Pages

Tuesday 30 January 2018

BERZIKIRLAH SELAGI NYAWA MASIH DIKANDUNG BADAN

لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللّهُ
اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

اللهم أعنّي على ذكرك و شكرك و حسن عبادتك

Rasulullah saw bersabda yg bermaksud, “Tiada suatu kaum yang duduk sambil berzikir kepada Allah melainkan mereka akan dikelilingi oleh malaikat, diselimuti oleh rahmat dan Allah akan mengingat mereka di hadapan makhluk yang ada di sisi-Nya.” (HR. Bukhari).

Rasulullah saw juga bersabda yg bermaksud, “Tiada suatu kaum yang berkumpul sambil mengingat Allah dimana dengan perbuatan itu mereka tidak menginginkan apa pun selain diri-Nya, melainkan penghuni langit akan berseru kepada mereka, ‘Bangkitlah, kalian telah diampuni. Keburukan-keburukan kalian telah diganti dengan kebaikan-kebaikan’.” (HR. Ahmad).

Sungguh luar biasa kasih sayang Allah kepada hamba-Nya. Manafaat zikir yang sedemikian luar biasa bagi kehidupan dunia-akhirat kita senantiasa Allah ulang-ulang di dalam kitab-Nya agar kita terus menerus mengamalkannya.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْراً كَثِيراً

“Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, dengan zikir yang sebanyak-banyaknya.” (QS. Al-Ahzab [33]: 41).

Bahkan saat kita selesai sholat pun, Allah tekankan agar kita terus berzikir kepada-Nya.

فَإِذَا قَضَيْتُمُ الصَّلاَةَ فَاذْكُرُواْ اللّهَ قِيَاماً وَقُعُوداً وَعَلَى جُنُوبِكُمْ فَإِذَا اطْمَأْنَنتُمْ فَأَقِيمُواْ الصَّلاَةَ إِنَّ الصَّلاَةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَاباً مَّوْقُوتاً

“Maka apabila kamu telah menyelesaikan shalat, ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring” (QS. An-Nisa [4]: 103).

Malah kalau saat lupa Allah swt, bahaya besar menanti...

Allah SWT berfirman:

وَمَنْ يَّعْشُ عَنْ ذِكْرِ الرَّحْمٰنِ نُقَيِّضْ لَهٗ شَيْطٰنًا فَهُوَ لَهٗ قَرِيْنٌ
"Dan sesiapa yang hatinya tidak mengindahkan zikir kepada Yang maha Pengasih, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya."
(QS. Az-Zukhruf: Ayat 36).

OLEH ITU JANGANLAH KITA GHAFLAH (LALAI)...

Allah SWT berfirman:

اِسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطٰنُ فَاَنْسٰٮهُمْ ذِكْرَ اللّٰهِ  ؕ   اُولٰٓئِكَ حِزْبُ الشَّيْطٰنِ  ؕ  اَ لَاۤ اِنَّ حِزْبَ الشَّيْطٰنِ هُمُ الْخٰسِرُوْنَ
"Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati Allah (berdzikir); mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi."
(QS. Al-Mujadilah: Ayat 19).

Monday 29 January 2018

NABI TIDAK BUAT MAKA TIDAK BOLEH DIBUAT, BENARKAH?

SOALAN : Segelintir golongan yang ekstrimis mengatakan bahawa orang Islam banyak melakukan perbuatan yang tidak harus dilakukan dengan hujjah bahawa Nabi saw tidak melakukannya dan begitu juga para sahabat. Adakah perkara ini, iaitu perkara yang tidak dilakukan oleh Nabi dan para sahabat menandakan ianya tidak harus dilakukan?

JAWAPAN : Berhubung dengan tajuk persoalan ini, al-Syeikh al-Sayyid Abdullah bin al-Sidq al-Ghumari telah mengarang risalah bertajuk (   حسن التفهم والدرك لمسألة الترك   ) dan beliau menukilkan bait syair yang sangat indah. Katanya:

الترك ليس بحجة فى شرعنا   /  لا يقتضي منعا ولا إيجابا

فمن ابتغى حظرا بترك نبينا   /   ورآه حكما صادقا وصوابا

قد ضل عن نهج الأدلة كلها / بل أخطاء الحكم الصحيح وخابا

لا حظر يمكن إلا إن نهي أتى  /  متوعدا لمخالفيه عذابا

أو ذم فعل مؤذن بعقوبة    /   أو لفظ تحريم يواكب عابا

Yang bermaksud,

Perkara yang tidak dilakukan (oleh Nabi) tidaklah boleh dijadikan hujjah (kaedah) dalam syariat kita,

Kerana ianya tidak bermaksud dilarang atau tidak bermaksud ianya wajib,

Barang siapa beranggapan  perkara yang tidak dilakukan (oleh Nabi) adalah haram,

Dan berpandangan ianya adalah hukum yang benar dan betul,

Maka  dia telah sesat dalam manhaj (pengambilan) dalil,

Bahkan salah pada meletakkan hukum yang sahih dan melakukan kesalahan,

Tidaklah boleh dikatakan haram kecuali didatangkan (nas) larangan,

Yang menjanjikan orang yang melanggarnya dengan azab,

Atau pun ada celaan ke atas  orang yang merestu sesuatu perbuatan dengan balasan,

Atau ada lafaz pengharaman yang membawa keaiban.

Ulama’ Islam sama ada salaf dan khalaf, di timur dan barat telah bersepakat bahawa alasan Nabi tidak melakukannya bukanlah satu kaedah untuk menjadi dalil sekiranya ianya bersendirian (tiada nas larangan). Kaedah yang digunakan oleh mereka dalam menetapkan hukum syarak sama ada wajib, sunat, harus, makruh dan haram adalah seperti berikut:

1.      Nas daripada al-Quran

2.      Nas daripada al-Sunnah

3.      Ijmak ulama’ pada hukum

4.      Qias

Dan beberapa kaedah yang menjadi perselisihan pendapat antara mereka dalam menetapkan hukum yang lain iaitu:

5.      Kata-kata sahabat

6.      Saddu al-Zari‘ah (  سد الذريعة  )

7.      Perbuatan ahli Madinah

8.      Hadith Mursal

9.      al-Istihsan

10.  Hadith Dhoif

Dan tidak terdapat daripada kaedah itu bahawa Nabi tidak melakukannya sebagai dalil dan alasan .

Perkara yang Nabi tidak dilakukan tidak boleh dijadikan hukum syarak sekiranya ianya bersendirian (tiada nas larangan) dan perkara ini disepakati oleh para ulama’. Terdapat bukti-bukti dan athar tentang kefahaman sahabat ra bahawa perkara yang tidak dilakukan oleh Nabi ianya bukanlah bermaksud diharamkan mahupun makruh maka inilah juga yang difahami oleh para fuqaha’. Ibnu Hazm telah menolak hujjah al-Malikiyyah dan al-Hanafiyyah berhubung makruh solat sunat sebelum Maghrib dengan alasan Abu Bakar, Umar dan Uthman tidak melakukannya. Ibnu Hazm berkata: Perkara ini tidak benar. Ini kerana hadith  berkenaan adalah hadith (  منقطع  ), Ibrahim (perawi) tidak dikenali dikalangan kami dan dia dilahirkan bertahun-tahun selepas pembunuhan Uthman ra. Dan sekiranya hadith ini sah, ianya masih tidak boleh dijadikan hujjah kerana tiada tegahan daripada para sahabat yang lain dan mereka juga tidak memakruhkannya. Justeru kami tidak bertentangan dengan mereka iaitu perkara sunat yang tidak dilakukan oleh Nabi adalah boleh buat[1].

Maka inilah pendirian Ibnu Hazm kepada ibadah yang tidak dilakukan oleh sahabat ra, dan begitu juga pendiriannya kepada perkara yang tidak dilakukan oleh Nabi tentang ibadah yang asal sesuatu itu adalah disyariatkan. Beliau berkata tentang solat sunat selepas Asar: Adapun hadith Ali bin Abi Talib tidak boleh dijadikan hujjah. Ini kerana ianya adalah pengkhabarannya tentang apa yang dia ketahui. Dia tidak melihat Rasulullah saw menunaikan solat sunat selepas Asar dan dia benar tentang apa yang dia kata tetapi tiada larangan dan makruh bagi solat sunat itu. Begitu juga Rasulullah saw tidak berpuasa sebulan kecuali bulan Ramadhan. Ini bukanlah menunjukkan tegahan untuk berpuasa sunat sebulan penuh pada bulan-bulan yang lain[2]. Maka kefahaman mereka Nabi tidak berpuasa penuh pada bulan-bulan yang lain selain Ramadhan bukanlah menunjukkan haram atau makruh sekiranya seseorang itu berpuasa panuh sebulan pada bulan-bulan yang lain sekalipun baginda tidak melakukannya.

Dithabitkan bahawa Nabi saw berkhutbah di atas batang pokok kurma dan bukan di atas mimbar. Para sahabat berpendapat berkhutbah di atas mimbar bukanlah bid’ah dan haram. Maka mereka membina mimbar bagi Rasulullah berkhutbah di atasnya[3]. Oleh itu, perbuatan mereka tidak mendahului perkara yang diharamkan oleh baginda kerana apa yang tidak dilakukan oleh nabi bukan bermaksud bid’ah atau haram.

