Pages

Friday 20 November 2015

Al Ghafur.

"Jika seseorang itu meminta istighfar kepada Allah سبحانه وتعالى yakni meminta ampun kepadaNya, bermakna dia menghampiri salah satu daripada nama Allah سبحانه وتعالى iaitu

Al Ghafur,
Yang Maha Pengampun,

jika seseorang itu bertaubat kepada Allah, menyesali akan perbuatannya dan ingin kembali kepada Allah سبحانه وتعالى untuk menjalani kehidupan taubat, kehidupan yang suci dan mulia, maka dia telah menghampiri nama Allah yakni

At Tawwab,
Yang Maha PenerimaTaubat,

dan Allah سبحانه وتعالى menanti akan hambaNya mengetuk pintu taubat itu, pintu yang tidak pernah tertutup untuk mana2 hamba, selagi nyawa tidak sampai ke kerongkongannya, dan selagi matahari tidak terbit dari tempat tenggelamnya, mana2 hamba masuk kedalamnya pasti ingin terus menjalani kehidupan taubat hinggah meraih ketinggian darjat di sisi Allah سبحانه وتعالى

Guru Mulia,
Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari

#darulmujtaba

Membentuk peribadi

Nabi ﷺ memberikan panduan kepada kita bahawa masing-masing lahir di atas fitrah. Fitrah itu maksudnya kita semua mampu untuk tumbuh menjadi manusia yang sempurna yang memiliki akhlak yang sempurna yang paling mulia.

Akan tetapi yang akan mempengaruhinya untuk terus tumbuh dengan subur adalah

1)Ibu bapanya. Baginda Rasulullah ﷺ mengatakan " Ibu bapalah yang akan mewarnai yang akan mencorakkan kain lembaran putih tersebut yakni yang akan mewarnai dan mencorakkan akhlak anak-anaknya." Bagaimana cara tarbiah dan didikan ibu bapa kepada anak-anaknya itu yang akan menentukannya.

2)Keadaan sekeliling dan suasananya . Bagaimana pengaruh sekelilingnya memberikan kesan terhadap pengaruh dan juga impak kepada seseorang. Dirinya tumbuh membesar dalam suasana yang bagaimana? Dia membesar dalam suasana sekeliling yang bagaimana itu yang akan memberi kesan dan juga pengaruh.

Demikian sebagai ibu bapa perlu sentiasa melihat dan memantau keadaan anak-anaknya. Dengan siapakah dia bersahabat? Siapakah sahabat-sahabatnya? Di sekeliling siapa sahabat-sahabatnya? Kerana sahabat-sahabatnya adalah sekeliling. Bagaimana akhlak sahabatnya? Bagaimana keadaan agama sahabatnya?

Semua itu akan memberi pengaruh kepada anak-anak kita. Begitu jugalah dengan keadaan diri kita ini. Dengan siapa kita bersahabat? Dengan siapa kita selalu duduk dan berborak bersama? Semua itu akan memberikan pengaruh dalam dalam kehidupan kita terutama sekali kepada agama kita.

USTAZ IQBAL ZAIN AL-JAUHARI HAFIDZOHULLAH]

Jalan Yang Lurus.

"Didalam Suratul Fatihah ini memberikan suatu petunjuk kepada kita. Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad. Raja ini sebelum kita memohon, sebelum kita meminta Raja ini kena puji. Puji-pujian kepada Raja Segala Raja, Allah سبحانه وتعالى "Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Alhamdullilahi Rabbil Aalamiin. Arrahmaanir Rahim. Maaliki Yau Middiin. Iyyaka Na'Budu Wa Iyyaka Nasta'Iin."

"Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad. Permintaan hanya di ayat "Ihdinassiratal Mustaqim" Permintaan itu di sini. Ini yang paling penting sekali kerana suratul fatihah doanya hanya di situ sahaja; "Wahai Tuhan, tunjukkan kami jalan yang lurus. Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad. Jalan yang lurus itu jalan yang macam mana?"

"Siratal Mustaqim iaitu jalan yang Engkau memberi nikmat kepada mereka. Nikmat apa yang paling besar sekali? Nikmat apa? Nikmat petunjuk. Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhamma. Siapa yang mendapat petunjuk? Allah menjelaskan mereka yang mendapat petunjuk hanya empat golongan."

"Iaitu yang pertama, Para Nabi, Para Siddiqin, Para Syuhada, dan Para Solihin. Selain daripada empat golongan ini bukan golongan yang mendapat petunjuk. Tuan-tuan jalan mana yang kita semua tak mahu? Iaitu jalan mereka yang dimurkai Allah سبحانه وتعالى iaitu orang-orang yahudi dan bukan pula jalan mereka yang sesat orang-orang nasrani. Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad."

"Tuan-tuan. Jadi, apa dia "Siratal Mustaqim" ini? Siratal Mustaqim adalah agama kita Islam. Maknanya berada di atas landasan agama adalah yang paling penting sekali. Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad. Nak jadi Islam ini dengan beberapa cara."

"Yang pertama adalah dengan mengucap dua kalimah syahadah. Yang kedua menjadi Islam sebab mak ayah kita Islam jadi secara automatik kita telah pun menjadi muslim sebab mak ayah kita Islam. Maknanya begitu mudah untuk seseorang itu menjadi Islam."

"Tuan-tuan. Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad. Di antara nikmat yang paling besar Allah kurniakan kepada kita ialah kita semua sudah jadi Islam secara automatik. Akan tetapi ianya masih menjadi suatu kewajipan untuk kita semua meminta petunjuk daripada Allah سبحانه وتعالى untuk berada di atas jalan agama-Nya."

"Allah سبحانه وتعالى wajibkan kita untuk berdoa setiap kali kita sembahyang tujuh belas kali sehari semalam. kita kena berdoa ayat "Ihdinassiratal Mustaqim" Tuhan tunjukkan kami jalan yang lurus. Sebab sekalipun kita dah pun duduk dalam Islam tapi ramai tak di luar sana orang yang agamanya agama Islam tapi dia tak duduk di atas agama? Banyak!"

"Namanya sahaja Islam tetapi praktikal hidupnya tidak menunjukkan dia itu Islam. Bermakna Islam ini kena selalu minta bukan semestinya orang itu sudah pun agamanya agama Islam dia sudah pasti dia akan duduk dalam landasan agama Islam. Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad."

"Yang paling mendukacitakan yang paling menyedihkan sekali ialah orang Islam tapi dia tak minta ditunjuk kepada Islam.
Siapa itu? Orang yang tak solat. Dia Islam tapi tak minta untuk duduk di atas landasan agama Islam."

"Rugi sungguh orang yang tak sembahyang. Sembahyang ini pasai apa Nabi ﷺ kata tiang agama? Sebab minta ini "Ihdinnassiraatal Mustaqim."
Nabi ﷺ kata; "Sembahyang itu tiang kepada agama. Barangsiapa yang mendirikan sembahyang bererti dia telah mendirikan agama."

"Dan barangsiapa yang meninggalkan sembahyang bererti dia telah meruntuhkan agamanya." Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad. Perbezaan di antara seorang Islam dengan seorang yang bukan Islam ialah pada mendirikan solat. Mendirikan bukan bermakna kita solat sekadar cukup syarat nak tunaikan kewajiban kita sahaja tapi mendirikan solat yang ada "roh."

"Apa dia roh kepada solat? Roh kepada solat adalah khusyuk. Apa makna khusyuk? Khusyuk bermakna penghayatan. Kita menghayati solat yang kita dirikan itu maknanya khusyuk. Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad. Hari ini kita lihat ramai daripada kita yang sembahyang tapi dalam fikirannya dalam hatinya masih fikirkan dunia."

"Dunia ini kita ambil takat kita perlu sahaja jangan ambil lebih. Kalau kita ambil lebih sampai boleh menganggu ibadah kita pada Allah سبحانه وتعالى itu yang bahaya. Kita tengok ramai orang yang bekerja yang berniaga dan sebagainya."

"Bila masuk waktu solat azan bang je kadang-kadang masjid pun tak jumpa. Pasai apa? Pasai dalam hati dia, kerja lebih besar daripada Allah سبحانه وتعالى. Duit lebih besar daripada Allah. Customer lebih besar daripada Allah. Client lebih besar daripada Allah. Macam mana hidup nak berkat. Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhamamd."

"Itu kalau yang berniaga di pasar itu. Cuba tuan-tuan pergi buat survey tanya dah solat ke belum? Majority pasti kata tak solat lagi tak ada masa tak dan sebab waktu maghrib itulah orang pakat mari ramai. Last-last solat pun tak sebab fikir customer mari ramai tak cukup tangan. Tak semua lah."

"Kita bukan apa tuan-tuan, kena tegur juga benda ni. Padahal yang kasi rezeki itu siapa? Allah! Duit, harta kekayaan kita semua yang kita ada sekarang ini siapa kasi? Kita minta dari Allah سبحانه وتعالى, kita dapat rezeki dari Allah tapi kita tak sembahyang, kita tak jaga sembahyang kita, kita tak tunaikan apa yang Allah perintahkan kepada kita. Manusia macam apa kita ini? Malulah sikit kita ni dengan Allah سبحانه وتعالى."

Daripada TG Sheikh Zainul Asri Haji Romli.

MATI DALAM ISLAM ( HUSNUL KHATIMAH )

"Nasihat daripada Al-Imam Al Haddad yang menyeru kita mengambil berat untuk mencari asbab agar mati dalam keadaan Islam, kerana hanya Islam agama yang Allah redhai. Membunuh diri hukumnya adalah haram dan berdosa besar. Allah سبحانه و تعالى telah melapangkan jalan untuk mati dalam keadaan Islam."

"Apakah jalan itu? Sekiranya dia inginkan demikian yakni mati dalam Islam, maka hendaklah dia menjalankan perintah yang diwajibkan ke atas dirinya, serta menurut petunjuk Allah سبحانه و تعالى. Itulah memilih mati dalam Islam."

"Rasulullah ﷺ  mengajarkan kita untuk minta mati dalam husnul khotimah. Moga-moga Allah anugerahkan kita mati dalam husnul khotimah. Amin Allhumma Amin. Baginda mengajarkan sebab untuk kita dianugerahi meninggal dalam husnul khotimah."

"Dalam hadis Rasulullah ﷺ  diriwayatkan bahawa, syaitan yang terkutuk akan berkata; “Aduh, orang yang memohon husnul khotimah itu telah mematahkan tulang belakangku. Celaka! Bilakah dia mahu membangga-banggakan amalannya. Aku khuatir dia telah tahu tipu-dayaku.”

"Yakni, syaitan merasa sakit kalau ada orang minta husnul khotimah, kerana usahanya adalah untuk mematikan orang keadaan suul khotimah, Wal iya zu billah. Syaitan akan berusaha untuk halang manusia untuk buat baik bkn ketika sihat saja, tetapi ketika sakaratul maut pun, syaitan akan terus mengganggu, walaupun dia orang yang baik, soleh."

"Diriwayatkan dalam kisah hidup Imam Ahmad ibnu Hambal ketika dia berada dalam sakit nazak, anak muridnya mentalkinkan beliau, seperti yang diajarkan Rasulullah ﷺ. Tetapi kedengaran suara Imam Hambal menjadi, “Belum lagi…belum lagi…”

"Anak muridnya pun kehairanan kerana Imam Hambal bukan calang-calang orang. Beliau hafal sekian banyaknya hadis, ahli dalam feqah. Imam Hambal pun tertidur setelah itu, dan setelah jaga bertanya pada anak muridnya apa yang dia katakan. Anak muridnya menceritakan apa yang berlaku, dan Imam pun menceritakan yang dia sebenarnya bercakap dengan iblis."

"Iblis yang sambil menggigit tangannya berkata; “Tahniah, kau telah selamat dari tipu-muslihat aku,.” Itulah sebab Imam Hambal bercakap belum lagi.  Syaitan ingin Imam Ahmad rasa bangga yang dirinya telah terselamat, tetapi Imam Ahmad adalah orang yang dekat dengan Allah سبحانه و تعالى dan sentiasa melihat kekurangan pada dirinya."

"Dan melihat kesempurnaan hanya milik Allah سبحانه و تعالى. Kalimat Lailahalillah itu sudahpun menyatu dengan Imam Ahmad. Termasuk mati suul khotimah ialah orang yang saat-saat akhir hidupnya bangga dengan amalnya, lalu meninggal dalam keadaan riak."

"Kata Imam Al Haddad; "Dan hendaklah anda memperbanyakkan menyebut kepujian kepada Allah سبحانه و تعالى atas nikmat Islam, sebab itu setinggi-tinggi dan sebesar-besar nikmat. Kalau ditakdirkan Allah memberi kurnia dunia dan seisinya kepada seseorang, tetapi tidak dikurniakan Islam."

