolib r.a.
9. Abdullah bin Jahsyi r.a.
10. Al-Zubair bin al-Awwam r.a.
11. Mus’ab bin Umair bin Hasyim r.a.
12. Abdur Rahman bin ‘Auf r.a.
13. Abdullah bin Mas’ud r.a.
14. Sa’ad bin Abi Waqqas r.a.
15. Abu Kabsyah al-Faris r.a.
16. Anasah al-Habsyi r.a.
17. Zaid bin Harithah al-Kalbi r.a.
18. Marthad bin Abi Marthad al-Ghanawi r.a.
19. Abu Marthad al-Ghanawi r.a.
20. Al-Husain bin al-Harith bin Abdul Muttolib r.a.
21. ‘Ubaidah bin al-Harith bin Abdul Muttolib r.a.
22. Al-Tufail bin al-Harith bin Abdul Muttolib r.a.
23. Mistah bin Usasah bin ‘Ubbad bin Abdul Muttolib r.a.
24. Abu Huzaifah bin ‘Utbah bin Rabi’ah r.a.
25. Subaih (maula Abi ‘Asi bin Umaiyyah) r.a.
26. Salim (maula Abu Huzaifah) r.a.
27. Sinan bin Muhsin r.a.
28. ‘Ukasyah bin Muhsin r.a.
29. Sinan bin Abi Sinan r.a.
30. Abu Sinan bin Muhsin r.a.
31. Syuja’ bin Wahab r.a.
32. ‘Utbah bin Wahab r.a.
33. Yazid bin Ruqais r.a.
34. Muhriz bin Nadhlah r.a.
35. Rabi’ah bin Aksam r.a.
36. Thaqfu bin Amir r.a.
37. Malik bin Amir r.a.
38. Mudlij bin Amir r.a.
39. Abu Makhsyi Suwaid bin Makhsyi al-To’i r.a.
40. ‘Utbah bin Ghazwan r.a.
41. Khabbab (maula ‘Utbah bin Ghazwan) r.a.
42. Hathib bin Abi Balta’ah al-Lakhmi r.a.
43. Sa’ad al-Kalbi (maula Hathib) r.a.
44. Suwaibit bin Sa’ad bin Harmalah r.a.
45. Umair bin Abi Waqqas r.a.
46. Al-Miqdad bin ‘Amru r.a.
47. Mas’ud bin Rabi’ah r.a.
48. Zus Syimalain Amru bin Amru r.a.
49. Khabbab bin al-Arat al-Tamimi r.a.
50. Amir bin Fuhairah r.a.
51. Suhaib bin Sinan r.a.
52. Abu Salamah bin Abdul Asad r.a.
53. Syammas bin Uthman r.a.
54. Al-Arqam bin Abi al-Arqam r.a.
55. Ammar bin Yasir r.a.
56. Mu’attib bin ‘Auf al-Khuza’i r.a.
57. Zaid bin al-Khattab r.a.
58. Amru bin Suraqah r.a.
59. Abdullah bin Suraqah r.a.
60. Sa’id bin Zaid bin Amru r.a.
61. Mihja bin Akk (maula Umar bin al-Khattab) r.a.
62. Waqid bin Abdullah al-Tamimi r.a.
63. Khauli bin Abi Khauli al-Ijli r.a.
64. Malik bin Abi Khauli al-Ijli r.a.
65. Amir bin Rabi’ah r.a.
66. Amir bin al-Bukair r.a.
67. Aqil bin al-Bukair r.a.
68. Khalid bin al-Bukair r.a.
69. Iyas bin al-Bukair r.a.
70. Uthman bin Maz’un r.a.
71. Qudamah bin Maz’un r.a.
72. Abdullah bin Maz’un r.a.
73. Al-Saib bin Uthman bin Maz’un r.a.
74. Ma’mar bin al-Harith r.a.
75. Khunais bin Huzafah r.a.
76. Abu Sabrah bin Abi Ruhm r.a.
77. Abdullah bin Makhramah r.a.
78. Abdullah bin Suhail bin Amru r.a.
79. Wahab bin Sa’ad bin Abi Sarah r.a.
80. Hatib bin Amru r.a.
81. Umair bin Auf r.a.
82. Sa’ad bin Khaulah r.a.
83. Abu Ubaidah Amir al-Jarah r.a.
84. Amru bin al-Harith r.a.
85. Suhail bin Wahab bin Rabi’ah r.a.
86. Safwan bin Wahab r.a.
87. Amru bin Abi Sarah bin Rabi’ah r.a.
88. Sa’ad bin Muaz r.a.
89. Amru bin Muaz r.a.
90. Al-Harith bin Aus r.a.
91. Al-Harith bin Anas r.a.
92. Sa’ad bin Zaid bin Malik r.a.
93. Salamah bin Salamah bin Waqsyi r.a.
94. ‘Ubbad bin Waqsyi r.a.
95. Salamah bin Thabit bin Waqsyi r.a.
96. Rafi’ bin Yazid bin Kurz r.a.
97. Al-Harith bin Khazamah bin ‘Adi r.a.
98. Muhammad bin Maslamah al-Khazraj r.a.
99. Salamah bin Aslam bin Harisy r.a.
100. Abul Haitham bin al-Tayyihan r.a.
101. ‘Ubaid bin Tayyihan r.a.
102. Abdullah bin Sahl r.a.
103. Qatadah bin Nu’man bin Zaid r.a.
104. Ubaid bin Aus r.a.
105. Nasr bin al-Harith bin ‘Abd r.a.
106. Mu’attib bin ‘Ubaid r.a.
107. Abdullah bin Tariq al-Ba’lawi r.a.
108. Mas’ud bin Sa’ad r.a.
109. Abu Absi Jabr bin Amru r.a.
110. Abu Burdah Hani’ bin Niyyar al-Ba’lawi r.a.
111. Asim bin Thabit bin Abi al-Aqlah r.a.
112. Mu’attib bin Qusyair bin Mulail r.a.
113. Abu Mulail bin al-Az’ar bin Zaid r.a.
114. Umair bin Mab’ad bin al-Az’ar r.a.
115. Sahl bin Hunaif bin Wahib r.a.
116. Abu Lubabah Basyir bin Abdul Munzir r.a.
117. Mubasyir bin Abdul Munzir r.a.
118. Rifa’ah bin Abdul Munzir r.a.
119. Sa’ad bin ‘Ubaid bin al-Nu’man r.a.
120. ‘Uwaim bin Sa’dah bin ‘Aisy r.a.
121. Rafi’ bin Anjadah r.a.
122. ‘Ubaidah bin Abi ‘Ubaid r.a.
123. Tha’labah bin Hatib r.a.
124. Unais bin Qatadah bin Rabi’ah r.a.
125. Ma’ni bin Adi al-Ba’lawi r.a.
126. Thabit bin Akhram al-Ba’lawi r.a.
127. Zaid bin Aslam bin Tha’labah al-Ba’lawi r.a.
128. Rib’ie bin Rafi’ al-Ba’lawi r.a.
129. Asim bin Adi al-Ba’lawi r.a.
130. Jubr bin ‘Atik r.a.
131. Malik bin Numailah al-Muzani r.a.
132. Al-Nu’man bin ‘Asr al-Ba’lawi r.a.
133. Abdullah bin Jubair r.a.
134. Asim bin Qais bin Thabit r.a.
135. Abu Dhayyah bin Thabit bin al-Nu’man r.a.
136. Abu Hayyah bin Thabit bin al-Nu’man r.a.
137. Salim bin Amir bin Thabit r.a.
138. Al-Harith bin al-Nu’man bin Umayyah r.a.
139. Khawwat bin Jubair bin al-Nu’man r.a.
140. Al-Munzir bin Muhammad bin ‘Uqbah r.a.
141. Abu ‘Uqail bin Abdullah bin Tha’labah r.a.
142. Sa’ad bin Khaithamah r.a.
143. Munzir bin Qudamah bin Arfajah r.a.
144. Tamim (maula Sa’ad bin Khaithamah) r.a.
145. Al-Harith bin Arfajah r.a.
146. Kharijah bin Zaid bin Abi Zuhair r.a.
147. Sa’ad bin al-Rabi’ bin Amru r.a.
148. Abdullah bin Rawahah r.a.
149. Khallad bin Suwaid bin Tha’labah r.a.
150. Basyir bin Sa’ad bin Tha’labah r.a.
151. Sima’ bin Sa’ad bin Tha’labah r.a.
152. Subai bin Qais bin ‘Isyah r.a.
153. ‘Ubbad bin Qais bin ‘Isyah r.a.
154. Abdullah bin Abbas r.a.
155. Yazid bin al-Harith bin Qais r.a.
156. Khubaib bin Isaf bin ‘Atabah r.a.
157. Abdullah bin Zaid bin Tha’labah r.a.
158. Huraith bin Zaid bin Tha’labah r.a.
159. Sufyan bin Bisyr bin Amru r.a.
160. Tamim bin Ya’ar bin Qais r.a.
161. Abdullah bin Umair r.a.
162. Zaid bin al-Marini bin Qais r.a.
163. Abdullah bin ‘Urfutah r.a.
164. Abdullah bin Rabi’ bin Qais r.a.
165. Abdullah bin Abdullah bin Ubai r.a.
166. Aus bin Khauli bin Abdullah r.a.
167. Zaid bin Wadi’ah bin Amru r.a.
168. ‘Uqbah bin Wahab bin Kaladah r.a.
169. Rifa’ah bin Amru bin Amru bin Zaid r.a.
170. Amir bin Salamah r.a.