Nabi saw juga tidak melakukan di dalam solat selepas rukuk membaca (ربنا ولك الحمد حمدا كثيرا ). Para sahabat memahami doa yang tidak dibaca oleh baginda dalam solat bukan bermaksud perbuatan itu haram, dan seandai sebaliknya maka tidak perlulah mereka membuatnya kerana telah diyakini haram dan Nabi saw juga tidak menegur amalan yang dilakukan itu seraya bersabda: Bagus! Tetapi amalan itu tidak dikira, atau baginda menegahnya sebab mengada-adakan doa yang asing dalam solat, maka di sini tahulah kita bahawa peristiwa yang berlaku dahulu tidak boleh kita tetapkan hukumnya pada hari ini

Hadith yang diriwayatkan oleh Rifa’ah bin Rafi’ al-Zarqi berkata: Suatu hari kami bersolat di belakang Nabi saw dan apabila bangkit daripada rukuk baginda berkata: (  سمع الله لمن حمده  ). Kemudia dijawab oleh seorang sahabat: (ربنا ولك الحمد حمدا كثيرا طيبا مباركا فيه  ). Selesai daripada menunaikan solat baginda bertanya: Siapa yang berkata tadi. Sahabat menjawab: Saya. Baginda bersabda: Sesungguhnya aku melihat tiga puluh lebih malaikat berebut-rebut, siapakah yang pertama di kalangan mereka yang dapat mencatat amalan tersebut[4]. Al-Hafiz Ibnu Hajar mengulas hadith ini: Hadith ini menunjukkan bahawa harus berzikir dalam solat dengan doa yang tidak ma’thur selagi tidak bertentangan dengan yang ma’thur[5]. Jika dibenarkan mengada-adakan doa yang tidak ma’thur dalam solat, maka ianya di luar solat adalah aula.

Saidina Bilal ra turut memahami bahawa solat sunat wudhu’ yang tidak dilakukan oleh Nabi saw bukanlah bermaksud tidak harus dilakukan. Beliau tidak memberitahu baginda sehinggalah Nabi saw bertanya: Wahai Bilal, beritahu kepada aku, amalan yang paling baik yang engkau lakukan dalam Islam. Sungguhnya aku mendengar tapak kaki kamu di hadapan syurga. Bilal menjawab: Tiada amalan yang terbaik ku lakukan kecuali ketika aku dalam keadaan bersih (berwudhu’) pada saat siang atau malam, aku bersolat sunat dengan sebab keadaan bersih (berwudhu’) itu yang ianya bukanlah wajib untuk aku bersolat.

Sebagaimana yang diketahui, solat sunat selepas berwadhu’ dilakukan selama setahun sebalum diikrarkan oleh baginda saw. Justeru, inilah bukti kepada kita bahawa kefahaman para sahabat ra  harus mengada-adakan doa atau solat sunat pada waktu tertentu yang mana Nabi saw tidak melakukannya. Ini kerana baginda tidak mengingkari perbuatan para sahabat dan tidak menegahnya selepas baginda mengetahuinya.

Dari penjelasan tadi, dapat kita ketahui bahawa secala mutlaq perkara yang tidak dilakukan oleh Nabi saw, para sahabat dan sehingga kurun ke 3, tidak ia bermaksud apa-apa, bukanlah ianya diharamkan, makruh dan selain daripada itu. Inilah kefahaman para sahabat Nabi saw sepanjang hidup baginda dan Nabi tidak mengingkari kefahaman mereka itu. Seterusnya perkara ini diteruskan oleh ulama’ dan marilah kita memohon kepada Allah untuk memahamkan kita tentang agama kita Islam.

وآخر دعوانا أن الحمد لله رب العالمين، والله تعالى أعلى أعلم

[1] Al-Mahalliy bil Athar, Ibnu Hazam, Jld 2 hlmn 22.

[2] Sda, Jld 2 hlmn 36.

[3] Al-Bukhari pada dua tempat,  jld 2 hlmn 908 dan Jld 3 hlmn 1314.

[4] Di keluarkan oleh Iman Ahmad dalam Musnadnya, Jld 4 hlmn 340, al-Bukhary dalah Sohihnya, Jld 1 hlmn  275, Abu Daud dalam Sunannya, Jld 1 hlmn 204, al-Nisa’ie dalam Sunannya, Jld 1 hlmn 222, Malik dalam al-Muatta’, Jld 1 hlmn 211 dan al-Baihaqi dalam al-Kabir, Jld 2 hlmn 95.

[5] Fath al-Bari, Ibnu Hajar, Jld 2 hlmn 287.

Sumber : Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=996876247126595&id=286184454862448

Asbab Taubat Sang Pendosa

"Maksiat kadang-kadang menjadi asbab pendekat kepada ALLAH . Betapa banyak pendosa maksiat yang bertaubat akhirnya menjadi kekasih dan WALI ALLAH"

اللهم صل على سيدنا محمد

*TG SYEIKH MUHAMMAD ZAINUL ASRI*

Jika engkau adalah orang yang selalu berbuat taat dan kebaikan, kemudian engkau terjerumus di dalam dosa dan kesalahan, maka janganlah engkau berputus asa dan jangan selalu memikirkannya. Itu adalah ujian dari Allah سبحانه وتعالى yang ingin memberitahu dirimu akan kelemahanmu dan kehinaanmu dihadapanNya, yang menginginkanmu untuk selalu meminta dan berharap hanya kepadaNya.

Jangan biarkan dirimu terpuruk(tenggelam)oleh kesalahan dan dosa-dosamu, tetaplah melangkah ke depan, di depanmu ada tangga menuju Allah سبحانه وتعالى.

Menujulah kepada Allah سبحانه وتعالى meskipun dalam keadaan terpincang-pincang(kekurangan)

Habib Umar bin Salim Ben Al Hafidz ~

Sunday 28 January 2018

Sebaik-Baik Orang Yang Takut Adalah Dengan Berzikir Mengingati Allah

عَنْ أَسْمَاءَ بِنْتِ يَزِيدَ أَنَّهَا سَمِعَتْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ أَلَا أُنَبِّئُكُمْ بِخِيَارِكُمْ قَالُوا بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ خِيَارُكُمْ الَّذِينَ إِذَا رُءُوا ذُكِرَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ

Dari Asma binti Yazid, bahwa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah aku beritahu kalian orang yang terbaik di antara kalian?" mereka menjawab, "Tentu, wahai Rasulullah." Baginda bersabda: "Sebaik-sebaik kalian adalah orang yang jika takut, maka ia akan selalu berzikir kepada Allah 'azza wajalla." (HR Ibnu Majah No: 4109)

Pengajaran:

1. Antara cara mengingati Allah adalah dengan berzikir

2. Berkata Ibn Qayyim al-Jauzi – zikir sangat diperlukan oleh hati sebagaimana air diperlukan oleh ikan. Tanpa zikir untuk mengingati Allah, hati akan menjadi keras dan kemudian mati seperti ikan akan mati jika tidak ada air

3. Berzikir adalah suatu yang dituntut untuk mengingati Allah sama ada menerusi lidah, akal, hati mahupun anggota

4. Sebaik-baik manusia ialah jika ia takut, ia akan sentiasa berzikir kepada Allah.

Marilah sama-sama kita sentiasa berzikir kepada Allah dengan lisan seperti membaca al-Quran, tasbih, tahmid, takbir, istighfar, berselawat dan sebagainya.

Berzikir juga boleh dilakukan melalui anggota dengan perbuatan seperti solat, puasa, bersedekah, menolong orang dan sebagainya.

Beristighfar Dapat Membersihkan Hati Yang Hitam Dan Berselaput.

Hati yg mati dan berpenyakit adalah hati yg dipenuhi selaput hitam kesan drp dosa dan maksiat dilakukan.

Firman Allah SWT.

كَلَّا بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

“Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka” (Surah Al-Muthaffifin ayat 14)

Makna ayat di atas diterangkan dalam hadis berikut.

Dari Abu Hurairah r.a, dari Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam, baginda bersabda maksudnya,

“Seorang hamba apabila melakukan suatu kesalahan, maka dititikkan dalam hatinya sebuah titik hitam. Apabila ia meninggalkannya dan meminta ampun serta bertaubat, hatinya dibersihkan. Apabila ia kembali (berbuat maksiat), maka ditambahkan titik hitam tersebut hingga menutupi hatinya. Itulah yang diistilahkan “ar raan” yang Allah sebutkan dalam firman-Nya (yang ertinya), ‘Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka’.”

(Hadis Hasan Sohih Riwayat At-Tirmizi)

Banyakkan beristighfar dan bertaubat, kerana dengan beristighfar dan bertaubat hati akan bersih dan bercahaya, tidak ada selaput hitam yg akan menutup hati kalian.

Membaca Istigfar

أَسْتَغْفِرُ اللهَ وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ

“Astagfirullaah wa atuubu ilayhi“

Ertinya : “Aku memohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya.”

(HR. Bukhari dalam Fathul Bari (11/101, no. 6307) dan Muslim (4/2075, no. 2702)

Saturday 27 January 2018

MENGUBATI NAFSU DAN MELEPASKAN PAUTAN DUNIA DARI HATI

Duhai Perindu ALLAh

Fitrah insan ada ketakutan dan ada kesedihan,namun ketakutan tersebut menjadi hilang apabila dirinya bersimpuh pd wajah Asma al Hafiz  ( Yang Maha memberi penjagaan) dan al Mukmin( Yang Maha memberi keamanan),pd wajah Asma itulah dia bertawakal apa jua ketakutannya..

Kesedihan menjadi nikmat apabila dirinya bersimpuh pd wajah Ar Arahman. Dia menyakini ALLAH memberi cemeti kesedihan pdnya adalah untuk mengubati nafsu dan melepaskan dunia dan makhluk dari hatinya,Allah hanya mahu dirinya tetap berada dlm pelukanNya.

Justeru itu dia bergembira dengan kesedihan dan tiada mahu melepaskannya walaupun hatinya remuk, dirinya melihat itulah perjalanan sebuah  Cinta menuju ALLAH

Disebalik pedasnya cili  namun tetap disukai lantran disitu ada kenikmatannya ,disitulah terhimpun Jalal(keperkasaan) dan Jamal(keindahan) , kesakitan dan kenikmatan, kesabaran dan kesykuran,begitulah kehidupan jika difahami

Sesungguhnya di sebalik wajah Jalal ada pdnya Wajah Jamal,disebalik wajah Jamal ada padanya wajah Jalal..

Maka fahamilah kenapa para Wali-wali Allah tiada baginya  ketakutan dan kesedihan...

