Pages

Sunday 28 July 2013

SELAWAT NABI..

Assalamualaikum...tadi sebelum solat teraweh KS dengar tazkirah sedikit berkenaan kelebihan selawat nabi...di surau Al Mustaqimah Sek 7 Shah Alam.
KISAH. 
seorang pemuda telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW...

Dalam mimpinya itu Baginda SAW langsung tidak memandang atau menoleh kepada pemuda tersebut...lalu pemuda tersebut bertanya kepada Rasulullah saw....Wahai Rasulullah..kenapa Rasulullah tidak memandang kepadaku...maka jawab Rasulullah SAW.. " Aku tidak mengenali mu ".

Selepas pemuda itu terjaga dari mimpinya...maka dia pun terus mewajibkan keatas dirinya utk selawat keatas Rasulullah SAW 100 kali sehari..
Tidak lama kemudian pemuda ini bermimpi sekali lagi bertemu dengan Rasulullah SAW......Tetapi kali ini Rasulullah SAW memandang pemuda itu dengan senyuman yg berseri2... maka Rasulullah SAW pun berkata kepada pemuda itu...." kini Aku mengenalimu. "

Allah SWT pun berselawat keatas makhluk ciptaanNya..

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad SAW). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.” ......................(Surah al-Ahzab: ayat 56).

Waktu Afdhal Berselawat
•Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi SAW.
•Sesudah menjawab azan dan sebelum membaca doa azan.
•Selesai berwuduk, sebelum membaca doa.
•Pada permulaan, pertengahan dan penutup doa.
•Di akhir qunut dalam solat.
•Di dalam solat jenazah.
•Ketika masuk dan keluar dari masjid.
•Setiap waktu pagi dan petang.
•Hari Khamis malam Jumaat.
•Sepanjang hari Jumaat.
•Ketika berada di mana-mana tempat perhimpunan orang ramai.

Wallahualam.

KISAH SAAT SAAT TERAKHIR PAHLAWAN TERBILANG KHALID AL WALID.

Setelah meletakkan jawatan sebagai Ketua Panglima Tentera Islam, pada suatu malam,Khalid membawa keluarganya keluar dari Madinah menuju ke Syria. Di Himsya, Khalid tenang menjalani kehidupan sebagai orang biasa. Pada suatu hari dia jatuh sakit.Penyakit yang dihidapinya itu semakin teruk dari hari ke hari.
 
Berita pahlawan Pedang Allah jatuh sakit itu sampai ke pengetahuan sahabat sahabatnya.Ramai antara mereka yang datang menziarahinya.Mereka sedih melihat keadaan Khalid bin Walid.
 
" Selepas di lucutkan jawatan sebagai ketua panglima tentera islam oleh Khalifah Umar,saya terus berperang walaupun sebagai tentera biasa.Saya berperang bukan kerana Khalifah Umar,tetapi keran Allah." Kata Khalid dalam nada suara yang perlahan.
 
Kata kata melambangkan keikhlasannya itu menyebabkan ramai yant terpegun dan sebak.Dia berperang hanya kerana Allah!.Tidaklah hairan sekiranya dia digelar Pedang Allah ( Saifullah ) oleh kekasih Allah,iaitu Nabi Muhammad SAW.
 
" Umur saya sekarang sudah 58 tahun,saya sudah menyertai lebih 100 peperangan.Saya terlibat secara langsung dalam peperangan besar seperti perang Muktah, Parsi , melawan tentera Rom di Yarmuk , merebut Damsyik dari Rom,menakluki Mesir dan menawan Baitul Maqdis daripada kuasa Kristian.Itu lah kejayaan yang tidak dapat saya lupakan kerana Baitul Maqdis bebas dari cengkaman kuasa mereka ." kata Khalid al Walid lagi.
 
" Tuan adlah pahlawan terbilang, Khalifah Abu Bakar pernah berkata : ' tidak ada lagi yang dapat melahirkan anak sebagai tuan .' Hanya tuan seorang yang mendapat gelaran pahlawan pedang Allah daripada Rasulullah SAW ." kata Yazid yang turut menziarahi Khalid bin Walid yang sedang sakit tenat.
 
" Saya bercita cita mahu mati syahid, Disebabkan itulah saya sertai semua peperangan yang melibatkan tentera islam.Ditubuh saya ini penuh dengan parut parut luka akibat senjata musuh,tetapi saya masih hidup.Impian saya mahu gugur syahid tidak tercapai.Akhirnya saya mati diatas katil.Hanya orang pengecut sahaja yang mati begini ." Khalid bin Walid merintih. Air matanya mengalir perlahan lahan membasahi pipi tuanya.Beberapa sahabat yang rapat dengannya cuba memujuk.
 
" Ajal maut kita ditentukan Allah.Tuan tidak ditakdirkan mati dimedan perang.Kita terima sahaja ketentuan Tuhan." Yazid cuba memujuk.
 
" Saya tidak mahu mati di atas katil.Saya mahu mati dimedan perang!!. Panglima agung itu merintih.
 
Orang lain turut sebak mendengar rintihannya. Ada juga yang mengalirkan air mata apabila melihat panglima agung itu sudah berada di hujung hayatnya.
 
" Cuaba saudara lihat kaki saya dari hujung jari sehingga ke pangkal peha. Ia penuh dengan parut parut luka." kata Khalid bin Walid sambil menyelakkan kainnya.
Yazid hampir menitiskan air mata kerana hibe melihat keadaan sahabatnya itu. namun dia cuba menahannya supaya tidak terlihat oleh Khalid.
 
" Dada saya ini pernah menjadi sasaran mata tombak,anak panah dan pelbagai senjata tajam musuh,tetapi mengapa saya tidak menemui syahid ?. kata Khalid lagi.
 
Tiba tiba Abu Zanad yang turut melihat parut parut luka di tubuh Khalid Walid berkata: " Saudara tidak boleh mati di medan perang dan saudara juga tidak boleh tewas apabila bertarung dengan musuh."
" Mengapa ? " tanya Khalid dengan nada hampa. " Rasulullah SAW mengurniakan kepada saudara gelaran pahlawan pedang Allah.Baginda juga mendoakan saudara menang dalam setiap peperangan.Disebabkan itulah saudara tidak boleh mati dibunuh oleh orang kafir.Saudara juga tidak boleh tewas kerana doa Rasulullah SAW dimakbulkan Allah." Abu Zanad menjawab dengan lembut.
 
Khalid al Walid terdiam mendengar kata kata itu,namun wakahnya masih kelihatan sedih.
 
" Tolong kumpulkan senjata senjata yang pernah saya gunakan dalam peperangan.Saya mahu wakafkan semua senjata milik saya itu kepada tentera islam." Dia berkata kepada Yazid.
" Selain senjata , saya juga memiliki seekor kuda yang biasa saya gunakan dalam peperangan.Kuda itu juga saya wakafkan kepada tentera islam.Itu sahaja harta yang masih ada pada saya." ujar Khalid al Walid lagi.
 
Khalid al Walid menjalani hari hari terakhirnya dengan penuh kesukaran.Penyakitnya semakin tenat.Akhirnya panglima terbilang itu menghembuskan nafas terakhir bersama harapannya yang tidak kesampaian. Berita kematian Khalid al Walid disampaikan dengan segera ke pengetahuan Khalifah Umar al Khattab.Dia terperanjat dan sedih apabila mengenangkan Khalid sudah tidak ada lagi di dunia ini.
 
" Semoga Tuhan merahmati roh saudara wahai Abu Sulaiman.Rupa ruoanya saudara tidak seperti yang saya sangka." kata Umar sambil bersedih. " Apa maksud tuan ?" tanya Adi bin Hatim. "Jasa Khalid bin Walid pasti dikenang sepanjang zaman.Saya menyedari perlucutan jawatannya adalah satu kesilapan.Saya bercadang mahu menyerahkan semula jawatan itu kepadanya,tetapi sekarang dia sudah tiada." jawab Umar sambil menangis. " Memang Abu Bakar lebih mengenali lelaki itu daripada saya."
 