171. Abu Khamishah Ma’bad bin Ubbad r.a.
172. Amir bin al-Bukair r.a.
173. Naufal bin Abdullah bin Nadhlah r.a.
174. ‘Utban bin Malik bin Amru bin al-Ajlan r.a.
175. ‘Ubadah bin al-Somit r.a.
176. Aus bin al-Somit r.a.
177. Al-Nu’man bin Malik bin Tha’labah r.a.
178. Thabit bin Huzal bin Amru bin Qarbus r.a.
179. Malik bin Dukhsyum bin Mirdhakhah r.a.
180. Al-Rabi’ bin Iyas bin Amru bin Ghanam r.a.
181. Waraqah bin Iyas bin Ghanam r.a.
182. Amru bin Iyas r.a.
183. Al-Mujazzar bin Ziyad bin Amru r.a.
184. ‘Ubadah bin al-Khasykhasy r.a.
185. Nahhab bin Tha’labah bin Khazamah r.a.
186. Abdullah bin Tha’labah bin Khazamah r.a.
187. Utbah bin Rabi’ah bin Khalid r.a.
188. Abu Dujanah Sima’ bin Kharasyah r.a.
189. Al-Munzir bin Amru bin Khunais r.a.
190. Abu Usaid bin Malik bin Rabi’ah r.a.
191. Malik bin Mas’ud bin al-Badan r.a.
192. Abu Rabbihi bin Haqqi bin Aus r.a.
193. Ka’ab bin Humar al-Juhani r.a.
194. Dhamrah bin Amru r.a.
195. Ziyad bin Amru r.a.
196. Basbas bin Amru r.a.
197. Abdullah bin Amir al-Ba’lawi r.a.
198. Khirasy bin al-Shimmah bin Amru r.a.
199. Al-Hubab bin al-Munzir bin al-Jamuh r.a.
200. Umair bin al-Humam bin al-Jamuh r.a.
201. Tamim (maula Khirasy bin al-Shimmah) r.a.
202. Abdullah bin Amru bin Haram r.a.
203. Muaz bin Amru bin al-Jamuh r.a.
204. Mu’awwiz bin Amru bin al-Jamuh r.a.
205. Khallad bin Amru bin al-Jamuh r.a.
206. ‘Uqbah bin Amir bin Nabi bin Zaid r.a.
207. Hubaib bin Aswad r.a.
208. Thabit bin al-Jiz’i r.a.
209. Umair bin al-Harith bin Labdah r.a.
210. Basyir bin al-Barra’ bin Ma’mur r.a.
211. Al-Tufail bin al-Nu’man bin Khansa’ r.a.
212. Sinan bin Saifi bin Sakhr bin Khansa’ r.a.
213. Abdullah bin al-Jaddi bin Qais r.a.
214. Atabah bin Abdullah bin Sakhr r.a.
215. Jabbar bin Umaiyah bin Sakhr r.a.
216. Kharijah bin Humayyir al-Asyja’i r.a.
217. Abdullah bin Humayyir al-Asyja’i r.a.
218. Yazid bin al-Munzir bin Sahr r.a.
219. Ma’qil bin al-Munzir bin Sahr r.a.
220. Abdullah bin al-Nu’man bin Baldumah r.a.
221. Al-Dhahlak bin Harithah bin Zaid r.a.
222. Sawad bin Razni bin Zaid r.a.
223. Ma’bad bin Qais bin Sakhr bin Haram r.a.
224. Abdullah bin Qais bin Sakhr bin Haram r.a.
225. Abdullah bin Abdi Manaf r.a.
226. Jabir bin Abdullah bin Riab r.a.
227. Khulaidah bin Qais bin al-Nu’man r.a.
228. An-Nu’man bin Yasar r.a.
229. Abu al-Munzir Yazid bin Amir r.a.
230. Qutbah bin Amir bin Hadidah r.a.
231. Sulaim bin Amru bin Hadidah r.a.
232. Antarah (maula Qutbah bin Amir) r.a.
233. Abbas bin Amir bin Adi r.a.
234. Abul Yasar Ka’ab bin Amru bin Abbad r.a.
235. Sahl bin Qais bin Abi Ka’ab bin al-Qais r.a.
236. Amru bin Talqi bin Zaid bin Umaiyah r.a.
237. Muaz bin Jabal bin Amru bin Aus r.a.
238. Qais bin Mihshan bin Khalid r.a.
239. Abu Khalid al-Harith bin Qais bin Khalid r.a.
240. Jubair bin Iyas bin Khalid r.a.
241. Abu Ubadah Sa’ad bin Uthman r.a.
242. ‘Uqbah bin Uthman bin Khaladah r.a.
243. Ubadah bin Qais bin Amir bin Khalid r.a.
244. As’ad bin Yazid bin al-Fakih r.a.
245. Al-Fakih bin Bisyr r.a.
246. Zakwan bin Abdu Qais bin Khaladah r.a.
247. Muaz bin Ma’ish bin Qais bin Khaladah r.a.
248. Aiz bin Ma’ish bin Qais bin Khaladah r.a.
249. Mas’ud bin Qais bin Khaladah r.a.
250. Rifa’ah bin Rafi’ bin al-Ajalan r.a.
251. Khallad bin Rafi’ bin al-Ajalan r.a.
252. Ubaid bin Yazid bin Amir bin al-Ajalan r.a.
253. Ziyad bin Lubaid bin Tha’labah r.a.
254. Khalid bin Qais bin al-Ajalan r.a.
255. Rujailah bin Tha’labah bin Khalid r.a.
256. Atiyyah bin Nuwairah bin Amir r.a.
257. Khalifah bin Adi bin Amru r.a.
258. Rafi’ bin al-Mu’alla bin Luzan r.a.
259. Abu Ayyub bin Khalid al-Ansari r.a.
260. Thabit bin Khalid bin al-Nu’man r.a.
261. ‘Umarah bin Hazmi bin Zaid r.a.
262. Suraqah bin Ka’ab bin Abdul Uzza r.a.
263. Suhail bin Rafi’ bin Abi Amru r.a.
264. Adi bin Abi al-Zaghba’ al-Juhani r.a.
265. Mas’ud bin Aus bin Zaid r.a.
266. Abu Khuzaimah bin Aus bin Zaid r.a.
267. Rafi’ bin al-Harith bin Sawad bin Zaid r.a.
268. Auf bin al-Harith bin Rifa’ah r.a.
269. Mu’awwaz bin al-Harith bin Rifa’ah r.a.
270. Muaz bin al-Harith bin Rifa’ah r.a.
271. An-Nu’man bin Amru bin Rifa’ah r.a.
272. Abdullah bin Qais bin Khalid r.a.
273. Wadi’ah bin Amru al-Juhani r.a.
274. Ishmah al-Asyja’i r.a.
275. Thabit bin Amru bin Zaid bin Adi r.a.
276. Sahl bin ‘Atik bin al-Nu’man r.a.
277. Tha’labah bin Amru bin Mihshan r.a.
278. Al-Harith bin al-Shimmah bin Amru r.a.
279. Ubai bin Ka’ab bin Qais r.a.
280. Anas bin Muaz bin Anas bin Qais r.a.
281. Aus bin Thabit bin al-Munzir bin Haram r.a.
282. Abu Syeikh bin Ubai bin Thabit r.a.
283. Abu Tolhah bin Zaid bin Sahl r.a.
284. Abu Syeikh Ubai bin Thabit r.a.
285. Harithah bin Suraqah bin al-Harith r.a.
286. Amru bin Tha’labah bin Wahb bin Adi r.a.
287. Salit bin Qais bin Amru bin ‘Atik r.a.
288. Abu Salit bin Usairah bin Amru r.a.
289. Thabit bin Khansa’ bin Amru bin Malik r.a.
290. Amir bin Umaiyyah bin Zaid r.a.
291. Muhriz bin Amir bin Malik r.a.
292. Sawad bin Ghaziyyah r.a.
293. Abu Zaid Qais bin Sakan r.a.
294. Abul A’war bin al-Harith bin Zalim r.a.
295. Sulaim bin Milhan r.a.
296. Haram bin Milhan r.a.
297. Qais bin Abi Sha’sha’ah r.a.
298. Abdullah bin Ka’ab bin Amru r.a.
299. ‘Ishmah al-Asadi r.a.
300. Abu Daud Umair bin Amir bin Malik r.a.
301. Suraqah bin Amru bin ‘Atiyyah r.a.
302. Qais bin Mukhallad bin Tha’labah r.a.
303. Al-Nu’man bin Abdi Amru bin Mas’ud r.a.
304. Al-Dhahhak bin Abdi Amru r.a.
305. Sulaim bin al-Harith bin Tha’labah r.a.
306. Jabir bin Khalid bin Mas’ud r.a.
307. Sa’ad bin Suhail bin Abdul Asyhal r.a.
308. Ka’ab bin Zaid bin Qais r.a.
309. Bujir bin Abi Bujir al-Abbasi r.a.
310. ‘Itban bin Malik bin Amru al-Ajalan r.a.
311. ‘Ismah bin al-Hushain bin Wabarah r.a.
312. Hilal bin al-Mu’alla al-Khazraj r.a.
313. Oleh bin Syuqrat r.a. (khadam Nabi s.a.w.)