Maka berjalan kita diatas tapak kaki para kekasihNya yg bersayap SABAR dan SYUKUR, yang membawa mereka melepasi langit tujuh melebihi para Malaikat lantaran itulah jalan yang benar dan amat dicintaiNya..

Wallahulam...

Oleh Walid al-Malik

Tuesday 23 January 2018

SAPU MUKA SELEPAS SOLAT

SOALAN : Adakah dalil sohih bab sapu muka lepas solat?

JAWAB : Salam.. terima kasih atas soalan yang baik ini, perkara ini adalah antara kekeliruan viral yang sengaja dibangkitkan dan berulang kali yang dicetuskan oleh golongan sesat puak Wahhabi.

Antara kesesatan puak Wahhabi ialah mengharamkan perbuatan; "menyapu muka selepas solat". Sedangkan dalam ajaran agama Islam ianya ada keharusan dalam melakukan perbuatan tersebut, buktinya dengan merujuk kepada perkara seperti berikut:

Kitab yang puak Wahhabi rajin usung ke sana ke mari iaitu kitab karangan Imam an-Nawawi iaitu "al-Azkar" yang di dalamnya ada menyebut dengan berkata:

وروينا في كتاب ابن السني ، عن أنس رضي الله عنه ، قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا قضى صلاته مسح جبهته بيده اليمنى ، ثم قال : أشهد أن لا إله إلا الله الرحمن الرحيم ، اللهم أذهب عني الهم والحزن

Maksudnya: "Dan diriwayatkan kepada kami di dalam kitab Ibn al-Sunni dari Anas radhiyāLlāhu 'anhu, ia berkata: "Adanya RasūluLlāh ﷺ ketika selesai dari solat-nya, Baginda ﷺ MENGUSAP DAHI-NYA DENGAN TANGAN KANAN-NYA lalu berdoa: "Aku bersaksi bahawasanya tidak ada Tuhan kecuali Dia Dzat Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Ya ALlāh, hilangkanlah dariku kesusahan dan kesedihan" (sila rujuk kitab al-Azkar, m/s 69).

Dalam kitab jawi yang berjudul "Munyatul Musallin" juga ada menyebut mengenainya, malah semua ini telah dijelaskan oleh Ust Ayman Akiti di dalam kitab berjudul al-Hujjaj al-Qath'iyyah fi Shihhah al-Mu'taqadat wa al-Amaliyyah al-Nahdliyyah, Page 66: Adanya RasūluLlāh ‎ﷺ itu mengusap wajah-nya dengan kedua belah tangan-nya setiap kali selesai doa.

Telah terdapat di dalam sebahagian hadith²‎ menyebut yang seperti berikut:

عَنِ السَّائِبِ بْنِ يَزِيدَ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ النَّبِىَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ إِذَا دَعَا فَرَفَعَ يَدَيْهِ مَسَحَ وَجْهَهُ بِيَدَيْه

Maksudnya: "Telah diceritakan dari al-Saib ibn Yazid dari bapa-nya bahawa Nabiy ‎ﷺ adanya Baginda ‎ﷺ ketika berdoa mengangkat kedua belah tangan-nya lalu mengusap wajah-nya dengan kedua belah tangan."
(Hadith rowahu Sunan Abu Dawud, no. 1275)

Begitu juga disunnahkan bagi orang yang telah selesai solat-nya untuk mengusap wajah-nya dengan kedua belah tangan-nya, kerana sesungguhnya solat secara bahasa adalah "doa", kerana terkandung di dalam-nya beberapa doa kepada ALlāh Yang Menjadikan Maha Suci-Nya Ta'āla.

Justeru, barangsiapa solat maka dia benar² telah berdoa kepada ALlāh azza wa Jalla. Maka yang kukuh dengan ini, disunnahkan bagi orang tersebut untuk mengusap wajah-nya setelah setiap kali selesai solat. Berkata Imam an-Nawawi di dalam kitab al-Azkar:

وروينا في كتاب ابن السني ، عن أنس رضي الله عنه ، قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا قضى صلاته مسح جبهته بيده اليمنى ، ثم قال : أشهد أن لا إله إلا الله الرحمن الرحيم ، اللهم أذهب عني الهم والحزن

Maksudnya: "Dan aku meriwayatkan di dalam kitab Ibn al-Sinni dari Anas radhiyāLlāhu 'anhu, ia berkata: "Adanya RasūluLlāh ‎ﷺ ketika selesai solat-nya, Baginda ‎ﷺ mengusap dahi-nya dengan tangan-nya yang kanan lalu berdoa: "Aku bersaksi bahawasanya tidak ada Tuhan kecuali Dia Dzat Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Ya ALlāh, hilangkanlah dari-ku kesusahan dan kesedihan."
(al-Azkar, m/s 69).

Dan hadith Sayyidina Umar radhiyāLlāhu 'anhu yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidzi:

أنَّ النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا رَفَعَ يديه لا يردُّهما حتى يمسح بهما وجهَهُ

Maksudnya: "Sesungguhnya Nabi ﷺ sekiranya mengangkat tangan-nya (untuk berdoa), Baginda ﷺ tidak akan meletakkan tangan-nya ke bawah kembali melainkan selepas disapu ke muka-nya."

Ramai dikalangan ulama Wahhabi mengatakan hadith ini DHOIF dan menolak untuk mengamalkannya, akan tetapi, Ibnu Hajar al-Asqolani yang syarah Sahih Bukhari sendiri ada menyebut di dalam kitab Bulugh al-Maram dan juga Imam al-Son’ani di dalam Subul al-Salam menyatakan yang hadith ini diterima sebagai hadith hasan kerana banyak hadith² saksi penguat yang lain, seperti hadith riwayat Ibn Abbas di dalam Sunan Abu Dawud dan juga beberapa kitab hadith yang lain. Justeru, disunatkan untuk menyapu muka selepas berdoa.

Kesimpulannya: terpulanglah pada tuan puan, samada hendak ikut ulama besar yang ada PhD (perasan 'alim dari Ibnu Hajar al-Asqolani) itu ke atau hendak ikut apa yang diajar oleh Imam an-Nawawi.!? Peliknya, kitab ini jugalah yang di-usung oleh puak² gelong itu ke sana ke mari dengan bersungguh² mengajar kitab² besar Imam an-Nawawi... mustahil mereka bule terlepas pandang dalam bab ini yang mana ianya ada di dalam kitab tersebut dan dijelaskan oleh Imam an-Nawawi sendiri, atau pun mereka itu sengaja buat² tidak perasan.!?

Puak Wahhabi kata: "Hati² dengan hadith dhoif, jangan kata dari RasūluLlāh ﷺ, boleh jadi ianya PALSU."

Lebai kata: "Hati² hendak mengatakan hadith dhoif itu maudhu', bule jadi ianya SAHIH, maka kamu telah mengatakan RasūluLlāh ﷺ pendusta."

Akhir sekali, saya mendoakan semoga segala amalan ibadah kita diterima oleh ALlāh Yang Maha Esa dengan berbekalkan akidah bahawasanya;

'ALlāh Tidak Serupa Dengan Makhluk'.

Sumber : FB Lebai Kampung.

Monday 22 January 2018

ALLAH.. ALLAH..

Syekh Ibnu Atha'illah menuturkan:
"Al-Jurairi menuturkan, “Salah seorang sahabat kami selalu mengucap : Allah ... Allah

Lalu pada suatu hari, kepalanya terkena batang pohon hingga pecah dan mengucurkan darah. Dari darah itu kemudian tertulis di atas tanah lafaz Allah ... Allah.”

Zikir laksana api yang bekerja secara aktif dan memberikan pengaruh. Ketika masuk ke dalam sebuah rumah, zikir itu akan berucap, “Aku, tidak ada lagi selainku.” Itulah makna ungkapan la ilaha illa Allah.

Jika di dalam rumah itu bertemu dengan kayu bakar, zikir tersebut akan segera membakar. Jika rumah itu gelap, ia akan menjadi cahaya penerang. Jika rumah itu memang memiliki cahaya, ia akan menjadi cahaya di atas cahaya.

Zikir berfungsi menghilangkan endapan berlebih dalam tubuh yang diakibatkan oleh makan berlebihan dan mengkonsumsi barang haram. Saat endapan kotor itu terbakar sehingga hanya yang baiklah yang bertahan, barulah ia mampu mendengar senandung zikir dari semua organ tubuhnya.

Suara zikir itu seperti tiupan terompet. Pertama-tama, ia jatuh di sekitar kepala sehingga kau akan mendengar suara seperti terompet.

Zikir adalah penguasa, jika singgah di suatu tempat, ia akan singgah dengan membawa terompet itu. Sebab, zikir menghadang apa saja selain al-Haq.

Ketika menempati suatu tempat, ia akan sibuk melenyapkan segala sesuatu yang menjadi lawannya laksana air bertemu api. Lalu, akan terdengar berbagai macam suara seperti desir air, deru angin, golakan api, derap kuda, dan suara dedaunan tertiup angin.

Sebab, struktur tubuh manusia terdiri dari unsur mulia dan hina. Unsur yang hina meliputi tanah, air, api, udara, bumi dan langit, serta segala yang berada di antara keduanya. Jadi, semua suara itu berasal dari seluruh unsur asli di atas.

Ketika suara itu terdengar, bererti ia sedang bertasbih dan mensucikan Allah dengan lisannya. Itulah hasil dari zikir lisan yang optimal."

Sumber : Ibnu Atha’illah dalam Kitab Miftah al-Falah wa Misbah al-Arwah

Sunday 21 January 2018

YA ALLAH!! KURNIAKAN KEPADA KAMI KELAZATAN UNTUK BERSELAWAT KEPADA RASULULLAH ﷺ

Alangkah ruginya kita ini kalau lidah kita ini berat, malas dan tak mahu untuk berselawat kepada Baginda Rasulullah ﷺ. Tak nak merebut, tak nak mendapatkan ganjaran yang besar yang disediakan oleh Allah سبحانه  وتعالى khusus kepada kita semua ummat Nabi Muhammad ﷺ.