"Akan nescaya kurniaan itu akan menjadi bencana baginya, kerana tidak mendapat apa-apa di akhirat. Tetapi jika seseorang mendapat Islam, tetapi tidak diberikan dunia kepadanya, maka yang demikian tidaklah membahayakannya."

"Maka, nikmat Islam ialah nikmat yang terbesar. Rasa takut dan gerunlah kepada mati dalam suul khotimah kerana tidak mustahil Allah سبحانه و تعالى mengubah qalbu hati hamba-Nya. Allah memberi petunjuk kepada siapa yang disukai-Nya, dan menyesatkan siapa yang dikehendaki-Nya."

Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.

Taman-Taman Syurga.

"Didalam peristiwa Israk mikraj Rasulullah ﷺ. Yang mana berjumpa Rasulullah yang telah berjumpa dengan Nabi yang sedang merindui kita semua dan menyampaikan salam kepada nya, mengenai keindahan syurga yang menanti kita dengan menyuruh kita menanam beberapa pohon-pohon syurga supaya ianya tampak cantik."

"Peristiwa Israk Mikraj adalah suatu peristiwa yang sangat agung sekali. Peristiwa yang mana Nabi Muhammad ﷺ dalam perjalanan yang panjang menziarahi kepada Syurga dan menziarahi kepada Neraka. Melihat bagaimana azab dan seksaan yang diterima oleh Para penghuni neraka."

"Dan melihat penuh kenikmatan yang diperolehi mahligai, bidadari, keseronokkan dan kenikmatan yang dimiliki oleh penghuni-penghuni syurga yang mana Nabi Muhammad ﷺ saksikan dengan matanya. Nabi Muhammad ﷺ khabarkan kepada kita mengenai Syurga bukan hanya ambil dengan angin tanpa melihatnya. Bukan sekadar cerita. Tidak!"

"Akan tetapi, Rasulullah ﷺ melihat Syurga itu sendiri. Nabi ﷺ pernah melihat Neraka. Menyaksikan azab dan seksaan dan Nabi ﷺ khabarkan kepada kita. Dan Nabi ﷺ takutkan kepada kita mengenai Nerana bukan hanya biasa tetapi kerana Nabi ﷺ telah menyaksikan bagaimana dahsyatnya seksaan api neraka."

"Dan Nabi Muhammad ﷺ sentiasa memberi semangat dan motivasi kepada kita mengenai syurga Allah dan Nabi ﷺ telah melihat dengan mata kepalanya sendiri bagaimana Kehebatan syurga tersebut.
Dan peristiwa Israk wal Mikraj Nabi ﷺ bertemu dengan Nabi Ibrahim عليه السلام di Baitul Ma'mur di langit ketujuh. Baitul Ma'mur yang dikelilingi dan ditawaf oleh Para Malaikat."

"Sekali tawaf ada tujuh puluh ribu malaikat, Malaikat bertawaf mengelilingi kepada Baitul Ma'mur dan jika satu orang Malaikat telah sempurna tujuh kali tawaf Baitul Ma'mur dan keluar daripada tempat tawaf. Maka dia yakni Malaikat tidak akan dapat giliran sehingga hari kiamat untuk tawaf di Baitul Ma'mur tersebut."

"Rasulullah ﷺ mengatakan bahawa kerana begitu ramainya Para Malaikat yang dalam menunggu giliran untuk tawaf di Baitul Ma'mur tersebut di langit ketujuh. Nabi Muhammad ﷺ telah berjumpa dengan Nabi Ibrahim عليه السلام yang ketika itu sedang duduk bersandar di Baitul Ma'mur di langit ketujuh. Rasululullah ﷺ adalah cucu kepada Nabi Ibrahim."

"Dan Nabi Ibrahim adalah moyang kepada Rasulullah ﷺ. Rasulullah ﷺ mengatakan kepada Para Sahabat; "Aku melihat ketika berjumpa dengan Nabi Ibrahim عليه السلام Wajahnya seiras dengan wajahku dan wajahku seiras dengan wajahnya. Aku adalah cucunya."

"Nabi Ibrahim mengatakan kepada Nabi Muhammad ﷺ; "Wahai Muhammad, "Katakan kepada Ummatmu, sampaikan Salam kepada mereka. "Siapa yang menyampaikan salam? Nabi Ibrahim عليه السلام salah seorang Nabi Ulul Azmi. Kepada siapa disampaikan salam? Ummat Nabi Muhammad ﷺ."

"Umat nabi yakni kita semua. Ada seorang Nabi yang sedang Merindui kepada kita daripada Baitul Ma'mur di langit ketujuh. Nabi Ibrahim mengatakan; "Wahai Muhammad, Sampaikan salamku kepada Ummatmu dan katakan kepada mereka bahawa Tanah syurga itu begitu subur harum dan juga wangi. Katakan kepada mereka kelazatan syurga itu sangat indah, kebun kebun disyurga lapangannya sangat indah."

"Tetapi katakan Ummatmu untuk tanam seberapa banyak pohon-pohon Syurga supaya ianya bertambah indah dan katakan kepada mereka bahawa pohon-pohon Syurga itu adalah dengan ucapan; "Subhanallah, Walhamdulillah, walaa ilahaillah, Wallahuakhbar, walaa haula walaa quata illaa Billahil aliyil azim."

"Minta kepada Ummatmu untuk memperbanyakkan ucapan tersebut kerana dengan satu ucapan Subhanallah, maka satu pohon syurga ditanam. Sati Alhamdulillah, satu lagi pohon syurga. Seorang yang mempunyai tanah manakah yang dia lagi suka. Adakah tanah yang lapang yang tidak mempunyai apa-apa?"

"Ataupun tanah yang mempunyai kebun-kebun dengan tanaman pohom-pohon yang rendang yang indah dengan keindahan sungai yang mengalir di tepi-tepi pohon sehingga ia mengalir keluar?
Ini adalah menunjukkan keindahan syurga."

"Diatas dunia manusia berebut-berebut untuk memiliki tanah diatas dunia. Demikian, kebun tanah disyurga adalah lebih baik. tanah dan kebun disyurga hanyalah sebagai cerita bagi sesetengah orang. Dan Seorang yang menanam yang mana dia telah memiliki satu pokok disyurga."

"Adakah Allah سبحانه وتعالى tidak akan menjumpakan pemilik kebun tersebut dengan kebun tersebut? Adakah Allah سبحانه وتعالى akan memberikan selama-lamanya didalam Api Neraka Allah? Sedangkan ada sesuatu yang dimiliki dalam Syurga Allah. Sudah pasti tidak. Allah سبحانه وتعالى bersifat adil."

"Apabila seseorang itu telah mendapatkan assetnya telah mendapatkan Propertynya di dalam taman yang dinamakan Syurga dan Jannah Allah سبحانه وتعالى. Allah سبحانه وتعالى tidak akan mengecewakan seseorang itu untuk mendapatkan apa yang telah dimilikinya, apa yang telah ditanamnya, apa yang telah disemainya, apa yang telah ditetapkan di dalam Syurga. Allah سبحانه وتعالى sahaja lah yang memberikan kepadanya."

Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.

Thursday 19 November 2015

BAIK DAN BURUK, DARI MANA DATANGNYA

Bersumber dari Ustaz Iqbal Zain.

Perkara yang baik itu, selalunya kita kata datangnya dari Allah Taala. Apakah perkara buruk itu datang dari selain-Nya? Jika Allah itu satu, siapakah yang memperbuat baik dan siapakah yang memperbuat jahat (buruk)?

Contohnya, pada suatu hari Nabi Allah Isa melihat bangkai seekor anjing mati di padang pasir. Para sahabat semuanya menutup hidung, malahan ada yang loya melihat mata anjing itu yang hampir pecah dan isi perut yang terburai. Lalu Nabi Isa berkata, “Alangkah putihnya gigi anjing itu”. Para sahabat menegur bagaimana Nabi Isa boleh berpendapat sebegitu? Lalu dijawab oleh Nabi Isa , “Aku sedang belajar melihat kebaikan dan kecantikan di dalam keburukan”.

Berkenaan baik buruk itu, adalah mengikut prasangka kita semata-mata. Mulai pada hari ini, mari kita cuba lihat tuan yang empunya gerak baik dan tuan yang empunya gerak buruk! Siapakah tuan empunya kebaikan dan siapakah tuan empunya keburukan?

Kita selalu terpandang ciptaan (gerak) tetapi kita terlepas pandang untuk melihat kepada pencipta (tuan empunya gerak). Jika kita terpandang ciptaan, sudah tentu baik kepada apa yang kita suka dan tidak baik kepada apa yang kita tidak suka.

Adapun bagi orang makrifat, memandang kepada sifat sesuatu itu, adalah baik belaka. Kerana apa dikatakan baik belaka? Dikatakan semuanya baik belaka, adalah kerana kesemuanya perkara buruk baik itu, adalah datangnya dari ciptaan Allah Taala. Apapun segala ciptaan Allah itu, semuanya didapati baik belaka (tidak ada satupun ciptaan Allah yang tidak baik, jika terpandang pencipta dan bukan terpandang ciptaan). Bilamana kita pandang bala, maka akan hilanglah nikmat dan barang siapa terpandang nikmat, maka hilanglah bala. Sekarang terpulanglah arah mana yang tuan-tuan pandang.

Oleh itu, mulai pada hari ini, saya ingin mengajak tuan-tuan dan puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian, supaya ubahlah sikap kita. Berubahlah dari sifat yang selalu mengeji, mengumpat, mengata orang kepada sifat bersyukur dan sifat berterima kasih kepada Allah Taala. Saya ingin mengajak dan mendidik tuan-tuan semua agar memandang kebaikan daripada memandang keburukan. Jangan kita pandang buruknya orang, pandanglah kebaikannya.

Mulai pada hari ini, berbaik sangkalah kepada Allah. Untuk berbaik sangka kepada Allah itu, caranya adalah dengan tidak memandang buruk kepada orang lain. Pandanglah kepada tuan empunya baik dan pandanglah kepada tuan yang empunya buruk, iaitu Allah S.W.T. Sekiranya kita melihat sesuatu yang buruk pada orang lain, sesungguhnya ia adalah cermin untuk diri kita sendiri. Adapun orang yang berhati bersih itu, hanya selalu melihat kebaikan pada orang lain.

“Qul kullun min 'indillah”, bermaksud “Sesungguhnya buruk dan baik itu, adalah datangnya dari Allah”.

Ihsan dari air tangan,
Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof,
Fakulti Makrifat,
Universiti Qalbu Mukmin.

TAULADAN RASULULLAH : MENGUASAI DIRI

Dari Ust Iqbal Zain.

Rasulullah senantiasa dapat menguasai dirinya. Bahkan ketika beliau sudah menjadi orang yang paling berkuasa sekalipun, selalu beliau dengarkan dengan sabar kata tiap-tiap orang, dan jika seseorang memperlakukan beliau dengan tidak sopan, beliau tetap melayaninya dan  tidak pernah mencuba mengadakan pembalasan.

Kebiasaan orang Timur dalam menunjukkan penghormatan terhadap orang lain yang diajak bicara ialah dengan tidak memanggil dengan nama peribadinya. Kaum Muslimin biasa memanggil Rasulullah s.a.w. dengan kata-kata, “Ya Rasulullah,” dan kaum bukan-Muslim memanggil beliau, Abul Qasim (artinya Bapak si Qasim, karena salah seorang anak beliau bernama Qasim).

Sekali peristiwa seorang Yahudi datang kepada beliau di Madinah dan mulai bertukar pikiran dengan beliau. Dalam percakapan itu ia berulang-ulang memanggil, “Hai Muhammad, hai Muhammad.” Rasulullah s.a.w. sendiri tidak menghiraukan cara sapaan itu dan terus dengan tenangnya menerangkan soal yang dipercakapkan. Tetapi para Sahabat menjadi marah atas panggilan kurang sopan yang dipergunakan oleh orang itu sampai akhirnya seorang di antara mereka tidak dapat menguasai dirinya lagi dan memperingatkan agar tidak menyebut Rasulullah s.a.w. dengan nama asli beliau, tetapi dengan sebutan Abul Qasim.

Orang Yahudi itu mengatakan bahwa ia akan menyebut beliau dengan nama yang diberikan oleh orang tua beliau. Rasulullah s.a.w. tersenyum dan bersabda,
”Ia benar, aku diberi nama Muhammad pada saat aku dilahirkan, dan sama sekali tidak ada alasan untuk marah karena ia memanggilku dengan nama itu.”

Kadang-kadang orang menghentikan beliau di perjalanan dan mengajak bercakap-cakap, menerangkan kebutuhannya dan meminta pertolongan kepada beliau. Beliau selalu mendengarkan dengan penuh sabar dan membiarkan mereka terus bicara dan beliau baru meneruskan perjalanan kalau urusannya sudah selesai.