Bersambung.......

Perang Badar al-Kubra siri 1

Perang Badar terjadi pada 17 Ramadhan, dua tahun setelah hijrah. Ini adalah peperangan pertama yang mana kaum Muslim (Muslimin) mendapat kemenangan terhadap kaum Kafir dan merupakan peperangan yang sangat terkenal karena beberapa kejadian yang ajaib terjadi dalam peperangan tersebut. Rasulullah Shallalaahu 'alayhi wa sallam telah memberikan semangat kepada Muslimin untuk menghadang khafilah suku Quraish yang akan kembali ke Mekkah dari Syam.

Muslimin keluar dengan 313  tentara tidak ada niat untuk menghadapi khafilah dagang yang hanya terdiri dari 40 lelaki, tidak berniat untuk menyerang tetapi hanya untuk menunjuk kekuatan terhadap mereka. Khafilah dagang itu lolos, tetapi Abu Sufyan telah menghantar pesan kepada kaumnya suku Quraish untuk datang dan menyelamatkannya. Kaum Quraish maju dengan pasukan besar yang terdiri dari 1000 lelaki, 600 pakaian perang, 100 ekor kuda, dan 700 ekor unta, dan persediaan makanan mewah yang cukup untuk beberapa hari. Kafir Quraish ingin menjadikan peperangan ini sebagai kemenangan bagi mereka yang akan meletakkan rasa takut di dalam hati seluruh kaum bangsa Arab. Mereka hendak menghancurkan Muslimin dan mendapatkan keagungan dan kehebatan. Bayangkan, pasukan Muslimin dengan jumlah tentara yang kecil (termasuk 2 ekor kuda), keluar dengan niat mereka hanya untuk menghadang 40 lelaki yang tidak bersenjata akan tetapi harus menghadapi pasukan yang dipersiapkan dengan baik -3 kali- dari jumlah mereka.

Rasulullah SAW dengan mudah meminta mereka Muslimin untuk perang dan mereka tidak akan menolak, akan tetapi, baginda SAW ingin menekankan kepada pengikutnya bahwa mereka harus mempertahankan keyakinan dan keimanan dan untuk menjadi pelajaran bagi kita. Baginda SAW mengumpulkan para sahabatnya untuk mengadakan musyawarah. Banyak di antara sahabat Muhajirin yang memberikan usulan, dengan menggunakan kata-kata yang baik untuk menerangkan dedikasi mereka. Tetapi ada seorang sahabat yaitu Miqdad bin Al-Aswad ra., dia berdiri di hadapan mereka yang masih merasa takut dan berkata kepada Rasulullah SAW, "Ya Rasulullah (SAW)!, Kami tidak akan mengatakan kepadamu seperti apa yang dikatakan oleh bani Israel kepada Musa (AS), 'Pergilah kamu bersama Tuhanmu, kami duduk (menunggu) di sini'( Dalam surah Al-Maidah). Pergilah bersama dengan keberkahan Allah dan kami akan bersama dengan mu !". Rasulullah SAW merasa sangat suka, akan tetapi Rasulullah hanya diam, beliau menunggu dan beberapa orang dari sahabat dapat mengetahui keinginan Rasulullah SAW.

Sejauh ini hanya sahabat Muhajirin yang telah menyatakan kesungguhan mereka, akan tetapi Rasulullah s.a.w menunggu para sahabat Anshor yang sebagian besar tidak hadir dalam baiat 'Aqaabah untuk turut serta dalam berperang melawan kekuatan musuh bersama-sama Rasulullah SAW di luar kawasan mereka. Maka, pemimpin besar sahabat Anshor, Sa'ad bin Muadh angkat bicara, "Ya Rasulullah (SAW) mungkin yang engkau maksudkan adalah kami". Rasulullah SAW menyetujuinya. S'ad kemudian menyampaikan pidatonya yang sangat indah yang mana dia berkata, "Wahai utusan Allah, kami telah mempercayai bahwa engkau berkata benar, Kami telah memberikan kepadamu kesetiaan kami untuk mendengar dan thaat kepadamu... Demi ALlah, Dia yang telah mengutusmu dengan kebenaran, jika engkau memasuki laut, kami akan ikut memasukinya bersamamu dan tidak ada seorangpun dari kami yang akan tertinggal di belakang... Mudah-mudahan Allah akan menunjukkan kepadamu yang mana tindakan kami akan menyukakan mu.