Para Ulama mengatakan "Sekurang-kurangnya setiap hari hendaklah kita ini paling kurang berselawat kepada Baginda Rasulullah ﷺ adalah sebanyak 300 kali." Bahkan itu pun sebenarnya tidak cukup. Kalau boleh kita cubalah untuk berselawatlah kepada Baginda Rasulullah ﷺ setiap hari  1000 kali atau lebih daripada itu.

Bagi mereka yang telah pun dapat merasakan kelazatan selawat ini maka lidah mereka akan menjadi ringan dan tidak akan puas untuk berselawat kepada Baginda Rasulullah ﷺ

Allah!! Kita nak menjadi golongan yang seperti ini. Yang mana mereka sudah dapat merasai akan kelazatan berselawat kepada Baginda Rasulullah ﷺ. Sebaliknya, kalau sekiranya kita ini susah dan berat untuk berselawat kepada Baginda Rasulullah ﷺ.

Maka ketahuilah sesungguhnya kita ini telah pun ditewaskan termasuk di dalam tipu dayanya syaitan yang tak nak dan tak mahu melihat diri kita ini untuk dekat kepada Baginda Rasulullah ﷺ.

[HABIB NAJMUDDIN BIN OTHMAN AL-KHERED HAFIDZOHULLAH]

MENGAMALKAN ILMU DENGAN BERDAKWAH

Ketahuilah orang-orang yang paling pedih seksaannya di hari kiamat nanti adalah orang alim yang Allah tidak memberikan manfaat kepada ilmunya. Ini adalah ancaman kepada orang yang tidak mengamalkan ilmunya. Mengamalkan ilmunya baik itu melalui ibadah mahupun berdakwah.

Berdakwah itu juga termasuk daripada pengamalan ilmu yakni menyampaikan kembali ilmu-ilmunya. Oleh kerana itu, hendaklah orang yang mengetahui ilmu itu menyampaikan kepada orang yang tidak mengetahuinya.

Berkata guru kita Al-Faqih Al-Allamah Al-Habib Zein Bin Ibrahim Bin Sumaith Hafidzohullah "Di zaman sekarang sepantasnya yang mengetahui ilmu itu dialah yang datang. Kenapa? Kerana orang pada zaman sekarang sudah banyak tertipu daripada keduniaan sehingga mereka ini tidak mengetahui mahalnya ilmu, hakikat ilmu yang luar biasa. Sudah tidak ada di dalam hati mereka untuk mencari ilmu." Memang betul Imam Malik Rahimahullah pernah mengatakan "Ilmu itu didatangi bukan mendatangi."

Suatu ketika Khalifah Harun Al-Rasyid ingin menghantar anaknya iaitu Amin dan Ma'mun belajar bersama dengan Imam Malik. Maka Imam Malik Rahimahullah memerintahkan anaknya itu yakni anak kepada Khalifah Harun Al-Rasyid itu untuk datang ke rumahnya Imam Malik.

Maka kedua anak Khalifah Harun Al-Rasyid itu datanglah ke rumah Imam Malik dan bila datang ke rumah Imam Malik, mereka diperintahkan berkhidmat kepada Imam Malik Rahimahullah. Ini anak kepada seorang pemerintah diminta untuk berkhidmat kepada beliau.

Yang mana seorang berkhidmat untuk membersihkan sandal dan seorang lagi berkhidmat untuk mengeluarkan air wudhuk. Ketika itu Imam Malik Rahimahullah memerintahkan kepada anak itu bukannya Imam Malik yang mendatangi mereka tetapi mereka didatangi kepada Imam Malik Rahimahullah.

Sebab itu ilmu itu didatangi bukan mendatangi. Ertinya kamu yang harus mendatangi, mencari ilmu itu bukan ilmu itu datang sendiri.

Akan tetapi, pada zaman sekarang ini berapa ramai manusia yang sudah tertipu dengan dunia, sudah terlena, tertidur dengan kehidupan dunia kerana tidak mengetahui betapa mahalnya ilmu agama maka di zaman sekarang tidak ada salahnya orang-orang yang berilmu turun datang berdakwah.

[HABIB MUHAMMAD RIDHO BEN YAHYA HAFIDZOHULLAH]

MULAKAN DENGAN DIRI SENDIRI

Di dalam Al-Quran Allah سبحانه وتعالى mengingatkan kita supaya jagalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka.

Dikisahkan suatu kisah yang mana Saidina Abdullah Bin Mas'ud Radhiyallahu'Anhu yang bangun malam. Sebelum beliau menunaikan solat tahajud maka beliau melihat anaknya yang masih kecil yang sedang tidur.

Kemudian, beliau mengatakan "Wahai anakku. Aku beramal ini adalah untuk engkau." Maksudnya "Aku beramal ini untuk mendidik kamu supaya kamu mengikut jejak langkah aku." Apa maksudnya? Kita kalau nak beramal, nak sesuatu yang baik maka kita kena buat dulu.

Bila kita suruh anak kita jangan hisap rokok tapi kita pula pergi hisap rokok. Tak boleh!! Itu tak betul!! Kita suruh anak kita sembahyang jemaah tapi kita tengah sibuk tengok tv lagi. Macam mana? Begitu juga dengan segala perbuatan-perbuatan yang lainnya.

Caranya adalah kita kena bermula dengan diri kita sendiri. Kita suruh solat jemaah maka kita tunjukkan yang kita pun pergi solat jemaah. Kalau kita memberi nasihat perlulah kita cakap dengan penuh hikmah, menunjukkan akhlak yang baik, kita menadah tangan untuk berdoa kepada Allah سبحانه وتعالى maka InshaAllah Allah akan membukakan pintu hati mereka.

Tapi kalau tak dapat juga macam mana? Ingat kamu tidak diberi kuasa untuk memberikan hidayah tetapi Allah سبحانه وتعالى berhak memberikan hidayah kepada sesiapa yang Allah kehendaki. Walaupun jahat macam mana pun seseorang itu. Besar dan banyak mana pun dosa dan kemaksiatan yang pernah seseorang itu lakukan. Tak kira siapa pun dia dulu.

Apabila Allah سبحانه  وتعالى nak berikan kebaikan kepada seseorang, nak berikan pengampunan kepada seseorang, nak berikan hidayah kepada seseorang pasti Allah akan berikan kepada sesiapa yang Allah kehendaki.

USTAZ HANIF HARON

KAMU PASTI AKAN DIUJI

Apa sahaja kehidupan kita atas nama islam, atas nama kita beriman kepada Allah, nak ikut syariat Nabi ﷺ maka pasti kita akan diuji. Mustahil tak akan diuji.

Pernah seorang sahabat Nabi ﷺ pergi berjumpa dengan Nabi ﷺ. Dia mengatakan "Ya Rasulullah. Sesungguhnya aku sayang kepada kamu Ya Rasulullah." Maka Rasulullah ﷺ bertanya "Betul ke kamu sayang?"

Sahabat tadi mengatakan "Betul aku sayang kepada kamu Ya Rasulullah." Rasulullah ﷺ tanya lagi bukan bertujuan untuk memberikan keraguan ataupun sebagainya tetapi nak bagi keyakinan yang lebih kepada Para Sahabat.

Lalu Rasulullah ﷺ mengatakan "Betulkah kamu ini sayang kepada aku?" Maka kata Sahabat tadi "Ya benar-benar aku sayang dan cinta kepada kamu Ya Rasulullah." Maka Rasulullah ﷺ menjawab "Kalau kamu kata macam itu maka sudah pasti kamu akan diuji oleh Allah."

Kalau kita sayang Rasulullah ﷺ sudah pasti Allah tidak akan menghamparkan karpet merah untuk kita lalu dengan senang-lenang ketika hidup di dunia ini tapi Allah سبحانه وتعالى akan menguji kita.

Lihat sahaja apa yang berlaku kepada Saidaitina Khadijah Binti Khuwailid Radhiyallahu'Anha isteri Nabi ﷺ yang sudah pasti mendapat jaminan keselamatan, tak akan diganggu gugat kerana itu isterinya Rasulullah ﷺ.

Tidak ada lelaki yang paling baik di atas muka bumi ini melainkan Rasulullah ﷺ tapi diuji. Asalnya Saidaitina Khadijah Radhiyallahu'Anha merupakan seorang bangsawan, seorang jelitawan, seorang yang cantik, seorang yang dermawan tapi bila bersama Rasulullahﷺ tak ada makanan.

Nak beli makanan dipulaukan sehinggakan mati dalam keadaan sakit sebab tidak ada makanan. Rasulullah ﷺ menangis. Itu ujian daripada Allah ke atas hamba-hambaNya.

Maka atas dasar itulah kita ini bila diuji oleh Allah سبحانه وتعالى. Pertama sekali kita kena mengambil konsep semuanya datang daripada Allah  سبحانه وتعالى. Mungkin kita tak diuji lagi. Kita cakap senang tapi apabila kita menghadapi semua perkara yang sama mungkin kita akan hilang sabar, hilang tumpuan, hilang kawalan, hilang, khusyuk kita di dalam melakukan ibadah kepada Allah  سبحانه وتعالى.

Ingatlah Nabi ﷺ suka diuji dan Nabi ﷺ bersyukur dan hati Baginda ﷺ MashaAllah tenang. Sebab apa? Kerana inilah perasaan yang akan dihadapi bagi mereka yang beriman yang ditimpa masalah.

Asal kekurangan duit, kekurangan harta dia rasa itu biasa. Itu ujian daripada Allahسبحانه وتعالى. Yang dahulunya senang sekarang dapat dengan ujian daripada Allah  سبحانه وتعالى.

Yang kita sama-sama kena fikir. Setiap apa yang belaku sudah pastinya Allah سبحانه وتعالى ada hikmahnya disebalik apa yang Allah nak buat pada kita. Terlalu banyak nikmat yang kita perolehi ini. Terlalu banyak!!!

