Pages

Tuesday 20 June 2017

Muhasabah Diri

Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau.

Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang. Langit yang dijadikan-Nya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang.

Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran:

"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari ALLAH lah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya pada-Nyalah kamu meminta pertolongan.” (Surah An-Nahl: 53)

#Alhamadulillah
#RamadhanKareem🌙

TANDA ALLAH MENUTUP KEJAHATANMU

Berkata Al Habib Umar Al Hafidh.

"Ada manusia yang mana amalannya seperti gunung di dunia, akan tetapi di akhirat umpama debu yang berterbangan, kerana hatinya."
"Kedengkian sesama muslim itu adalah penyakit, jadilah kamu seorang da'i, yakni yang mengajak), dan bukannya seorang qadi, yakni yang menghukum. Semua para wali Allah itu, diangkat darjatnya, oleh Allah, kerana hatinya yang bersih, tidak sombong, tidak dengki, dan selalu merendah diri."

"Sebagai tanda jika Allah Ta'ala ingin menutupi semua kejahatanmu, maka Allah akan jadikan dirimu senang menutupi aib orang lain. Dan ketika Allah ingin membuka aibmu, Allah jadikan pula dirimu suka mencari-cari aib atau kekurangan orang lain."
"Semoga kita semua termasuk dalam golongan orang yang merendah diri, dan, tidak suka mencari cari aib atau kekurangan orang lain."

We  Love RasulAllah ﷺ

۞ﺁﻟﻠّﻬُﻢَ ﺻَﻠّﯿ! ﻋَﻠﮱ ﺳَﻴّﺪﻧَﺂ ﻣُﺤَﻤّﺪْ ﻭَ ﻋَﻠﮱ ﺁﻝِ ﺳَﻴّﺪﻧَﺂ ﻣُﺤَﻤَّﺪ۞

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad, Wa'ala Aa Lii Sayyidina Muhammad.
“ Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada penghulu kami Nabi Muhammad dan kepada keluarga penghulu kami Nabi Muhammad "
الحبيب عمر بن حفيظ - Habib Omar
Al Fatiha ilaHadrotinNabiyyilMustafa Muhammad ﷺ al fatihah.

Wednesday 14 June 2017

Anak-Anak Yang Soleh

"Dan Allah s.w.t mewasiatkan kamu tentang anak-anak kamu. Didiklah, berilah hak tarbiyah buatnya. Kamu hendaklah ambil berat amanah dari Allah s.w.t. Kerana segalanya akan ditanya oleh Allah. Jadikan kita disayangi oleh Allah s.w.t, kerana anak anak kita yang soleh. Dan kita diberi darjat dan kelebihan oleh Allah kerana anak anak kita yang soleh."

"Ibu itu madrasah pertama yang menentukan batu asas, kukuhnya bangunan, tinggi rendahnya, kental lemahnya peribadi dan akhlak anak. Ibu mendidik anak tanpa ayah tak sama dengan ayah mendidik anak tanpa ibu, menunjukkan betapa besarnya peranan ibu."

"Contohilah dan baca bagaimana hebatnya Ibu Imam As-Syafie dan Ibu Sheikh Abdul Kadir Al-Jailani anak terkesan dengan ibadah ibunya, visi ibunya. Rasulullah ﷺ, Ajarkan kepada kita. Ajarkan anak kamu tiga perkara. Yang pertama, Cinta kepada Rasulullah ﷺ. Yang kedua, Cinta akan ahli keluarga Baginda Rasulullah ﷺ. Dan yang ketiga, Ajarkan anak kamu Al-Quran."

- Sayyidil Al-Habib Ali Zaenal Abiddin Bin Abu Bakar Al-Hamid -
Murobbi❤️

Monday 12 June 2017

Ramadhan & Al-Quran.

"Rohani itu perlu diubati. Jika bila mana waktu berbuka, makanan telah terhidang dan kita pandang makanan itu dengan keenakannya, kelazatannya. Dan itulah nikmat waktu berbuka. Seperti mana rohani kita bila mana waktu kita beribadah, kita tidak menemukan kenikmatan dan kelazatan ketika beribadah."