Pada waktu orang-orang berjumpa dan bersalam-salaman, orang kadang-kadang memegang tangan beliau beberapa lama, dan walaupun beliau beranggapan hal itu kurang enak dan membuang percuma waktu yangberharga, tidak pernah beliau lebih dahulu melepaskan tangan. Orang bergaul bebas dengan beliau dan memaparkan kesusahan dan kesukaran mereka kepada beliau dan meminta pertolongan beliau. Jika beliau mampu memberikannya, beliau tidak pernah menolak.

Terkadang beliau diusik orang-orang dengan aneka ragam permintaan yang sangat berat dan mendesak, tetapi beliau selalu mengabulkan dan melaksanakan sejauh yang dimungkinkan. Sekali peristiwa, setelah memenuhi suatu permintaan, beliau memberi nasihat kepada orang yang bersangkutan agar lebih bertawakal kepada Tuhan dan menjauhi kebiasaan meminta kepada orang lain untuk meringankan bebannya.

Pada suatu hari seorang Muslim yang mukhlis minta wang untuk kesekian kalinya kepada beliau dan permintaannya selalu diluluskan, tetapi hari itu beliau bersabda, “Sebaiknya seseorang bertawakal kepada Tuhan dan menjauhi kebiasaan meminta-minta.” Orang tersebut seorang muttaqi. Untuk menjaga perasaan Rasulullah s.a.w., pemberian itu tidak dikembalikannya tetapi ia bersumpah tidak akan meminta apa pun kepada siapa pun juga pada hari-hari mendatang dalam keadaan bagaimana juga. Beberapa tahun kemudian ia ikut serta dalam suatu peperangan. Ia menunggang kuda dan ketika pertempuran tengah berkecamuk, saat riuh gemerincingnya senjata dengan senjata saling beradu sampai di puncaknya dan ia dikepung musuh, cambuknya terlepas dan jatuh.

Seorang prajurit Muslim yang berjalan kaki melihat keadaan itu dan membungkuk untuk mengambilkan cambuk itu, tetapi orang berkendaraan itu melarangnya, lalu ia sendiri melompat dari kudanya dan mengambil cambuk itu sambil berkata bahwa ia telah lama berjanji kepada Rasulullah s.a.w. tidak akan meminta lagi pertolongan kepada siapa pun sehingga kalau mengizinkan sang prajurit itu mengambilkan cambuknya akan sama halnya seperti meminta pertolongan secara tidak langsung dan dengan demikian telah berdosa, melanggar janjinya kepada Rasulullah s.a.w..

Credit :Nabi-Muhammad.blogspot

Monday 16 November 2015

Tips perawatan rangka kayu keris.

1. Bersihkan rangka dari debu dengan kain pembersih atau kain fibre yg lembut. Siapkan minyak zaitun/olive oil atau minyak sayur.

2. Oleskan minyak zaitun ke rangka kayu dengan jari sambil ditekan-tekan hingga minyak zaitun meresap ke bagian dalam pori-pori kayu.

3. Jemur 15 menit rangka yg sudah dibaluri minyak zaitun di matahari. Hal ini untuk mengurangi sisa kelebihan minyak tadi. Apabila kita tidak betul-betul mengeringkan sisa kelebihan minyak maka, terkadang jamur-jamur halus akan muncul di permukaan rangka keris. Untuk itu perlu pastikan bahwa rangka telah benar-benar kering.

4. Bersihkan lagi sisa-sisa kelebihan minyak dangan kain bersih dan gosok hingga mengkilap. Setelah itu simpan kembali rangka di lemari atau tempat yg tidak lembab.
Membersihkan rangka keris harus dilakukan secara teratur atau apabila warna kayu telah kembali pucat dan sangat kering.
Menjaga dan membersihkan rangka kayu keris dapat mengelakkan terjadinya keretakan kayu dan menampilkan keindahan warna kayu.

Sekedar berbagi & semoga bermanfaat.

Sumber dari Andi M. Irvan Zulfikar


Tips melepaskan/memisahkan hulu dari Kerisnya.

Bersumberkan dari M. Irvan Zulfikar

Mungkin diantara kita pernah mendapatkan Keris dengan hulu yg merekat alias tidak bisa dibuka. Hal tersebut membuat kita kesulitan untuk membersihkan atau mencuci bilah secara keseluruhan termasuklah ottingnya/peksinya.

1. Langkah mudah yg bisa lakukan adalah dengan merebus air dalam panci dengan tingkat api yg rendah. Kemudian letakkan Keris/panggang diatas panci selama beberapa menit. Sesekali angkat dan coba goyang-goyangkan hulu tersebut hingga lepas.

2. Setelah hulu berhasil dilepaskan kita bisa terus mencuci bilah secara keseluruhan.

Cara ini adalah yg paling aman tanpa harus memanggang Keris langsung pada apinya. Memanggang pangkal Keris pada api akan meninggalkan kesan terbakar pada bilah jika kita tidak pandai mencuci bilah dengan baik.

Selamat mencoba & semoga bermanfaat.

NASIHAT AGUNG RASULULLAH ﷺ

Daripada Sayidina Khalid bin Al-Walid Radiallaahu’anhu telah berkata : Telah datang seorang Arab desa kepada Rasulullah SAW dan dia telah menyatakan tujuannya : Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai perkara yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat. Maka Baginda SAW telah berkata kepadanya. Tanyalah apa yang dikehendaki :

1.Bagaimana sekiranya aku ingin menjadi orang yang alim ?
Rasulullah bersabda : Takutlah kepada Allah, maka engkau akan jadi orang yang paling alim.

2.Bagaimana sekiraya aku mahu menjadi orang yang paling kaya?
Rasulullah bersabda : Jadilah orang yang qana'ah(merasa cukup dengan Allah), maka engkau akan jadi orang yang paling kaya.

3.Bagaimana sekiranya aku mahu menjadi orang yang paling adil ?
Rasulullah bersabda : Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri, maka jadilah engkau seadil-adil manusia.

4.Bagaimana sekiranya aku mahu menjadi orang yang paling baik ?
Rasulullah bersabda : Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka, engkau akan jadi sebaik-baik manusia.

5.Bagaimana sekiranya aku mahu menjadi seorang yang istimewa di sisi Allah?
Rasulullah bersabda : Banyakkan zikrullah, nescaya engkau akan jadi orang yang istimewa di sisi Allah.

6.Bagaimana sekiranya aku mahu disempurnakan imanku ?
Rasulullah bersabda : Perelokkan akhlakmu, nescaya imanmu akan sempurna.

7.Bagaimana sekiranya aku mahu termasuk dalam golongan orang muhsinin(baik)?
Rasulullah bersabda : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya dan jika engkau tidak merasakan begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini, engkau akan termasuk dalam golongan muhsinin.

8.Bagaimana sekiranya aku mahu termasuk dalam dalam golongan yang taat?
Rasulullah bersabda : Tunaikan segala kewajipan yang difardukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat.

9.Bagaimana sekiranya aku mahu berjumpa dengan Allah dalam keadaan bersih daripada dosa ?
Rasulullah bersabda : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa.

10.Bagaimana sekiranya aku mahu dihimpunkan pada hari kiamat di bawah cahaya?
Rasulullah bersabda : Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitungkan pada hari kiamat di bawah cahaya.

11.Bagaimana sekiranya aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari kiamat?
Rasulullah bersabda : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihimu pada hari kiamat.

12.Bagaimana sekiranya aku mahu dihapuskan segala dosaku?
Rasulullah bersabda : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan) segala dosamu.

13.Bagaimana sekiranya aku mahu menjadi semulia-mulia manusia?
Rasulullah bersabda : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia.

14.Bagaimana sekiranya aku mahu menjadi segagah-gagah manusia?
Rasulullah bersabda : Sentiasa menyerah diri (tawakal)kepada Allah nescaya engkau akan menjadi segagah-gagah manusia.

15.Bagaimana sekiranya aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah?
Rasulullah bersabda : Sentiasa berada dalam berkeadaan bersih (daripada hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki kepadamu.

16.Bagaimana sekiranya aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi Allah dan rasul-Nya.
Rasulullah bersabda : Cintailah segala apa yang disukai Allah dan rasul-Nya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh Mereka.

17.Bagaimana sekiranya aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari kiamat?
Rasulullah bersabda : Jangan marah kepada orang lain, nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasul-Nya.

18.Bagaimana sekiranya aku mahu diterima segala permohonanku?
Rasulullah bersabda : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterima-Nya.

19.Bagaimana sekiranya aku mahu agar Allah menutup segala keaibanku pada hari Kiamat?
Rasulullah bersabda : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari kiamat.

20.Siapakah yang terselamat daripada dosa?
Rasulullah bersabda : Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendak-Nya dan mereka yang ditimpa kesakitan.

21.Apakah sebesar-besar kabaikan disisi Allah?
Rasulullah bersabda : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian(bala).

22.Apakah sebesar-besar kejahatan disisi Allah?
Rasulullah bersabda : Buruk akhlak dan tamak haloba.

23.Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?
Rasulullah bersabda : Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang.

24.Apakah yang memadamkan api neraka pada hari kiamat?
Rasulullah bersabda : Sabar di dunia dengan bala dan musibah.

(Riwayat Kanzul 'Ummal: Imam A'lauddin menukilkan dari Imam as-Sayuti)

Sumber : Ustaz Iqbal Zain al Jauhari

Friday 13 November 2015

Adab & Akhlak.

"Akhlak dan adab adalah perkara yang penting dalam agama kita, tidak mungkin agama itu tanpa adab & akhlak yang baik. Mustahil. Apakah maksud adab? Adab bermaksud meletakkan manusia atau sesuatu kepada tempatnya. Pada orbit masing masing. Kita meletakkan sesuatu pada haknya."

"Perkara itu, jika didakap oleh umat islam akan membawa tamadun yang sengsara kepada umat islam.  Dan dengan agama, manusia lebih beradab. Bayangkan, semua yang berada di alam cakerawala ini bergerak didalam orbitnya. Bulan, matahari, bintang bintang yang bergerak semuanya pada orbitnya.

"Semua makhluk Allah, Allah سبحانه وتعالى meletakkan pada mereka tempatnya. Pada orbitnya masing masing. Allah سبحانه وتعالى meletakkan setiap individu pada orbitnya. Pada kosmosnya. Jika seseorang itu terkeluar daripada tempatnya daripada orbitnya?"

"Maka, berlakulah bermacam macam masalah, bermacam macam kepincangan. Begitulah kita lihat pada hari ini. Allah سبحانه وتعالى meletakkan seseorang sebagai pemerintah maka dia berada pada orbitnya. Allah سبحانه وتعالى meletakkan seseorang sebagai ulama maka dia berada pada orbitnya pada tempatnya."

"Begitu juga orang awam masyarakat awam pada tempatnya. Jika, masyarakat awam terkeluar daripada tempatnya, maka kepincangan akan berlaku. Jika masyarakat awam ingin menjadi pemerintah maka akan kucar-kacir lah negara."

"Jika orang awam ingin menjadi, ulama maka dia akan terkeluar daripada tempat masing masing. Orbit masing masing. Maka bercelarulah dunia ini. Masyarakat akan bercelaru. Begitulah yang kita lihat bermacam macam kepincangan pada hari ini."

"Adab dan akhlak adalah perkara yang amat penting didalam agama. Adab kita penuntut ilmu pada ilmu pula, adalah umpama baru mendengar sekali walaupun beribu kali sudah mendengarnya. Umpama tidak jemu. Allah سبحانه وتعالى akan tambah ilmu lain yang tidak kita ketahui."

"Kerana sikap dan adab kita terhadap ilmu. Jika kita mengata pada seorang guru itu; “Sudah berapa kali ustaz ini nak cakap?” Hilanglah keberkatan ilmu. Maka impaknya Allah سبحانه وتعالى akan menutup pintu kefahaman ilmunya dan kunci kepada pintu kefahaman itu adalah “adab”."

"Di dalam diri kita ada orbit yang perlu kita fahami. Letakkan diri kita pada orbit tersebut, maka kita akan kenal akan adab kita kepada Allah سبحانه وتعالى. Adab kita sebagai hamba. Letak diri kita pada orbit yang sebenar, kita akan beradab depan makhluk Allah سبحانه وتعالى."

"Yang menyebabkan di zaman kita sekarang ini kucar-kacir, hilang peradaban dan ketamadun yang hakiki, adalah kerana kita tidak meletakkan diri pada orbit kita yang sebenar. Seseorang itu terkeluar daripada orbit masing-masing."

"Kerana yang dinamakan sebagai ulama, tetapi tidak ada Adab dalam dirinya, tidak ada Akhlak dalam dirinya. Apabila dia bercakap tidak ada Adab, tidak ada Akhlak, Mengkafirkan, mensyirikkan orang. Dia sudah terkeluar daripada orbitnya. Sifat adab & akhlak ini dimiliki oleh Para Ulama dan orang-orang yang soleh."