Tapi jangan sampai kita diuji dengan nikmat yang banyak sehingga kita ini sukar untuk menghampirkan diri kepada Allah سبحانه وتعالى. Mari kita muhasabah diri kita. Jangan kita berasa terlalu senang dan gembira dengan segala nikmat yang sedang kita perolehi ini.

Mempunyai harta dan kedudukan yang tinggi di sisi masyarakat. Dato/Tan Sri /Dr./ Prof dan sebagainya. Dikenali disanjung oleh masyarakat tapi tidak dikenali, tidak dibanggakan oleh Allah, Rasul-Nya dan Para Malaikat-Nya tidak mempunyai apa-apa erti.

Mengejar kesenangan dunia sampai kita langsung tidak mempunyai masa dengan Allahسبحانه وتعالى. Bagaimana dengan solat berjemaah kita setiap hari? Bacaan Al-Quran kita? Zikirullah kita? Selawat kita? Sedekah kita? Menghadiri majlis-majlis ilmu? Dan amal ketaatan yang lainnya?

USTAZ HANIF HARON

Cinta Mencintai Kerana Allah سبحانه وتعالى.

"Alhamdulillah keluarga kita, kumpulan kita, ukhwah kita dibangunkan atas asas yang sangat kuat.

Kalau ukhwah kita tak membawa kita kepada Rasulullah صلى اللَّه عليه وآله وصحبه وسلَّم, maka tidak ada manfaat dan faedah daripada ukhwah ini.
Ukhwah kita kerana Allah سبحانه وتعالى.Tujuan kita daripada ukhwah ini, supaya mendapatkan Syafaat Nabi Muhammad صلى اللَّه عليه وآله وصحبه وسلَّم.

Kalau antara kita ada kelebihan , boleh membawa yang ada kekurangan kepada Rahmat Allah سبحانه وتعالى. Bila ada Ukhwah , yang selamat akan menyelamatkan orang yang tidak selamat.

Sabda Rasulullah صلى اللَّه عليه وآله وصحبه وسلَّم di dalam Hadith Soheeh, Jangan sesekali kamu bersahabat melainkan dengan orang yang Beriman, jangan makan atau memberikan makanan melainkan orang yang Bertaqwa. Kenapa? Sebab makanan kamu akan masuk ke dalam perutnya dan bercampur dengan darah dagingnya.

Jika dia melakukan Ibadah, zikir, Qiamulail kamu akan dapat pahala, sampai bila? Sehingga dia meninggal dunia. Sebab makanan kamu itu telah beri dia kekuatan untuk melakukan perkara perkara yang baik disisi Allah سبحانه وتعالى.

Tetapi kalau bukan orang yang Bertaqwa atau orang Islam yang Fasik, mereka ada kekuatan untuk melakukan perkara yang Allah benci, takut kita tanggung dosa sama.

Nak makan? makanlah dengan orang yang Bertaqwa. Nak beri makanan? berilah kepada orang yang Bertaqwa. Nak ambil makanan? ambillah makanan daripada orang yang Bertaqwa. Kerana ini adalah sunnah sunnah Salafus Soleh. Mereka suka terima makanan daripada pemberian Auliya dan Solehin.

Sebab itu di dalam setiap Majlis Ilmu atau Majlis Zikir mesti menyediakan makanan. Inilah Sunnah Rasulullah صلى اللَّه عليه وآله وصحبه وسلَّم. Bukankah yang biasa datang ke Majlis Ilmu dan Majlis Zikir itu ialah orang yang Bertaqwa? Maka inilah perkara yang akan menjalinkan hubungan Ukhwah yang sangat kuat antara kita dan Solehin .

Sabda Rasulullah صلى اللَّه عليه وآله وصحبه وسلَّم, Ikatan yang paling kuat ialah bersahabat kerana Allah سبحانه وتعالى "

Sheikh Abdullah Bin Muhammad Bin Salim Al Jahaf حفظه اللَّه تعالى

NASIHAT IMAN USTAZ AKHI AHMAD RIZAM 1

Kita mesti jelas tentang apa yang paling penting dalam hidup ini dan membuat keputusan untuk hidup dengannya tidak kira apa pun yang terjadi. Lihatlah impaknya apabila Sayidina Bilal bin Rabah membuat keputusan untuk memeluk Islam. Pada waktu itu ia berpegang dengan nilai iman yang dirasakannya lebih berharga daripada nyawanya. Walaupun diseksa setengah mati, dia tetap berpegang dengan nilai iman.

Orang yang hatinya hidup. Perasaannya hidup dengan Tuhan. Apa erti perasaan hidup dengan Tuhan. Sering memikirkan dosa dengan Tuhan. Takut dan cinta dengan Tuhan. Selalu rasa bersalah. Walaupun dia beribadah tapi dia rasa tidak sempurna. Dia rasa dia dalam kebesaran Tuhan. Dapat nikmat dia rasa bersyukur dan rasa malu dengan Tuhan. Dia terasa lemah bila berhadapan dengan Tuhan. Melihat alam semesta terasa kebesaran Tuhan. Melihat orang membuat baik merasakan dia perlu berbuat baik. Melihat orang membuat jahat. Dia rasa bersyukur kepada Tuhan kerana selamat daripada kejahatan.

Mereka yang benar-benar takutkan kemurkaan Allah adalah orang yang hidup dan mati mereka akan semata-mata untuk mengejar keredhaan Allah. Mereka berjuang ke tengah masyarakat dengan gagah berani bagaikan singa, mereka tidak takut kepada yang lain selain Allah. Allah sahaja yang menjadi matlamat mereka. Segala halangan dan rintangan dapat mereka lalui dengan mudah. Merekalah orang-orang yang telah memperoleh roh mentauhidkan Allah.

Sekecil apapun bentuk ketaatan kepada Allah tidak akan luput dari orang-orang yang bertakwa. Mereka tidak akan melewatkan setiap kesempatan untuk beribadah karena ia yakin Allah selalu melihatnya meskipun kebaikan itu bernilai kecil di mata manusia, namun ia yakin Allah akan memberikan ganjaran dengan kebaikan yang besar.

Apabila Hawa nafsu menjadi tuannya. Dia hanya taat kepada nafsunya. Dia tidak lagi taat kepada Allah. Jika kepada Allah dia tidak taat, maka apatah lagi kepada manusia lain.
Menjadi orang yang mempunyai hati yang keras dan berpenyakit.
Firman Allah dalam Surah al-Muthaffifin, 14 yang bermaksud:
Sebenarnya! (ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.

Hati yang bersih lebih manis dari wajah yang tampan. Dan hati yang lembut lebih indah dari pakaian yang menawan. Ketahuilah jika kita melihat keindahan pada orang lain maka sebenarnya ada keindahan dalam diri. Namun bila kita selalu melihat keburukan pada orang lain maka itu adalab pertanda buruknya hati kita.

Dosa dan kezaliman memiliki pengaruh  pada kehidupan manusia. Dosa mampu merubah kenikmatan yang Allah berikan menjadi bencana dan malapetaka. Dan sebaliknya, taubat dan memilih jalan kebenaran lebih mendekatkan kita pada rahmat dan kasih sayang-Nya.

Semakin kita meniti kehidupan, kita semakin bingung, tidak menemui apa yang kita cari, semakin kita memburu nilai kehidupan, kita dihadapkan dengan rasa kecewa, buntu, gundah gulana. Semakin banyak duit, semakin kita alpa dan lalai kerana nak menjaga harta. Untuk apa itu semua?? Apakah itu menjamin kepuasan kepada kita sementara hidup didunia. Semua itu hanya tuntutan nafsu, keinginan yang berlebihan itu timbul kerana jiwa kita sakit, syaitan pula semakin meracuni pemikiran kita…
Jalan penyelesaian nya adalah kembali kepada ALLAH.

Alangkah indahnya hidup bermasyarakat apabila setiap orang lebih memikirkan dosa dan kesalahan sendiri. Rasa berdosa itu tidak memberi kesempatan dan tidak ada ruang untuk dirinya memikirkan kejahatan dan cacat cela orang lain. Jauh sekali hendak menyakiti, menindas dan menzalimi orang lain. Malah diganti dengan penuh kasih sayang dan cinta mencintai.

Orang yang berjiwa bersih sangat kuat berusaha membaiki diri, menghilangkan segala sifat mazmumah dan menyuburkan sifat-sifat mahmudah. Apabila semua umat Islam sama-sama membaiki diri dan dilakukan berterusan tentulah sama-sama mahukan kebaikan dan kedudukan di sisi Allah SWT. Membaiki diri untuk mencari darjat yang lebih baik di sisi Allah SWT itu akan secara automatik memperelokkan hubungan dan ikatan sesama manusia.

Apa gunanya mengharapkan amal bakti dan taat dengan balasan wang ringgit atau keselesaan hidup di dunia ini sedangkan diri berada dalam kemurkaan Allah;
Dan tidaklah bererti ketinggian ilmu yang dimiliki di samping kedudukan yang mulia di sisi makhluk sekiranya diri berada dalam pandangan kemurkaan dari Allah;
Pendek kata buatlah apa sahaja kebaikan dan ketaatan dan milikilah apa sahaja kesenangan dan keselesaan hidup, tetapi jika ianya tidak mendapat keredhaan dari Allah Taala atau mencari kemuliaan supaya dihormati orang, maka tidaklah berbaloi segala usaha dan apa yang ada di sisinya.

Kekasih ALLAH.
"Siapa yang berpegang teguh kepadaKu seperti bayi dengan ibunya, mengambil perlindungan dengan mengingatiKu seperti burung mencari perlindungan disarangnya, dan yang marah melihat dosa seperti singa yang marah yang tidak takut kepada apa dan siapa pun."