Maka Majulah bersama-sama kami, letakkan kepercayaan kami di dalam keberkahan Allah". Rasulullah sangat menyukai apa yang disampaikan dan kemudian baginda bersabda, "Majulah ke depan dan yakinlah yang Allah telah menjajikan kepadaku satu dari keduanya (khafilah dagang atau perang), dan demi Allah, seolah olah aku telah dapat melihat pasukan musuh terbaring kalah". Pasukan Muslimin bergerak maju dan kemudian berhenti sejenak di tempat yang berdekatan dengan Badar (tempat paling dekat ke Madinah yang berada di utara Mekkah). Seorang sahabat bernama, Al-Hubab bin Mundhir ra., bertanya kepada Rasulullah SAW, " Apakah Allah mewahyukan kepadamu untuk memilih tempat ini atau ianya strategi perang hasil keputusan musyawarah?". Rasulullah SAW bersabda, "Ini adalah hasil strategi perang dan keputusan musyawarah". Maka Al-Hubab telah mengusulkan kembali kepada Rasulullah SAW agar pasukan Muslimin sebaiknya bermarkas lebih ke selatan tempat yang paling dekat dengan sumber air, kemudian membuat kolam persediaan air untuk mereka dan menghancurkan sumber air yang lain sehingga dapat menghalang orang kafir Quraish dari mendapatkan air. Rasulullah SAW menyetujui usulan tersebut dan melaksanakannya.

Kemudian Sa'ad bin Muadh mengusulkan untuk membangun benteng untuk Rasulullah SAW untuk melindungi baginda dan sebagai markas bagi pasukan Muslimin. Rasulullah SAW dan Abu Bakar ra. tinggal di dalam benteng sementara Sa'ad bin Muadh dan sekumpulan lelaki menjaganya. Rasulullah SAW telah menghabiskan sepanjang-panjang malam dengan berdoa dan beribadah walaupun Rasulullah SAWmengetahui bahwa Allah ta'ala telah menjanjikannya kemenangan. Ianya melebihi cintanya dan penghambaannya dan penyerahandiri kepada Allah ta'ala dengan ibadah yang Rasulullah SAW kerjakan. Dan ianya telah dikatakan sebagai bentuk tertinggi dari ibadah yang dikenal sebagai 'ainul yaqiin.

Sambung........

Monday 13 June 2016

Pesanan dan Peringatan juga Nasihat.

Teguran Ikhlas Untuk Teman-Temanku Ahlus Sunnah

Ada yang berkata lebih baik kami DIAM dan menjaga lisan kami dari menuding kesalahan kepada WAHHABI dan bertelagah sesama mereka. Persoalannya, kita bukannya nak bergaduh atau berpecah-belah. Ini soal isu AQIDAH dan prinsip sejati Ahlus Sunnah Wal Jamaah. DIAM kita dengan membiarkan orang-orang awam mengikuti fahaman WAHHABI dan kesannya orang-orang tersebut ekstrem dan kita boleh lihat nada tulisan, kuliah serta fb mereka yang akhirnya penuh dengan cacian, penipuan dan kata dusta. Adakah DIAM itu membantu? Ini dikira kita membiarkan saudara-saudara kita diracuni pemikiran mereka dengan fahaman yang sempit ini. Ini bermaksud kita adalah seorang yang zalim membiarkan kerosakkan dan kejahilan di tengah-tengah masyarakat kita.

Kita nak menerang bukannya nak menyerang. Saya sendiri akan menegur dan memadam sekiranya kawan atau lawan menulis satu post ayat yang tidak elok atau memburukkan peribadi seseorang. Kita Ahlus Sunnah, bukannya nak memunahkan kehidupan orang.

Pernah berlaku satu kes di Negeri Sembilan Darul Khusus. Isunya adalah berlakunya satu kematian dan adiknya sedang membaca surah Yasin di jenazah ibunya. Abangnya yang diresapi fahaman Wahhabi ini telah melarang adiknya dan orang ramai dari membaca surah Yasin itu ke atas jenazah ibunya atas alasan bidaah. Maka berlaku satu pertengkaran sehingga peringkat abangnya itu mengambil parang dan nak memarang adiknya atas perkara khilaf begini. Kes ini sungguh menyayat hati. Apatah lagi tidak wajar di hari kesedihan sampai nak parang-memarang.

Begitu bahayanya fahaman WAHHABI ini mempengaruhi seseorang sehingga ke tahap ini. Banyak contoh dan bukti-bukti yang tak dapat saya nak tuliskan di sini. Mujur, Negeri Sembilan Darul Khusus telah mengharamkan fahaman dan segala kegiatan WAHHABI di negeri ini. Yang boleh masuk ke negeri ini orang yang bernama Abdul Wahab, Abdul Wahub dan Abdul Wahid. Fahaman ekstrem tak boleh masuk. Kalau ada agamawan yang membawa fahaman WAHHABI masuk ke negeri ini, pihak berkuasa akan mengambil tindakan. Berani buat berani tanggung. Jangan tahu nak larang ulama'-ulama' Ahlus Sunnah sahaja masuk ke negeri kamu. Bila nama kamu naik disenaraihitamkan, tiba-tiba kamu rasa nak marah dan tidak pernah berbuat salah malah terasa pula kamu dianiaya.

Kalau nak datang makan lemak cili padi, saya sendiri boleh belanja. Tapi kalau kamu sebut fahaman WAHHABI, jawapnya kena cili padilah mulut kamu itu.

Sekitar 10 tahun lepas, negara ini aman damai. Politik yang tidak berapa keruh seperti sekarang. Masyarakat ketika itu tidak berpecah-belah dan budaya hormat masih tinggi dan ia tidak seperti sekarang.

Kita boleh lihat sikap dan akhlak seseorang itu melalui tulisannya. Pasti ada sifu atau idola yang mengajar mereka hingga ke tahap membidaahkan dan tidak mengiktiraf amalan itu yang bukannya jalan Al-Quran dan Sunnah. Sungguh kecil dunia fiqh mereka dan kitab-kitab yang mereka pelajari.

Apa tindakan kita sebenarnya?

Tindakan kita adalah menguatkan sekolah-sekolah, kolej-kolej, universiti-universiti dengan pegangan sejati Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Bak kata ulama'-ulama Patani: "Jangan beri anak-anak kamu berkawan dengan WAHHABI". Sampai peringkat demikian mereka tidak ingin mencampurkan antara putih dan hitam. Ini kerana mereka telah lihat kesannya dari dulu hingga sekarang.

Sekali kita beri mereka ruang, mereka akan mengambil kesempatan itu dengan selaju-lajunya. Akhirnya akan berdiri megah UNIVERSITI mereka nanti. Ahlus Sunnah pula akan asyik di padang sahaja dan tempat lapang. Begitu hebat strategi mereka berbanding kita semua.

Jangan kelak generasi akhir zaman Ahlus Sunnah Wal Jamaah di negara ini memikirkan dan menyoalkan apa tindakan yang generasiku buat sebelum ini? Tidakkah mereka memikirkan kesan dan betapa bahayanya WAHHABI?.

Sejarah telah merakamkan bahawa Mekah dan Madinah ketika dahulu milik umat Islam keseluruhannya. Disuburkan dengan halaqah-halaqah ilmu yang diajar oleh ulama'-ulama' hebat dan unggul ilmunya. Di antaranya:

1. Syeikh Hasan Masyhat
2. Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani
3. Sayyid Alawi bin Abbas al-Maliki
4. Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki
5. Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan al-Hasani

Dan banyak lagi yang tidak dapat disebutkan di sini.

Adakah masih ada lagi halaqah-halaqah ulama'-ulama' kita di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di hari ini? Mengapa tiada dan apa puncanya? Sebabnya adalah WAHHABI. Hanya tokoh-tokoh WAHHABI sahaja dibenarkan mengajar dan membuka halaqah di sana. Ulama'-ulama' kita terpaksa membina madrasah yang tak berapa besar di tanahair mereka sendiri. Masih kita buat-buat tak nampak dan faham lagi? Yang sedih, ada ulama' kita diarahkan sekolahnya ditutup di sana. Inikah WAHHABI yang dikira Ahlus Sunnah Wal Jamaah?