"Ulama terdahulu melihat kepada akhlak orang yang mereka ingin ambil ilmu tersebut. Jika tiada adab dan akhlak, maka mereka tidak mengambil ilmu daripada mereka. Sifat orang soleh itu adalah pada akhlaknya."

"Tidak mungkin seseorang itu ingin menjadi orang soleh dengan seorang diri. Dia berkata, aku tak perlu berdamping dengan mereka. Aku boleh menjadi soleh seorang diri. Tidak mungkin seseorang itu ingin menjadi soleh jika dia tidak berdamping dengan orang soleh."

"Dia tidak bergaul tidak rapat dengan orang soleh. Kerana orang-orang soleh itu mereka berdamping dengan orang orang soleh sebelum mereka. Begitu juga sebelum mereka berdamping dengan orang
soleh sebelum mereka. Sehinggalah sampai kepada para sahabat berdamping dengan penghulu orang soleh Rasulullah ﷺ."

"Agama itu bergantung kepada siapa yang kita bergaul, kita berdamping kita bersahabat. Maka sentiasalah bersuhbah bersama dengan ulama, dan orang-orang soleh. Jika tidak mampu seminggu sekali. Sekali, sekala. Kalau boleh sentiasa meletakkan diri kita didalam majlis mereka."

Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.

Thursday 12 November 2015

SAKARATUL MAUT DAN KEMATIAN MUKMIN

Sesungguhnya seorang hamba mukmin apabila hendak meninggal dunia menuju akhirat, turun kepadanya para malaikat dari langit yang berwajah putih berseri seakan wajah mereka ibarat matahari. Mereka membawa kafan dan wangian dari syurga. Mereka duduk di samping calon mayat sejauh mata memandang.

Diriwayatkan bahwa para malaikat ini mulai mencabut nyawa dari kaki sampai ke lututnya, kemudian diteruskan oleh para malaikat lainnya sampai ke perut, kemudian diteruskan lagi oleh para malaikat lainnya sampai ke kerongkongan, kemudian datanglah Malaikat maut Alaihis Salam dan duduklah di samping kepala calon mayat seraya berkata: “Wahai jiwa yang baik, wahai jiwa yang tenang, keluarlah menuju ampunan dan redha dari Allah”.
Maka keluarlah rohnya dengan lembut seperti air yang menitis dari bibir tempat air.

Malaikat maut-pun mengambilnya, setelah Malaikat mengambil ruh itu maka segera di masukkan dalam kafan yang dari syurga tersebut dan diberi haruman yang dari syurga itu. Lalu keluarlah dari ruh itu bau yang sangat wangi seperti bau perfume yang paling wangi di muka bumi ini.

Ketika telah keluar ruhnya maka para Malaikat di antara langit dan bumi mensolatinya, demikian pula semua Malaikat yang di langit. Dan dibukakan untuknya pintu-pintu langit, semua penjaga pintu tersebut berdoa kepada Allah agar ruh tersebut lewat melalui pintunya.

Para Malaikat membawa ruh itu naik ke langit, dan tiap-tiap melalui rombongan Malaikat mereka selalu bertanya: “Ruh siapa yang wangi ini???” Para Malaikat yang membawanya menjawab: “Ini ruhnya Fulan bin Fulan”, sambil menyebutkan panggilan-panggilan terbaiknya selama di dunia.

Malaikat yang membawanya menyebutkan kebaikan-kebaikannya selama di dunia, Kebaikan-kebaikannya dalam hubungan dengan Allah dan dengan sesama manusia bahkan dengan alam semesta. Tatkala telah sampai di langit dunia para Malaikat meminta dibukakan pintunya.

Malaikat penjaga pintu langit membuka pintu itu, kemudian semua Malaikat yang ada ikut mengiringi ruh itu sampai ke langit berikutnya hingga berakhir di langit ke tujuh. Lalu Allah berfirman: “Tulislah catatan amal hamba-Ku di Illiyyiin! Tahukah kamu apakah Illiyyiin itu? (Yaitu) kitab yang bertulis (untuk mencatat amal orang yang baik)” (QS. Al-Muthaffifiin: 19-20).

Ditulislah catatan amalnya di Illiyyiin. Kemudian dikatakan: “Kembalikanlah ia ke bumi, kerana Aku telah berjanji kepada mereka bahwa Aku menciptakan mereka darinya (tanah) dan mengembalikan mereka kepadanya serta membangkitkan mereka darinya pula pada kali yang lain”. Roh itu-pun dikembalikan ke bumi dan ke jasadnya.

Semoga Allah mengurniakan kita Husnul Khatimah dan menghindarkan kita dari Su'ul Khatimah. Amiin.

Sumber : Ust Iqbal Zain .

CAHAYA ZIKRULLAH

Nur zikrullah akan bersama seseorang itu sama ada didunia mahupun di dalam kubur dan nur tersebut berada di hadapannya ketika dia melintas titian sirat. Allah s.w.t. berfirman;

"Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kekufuran) kemudian kami hidupkan dia (semula dengan hidayah dan iman) dan kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah dia membezakan antara yang benar dengan yang salah dan dapatlah) dia berjalan dengan cahaya itu di tengah-tangah masyarakat manusia. (Adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti orang yang berada dalam kegelapan (kufur) yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya?"
Surah al An'am ayat 122

Orang pertama yang dimaksudkan ialah orang-orang mukmin yang hatinya bercahaya dengan beriman kepada Allah s.w.t., 'mahabbah' (mencintaiNya), 'makrifat' (mengenaliNya) dan 'zikrullah' (sentiasa mengingatiNya). Sementara orang yang kedua tidak mempunyai sifat-sifat tersebut. Sebenaarnya 'nur' itu adalah sesuatu yang begitu unggul, dalam 'nur' itu terdapat kejayaan yang sempurna. Jesteru, diriwayatkan dalam beberapa hadith, Rasulullah s.a.w. sentiasa berdoa supaya Allah s.w.t. menjadikan nur pada daging, tulang, otot, rambut, kulit, telinga, mataa, di atas, di bawah, di kanan, di kiri, di hadapan dan di belakang Baginda s.a.w. Baginda s.a.w. memohon supaya keseluruhan dirinya dijadikan nur. Mengikut kadar nur daripada zikir, amalan-amalan yang lain akan bercahaya. Amalaan daripada sesetengah orang menuju kelangit dalam keadaan seumpama cahaya matahari dan cahaya yang sempurna inilah akan kelihatan pada wajah mereka pada hari kiamat.

Zikir adalah perkara utama dalam ilmu tasawuf dan diamalkan oleh setiap ahli tasawuf dalam tariqat mereka. Sekiranya pintu zikir telah terbuka bagi seseorang, berarti telah terbuka baginya jalan menuju kepada Allah s.w.t. Sesiapa yang telah sampai kepada Allah s.w.t. nescaya dia akan mendapat segala-gala yang dikehendakinya kerana tidak ada apa-apa yang berkurangan di sisi Allah s.w.t.

Di dalam hati manusia ada suatu bahagian yang tidak dapat dipenuhi melainkan dengan zikrullah. Apabila zikir telah menguasai hati maka zikir bukan saja dapat mengisi bahagian hati bahkan menjadikan seseorang itu kaya, menjadikannya dipandang mulia, walaupun tidak mempunyai puak dan bukan dari keturunan bangsawan. Menjadikannya seperti seorang raja, walaupun tidak mempunyai kerajaan. Sebaliknya orang yang lalai daripada zikrullah pasti dia akan dihina walaupun dia mempunyai harta kekayaan, keturunan bangsawan dan kerajaan.

Zikir menghimpun kembali yang telah bercerai dan menceraikan yang telah berhimpun, mendekatkan yang jauh dan menjauhkan yang dekat. Maksud 'menghimpun kembali yang telah bercerai' ialah pelbagai kerisauan, dukacita dan kegelisahan yang ada di dalam hati manusia diganti dengan ketenangan. Maksud 'menceraikan yang terhimpun' ialah kesalahan dan dosa yang telah terhimpun pada seseorang dipisahkan daripadanya. Tentera-tentera syaitan yang menguasai seseorang diceraikan daripadanya. Cinta akhirat yang jauh itu didekatkan dan cinta dunia yang dekat itu dijauhkan daripada seseorang.

Zikir menyedarkan hati yang tidur dan menjadikan hati itu sentiasa berwaspada daripada kelalaian. Selagi hati massih tidur maka selama itulah manusia dalam kerugian.

Zikir merupakan pohon yang menghasilkan buah makrifatullah. Semakin diperbanyakkan zikir itu semakin kukuh tunjang pohon itu, semakin kuat tunjang pohon itu maka semakin banyak buah yang terhasil.

Zikir juga mendekatkan seseorang kepada Allah s.w.t. sehingga terhasil 'Mai'iyattullah' yakni Allah s.w.t. sentiasa bersamanya. Sebagaimana diterangkan dalam al Quran;

"Sesungguhnya Allah s.w.t. bersama orang yang bertakwa."

Disebutkan dalam satu hadith qudsi;

"Aku bersama hambaKu selagi dia mengingatiKu."

Disebutkan dalam sebuah hadith qudsi bahawa Allah s.w.t. berfirman, "Orang yang mengingatiKu adalah orangKu, Aku tidak akan menjauhkannya daripada rahmatKu. Sekiranya mereka sentiasa bertaubat daripada dosa-dosa maka Aku menjadi habib (kekasih) mereka. Sebaliknya jika mereka tidak bertaubat maka Aku menjadi tabib (pengubat) untuk mereka dengan membawa kesusahan dan keperitan kepada mereka untuk mensucikan mereka daripada dosa-dosa."

Sebenarnya, 'mai'iyattullah' ialah keadaan Allah s.w.t. bersama seseorang yang akan terhasil menerusi zikir. Keadaan tersebut tidak mungkin dapat ditandingi walau seseorang itu ditemani oleh sesiapa pun selain Allah s.w.t. Keadaan itu tidak mungkin diterangkan dengan lidah dan tidak boleh diluahkan melalui tulisan. Kelazatan itu hanya dirasai oleh orang yang telah mengecapi keadaan itu.

"Ya Allah berikanlah kepadaku hakikatnya ."

(Fadhilat Amal)

Wednesday 11 November 2015

Habib Ali Zaenal Abidin Hamid

Assalamualaikum warahmatullah..
Petikan dari Habib Ali Zaenal Abidin Hamid.

Sifat Santun itu, orang yang sabar yang sabarnya itu sangat luar biasa. Bila diuji, dia sabar dalam menghadapi dugaan, bila ditambah ujian. Maka dia bertambah sabar.
Santun itu bukan sahaja kepada sopan, itu santun ertinya bila makin diuji, makin bersabar. Allah Maha penyantun, oleh kerana manusia ini terlalu banyak melakukan salah dan silap, berdosa kepada Allah, manusia tak mendapat balasan terus dari Allah, justeru Allah masih membuka pintu taubat kepada mereka. Allah tak pernah putus asa menerima taubat manusia, walaupun manusia berkali-kali melakukan kesalahan.

Lagi dari beliau:

Bila solat, perhatikan ketika kamu sujud. Hakikat daripada sujud ialah sujudnya hati juga! Berapa ramai orang yang kepalanya sujud, tapi hatinya bongkak, takabbur! Ketika sujud, hati juga mesti sujud. Jangan anggap diri hebat berbanding orang lain. Sujudlah dengan dahi dan juga hati supaya mendapatkan rahsia yang ada pada sujud.

Dan lagi katanya :

Perkara itu Dilihat oleh Sayyidina Umar lalu ditanya..
"Ya Rasulullah ﷺ mengapakah engkau tersenyum selepas kau bangun dari tidur tadi?".

Jawab Rasulullah ﷺ "Aku bermimpi mendapati diakhirat dua orang,yang mana seorang itu orang yang dizalimi dan seorang itu lagi orang yang menzalimi kepada yang dizalimi itu .
Orang yang dizalimi itu berkata "Wahai Allah,sesungguhnya dia menzalimi kepadaku didunia" .

Lalu orang yang dizalimi itu diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk ambil segala pahala/kebaikan yang ada pada orang yang zalim itu sehinggakan tiada lagi pahala/ kebaikan pada orang zalim itu .

Tidak mencukupi pula sehinggakan,
diberi pula dosa kesalahan yang pernah dilakukan oleh orang yang dizalimi itu kepada orang yang menzalimi itu. Hanya tinggal dosa yang banyak kepadanya, tiada lagi pahala walaupun sikit .