"Maka itulah petanda rohani kita perlu diubati dengan istighfarnya, solatnya, memperbanyakkan selawatnya, puasanya, dzikirnya. Sehingga kita dapat merasakan kenikmatan ketika beribadah seolah olah kita mengadap Allah سبحانه وتعالى."

"Mungkin saja, satu kemaksiatan yang dilakukan seseorang, yang menjadikan hatinya bersedih dan kembali kepada Allah سبحانه وتعالى, maka itu lebih baik dari berbuat ketaatan tetapi ada takabbur. Maksiat yang membuatkan kita jadi malu, merasa hina, segan dengan Orang lain, itu jauh lebih baik dari banyak berbuat ketaatan, yang membuatkan kita jadi ujub dan sombong .”

"Antara penyakit hati dalam amalan kita adalah Jangan menghina pendosa. Bencilah maksiat tetapi janganlah membenci pelaku maksiat. Janganlah jua kita merasa hebat bila berbuat ketaatan dan Jangan merasa selamat bila lihat diri dalam ketaatan."

"Selain itu, Jangan putus asa dari mohon keampunan daripada Allah سبحانه وتعالى. Hendaklah Sentiasa bersangka baik. Sentiasa melihat aib diri sendiri. Dan Sentiasa tanam sifat malu kepada Allah سبحانه وتعالى. Didalam bulan ramadhan ini hendaklah kita melipat gandakan amalan kita kerana banyak kelebihan yang diberikan oleh Allah سبحانه وتعالى didalam bulan ini."

"Didalam kita berbuat amalan, Hendaklah kita Sentiasa memohon taufiq & hidayah kepada Allah supaya diberikan cinta kepada Ketaatan. Jika kita berbuat ketaatan lihat permulaannya siapa yang memberi kita taufiq dan hidayah untuk berbuat ketaatan itu Yakni Allah سبحانه وتعالى. Kalau melakukan maksiat, lihat penghujungnya, apakah nasib kita di alam akhirat, azab yang kita bakal hadapi jika melakukan maksiat, dosa dan kesalahan tersebut."

"Bulan puasa adalah bulan Al-Quran, banyakkan membacanya. Antara kelebihan puasa. Barangsiapa yang berpuasa di jalan Allah سبحانه وتعالى, maka dijauhkan dirinya daripada api neraka. Macam mana kita mahu istiqomah didalam beribadat."

"Sama juga istiqomah didalam kita makan. Kita makan nasi minum air untuk jasmani. Untuk jasmani, untuk kesihatan. Sama juga beribadat adalah untuk rohani kita sendiri. Barulah kita merasakan kelazatan ibadah. Moga-moga puasa Ramadhan dan bacaan al-Quran kita mampu memberi syafaat pada kita dihari akhirat kelak."

Daripada TG Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki.

Harapan Ramadhan

"Alangkah ruginya seseorang yang bilamana Allah, memberikan peluang untuk berada di bulan Ramadhan lalu dia mengabaikan peluang yang diberikan itu untuk tidak beribadah kepada Allah سبحانه وتعالى. Dalam hadis Nabi ﷺ bersabda; "Akan datang nanti kepada Allah dua perkara iaitu Puasa dan Al-Quran."

"Puasa akan datang kepada Allah dan berkata; "Ya Allah. Saya cegah orang ini daripada makan dan minum kerana Engkau, maka izinkan saya memberikan syafaat pada orang ini. Al-Quran pun juga akan berkata kepada Allah "Ya Allah. Saya halang orang ini tidur malam baca kepada saya maka izinkan saya memberikan syafaat kepada orang ini."

"Maka kedua-dua ibadah ini diizinkan oleh Allah سبحانه وتعالى untuk memberikan syafaat kepada orang-orang yang melakukannya. Maka di ambil pemahaman oleh Al-Imam An-Nawawi رحمه الله تعالى ketika mensyarahkan tentang masalah orang yang membiasakan diri membaca Al-Quran khususnya di waktu malam hari. Al-Quran itu digalakkan untuk dibaca di malam hari sebab Al-Quran itu bercakap "Saya halang orang ini untuk tidur."

