Pages

Friday 29 August 2014

Syair Si Abu Hamid al Khulqani.

Syair yg membuatkn Imam Ahmad bin Hanbal menangis...

Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah telah ditanya muridnya Abu Hamid al-Khulqani tentang pendapat beliau terhadap syair-syair yang berkaitan syurga dan neraka. Lalu beliau bertanya :

”Seperti apa? Contohnya?”

Lalu muridnya mendendangkan syair ini. Selesai dua rangkap pertama Imam Ahmad terus
menangis teresak-esak dan meluru masuk ke dlm rumahnya.
Tangisan beliau begitu kuat sambil mengulang-ulang dua rangkap pertama itu.

Muridnya meriwayatkan: kami mendengar tangisan Imam seolah-olah beliau akan mati.....

Terjemahan Syair.

Jika Tuhanku bertanya padaku..
"Tidak malukah kau bermaksiat pada-Ku?
Kau sembunyikan dosa dari makhluk-Ku
dan datang pada-Ku dengan penuh dosa."
Bagaimana aku nak jawab wahai diriku yg malang?
dan siapalah yg dapat menyelamatkan aku?
Aku terus menyogok jiwaku dengan impian dan harapan dari semasa ke semasa.
Dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati dan apa yg akan berlaku selepas aku dikafankan.
Seolah-olah aku ini telah dijamin untuk hidup
selamanya..
Seakan mati tidak akan menemuiku.
Dan telah datang kepadaku sakaratul maut yg ngeri.
Nah! Siapa yg mampu melindungiku?
Aku melihat pada wajah-wajah..
apakah ada daripada mereka yg akan menebusku?
Akan ku disoal,
"Apa yg telah aku lakukan di dunia
untuk menyelamatkan diri ini?"
Maka bagaimana akan ku jawab
setelah aku mengabaikan urusan agamaku?
Celakanya aku!
Apakah aku tak mendengar ayat-ayat Allah yg
menyeruku?
Adakah aku tak dengar apa yg telah diberitakan dalam
surah Qaaf dan Yaasin?
Adakah aku tak dengar tentang hari dikumpulkan manusia,
hari perhimpunan dan hari Ad-deen (qiyamah)?
Adakah aku tak dengar panggilan ajal maut menyeru dan menjemputku?
Maka ya Rabb! Seorang hamba datang dan bertaubat
Siapa yg dapat melindunginya?
Melainkan Tuhan yg Maha Luas PengampunanNya dan yg membimbingku pada kebenaran..
Aku telah datang pada Mu, maka kasihanilah daku dan beratkan timbangan kebaikan ku..
Dan ringankan (percepatkan) hisabku kerana Engkaulah yg terbaik dalam penghisaban.

terjemahan oleh : Mujahid Nordin

Monday 25 August 2014

Ceriakan Hati

Assalaamualaikum selamat pg.

Kita berasa Gembira bukanlah kerana masalah tidak menyelubungi, tapi kerana tidak membiarkan masalah hidup menghantui.

Always consider the possibility that the little obstacles in our lives' path are not obstacles at all, but stepping stones to amazing places, and most significantly to the most amazing place called Paradise......Bi Iznillaah...

Untuk mu Isteriku...

"This I Promise You"

My love, here I stand before you
I am yours now from this moment on
Take my hand, only you can stop me shaking
We'll share forever, this I promise you

And when I look in your eyes
All of my life is before me
And I'm not running anymore
'Cause I already know I'm home
With every beat of my heart
I'll give you my love completely
My darling, this I promise you

My love, I can feel your heartbeat
As we dance now closer than before
Don't let go, 'cause I could almost cry now
This is forever, I make this vow to you

My darling, this I promise you
My darling, this I promise you

Ronan Keating.

Sunday 24 August 2014

Hati mengingati..

Assalaamu'alaykum Wbt & Good Day,

- Soul Reflection -

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

"Hanya dengan mengIngatiku hati akan menjadi Tenang" (Ar Ra'ad : 28)

We will enjoy life better by Stop Worrying & Overanalysing. Simply make Du'a & completely have Faith that Allah takes care of Everything..

Insaf..

Gelap kerana mata pejam
Hitam kerana hati diliputi dosa
Gelap kerana hadirnya malam
Teringat diri dipenuhi dosa......

Allahuakbar...

Ya Allah Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami berlindung dgnMu drpd ilmu yg tak bermanfaat, dari hati yg tak khusyuk, dari nafsu yg tak pernah kenyang dan, dari doa yg tak diperkenankan.

Kami memohon keampunan , Ya Allah Ya
Ghaffar, dari segala dosa n kesalahan kami, dosa kedua ibubapa kami,anak isteri kami, kaum keluarga kami serta sekalian mukminin2
muslimin muslimat dimana saja mereka berada.

Selawat n salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli n para sahabatnya. Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah Ya Rabbal 'Alamin.

Bagai Satu Perjalanan...

Bagai Satu Perjalanan...
Apabila anak tidak dilatih
Jika besar bapanya letih
Disaksikan batu dan cahaya
Disaksi jalan dan neon
Pada danau berkata
Tampunglah perihnya
Apabila anak tidak dilatih
Jika besar ibunya letih
Apabila anak tidak dilatih
Bagai satu perjalanan yg amat letih...

Monday 18 August 2014

Pantun Old Friends 74' bahagian 2

パクウス ...:
Kiri jelatik kanan jelatik,
Rusa lari waktu pagi.
Sini cantik sana pun cantik,
Rasa nak cari satu lagi.

Kiri kepayang, kanan kepayang,
Atas tanah pakai sepatu.
Tua sayang, muda pun sayang,
Balik rumah, tersalah pintu!

Kiri padang kanan pun padang
di tengah-tengah pohon mengkudu
kiri sayang kanan pun sayang
di tengah-tengah suami terkedu.

Batu karang di dalam tasik
daun pegaga di tepi perigi
tua sayang yang muda cantik
ada yang ketiga menambat hati......😅😅😅😅😅

sekadar pantun seronok2...takde kene mengena baik yg tulis pantun maupun kawan2.......ngeeee

Norli:
Walaupun tidak bertentang mata..
Mulut tidak berbicara..
Dalam hati ada getarnya..😜
Utk rina..☺

Norli:
Pergi ke kedai pak su
Pergi membeli tembakau
Dari pg diam membisu
Mlm ni ambik kau...

Norli:
Burung kelicap burung kedidi
Hinggap di ats serombong
Kerap gak jmpa si adi
Dia plk wat2 sombong..

Panjang:
Cuti raya balik ke kampong
Kampong jauh di bandar kucing
Cikgu...saya bukan sombong
Tapi takut hati ne touching.......

Norli:
Ikan bawal ikan siakap
Ikan dimasak si ab
Bab2 tu susah nk cakap
Klo dah gitu x tau nk jawab

☺😜

パクウス ...:
Jangannnn...kang aku dh mula tak leh renti bab pantun2 ni

Norli:
Selendang di pakai berwarna merah
Mari diikat di pohon kemboja
Wahai adi jgn la marah
Sya ni bergurau saja..