Ketika Rasulullah ﷺ menceritakan kisah mimpinya itu, Baginda ﷺ menangis. Lalu Baginda mengatakan,
Allah s.w.t berkata kepada orang yang dizalimi "Wahai fulan, angkat kepalamu" lalu mendapati akan orang yang dizalmi itu suatu keindahan yang luar biasa, lalu dia bertanya "Wahai Allah ini sungguh indah, Nabi siapa yang punya? Orang Siddiq siapa yang punya? Orang syahid siapa yang punya?
Lalu Allah s.w.t menjawab "keindahan ini adalah kepunyaan orang yang mempunyai bayaran yang boleh dibayar oleh Allah"lalu Beliau tanya lagi "Apa bayarannya wahai Allah?" .
Berkata Allah s.w.t "Bayarannya ialah memaafkan orang lain" orang yang dizalimi itu mengatakan "Wahai Allah aku memaafkan orang yang menzalimi aku itu" .

Allah s.w.t berkata pula kepadanya "Wahai fulan ambil lah tangan orang yang menzalimi kepadamu itu pergi masuk ke syurga sana", lalu dibawa tangannya menuju ke syurga.
Disebabkan perkara Ini yang membuatkan Rasulullah ﷺ tersenyum.

Petikan Tausiyah Habib Ali Zaenal Abidin Hamid

Korban Cinta.

"Didalam Al-Quran, Allah سبحانه وتعالى berfirman; "Dan kalau mereka beroleh kebaikan yakni kemewahan hidup, mereka berkata; "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau mereka ditimpa bencana, mereka berkata;" Ini adalah dari sesuatu nahas yang ada padamu."

"Ayat ini turun kepada golongan Munafiqin yang bila mereka menang akan berkata itu kuasa Allah سبحانه وتعالى, akan tetapi bila kalah akan menisbahkan kepada Rasulullah ﷺ. Perangai Yahudi pun memang sedemikian."

"Yahudi dizaman Nabi Musa. Kalau datang kepada mereka kebaikan. Mereka akan berkata itu daripada Allah سبحانه وتعالى dan mereka layak menerimanya. Akan tetapi bila mendapat musibah, mereka akan menyalahkan Nabi Musa عليه السلام."

"Nabi Musa pun disalahkan. Inilah perangai Yahudi dari dulu dan sehingga kini. Ini beza orang yang dididik dengan iman dan orang yang tidak beriman. Seorang sahabat Rasulullah ﷺ bernama Saad ibnu Rabi’. Dalam satu peperangan yang kaum Muslimin mengalami kekalahan."

"Rasulullah ﷺ berkata; “Siapakah antara kamu yang boleh mencari khabar tentang Saad ibnu Rabi’?” Saad ibnu Rabi’merupakan salah seorang naqib yang Rasulullah ﷺ pilih dalam perjanjian Aqabah. Jawab seorang sahabat lain, “Ana, Ya Rasulullah.”

"Lalu dicari dan dijumpai dia dalam keadaan tenat kerana cedera teruk. Saad ibnu Rabi’ pun bertanya apa yang diingini sahabat yang mencarinya. Sahabat itu mengatakan yang Rasulullah ﷺ mencarinya. Saad ibnu Rabi’ berpesan untuk menyampaikan Salam kepada Rasulullah ﷺ."

"Dia berkata; “Telah kena kepada aku dua belas sehingga tujuh belas tusukan kepada tubuh badan aku, dan aku berada pada penghujung kehidupanku. Sampaikan Salam aku kepada Rasulullah ﷺ. Dan semoga Allah سبحانه وتعالى memberi ganjaran baik kepada Rasulullah ﷺ dengan sebaik-baik ganjaran."

"Allah سبحانه وتعالى memberi ganjaran yang baik yang diberikan Allah kepada Nabi yang berkhidmat untuk umatnya. Dalam keadaan nazak pun Saad ibnu Rabi’ masih menyampaikan Salam kepada Rasulullah ﷺ. Ini perbezaan orang yang dididik dengan keteguhan iman berbanding dengan orang munafiq Yahudi yang menyalahkan Rasulullah ﷺ."

"Saad ibnu Rabi’ masih berterima kasih kepada Rasulullah ﷺ walaupun dalam keadaan tenat, nazak. Sambungnya lagi, “Sampaikan kepada kaumku; "Wahai kaumku, jangan sampai ada seorang pun menyakiti kepada Rasulullah ﷺ sementara mereka masih ada mata yang berkedip.”

"Subhanallah, dalam keadaan nazak, tiada kekuatan pun, Saad ibnu Rabi’ masih sampaikan salam, ucap terima kasih bahkan berpesan pada kaumnya untuk tidak menyakiti Rasulullah ﷺ. Tarbiyyah yang bagaimana yang dilakukan Rasulullah ﷺ sehingga para sahabat mudah menyerahkan benda paling berharga dalam hidup iaitu nyawanya sendiri."

"Mereka mengorbankan nyawanya sendiri untuk kecintaan mereka kepada Nabi Muhammad ﷺ? Jiwa kecintaan seperti ini yang perlu hidup dalam umatnya Rasulullah ﷺ di zaman kita sekarang. Rasa perngorbanan yang dalam terhadap kecintaan kepada Rasulullah ﷺ yang mesti menyala dalam sanubari kita umatnya. Ini mesti sentiasa wujud, baru tujuan jihad itu nampak jelas untuk menegakkan apa yang dibawa oleh baginda Rasulullah ﷺ."

Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.

Fikir Tiga Perkara.

"Di dalam dunia ini, kita masih lagi boleh meminta. Di dunia kita masih boleh berhutang. Di dunia kita masih boleh minta tolong tapi kalau untuk urusan akhirat kita nanti, kita nak minta tolong dengan siapa Nak berhutang dengan siapa? Nak menumpang dengan siapa? Ataupun juga nak meminjam dengan siapa?"

"Itu masing-masing dengan tanggungjawab diri peribadi kita masing-masing. Seandainya jarak untuk kita nak ke sesuatu destinasi misalnya saja dari Kuala Lumpur ke Kelantan itu jaraknya beratus-ratus Kilometernya, mesti kita pastikan persiapan kita kenderaan kita dengan minyak yang cukup."

"Dan mesti dengan bekalan yang cukup. Tapi kalau seandainya kita tahu tidak ada R & R tidak ada restoran tidak ada petrol pump sepanjang perjalanan kita. Katakan saja misalnya tutup kesemuanya maka mahu tidak mahu mesti kita siapkan bekalan siapkan makanan sebelum kita bertolak. Kenapa?"

"Kerana nanti kita akan kelaparan maka kita akan persiapkan keperluan kita sepanjang kita di perjalanan. Kalau seperti itu logiknya kalau seperti itu rasionalnya sepatutnya seperti itu juga kita risau dengan bekalan yang kita akan bawa bersama menuju ke akhirat."

"Ini yang menyebabkan Saidina Abu Hurairah r.a. menangis. Kalau seandainya orang yang seperti beliau sepatutnya tidak perlu risau tidak perlu menangis. Kenapa?Sebab persiapan daripada beliau itu lebih daripada cukup. Dalam berapa ribu buah hadis Rasulullah ﷺ yang diriwayatkan oleh Saidina Abu Hurairah tentang apa sahaja."

"Baik itu dari segi pakaiannya, ekonominya atau juga makanannya, minumannya, budayanya, ibadahnya,
sembahyangnya, puasanya. Katakan apa sahaja ada berapa puluhan bahkan ratusan hadis berkenaan dengan sembahyang.
Berkenaan dengan puasa. Berkenaan dengan zakat dan sebagainya. Buka saja kitab yang mana satu."

"Terserah itu kitab hadith yang mana satu pun maka kita akan temukan riwayat hadith Saidina Rasulullah ﷺ yang diriwayatkan oleh Saidina Abu Hurairah r.a. Dalam berapa ramai calon-calon yang akan masuk Syurga Allah سبحانه وتعالى yang akan mendapat rahmat, yang akan mendapatkan maghfirah, keampunan yang mendapatkan kebajikan."

"Itu tidak terhitung banyaknya asbab hadith-hadith yang Saidina Abu Hurairah riwayatkan. Bererti beliau ada bonus di situ. Berapa kira-kira banyaknya kebaikan yang dipungut yang didapatkan yang diperoleh oleh Saidina Abu Hurairah r.a sebagai orang yang paling banyak meriwayatkan hadith Sayyidina Rasulullah ﷺ."

"MasyaAllah Tabarakallah. Begitu sehingga sejak daripada zaman beliau sampai ke detik kita sekarang ini. Sudah berapa orang-orang yang mendapatkan rahmat Sudah berapa orang-orang yang mendapatkan kemudahan? Sudah berapa ramai orang yang mendapat tatapan restu dan redha daripada Allah سبحانه وتعالى."

"Mereka yang beramal dengan hadith-hadith yang beliau riwayatkan sehingga dalam waktu yang sama banyak banyak banyaknya jaringan hadis yang beliau riwayatkan. Akan tetapi itu ternyata tidak mengurangkan beliau untuk berzikir, beribadah, berubudiah kepada Allah سبحانه وتعالى."

"Mungkin kita pernah dengar diriwayatkan beliau yakni Saidina Abu Hurairah r.a itu setiap hari tidak kurang daripada dalam dua belas ribu kali tasbih yang beliau lantunkan. Subhanallah!Subhanallah! Subhanallah Subhanallah! Bukan tiga puluh tiga kali. Berpuluh ribu kali. Kalau kita ada yang buat pun kadang-kadang ada dicelahi dengan mengelamunnya dengan mengantuknya lagi."

"Ini bukan tiga puluh tiga kali yang dilantunkan beliau tetapi dalam dua belas ribu kali dalam setiap hari. Akan tetapi ketika di akhir riwayat hidupnya beliau menangis, risau, bimbang, takut, sedih betul-betul berdukacita maka ditanya oleh orang-orang yang berada di sekeliling beliau."

"Kenapa Ya Abu Hurairah?; Apakah kira-kiranya kamu bimbang takut dan risau dikeranakan dengan akhir hayat kamu?" Maka kata beliau; "Yang membuatkan aku sedih dan berdukacita itu adalah dikeranakan atas tiga perkara yang aku fikirkan."

"Yang pertama, Jauhnya jarak yang nak ditempuh menuju ke akhirat. Perjalanan bukannya setakat sampai ke alam kubur tapi sampai perjalanan yang nak menuju akhirat itu. Dunia kita ini lebih kecil. Kalau dengan perjalanan dunia sahaja sudah berapa ramai daripada kita yang pernah mengelilingi seluruh dunia?"

"Daripada timur ke barat daripada utara ke selatan. Belum pernah kita mengelilingi dunia. Nabi kita bersabda; "Yang paling di bawah daripada penghuni syurga itu memiliki syurga yang keluasannya yang kehebatannya itu seperti sepuluh kali dunia."Itu satu orang sepuluh kali dunia. Kalau bahasa kita itu kelas bawahan bukannya kelas atasan itu. Itu bawah sekali di dalam syurga seperti sepuluh kali dunia."

"Kalau jumlah orang yang masuk syurga itu tidak kurang berbillion orang itu keluasannya, lebarnya, besarnya syurga itu seperti apa Jadi yang pertama adalah jauhnya jarak perjalanan yang nak ditempuh menuju ke akhirat."

"Yang kedua, Sedikitnya bekalan yang dibawa. Ya Allah, kalau bekalan kita banyak mana? Kalau seandainya sahaja kita hidup selama lapan puluh tahun. Tolak waktu kita kecil bermain, tolak waktu kita bekerja, tolak waktu kita makan waktu kita minum, tolak waktu kita tidur lagi. Agaknya kira-kira berapa banyak waktu yang kita luangkan yang kita benar-benar peruntukkan yang kita isi untuk kita beribadah?"

"Kita dengan solat berjemaah di masjid pun belum tentu lagi. Kita sembahyang tidak khusyuk. Di waktu berzikir sambil mengantuk. Yang kita di waktu malam tidak bangun tahajjud. Siangnya pula kadang-kadang tumbang lagi yang mana Nabi kita bersabda; "Dua rakaat sembahyang dhuha itu akan membayar segala sedekah untuk tiga ratus enam puluh ruas tulang kita."

"Itu pun masih lagi kita berat untuk mengerjakannya. Dan yang ketiga, Sedangkan Allah yang menyoal siasat Maha Mengetahui.Apakah kita beramal betul-betul ikhlas?Apakah betul-betul kerana Allah?Apakah ada tujuan yang lain? Takut kita risau kita kalau seandainya segala amalan yang kita buat yang kita usahakan yang kita kerjakan selama ini tidak diterima oleh Allah سبحانه وتعالى."

"Yang mana dikeranakan adanya sifat riak, ujub, suma'ah, takabbur dan sebagainya yang tanpa kita sedari ada di dalam hati kita. Sebab itu pentingnya untuk kita belajar cara untuk kita membersihkan hati kita daripada penyakit hati ini."

"Belajar ilmu tasawwuf kerana tidak kira kita ini kaya ataupun juga miskin. Tua ataupun juga muda. Lelaki ataupun juga perempuan. Besar ataupun kecil jawatan dan pangkat kita. Berharta ataupun tidak berharta. Sebijak mana pun kita sepandai mana pun kita hatta banyak mana sekalipun amal ibadah yang kita lakukan tapi kalau seandainya hati kita ini berpenyakit tidak aman tidak sejahtera maka segala amal ibadah kita itu tiada nilainya di sisi Allah سبحانه وتعالى."