Jangan terlena dengan dunia ini, jangan buang-buang waktu, manfaatkan setiap detik hidup kita yang masih tersisa di dunia ini untuk :
1. Mendekatkan diri kepada Allah SWT (taqarrub) dengan memperbanyak dzikir dan amal ibadah lainnya.
2. Mengerjakan berbagai amal sholeh dan kebaikan walaupun sekedar memberikan sebutir kurma kepada orang lain
3. Membekali diri dengan takwa
4. Menggunakan kenikmatan yang diberikan Allah SWT (harta, waktu luang, kesehatan) untuk taat kepada-Nya.

Peringatan untuk diri ini yg lalai.
Ilmu sepatutnya mengajak manusia untuk mengenal dan mentauhidkan Allah. Semakin dalam ilmu yang dipelajari semakin dalam pula lupanya kepada Allah, semakin tinggi ilmunya semakin ia kufur dengan Allah. Tanda ilmu itu tidak berkat, semakin kita menuntut ilmu, semakin angkuh dan sombong pula empunya diri, sama ada dengan Allah mahupun sesama manusia. Semakin berilmu semakin rasa diri hebat, tidak langsung merasa hebatnya Allah SWT. Semakin menuntut ilmu, penyakit hati semakin tebal bersarang dalam dada

Bagi seseorang manusia yang menghayati makna kehambaan diri kepada Tuhannya, pasti akan memahami kehidupan ini dengan maknanya yang lebih luas dan sempurna. Kebendaan dan duniawi tidak lagi berkuasa menawan kebahagiaan dan kelapangan hati dan jiwanya. Dia tahu, hidup ini ialah untuk menterjemahkan makna kehambaan diri kepada Allah s.w.t. dengan menunaikan ketaatan kepadaNya secara zahir mahupun batin.

Orang-orang yang berbuat dosa sambil tertawa, iaitu ia merasa gembira dan bangga dengan dosa yang dikerjakannya, maka sesungguhnya ia akan menerima balasan dari dosa yang dikerjakannya itu dan Allah akan memasukkannya ke dalam neraka dalam keadaan hina dan penuh dengan tangisan. Padahal seharusnya ia bersedih dan memohon ampun kepada Allah SWT, atas segala dosa yang telah dikerjakannya itu.
Sebaliknya, bagi orang yang sentiasa taat kepada Allah dan selalu insaf serta menangis ketika melakukan ketaatan itu kerana tanda syukur nya kepada Allah di atas anugerah kebaikan dan ketaatan yg telah dikurniakan  oleh Allah dan ia juga merasakan sat penyesalan kerana ia telah meremehkan kewajipannya pada zaman muda nya...

Wahai pengembara.
Pengembara yang bijak tidak akan terpengaruh dengan keseronokan dan kebahagiaan sementara yang ditempuh dalam perjalanan kerana dia tahu bahawa dia sebenarnya adalah warga satu alam lagi. Manakala pengembara yang lupa daratan akan menikmati sepuas-puasnya apa sahaja yang ditempuh; seolah-olah iniah dunianya sehingga terlupa matlamat asal untuk menuju kearah tujuannya yang sebenar. Mereka terpedaya dengan kemanisan dunia dan menyangkakan apa yang dipungut itulah BEKALAN.

Hati yang lalai membenci dan menentang kebenaran. Redha bersama kebathilan yang ada walaupun mengecapi nikmat Allah tanpa bersyukur. Hati yang sedar akan sering menjaga syaksiah dan akhlaknya. Mudah mengukir senyuman dan memberi salam, menghormati dan meraikan sahabat ketika bercakap. Hati yang sedar akan sering bermunajat dengan Allah di malam hari ketika manusia lain sedang nyenyak tidur.

Orang mukmin yang baik itu hidupnya luar biasa
Unik dan berbeza sangat dengan manusia yang lain
Dia berhadapan dengan kehidupan penuh tenang
Kejahatan orang tidak dibalas dengan kejahatan
Bahkan didoakan orang yang membuat jahat dengannya
Berhadapan dengan ujian dia tenang
Berhadapan dengan nikmat dia bersyukur

Bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.”

Jika seseorang kagum terhadap dirinya ia akan tersibukkan dengan mencari aib-aib orang lain dan terlupa untuk memperbaiki aib dalam dirinya. Maka seseorang harus mengubati jiwanya dengan membuang rasa bangga terhadap diri sendiri kemudian bersikap tawadhu', takut serta memperbaiki aibnya dan bertaubat kepada Allah Ta'ala.

Mutiara kata Ust Akhi Ahmad Rizam.

APA MAKNA "TAWADHU"

"Barangsiapa yang merendahkan dirinya maka Allah سبحانه وتعالى akan mengangkat kedudukannya, darjatnya. Seseorang itu apabila dengan kemaafan maka Allah akan menambahkan kemuliaan dan dengan tawadhuk Allah سبحانه وتعالى akan mengangkat darjatnya."

"Ada orang mengatakan; "Saya tidak tawadhuk kerana nanti orang ingat saya mengaku kalah nanti orang ingat saya dhoif nanti orang ingat saya lemah."Tidak! Tidak! Logik akalnya itu bertentangan dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah ﷺ."

"Semakin kita merendah diri, semakin kita merendah hati maka semakin Allah akan melihat dan mengangkat darjat dan kedudukan seseorang. Di dalam hadis yang mahsyur daripada Rasulullah ﷺ; "Barangsiapa yang tawadhuk kerana Allah سبحانه وتعالى maka Allah akan mengangkatnya, Allah akan meninggikannya."

"Salah satu definisi sifat tawadhuk adalah remukan hati, perasaan yang terdapat dalam diri manusia bahawa dirinya adalah orang yang paling hina. Dirinya adalah yang paling rendah. Dirinya yang paling bawah daripada sekalian makhluk Allah سبحانه وتعالى."

"Dia melihat bahawa tidak ada sesiapa yang lebih rendah daripada dirinya. Dia juga melihat sesiapa sahaja lebih mulia daripada dirinya. Dia melihat semua orang lebih mulia daripada dirinya. Sifat tawadhuk berhajat kepada perasaan memandang kepada semua orang bahawa semua orang adalah lebih tinggi kedudukan, lebih hebat ,lebih diredhai oleh Allah سبحانه وتعالى."

"Akan tetapi dalam masa yang sama dirinya juga berusaha untuk membaiki hatinya untuk mencapai darjat dan kedudukan yang tinggi di sisi Allah سبحانه وتعالى. Barangsiapa yang merasakan dirinya telah sempurna maka dia akan berada dalam kejatuhan demi kejatuhan. Dia berada di dalam kemuncak kemunduran apabila dia merasakan dirinya berada di atas.

"Dia merasakan dirinya telah sempurna dan dia melihat orang lain semuanya kecil maka pendapat orang lain tidak lagi digunakan tapi dia merasakan pendapatnya adalah yang paling betul sekali. Dia merasakan kefahamannya adalah yang paling betul sekali dan dia melihat semua orang kecil dan kecil kerana sifat yang berlawanan yang berada di dalam dirinya iaitu sifat takabbur."

"Sifat takabbur adalah sifat iblis kerana takabbur itu iblis dilaknat oleh Allah سبحانه وتعالى sehingga dijatuhkan kedudukannya, diusir dan dikutuk oleh Allahسبحانه وتعالى sehingga dikeluarkan dengan penuh kehinaan. Demikian kehinaan sifat takabbur maka lawannya itu sifat tawadhuk."

"Sifat tawadhuk itu adalah sifat Rasulullah ﷺ dan ianya adalah sifat Para Nabi, Para Rasul, Kekasih-Kekasih Allah, orang-orang soleh yang mana setiap orang yang memakaikan dirinya dengan sifat tawadhuk maka dia akan memandang walaupun anjing kurap sekalipun tidak lebih rendah daripada dirinya."

"Dia merasakan dirinya yang lebih rendah. Demikian Ulama Tasawwuf mengatakan; "Barangsiapa yang memandang anjing kurap itu lebih hina daripada dirinya maka dia masih ads sifat takabbur dalam dirinya." Bermakna jika seseorang itu memandang dirinya lebih hebat, lebih mulia daripada anjing kurap maka masih ada sifat takabbur dalam dirinya."

"Maka hakikat sifat tawadhuk itu adalah tidak merasakan dirinya telah mencapai kepada sifat tawadhuk kerana tawadhuk itu adalah satu sifat yang sempurna, sifat yang mulia, sifat yang tinggi. Kita perlu berusaha untuk mendapatkan sifat tawadhuk tetapi bagaimana daya upaya kita untuk mencapai sifat tawadhuk sekali-kali tidak boleh seseorang itu mengaku mengatakan; "Saya sudah tawadhuk. Saya sudah merendah diri. Saya sudah mencapai sifat tawadhuk dalam diri."

"Kerana seseorang yang mengaku dalam dirinya sahaja; "Aku dah tawadhuk. Aku dah rendah diri. "Bermakna dia belum mencapai sifat dan hakikat kepada sifat tawadhuk itu kerana hakikat tawadhuk ini adalah dia tidak akan merasakan dirinya sudah mencapai kesempurnaan."

"Dia akan pergi dan pergi terus tenggelam di dalam kebesaran dan kehebatan Allah سبحانه وتعالى. Allah Yang Maha Tinggi. Allah Yang Maha Sempurna. Di dalam kalangan makhluk tiada siapa yang lebih sempurna melainkan kekasih-Nya, Baginda Rasulullah ﷺ."

- Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari

اللَّهُمَّ صَلِّ وسَلِّم وبَارِك عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، الفاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ، والخاتِم لِمَا سَبَقَ، نَاصِرِ الحقِّ بَالحَقِّ، والهادي إلى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ، صلَّى اللهُ علَيهِ وعَلَى آلِهِ وصحبِهِ، حَقَّ قَدْرِهِ ومِقْدَارِهِ العَظِيم.