" Khalifah Abu Bakar pernah berkata : " tidak ada lagi wanita yang dapat melahirkan pahlawan seperti Khalid bin Walid.Hanya dia yang mendapat gelaran pahlawan Pedang Allah." kata Adi bin Hatim.
 
Pemergian Khalid bin Walid diratapi oleh umat islam.Walaupun dia sudah tiada lagi.Namun jasanya dan pengorbanannya tersemat dalam hati mereka.
 
Innalillahi wainna ilaihi raajiun,
 




dipetik dari sumber NOVEL SAJARAH ISLAM  oleh Abdul Latip Talib  KHALID MEMBURU SYAHID.

 
WASALAM.

SEJARAH MALAM LAILATUL QADAR : JANGGUT LEBIH KERAS DARI BESI.

Wujudnya Lailatul Qadar apabila Rasulullah berdoa kepada Allah setelah melihat kehebatan seorang lelaki Bani Israil yang sentiasa menghunuskan pedang (berperang) membela agama Allah selama 1000 bulan (lebih kurang 83 tahun). Disebabkan terpegun akan kehebatan lelaki itu lalu baginda berdoa :

"Ya Tuhanku, Engkau jadikanlah umatku lebih pendek umurnya dan lebih sedikit amalnya (amal yang sedikit, tetapi ganjarannya besar."

Kemudian Allah memakbulkan doa baginda dengan memberikan Lailatul Qadar kepada umat Nabi Muhammad S.A.W yang mana jika seseorang menghidupkan satu malam itu sahaja, ganjarannya lebih baik dari lelaki Bani Israil yang berjihad selama 1000 bulan itu.

Siapakah lelaki Bani Israil itu?
Dikatakan bahawa nama lelaki itu ialah Syam'un, berperang dengan musuh selama 1000 bulan, tidak pernah kering bulu tengkuk kudanya dan sememangnya orang-orang kafir gerun untuk menghadapinya. Sehinggalah tiba satu pengkhianatan dari isteri beliau apabila ditawarkan oleh orang kafir sebuah bejana yang dipenuhi dengan emas jika berjaya mengikat suaminya itu.
Pada satu malam, niat isterinya yang khianat itu untuk mengikat suaminya dengan tali berjaya dilaksanakan. Namun, ketika Sya'mun sedar daripada tidur dan menggerakkan badannya semua tali itu putus dengan mudah.

Lalu beliau bertanya kepada isterinya : "Mengapa kau berbuat sedemikian?"
Lalu isterinya yang jahat itu menjawab: "Aku hanya ingin menguji kekuatanmu sahaja."

Isterinya menceritakan hal itu kepada orang-orang kafir. Segeralah mereka memberi rantai besi kepada isteri yang jahat itu untuk mengikatnya sekali lagi. Namun, ikatan besi pada badan Syam'un diputuskan dengan amat mudah sahaja. Apabila isteri beliau ditanya, dijawabnya jawapan yang sama.
Lalu menyamarlah Iblis sebagai manusia dan mendatangi orang-orang kafir dan isteri Syam'un yang sedang melaporkan gerak kerja yang gagal tersebut. Maka Iblis tersebut memberi cadangan agar isteri Syam'un bertanya kepada suaminya apakah benda yang mampu mengikatnya. "Helaian rambut yang tumbuh di dagu ku ini," jawab Syam'un dengan jujur kepada isterinya apabila ditanya.
Memang tidak dinafikan bahawa Syam'un mempunyai lapan helai janggut yang amat panjang hingga ke tanah. Ketika beliau tidur, si isteri mengikat kaki dan tangannya dengan kelapan-lapan janggutnya tersebut. Kemudian orang-orang kafir membawanya ke tempat penyeksaan dan penyembelihan yang amat luas dan tingginya 400 hasta dengan satu tiang. Maka bermulalah penyeksaan mereka dengan memotong kedua telinganya dan bibirnya.

Kemudian Syam'un memohon kepada Allah S.W.T agar memberinya kekuatan untuk memutuskan ikatan dan dapat merobohkan tempat penyeksaan tersebut. Allah mengkabulkan doanya dengan berjayanya Syam'un melepaskan diri dari ikatan itu dan berjaya merobohkan tempat itu dengan menolak tiang yang membuatkan tempat itu tidak stabil lalu runtuh menghempap semua orang kafir kecuali Syam'un sahaja yang terselamat.

[Kisah ini diambil dari hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas]

Akhir kalam, adakah saudara tahu sejarah ini? Malulah kita beribadah kepada Allah tanpa mengetahui sejarahnya. Seperti ibadah solat, kita tahu sejarah baginda mendapat perintah solat pada malam Isra' Mikraj yang asalnya 50 waktu ditukar kepada lima. Semoga dengan tahunya sejarah Lailatul Qadar membuatkan kita bersungguh-sungguh untuk mencari malam yang lebih baik dari 1000 bulan tersebut..

Saturday 27 July 2013

TERFIKIR......

Terfikir.........

Bulan Ramadhan ni adalah bulan yg paling mulia..dari 11 bulan yg lain...

So td aku terfikir dan termanggu akan dan teruja utk menyambut syawal.......... mana yg kita nak? sedangkan bulan syawal jugalah para iblis dan syaitan juga beraya sakan sama ngan kita...mereka dilepaskan dari belenggu ikatan......dan kita terlepas dari menahan lapar dan dahaga.......adakah kita ni perlu disamakan dengan para iblis dan syaitan ???????????????

moga kita menjadi hamba yg lebih insaf........iblis juga hamba ......fikirkan,

SELEMBAR USIA

JIKA USIA SUDAH DI PENGHUJUNG SEDANGKAN KESEMPATAN YANG TINGGAL HANYA SEDIKIT ITU TERUS DIABAIKAN , PADA HAL KETIKA ITU JIKA KITA MEMINTA TOLONG ,PASTI ADA YANG SUDI MEMBERI PERTOLONGAN,JIKA DIA BERTANYA PASTI AKAN ADA YANG MEMBERITAHUNYA,MAKA APAKAH YANG AKAN MENJADI HARAPAN APABILA KITA SUDAH TERBARING SEORANG DIRI DI DALAM KUBUR,ATAU KETIKA KITA DIBANGKITKAN DIPADANG MAHSYAR,MANUSIA SEMUA SUDAH NAFSI-NAFSI,MASING MASING MEMBAWA NASIB DIRI.

TIDAK LAIN KERANA KITA TIDAK MENGAMBIL PERINGATAN DARI PERUTUSAN MALAIKAT MAUT YANG TELAH DIHANTAR KEPADA KITA ,SEHINGGA APABILA MALAIKAT MAUT HADIR MENGAMBIL NYAWA KITA..KETIKA ITU MULUT KITA TERNGANGA DAN TERKEJUT BESAR,TETAPI MALANG BAGI KITA KERANA SEGALANYA GALANYA SUDAH TERLAMBAT DAN TIDAK DAPAT BERBUAT APA APA LAGI...........

GELANG SI PAKU GELANG
GELANG SI RAMA RAMA
PULANG MARILAH PULANG
HENDAKLAH PULANG ISLAM AGAMANYA..

GELANG SI PAKU GELANG
GELANG SI ANGSA DUA
PULANG MARILAH PULANG
JANGAN KITA PULANG BERAT DOSA

GELANG SI PAKU GELANG
GELANG SI RAMA RAMA
JANGAN DITAKUTI UNTUK PULANG
KERANA ITU BANYAKKANLAH BERAMAL KITA.........

BUTTON OVERDRIVE ( AKU DAN TCR )

Assalamualaikum ..... nak share ilmu kereta sikit.