Daripada TG Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki.

Tuesday 10 November 2015

Iman & Takwa

Dari Ust Fadli Yusuf.

Bertaqwa bererti berkualiti. Islam mementingkan kualiti dari kuantiti.
Kerana itu Salahuddin Al Ayubi sanggup meninggalkan tenteranya yang tidak bangun sembahyang malam kerana bimbangkan pertolongan Allah tidak tiba kerana terhijab. Sedangkan amalan sembahyang malam hanya sunat.

Bagaimana mungkin pertolongan Allah itu akan tiba jika ada di antara ahli yang ramai itu meninggalkan yang wajib serta melakukan yang haram!...

Iman di hati itu ibarat generator elektrik. Bila ia mengalir kepada kipas, maka kipas berpusing, mengalir kepada peti sejuk, maka berfungsi sebagai penyejuk barangan. Mengalir kepada komuter dan LRT maka bergerak sebagai pengangkutan. Nasi pula masak dengan elok oleh rice cooker yang ada arus elektrik.

Ertinya iman di hati itu akan dapat dilihat buah atau natijahnya pada seluruh anggota badan dan kehidupan harian seseorang itu.

Hati yang beriman, yang bersifat abstrak atau maknawiyah itu akan terzahir pada anggota tubuh. Dengan kata lain perbuatan, tingkah laku, tabiat dan perangai manusia itu adalah gambaran hatinya. Dan tidak bercanggah sama sekali antara hatinya dengan anggota lahir.
Hati yang tersemai benih iman akan tumbuh batang, dahan, ranting, daun, bunga dan buah iman pada anggota lahir.

Sukar hendak diterima pendapat orang yang mengatakan walaupun dirinya jahat tetapi hatinya baik dan tetap beriman.

Hati yang beriman, yang bersifat abstrak atau maknawiyah itu akan terzahir pada anggota tubuh.

Dengan kata lain perbuatan, tingkah laku, tabiat dan perangai manusia itu adalah gambaran hatinya, dan tidak bercanggah sama sekali antara hatinya dengan anggota lahir.

Hati yang tersemai benih iman akan tumbuh batang, dahan, ranting, daun, bunga dan buah iman pada anggota lahir.

Oleh itu, sukar hendak diterima pendapat orang yang mengatakan walaupun dirinya jahat tetapi hatinya baik dan tetap beriman.

Dan mempelajari dan menghafal rukun iman belum bererti telah beriman. Itu hanya sekadar mengesahkan keimanan seseorang.
Iman yang sebenarnya ialah rasa takut, gerun dan gentar kepada Allah SWT.

Diiringi pula dengan keyakinan mantap terhadap rukun-rukun iman yang lain, terutamanya soal Akhirat, neraka dan syurga.

KEHEBATAN AYAT KURSI

Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah s.a.w. untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya. "Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah s.a.w.," gertak Abu Hurairah.
Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian ia pun merengek-rengek : "Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak, sementara saya sangat memerlukan makanan."

Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada fakir miskin? Hanya saja, cara memang keliru. Mestinya jangan keliru. Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah s.a.w. Maka bertanyalah beliau : "Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?" Ia mengeluh, "Ya Rasulullah, bahawa ia orang miskin, keluarganya banyak dan sangat memerlukan makanan," jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahawa ia kasihan kepada pencuri itu,, lalu dilepaskannya. "Bohong dia," kata Nabi Muhammad s.a.w.: "Pada hala nanti malam ia akan datang lagi." Kerana Rasulullah s.a.w. berkata begitu, maka penjagaannya diperketat, dan kewaspadaan pun ditingkatkan. Dan, benar juga, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti kelmarin. Dan kali ini ia pun tertangkap. "Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah s.a.w.," ancam Abu Hurairah, sama seperti kelmarin. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : "Saya orang miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi."

Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun ia kembali dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah s.a.w., dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah s.a.w.  menegaskan : "Pencuri itu bohong, dan nanti malam ia akan kembali lagi."
Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan kewaspadaan dan kepintaran penuh. Mata, telinga dan perasaannya dipasang baik-baik. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah s.a.w. dan ia berhasil menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Ia kesal. Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu sahaja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah s.a.w.? Kenapa mahu saja ia ditipu olehnya? "Awas!" katanya dalam hati. "Kali ini tidak akan kuberikan ampun."

Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul sesosok bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dia jaga. "Nah, benar juga, ia datang lagi," katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya. "Kali ini kau pastinya kuadukan kepada Rasulullah s.a.w.. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya," pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahawa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi. Maka dengan rasa putus asa ahirnya pencuri itu berkata : "Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna."

"Kalimat-kalimat apakah itu?" Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. "Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi." Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri keilmuannya lebih menguasai jiwanya sebagai penjaga gudang. Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah s.a.w. untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi. "Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?" tanya Rasulullah s.a.w. sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya. "Ia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan," jawab Abu Hurairah. "Kalimat apakah itu?" tanya Nabi Muhammad s.a.w.. Katanya : "Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : "Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari."

Menanggapi cerita Abu Hurairah, Nabi Muhammad s.a.w. berkata, "Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta." Kemudian Nabi Muhammad s.a.w.  bertanya pula : "Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang bertemu denganmu tiap malam itu?" "Entahlah." Jawab Abu Hurairah. "Itulah syaitan." jawab Nabi Muhammad s.a.w.

(Tanbihul Ghafilin)

GANJARAN MEMBERI SALAM

Daripada al Habib Ali Zaenal..

Dalam satu riwayat diceritakan seseorang datang kepada Rasulullah ﷺ dan memberi salam, “Assalamu’alaika Ya Rasulullah”, baginda menjawab salam dan mengatakan, “10”.

Kemudian datang orang lain memberi salam, “Assalamu’alaika wa rahmatullah, Ya Rasulullah”, baginda menjawab salam dan mengatakan, “20”.

Kemudian datang orang lain memberi salam, “Assalamu’alaika wa rahmatullah wa barakatuh, Ya Rasulullah”, baginda menjawab salam dan mengatakan, “30”.

Maknanya - ucapan ‘Salam’ saja ganjarannya = 10. Ucapan ‘Salam dan rahmat’, ganjarannya 20, manakala ucapan ‘Salam dan rahmat dan barakah’ pula ganjarannya 30.

Maka, bila mengucapkan salam, hendaklah diucapkan dengan sempurna, supaya kita dapat ganjaran lebih, dan orang yang menjawab juga dapat ganjaran yang lebih.

Disunting daripada Al-Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid.

Hakikat Dunia.

"Hakikat dunia ini, telah pun Allah سبحانه وتعالى katakan didalam Al-Quran. Bahawa ianya berbentuk tempat ujian, tempat peperiksaan "Examination Hall." Yang mana Allah سبحانه وتعالى ingin lihat, adakah seseorang itu berjaya untuk melepasi daripada ujian yang Allah سبحانه وتعالى berikan."

"Adakah ia lebih mengutamakan Allah سبحانه وتعالى, mencintai Allah berbanding Dunia ataupun ianya mengutamakan Dunia berbanding Allah سبحانه وتعالى. Maka Allah سبحانه وتعالى menerangkan hakikat dunia dan kehidupan dunia ini adalah bersifat sementara. Dan seharusnya manusia itu memahami hakikat ini."

"Apabila tiba hari kebangkitan, hari dimana manusia akan berada didalam ketakutan. Hari dimana Allah سبحانه وتعالى akan menanyakan segala amal perbuatan yang kita lakukan diatas dunia ini. Didalam sebuah hadith, sekali-kali tidak akan berganjak kedua-dua telapak kaki seorang hamba manusia pada Hari Kiamat sehingga dia ditanya tentang empat perkara."

"Empat perkara tersebut ialah tentang umurnya ke mana dihabiskannya, tentang mudanya ke mana dipergunakannnya, tentang hartanya dari mana diperolehnya dan ke mana dibelanjakannya, tentang ilmunya apakah yang diamalkannya."

"Jika dengan ilmu, dia inginkan pujian dan kedudukan di mata manusia, maka dia hanya mendapat dunia bukan akhirat sekalipun dia menuntut ilmu akhirat. Dia adalah serugi-ruginya manusia pada hari tersebut. Maka hendaklah kita memperbaiki niat kita, didalam menuntut ilmu."

"Seorang tabiin bertanya kepada sahabat tentang Sayidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. Lalu beliau menjawab Sayidina Abu Bakar seperti mayat berjalan di atas muka bumi ini. Hatinya sentiasa lunak dan menangis kerana takut kepada akhirat dan api neraka."

"Sayidina Abu Bakar r.a pernah berkata; "Alangkah baiknya aku menjadi burung yang berterbangan, bila waktu ajalnya tiba, maka tiada perhitungannya di akhirat." Apabila manusia melihat kejadian dihari apabila binatang menjadi debu diakhirat juga manusia ingin menjadi debu."

"Tidak ada penghisaban. Tidak ada buku amalan. Mereka berkata; "Alangkah baiknya, jika aku ditukarkan menjadi tunggul kayu, ditebang orang, dijadikan kayu api dibakar kemudian menjadi hanggus menjadi debu. Tidak ada penghisaban, tidak ada tuntut-menuntut."

"Dihari kiamat nanti, apabila bermulanya penghisaban manusia. Masing-masing akan diberikan buku amalan. Ada tiga golongan yang menerima buku amalan diakhirat kelak. Yang pertama, Penerima buku amalan di tangan kanan. Penerima buku amalan ditangan kanan akan confirm masuk syurga."

"Mereka akan berkata dengan gembira; "Alhamdulillah. Lihat buku amalan aku. Lihat. Aku telah lulus ujian Allah سبحانه وتعالى. Aku lulus dengan flying colors. Lihat. Segala kesusahan diatas dunia, aku redha. Lihat." Mereka yang lain pon resah menunggu giliran mereka dihisab. Disana tidak ada sifat riyak kerana sifat tersebut hanya ada diatas dunia."

"Sebab itu kita kena berdoa; "Ya Allah, kau kurniakanlah buku amalan aku disebelah kananku dihari akhirat kelak." Semasa basuh tangan kanan didalam berwuduk."

"Yang kedua, adalah mereka yang menerima buku amalan disebelah tangan kiri. Golongan ini akan ke neraka. Mereka akan berkata; "Celaka lah aku. Celaka lah aku. Pada hari ni. Alangkah baiknya aku menjadi binatang. Ditukar menjadi debu. Menjadi kayu api. Celaka lah aku, celakalah aku pada hari ini."

"Manakala yang ketiga adalah golongan yang menerima buku amalan daripada belakang tembus ke dada. Golongan ini akan kekal abadi didalam api neraka. Selama-lamanya. Sebab itu kita kena selalu mensucikan hati kita."

"Ulama Tasawwuf mengatakan didalam agama kita adalah sesuatu yang tercela memandang mana mana makhluk Allah سبحانه وتعالى dengan pandangan yang rendah walaupon dengan sesekor anjing kurap. Suatu hari ketika Saidina Uwais Al-Qarni, sedang mencari makanan di bahagian buangan sampah. Datang seekor anjing yang ingin mencari makanan disitu juga."

"Ketika anjing menyalak di sebelahnya, terus beliau berkata pada anjing itu; "Wahai anjing, janganlah kau menyakitiku sedangkan aku tidak menyakiti kamu. Aku makan apa yang ada disekitarku dan kau makan apa yang ada disekitar kau."

"Sekiranya aku lepas meniti titian sirat lalu aku memasuki syurga, maka di situ aku lebih baik daripada kau, dan sekiranya aku jatuh di titian sirat itu dan dihumban ke nereka, maka di situ kau lebih baik daripada aku."

"Suatu pelajaran daripada anjing. Kadang kala Allah سبحانه وتعالى menghantar anjing untuk mentarbiyah manusia. Moga-moga Allah سبحانه وتعالى mengurniakan kita sifat rendah diri terhadap makhluk Allah سبحانه وتعالى. Moga-moga Allah سبحانه وتعالى mengurniakan kita buku amalan ditangan kanan diakhirat nanti. Moga-moga Allah سبحانه وتعالى mengurniakan kepada kita masuk syurga tanpa hisab. Amin."

Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.

Monday 9 November 2015

Tauladan yang Baik.

“Sungguh terdapat pada peribadi Rasulullah ﷺ teladan yang baik. Kita kalau menggantikan teladan yang sudah diisytiharkan oleh Allah سبحانه وتعالى bahawa beliau adalah teladan terbaik, dan menggantikan dengan selain beliau. Makanya, tiada yang lebih baik daripada baginda rasul."