Kalau WAHHABI itu diiktiraf sebagai Ahlus Sunnah Wal Jamaah? Habis, ulama'-ulama' kita bukannya Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Mereka tidak dibenarkan mengajar dan membuka halaqah sehingga hari ini di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. WAHHABI kata mereka menghormati 4 mazhab. Ulama'-ulama' kita bukannya dari 4 mazhab? Kenapa berlaku sedemikian. Ini kerana mereka tidak pernah hendak mengiktiraf keilmuan sejati ulama'-ulama' yang berpegang teguh dengan Asya'irah dan Maturidiyyah. Walau apa alasan, tetap bau WAHHABIMU kuat. Walaupun kalian berserban, berjubah mahunpun berselendang.

ILMU kami dapat membau dan menghidu perancangan kalian.

Baik-baik teman Ahlus Sunnah. Jangan terlalu gembira dengan jumlah yang ramai. Dulu kita ramai di Mekah dan Madinah. Sekarang ulama'-ulama' kita asing di sana. Bertindak dengan ILMU, jangan harap semangat sahaja.

Mohon maaf sekali lagi

Ustaz Ahmad Lutfi bin Abdul Wahab Al-Linggi
Sabtu 30 April 2016
12.40 pagi
Kota Damansara.

Peristiwa Meruntuhkan al Uzza ( Berhala )

Antara lain peristiwa penting yang berlaku pada bulan Ramadhan adalah Khalid bin Walid Meruntuhkan Berhala Al ‘uzza.

Setelah umat Islam membebaskan kota Makkah, Nabi Muhammad saw menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung di sekeliling Ka’bah. Lima hari sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ke-9 H, Rasulullah mengirim Khalid bin Walid untuk memusnahkan patung al ‘Uzza di Nakhla. Menurut kepercayaan Arab jahiliyah, al ‘Uzza adalah patung dewi terbesar di daerah tersebut. Khalid bin Walid melaksanakan tugas itu dengan bergerak menuju ke Nakhla lalu menghancurkan patung al ‘Uzza. Setelah itu, penyembahan patung pun berakhir.

Peperangan Zallaqah

Antara peristiwa lain yang berlaku pada bulan Ramadhan adalah Peperangan Zallaqah di Portugal.

Peristiwa ini terjadi setelah subuh hari Jumaat, bulan Ramadan tahun 459 H. Ketika itu, terjadi kebangkitan dinasti Murabit di Afrika Utara. Gabenor Cordova, Al Muktamin meminta bantuan Sultan Dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin untuk memerangi Alfonso VI.

Tentara yang dipimpin oleh Alfonso VI yang berjumlah 80.000 tentera berhasil dikalahkan. Dalam waktu yang singkat Sultan Yusuf berhasil menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam. Setelah itu, Dinasti Murabit di Sepanyol berkuasa dari tahun 1090 hingga 1147 M.

Kisah Wali Allah dengan seorang Pemuda.

Al Habib Munzir Al Musawa bercerita :

Ada seorang pemuda ketika datang berhadapan dengan seorang wali Allah yang sangat soleh dan diakui oleh para Ulama dan para Solihin akan kewalian dan kesolehannya.

Ketika didatangi seorang pemuda itu maka Wali Allah tersebut berkata : 'Selamat datang wahai Muhammad', Sambil menangis.. Pemuda tersebut yang kebingungan berkata : 'Nama saya bukan Muhammad, nama saya fulan bin fulan'.

Maka Wali Allah yg sudah sangat tidak berdaya itu kembali berkata : 'Engkau Muhammad...,'

Terus ia mengulang ulang kalimat itu sambil menangis menyambut pemuda itu, dan setiap kali pemuda itu datang selalu ia gembira sambil menangis dan terus berkata :' Selamat datang wahai Muhammad..!'
Sambil terus menangis haru memandang pemuda tersebut..

Ketika pemuda itu menikah, ia tidak mengundang wali Allah tersebut, maka ketika ia mendengar khabar dari orang lain, ia langsung menangis dan berkata : 'Muhammad menikah tidak mengundangku..? Bawa aku sekarang ke rumah pengantin.. Sekarang juga.!'

Maka anak anak dan cucunya membawanya dengan tandu kerana ia sudah sangat lesu dan hampir tidak pernah keluar rumah.

Ketika berjumpa dengan pemuda yg baru saja akad nikah itu ia berkata : 'Wahai Muhammad kau menikah tak mengundangku..?!' Sambil menangis.. Maka pemuda itu berkata : 'Sungguh saya tidak berani mengundang tuan, tuan sudah terlalu lesu dan payah, untuk apa susah susah dan akan semakin payah menghadiri akad nikah saya, saya tidak tegar dan tidak berani..'

Maka tetap Sang Wali itu berkata : 'Muhammad menikah tidak mengundangku..' Sambil menangis..

Tentunya bukan bererti pemuda itu adalah Nabi Muhammad Saw, namun mungkin pemuda itu sering berselawatt atau dicintai atau sangat mencintai Nabi Muhammad Saw dan hal itu diketahui oleh Sang Wali Soleh tersebut.

(Tahukah kalian siapa pemuda tersebut? Pemuda tersebut adalah beliau sendiri Habib Munzir Almusawa. Sungguh begitu tawadhu nya beliau)

Semoga derajat beliau semakin meningkat di sisi Allah. Amiin..

رب فانفعنا ببركتهم وأهدنا الحسنى بحرمتهم وأمتنا في طريقتهم ومعافاةٍ من الفتن... آمين.. آمين.. آمين..
Robb maka manfaatkan kami dengan berkat mereka, dan bimbing kami akan baik dengan mulia mereka, dan pulangkan kami pada jalan jejak mereka, dan  terpelihara dari fitnah.. Aamiin Ya Allah..

Ibadah Kerana Allah.

Segala yang wujud itu, bergantung kepada qudrat dan iradat Allah سبحانه وتعالى, maka tiada satu perbuatan pun berlaku tanpa izin dari Allah. Bersediakah kita kembali kepada Allah sebelum kita benar-benar kembali kepada Allah?."

"Setiap detik masa yang berlalu itu adalah dengan izin Allah. Masa dan waktu adalah milik Allah سبحانه وتعالى. Setiap dari kita mempunyai masa yang sama yakni dua puluh empat jam sehari semalam. Dibahagi sama rata oleh Allah سبحانه وتعالى."

"Masa dan waktu ini ianya adalah objek yang diciptakan Allah. Allah tidak berhajat kepada masa. Allah yang menciptakan "Past Tense"  Allah yang menciptakan "Present Tense" Allah yang menciptakan "Future Tense","Past, Present dan Future Tense." Dan semuanya berhajat kepada Allah سبحانه وتعالى di atas kewujudannya."

"Allah سبحانه وتعالى juga tidak berhajat kepada ruang kepada tempat kepada masa kepada penjuru kepada arah, warna, rupa, bentuk fizikal. Allah yang tidak boleh digambarkan yang tidak boleh dicapai oleh akal manusia. Akan tetapi Allah سبحانه وتعالى menyuruh di kalangan makhluk-Nya untuk memuliakan ini memuliakan itu supaya kemuliaan kita, keagungan kita kepada Allah سبحانه وتعالى."

"Walaupun dunia ini diciptakan untuk kamu,tetapi kamu diciptakan untuk Allah bukannya untuk dunia itu. Dan Itu hakikat kamu diciptakan untuk menghambakan diri kepada Allah untuk mentakzimkan, memuliakan, mengagungkan apa yang telah dimuliakan yang telah diagungkan oleh Allah سبحانه وتعالى."

