Pages

Friday 20 November 2015

MATI DALAM ISLAM ( HUSNUL KHATIMAH )

"Nasihat daripada Al-Imam Al Haddad yang menyeru kita mengambil berat untuk mencari asbab agar mati dalam keadaan Islam, kerana hanya Islam agama yang Allah redhai. Membunuh diri hukumnya adalah haram dan berdosa besar. Allah سبحانه و تعالى telah melapangkan jalan untuk mati dalam keadaan Islam."

"Apakah jalan itu? Sekiranya dia inginkan demikian yakni mati dalam Islam, maka hendaklah dia menjalankan perintah yang diwajibkan ke atas dirinya, serta menurut petunjuk Allah سبحانه و تعالى. Itulah memilih mati dalam Islam."

"Rasulullah ﷺ  mengajarkan kita untuk minta mati dalam husnul khotimah. Moga-moga Allah anugerahkan kita mati dalam husnul khotimah. Amin Allhumma Amin. Baginda mengajarkan sebab untuk kita dianugerahi meninggal dalam husnul khotimah."

"Dalam hadis Rasulullah ﷺ  diriwayatkan bahawa, syaitan yang terkutuk akan berkata; “Aduh, orang yang memohon husnul khotimah itu telah mematahkan tulang belakangku. Celaka! Bilakah dia mahu membangga-banggakan amalannya. Aku khuatir dia telah tahu tipu-dayaku.”

"Yakni, syaitan merasa sakit kalau ada orang minta husnul khotimah, kerana usahanya adalah untuk mematikan orang keadaan suul khotimah, Wal iya zu billah. Syaitan akan berusaha untuk halang manusia untuk buat baik bkn ketika sihat saja, tetapi ketika sakaratul maut pun, syaitan akan terus mengganggu, walaupun dia orang yang baik, soleh."

"Diriwayatkan dalam kisah hidup Imam Ahmad ibnu Hambal ketika dia berada dalam sakit nazak, anak muridnya mentalkinkan beliau, seperti yang diajarkan Rasulullah ﷺ. Tetapi kedengaran suara Imam Hambal menjadi, “Belum lagi…belum lagi…”

"Anak muridnya pun kehairanan kerana Imam Hambal bukan calang-calang orang. Beliau hafal sekian banyaknya hadis, ahli dalam feqah. Imam Hambal pun tertidur setelah itu, dan setelah jaga bertanya pada anak muridnya apa yang dia katakan. Anak muridnya menceritakan apa yang berlaku, dan Imam pun menceritakan yang dia sebenarnya bercakap dengan iblis."

"Iblis yang sambil menggigit tangannya berkata; “Tahniah, kau telah selamat dari tipu-muslihat aku,.” Itulah sebab Imam Hambal bercakap belum lagi.  Syaitan ingin Imam Ahmad rasa bangga yang dirinya telah terselamat, tetapi Imam Ahmad adalah orang yang dekat dengan Allah سبحانه و تعالى dan sentiasa melihat kekurangan pada dirinya."

"Dan melihat kesempurnaan hanya milik Allah سبحانه و تعالى. Kalimat Lailahalillah itu sudahpun menyatu dengan Imam Ahmad. Termasuk mati suul khotimah ialah orang yang saat-saat akhir hidupnya bangga dengan amalnya, lalu meninggal dalam keadaan riak."

"Kata Imam Al Haddad; "Dan hendaklah anda memperbanyakkan menyebut kepujian kepada Allah سبحانه و تعالى atas nikmat Islam, sebab itu setinggi-tinggi dan sebesar-besar nikmat. Kalau ditakdirkan Allah memberi kurnia dunia dan seisinya kepada seseorang, tetapi tidak dikurniakan Islam."

"Akan nescaya kurniaan itu akan menjadi bencana baginya, kerana tidak mendapat apa-apa di akhirat. Tetapi jika seseorang mendapat Islam, tetapi tidak diberikan dunia kepadanya, maka yang demikian tidaklah membahayakannya."

"Maka, nikmat Islam ialah nikmat yang terbesar. Rasa takut dan gerunlah kepada mati dalam suul khotimah kerana tidak mustahil Allah سبحانه و تعالى mengubah qalbu hati hamba-Nya. Allah memberi petunjuk kepada siapa yang disukai-Nya, dan menyesatkan siapa yang dikehendaki-Nya."

Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.

No comments:

Post a Comment