Tawadhu'

Orang yang memiliki sikap tawadhu’ tidak akan menyombongkan dirinya kepada siapapun dan selalu beranggapan dan memandang bahwa orang lain lebih hebat dari dirinya. Dan orang yang bersikap tawadhu’ akan mau menerima setiap kebenaran dan tunduk kepada kebenaran tersebut, meskipun kebenaran itu datangnya dari seorang anak kecil atau seseorang yang dia musuhi. Apabila seseorang tidak dapat menerima kebenaran yang datang padanya dari seseorang yang lebih lemah darinya maka orang tersebut menyombongkan diri kepada Allah SWT. karena segala kebenaran datangnya dari Allah yang Maha Benar (Al-Haq).

Kemanisan Iman

"Iman itu adalah dengan dua perkara. Yang pertama iman itu adalah dengan rasa manisnya iman. Yang kedua iman yang tidak disertai dengan rasa manisnya iman. Jadi, Bagaimanakah hendak merasa kemanisan iman? Bagaimana hendak mendapatkan kelazatan iman?"

"Setiap amalan itu adalah mempunyai rasa yang berbeza-beza. Kelazatan yang berbeza-beza. Setiap amalan kita mempunyai kelazatan beribadah yang berbeza-beza. Solat ada kelazatannya yang berbeza, zikir ada kelazatannya yang berbeza, selawat ada kelazatan yang berbeza, istighfar ada kelazatannya yang berbeza-beza. Sepertimana makanan itu ada pelbagai rasa yang berbeza. Begitu juga amalan itu dengan cahaya yang berbeza-beza."

"Makanya, yang wajib itu kita tunaikan kepada Allah swt dan itu adalah sememangnya tanggungjawab kita kepada Allah swt. Untuk kelazatan iman. Kemanisan iman itu tambahan kepada yang wajib kita lakukan untuk kelazatan iman. Nabi Muhammad saw telah memberi formula kepada kita bagaimana untuk mendapatkan kelazatan iman? Segalanya itu adalah berkaitan dengan cinta."

"Bagi mendapatkan kemanisan iman. Formulanya adalah cinta. Semuanya adalah cinta. Yang pertama, cinta kepada Allah dan Rasul-Nya lebih daripada dia mencintai yang lain-lain. Yang kedua, dia cinta kepada seseorang itu bilamana dia mencintai kerana Allah swt. Dia tidak akan mencintai seseorang itu kecuali kerana Allah swt. Yang ketiga, Dia cinta kepada agama islam. Sebagaimana cintanya kepada agama dia benci untuk kembali kepada kekufuran dan juga dia benci daripada dilemparkan kedalam api neraka."

Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul muhibbin. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.

Saturday 20 January 2018

8 Pintu-Pintu Syurga Untuk Amalan Terbaik Manusia Ketika Di Dunia.

حديث أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم، قَالَ: مَنْ أَنْفَقَ زَوْجَيْنِ فِي سَبِيلِ اللهِ نُودِيَ مِنْ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ يَا عَبْدَ اللهِ هذَا خَيْرٌ؛ فَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصَّلاةِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الصَّلاَةِ، وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الْجِهَادِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الْجِهَادِ، وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصِّيَامِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الرَّيَّانِ، وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصَّدَقَةِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الصَّدَقَةِ. فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ رضي الله عنه: بِأَبِي أَنْتَ وَأُمِّي، يَا رَسُولَ اللهِ مَا عَلَي مَنْ دُعِيَ مِنْ تِلْكَ الأَبْوَابِ مِنْ ضَرُورَةٍ، فَهَلْ يُدْعَى أَحَدٌ مِنْ تلْكَ الأَبْوَابِ كُلِّهَا؟ قَالَ: نَعَمْ وَأَرْجُو أَنْ تَكُونَ مِنْهُمْ. أخرجه البخاري ومسلم

Terjemahan:

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang menafkahkan sepasang hartanya di jalan Allah ia kelak akan diseru dari pintu-pintu syurga:

"Wahai hamba Allah, ini adalah suatu kebaikan (yang disediakan untukmu).:

- Maka sesiapa yang dari kalangan ahli solat akan diseru dari pintu solat.

- Sesiapa yang dari kalangan ahli jihad akan diseru dari pintu jihad.

- Sesiapa yang dari kalangan ahli puasa akan diseru dari pintu rayyan.

- Sesiapa yang dari kalangan ahli sedekah akan diseru dari pintu sedekah”.

Lalu Abu Bakr r.a. berkata: Aku menebusmu dengan bapa dan ibuku ya Rasulullah, tidaklah ada sebarang dharurat ke atas orang yang diseru dari pintu-pintu tersebut (untuk masuk melalui kesemuanya), maka apakah ada orang yang akan diseru dari kesemua pintu-pintu itu?

Jawab baginda: “Ya, dan aku berharap engkau termasuk dari kalangan mereka”.

(HR Bukhari dan Muslim)

Dalam banyak hadis disebut bahawa pintu-pintu syurga itu berjumlah 8 buah pintu, antaranya hadis:

عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: فِي الْجَنَّةِ ثَمَانِيَةُ أَبْوَابٍ فِيهَا بَابٌ يُسَمَّى الرَّيَّانَ لَا يَدْخُلُهُ إِلَّا الصَّائِمُونَ. أخرجه البخاري

Terjemahan: “Dalam syurga itu ada lapan pintu, antaranya satu pintu yang dinamakan rayyan, tidak masuk melaluinya melainkan orang-orang yang berpuasa”.(HR. Bukhari no. 3257)

Empat Pintu-pintu Syurga yang lain adalah :

Pintu Ke 5 Mengerjakan Haji. (mendapat haji mabrur)

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh At-Tabrani daripada Abdullah b. Abas yang bermaksud :” Haji mabrur itu, tidak ada balasan baginya melainkan syurga ”

Pintu Ke 6 iaitu Maafkan Kezaliman.

Dalam riwayat Imam Ahmad, dari Rawh bin ‘Ubadah dari Asy’ats, dari Al-Hasan Al-Bashri secara mursal, “Sesungguhnya Allah memiliki sebuah pintu di syurga, tidaklah yang masuk melaluinya kecuali orang-orang yang memaafkan kezaliman.”.

Termasuk juga orang yang sabar menghadapi dugaan hidup, seperti sakit, kemiskinan, di seksa, di penjara dan menghadapi musibah dan bala bencana. Sabda Rasulullah SAW ini:

“Pada hari kiamat kelak, apabila orang yang sihat melihat orang yang banyak diuji (semasa di dunia dan sabar atas ujian tersebut) mendapat pahala yang banyak, (maka orang yang sihat) sangat berharap agar kulit mereka dikoyak dengan gunting semasa di dunia dahulu,” (Hadis Riwayat Tirmizi.)

Pintu Ke 7 iaitu Pintu Al-Ayman , iaitu pintu orang yang bertawakkal pada Allah yang masuk dalam syurga tanpa hisab dan tanpa siksa.

Golongan yang masuk syurga tanpa hisab :

"...Ketika Rasulullâh Shallallâhu ‘Alaihi Wasallam keluar, mereka memberitahukan hal tersebut kepada baginda. Baginda bersabda: ‘Mereka itu adalah orang yang tidak pernah minta diruqyah, tidak meminta di kay , dan tidak pernah melakukan tathayyur , serta mereka bertawakkal kepada Rabb mereka..." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pintu Ke 8 iaitu Pintu Zikir

Adapun pintu kelapan adalah Pintu Zikir sebagaimana yang diisyaratkan dalam riwayat Tirmidzi.

Ulasan.

8 Pintu Syurga sudah ada di hadapan kalian, kalian boleh pilih salah satu daripada pintu-pintu tersebut. Jika kalian ada misi dan visi di dalam kerjaya, perniagaan dan kehidupan di dunia. maka lebih penting lagi kalian fokus salah satu pintu yg dominan di dalam amal soleh yang di buat setiap hari.

Untuk layak memasuki salah satu pintu di atas kalian perlu persiapakan amal yg luar biasa bukan amal yg biasa-biasa.

Jika kalian berhajat masuk pintu solat. Maka solat tahajud, sunat rawatib, dhuha, witir, terawih , taubat, istikharah, hajat dan tasbih tidak akan di tinggalkan.

Jika kalian berhajat masuk pintu jihad- maka kalian perlu berjihad dalam dakwah sepenuh masa (untuk muslim dan non muslim), membantu saudara-saudara muslim yg di tindas di seluruh dunia. Dan menyiapkan bekalan untuk para mujahidin.

Jika kalian berhajat masuk rayyan - maka kalian kena berpuasa Ramadan dan semua puasa-puasa sunat, puasa 6 Syawal, Arafah, Asyura, Isnin & Khamis, Puasa Putih dan Puasa Syaaban.

Jika kalian berhajat masuk pintu sedekah - sedekah yg kalian berikan sehingga tangan kiri tak tahu infaq yang di berikan oleh tangan kanan (maksudnya sedekah yg banyak bukan sikit)

Jika kalian berhajat masuk pintu haji pastikan kalian mendapat haji mabrur. Sekali sahaja haji yg kalian dapat samada haji yg wajib atau haji yg sunat haji tersebut mestilah mabrur.

Jika kalian berhajat masuk pintu maafkan kezaliman maka kalian perlu mempunyai sabar yg cukup tinggi , redha dengan qada' dan qadar, tidak mengeluh, tidak merungut dan sentiasa berprasangka baik kepada Allah SWT dan manusia. Dan memaafkan semua manusia.

Jika kalian berhajat masuk pintu Al-Ayyam (pintu orang bertawakal) maka kalian kena bertawakal seperti burung yg keluar pagi dengan perut kosong dan pulang dengan perut kenyang.

Jika kalian berhajat masuk pintu zikir maka lidah kalian tak pernah kering berzikir kepada Allah SWT bukan setakat baca al-Matsurat tetapi lidah kalian berzikir sepenuh masa sehingga tak ada masa nak sembang pasal dunia yg melekakan.