"Seseorang yang dimuliakan oleh Allah سبحانه وتعالى yang diberikan untuk menguasai masanya maka kita jangan terkejut bila kita mendengar ada orang yang boleh khatam Al-Quran dengan banyaknya. Orang yang boleh berzikir dengan banyaknya. Orang yang boleh menunaikan solat seribu rakaat semalaman dan sebagainya."

"Pada hakikatnya kita semua mempunyai masa yang sama. Akan tetapi yang membezakan kita apa yang kita isi dengan setiap masa dan waktu kita. Tujuan kita diciptakan oleh Allah سبحانه وتعالى adalah untuk beribadah kepada Allah. Untuk beramal. Itu kerja kita. Allah سبحانه وتعالى menciptakan kita sebagai pekerja-Nya, hamba-Nya yang bermaksud beribadah kepada Allah sepanjang masa."

"Bagaimana seseorang itu berada dalam ibadah sepanjang masa? Dua puluh empat jam. Di sini Ulama menjelaskan dengan penuh indah bahawa makna ibadah bukan sahaja terhad kepada solat, puasa, haji, zakat, Al-Quran dan zikir sahaja. Tetapi ianya meliputi kepada segala pekerjaan kita, setiap perbuatan yang harus, setiap dari pekerjaan kita, setiap dari amal kita."

"Semuanya adalah dikira sebagai ibadah jika dengan niat yang benar. Makannya, minumnya walaupun tidurnya. Apabila ianya dilakukan dengan adab Rasulullah ﷺ dengan cara yang ditunjukkan oleh sunnah Rasulullah ﷺ maka tidurnya juga dikira di dalam ibadah."

"Apabila makan dan minumnya dengan niat untuk mendapatkan tenaga untuk taqarub kepada Allah. Dia tidur dengan niat untuk merehatkan badannya supaya mendapat kekuatan tenaga untuk dia bangun nanti tahajud esok dia nak melakukan amal-amal kebajikan nak menunjukkan makna taqarrub kepada Allah سبحانه وتعالى."

"Maka setiap perbuatan yang harus apabila ianya dilakukan dengan niat "Lillahi Ta'ala" bersama dengan adab dan sunnah yang ditunjukkan oleh Rasulullah ﷺ maka perbuatan yang harus itu tidak lagi sekadar perbuatan harus. Makna harus apabila dilakukan tidak mendapat apa-apa dan ditinggalkan pun tidak mendapat apa-apa. Itu makna harus."

"Tetapi sekiranya ianya diselitkan dengan niat ikhlas, mengharapkan keredhaan Allah, mendekatkan diri kepada Allah, itu bukan perbuatan harus tapi ianya dikira ibadah di sisi Allah سبحانه وتعالى. Walaupun makan dan minumnya, main bolanya dan sebagainya dengan niatnya "Lillahi Ta'ala" tanpa melanggar sebarang batasan syariat maka dia beribadah kepada Allah سبحانه وتعالى."

"Ulama mengatakan setiap pekerjaan, perbuatan itu akan dikira sebagai ibadah iaitu yang pertama adalah, Apabila dia ada niat yang baik, niat yang soleh, niat "Lillahi Ta'ala", niat untuk dia mendapatkan tenaga untuk bertaqarub kepada Allah سبحانه وتعالى. Dan yang kedua adalah, Jika dia sudah ada niat."

"Dia ada keinginan untuk melakukan sesuatu pekerjaan, perbuatan tersebut untuk menyalurkan memberikan manfaat kepada orang lain. Apa jua pekerjaan dan amal yang dia lakukan semuanya memberikan manfaat kepada orang lain."

"Dan bukan mudarat, tidak berfaedah melalaikan, melekakan diri daripada mengingati Allah. Jika memberikan mudarat, tidak memberikan faedah, melalaikan dan melekakan orang daripada Allah, menjauhkan orang daripada mengingati kepada Allah سبحانه وتعالى itu bukan ibadah."

"Alangkah beruntungnya orang-orang yang diberikan kelebihan oleh Allah سبحانه وتعالى, yang dapat menguasai masanya mengisi masanya untuk beribadat kepada Allah سبحانه وتعالى. Untuk mendekatkan diri kepada Allah سبحانه وتعالى. Dan amatlah rugi orang-orang yang masanya berlalu pergi begitu saja. Masa yang berlalu tanpa diisi dengan suatu yang bermanfaat. Demi masa sesungguhnya manusia itu didalam kerugian."

"Maka, bersyukurlah kita kepada Allah kerana dipilih oleh Allah سبحانه وتعالى untuk hadir di majlis ilmu di saat ramai orang di luar sana memilih untuk duduk berehat di rumahnya, duduk di atas sofanya, melihat televisyen, melepak dan sebagainya. Dan kita telah dipilih, kita diizinkan oleh Allah سبحانه وتعالى untuk menghadiri majlis yang baik yakni dimajlis ilmu. Dan ditempat yang baik yakni di rumah Allah سبحانه وتعالى ini."

Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.

Friday 10 June 2016

Maharaja Frederick Barbarossa I

Pada hari ini di tahun 1190, Maharaja Frederick Barbarossa I iaitu Maharaja kepada Empayar Suci Rom telah mati lemas ketika sedang menuju ke Baitulmaqqdis untuk merampas kembali kota tersebut setelah ia di bebaskan oleh Sultan Salahuddin Al Ayubi rahimahullah.

Pada ketika itu, Frederick merupakan antara manusia paling berkuasa di dunia. Empayarnya merangkumi 14 buah negara moden Eropah kini. Dia mengumpulkan seramai 100 000 orang tentera termasuk 20 000 orang Satria di dalam usaha untuk merampas kota Baitulmaqqdis. Setelah mendengar khabar bahawa Frederick sedang menuju ke Baitulmaqqdis, Sultan Salahuddin berasa risau kerana beliau tahu kekuatannya tidak dapat menandingi kekuatan Frederick lalu beliau sering memohon pertolongan kepada Allah s.w.t.

Allah s.w.t membantu beliau dengan melemaskan Frederick ketika dia cuba menyeberangi Sungai Saleph apabila kudanya tiba - tiba terkejut dan membuatkan dia jatuh ke sungai tersebut. Kematiannya membuatkan majoriti tenteranya patah semangat dan daripada 100 000 yang menyertainnya, hanya 2000 sehingga ke 5000 sahaja yang berjaya sampai ke Sham selebihnya pulang kembali ke Eropah selepas kematiannya.

PERINGATAN DARI TEMBOK YANG BERKATA-KATA

Ada diriwayatkan terdapat dua sahabat berjiran tetangga yang saling bertengkar mengenai hak mereka terhadap sebidang tanah.Dalam keadaan bertengkar begitu,terdapat pada dinding tembok itu batu bata merah di atas tanah yang direbutkan itu berkata sesamanya sendiri:

"Tahukah kamu bahawa diriku ini asalnya ialah seorang raja yang berkuasa diatas dunia ini selama seribu tahun,lalu aku pun mati.

Maka hancurlah tulang belulangku berserakan selama seribu tahun pula.
Kemudian tanah liat yang bercampur dengan belulangku dijadikan barangan tembikar,tetapi lama kelamaan tembikar itu pun pecah dan aku pun tinggal selama seribu tahun lagi ditanah pembuangan.
"Selepas itu,aku dipungut semula oleh pembuat batu bata maka dijadikanlah batu bata seperti keadaan aku....."

Maka apabila kedua sahabat yang berjiran tetangga ini mendengar cakap dari batu bata tembok itu,terdiamlah mereka dan insaflah mereka dengan apa yang hendak direbutkan itu hanya sebidang sekangkang kera,sedangkan sebahagian batu bata berkenaan adalah sisa dari seorang maharaja yang berkuasa lebih seribu tahun diatas dunia ini.