Norli:
Anak dara membawa raga.
Raga diisi buah bidara
Saya dah mulakan bicara
Kenapa membisu tidak bersuara

Panjang:
Cikgu saya namanya norli
Mengajar sambil memegang rotan
X amik ati pon norli
Memang hanyalah satu gurawan

パクウス ...:
Buah keranji dlm peti
Masak satu dalam raga
Hati hati bila jumpa lgi
Jangan sampai kembali berlaga

Norli:
Bunga lawang buah pelaga
Bila makan berjaga-jaga
Kami ni tak de berlaga
Masih sahabat mcm dulu2 juga

パクウス ...:
Hihiji..

Ikan masin dijemuran
Dalam kuali tersedia ruan
Pengalaman kekadang jd sandaran
Buat bekalan jalani kehidupan.....hihihi dalam tu

パクウス ...:
Jangan layan...kang tak henti2...tapi kalau buat yg lawak2 ok

Norli:
Ke pasar membeli lada
Lada dibeli dengan lala
Kepala ni pikir nanda nanda
Saje melayan lapang kepala

Norli:
Ke sekolah pakai bikini
Orang tertanya2 betul ke ni
Gurau sana gurau sini
Baru ceria hidup ini...

Alifah:
Mak aii  cikgu Noli
Pergi sekolah pakai bikini
Pakai bikini warna warni
Jgn...jgn buat begini...nnti semua lari

Zuri:
Anak cina menonton wayang,
Anak india makan kuini,
Ajer giler egko punye pembayang,
Ader ke sekolah pakai bikini...

パクウス ...:
Kuah kari dalam belanga
Roti benggali dipotong dua
Kikikiki...malam2 drive keta
Harap2 ip sabar ku tiba......lalala

Bayah:
Guli melantun-lantun
Melantun sampai ke kdi nyonya
Dasyat noi punya pantun
Trkejut aku dibuatnya

Alifah:
Kuah kari dlm belanga
Bengali berpeluh uli roti
Akan ku tunggu sambil menganga
Kalau tak sampai siap ko nnti

パクウス ...:
Atas meja sudu dan sudip
Baju kering tetap diampai
Jangan ko khuatir akan aku ip
Kalau lewat pun aku tetap sampai

パクウス ...:
Hahahahaha

パクウス ...:
Pantun maut...jawab2

Sarang lebah penuh bermadu,
Sarang dibina lebah berjuta;
Orang di sini menaggung rindu,
Orang di sana apa cerita?...kekeke

Bayah:
Makan jambu madu
Makan di atas titi
Org di sana menanggung rindu
Org di sini tido mati

Norli:
Anak kecil main perigi
Hendak mandi pagi lagi
Wahai sharul ke mana pergi
Dari tadi diam menyepi

パクウス
...: Kikikiki...
jangan sebut nama kiki
Nanti kena jendol dahi
Aku rindu kau tido mati
Aku gelitek kang baru kau geli2....

パクウス ...:
Main perigi dinihari
Sampai rumah mandi lagi
Shahrul kena ikat ngan bini
Duduk diem2 tepi tv

Bayah:
Cipul main belati
Jumpa epal dibelah belah
Jgn diusik yg tido mati
Suaminya ada kat sebelah

パクウス ...:
Kakakakaka....

Main belati tepi perigi
Dapat kapak belah kelapa
Huhuhu iye ke dah berlaki
Aku ingat masih lg bujang dara...

Bayah:
Anak kucing main bola
Bola kepunyaan Ali
Ko salah org la
Yang tu namanya Ip

パクウス ...:
Kucing main bola
Bola kuning dan merah
Hihi aku tau tu baya
Tinggal hanya kad belum serah.....lalalalala

Alifah:
Kau ingat ni main bola
Main bola tepi pergi
Korang ni apa apa je la
Kad merah nti aku bagi

Bayah:
Bola kuning dan merah
Dibawa mak mah pergi belanje
Sori Ip jgn marah
Gurau2 manje aje

Alifah:
Hahaha hihihi
Aku tak marah la
Aku ketawa smpai nmpak gusi

パクウス ...:
Kad bukan sebarang kad
Kad sebakul dengan sudip
Tunggu kawan2 aku bg kad
Kad warne merah ada nama ip

Norli:
Pergi ke kedai nyonya
Mahu membeli sejambak bunga..
Sape jdi pasangannya
Klo dijemput nk dtg juga

Bayah:
Ip pergi ke pasar mini
Pasar mini di melake
Aik noi masih di sini
Dah siap menande ke?

Alifah:
Kad kuning merah jambu
Babai aku nak  beradu

パクウス ...:
Alamakkk...

Panjang beli ikan
Ikan sekor ikan puyu
Ye la noli sapa pasangan
Jap jap aku cari butang baju melayu

パクウス ...:
Hahahaha....ip dah malu tersipu2

Zuri:
Batang rotan di kerat2,
Cantik sungguh anak pak husin,
Masa dulu penat aku ngorat,
Tp korang pulak yang x-sen...

Alifah:
Batang rotan dikerat2
Bila masa ko mengorat

Norli:
Terlebih ketawa sakit dada
Kompang dipalu bertalu-talu..
Mood menanda lom ada
Nanti la baya aku pikir dulu

Bayah:
Exzos Zuri moto berasap2
Dipimpin polis bawa ke balai
Untung nasib duduk dalam
Leka melayan wasap
Segala kerja ku trbengkalai
Babai slmt malam

Alifah:
Zuri mengorat anak wak Nawi
Rasanya bukan kami tp org lain ni...

Sumber :
whatapps Grup Old Friends 74'
18/8/14

Sunday 17 August 2014

Tiada Yang Mustahil.

Assalaamu'alaykum...santapan hati kita hari ini kawan2....

KUN FAYAKUUN.
Sesuatu yang kita rasa pelik mahupun mustahil, sebenarnya Sangatlah Mudah bagi Allah SWT. Belajarlah untuk meletak Prioriti di tempat yang sewajarnya.

Infact, we can't change the past, but we can surely make adjustments in our Present for a Better Future...

PERBUATAN ZAHIR DAN SUASANA HATI

I5SEBAHAGIAN DARIPADA TANDA BERSANDAR KEPADA AMAL (PERBUATAN ZAHIR) ADALAH BERKURANGAN HARAPANNYA (SUASANA HATI) TATKALA BERLAKU PADANYA
KESALAHAN.

Imam Ibnu Athaillah memulakan Kalam Hikmat beliau dengan mengajak kita merenung kepada hakikat amal. Amal boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu perbuatan zahir dan perbuatan hati atau suasana hati berhubung dengan perbuatan zahir itu. Beberapa orang boleh melakukan perbuatan zahir yang serupa tetapi suasana hati berhubung dengan perbuatan zahir itu tidak serupa.

Kesan amalan zahir kepada hati berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Jika amalan zahir itu mempengaruhi suasana hati, maka hati itu dikatakan bersandar kepada amalan zahir.