Nak citer2 sikit pasal button OVERDRIVE yg kat bean kita...rasanya ramai yg jarang gunakan...........
Overdrive sebenarnya buleh dibayangkan
sebagai kereta anda sedang hidup dengan 4
gear. Kalau sesiapa yang pernah bawak kereta
manual, mesti tahu kereta manual ada 5 gear
kan? Gear yang paling tinggi adalah gear 5
(ada yang hanya mempunyai 4 gear). tapi itu
untuk kereta manual.




Untuk kereta automatic pula, kebiasaannya
gear yang paling tinggi adalah gear 4! Dan
gear 4 itu buleh kita anggap sebagai overdrive
ON.

Bila kita OFF overdrive, bersamaan gear 4
telah dimatikan, dan kita telah turun ke gear 3.


Sebab tu bila kita OFF overdrive, meter RPM
kita akan naik tinggi. Sama la jugak kalau
kereta manual, kita turunkan gear semasa
bergerak, meter RPM pun akan naik tinggi. So
dah buleh bayangkan camne overdrive
bertindak?
Itu cuma anggapan je la, lebih senang faham
fungsi overdrive bila kita anggap begitu. Tapi
yang sebenarnya adalah begini......
Gear automatic sebenarnya hanya mempunyai
3 gear!! Maka dengan 3 gear sahaja, apabila
anda memecut dengan kelajuan 100kmh kat
highway, meter RPM anda akan mengaum.
Kalau bawak manual pun, gear 3 ini kita
bawak masa 40kmh ke 55kmh je, bila dah
masuk 60kmh, kita pun tukar ke gear 4 kan?
Tapi untuk kereta auto, bila dah 60kmh, tak
ada gear yang lagi tinggi selain gear 3, maka
overdrive akan mengambil alih tugas dengan
menyalurkan gear tambahan di transmisi anda
sebagai gear ke-4.


Selain itu, overdrive akan
memastikan yang pusingan ratio kereta anda
berlainan. Pusingan tayar akan lebih daripada
pusingan drivesyaft supaya enjin tidak perlu
bekerja keras untuk memusingkan tayar,
sebab itu ketika ini meter RPM akan jatuh.

Tetapi, kelemahan pada overdrive yang ON ini
adalah, torque yang dihasilkan akan rendah.
Ibaratkan kita cuba mula pecut dengan gear
5 semasa memandu kereta manual. sudah
pasti sukar untuk memotong kenderaan lain.
Minyak kereta dan torque adalah perkara
penting mengenai overdrive ini. Kereta auto
yang mempunyai fungsi overdrive sudah pasti
menggunakan minyak yang kurang daripada
kereta auto yang tiada fungsi overdrive.
Sebab itu, kalau anda menggunakan wira auto
1.5, anda akan dapati ia menggunakan minyak
sama banyak seperti kereta sedan 2.0 yang
ada fungsi overdrive.
Apa kelebihan overdrive?
1. Keadaan ON: Menjimatkan minyak. Semasa
bergerak di lebuhraya, momentum kelajuan
sudah cukup untuk maintain kelajuan kereta
anda. Apabila overdrive ini dalam keadaan ON
dan bertindak, ia akan meletakkan transmisi
dalam gear tambahan dan ini akan
merendahkan pusingan enjin anda dengan
mengurangkan pusingan ratio enjin dan
drivesyaft. Maka enjin tidak perlu bekerja
keras dan ini sudah pasti menjimatkan minyak
kereta.
2. Keadaan OFF: Semasa anda menuruni bukit,
overdrive yang ON akan membuatkan
transmisi anda bergerak lancar tanpa
sebarang halangan. Ini akan menyebabkan
kereta anda bergerak bertambah laju semasa
menuruni bukit. Sekiranya overdrive ini OFF,
pergerakkan akan menjadi perlahan
disebabkan gear yang rendah digunakan, dan
ini akan membantu anda mengawal
pergerakkan kereta anda dengan lebih
selamat.
3. Keadaan OFF: Memberi lebih torque kepada
kereta anda. Semasa kita hendak memotong
kereta lain ataupun semasa menaiki bukit,
Overdrive yang OFF akan memberi kita lebih
kuasa torque untuk menggerakkan kereta. Ini
kerana, semasa overdrive ON, torque menjadi
rendah akibat daripada gear tambahan yang
digunakan. Maka apabila anda ingin pecutan
lebih, OFF kan overdrive anda.
Namun
sebaliknya kereta anda akan makan minyak
lebih sikit ler..
Maka, daripada kelebihan dan kelemahan
fungsi overdrive diatas, dapatlah kita agak
bila nak ON overdrive dan bila nak OFF
overdrive.

Kebiasaannya kita akan sentiasa
OFF overdrive semasa kita memandu semasa
menaiki dan menuruni bukit dan juga ketika
hendak memotong kenderaan lain.
Selebihnya
saya akan membiarkan kereta saya dalam
keadaan overdrive ON. Sebenarnya ada juga
orang yang akan OFF overdrive semasa
kesesakkan jalanraya dan memandu dibawah
50kmh. Itu semua terpulang kepada cara
pemanduan masing-masing. Mana kaedah
yang dirasakan akan menjimatkan minyak
kenderaan anda, buleh anda lakukan..........




KOMEN DI FACEBOOK
Ahmad Tarmizi Idris Terbaik laa info ni Paksu walaupun bean ambo manual..
Pak Su Khairol timbul citer ni mlm semlm masa paksu tt ngan geng2 somban.... rasa perlulah kita share..
Rosen Irwan timokaseh poksu
Mohd Sany Arif Sanyarif Sape sll main OD neh nnt gearbox cpt kong...
Rosen Irwan tak main pun kong jugak.....lol
ModhSany Arif Sanyarif Bean kita klu nak memotong senang...lepaskan minyak dan tekan semula.gear akan auto drop gear2.cc kite besar.so takde masaalah.siap minyak jer...hihihi
Kena main ngan berat badan lak...kuikuikui\


Pak Su Khairol huhuhuhu...
Roy Boyroy Off kn OD jika perlu shj, kalo anda kaki besit, kaki rem, kakirace, boley jer drop/up gear sesuka hati, nk drift ke, tp lg kerap, lg cpt gbox kong, jd pendek umoq
Roy Boyroy kalo naik genting atau jln seumpama, biasa Off jer OD tu, kalo perlu drop L2 samada naik atau trn jln yg lbh curam


Izwan Dzul Zaqieb Carefree Paksu,sy slalu off OD sebelum start enjin.mula jln pun dgn gear 2,pastu br masuk D,pastu br on OD..

Roy Boyroy Manual buku panduan krete auto menyatakan hanya perlu msk ke D dlm cara memandu normal, jika perlu over take hanya tekan pedal minyak shj, walo bagaimana pn, drop/up gear secara manual blh dilaku kn jika perlu..
Pak Su Khairol Semua pendpat boleh diguna pakai.


Xawi Alonso Tcr Saya lom lagi guna OD ni....... Lom ada keperluan...... Nak memotong hanya tekan lebih sikit pedal minyak sudah memadai seperti guna OD.......... Supercharger lak tu..... Bayang kannnnnn...... He.... He

 
Sham Abby Info ni mmg TERBAIK Paksu...kebykan antara kita krg mahir ttg gunanya OD On b OD OFF....
Dgn info ini dpt la kita semua menambah ilmu lagi....kecuali Bro Neo..dia pya manual......TQ





SELINGAN..

Santai tt malam ramadhan bean2 somban..Man Poon.. Ustaz Rafai.. Iqbal Khalid.. Isa Alwi & Pak Su Khairol di Alesa Tomyam. ( 26 JULAI 2013 )




Man Poon Alhamdulillah...sekian lamo bpantang akhir nyer...