"Kata baginda Rasulullah ﷺ; “Saya, kalau nak makan, saya makan cara hamba sahaya, dan saya kalau nak duduk, duduk cara hamba sahaya.” Demikian, cara Rasulullah ﷺ menampakkan
tawadhuknya dalam cara makan."

"Daripada cara duduk apatah lagi dalam berinteraksi dengan kaum muslimin. Bahkan dalam berdakwah pun, baginda Rasulullah ﷺ tidak pernah menisbahkan kepada dirinya akan kejayaan dakwah beliau walaupun baginda adalah paling berjaya dalam dakwahnya ke jalan Allah سبحانه وتعال."

"Baginda tidak pernah menzahirkan dirinya untuk menjadikan dirinya ‘glamour’. Baginda Rasulullah ﷺ dididik Allah سبحانه وتعالى untuk tawadhuk walaupun namanya sudah termasyur sebelum diciptakan Allah سبحانه وتعالى."

"Bukankah beliau sendiri yang mengungkapkan tanpa menunjukkan kesombongan pada dirinya; “Saya penghulu kepada semua anak Adam tapi saya tidak sombong.” “Saya sudah menjadi Nabi sementara Adam masih antara tanah dan air.” Demikian, Rasulullah ﷺ itu namanya sudah masyhur."

"Dan namanya menjadi amanah kepada setiap Nabi yang diutus Allah سبحانه وتعالى akan tetapi beliau mengatakan; “Saya ini hamba sahaya.” Dengan ‘hamba sahaya’ itu diangkat darjat seseorang oleh Allah سبحانه وتعالى. Pembesar-pembesar Quraisy datang dan menawarkan baginda dengan pelbagai tawaran untuk berhenti berdakwah."

"Semua tawaran daripada harta, takhta dan wanita ditolak oleh Nabi ﷺ dengan bersabda; “Demi Allah wahai pakcik, kalau mereka mampu meletak matahari di tangan kananku "yang mereka takkan mampu pun", bulan di tangan kiriku "yang mereka pun tak pernah sampai pun" untuk aku berhenti daripada berdakwah, aku akan terus berdakwah sehingga Allah سبحانه وتعالى tunjukkan atau isytiharkan hasil dakwah aku atau aku mati di dalam berdakwah.”

"Baginda tidak mengatakan; “Sehingga aku berjaya berdakwah…” atau “sehingga aku banyak pengikut…” atau “sehingga aku disanjung oleh orang ramai.” Beliau tawadhuk walaupun baginda adalah mulia dan dipuji."

"Rasulullah ﷺ dalam sifat tawadhuknya, tak pernah baginda merendahkan sifat orang lain, beliau menjaga perasaan hati orang yang dipandang hina oleh orang lain yakni golongan hamba sahaya. ‘Adi bin Ibnu Hathim memeluk kepada Islam kerana melihat tawadhuknya Nabi Muhammad ﷺ."

"Bilamana seseorang mempunyai sifat tawadhuk seperti Rasulullah ﷺ, berapa ramai orang yang akan mendapatkan hidayah, petunjuk daripada Allah سبحانه وتعالى. Akan tetapi, nilai-nilai murni Rasulullah ﷺ ghaib daripada kaum muslimin."

"Akhlak mulia yang dibawa beliau hanyalah cerita yang didengar kaum muslimin. Akan tetapi, ajaran yang dibawa beliau tidak ada praktikalnya kepada ramai kaum muslimin. Kita berdoa dalam majlis ini semoga kita termasuk orang-orang yang dibanggakan beliau dengan menghiasi jatidiri kita penuh dengan akhlak dan sifat murni Nabi Muhammad ﷺ."

"Adi bin Ibnu Hathim ketika datang kepada Rasulullah ﷺ berkata; “Saya akan lihat kepada orang ini adakah dia mengingini kepada kuasa, ataupun takhta atau harta ataupun ada maksud-maksud lain daripada ajaran yang dibawa olehnya?”

"Baginda Nabi ﷺ berada di masjid ketika itu, lalu baginda Rasulullah ﷺ melihat Hadi dan bertanya; “‘Adi bin Ibnu Hathim?” ‘Adi bin Ibnu Hathim menjawab; “Ya.” Lalu, Rasulullah ﷺ pun menyambutnya walaupun dia belum memeluk Islam."

"Rasulullah ﷺ mendatanginya dan  memegang tangannya untuk dibawa ke rumah Rasulullah ﷺ.  ‘Adi pun terperanjat dengan sikap dan layanan Rasulullah ﷺ, walaupun kepada orang bukan Islam."

"Dalam perjalanannya, Rasulullah ﷺ didatangi seorang perempuan tua meminta kepada Rasulullah ﷺ supaya membantu menyelesaikan urusannya. Baginda tidak pernah menghampakan sesiapa, tiada orang yang datang ke rumahnya melainkan akan mendapatkan bahagian daripada Nabi Muhammad ﷺ."

"Tiada orang yang susah kecuali dihiburkan baginda, tiada orang bermasalah kecuali akan diselesaikan masalahnya oleh Rasulullah ﷺ. Sesungguhnya orang yang menyampaikan hajat orang lain, AAllah سبحانه وتعالى akan menyampaikan hajatnya nanti di akhirat.”    

“Siapa yang mengangkat kesusahan yang ada pada orang lain di dunia, Allah akan mengangkat kesusahannya di akhirat. Siapa yang memberi kemudahan kepada orang yang susah di dunia, maka akan dimudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”

“Orang yang memenuhi hajat saudaranya, Allah سبحانه وتعالى  memenuhi hajatnya. Barangsiapa yang memuliakan orang lain, akan mendapat balasan yang sama juga. Inilah ajaran Rasulullah ﷺ yang mengikat antara orang-orang beriman untuk memerhatikan antara satu dengan yang lainnya."

"Manakala yang susah diangkat kesusahannya, yang mendapi masalah akan dibantu menyelesaikan masalahnya, yang ada hajat ditunaikan hajatnya. Inilah ajaran yang dibawa Rasulullah walaupun realitinya hari ini ramai orang lebih suka bikin susah kepada orang lain sedangkan kita disuruh mengangkat kesusahan orang lain."

"Kita mempersulitkan orang lain sementara kita disuruh untuk memudahkan kepada orang lain. Kita disuruh mencari orang yang ada hajat supaya ditunaikan hajatnya, tapi kita lari daripada hajat orang lain. Kita lari daripada ajaran yang dibawakan Rasulullah ﷺ."

"Kita tidak berpegang kepada ajaran yang dibawa Rasulullah ﷺ.
Semoga ajarannya menjadi sebab untuk kita kembali kepada garis yang sudah ditetapkan Nabi Muhammad ﷺ. Demikian sifat beliau yang sentiasa membantu kepada orang lain."

"Perempuan tua yang berhajat kepada Rasulullah ﷺ; "Baginda melepaskan tangan ‘Adi dan pergi kepada perempuan tua itu. Baginda berdiri lama untuk mendengarkan apa hajat wanita tua untuk dipenuhi. Bahkan, sekiranya ada orang yang memerlukan bantuan Rasulullah ﷺ tetapi tidak dapat dibantu secara langsung, baginda akan mencari orang lain untuk membantunya."

"Baginda akan menjadi as’syafiq, atau orang tengah untuk membantu atau sekurang-kurangnya membuka mulut untuk membantu. Dalam masalah orang yang berhutang, Nabi ﷺ meminta pemiutang untuk meringankan beban orang yang berhutang. Kata pemiutang itu; “Ya Rasulullah ﷺ, adakah kamu memerintahkan saya untuk melupuskan atau memaafkan hutang orang itu?”

"Jawab baginda, “Saya ini as-syafiq, dan saya menasihatkan kamu agar mengurangkan hutang, atau memanjangkan tempoh bayaran balik atau memaafkan hutangnya.”, yakni orang yang membantu meringankan kesusahan orang lain."

"Baginda Rasulullah ﷺ ialah pemberi syafaat di dunia dan di akhirat. Inilah yang dijanjikan Allah untuk memberikan maqam syafaah kepada Rasulullah ﷺ dan sesiapa yang dikehendaki oleh baginda Rasulullah ﷺ.

"Dan diantara mereka yang akan mendapat syafaat di akhirat ialah mereka yang ketika di dunia suka menjadi syafaat pertolongan kepada orang yang susah dan juga orang yang kerap membaca doa selepas azan. Kata Rasulullah ﷺ; “Barangsiapa yang membaca doa itu, wajib mendapat syafaat aku nanti di akhirat."

"Baginda sentiasa berusaha membantu orang-orang yang susah, dan hendaklah kita mengambil sebahagian daripada sifat itu untuk meringankan beban orang lain."

"Jika kita tak mampu meringankan beban orang lain, jangan menjadi sebab kesusahan untuk orang lain. Kurang-kurang demikian agar kita tak menjadi musibah atau menyakiti kepada orang lain, kerana bukan itu yang diajar Nabi Muhammad ﷺ."

Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.

HADIRLAH KE MAJLIS ILMU

]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
إخوة استاذ حذري البنداني
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
, الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ والسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَن
وَالَاهُ
JOM KITA MENGHADIRI MAJLIS ILMU DEKATKAN DIRI KEPADA PARA ULAMA UNTUK KITA MENDAPATKAN ILMU YANG BERMANFAAT SUPAYA KITA DAPAT BERIBADAH KEPADA ALLAH TA'ALA BERAMAL DIDASARI DENGAN ILMU DALAM KEADAAN YANG BENAR YANG SAH YANG AKAN DITERIMA OLEH ALLAH TA'ALA SEGALA AMAL IBADAH KITA.

Tidurnya orang alim orang yang berilmu itu lagi bagus daripada orang yang jahil tetapi banyak ibadah. Kenapa? Kerana kekadang orang jahil solatnya belum tentu betul lagi mungkin ada perkara yang dilakukannya tidak tepat dan sebagainya sehingga mengurangkan ganjaran pahala yang dia perolehi ataupun mungkin juga dia tidak memperolehi apa-apa ganjaran pahala kerana ibadahnya tidak sah tidak diterima oleh Allah سبحانه وتعالى.

Dikisahkan ada seorang yang beribadah kepada Allah سبحانه وتعالى selama 40 tahun. Dia pergi ke suatu gua untuk beribadah kepada Allah. Dia solat 1 hari 1 tahun 10 tahun sampai 40 tahun ibadah solatnya. Ibadah solat banyak sekali sehingga tidak boleh dihitung lagi. Kemudian salah satu Ulama yang bernama Abdullah Ibnu Mubarak. Beliau mendatangi kepada tempat tersebut untuk berjumpa dengan si abid ini untuk meminta doa.

Kerana meminta doa daripada saudara muslim yang lain itu dikabulkan oleh Allah سبحانه وتعالى lebih cepat kerana ikhlasnya pasti. Kalau doa untuk diri sendiri kekadang terbawa oleh hawa nafsu tapi kalau orang lain yang doakan itu sudah pasti ikhlasnya. Kemudian didoakan oleh Si Abid ini.

Setelah didoakan apa yang terjadi? Ketika Abdullah Ibnu Mubarak mahu keluar maka beliau nampak Si Abid ini memakai suatu kalung dilehernya. Lalu ditanya oleh beliau " Wahai Fulan apa itu?" Dijawab oleh Si Abid itu " Ini kalung." Ketika Abdullah Ibnu Mubarak perhatikan lagi ternyata di situ ada tikus yang sudah mati diikatkan bersama kalung tersebut.

Ditanya lagi sama beliau "Wahai Fulan apa itu?" "Ini tikus" jawab Si Abid tersebut. Abdullah Ibnu Mubarak mengatakan lagi " Kenapa engkau bawa tikus ini bersama denganmu?" Dijawab oleh Si Abid itu " Pertama kali aku datang ke sini 40 tahun yang lalu aku ingin beribadah di gua ini maka aku bersihkan gua ini tempat ini untuk aku tidur di sini, makan di sini, ibadah di sini.

Akan tetapi ketika aku sedang bersihkan rapi-rapikan tempat ini maka aku tengok ada tikus yang datang jadi aku bunuhnya kerana aku takut aku akan diganggu oleh tikus. Setelah aku membunuh tikus tersebut aku terfikir " Ya Allah!!Tikus ini termasuk makhluknya Allah. Aku telah zalim kepadanya sedangkan aku pergi tinggalkan bandar datang ke gua ini yang jauh daripada manusia agar aku boleh bertaubat kepada Allah beribadah kepada Allah tapi di sini aku membunuh makhluk Allah pula."Jadi sejak itu aku bernazar aku tidak akan solat kecuali aku bawa tikus ini bersama denganku."

Mendengar apa yang dikatakan oleh Si Abid itu. Abdullah Ibnu Mubarak mengatakan " Adakah pertama kali engkau beribadah kepada Allah engkau bawa najis ini?" Maka dia mengatakan " Ya aku bawa bersamaku kerana aku telah bernazar maka aku takut aku akan melakukan dosa kalau aku tidak melaksanakannya."