Jika hati dipengaruhi juga oleh amalan hati, maka hati itu dikatakan bersandar juga kepada amal, sekalipun ianya amalan batin. Hati yang bebas daripada bersandar kepada amal sama ada amal zahir atau amal batin adalah hati yang menghadap kpd Allah s.w.t dan meletakkan
pergantungan kpd-Nya tanpa membawa sebarang amal, zahir atau batin, serta menyerah sepenuhnya kepada Allah s.w.t tanpa sebarang takwil atau tuntutan. Hati yang demikian tidak menjadikan amalnya, zahir dan batin, walau berapa byk sekalipun, sebagai alat untuk tawar menawar dengan Tuhan bagi mndptkan
sesuatu. Amalan tidak menjadi perantaraan di antaranya dengan Tuhannya.

Orang yang seperti ini tidak membataskan kekuasaan dan kemurahan Tuhan untuk tunduk kepada perbuatan manusia. Allah s.w.t Yang Maha Berdiri Dengan Sendiri berbuat sesuatu menurut kehendak-Nya tanpa dipengaruhi oleh
sesiapa dan sesuatu. Apa sahaja yang mengenai Allah s.w.t adalah mutlak, tiada had, sempadan dan perbatasan. Oleh kerana itu orang arif tidak menjadikan amalan sebagai sempadan yang mengongkong ketuhanan Allah s.w.t atau
‘memaksa’ Allah s.w.t berbuat sesuatu menurut perbuatan makhluk. Perbuatan Allah s.w.t berada di hadapan dan perbuatan makhluk di belakang. Tidak pernah terjadi Allah s.w.t mengikuti perkataan dan perbuatan seseorang atau sesuatu.Sebelum menjadi seorang yang arif, hati manusia memang berhubung rapat dengan amalan dirinya, baik yang zahir mahu pun yang batin. Manusia yang kuat bersandar kepada amalan zahir adalah mereka yang mencari faedah keduniaan dan mereka yang kuat bersandar kepada amalan batin adalah yang mencari faedah akhirat. Kedua-dua jenis manusia tersebut berkepercayaan bahawa amalannya menentukan apa yang mereka akan perolehi baik di dunia dan juga di akhirat. Kepercayaan yang demikian kadang-kadang membuat manusia hilang atau kurang pergantungan 9dengan Tuhan. Pergantungan mereka hanyalah kepada amalan semata-mata ataupun jika mereka bergantung kepada Allah s.w.t, pergantungan itu bercampur dengan keraguan.

Seseorang manusia boleh memeriksa diri sendiri
apakah kuat atau lemah pergantungannya kepada Allah s.w.t. Kalam Hikmat 1 yang dikeluarkan oleh Ibnu Athaillah memberi petunjuk mengenainya. Lihatlah kepada hati
apabila kita terperosok ke dalam perbuatan maksiat atau dosa. Jika kesalahan yang demikian membuat kita berputus asa daripada rahmat & pertolongan Allah s.w.t itu tandanya pergantungan kita kepada-Nya sangat lemah.

Firman-Nya:
“Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah.
Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah melainkan kaum yang kafir ”. ( Ayat 87 :Surah Yusuf )

Ayat di atas menceritakan bahawa orang yang beriman kepada Allah s.w.t meletakkan pergantungan kepada-Nya walau dalam keadaan bagaimana sekali pun. Pergantungan
kepada Allah s.w.t membuat hati tidak berputus asa dalam menghadapi dugaan hidup. Kadang-kadang apa yang diingini, dirancangkan dan diusahakan tidak mendatangkan hasil yang diharapkan. Kegagalan mendapatkan sesuatu
yang diingini bukan bermakna tidak menerima pemberian Allah s.w.t. Selagi seseorang itu beriman dan bergantung kepada-Nya selagi itulah Dia melimpahkan rahmat-Nya.

Kegagalan memperolehi apa yang dihajatkan bukan bermakna tidak mendapat rahmat Allah s.w.t. Apa juga yang Allah s.w.t lakukan kepada orang yang beriman pasti terdapat rahmat-Nya, walaupun dalam soal tidak menyampaikan hajatnya. Keyakinan terhadap yang demikian
menjadikan orang yang beriman tabah menghadapi ujian hidup, tidak sekali-kali berputus asa. Mereka yakin bahawa apabila mereka sandarkan segala perkara kepada Allah s.w.t, maka apa juga amal kebaikan yang mereka lakukan tidak akan menjadi sia-sia. Orang yang tidak beriman kepada Allah s.w.t berada dalam situasi yang berbeza.

Pergantungan mereka hanya tertuju
kepada amalan mereka, yang terkandung di dalamnya ilmu dan usaha. Apabila mereka mengadakan sesuatu usaha berdasarkan kebolehan dan pengetahuan yang mereka ada,
mereka mengharapkan akan mendapat hasil yang setimpal.

Jika ilmu dan usaha (termasuklah pertolongan orang lain) gagal mendatangkan hasil, mereka tidak mempunyai tempat bersandar lagi. Jadilah mereka orang yang berputus asa. Mereka tidak dapat melihat hikmat kebijaksanaan Allah swt
mengatur perjalanan takdir dan mereka tidak mendapat rahmat dari-Nya.

Jika orang kafir tidak bersandar kepada Allah s.w.t dan mudah berputus asa, di kalangan sebahagian orang Islam juga ada yang demikian, bergantung setakat mana sifatnya
menyerupai sifat orang kafir. Orang yang seperti ini melakukan amalan kerana kepentingan diri sendiri, bukan kerana Allah s.w.t. Orang ini mungkin mengharapkan
dengan amalannya itu dia dapat mengecapi kemakmuran hidup di dunia.Dia mengharapkan semoga amal kebajikan yang dilakukannya dapat mengeluarkan hasil dalam bentuk
bertambah rezekinya, kedudukannya atau pangkatnya, orang lain semakin menghormatinya dan dia juga dihindarkan daripada bala penyakit, kemiskinan dan
sebagainya. Bertambah banyak amal kebaikan yang dilakukannya bertambah besarlah harapan dan keyakinannya tentang kesejahteraan hidupnya.

Sebahagian kaum muslimin yang lain
mengaitkan amal kebaikan dengan kemuliaan hidup di akhirat. Mereka memandang amal salih sebagai tiket untuk memasuki syurga, juga bagi menjauhkan azab api neraka. Kerohanian
orang yang bersandar kepada amal sangat lemah, terutamanya mereka yang mencari keuntungan keduniaan dengan amal mereka. Mereka tidak tahan menempuh ujian.

Mereka mengharapkan perjalanan hidup mereka sentiasa selesa dan segala-segalanya berjalan menurut apa yang dirancangkan. Apabila sesuatu itu berlaku di luar jangkaan, mereka cepat naik panik dan gelisah. Bala bencana
membuat mereka merasakan yang merekalah manusia yang paling malang di atas muka bumi ini. Bila berjaya memperoleh sesuatu kebaikan, mereka merasakan kejayaan itu disebabkan kepandaian dan kebolehan mereka sendiri.
Mereka mudah menjadi ego serta suka
menyombong. Apabila rohani seseorang bertambah teguh dia melihat amal itu sebagai jalan untuknya mendekatkan diri dengan
Tuhan. Hatinya tidak lagi cenderung kepada faedah duniawi dan ukhrawi tetapi dia berharap untuk mendapatkan kurniaan Allah s.w.t seperti terbuka hijab-hijab yang menutupi hatinya.