Pak Su Khairol Kurus ko Man Poon berpantang dan berpuasa 2 serentak......hihihi
Man Poon Lalalalalalaa
Isa Alwi double puasa..... hahaha
Man Poon Apo nk wt bang....joki anak....kahkahkahkah
Zizi Autogarage Azizi Saidin Tbaik utk sume...krol wah weekend je msty ko jd owg soromban.kan
Iqbal Khalid Poksu pose kiri kanan atas bawah la zi
Man Poon Hahahahaha....
Pak Su Khairol Hahahahaha.....
Isa Alwi hahaahahahaha.....
Pak Su Khairol paling menyerlah.. bean Ustaz Rafai......... pas ghayo ese pun nak beling2 yo Abg Baharin Omar
Man Poon Da mcm keto behias lak an...kihkihkih
Pak Su Khairol jelesss aaa Man Poon tuuuu......


 hahahaha....
Man Poon Wkakakakakaa....x sanguppp t kono golak...hehehe

MUHASABAH DIRI...

INGAT-LAH...!!!!
Secantik dan setampan apapun wajah kita.
Seksi dan segagah apa-pun tubuh kita.
Sekaya dan setinggi apapun jawatan kita.

Janganlah terlalu berlebih-lebihan membanggakan diri dengan KESOMBONGAN..!!
Sesungguhnya semua itu akan HANCUR kelak termakan cacing dan ulat..!!!

LIHAT-LAH mereka yang lebih dulu ditanah (kuburan)..!!!
Mereka dulu pernah hidup juga sama seperti kita..!!Entah itu besok, lusa, atau barangkali sesaat lagi,tiba saat nya giliran kita menyusul mereka..!!
GELARAN yang kita sandang pun sama,ALMARHUM juga..!!
Kekayaan,jawatan,kecantikan tak akan lagi bersama kita..

Semua lenyap entah kemana...Yang ada hanya-lah ulat dan cacing tanah yang menggerogoti tubuh kita...!!!
Astaghfirullah Ya Allah..!
Astaghfirullah Ya kariim...!
Astaghfirullah Ya Rabbi..!

“Ya Allah Ya Tuhan ku..Berilah hati kami petunjuk untuk menuju kepada-Mu.Dan beri-lah kami kebaikan di akhirat,serta selamatkan-lah kami dari siksa Api Neraka..
ALLAH SWT berfirman:
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati,Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya).Dan hanya kepada Kamilah kamu di kembalikan”
(QS. Al-Ambiyaa' : 35)

“Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu,kendatipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh”
(QS. An-Nisa : 78)

Dari Abu Hurairah radiyallahu 'anhu, ia berkata bahwa Rasulallah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:“Banyak-banyakl ah kalian
mengingat kejadian yang akan menghancurkan segala kelezatan yaitu Maut (kematian).”
(HR At-Tirmizi & Ibnu Majah)

Amiin amiin Ya Allah Ya Rabbil'al-amin.

SUMBER : 
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=541684335868016&set=gm.478497798903242&type=1&theater

Thursday 25 July 2013

LAGU LAGU KENANGAN MASA BUJANG...

Assalamualaikum....

Haa aa...lagu2 yang membawa aku kembali bersama memori2 bujang..

































AJAL

Assalamualaikum..

Tidak siapa di kalangan kita yang masih hidup mengetahui keadaan sebenar orang yang menghadapi kematian,kerana kematian itu hanya dirasai oleh orang yang mati sahaja. Orang yang dalam keadaan nazak tidak terdaya untuk menceritakan perihal kematian , apabila seseorang itu sudah mendekati ajalnya maka matilah dia...setakat manakah sakit yang dirasai ketika nyawa ditarik keluar dari jasad oleh Malaikat maut!, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.....

Nabi S.A.W telah menceritakan melalui hadith hadithnya tentang hakikat sebenar kematian.Hanya Baginda sahajalah yang dapat menceritakan keadaan sebenar apa yang dirasai oleh orang yang sedang menghadapi kematian,kerana Baginda diberitahu melalui wahyu Allah SWT mengenainya.Nabi SAW memberitahu tentang kesakitan yang dialami ketika dicabut nyawa itu seperti ditetak seratus kali dengan pedang pedang yang tajam,atau seperti dikoyak kulit dari daging ketika hidup hidup,demikianlah bandingan kesakitan mengenai mati..

Kematian bukan sekadar garis pemisah antara kehidupan di dunia dan alam barzakh,tetapi juga sebagai garis penentu sama ada kehidupan mereka diakhiri dengan kebaikan ( husnul khatimah)  atau sebaliknya ( su-ul khatimah ). Jika dia mendapat rahmat Allah Taala,maka akan menjadi ahli kebajikan yang akan menerima kelapangan di dalam kubur,sehingga kubur menjadi tempat rehat yang nyaman.Tetapi jika dia berada dalam su-ul khatimah, maka akan menerima nasib malang di dalam kubur yang dipenuhi azab yang pedih..... 

DOA KHATAM AL QURAN


Dimulai dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam sebagai pujian daripada orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik bagi orang bertaqwa. Solat dan salam ke atas Rasul kami, Nabi Muhammad dan ke atas ahli keluarga dan sekalian para sahabatnya.

Ya Allah, Ya Tuhanku! Rahmatilah aku dengan Al-Quran dan jadikanlah Al-Quran bagiku sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat. Ya Allah, Ya Tuhanku! Ingatkanlah aku apa yang aku terlupa daripada ayat-ayat Al-Quran. Ajarkanlah aku daripada Al-Quran apa yang belum aku ketahui. Berikanlah aku kemampuan membacanya sepanjang malam dan siang; dan jadikanlah Al-Quran itu hujah dan bagiku (untuk menyelamatkan daku di akhirat), wahai Tuhan Sekalian Alam.

Ya Allah, Ya Tuhanku! Perbaikilah agamaku yang merupakan pengawal urusankanku. Perbaikilah duniaku yang merupakan tempat hidupku. Perbaikilah akhiratku yang merupakan tempat kembaliku; dan jadikanlah kehidupan ini sebagai tambahan dalam setiap kebaikan, serta jadikanlah kematian sebagai istirahat bagiku daripada segala kejahatan.

Ya Allah, Ya Tuhanku! Jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghujungnya, sebaik-baik amal pada penyudahannya dan sebaik-baik hariku hari bertemu dengan-Mu.

Ya Allah, ya Tuhanku! Aku memohon kepada-Mu kehidupan yang tenang, kematian dalam kebenaran dan tempat kembali yang tidak terhina lagi buruk keadaannya.

Ya Allah, Ya Tuhanku! Aku memohon kepada-Mu sebaik-baik permohonan, sebaik-baik doa, sebaik-baik kejayaan, sebaik-baik ilmu, sebaik-baik amal, sebaik-baik ganjaran, sebaik-baik kehidupan, sebaik-baik kematian. Tetapkanlah (kakiku di atas sirat-Mu) serta beratkanlah timbanganku. Perkuatkanlah imanku dan tingkatkanlah darjatku serta terimalah solatku. Ampunkanlah kesalahan-kesalahan dan aku memohon kepada-Mu tempat tertinggi dari syurga-Mu.

Ya Allah, Ya Tuhanku! Aku memohon kepada-Mu apa-apa yang mewajibkan rahmat-Mu, juga apa-apa yang memastikan keampunan-Mu, keselamatan daripada segala dosa, keuntungan daripada segala kebaikan, kemenangan dengan syurga dan pelepasan daripada api neraka.

Ya Allah, Ya Tuhan kami! Perbaikilah akibat dari setiap urusan kami, hindarkanlah kami daripada kehinaan dunia dan azab akhirat.

Ya Allah, Ya Tuhan kami! Kurniakanlah kami rasa takut kepada-Mu, agar dengannya dapat menghalang kami dari melakukan maksiat, kurniakanlah kami ketaatan kepada-Mu, agar dengannya akan mendekatkan kami dengan syurga-Mu, kurniakanlah kami keyakinan yang dapat meringankan musibah dunia yang menimpa kami, berikanlah kami nikmat pendengaran, penglihatan dan kekuatan, selama Engkau masih berikan kehidupan buat kami, dan jadikanlah semua itu warisan kami, balaslah orang yang berbuat zalim terhadap kami, bantulah kami dalam menghadapi musuh-musuh kami, janganlah Engkau timpakan musibah dalam agama kami, janganlah Engkau jadikan dunia ini tujuan utama kami, jangan pula Engkau menilai pengetahuan kami serta janganlah Engkau jadikan orang yang tidak mempunyai rasa belas kasihan kepada kami menjadi pemimpin kami.

Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jangan Engkau biarkan kami melakukan sebarang dosa melainkan Engkau mengampunkannya, jangan biarkan kami dalam kebuntuan melainkan Engkau melapangkannya, jangan biarkan kami mempunyai hutang piutang melainkan Engkau (berikan jalan untuk) menyelesaikannya dan jangan ada sebarang hajat dunia mahupun akhirat melainkan Engkau menyempurnakannya, wahai Tuhan Yang Maha Penyayang antara yang penyayang.

Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan lindungilah kami daripada azab neraka.

Selawat Allah dan salam yang tidak terhingga ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya serta para sahabat yang terpilih.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Wednesday 24 July 2013

PANTUN RAMADHAN

..PANTUN RAMADHAN..

MALAM RAMADHAN MALAM MULIA
BERTERAWIH SELEPAS BERBUKA
JANGAN LUPA TANGGUNGJAWAB KITA
SEBELUM RAYA BAYAR ZAKAT FITRAH SEMUA..

ANAK SEMUT WARNANYA MERAH
DIPIJAK PULA OLEH ANAK PAK DOLAH
DALAM KITA MENJALANI SEGALA IBADAH
HATI IKHLAS NIAT KERANA ALLAH......

MINUM NESCAFE DIMALAM RAMADHAN
SANTAI SANTAI TERAWIH 8 RAKAAT
DALAM BERPUASA JANGAN SAMPAI KITA LEKAKAN
SYAITAN DIIKAT TAPI NAFSU MASIH MELEKAT...

SYAITAN SENSARA KERANA DIIKAT
SANA SINI DIIKAT DIGANTUNG
BILA PUASA JANGANLAH TAK SOLAT
PAHALA PUASA SIA SIA TERGANTUNG.....

MASUK BELUKAR TERPIJAK TEDUNG
INGAT TALI SEBAB PANJANG PANJANG
NIAT IKHLAS HATI INGIN BERTUDUNG
TAPI JANGAN PULA SERUPA TELANJANG.................

ESOK PUASA LUSA PUN PUASA
LEPAS SAHUR KITA SOLAT BERSAMA
HABIS RAMADHAN KITA BERAYA
SYAWAL MENJELMA SYAITAN IBLIS BERAYA JUGA...

LELAKI SOLEH ( KHALIFAH UMAR AL KHATAB ).

Sebahagian lagi kisah dari peribadi unggul Umar al Khattab r.a. Sebagai kebiasaannya, Khalifah Umar al Khattab apabila hendak menyampaikan perkara yang penting,beliau akan memerintah umatnya,selanjutnya beliau akan naik ke mimbar dan berkhutbah. Setelah menyampaikan puji pujian kepada Allah .pidatonya pun di mulakan :

" Dengarlah,semoga kamu sekalian diberi rahmat.Tetapi salah seorang dari hadirin bangkit dan berkata. ' Demi Allah kami tidak akan mendengarkanya ,demi Allah kami tidak akan mendengarkannya.' 'Kenapa wahai Salman ?.' tanya Umar dengan nada menyesal. 'Ya! kerana anda mengistimewakan diri anda sendiri dari kami,masing masing kami diberi sehelai baju tetapi untuk diri anda,anda ambil dua helai.' Umar pun terdiam sejenak, lalu melayangkan pandangannya kepada orang ramai kemudian bertanya, .' Dimanakah Abdullah bin Umar.! 'Inilah saya wahai Amirul Mukminin; jawab Abdullah sambil berdiri dari tempat duduknya. ' Kain siapakah yang saya pakai sehelai lagi ?. tanya Umar kepada anaknya. ' Kain bahagian saya ,ya Amirul Mukminin,' jawab Abdullah di hadapan para hadirin sambil menghadap wajahnya kepada Salman, kata Umar lagi. ' Sebagaimana yang tuan tuan ketahui,saya ini bertubuh tinggi,sedangkan kain bahagian saya pendek,maka Abdullah memberikan saya bahagiannya dan itulah yang saya pakai menyambung baju saya.' Dengan air mata berlinang disebabkan kebanggaan dan kepercayaannya Salman berkata , ' Alhamdulillah.......sekarang katakanlah wahai Amirul Mukminin dan kami mendengar dan mentaatinya........" 

Perhatikan saudara2 sifay para sahabat yang tidak akan dapat ditandingi lagi dalam memberi teguran sesama mereka serta pemimpin sehingga dalam persoalan pakaian.Dan mereka beranimenyampaikan teguran keras itu terhadap seorang Khalifah di hadapan arang ramai.

Tuesday 23 July 2013

HAKIKAT HIDUP

HAKIKAT HIDUP


HAKIKAT HIDUP SEBENAR ADALAH UJIAN...MANUSIA DICIPTAKAN OLEH ALLAH UNTUK DIUJI..SAMADA MEREKA BERSYUKUR ATAU KUFUR......... :

" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setitis air mani yang bercampur,yang Kami hendak mengujinya dengan ( perintah dan larangan ),kerana itu Kami menjadikannya mendengar dan melihat.Sesungguhnya Kami telah menunjukinya jalan yang lurus,ada yang bersyukur dan ada pula yang benar benar kafir." ( QS AL INSAN 76 : 2-3 )

UJUB MEMBATALKAN IKHLAS BERAMAL.


Assalamualaikum..

Sifat ujub atau membangga diri itu di cela oleh Allah SWT, sebagaimana melalui firman-Nya :

" Dan pada hari peperangan Hunain ,ketika itu kamu berbangga2 di sebabkan bilangan kamu lebih banyak itu,namun bilangan yang banyak itu tidak menolong kamu barang sedikit pun." ( at Taubah :25 )

Rasulullah saw bersabda : 
" Tiga perkara akan membinasakan ( diri manusia ) : iaitu kikir yang diikutkan hawa nafsu yang diturutkan dan seseorang yang suka membanggakan diri sendiri." 

Inilah penyakit hati yang boleh memusnahkan seluruh amal kebajikan kita.Kalau kita sudah boleh beramal kebajikan spt mengerjakan solat,berdoa dan berzikir,bersedekah dan berdakwah dan lain lain tetapi terselit didalam hati kita perasaan bangga.."boleh tahan amalan aku ini " hati kita berbisik2 demikian lalu timbullah perasaan bangga diri maka inilah penyakit ujub yang menguasai diri kita.Kerana ujub itu tidak dinilai oleh Allah SWT.

Tujuan kita beramal,mentaati seluruh perintah Allah SWT bukan untuk dibangga bangga walau untuk orang lain malah untuk diri sendiri pun ditegah.Beramal dalam tujuan melahirkan rasa syukur kepada Allah SWT di atas segala kurniaan-Nya yang begitu melimpah ruah,bersyukur kerana Dia memberi kekuatan & petunjuk untuk kita menunaikan segala perintah-Nya sama ada yang wajib ,harus,sunat,makruh & haram.

Perlulah kita sedar bahawa hati iaitu menjadi rebutan antara malaikat & syaitan.Hati yang leka dan lalai dari mengingati Allah SWT sebenarnya ia terdedah kepada godaan syaitan.Jadi ketika hati kita lalai maka di waktu itu di bisik bisiknya hingga lahirlah sifat ujub itu yang yang boleh merosakkan amalan kita.

Antara perkara2 yang menyebabkan adanya sifat ujub dalam hati kita :
1. Ujub dengan sendiri kerana cantik,kacak,sihat,kuat,suara yang merdu dan seumpamanya sehingga kita lupa bahawa itu semua adalah kurniaan Allah SWT yang bila bila masa boleh Dia melenyapkan. Untuk mengubatinya selalulah mengenangkan kejadian manusia itu dari air mani yang hingga kemudian secantik mana wajah,sekuat mana tubuh kita akhirnya akan jadi bangkai yang dimakan oleh ulat.Tubuh kita akan terburai di dalam perut bumi dan hancur menjadi busuk.Tiada lagi harga dan nilai disisi manusia ITULAH HAKIKAT DIRI KITA.