Kerana itu janganlah kita bersifat tamak haloba.Dan andai kita berharta dan menjadi jutawan,mempunyai kedudukan tinggi dan berkuasa,janganlah bermegah dan menyombong diri.

Mungkin tulang belulang kita satu ketika nanti akan turut bercampur gaul dengan tanah-tanah liat dan akan diambil oleh pembuat batu bata untuk dijadikan tembok atau barangan tembikar seperti yang dialami oleh maharaja yang berkuasa selama seribu tahun ini.

Dengarkanlah pesanan para cendekiawan yang menasihatkan kita sebagai berikut:
"Andai dunia ini daripada emas tetapi ianya akan fana(musnah)dan akhirat pula dari tembikar tetapi ianya kekal abadi ,maka bagi orang yang berakal dan zuhud,pasti tidak menginginkan emas dan intan yang akan musnah,melainkan mereka tetap memilih yang kekal(akhirat)walaupun ianya dari tembikar sekalipun."

Terjemahan kitab
"Mengetahui hakikat sesuatu Yang Diingat"
Oleh Imam Al-Qusyairi.

Wallahua'lam.

Thursday 9 June 2016

TANDA MATA HATI YANG MASIH BUTA TERHADAP ALLAH

Bila ALLAH sembuhkan kita daripada kesakitan melalui ikhtiar ubat yang kita ambil.. Kita nampak ubat.. Kita tak nampak ALLAH

Bila ALLAH berjayakan kita dalam akademik melalui bijaknya kita dalam pelajaran.. Kita nampak kebijaksanaan kita.. Kita tak nampak ALLAH

Bila ALLAH bagi kita pekerjaan yang selesa melalui cemerlangnya kita dalam bidang yang diceburi..Kita nampak kecemerlangan kita.. Kita tak nampak ALLAH

Bila ALLAH bagi kita kekayaan harta melalui asbab gigihnya usaha kita dlm perniagaan.. Kita nampak kegigihan usaha kita.. Kita tak nampak ALLAH

Bila ALLAH kurniakan kita pasangan yang soleh/solehah serta keluarga yang bahagia.. Kita nampak baiknya kita.. Kita tak nampak ALLAH

Bila ALLAH keluarkan kita daripada masalah melalui bantuan manusia disekeliling.. Kita nampak baiknya manusia tersebut.. Kita tak nampak ALLAH

Bila ALLAH masyhurkan kita di pandangan mata manusia di dunia melalui asbab kelebihan kita.. Kita nampak hebatnya kita.. Kita tak nampak ALLAH

Bila ALLAH bagi segala jenis nikmat yang tak pernah mintak dibayar dan tak terhitung.. Kita hanya nampak indahnya nikmat itu.. Kita tak nampak ALLAH

Sungguh, mata hati kita masih buta dan samar.. Dek keangkuhan seorang hamba atau kotornya segumpal darah bernama hati mungkin.. Untuk melihat Maha Mencipta disebalik kejadian..

Bukan senang untuk didik diri dan hati melihat ALLAH dalam setiap langkah kita.. Tapi itulah hakikat kehidupan kita di sini.. Datang dari ALLAH hidup untuk ALLAH dan balik kepada ALLAH. Semoga roh para rasul, nabi, tabien, syuhada, para pejuang agama, ulama, saudara mara, sahabat handai kita yang telah pulang kepada ALLAH dicucuri rahmat.. Kita PASTI menyusul..

Semoga ada kebaikan dan manafaat untuk semua, In Shaa ALLAH

KELEBIHAN ISTIGHFAR


Imam Ahmad bin Hambal Rahimahumullah (murid Imam Syafi'i) dikenal juga sebagai Imam Hambali.

Dimasa akhir hidup beliau bercerita, "pada satu waktu (ketika saya sudah usia tua) saya tak tau kenapa saya ingin sekali menuju kesuatu kota di Irak. Padahal saya tidak ada janji dengan orang dan tidak ada hajat disana.

Akhirnya Imam Ahmad pergi sendiri menuju ke kota Basrah. Beliau bercerita, "begitu tiba disana waktu Isya', saya ikut shalat berjamaah isya' dimasjid, hati saya merasa tenang sekali, kemudian saya ingin beristirahat."

Begitu selesai shalat dan jamaah dimasjid pulang, Imam Ahmad ingin tidur dimasjid itu, tiba-tiba penjaga masjid datang menemui Imam Ahmad sambil bertanya, "kamu mau buat apa lagi disini, ya syaikh."

(Nama "syaikh" itu boleh dipakai untuk 3 panggilan, boleh untuk orang tua, orang kaya ataupun untuk orang yang berilmu. Panggilan Syaikh dikisah ini untuk panggilan sebagai orang tua, kerana penjaga lihat Imam Ahmad sebagai orang tua).

Penjaga tidak tahu kalau beliau adalah Imam Ahmad. Dan Imam Ahmad pun tidak memperkenalkan siapa dirinya.

Di Irak, semua orang kenal nama Imam Ahmad, seorang ulama besar dan ahli hadits, sejuta hadits dihafalnya, sangat salih dan zuhud. Zaman itu tidak ada foto sehingga orang tidak tahu wajahnya, cuma namanya saja yang terkenal.

Imam Ahmad menjawab,  "Saya ingin beristirahat, kerana saya musafir."
Kata penjaga, "tidak boleh, tidak boleh tidur didalam masjid."

Imam Ahmad bercerita, "Saya dihalau oleh penjaga itu disuruh keluar dari masjid. Setelah keluar masjid, dikunci pintu masjid. Lalu saya ingin tidur diluar masjid."

Ketika sudah berbaring di luar masjid penjaganya datang lagi, marah-marah kepada Imam Ahmad. "Mahu buat apa lagi disini ya syaikh?" Kata penjaga.
"Mahu tidur, kerana saya musafir", kata Imam Ahmad.
Lalu penjaga berkata, "didalam masjid tak boleh & disampingan masjid juga tak boleh." Imam Ahmad diusir lagi. Imam Ahmad bercerita, "saya dihalau sampai ke tepi jalanan."

Disebelah masjid itu ada penjual roti (rumah kecil sekaligus untuk membuat dan menjual roti). Penjual roti ini sedang membuat adonan, sambil melihat kejadian Imam Ahmad dihalau-halau oleh penjaga tadi. Ketika Imam Ahmad sampai di tepi jalanan, penjual roti itu memanggil dari jauh,  "mari ya syaikh, anda boleh tidur dipondok saya, saya punya tempat, meskipun kecil."

Kata Imam Ahmad,  "baik & terima kasih." Imam Ahmad pun masuk kerumahnya, duduk dibelakang penjual roti yang sedang membuat roti (dengan tetap tidak memperkenalkan siapa dirinya, hanya bilang sebagai musafir).

Penjual roti ini punya perilaku khas, kalau imam Ahmad ajak bicara, dijawabnya. Kalau tidak, dia terus membuat adunan roti nya sambil melafazkan istighfar,"Astaghfirullah"

Saat memberi garam, "astaghfirullah", memecah telur, "astaghfirullah,"  mencampur gandum "astaghfirullah." Dia sentiasa melazimkan istighfar. Sebuah kebiasaan yg mulia. Imam Ahmad memperhatikan terus kelakuan nya.

Lalu Imam Ahmad bertanya, "sudah berapa lama kamu lakukan ini?"

Orang itu menjawab, "sudah lama sekali ya syaikh, saya menjual roti sudah 30 tahun, jadi semenjak itu saya melakukan nya."

Imam Ahmad bertanya, "maa tsamarotu fi'luk?" "apa hasil dari perbuatanmu ini?"