Orang ini merasakan amalnya yg membawanya kepada Tuhan. Dia sering mengaitkan
pencapaiannya dalam bidang kerohanian dengan amal yang banyak dilakukannya seperti berzikir, bersembahyang sunat, berpuasa dan lain-lain. Bila dia tertinggal melakukan
sesuatu amal yang biasa dilakukannya atau bila dia tergelincir melakukan kesalahan maka dia berasa dijauhkan oleh Tuhan. Inilah orang yang pada peringkat permulaan mendekatkan dirinya dengan Tuhan melalui amalan tarekat tasauf.

Jadi, ada golongan yang bersandar kepada amal semata-mata dan ada pula golongan yang bersandar kepada Tuhan melalui amal. Kedua-dua golongan tersebut berpegang kepada keberkesanan amal dalam mendapatkan sesuatu.Golongan pertama kuat berpegang kepada amal zahir, iaitu perbuatan zahir yang dinamakan usaha atau ikhtiar. Jika mereka tersalah memilih ikhtiar, hilanglah harapan mereka untuk mendapatkan apa yang mereka hajatkan. Ahli tarekat yang masih diperingkat permulaan pula kuat bersandar kepada amalan batin seperti sembahyang dan berzikir. Jika
mereka tertinggal melakukan sesuatu amalan yang biasa mereka lakukan, akan berkurangan harapan mereka untuk mendapatkan anugerah dari Allah s.w.t. Sekiranya mereka tergelincir melakukan dosa, akan putuslah harapan mereka
untuk mendapatkan anugerah Allah s.w.t.
Dalam perkara bersandar kepada amal ini, termasuklah juga bersandar kepada ilmu, sama ada ilmu zahir atau ilmu batin. Ilmu zahir adalah ilmu pentadbiran dan pengurusan sesuatu perkara menurut kekuatan akal. Ilmu batin pula
adalah ilmu yang menggunakan kekuatan dalaman bagi menyampaikan hajat.
Ia trmasuklah penggunaan ayat-ayat al-Quran dan jampi. Kebanyakan orang meletakkan
keberkesanan kepada ayat, jampi dan usaha, hinggakan mereka lupa kepada Allah s.w.t yang meletakkan keberkesanan kepada tiap sesuatu itu.

Seterusnya, sekiranya Tuhan izinkan, kerohanian seseorang meningkat kepada makam yang lebih tinggi. Nyata di dalam hatinya maksud kalimat:
Tiada daya dan upaya kecuali beserta Allah.

“Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu perbuat itu!” ( Ayat 96 : Surah as- Saaffaat )

Orang yang di dalam makam ini tidak lagi melihat kepada amalnya, walaupun banyak amal yang dilakukannya namun, hatinya tetap melihat bahawa semua amalan tersebut
adalah kurniaan Allah s.w.t kepadanya. Jika tidak kerana taufik dan hidayat dari Allah s.w.t tentu tidak ada amal kebaikan yang dapat dilakukannya. Allah s.w.t berfirman:

“Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberian-Nya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kpd dirinya sendiri, dan sesiapa yang tdk bersyukur (maka tidaklah menjadi masalah kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah”.
( Ayat 40 : Surah an-Naml )

Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang
dikehendaki-Nya). Ia memasukkan sesiapa yang kehendaki- Nya (menurut aturanyg ditetapkan) ke dalam rahmat-Nya (dengan ditempatkan-Nya di dalam syurga); dan orang2 yang zalim, Ia menyediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. ( Ayat 30 & 31 : Surah al-Insaan )

Segala-galanya adalah kurniaan Allah s.w.t dan menjadi milik-Nya. Orang ini melihat kepada takdir yang Allah s.w.t tentukan, tidak terlihat olehnya keberkesanan perbuatan makhluk termasuklah perbuatan dirinya sendiri. Makam ini dinamakan makam ariffin iaitu orang yang mengenal Allah s.w.t. Golongan ini tidak lagi bersandar kepada amal namun, merekalah yang paling kuat mengerjakan amal ibadat.

Orang yang masuk ke dalam lautan takdir, reda dengan segala yang ditentukan Allah s.w.t, akan sentiasa tenang, tidak berdukacita bila kehilangan atau ketiadaan sesuatu.
Mereka tidak melihat makhluk sebagai penyebab atau pengeluar kesan.
Di awal perjalanan menuju Allah s.w.t, seseorang itu kuat beramal menurut tuntutan syariat. Dia melihat amalan itu sebagai kenderaan yang boleh membawanya hampir dengan Allah s.w.t. Semakin kuat dia beramal semakin besarlah harapannya untuk berjaya dalam perjalanannya. Apabila dia mencapai satu tahap, pandangan mata hatinya terhadap
amal mula berubah. Dia tidak lagi melihat amalan sebagai alat atau penyebab. Pandangannya beralih kepada kurniaan
Allah s.w.t. Dia melihat semua amalannya adalah kurniaan Allah s.w.t kepadanya dan kehampirannya dengan Allah s.w.t juga kurniaan-Nya. Seterusnya terbuka hijab yang
menutupi dirinya dan dia mengenali dirinya dan mengenali Tuhannya. Dia melihat dirinya sangat lemah, hina, jahil, serba kekurangan dan faqir. Tuhan adalah Maha Kaya, Berkuasa, Mulia, Bijaksana dan Sempurna dalam segala segi. Bila dia sudah mengenali dirinya dan Tuhannya, pandangan mata hatinya tertuju kpd Kudrat dan iradat Allah s.w.t yang menwfajui sgl sesuatu dlm alam maya ini.

Jadilah dia seorang arif yang sentiasa memandang kpd Allah s.w.t memandang berserah diri kepada-Nya, bergantung dan berhajat kepada Nya.Dia hanyalah hamba Allah s.w.t yang faqir.

Pantun Old Friends 74'

Sepagi pantun.

Buah duku dlm laci
Masak ranum buah mangga
Hidup jangan jadi balaci
Pada manusia atau harta..

Dalam2 air dikali
Tenang lg air ditimba
Susah senang hidup ini
Usaha dan tawakal tanda redha..

Tanak nasi dapur kayu
Cari rotan sampai ke hutan
Hidup tak muda selalu
Rupa pula tak kekal tampan

Karam kapal dilautan hindi
Kapal Belanda di selat Melaka
Kawan2 yg sentiasa dihati
Jangan lupa kita semakin tua

Naik basikal sinenek tua
Pegang kayu sampai tiga
Walaupun dah nampak tua
Tapi tetap cipul rasa muda....kakaka

Cipul
Subuh bening ahad
17/8/14
6:13am..

Shahrul:
Hajat dihati bela terkukur,
Perasaan malu hendak bertanya,
Hidup sentiasa perlu bersyukur,
Baru Allah tambah lagi nikmatnya. ..

Shahrul:
Mari melihat burung kedidi,
Melihat burung di sawah padi,
Mintalah pada Nya diawal pagi,
Semoga segala hajat dipenuhi..

パクウス ...:
Wak shahrul..

Bela terkukur dalam rumah
Kucing dibilik asyik mengintai
Bersyukur dalam istiqamah
Baru dapat hidup yg santai....