2. Ujub dengan kekuatan dan ketangkasan. Cara mengubatnya dengan mengenangkan bagaimanakah keadaan kita bila ditimpa demam cukup sehari sahaja.Kekuatan yang tadi akan menjadi lemah,anggota yang tadi tangkas akan menjadi lesu dan tidak bermaya.Jadi dengan hanya di timpa demam walau sehari sahaja,hampir lumpuh seluruh kekuatan yang kita banggakan.Oleh sebab itu tidak wajar kita banggakan diri dengan kekuatan yang sekelip mata sahaja boleh jadi lemah sekiranya Allah SWT berkehendak.

3. Ujub dengan kelebihan akal dan ingatan yang kuat yang ada hubung kait dengan urusan dunia dan akhirat.Kerana itu kita suka menonjolkan diri dengan pendapat kita yang bernas dan sempurna.Lantaran itu kita tidak mahu berbincang dengan orang yang tidak sefikiran dengan kita dan menganggap mereka itu semua jahil dan bodoh.Ubat bagi penyakit ini dengan memperbanyakkan rasa syukur kepada Allah SWT atas segala kurnia yang di berikan-Nya kepada kita berupa akal yang tajam.Fikirkan jika tiba tiba akal kita diserang penyakit sehingga menjadi tidak siuman ( gila ) dan di tertawakan orang.Hendaklah jita sedar bahawa ilmu yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia adalah sedikit sahaja.Kita hendaklah terus belajar dan menuntut ilmu yang mengenalkan kita kepada Allah SWT, dan dari situlah nanti kita akan insaf bahawa kita masih jahil dan bodoh.Dan itu sahaja yang akan menghalang sifat ujub itu bertapak di hati kita.

4. Ujub kerana mempunyai harta yang banyak. Manusia apabila dia memiliki harta yang banyak ( kaya ) maka berbagai bagai perasaan menerjah dalam dirinya.Rasa bangga dan besar diri.Seolah olah dia sahaja yang berada dan orang lain miskin dan muflis.Sifat ini amat tercela dan menghalang dirinya untuk bermujahadah.Terutama meletakkan dirinya rendah dari orang lain.Sebagai yang telah ditunjuki bencana bencana tentang harta kekayaan.Perlulah diingat bahawa harta yang dimiliki itu ada hak haknya.Jika tidak dipertanggungjawabkan seperti yang dituntut oleh syariat maka pastinya balasan yang pedih dari Allah SWT kelak.Hal hal semacam ini perlu jadi ingatan kita supaya ianya boleh menghalang sifat ujub itu terus beraja dihati kita.

5. Ujub dengan pendapat yang salah dan ini lah yang dikatakn manusia yang jahil tetapi sombong ( bodoh sombong ). Firman Allah SWT :
" Siapakah yang dinampakkan baik perbuatan buruknya itu, sehingga di anggapnya perbuatan buruk itu baik pula."                   ( Fathir : 8 )

" Mereka mengira apa yang mereka buat itu baik ."               ( al Kahfi : 105 )

Ubat bagi penyakit ini ialah dengan selalu mencurigai pendapat sendiri,sehingga kita tidak terpengaruh dengannya kecuali dengan hujah dan dalil yang nyata dari al Quran dan Hadis atau di dukung oleh dalil aqli yang tepat dan yang cukup syarat2nya sebagai dalil.
Dengan demikian sifat ujub tidak mendapat tempat di hati kita dan kita akan terus menerus beramal dengan ikhlas dan mengharapkan keredhaan di sisi Allah SWT.


PETIKAN DI ATAS ADALAH SEBAHAGIANNYA DI PETIK DARI BUKU PENAWAR BAGI HATI ( ABDUL AZIZ ISMAIL ).

Sumber dari facebook nota : 
https://www.facebook.com/notes/pak-su-khairol/ujub-membatalkan-ikhlas-beramal/166590410067830

RIYA' MENSIA SIAKAN AMAL.

Assalamualaikum...

Firman Allah SWT :

         " Maka celakalah bagi orang orang bersembahyang yang sentiasa lalai daripada sembahyangnya.Mereka yang mengerjakan kebaikan,minta dilihat orang."  ( al-Ma'un : 4-7 )

1. Riya' melalui tubuh.
Wajahnya nampak pucat,tubuhnya kurus dan jalannya sengaja menunduk saja supaya dia kelihatanseperti orang yang kuat beribadah ditengah malam atau terlalu ambil berat hal hal agama dan terlampau takut dengan balasan Allah SWT. Jadi apabila kita menampakkan keadaan begitu tentu timbul dalam hati perasaan riya' yang mahu orang lain menyangkanya berbuat sesuatu amalan kebajikan.Oleh itu tinggallah perbuatan seperti itu kerana ia membuatkan sifat riya' dalam diri kita
  Rasulullah bersabda :

  " Jika seseorang  kamu berpuasa,maka hendaklah meminyakan kepalanya,menguruskan rambutnya dan memakai celak di mata."

Ini tiada lain untuk menghindarkan diri dari was was syaitan dan untuk menimbulkan perasaan rita' dan menunjuk nunjuk diri.

 2. Riya melalui pakaian.
Memakai pakaian berjenama yang mahal2. Perbuatan ini termasuk amalan amalan riya'untuk mempamerkan kepada orang ramai atau sahabat2nya tentang kelebihan yang ada pada  dirinya. Riya' boleh berlaku apabila kita berpakaian spt orang kaya.Dengan cara itu kita telah di anggap oleh orang ramai sebagai golongan kaya dan hartawan.,sedangkan itu semua adalah sandiwara ,yang sebenarnya bertujuan untuk mendapat sanjungan dan pujian dari orang lain. JADI MELALUI PAKAIAN SEBENARNYA BOLEH MENYUBURKAN SIFAT2 RIYA' DALAM TUBUH KITA.

3. Riya' melalui ucapan.
Dikatakan orang yang riya' melalui ucapan itu ketika menyampaikan sesuatu tiada lain kecuali nasihat dan peringatan yang bijaksana dan penuh hikmah.Bila bercakap menerangkan hadis dan cerita2 orang orang soleh.Termasuk juga amalan riya' itu kuat bacaan zikirnya di hadapan khalayak ramai.Menampakkan sifat marahnya pada setiap kemungkaran dan melahirkan sifat dukacita atas maksiat yang dilakukan oleh manusia.Begitu juga orang yang suka berdebat atau berbahas yang masing masing cuba menonjolkan kepandaian dan kebenarannya.Ini semua adalah ciri ciri orang didalamnya hatinya telah bertapak sifat riya'.

4. Riya' melalui perbuatan.
Apabila dia sujud begitu lama,serta perbanyakkan sembahyangnya apabila berada di khalayak ramai.Banyaknya sedekah dan mahu diumumkan namanya kepada orang lain.Apabila bersendirian dia malas mengerjakan sembahyang dan membuat kebajikan.Ini semua melambangkan tingkah lakunya itu didorong oleh sifat2 riya' didalam hatinya.

Daripada huraian yang ringkas itu kita telah dapat mengenal amalan amalan riya' yang semua itu adalah di dorong oleh penyakit hati.Walaupun dilihat pada zahinya itu adalah amalan soleh tetapi diselit didalam hati satu kecelakaan kepada tujuannya mengharap keduniaan dari manusia.Dia mahu disanjung,dihormati,dipuji dan dihargai setiap masa.Kalau tidak perolehi itu semua jiwanya terseksa dan menderita.