Orang itu menjawab, "(lantaran wasilah istighfar) tidak ada hajat yang saya minta, kecuali pasti dikabulkan Allah. Segala yang saya minta kpd Allah SWT...., langsung diwujudkan."

Nabi SAW pernah bersabda, "siapa yang menjaga istighfar, maka Allah SWT akan menjadikan jalan keluar baginya dari semua masalah dan Allah akan berikan rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangkanya."

Lalu orang itu melanjutkan, "semua dikabulkan Allah SWT kecuali satu hajat ku, masih satu yang belum Allah SWT berikan."

Imam Ahmad penasaran lantas bertanya, "apa hajat itu?"

Kata pembuat roti itu, "saya meminta kepada Allah SWT supaya dipertemukan dengan Imam Ahmad yang mulia."

Seketika itu juga Imam Ahmad bertakbir, _"Allahu Akbar..!  Rupanya Allah SWT telah mendatangkan saya jauh dari Baghdad pergi ke Basrah dan bahkan sampai dihalau-halau oleh penjaga masjid itu sampai ke tepi jalanan, ternyata hanya kerana istighfar mu.. "

Penjual roti itu terperanjat, memuji Allah SWT, ternyata yang didepannya adalah Imam Ahmad...

Dgn kesyukuran yg tak terhingga, ia pun terus memeluk dan mencium tangan Imam Ahmad...

(Sumber: Kitab Manakib Imam Ahmad)

Marilah kita hiasi lisan kita dengan memperbanyakkan "istighfar" bila-bila pun dan dimanapun kita berada.

MARTABAT MANUSIA DALAM BERPUASA

3 Kategori orang yang bepuasa yang telah dinyatakan oleh Imam Al-Ghazali :

1)      Puasa Orang Awam

Puasa orang awam bermaksud orang yang berpuasa perut dan kemaluan sahaja. Tetapi mereka tidak menjaga pandangan, pendengaran, hati, kaki, tangan dan lidah mereka daripada perkara-perkara maksiat dan juga mungkar. Maka golongan ini sukar untuk mendapatkan taqwa kepada Allah sedangkan puasa yang disyariatkan oleh Allah swt adalah bertujuan untuk melatih diri kita supaya bertaqwa kepada Allah seperti mana dinyatakan dipenghujung ayat surah al-Baqarah ayat 183 di atas yang berbunyi “لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ” yang bermaksud “moga-moga kamu bertaqwa”.

Jadi sesiapa yang termasuk di dalam golongan ini hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja seperti mana sabda Rasulullah saw :

من لم يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ و الجهل فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ في أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ

Barangsiapa yang tidak meninggalkan ucapan dusta, dan berbuat dusta, serta amal kebodohan,maka tiadalah Allah ingin melihat pada amalannya meninggalkan makan dan minumnya.

[Hadith shahih riwayat Bukhari]

2)      Puasa Orang Khawas

Puasa orang khawas adalah peringkat pertengahan. Puasa orang khawas adalah puasa yang bukan sahaja menahan lapar dan dahaga tetapi mereka juga menjaga mata mereka daripada melihat perkara mungkar, menjaga lidah mereka daripada menuturkan perkara-perkara yang haram, menjaga kaki mereka daripada melangkah ke tempat-tempat maksiat dan menjaga seluruh pancaindera yang lain daripada melakukan perkara-perkara mungkar. Inilah yang dimaksudkan puasa orang khawas.

Hal ini sesuai dengan sabda Rasulullah saw :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِنَّ الصِّيَامَ لَيْسَ مِنَ الأَكْلِ وَالشُّرْبِ فَقَطْ إِنَّمَا الصِّيَامُ مِنَ اللَّغُوِ وَالرَّفَثِ فَإِنْ سَابَّكَ أَحَدٌ أَوْ جَهِلَ عَلَيْكَ فَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ

Daripada Abu Hurairah, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya puasa itu bukan menahan daripada makan dan minum saja, hanyalah puasa yang sebenarnya ialah menahan daripada ucapan sia-sia (lagha) dan lucah/ mencarut (rafath), maka apabila seseorang mencacimu atau berbuat sesuatu yang bodoh kepadamu katakanlah: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa”.”  [Hadith shahih riwayat Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, dan Al-Hakim]

Puasa orang khawas ini lebih tinggi daripada puasa orang awam. Puasa orang khawas insyaAllah akan menjadi latihan untuk diri kita menjadi insan yang bertaqwa selepas melalui madrasah Ramadhan ini. Maka marilah kita mencuba dengan sebaik mungkin untuk mendapat puasa di dalam kategori ini.

3)      Puasa Orang Khassul / Khususul Khawas

Kategori ini adalah kategori yang paling tinggi dalam berpuasa. Inilah puasapuasa kalangan Nabi, as-Shiddiqin, orang soleh, para wali dan seumpamanya. Mereka bukan sahaja menjaga anggota zahir daripada melakukan maksiat dan boleh membatalkan puasa tetapi mereka juga menjaga anggota batin daripada melakukan perkara-perkara yang mungkar yang boleh menghilangkan pahala puasa.

Kategori ini agak sukar untuk dicapai oleh orang biasa seperti kita tetapi ianya juga bukanlah sesuatu yang mustahil. Sebab bila difikirkan kita mungkin boleh menjaga anggota zahir kita untuk tidak melakukan perkara-perkara yang mampu membatalkan puasa tetapi untuk menjaga hati kita supaya sentiasa ingat kepada Allah dan untuk menjaga hati kita daripada terbayang perkara-perkara yang sia-sia dan boleh mengurangkan pahala puasa adalah sesuatu yang sangat-sangat susah. Hanya mereka yang betul-betul menjaga hati mereka sahaja yang mampu sampai ke tahap ini.

Akhirul Kalam,

Marilah kita beribadat bersungguh-sungguh di dalam bulan yang di amalan digandakan dan untuk menampung kembali dosa-dosa yang telah kita lakukan selama 11 bulan yang lalu. Sabda Rasulullah saw :

"Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kerana keimanan (kepada Allah) dan mengharapkan ganjaran pahala, maka di ampunkan dosa-dosa yang lepas dan akan datang."

[Hadith Riwayat Imam Bukhari]

Dan marilah sama-sama kita menjadikan Ramadhan tahun ini lebih baik daripada Ramadhan tahun yang lepas. Marilah kita sama-sama mengambil serius akan peringatan Rasulullah saw dengan sabdanya yang bermaksud :

''Ramai umat Islam berpuasa tetapi hasilnya ialah lapar dan dahaga sahajalah''.

[Hadith Riwayat Ibn Majah dan Nasai]

Moga-moga madrasah Ramadhan ini menjadi Ramadhan yang terbaik di dalam kehidupan kita supaya kita menjadi hamba yang bertaqwa kepada Tuhannya kerana mungkin ini adalah Ramadhan yang terakhir buat diri kita dan menjadi bekalan buat diri kita ketika berada di Mahsyar kelak. Dan harapannya kita tergolong di dalam golongan yang mampu memasuki syurga melalui salah satu pintu yang khas buat golongan yang berpuasa yang bernama “al-Raiyyan” seperti sabda Rasulullah saw Sahal bin Sa'd :

Sesungguhnya dalam syurga terdapat satu pintu yang dikenali dengan al-Raiyyan di mana yang berhak memasukinya hanya orang yang berpuasa. Apabila selesai masuk nescaya ditutupnya.

[Hadith Riwayat Imam Bukhari, Muslim dan Ahmad]

Mungkin ramai yang sudah pun tahu tentang 3 golongan orang yang berpuasa ini. Jadi yang telah tahu diharapkan penulisan ini menjadi “tazkirah” atau peringatan kepada kita dan bagi yang mereka yang pertama kali membaca tentang hal ini boleh dijadikan ilmu yang baru buat kita semua.