パクウス ...:
Dapat burung kenari
Bawak blk rumah cik ani
Selalu bangun pagi
Minta doalah itu ini....

Shahrul:
Main hujan pastinya basah,
larangn org tua tidak dikesah,
Jgn mengeluh Jgn resah,
Merayu pada Nya ketika gundah. ..

Norli:
Cgu nk gi sek x smpt berpantun..
Tgh dengar tazkirah..hikmah kitab hikam..dr zulkifli..tv alhijrah..
Sntpn rohani awl pg..
Mlm tdi x dpt ikut smpi ambis dh

パクウス ...:
Malam hujan sejuk sekali
Detik hati hubby "seronok ni"
Kena redha rancangan Ilahi
Barulah jadi hamba yg dikasihi...

Shahrul:
Jgn cuba dibengkokkn besi,
Takut nanti rasa kecewa,
Den tgh Baca buku motivasi,
Ilmu tambahan santapan jiwa.

パクウス ...:
Lungo kebon kambek wak jono
Nunggang moto boncengan
Alahamdulillah ilmu bertambah lor
Dengan ilmu hidup akan bahagia aman.

Norli:
Burung kenek2 hinggap ats kaki..
Keluar pagi2 nk cari rezeki..

Shahrul:
Letak barang di atas para,
Mata melilau mencari lada,
Bahtera belayar penuh gelora,
Perlu nakhoda ilmu didada. .

パクウス ...:
Buah pala dlm laci
Cari rezeki dengan Nama Ilahi..

パクウス ...:
Ni best..

Barang mainan atas meja
Mata kuyu kurang tidurnya
Melayar bahtera jangan sampai leka
Nanti jatuh katil sakit2 semua

Shahrul:
Balik kg singgah di pagoh,
Hati2 jalan jangan jatuh,
Jadi nakhoda janganlah gelojoh,
Nanti Bahtera susah nak patuh. .

パクウス ...:
Ke pagoh dengan adinda
Dinda manja dinda tercinta
Bernakhoda kena ada cara
Ada ilmu dann iman didada

Shahrul:
Waktu pagi masuk pejabat,
Payahnya buka pintu melekat,
ber'ladang'lah kamu dgn doa yg hebat,
Agar zuriat mendapat berkat.

Ijal:
Kalam bismillah dimulai
Salam harap disahuti
Hujan turun dipagi hari
Mudahan rahmat untuk hari ini

パクウス ...:
Kunci patah pintu melekat
Duduk mncangkung dagu ditongkat
Buat hati2 mlm yg berkat
Doa mustajab bina keluarga hebat

Ijal:
Berladang dengan penuh lelah
Agar dikurnia hasil yang berkat
Tiap malam tak ada sudah
Hinggakan siang tak ingat ingat

Shahrul:
Budak2 asik belari,
Bila penat payah nak berdiri,
Hujan turun dipagi hari,
mohon rahmat sepanjang hari

Norli:
Burung kenek2 suka berkelahi..
Mudah2n rezeki dpt berkat ilahi..

Ijal:
Hujan turun bawa rahmat
Sejuk pula bawa rasa
Mahu ke 'ladang' cari berkat
Bimbang siang tiada rasa

Ijal:
Burung kenek2 suka berkelahi
Moge senyum sentiasa dipagi hari

Shahrul:
Pergi ke kedai membeli papan,
Corak papan terlepas pandang,
Hamba hendak keluar mencari sarapan,
Untuk keluarga yang tersayang. ...

Ijal:
Pergi taman jalan beriringan
Dalam taman ada permainan
Silakn berlalu wahai teman
Mudahan ada keberkatan dalam santapan

Norli:
Burung kenek2 suka nyanyi-nyanyi..
Hamba pula ada smbtn Kemerdekaan ni..

Mftadin:
Karam sing walia
Bernakhoda
Berladang siang tak hingat
Penat tak berdiri...
Burung kenek pulak berkelahi..🙈🙈🙈🙈🙈

Haa mali...masuk...ngobor kor....

Zuri:
Bangun pagi gosok gigi,
Sarap dulu sebelum keje,
Asslkm dan slmt pagi,
Moge temanku sentiase ceria..

Alifah:
Assalamualaikum dan selamat pagi
Bangun tidur belom gosok gigi
Berpantun berseloka dipagi hari
idea tak mari2 sbb tu aku jeling2 je sedari td

Zuri:
Pokok semalu bunga mawar,
Mandi dulu sebelum keluar ..

パクウス ...: Pantun Ijal dulu...

Berladang dengan penuh lelah
Agar dikurnia hasil yang berkat
Tiap malam tak ada sudah
Hinggakan siang tak ingat ingat

Malam malam cari timba
Timba merah tikar berlipat
Bagai pengantin baru rasanya
Setiap malam,malam jumaat

Hujan turun bawa rahmat
Sejuk pula bawa rasa
Mahu ke 'ladang' cari berkat
Bimbang siang tiada rasa

Peghhh ..

nuri bertaut diranting sena
Diparuh rumput sesikat
Ber'ladang' kena ada caranya
Siang malam semua rasa 'nikmat'

Burung kenek2 suka berkelahi
Moge senyum sentiasa dipagi hari

jangan selalu sebut kiki
Pagi2 alhamdulillah ceria dihati.

Pergi taman jalan beriringan
Dalam taman ada permainan
Silakn berlalu wahai teman
Mudahan ada keberkatan dalam santapan

Dengar lagu sampai syurga
Aduh terkenang aku pada sidia
Tanpa teman siapalah kita
Tanpa keberkatan pincang hidup didunia.....

Shahrul lak..

Budak2 asik belari,
Bila penat payah nak berdiri,
Hujan turun dipagi hari,
mohon rahmat sepanjang hari

bocah cilik kok ngesor umah
Mainane guli kambek paper lama
Hujan itu satu rahmah
Dr Tuhan utk segala yg didunia

Pergi ke kedai membeli papan,
Corak papan terlepas pandang,
Hamba hendak keluar mencari sarapan,
Untuk keluarga yang tersayang. ...

nakhoda bahtera mencari sarapan
Permaisuri tetap setia menanti
Hubby baik dan tentu beriman
Sampai syurga kekal kasih terpatri..

Noli..

Burung kenek2 suka nyanyi-nyanyi..
Hamba pula ada smbtn kemerdekaan ni..

banyak burung,kenek yg noli suka
Harap merdeka akal dan jiwa.

Mat.

Karam sing walia
Bernakhoda
Berladang siang tak hingat
Penat tak berdiri...
Burung kenek pulak berkelahi..🙈🙈🙈🙈🙈

berladang tak penat penat
Cari air pelepas dahaga
Burung kenek istimewa tu Mat
Ada kisah ada cerita masa muda

Zuri

Bangun pagi gosok gigi,
Sarap dulu sebelum keje,
Asslkm dan slmt pagi,
Moge temanku sentiase ceria..

Bangun pagi nampak kaki
Terus bangun capai tuala
Waalaikumusalam selamat pg zuri
Ceria namun yg susah jgn kita lupa.