Hakikat orang yang riya' dalam amalannya adalah manusia yang berpura pura di sisi Allah SWT.
Segala bentuk amal kebajikannya itu semata mata mengharap sanjungan manusia,sedangkan itu semua tidak upaya dilakukan apabila berada bersendirian.Dia akan banyak beramal apabila berada di khalayak ramai dan dia jadi malas apabila bersendirian.
 Maka dengan itu, hendaklah kita membiasakan diri menyembunyikan segala amalan kita supaya tidak diketahui orang,jika perlu tutup jalan yang boleh mendatangkan riya'.Dengan cara itu,hati kita akan menumpukan ke hadrat Allah SWT ketika beramal. Allah berfirman :

 " JIka kamu menyatakan sedekah itu pun baik,tetapi jika kamu merahsiakannya dan memberikannya kepada kaum fakir miskin maka itulah yang sebaik baiknya."   (al Baqarah:271)

Maka itulah sebahagian daripada penyakit hati KITA yang sering di serang penyakit RIYA' yang tanpa kita sedari. Walaupun jalan untuk menghindari hati dari penyakit riya' terlalu sukar...namun tetap ada penawarnya.maka berhati hati lah. PALING TIDAK JANGAN DIBIARKAN RIYA' ITU BERTAPAK DIHATI DAN MEROSAKKAN HUBUNGAN KITA DENGAN ALLAH SWT.


Dipetik dari facebook nota https://www.facebook.com/notes/pak-su-khairol/riya-mensia-siakan-amal/166591000067771

RIYA' MENSIA SIAKAN AMAL.

pada 15hb Mei 2011 pukul 2.59 pagi

Wallahualam.

Monday 22 July 2013

Kisah Hidup Syeikh Abdul Qadir Jilani ( Video alih bahasa TV3 )

Sejarah ringkas Syeikh Abdul Qadir Jilani.

Nama beliau dan keturunan sebelah ayah.

Mahyuddin Abu Muhammad Abdul Qadir Al Jilani bin Abu Saleh Musa bin Abdullah bin Yahya Al Jahid bin Al Imam Muhammad bin Al Imam Daud bin Al Imam Musa bin Al Imam Abdullah bin Al Imam Musa Al Jaun bin Al Imam Abdullah Al Mohd (lebih dikenali sebagai Al Majl) bin Al Imam Hassan alMuthni bin Al Imam Al Hassan Al Bast bin Al Imam AmirulMukmin ‘Ali bin Abu Talib, KarramAllahu wajhah.



Keturunan dari sebelah ibunya
Nama ibunya Fatimah binti Al Imam Abdullah bin Mahmud bin Kamaludin Isa bin Jamaluddin bin Al Imam Abdullah Al Sauma’i (lebih dikenali Al Zahid) bin Sayyidina Ali Zainal ‘Abidin bin Al Imam Al Hussein bin Al Imam ‘Ali bin Abu Talib, saudara Al Mustafa(s.a.w.) yang berkahwin dengan Fatimah Az Zahra Al Batul.
Beliau mendapat penggilan Al Jalani daripada Jilan, sebuah wilayah merdeka dari Negara Tabristan juga dikenali sebagai Kilan.

Abdul Qadir dilahirkan disini pada tahun 470H dan beliau kembali kerahmatullah pada 671H pada malam Sabtu , 10 Rabi’awal pada umur 91 tahun. Beliau dimakamkan diserambi madrasahnya. Nasaruddin mengkebumikan beliau pada paginya sambil membacakan Qasidah yang berbunyi “ Kesedihan (merujuk kepada kematian) pada pagi ini merupakan kekalahan Jilani, dimana beliau merupakan sumber makrifah yang terkenal”


Penampilan Abdul Qadir.

Al Imam Muwafik Al Din Abu Muhammad Abdullah bin Ahmad bin Muhammad bin Qudamah Al Muqaddisi berkata, “Shaykh Al Islam Al Shaykh Mahyuddin Abu Muhammad Abdul Qadir alJilani r.a. Merupakan seorang yang kurus dan tinggi dan berupa baik dengan bulu keningnya bercantum. Suara beliau nyaring dan beliau berpengetahuan luas.
Rumah yang dimana beliau dibesarkan dikenali sebagai Rumah Kemuliaan dan Pengetahuan. Ini kerana keturunan beliau dari ayah dan ibunya merupakan golongan yang berilmu dan berkedudukan. Penduduk setempat juga menggelarkan rumah tersebut rumah yang mulia.


Tidak salah jika Abd Qadir dibesarkan sejak kecil disitu dan menghafal Al Quran sejak kecil dan sehinggalah pada umur beliau 18 tahun, beliau mula merantau ke Baghdad pada tahun 488H. Pemergian beliau adalah untuk menambahkan ilmu beliau pada jalan Allah seperti yang difimankan Allah dlm surah Nisa ayat 100.
Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezki yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Abdul Qadir mengikut jejak langkah keturunannya yang juga dikenali sebagai keluarga Ilmuwan dan beiman demi mencapai cita-citanya menjadi seorang yang adil dan mulia disisi Allah dan Umat Islam.

Allah berfirman: Surah At Thur ayat 21:

Dan orang-oranng yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka[1426], dan Kami tiada mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya.


Abdul Qadir merupakan seorang insane yang terpelihara oleh Allah. Ini dapat dibuktikan dari cerita masyarakat sekeliling. Semasa muda beliau berkerja sebagai petani. Pada suatu hari, semasa beliau sedang membajak tanah menggunakan seekor lembu, tiba-tiba lembut tersebut memalingkan mukanya kearah beliau dan berkata ”Oh Abdul Qadir, Allah tidak menciptakan kamu untuk kerja ini”

Dari sumber yang lain pula menyatakan, Abdul Qadir memanjat keatas atap rumahnya dan melihat fenomena luar biasa iaitu jemaah Haji berkumpul di Arafah, dan jemaah lagi satu pula sedang mengelilingi Ka’abah.




Kedua-dua kejadian itu membuatkan beliau berasa takut dan terkejut. Beliau memberitahu pada ibunya dan ibunya berkata “ Ini membuktikan bahawa Allah telah memilih mu untuk diberi pengetahuan”



Selepas kejadian tersebut Abdul Qadir berhasrat untuk ke Baghdad dengan tujuan untuk mendalami lagi ilmu pengetahuan dengan para-para Ulama disana. Ini kerana pada ketika itu Baghdad merupakan pusat Ilmu dunia.

Sebelum berangkat ke Baghdad, Abdul Qadir meminta kebenaran dari ibunya agar Allah sentiasa disampingnya dalam usahanya. Ibunya menjaminkan beliau akan keselamatan dengan syarat beliau hendaklah sentiasa bercakap benar dan tidak sesekali menipu.


Dan dalam perjalanan beliau ke Baghdad, sekumpulan perompak telah datang kepada beliau, dan menanyakan kepada beliau, berapa wang yang Abdul Qadir ada. Abdul Qadir menjawab dengan jujur seperti mana yang telah dinasihatkan oleh ibunya. Beliau menyatakan jumlah wang yang ada didalam poketnya. Akibat dari kejujurannya itu, perompak berkenaan berasa sedih dan bertaubat atas perbuatannya itu. Perompak itu bertanya pada Abdul Qadir, mengapa beliau berkata benar sedangkan beliau tahu akan dirompak. Lalu Abdul Qadir menceritakan halnya bersama ibunya yang beliau telah berjanji atas nama Allah pada ibunya yang beliau akan bercakap benar dan jujur. Perompak tersebut merasa hairan dan takjub atas kejujuran Abdul Qadir menjaga janjinya dengan usianya yang semuda itu, manakala perompak itu memikirkan hal dirinya yang telah sekian lama hidup merompak dan bercanggah dengan Islam.


Firman Allah Surah At Taubah ayat 119:

Hai orang-orang yang beriman bertakwalah kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar.

Abdul Qadir meneruskan perjalannannya dan sampai di Baghdad pada tahun 488H dan memulakan pengajian beliau dengan ulama-ulama dan orang-orang saleh.