"Waktu tidur itu adalah di waktu malam maka memang fadhilat membaca Al-Quran itu bila-bila masa sahaja untuk dibaca tetapi Al-Quran meletakkan keadaan yang tertentu menyatakan; "Saya halang orang ini untuk tidur malam untuk membaca kepada saya."

"Maka anjuran dan galakan untuk membaca Al-Quran khususnya di waktu malam, kerana waktu malam itu adalah waktu orang ramai sedang tidur. Waktu malam adalah waktu yang sukar, untuk seseorang itu bangun malam. Moga-moga ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya. Moga-moga ramadhan kali ini lebih bermakna daripada yang sebelumnya."

Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.

Wednesday 7 June 2017

MELATIH HATI BERSIFAT TAWADHUK

Diceritakan sebuah kisah setelah bertahun-tahun menuntut ilmu, seorang pemuda menyatakan hasrat kepada ayahnya untuk mengajar akan ilmu yang telah beliau pelajari, tetapi dihalang oleh ayahnya. Sebaliknya ayahnya menyuruh pemuda itu untuk pergi ke pasar mencari orang yang lebih rendah kedudukan daripada dirinya.. Maka pemuda itu pergi ke pasar dan mencari seseorang yang lebih jahil dari dirinya.

Akhirnya beliau menjumpai lelaki tua yang sedang memegang botol arak, lalu tibanya waktu solat seluruh penduduk di pasar pergi ke masjid menunaikan solat. Sekembalinya dari solat, pemuda itu mendapati lelaki tua itu masih memegang botol arak dan juga tidak menunaikan solat. Berkata di dalam hatinya pasti ini lebih jahil dariku.

Sebelum mendekati lelaki tua itu terdetik di hati pemuda itu mengatakan lelaki tua ini jauh lebih tua dari aku, dia telah Islam dulu sebelum aku, mungkin saja ini baru hari pertama melakukan dosa sedangkan mungkin bertahun-tahun sebelumnya dia melakukan amal kebaikan. Jika beliau meninggal mungkin timbangan pahalanya lebih berat daripada dosanya. Pemuda itu meninggalkan lelaki tua itu dan teruskan mencari..

Akhirnya pemuda itu bertemu dengan seekor anjing dan berkata pasti saja aku lebih mulia dari anjing ini, anjing ini tidak berakal. Lalu terdetik dalam hatinya di Yaumal Mahsyar kelak, aku akan disoal di hadapan Allah, tetapi anjing ini tidak.. aku akan dihisab oleh Allah, tetapi anjing ini tidak.. aku akan melintasi titian sirat tetapi anjing ini akan hilang begitu sahaja menjadi debu. Andai aku gagal melintasi titian sirat nescaya diriku lebih hina dan anjing ini lebih mulia daripada aku..

Beliau pulang ke rumahnya ditanya oleh ayahnya "Kamu sudah jumpa orang yang jahil dari kamu..?" Beliau menjawab.."Tidak, aku tidak jumpa seorangpun yang jahil daripada aku melainkan aku merasa diriku lebih jahil dari orang lain". Bapanya berkata.. "Sesungguhnya kamu telah masuk kepada pintu Tawadduk, keluarlah untuk memberi ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat.

Tausiyah oleh Habib Ali Zaenal Abidin al-Hamid

Monday 5 June 2017

TIPS LEPASKAN DIRI DARI SEKSA KUBUR


■ Jangan sekali-kali tinggalkan alQuran. Ini cara mudah lepaskan diri dari seksaan kubur.

■ Rumah yg dibacakan alQuran, pada waktu malam rumahnya bercahaya, sehingga dikenali malaikat.

■ Jika mati orang yg suka baca Quran ini, cahaya di rumahnya akan diangkat ke langit & malaikat-malaikat akan tau, "ooo..mati sudah si pembaca Quran ini, mari kita solatkan rohnya".

■ Di dalam kubur, malaikat akan berlemah lembut dgn mayat.