Ip

Assalamualaikum dan selamat pagi
Bangun tidur belom gosok gigi
Berpantun berseloka dipagi hari
idea tak mari2 sbb tu aku jeling2 je sedari td

Waalaikumusalam ceria pagi
Gosok gigi sambil nyanyi
Ko jangan suka jeling pagi2
Mata kero dah takde sapa sudi.

Zuri..

Pokok semalu bunga mawar,
Mandi dulu sebelum keluar ..

bunga mawar buat mandi
Ko jgn lupa mandi wajib sekali zuri....

Alifah:
Org lain tak sudi tak mengapa
Asalkan jantung hatiku sudi cukuplah seadanya

パクウス ...:
Ip...

Jangan lah rendah diri pula
Kan kan kan mlm td aku kata aku ada......

Alifah:
Hatiku untuknya separuh hati
Separuh lagi bila aku terima nikah nya nanti
Seperti pesan mu teman mlm tadi
Sepenuh hati utk suami

パクウス ...:
Rugi hidup separuh hati
Nanti masuknya suku la pula
Pesan2 pengalaman hidup semati
Utk bina keluarga yg bahagia ....

Kekekekekeke.....shyyyyy

Alifah:
Separuh hati separuh nyawa
Silap percaturan buruk padahnya
Kawan2 jgn salah sangka
Cipul kwn kita suka bercerita

Alifah:
Budak kecik ni mmg ceria
Kalau ku dapat siap ku gigit dua2 pipinya

パクウス ...:
Hahahaha...

Setia sampai syurga
Itu tanda cinta kerana Dia
Saje2 cerita n nasihat cuma
Buat kawan2 yg sedia mndengarnya
Harap takde berburuk sangka
Kata berskandal dan sebagainya....

Kan kan kan ip kan...

Alifah:
Betollllll......

Sudah ku kata hatiku untuknya
Tidak boleh berbahagi dua
Cerita teman2 ada panduannya
Yg rahsia tetap rahsia
(Errrr apa2 je la ni...hantam ajelah Labu...)

Alifah:
Teman2 teruskan perjuangan
Saya nak mengundur diri
Skrg nak memulakan perjalanan
Ke rumah abg kesayangan ku sendiri

Shahrul:
Hatiku rindu tidak ternanti,
Tiada idea ingin nyanyi,
Terasa riang rasa dihati,
Rakanku ada bakat tersembunyi...

パクウス ...:
Merindukan pungguk yg ntah dimana
Setia menunggu setiap malam jendela
Berpantun seloka seronok dibaca
Kena cara ayatnye leh cair
sidara..........kekekekeke

694 7650‬:
Sikat rmbut blh tgh
Dpn cermin smbil brdiri
X smpat aq nk mencelah
Pg2 dh mla sbkkan diri...
😅😅😅😅

Ijal:
Tiap tahun tambah zuriat
Usah ditolak rezekinya tuhan
Perut dah bunyi ligat
Jom kita g sarapan

Shahrul:
Sang todak melanggar singapura,
Rakyat jelata gentar hendak mara,
Unserku ini buat angkara,
Perlu dihantar untuk selenggara. ...

パクウス ...:
Mengtadak mentadu
Rul..tukar keta baru

Zuri:
Naik land rover pergi ke kolam,
Aku tgh sibuk menyampul pelam..

Shahrul:
Tangkap ikan Jgn dituba,
Nanti ikan nak cari sukar,
Terkejut dengar cadangan tuan hamba,
Ada rezeki boleh lah tukar...

Shahrul:
Laksmana melaka 5 sekawan,
Hang tuah dilantik sebagai ketua,
Sungguh banyak buahmu tuan,
Bolehkah beri sebiji dua?

パクウス ...:
Kete ku lowed gile
Bikin geram yg nengoknye
Kotor la pulak semak mate
Nak cuci malas la pule.....huhuhu

Shahrul:
Raja melaka duduk di takhta,
Sambil memandang Rakyat jelata,
Kalau malas cuci kereta,
Hantar ke car wash habis cerita..

Zuri:
Pemuda dipilih sbg ketua,
Anak katak terkinja2,
Kalau mahu sebijik dua,
Sudi2lah berkunjung ke tetatak hamba.

Shahrul:
Penat sungguh jalan merata,
Sampai bulan terbit gerhana,
Kalau sungguh bagai dikata,
Sudah masak hamba ke sana..

パクウス ...:
Anak raja cina
Makan buah pala
Apa kata aku bg idea
Nanti rul kita brkg rumah zuri saja

Shahrul:
Hajat di hati mencari suri,
Cari mencari terserempak Norli,
Kalau hamba ke rumah zuri,
Pastikn menu special sekali....

Shahrul:
Mari memetik si daun Kari,
Pokok Kari berada di rumah mad zin,
Ku mohon Maaf sepuluh jari,
Guna namamu tanpa Izin...

パクウス ...:
Bila sebut pasal lori
Tentu besar panjang sekali
Hari ni pasar karat aku kaget sekali
Nampak wanita seiras norli....

Shahrul:
Mari tanam pohon barli,
Pohon ditanam berselang seli,
Aduh jika nmpk seiras Norli,
Nape xambil no hp sekali???

パクウス ...: Waduh..

Kajang pak malau tgh berlipat
Lipat hamba kuih lepat
Aku pandang tak beralih tempat
Takut hubbynya aku disebat....huhuhuhu.

Shahrul:
Hari cuti pergi ke pekan,
Jangan lupa membeli tali,
Ada cara memancing ikan,
Cuba tanya adakah ini Norli???

Norli:
Dua tiga kucing berlari..
Mana nk sama si kucing parsi..
Dua tiga sama didaki
Mana nak same noli yg ni..

Dua tiga sama didaki..
Mana nk sama noli yg ni..
Apa tajuk pantun ari ni
Dari tadi noli noli noli..

Ijal:
Udah sarapan mata ku segar
Jalan satu bukit terasa letih
Jalur gemilang udah ditebar
Semangat patriotik udah berbenih

パクウス ...:
Jalan2 cari mkn
Lauk ikan ada bawang
Tu ingat nak ditanyakan
Kot2 single ada la peluang.....kikiki

パクウス ...:
Tajuk buku gelihati
Beli kat kedai runcit dihati
Noli, topik kita ini tengahari
Noli noli noli dan lagi noli....

Ijal:
Noli sana noli sini
Topik kita arini
Mana pegi noli kita ni
Takkan tak ada sudi

Shahrul:
Tuan hamba sudah seperti kawan,
Boleh berborak sehingga subuh. ..
Cis. .Jgn dijolok sarang tebuan,
Kelak berbisa seluruh tubuh....hahaha

パクウス ...: Jal...

jgn di seru nama kiki
naya kena stereng lock nanti
Aku rasa terpaut hati
Tapi bukan Norli yg kat sini.....

パクウス ...:
Buah pelam yg punya zuri
Dibungkus rapi dengan paper lama
Nak tau sapa lg yg single kat sini
Shahrul ada jawatan kosong 3.....

Shahrul:
Hati2 meniti titi,
Meniti titi membawa lokan,
Sudah berbunga Rasa dihati,
Kurang tapak tgn Lori ku tadahkn..