Kesimpulannya


Syaikh Abdul Qadir Jilani dibesarkan dengan baik. Beliau merupaka seorang yang alim, jujur, ikhlas dan benar. Kesemua nilai-nilai ini menjadi simbol kepada Tareqat Qadariah yang terus menerus berkembang hasil usaha dari pengesasnya iaitu Syaikh Abdul Qadir Jilani dan tareqat ini berdasarkan pengalaman peribadi beliau tentang Islam, Iman, dan Ihsan. Ini akan mengajar kita tentang Ikhlas, Wara’ , Zuhud, Taqwa, penyerahan diri sendiri, ketabahan, kehambaan kepada Allah, mendekatkan diri kepada Allah dan menjauhkan diri dari syaitan, menghayati kitab syariah, membersihkan hati daripada perkara yang memusnahkannya, membersihkan kata-kata, sentiasa membuat suruhan Allah atas sebab untuk mencari keredhaannya, bersungguh-sungguh dalam menentang kehendak nafsu, dan mengamalkan perbuatan yang mulia.

Kesemua cara ini disuruh oleh Abdul Qadir, dimana beliau adalah pendokong jalan Tasawuf yang bermakna juga beliau merupakan seorang pengajar. Didalam kitabnya, Abdul Qadir menggunakan perubahan dalam menyampaikan perbezaan hamba dan kehendak nafsu.





Saturday 20 July 2013

KITA SEDANG MENUJU KE PINTU RAYYAN....

Assalamualaikum.

Syurga memiliki 8 pintu, salah satu daripada pintu syurga adalah bernama pintu Raiyan yang dikhususkan untuk mereka yang berpuasa, tidak dibenarkan masuk melalui pintu tersebut kecuali mereka yang berpuasa sahaja “

Orang yang berpuasa akan masuk surga melalui pintu khusus yang disebut dengan pintu Rayyan
Hal ini sebagaimana sabda Rasulullah saw: “Di surga itu terdapat sebuah pintu yang disebut dengan pintu Rayyan. Pintu itu hanya akan dilalui kelak di hari Kiamat oleh mereka yang berpuasa dan tidak akan pernah dimasuki oleh orang selain mereka yang berpuasa. Apabila orang-orang yang berpuasa telah masuk, maka pintu itu dengan sendirinya akan terkunci, dan tidak dapat masuk melaluinya seorang pun.

Demikian juga apabila orang yang paling akhir memasuki pintu tersebut, maka ia akan terkunci dengan sendirinya. Barangsiapa yang masuk ke dalam surga melalui pintu tersebut, ia akan minum, dan siapa yang minum, maka ia tidak akan pernah merasa kehausan selamanya” (HR. Bukhari Muslim). Dalam hadits lain sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Bukhari disebutkan bahwa di surga itu terdapat delapan buah pintu, salah satunya bernama pintu Rayyan.

Pintu ini hanya dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa saja. Kata Rayyan berasal dari kata ar-riyy yang berarti banyak air, tidak dahaga. Jadi pintu Rayyan maksudnya, pintu surga yang apabila dimasuki, penghuninya tidak akan merasakan haus dan dahaga selamanya sebagaimana disebutkan dalam hadits di atas. Ini tentu sesuai dengan arti dari ar-Rayyan sendiri yang berarti tidak dahaga, banyak air.

Ibnu Hajar al-Asqalany dalam kitabnya, Fathul Bari (4/111), mengatakan bahwa pintu surga untuk orang yang berpuasa disebut Rayyan dan bukan nama lain yang menunjukkan kepada rasa lapar, karena umumnya orang yang berpuasa lebih membutuhkan air daripada makanan. Atau dengan bahasa lain, orang yang berpuasa lebih merasa berat dan lemah karena dahaganya dari pada karena rasa laparnya. Untuk itulah, nama pintu tersebut dinamakan Rayyan yang lebih berarti untuk menghilangkan rasa haus, dan bukan dengan nama lain yang menunjukkan untuk menghilangkan rasa lapar.

AKU DAN TCR ( MAJLIS IFTAR RAMADHAN ).


Bean Members-Majlis berbuka puasa 20/7/13 di SKVE RnR.Terima kasih kepada kaum keluarga yg hadir.Majlis meriah dihadiri seramai 16 beans.Tok Penghulu-Bro Rahman Ahmad,Imam-Nuar Ustaz Manan,Siak-Bro Md Noor,dan yg lain-lain tak lupa Admin-Ahmad Ahmad Tarmizi Idris dan para HM yg sudi memasak serta membawa bekalan atau membeli.Kopi O'Teh Tarik,bubur lambuk,Yong tau Foo,Szilling Mee,Nasi n Rendang Ayam,Fruit Cocktail,Dadih,Roti John n bermacam macam juadah tak dpt di list kan.Dapat bertahli,sembahyang magrib n isyak,berterawih n moreh(walau pun di tepi tmpt makan)Sungguh seronok. anak anak gembira bermain berlari lari,time moreh ibu ibu pula buka buku Cataloq berniaga.Begitu lah suasana Di Majlis Berbuka puasa Estima TCR Bean.Kpd new member wellcome. ( Nor Khafizah )


                                                                       Khalid Amin ...termenung jauh.
Ahmad Tarmizi Idris.. Khalid tgh pikir kat mana nak isi NGV dia tu..
lebih kurang sejam yang lalu melalui mudah alih · 

Ajeck Nid Durahaz.... Org dtg solo cam tu la, tringat hm kek umah
lebih kurang sejam yang lalu melalui mudah alih 

Mohd Rosli.... "karipap tapaw dlm kepiah aku ni..harap takde sape tahu "

Roy Boyroy .....Hehehe
Xbaik fitnah oi...
Hehehe















Roy Boyroy ....Trm ksh pd bang Man yg mencetuskan majlis
Perasaan seronok bersama bean bros semua dlm majlis yg seumpama amat dihargai.... terasa keakrabannyer





Ahmad Tarmizi Idris... Badan tak sihat terus sihat, ingat nak balik lepas maghrib tp Allah bagi kekuatan utk teruk bersama sahabat bean group hingga ke akhir acara.. terima kasih semua, semoga amalan dibulan Ramadan ini mendapat keberkatan dariNya.. amiin

Md Noor.... Terima kasih kepada semua kaum ibu yg bersusah payah memasak makanan y sedap utk d makan berbuka posa.

Nor Khafizah.... Yg datang solo walaupun HM tak dpt hadir tapi bekalan penuh sebakul.Hehe.

Md Noor....HM saya juga dapat merasa makanan yg d bekalkan semua sedap. Dapat juga saya bawa balik 2 karipap yg sis Nor Khafizah hidangkan.Sedapppp

Pak Su Khairol....Alhamdulillah.....sampai juga hajat paksu untuk sama2 turut serta...walaupun kelewatan......terima kasih semua ...

Ajeck Nid Durahaz.... Pembetulan iman kita Ustaz Rafai , Nuar Ustaz Manan. Xhadir mlm ni sis

Nor Khafizah.....Ops sorry ingat Ustaz Seorang je .Maaf Ustaz Rafai ye.

Muhd Shukeri....alhamdulillah dpt gak duk selejap. jeles tgk org lain bwk bean msg2 den bwk kete kecik je. blk smbung kje yg blm selesai.

Roy Boyroy.... Alhamdulillah
Ustaz Rafai dpt hdr
Memang superchager....

Ustaz Rafai...... Alamak....laju ke tadi........itu baru NA....kalau supercharger...9.15 dah solosai....hehehe....apa2 pun...thun dpn panjang umur boleh buat acara tahunan bulan ramadhan...tempat mmg sesuai untuk keluarga bean.....

Pak Su Khairol.... taun dopan kito buek kat dataran merdeka......ngeee

Ustaz Rafai.... Peh....projek besar tu.....

Hesham Otai .....Terima kasih sbb download foto2..... sop sop doa dari jauh muga di rahmati Allah......xleh nak pandu tangan kanan masih sengah dan sakit.