■ AlQuran akan duduk di dada kita selepas kita selesai dimandi & dikafankan & terus menemani kita di dalam kubur.

■ Azab kubur bermula sebaik mayat tidak dapat menjawab soalan malaikat.

■ Sesi soal jawab berlangsung selama 3 hari. Ada riwayat lain kata 7 hari.

■ Penting 7 hari ini kita mendapat doa dari anak yang soleh supaya hari-hari kita indah di dalam kubur.

■ Masa mayat duduk kita akan sedar, "ohh...aku dah meninggal dah".

■  Sebelum mati, tolong pastikan sekurang-kurangnya ada alMulk dalam dada kita.

■ Dalam kubur alQuran akan berkata kepada mayat, aku ini alQuran yg dulu kamu baca dgn suara yang lantang & mendayu.

■ Aku akan menemani kamu sehinggalah kamu masuk ke syurga.

■ Lepas tu baru alQuran akan lepaskan mayat kpd dua malaikat yg akan menyoal.

■ Jgn lupa salawat, cintailah Nabi sepenuh jiwa

Ustaz Ahmad Dusuki @Radio IKIM

Doa Dari Al Quran.

" Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami salah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya  Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami ; ampunilah kami ; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. "

# Doa yang diambil dari surah al Baqarah ayat terakhir iaitu dr ayat 286.

Alhamdulillah .

Alhamdulillah - Segala puji bagi Allah.

Kita memuji Allah s.w.t kerana kekuasaan dan ilmuNya yang tidak terbatas. Kita memujiNya kerana keajaiban ciptaanNya. Kerana Dia telah mencipta segala sesuatu yang ada di langit dan di bumi dengan sempurna sekali.  Makhluk manusianya yang indah, pelbagai jenis tanah dan haiwan-haiwan di darat dan di laut, pelbagai jenis tumbuhan dan pohon-pohon dan pelbagai jenis buah buahan yang keluar daripadanya. Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda : " Ya Allah, aku tidak mampu untuk memperbanyakkan puji-pujian bagiMu. Engkau adalah sebagaimana Engkau memuji DiriMu sendiri."

Puji-pujian kita kepada Allah hendaklah datang dari lubuk hati kita sendiri. Untuk menyedari hal ini, kita hendaklah merenung ciptaanNya yang indah di sekeliling kita dan di langit dan mengkagumi keajaibannya .

Wallahualam.

Saturday 3 June 2017

KISAH MENYAYAT HATI ANTARA RASULULLAH ﷺ DAN UKASYAH

Kisah ini terjadi pada diri Rasulullah SAW sebelum wafat.
Rasulullah SAW telah jatuh sakit agak lama,
sehingga keadaan beliau sangat lemah.

Pada suatu hari Rasulullah SAW meminta Bilal memanggil semua sahabat datang ke Masjid.
Tidak lama kemudian, penuhlah Masjid dengan para sahabat. Semuanya merasa rindu setelah agak lama tidak mendapat taushiyah dari Rasulullah SAW.

Beliau duduk dgn lemah di atas mimbar.
Wajahnya terlihat pucat menahan sakit yg sedang Baginda s.a.w deritai.

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Wahai sahabat2 ku semua. Aku ingin bertanya, apakah telah aku sampaikan semua kpdmu,
bahwa sesungguhnya Allah SWT itu adalah satu2nya Tuhan yg layak di sembah?"

Semua sahabat menjawab dengan suara bersemangat,
" Benar wahai Rasulullah,
Engkau telah sampaikan kpd kami bahwa sesungguhnya Allah SWT adalah satu2nya Tuhan yg layak disembah."

Kemudian Rasulullah SAW bersabda:
"Persaksikanlah ya Allah.
Sesungguhnya aku telah menyampaikan amanah ini kpd mereka."

Kemudian Rasulullah bersabda lagi,
dan setiap apa yg Rasulullah sabdakan selalu dibenarkan oleh para sahabat.

Akhirnya sampailah kpd satu pertanyaan yg menjadikan para sahabat sedih dan terharu.

Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya, aku akan pergi menemui Allah.
Dan sblm aku pergi, aku ingin menyelesaikan segala urusan dgn manusia.
Maka aku ingin bertanya kpd kalian semua.
Adakah aku berhutang kpd kalian?
Aku ingin menyelesaikan hutang tersebut.
Krn aku tidak mahu bertemu dgn Allah dlm keadaan berhutang dgn manusia."

Ketika itu semua shbt diam,
dan dlm hati masing2 berkata "Mana ada Rasullullah SAW berhutang dgn kita?
Kamilah yg byk berhutang kpd Rasulullah".

Rasulullah SAW mengulangi pertanyaan itu sebanyak 3 kali.

Tiba2 bangun seorg lelaki yg bernama UKASYAH, seorg shbt mantan preman sblm masuk Islam, dia berkata:

"Ya Rasulullah!
Aku ingin sampaikan masalah ini. Seandainya ini dianggap hutang, Maka aku minta engkau selesaikan. Seandainya bkn hutang,
maka tidak perlulah engkau berbuat apa2".

Rasulullah SAW berkata: "Sampaikanlah wahai Ukasyah".

Maka Ukasyah pun mulai bercerita:
"Aku masih ingat ketika perang Uhud dulu,
satu ketika engkau menunggang kuda,
lalu engkau pukulkan cemeti ke belakang kuda.
Ttp cemeti tersebutbtidak kena pada belakang kuda, Tapi jesteru terkena pada dadaku,
Krn ketika itu aku berdiri di belakang kuda yg engkau tunggangi wahai Rasulullah".

Mendengar itu,
Rasulullah SAW berkata: "Sesungguhnya itu adalah hutang wahai Ukasyah.
Kalau dulu aku pukul engkau,
Maka hari ini aku akan terima hal yg sama."

Dgn suara yg agak tinggi,
Ukasyah berkata: "Kalau begitu aku ingin segera melakukannya wahai Rasulullah."

Ukasyah seakan2 tidak merasa bersalah mengatakan demikian.

Sedangkan ketika itu sebahagian sahabat berteriak marah pd Ukasyah.
"Sungguh engkau tidak berperasaan Ukasyah. bukankah Baginda sedang sakit.

Ukasyah tidak menghiraukan semua itu.
Rasulullah SAW meminta Bilal mengambil cemeti di rumah anaknya Fatimah.

Bilal meminta cemeti itu dari Fatimah,
Kemudian Fatimah bertanya: "Utk apa Rasulullah meminta cemeti ini wahai Bilal?"

Bilal menjawab dgn nada sedih: "Cemeti ini akan digunakan Ukasyah utk memukul Rasulullah"

Terperanjat dan menangis Fatimah seraya berkata:
"Kenapa Ukasyah hendak pukul ayahku Rasulullah?
Ayahku sedang sakit,
kalau mahu mukul,
pukullah aku anaknya".

Bilal menjwb: "Sesungguhnya ini adalah urusan antara mereka berdua".

Bilal membawa cambuk tersebut ke Masjid lalu diberikan kepada Ukasyah.
Setelah mengambil cambuk, Ukasyah menuju ke hadapan Rasulullah.

Tiba2 Abu bakar berdiri menghalangi Ukasyah sambil berkata: "Ukasyah..! kalau kamu hendak memukul, pukullah aku.
Aku org yg pertama beriman dengan apa yang Rasulullah SAW sampaikan.
Akulah sahabatnya di kala suka dan duka.
Kalau engkau hendak memukul, maka pukullah aku".

Rasulullah SAW: "Duduklah wahai Abu Bakar.
Ini urusan antara aku dgn Ukasyah".

Ukasyah menuju kehadapan Rasulullah.
Kemudian Umar berdiri menghalangi Ukasyah sambil berkata:

"Ukasyah... kalau engkau mahu mukul,
pukullah aku. Dulu mmg aku tidak suka mendgr nama Muhammad, bahkan aku pernah berniat utk menyakitinya, itu dulu. Kini tidak boleh ada seorg pn yg boleh menyakiti Rasulullah Muhammad.
Kalau engkau berani menyakiti Rasulullah,
Maka langkahi dulu mayatku..."