Norli:
Noli di sana noli di sini
Mari memetik buah nona
Noli di sini dh berpunya..
Cari le noli lain kt mana-mana..
😉😊😊😜

パクウス ...: Rul...
Main bola padang sana
Bola kulit adidas jenama
Kalau tambah lg tiga
Tak cukup lori nak angkut semua

パクウス ...: Noli...
Terasa aman dibelai manja
Tepi pantai duduk berdua
Akan ku usaha sampai berjaya
Noli noli noli yg seiras tapi tak sama......

Shahrul:
Sesat berjalan xnak bertanya,
Hendak kekedai membeli gula,
Jika Norli di sini sudah berpunya,
Ku sanggup tggu yg lain pula. .

Ijal:
Ram..
Tawa satu senaman
Kalau bahak tak siuman
Marilah join dalam gurauan
Moga erat akan hubungan

Ijal:
Noli sana noli sini
Dah berpunya takkan didekati
Cari yang single lagi
Mau aku kne halau bini

パクウス ...:
Duduk berdating atas tangga
Tangga batu berhias bunga
Ehh aku lupa la satu perkara
Kan MAZ dan IP ada.......lalalalala

Alifah:
Ohok..ohok...ohok...
Ada yg menyeru nama ku
Siapakah itu...
Kalau ku siku...
Entah lah aku pun tak tau...

Shahrul:
Jika handal mari beradu,
Hamba malas hendak menunggu,
Hai Norli senyuman mu manis umpama madu,
Ramai jejaka termangu mangu

パクウス ...: Jal...
Pergi ke kedai ada hasrat
Terlupa pula surat pajak
Jangan risau Jal aku pakat2
Rahsia kawan2
kita simpan kuat2....

パクウス ...:
Noli sana noli sini
Wajah ayu si noli ini
Jangan kau kacau noli kat sini
Nanti lobam dahi.....kakakaka

パクウス ...: Ip
Naik sampan sampai kuala
Dayung patah dicampak saja
Jangan garang2 pada kanda
Nanti kanda belikan hadiah ya dinda.......

Shahrul:
Puas sudah hamba mencari,
Tapi masih belum berjumpa,
Ingin ku cuba si alifah Dari,
Tapi ku sedar diri xpunya apa..

パクウス ...:
Biji kopi di sira
Bawah rumah dijemur pula
Aku seru wahai Ruby beta
Datanglah segera pada hamba...

Alifah:
Dah cukup2...aku dah sengih sorg2 ni

Alifah:
Kahkahakah ....
Sungguh tak sopan aku ini
Wanita sebegini nak dijadikan suri?

パクウス ...:
Buah berangan atas stemrol
Masak satu tergantung layar
Apa susah2 ko ni rul
Kasi je hantaran catut ngan playar.....

Shahrul:
Belum santap di tengahari,
Sebab kopiku tidak bergula,
Jika tidak dapat si alifah Dari,
Akan ku cuba si ruby pula. ..

パクウス ...:
Paku dan hammer aku beli
Kodai mamak ujung negeri
Wahai dindaku Si Ruby
Pilihlah aku penemanmu nanti.....

Shahrul:
Hamba tak tolak org memberi,
Sebab hamba org berani,
Jgn di ganggu dua bidadari,
Ku sanggup pertahan dgn nyawa ku ini....

パクウス ...:
Bulan bintang itulah janji
Selagi ada takkan berhenti
Aku nampak maz bawak lari
Penuh sarat ngan bom n bunga api......

Alifah:
Nasib baik jiwa ku kental
Jika tidak menangis aku di atas batal

パクウス ...:
Ok ok..aku ada jemputan...nanti sambung...

Last last2...

Kutahan2 hati ku ini
Rindu kasmaran padamu dewi
Jangan hancurkan hatiku lg
Wahai Ip pilihlah antara kami....

Alifah:
Dua2 belum ku sudi
Si dia juga akan ku nanti
Ku bimbang nanti sang isteri
Menangis malam ke pagi

Alifah:
Dua2 belum ku sudi
Si dia juga akan ku nanti
Ku bimbang nanti sang isteri
Menangis

Alifah:
Dua2 belum ku sudi
Si dia juga akan ku nanti
Ku bimbang nanti sang isteri
Menangis malam ke pagi

Alifah: ...
menangis malam hingga ke pagi

Shahrul:
Ramai sungguh pendatang Pati,
Jangan di pukul sampai mati,
Ip. .apa sajer yg kamu hajati,
Akan ku tunai sepenuh hati

Alifah:
Andai engkau lelaki berani
Akan ku simpan di dalam hati
wang ringgit bukan dihajati
Paling tidak banglo sebiji dan kereta Ferrari

パクウス ...:
Wanginya kasturi menjadi idaman
Buat kenangan bila sendiri
Utk mu dewi akan damba dihati
Dibawa mati sebagai bukti kasih abadi.......huhuhuhu

Ijal: Amboi ..
Ko nya request bikin gentar hati
Ku cuba hendap dari tadi
Semua kau x minati
Apakata kau pilih aku disini

パクウス ...:
Wanginya kasturi menjadi idaman
Buat kenangan bila sendiri
Utk mu dewi akan hamba dambakan
Dibawa mati sebagai bukti kasih abadi.......huhuhu

Shahrul:
Tambat lembu dengan tali,
Lembu milik si tuan jani,
Aduh syarat mu amat mudah sekali,
Akan ku hantar malam ini...

Ijal:
Mari kita makan sama
Aku sanggup belanja kau kat sana
Yang pnting aku diterima
Buat kita hidup bersama

Hahahaa...sengal ijal..

Shahrul:
Pergi terengganu singgah di paka,
Kalau santap Jgn bersisa.,
Jgn di uji org melaka,
Kerana ayatnya sungguh berbisa. .

Alifah:
Woit...woit...jgn kau berani
Aku main2 aje ni
Tak ku sangka disahut cabaran ku ini
Dah kecut perut ku ini

Shahrul:
Hatiku ini amat merana,
Terasa sakit tidak terhingga,
Terdengar degup jantung di sana,
Membuat hamba terpinga pinga. ..

Shahrul:
Sungguh Cantik si tun teja,
Ramai putera menghantar tanda,
Maz. .kenapa wajahmu bermuram durja,
Apakah masalah sedang melanda. ...😧😧

Shahrul:
Jika hendak berkata kata,
Betulkan ayat dgn saya
Tidak ku lihat pandangan mata,
Cuma hati bertanya tanya

Shahrul:
Sungguh harmoni kg paka,
Bila menetap sungguh selesa,
Pantun ku ini pantun seloka,
Ku pohon ampun andai terasa..

パクウス ...:
Maz....hehehe

Mawar putih kembang di taman,
Bunga indah suntingan puteri;
Rasa kasih bukan mainan,
Laut diredah permatamu dicari.

パクウス ...:
Ada lg ni maz....

Selasih bukan sebarang selasih,
Selasih ditanam dibuat ubat;
Kasih bukan sebarang kasih,
Kasih suci di internet  tersemat....

Shahrul:
Hati ku sakit sungguh merana,
Ubat di cari belum tiba,
Heiiii. .sungguh berani org di sana,
Mengganggu puteri jagaan hamba...