Abdullah Ibnu Mubarak mengatakan " Ketahuilah wahai fulan. Sesungguhnya selama 40 tahun engkau beribadah mengabdikan diri kepada Allah tidak ada yang sah sama sekali bahkan engkau mendapatkan dosa kerana engkau telah meninggalkan kewajiban solat
5 waktu."

Kenapa? Kerana tidak mempunyai ilmu untuk beribadah. Kita lihat amal ibadahnya banyak atau tidak? Banyak sekali tetapi disebabkan tidak mempunyai ilmu maka orang itu melakukan ibadah yang sia-sia tidak diterima oleh Allah bahkan mendapat dosa kerana meninggalkan kewajiban.
Oleh kerana itu kalau kita belum ada ilmu jangan jauh-jauh dari Ulama. Kalau belum ada ilmu jangan pernah kita malas untuk menghadiri majlis ilmu untuk kita dekat sama Ulama untuk kita mendapatkan ilmu untuk membetulkan kesilapan kita dalam kita beribadah untuk kita membersihkan hati kita sehingga kita mendapatkan husnul khatimah.

SELAMAT BERAMAL.. SILA KONGSI DENGAN YANG LAIN... SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI KALANGAN HAMBA-HAMBA ALLAH YANG MENJADI ASBAB RAHMAT ALLAH KEPADA YANG LAIN MELALUI DOA, AMAL DAN AKHLAK. ..

Ya Allah kami memohon rahmat dan perhatian-Mu, anugerahkanlah iman yang teguh, hati yang suci, akhlak yang luhur dan kehidupan yang sakinah. Kuatkanlah kami dengan iman dan yaqin, taqwa dan taat ,agar
kami tergolong dari kalangan hamba-hamba-Mu yang diredhai dunia dan akhirat… anugerahkan kami keberkatan ilmu. Rahmatilah kedua orang tua kami.... amen.

وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ
وَسَلَّمَ, والْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , والعفو منكم

Ustaz Mohd Hazri al-Bindany
Pembimbing Majlis Ta'lim
Darul Muhajirin
+60194363231

Sunday 8 November 2015

ALLAH YANG MENENTUKAN, BILA SAATNYA KAU WUSUL (SAMPAI) KEPADANYA

“Jika engkau yakin bahawa kau hanya akan sampai kepada Allah setelah lenyapnya semua keburukanmu dan sirnanya semua hasratmu, maka engkau selamanya tidak akan sampai kepada-Nya. Tetapi, jika Dia menghendakimu sampai kepada-Nya, Dia akan menutupi sifatmu dengan sifat-sifat-Nya dan watakmu dengan watak-Nya, Dia membuatmu sampai kepada-Nya dengan kebaikan yang diberikan-Nya kepadamu, bukan dengan kebaikan yang kau persembahkan kepada-Nya.”

—Syekh Ibnu Atha’illah dalam kitab Al-Hikam.

Syekh Abdullah Asy-Syarqawi menjelaskan bahawa engkau tak akan sampai kepada-Nya sekalipun kau melakukan riyadhah (usaha batin) dan mujahadah berusaha menghilangkan aib dan semua keinginan yang tak layak bagimu, seperti keinginan untuk meraih kekuatan, kehormatan, kekayaan,dan kekuasaan. Itu adalah sifat-sifat inti dan watak yang sudah melekat pada seorang hamba dan tak dapat terlepas darinya.

Wushul (sampai) kepada Allah adalah anugerah-Nya yang diberikan kepadamu, bukan kerana usahamu sendiri.

Hal ini pernah diisyaratkan Allah dalam sebuah hadis Qudsi: “Hamba-hamba-Ku terus mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan ibadah-ibadah sunnah sampai Aku mencintainya. Dan, jika Aku mencintainya, Aku akan menjadi pendengarannya yang digunakannya untuk mendengar, menjadi penglihatannya yang digunakan untuk melihat, menjadi tangannya yang digunakan untuk memukul, dan menjadi kakinya yang digunakan untuk berjalan.”

Syekh Asy-Syadzili mengatakan: “Seorang wali tidak pernah sampai (wushul) kepada Allah selama dia memiliki syahwat, keinginan, dan pilihan.

Walaupun Allah sudah memberi jalan baginya, dia tetap tidak akan sampai kepada-Nya. Namun, jika Allah menginginkan untuk mendekatkan hamba itu kepada-Nya, Dialah yang akan mengaturnya, yaitu dengan menampakkan sifat-sifat-Nya yang tinggi dan suci sehingga akan menghilangkan sifat-sifat hamba-Nya yang buruk.

Saat itu, hamba tersebut tidak lagi memiliki keinginan dan pilihan, kecuali yang dipilihkan dan diinginkan Al-Haqq.”

--Syekh Ibnu Atha’illah dalam kitab Al-Hikam, dengan syarah oleh Abdullah Asy-Syarqawi

Sumber : Ustaz Iqbal Zain

Thursday 5 November 2015

Zon Laknat.

"Jika seluruh makhluk di dalam dunia ini beribadah dan taat kepada Allah hatta termasuk syaitan sekalipun. Maka sikit pun kemuliaan Allah سبحانه وتعالى tidak meningkat kerana kedudukan Allah itu Maha Tinggi. Begitu juga jika seluruh makhluk di dalam dunia ini ingkar dan derhaka kepada Allah سبحانه وتعالى, maka sikit pun tidak mengurangi kemuliaan dan kedudukan Allah."

"Allah سبحانه وتعالى langsung tidak berhajat pada makhluk akan tetapi makhluk lah yang berhajat kepada Allah سبحانه وتعالى. Kerana didalam dunia ini adalah zon laknat. Dunia ini terlaknat dan segala isi kandungan. Dan kita berada didalam zon laknat tersebut, kecuali mereka yang berzikir kepada Allah سبحانه وتعالى, yang melakukan ketaatan kepada Allah سبحانه وتعالى, seorang alim atau penuntut ilmu agama Allah سبحانه وتعالى."

"Dan bagi kita sebagai hamba Allah hendaklah sentiasa berzikir mengingati Allah سبحانه وتعالى pada setiap ketika dan dengan apa keadaan sekalipun. Berzikir samaada dengan lisan, atau dengan hati. Maka, Yang terbaik adalah zikir lisan dengan dihadirkan bersama hati."

"Fungsi zikir adalah untuk menghidupkan hati. Dan zikir menghubungkan hati kita dengan Allah سبحانه وتعالى. Dan hakikat zikir adalah merasai kebersamaan Allah سبحانه وتعالى didalam solat, dan juga diluar solat. Antara tali penghubung Hati manusia dengan Allah سبحانه وتعالى adalah Zikrullah."

"Dunia ini dilaknat oleh Allah سبحانه وتعالى. Maka yang membentuk pandangan alam kita, worldview selama mana kita hidup diatas dunia. Dan ini yan mencorakan tasawwur dan cara pandang kita keatas dunia ini ,kita berada dimana sekarang. Nabi ﷺ mengatakan kamu berada didalam zon laknat, dan segala yg berada di dalam isinya adalah dilaknat oleh Allah ﷻ."

"Dalam sebuah hadith Nabi ﷺ mengatakan; "Semenjak Allah ﷻ menciptakan dunia ini Allah ﷻ tidak pernah endahkan dunia, tidak pernah pandang kepada dunia dgn pandangan rahmat. Kecuali pekara-pekara didunia ini yg diisi dengan kesolehan, amal usaha untuk dibawa bekalan nya menuju ke akhirat itu akan dipandang oleh Allah ﷻ."

"Dunia dan segala kemewahan, kilauan, silauan, kemegahan, kekayaan, keseronokan lansung tidak dipandang bahkan dilaknat oleh Allah ﷻ. Kecuali kepada orang-orang yang berzikir kepada Allah ﷻ. Orang orang yang mengingati Allah ﷻ, orang orang yang mencintai Allah ﷻ orang yang belajar menuntut ilmu agama Allah ﷻ ilmu yang sebenar-benar ilmu adalah ilmu akhirat."

"Menuntut ilmu agama itu adalah wajib bagi setiap org islam lelaki dan perempuan. Allah ﷻ hanya memandang kepada hati-hati manusia sehingga seluruh anggota badan manusia tidak dipandang melainkan adalah hati manusia.
Daripada cinta kepada dunia akan membawa kepada kejahatan yg lain seperti riak,ujub, takabbur, kesombongan dirinya dan cinta kepada sanjungan dan pujian."

"Setiap sesuatu itu mempunyai punca dan ada yg berasal dari nafsu,berasal dari syaitan dan makhluk Allah ﷻ tetapi apabila seseorang menganalisa dengan mendalam lagi baru dia akan menjumpai bahawa punca dari segala itu bersumber dan bermuara dari satu asbab iaitu cinta kepada dunia. Moga moga kita dikurniakan akhirat itu dihati kita. Dunia ini ditangan dan bukanlah dihati."

Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari. "Jika seluruh makhluk di dalam dunia ini beribadah dan taat kepada Allah hatta termasuk syaitan sekalipun. Maka sikit pun kemuliaan Allah سبحانه وتعالى tidak meningkat kerana kedudukan Allah itu Maha Tinggi. Begitu juga jika seluruh makhluk di dalam dunia ini ingkar dan derhaka kepada Allah سبحانه وتعالى, maka sikit pun tidak mengurangi kemuliaan dan kedudukan Allah."

"Allah سبحانه وتعالى langsung tidak berhajat pada makhluk akan tetapi makhluk lah yang berhajat kepada Allah سبحانه وتعالى. Kerana didalam dunia ini adalah zon laknat. Dunia ini terlaknat dan segala isi kandungan. Dan kita berada didalam zon laknat tersebut, kecuali mereka yang berzikir kepada Allah سبحانه وتعالى, yang melakukan ketaatan kepada Allah سبحانه وتعالى, seorang alim atau penuntut ilmu agama Allah سبحانه وتعالى."

"Dan bagi kita sebagai hamba Allah hendaklah sentiasa berzikir mengingati Allah سبحانه وتعالى pada setiap ketika dan dengan apa keadaan sekalipun. Berzikir samaada dengan lisan, atau dengan hati. Maka, Yang terbaik adalah zikir lisan dengan dihadirkan bersama hati."

"Fungsi zikir adalah untuk menghidupkan hati. Dan zikir menghubungkan hati kita dengan Allah سبحانه وتعالى. Dan hakikat zikir adalah merasai kebersamaan Allah سبحانه وتعالى didalam solat, dan juga diluar solat. Antara tali penghubung Hati manusia dengan Allah سبحانه وتعالى adalah Zikrullah."

"Dunia ini dilaknat oleh Allah سبحانه وتعالى. Maka yang membentuk pandangan alam kita, worldview selama mana kita hidup diatas dunia. Dan ini yan mencorakan tasawwur dan cara pandang kita keatas dunia ini ,kita berada dimana sekarang. Nabi ﷺ mengatakan kamu berada didalam zon laknat, dan segala yg berada di dalam isinya adalah dilaknat oleh Allah ﷻ."

"Dalam sebuah hadith Nabi ﷺ mengatakan; "Semenjak Allah ﷻ menciptakan dunia ini Allah ﷻ tidak pernah endahkan dunia, tidak pernah pandang kepada dunia dgn pandangan rahmat. Kecuali pekara-pekara didunia ini yg diisi dengan kesolehan, amal usaha untuk dibawa bekalan nya menuju ke akhirat itu akan dipandang oleh Allah ﷻ."

"Dunia dan segala kemewahan, kilauan, silauan, kemegahan, kekayaan, keseronokan lansung tidak dipandang bahkan dilaknat oleh Allah ﷻ. Kecuali kepada orang-orang yang berzikir kepada Allah ﷻ. Orang orang yang mengingati Allah ﷻ, orang orang yang mencintai Allah ﷻ orang yang belajar menuntut ilmu agama Allah ﷻ ilmu yang sebenar-benar ilmu adalah ilmu akhirat."

"Menuntut ilmu agama itu adalah wajib bagi setiap org islam lelaki dan perempuan. Allah ﷻ hanya memandang kepada hati-hati manusia sehingga seluruh anggota badan manusia tidak dipandang melainkan adalah hati manusia.
Daripada cinta kepada dunia akan membawa kepada kejahatan yg lain seperti riak,ujub, takabbur, kesombongan dirinya dan cinta kepada sanjungan dan pujian."

"Setiap sesuatu itu mempunyai punca dan ada yg berasal dari nafsu,berasal dari syaitan dan makhluk Allah ﷻ tetapi apabila seseorang menganalisa dengan mendalam lagi baru dia akan menjumpai bahawa punca dari segala itu bersumber dan bermuara dari satu asbab iaitu cinta kepada dunia. Moga moga kita dikurniakan akhirat itu dihati kita. Dunia ini ditangan dan bukanlah dihati."

Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.