Lalu dijwb oleh Rasulullah SAW:
"Duduklah wahai Umar.
Ini urusan antara aku dgn Ukasyah".

Ukasyah menuju kehdpan Rasulullah,
tiba2 berdiri Ali bin Abu Talib sepupu sekaligus menantu Rasulullah SAW.

Dia menghalangi Ukasyah sambil berkata: "Ukasyah, pukullah aku saja. Darah yg sama mengalir pada tubuhku ini wahai Ukasyah".

Lalu dijwb oleh Rasulullah SAW:
"Duduklah wahai Ali,
ini urusan antara aku dgn Ukasyah" .

Ukasyah semakin dekat dg Rasulullah.
Tiba2 tanpa disangka, bangkitlah kedua cucu kesayangan Rasulullah SAW iaitu Hasan dan Husen.

Mrk berdua memegangi tgn Ukasyah sambil memohon.
"Wahai Pakcik, pukullah kami Pakcik.
Atuk kami sedang sakit, Pukullah kami saja wahai Pakcik. Sesungguhnya kami ini cucu kesayangan Rasulullah, dgn memukul kami sesungguhnya itu sama dgn menyakIiti atuk kami, wahai Pkcik."

Lalu Rasulullah SAW berkata: "Wahai cucu2 kesyganku duduklah kalian.
Ini urusan atuk dgn Pkcik Ukasyah".

Begitu sampai di tangga mimbar,
dgn lantang Ukasyah berkata:

"Bagaimana aku mahu memukul engkau ya Rasulullah. Engkau duduk di atas dan aku di bawah. Kalau engkau mahu aku pukul,
Maka turunlah ke bawah sini."

Rasulullah SAW mmg manusia terbaik.
Kekasih Allah itu meminta bbrp shbt memapahnya ke bawah. Rasulullah didudukkan pada sebuah kursi, lalu dgn suara tegas Ukasyah berkata lagi:

"Dulu waktu engkau memukul aku, aku tidak memakai baju, Ya Rasulullah"

Para sahabat sgt geram mendgr perkataan Ukasyah. Tanpa ber-lama2 dlm keadaan lemah, Rasulullah membuka bajunya. Kemudian terlihatlah tubuh Rasulullah yg sgt indah,
sdg bbrp batu terikat di perut Rasulullah pertanda Rasulullah sdg menahan lapar.

Kemudian Rasulullah SAW berkata:
"Wahai Ukasyah, Segeralah dan jgnlah kamu ber-lebih2an. Nanti Allah akan murka padamu."

Ukasyah langsung menghambur menuju Rasulullah SAW, Cemeti di tgnnya ia buang jauh2, Kemudian ia peluk tubuh Rasulullah SAW seerat2nya. Sambil menangis semahu2nya,

Ukasyah berkata:
"Ya Rasulullah, ampuni aku,
Maafkan aku, Mana ada manusia yg sanggup menyakiti engkau ya Rasulullah.
Sengaja aku melakukannya agar aku dpt merapatkan tubuhku dgn tubuhmu.

Seumur hidupku aku ber-cita2 dpt memelukmu.
Krn sesungguhnya aku tahu bahwa tubuhmu tidak akan dimakan oleh api neraka.

Dan sungguh aku takut dgn api neraka.
Maafkan aku ya Rasulullah..."

Rasulullah SAW dgn senyum berkata:

"Wahai sahabat2ku semua, kalau kalian ingin melihat ahli Syurga, Maka lihatlah Ukasyah.."

Semua shbt menitiskan air mata. Kemudian para shbt bergantian memeluk Rasulullah SAW.

Semoga dgn membaca ini bila ada air mata ini membuktikan kecintaan kita kpd kekasih Allah SWT...

Allahumma sholli 'alaa Muhammad.
Allahumma sholli 'alayhi wassalam...
Semoga Allah SWT selalu meredhai kita semua,
Aamiin...