パクウス ...:
Pang5 hitam segak bersila
Terletak rapi keris 9
Si Maz dalam jgaan hamba
Dr buluh hamba bidankan....

Puteri buluh maz ni...

パクウス ...:
Tanjak berlada nama diberi
Dipakai senget tanda berani
Tidak hamba lepaskan pergi
Puteri buluh Mazniza dewi.....lalalalalala

Shahrul:
Pergi ke sungai ingin menuba,
Tak dapat ikn baling bata,
Heiiii..kg Maz kg hamba,
Sila jaga tutur kata..

パクウス ...:
Tombak ditempa emas suasa
Tombak dayang diberi nama
Pedulik apa kata tn hamba
Buluh disana kebuh hamba yg punya

Shahrul:
Mari buat kuih bahulu,
Adunan banyak sungguh berat,
Kalau nk dtg dulu jumpa penghulu,
Baru boleh sampaikan hasrat..

Shahrul:
Jln di kebun Jgn mencuri,
Hati2 meniti titi,
Sungguh manis senyuman zuri,
Seperti ada rahsia di hati....

Shahrul:
Cuaca panas mandi di perigi,
Mandi di perigi Jgn mengada, saham zuri tengah tinggi,
Risau ramai masuk menggoda. ...

Shahrul:
Tangan nakal asik meraba,
Terkucil jatuh terhempap tangga,
3 bidadari ku Jgn di cuba,
Sebab ada yg menjaga.

Norli:
Pergi melaka naik beca.
Beca dikayuh pak cik tua..
Bnyak sgt yg nk dibaca..
Maaf la x dpt  baca semua..

Banyak sgt nk dibaca
Maaf la x dpt bca semua..
Ari ni dh kenapa..
Asyik nk berpantun aja..

Ari ni dh kenapa
Asyik nk berpantun aja..
Mana kawan2 yg lain yer
Mari ler join same..
😉😉😉😀😀😀

パクウス ...:
Terbang camar ke Kuala
Terbang pula berdua dua
Wahai Ramziah sudahkah kau lupa
Dulu pernah kita janji bersama..

Ijal:
Cinta sana cinta sini
Masing masing punya hati
Cinta dulu bawa mati
Baru kini indah bersemi
Cewaahh!!

Norli:
Janji dulu sumpah setia
Sumpah setia seiya sekata
Sejak bila berjanji berdua
Diam diam berahsia yer...
😆😆😆

パクウス ...:
Suara kenari memikat jiwa,
Suara kedidi sedang melayang;
Antara duri adalah bunga,
Antara benci adalah sayang
Noli inilah janji Ram katanya
Bawah pokok gajus pak alang...

Ijal:
Dulu malu tapi mahu
Sekarang berani bertemu
Bila jumpa bertaut rindu
Adakah cinta kembali bertamu
Haddoiii

Ijal:
Dulu janji tak terkota
Kini ada yang menuntut pula
Janji taat juga setia
Ini lah jnji taik kucing nama nya

Alifah:
Apa dah nak jadi
Jika Wan Azizah jd MB
apa nak jadi mereka ni
Mumet ndas ku memikiri

パクウス ...:
Biarkan ip....
Yg penting kan kita....

Bawalah peti ke Tanjung Bidara,
Jalan selisih dengan si ratu;
Ku pujuk hati ku ubat lara,
Ku cari kasih Ip yang satu.

Cenderawasih dari semantan,
Terbang melara ke pohon pinang;
Salam kasih bertaut ingatan,
Jauh di mata di hati terkenang.....😛

Ijal:
Sana cinta sini cinta
Inilah fitrah namanya
Hakikatnya harus diterima
Aduh pala aduh mata
Terasa mahu dipejamnya
Izinkan ku beradu seketika cuma

Shahrul:
Sungguh indah bunga di padang,
Kolam di sebelah jangan di tuba,
Bunga yang laen hamba xpandang,
3 kuntum mawar hamba Jangan di cuba. ....

Shahrul:
Marah anak di tangan tangan,
Marah istri jadikan teman,
Hamba sanggup bersingsing lengan,
Demi menjaga mawar di taman..

パクウス ...:
Sayang isteri jangan ditinggal
Sayang anak diberi didikan
Ip kata daku jangan kau tinggal
Nanti aku setiap malam meroyan...

パクウス ...:
petir berdentum di langit biru
selepas awan mendung kelabu
kalau sudah dilamun rindu
hatiku Ram terasa bagai tak tentu
Bagai jasad kembali bertemu
Melihat engkau masih seperti dulu....

Alifah:
Kami bertiga masih sendiri
Bukan begini yg kami ingini
Harap ini hanya gurau senda
Bkn status kami dipersenda.......

パクウス
Naik sampan bersama pak uda
Wahai Ip kami hanya bergurau senda..

The End.
17/8/14
Whatapps Grup.

Wednesday 13 August 2014

DUNIA TANPA SEMPADAN.

Keadaan dunia tanpa sempadan ini ada kala menyebabkan masyarakat leka dan menolak ajaran agama yang menekankan akhlak mulia dalam perhubungan sesama manusia. Ledakan laman sosial menyumbang banyak peristiwa positif mahupun negatif.

Setiap perkara baik tidak menjadi masalah, perkara negatif ditimbulkan mewujudkan pelbagai permasalahan akhirnya merosakkan diri sendiri. Justeru, pengawalan akhlak yang sempurna tidak kira di mana saja berada perlu diambil kira.
Sedar atau tidak, penyalahgunaan laman sosial contohnya di facebook dan twitter boleh mengundang perkara negatif seperti pertelingkahan dan pergaduhan kerana sesetengah pengguna tidak berakhlak tanpa rasa bersalah sanggup menjatuhkan air muka orang lain, memfitnah, memuatkan pernyataan berbentuk hasutan atau provokasi.

Memang tidak dinafikan ada sesetengah pengguna tidak memandang serius perkara ini. Walaupun ia nampak ringan dan dianggap ‘gurauan’, tetapi ia mampu memberi impak lebih besar selain mengundang kemurkaan Allah SWT.

Beretika dan tidak melebihkan emosi ketika melayari laman sosial mampu mengelak perkara tidak baik. Teknologi canggih ini sebaliknya boleh dimanfaatkan untuk tujuan murni seperti berdakwah, menyebarkan maklumat serta mengeratkan silaturahim.

Nafsu tidak dapat dikawal ketika perasaan marah dan tertekan. Bertenang dan berfikir secara mendalam sebelum melakukan sesuatu perkara dapat mengawal keadaan. Perasaan menyesal biasanya akan hadir selepas perasaan marah reda.
Pepatah Melayu, ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.’ Oleh itu, hormati hak dan peribadi orang lain. Rahsia yang diamanahkan jangan dijadikan isu untuk menarik perhatian kerana ia boleh mencetuskan kekecewaan serta memu-tuskan ikatan silaturahim.

Laman sosial boleh menjadi medium dakwah yang luas apabila digunakan secara tertib dan betul. Untuk berdakwah, peribadi dan akhlak ditunjukkan pemilik akaun akan dihitung terlebih dulu. Justeru, pemilik akaun perlu mengindahkan penulisan untuk menarik minat rakan maya ke arah kebaikan.