Ganjaran Bagi Pembaca Al Quran Yang Lancar Dan Tidak Lancar.


Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : " Seseorang yang ahli dalam al Quran akan berada bersama para malaikat pencatat yang mulia dan jujur. Seseorang yang membaca al Quran dengan tersekat-sekat dan bersusah payah untuk membacanya akan mendapat dua ganjaran. "

( HR Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi & Ibnu Majah )

Seseorang yang pakar dlm al Quran bermakna seseorang yang menghafal al Quran dengan baik dan sentiasa membacanya. Sekiranya dia dapat menguasai makna dan maksud al Quran, maka itu adalah lebih baik lagi. ' Akan berada bersama para Malaikat ' membawa maksud bahawa bagaimana para malaikat itu bertugas memindahkan al Quran daripada Lauh Mahfuz ( kitab yang terpelihara di sisi Allah s.w.t ) demikian juga pembaca al Quran, dia menyebarkan dan menyampaikan al Quran kepada orang lain. Seolah olah kedua dua mereka mempunyai tugas yang sama. Atau kenyataan itu membawa maksud bahawa pembaca al Quran itu akan berhimpun bersama para malaikat tersebut pada hari kiamat.

Seseorang yang tersekat sekat akan mendapat dua ganjaran, satu ganjaran untuk bacaannya dan satu lagi kerana dia menanggung susah payah dalam bacaannya yang tersekat-sekat. Namun, tidaklah bermaksud bahawa ganjaran untuknya akan melebihi daripada ganjaran orang yang mahir. Ganjaran yang telah dinyatakan untuk orang yang mahir, berlipat kali ganda lebih besar daripada ganjaran untuknya, sehingga orang yang mahir dikatakan akan berhimpun bersama-sama dengan para malaikat yang khusus. Maksud kenyataan itu ialah, disebabkan dia bersusah payah membaca al Quran dengan tersekat-sekat, maka dia akan mendapat ganjaran yang berasingan. Oleh itu, janganlah seseorang itu meninggalkan pembacaan al Quran kerana alasan pembacaannya tersekat-sekat.

Mulla Ali Qari r.h telah menukilkan semula daripada hadis Thabrani dan Baihaqi bahawa seseorang yang cuba menghafal al Quran tetapi tidak dapat mengingatinya akan mendapat dua ganjaran. Begitulah juga seseorang yang sentiasa bercita-cita untuk menghafal al Quran tetapi tidak ada kekuatan untuk mengingatinya, namun dia tidak meninggalkan pembacaannya, maka dia akan dihimpunkan oleh Allah s.w.t bersama-sama para hafiz pada hari qiamat kelak.

Sumber : Kitab Fadhilat Amal ( Fadhilat al Quran ).

Friday 2 June 2017

Anugerah Untuk Ummat Nabi Muhammad s.a.w

Pada suatu hari Nabi Musa bertanya kepada Allah "Wahai Allah,apakah setengah perkara yang engkau anugerahkan kepada Ummat Nabi Muhammad ﷺ yang tidak dianugerahkan kepada ummatku?

Kata Allah s.w.t "Aku anugerahkan kepada Ummat Muhammad ﷺ dengan dua cahaya yang akan menerangkan dua kegelapan"

Lalu ditanya oleh Nabi Musa "Apakah itu Ya Allah?" .

Allah s.w.t berkata yang pertama adalah "Qira'atul Quran" membaca Quran merupakan cahaya dan yang kedua adalah "Berpuasa" yang mana dua cahaya ini aku kurniakan kepada Ummat Muhammad ﷺ dan bertanya lagi Nabi Musa "Dan apakah dua kegelapan itu Wahai Allah?

Allah s.w.t menerangkan dua kegelapan itu adalah kegelapan di alam kubur dan kegelapan di alam hari akhirat.

Dan barangsiapa yang melazimi membaca Al-Quran kuburnya akan bercahaya dan akhiratnya akan bercahaya,begitulah juga kepada orang yang melazimi puasa,kuburnya kan bercahaya dan hari akhiratnya turut bercahaya.

-Habib Ali Zaenal Abidin al Hamid-