Semuanya atas diri kalian untuk memilih amal terbaik untuk memasuki syurga Allah SWT, tepuk dada tanya IMAN. Selamat beramal semuga berjaya mendapat apa yg kalian hajatkan, insya Allah.

PERMASALAHAN SALIK – TIDAK MAHU MENUNTUT ILMU.

Oleh Dr. Abdul Manam Mohammad al-Merbawi ( 2 Feb 2014  )

Masalah tidak mahu mempelajari dan mendalami ilmu agama di kalangan sebahagian salik tarikat adalah merupakan satu masalah yang biasa terjadi, terutamanya bagi salik yang berada pada peringkat permulaan yang tidak mempunyai latar-belakang agama yang kuat dan juga salik yang kurang mendapat ta`lim dan tarbiyah dari shaikhnya. Masalah ini adalah satu masalah yang sangat penting kerana ia adalah merupakan punca bagi masalah-masalah salik yang lain.

Sikap tidak mahu menuntut serta mendalami ilmu agama ini adalah bertentangan dengan prinsip agama Islam itu sendiri yang menghendaki setiap muslim yang mukallaf supaya menuntut ilmu, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Rasulullah s.`a.w dalam sabda baginda:

طلب العلم فريضة على كل مسلم و مسلمة

Maksudnya: Menuntut ilmu adalah satu kewajiban ke atas setiap muslim dan muslimah.1

Antara punca utama mengapa perkara ini terjadi ialah anggapan salik tersebut bahawa ilmu itu dapat diperolehi menerusi ilham maka kerana itu ia tidak perlu lagi kepada proses pembelajaran bagi mendapatkannya malah cukup hanya dengan menanti ilham tersebut sahaja. Rasulullah s.`a.w menyatakan perkara ini sebagaimana sabda baginda:

من عبد الله بجهل كان ما يفسد أكثر مما يصلح

Maksudnya: Sesiapa yang menyembah (beribadah) kepada Allah dengan (berasaskan) kejahilan, apa yang merosakkan (amal ibadahnya itu) adalah lebih banyak dari apa yang membetulkannya.

Seseorang salik yang menjalani jalan Allah dengan berpandukan hanya kepada akal fikiran atau sangkaannya semata-mata tanpa merujuk kepada pertunjuk ilmu yang terang akan mudah tergelincir dari landasan yang lurus dan seterusnya terhumbang ke jurang kebinasaan. Ini adalah kerana jalan tasawwuf itu adalah merupakan jalan yang berasaskan kepada ilmu dan amal seperti yang telah ditegaskan oleh seorang tokoh tasawwuf yang terkenal, Shaikh `Abd al-Qadir al-Jailani, sebagaimana kata-kata beliau:

أما علمت أن من استغنى برأيه ضل ؟ ما من عالم الا ويحتاج الى زيادة علم....هذه الطريق لا تسلك مع النفس و الهوى بل مع الحكم و العمل به

Maksudnya: Tidakkah anda mengetahui bahawa sesiapa yang merasa cukup dengan pendapatnya (buah fikirannya semata-mata) maka dia akan sesat? Tidak ada seorang yang berilmu pun kecuali dia memerlukan kepada tambahan ilmu....jalan ini (jalan menuju kepada mengenal Allah) tidak dilalui dengan nafsu dan hawa bahkan (dilalui) dengan hukum (yang berasaskan ilmu yang jelas tentangnya) dan beramal dengannya.8

Imam al-Ghazali pula menentukan tugas menuntut ilmu ini sebagai `aqabah (halangan) yang pertama yang mesti ditempuhi oleh setiap salik yang ingin menjalani jalan Allah. Ini dapat dilihat dari kenyataan beliau tentang perkara ini sebagaimana kata-kata beliau:

يا طلاب الخلاص و العبادة عليك أولا, وفقك الله, بالعلم فانه القطب و عليه المدار

Maksudnya: Wahai orang-orang yang menuntut keselamatan dan ibadah, kewajiban anda yang pertama, mudah-mudahan Allah memberi taufiq kepada anda, ialah menuntut ilmu kerana ilmu itu adalah merupakan asas dan di atas asas inilah berligar semua yang lain.

Ini menunjukkan betapa pentingnya ilmu itu dalam menjalani jalan Allah. Untuk mendapatkan ilmu ini seseorang salik itu perlu mempelajarinya kerana ilmu itu diperolehi menerusi proses pembelajaran seperti yang telah dinyatakan oleh Rasulullah s.`a.w:

يا أيها الناس تعلموا انما العلم بالتعلم

Maksudnya: Wahai manusia, belajarlah ilmu, sesungguhnya ilmu itu adalah dengan belajar.

Penglibatan tokoh-tokoh tasawwuf yang terkenal dalam usaha mencari ilmu sehingga mereka dikenali sebagai " saihun " yang bererti " orang-orang yang mengembara " sudah cukup menjadi bukti yang menunjukkan bahawa menuntut ilmu itu adalah satu perkara yang perlu dilakukan oleh salik dalam perjalanannya menuju kepada Allah. Seseorang salik yang tidak berilmu adalah lebih mudah ditipu atau diperdaya oleh syaitan jika dibandingkan dengan salik yang berilmu. Abu Hurairah ada meriwayatkan satu hadith di mana Rasulullah s.`a.w telah bersabda menyatakan tentang perkara ini sebagaimana sabda baginda:

ما عبد الله بشيء أفضل من فقه في الدين و لفقيه واحد أشد على الشيطان من ألف عابد

Maksudnya: Tidak disembah (dilakukan ibadah kepada) Allah dengan sesuatu yang lebih afdal (utama) dari fiqh (memahami) dalam agama dan seorang faqih itu lebih sukar bagi syaitan untuk menipu dan menyesatkannya) dari seribu orang `abid (ahli ibadah).

Memang tidak dinafikan ada salik yang mendapat ilmu secara ilham ini tetapi bukan semua ilham itu betul kerana ada juga ilham yang datang dari bisikan syaitan dan nafsu. Untuk memastikan kebenaran satu-satu ilham itu, seseorang itu perlu merujuk kepada pengajaran al-Qur'an dan al-Sunnah. Sekiranya ilham tersebut bertentangan dengan pengajaran dan isyarat al-Qur'an dan juga al-Sunnah tersebut maka ia tidak boleh diikuti. Untuk merujuk kepada kedua-dua sumber ini seseorang itu mestilah mempunyai ilmu atau pengetahuan tentangnya. Oleh itu ilmu perlu dipelajari terlebih dahulu. Pegangan yang membuta-tuli terhadap ilham tanpa merujuk kepada pengajaran al-Qur'an, al-Sunnah dan juga penafsiran atau pendapat ulamak-ulamak tasawwuf yang muktabar adalah merupakan punca utama penyelewengan dan kesesatan di kalangan ahli tarikat. Na’uzubillah.

Sumber : pondok rasah

Friday 19 January 2018

Sedekah Yang Ikhlas Memudahkan Masuk Syurga Dan Di Jauhi Daripada Api Neraka.

Allah SWT. janjikan siapa yang suka bersedekah akan masukkan ke dalam syurga dan merupakan pendinding daripada api neraka, dan amalan ini juga dapat menjinakkan hati kita sekali gus membuang sifat kesombongan yang wujud di dalam diri.

Sabda Nabi SAW. bermaksud: Sesiapa yang sanggup mendinding dirinya daripada api neraka walaupun dengan (bersedekah) separuh buah kurma, maka hendaklah dia lakukan. (Hadis Riwayat Muslim)

Betapa besarnya pahala sedekah sehingga orang yang sedang nazak minta di tangguhkan kematiannya supaya dia dapat bersedekah.

Firman Allah SWT maksudnya, "dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: “Ya Rabb-ku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang soleh?” dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila telah datang waktu kematiannya. dan Allah Maha Mengenal apa yang kamu kerjakan. (Surah al-Munafiqun(63) ayat 10-11)

Terdapat amal-amal soleh yang boleh memasukkan seseorang ke syurga.

1. Memberi Minum Pada Binatang Kehausan.

Wanita pelacur (melakuakn dosa-dosa besar) di masukkan ke dalam syurga dengan mendapat keampunan daripada Allah SWT kerana memberi minum (sedekah air) kepada seekor anjing kehausan.

Abu Hurairah, Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda,

أَنَّ امْرَأَةً بَغِيًّا رَأَتْ كَلْبًا فِى يَوْمٍ حَارٍّ يُطِيفُ بِبِئْرٍ قَدْ أَدْلَعَ لِسَانَهُ مِنَ الْعَطَشِ فَنَزَعَتْ لَهُ بِمُوقِهَا فَغُفِرَ لَهَا

“Ada seorang wanita pezina melihat seekor anjing di hari yang panasnya begitu terik. Anjing itu mengelilingi sumur tersebut sambil menjulurkan lidahnya kerana kehausan. Lalu wanita itu melepas sepatunya (lalu menimba air dengannya). Ia pun diampuni kerana amalannya tersebut.” (HR. Muslim no. 2245).

2. Menghalalkan Hutang Termasuk Sedekah Kepada Orang Yang Berhutang,

Nabi SAW bersabda maksudnya, “Sesiapa yang memberi masa kepada orang berhutang yang kesempitan atau menghalalkan hutang itu, Allah akan melindunginya di bawah bayanganNya (perlindungan Arasy).” (HR Muslim no. 7512)

3. Membina Masjid Walaupun Kecil Sumbangannya Mendapat Jaminan Rumah Di Syurga.

Dari Jabir bin ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

مَنْ بَنَى مَسْجِدًا لِلَّهِ كَمَفْحَصِ قَطَاةٍ أَوْ أَصْغَرَ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِى الْجَنَّةِ

Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Siapa yang membangun masjid kerana Allah walaupun hanya selubang tempat burung bertelur atau lebih kecil, maka Allah bangunkan baginya (rumah) seperti itu pula di syurga.” (HR. Ibnu Majah no. 738. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahwa sanad hadits ini sahih)

Mafhash qathaah dalam hadits artinya lubang yang dipakai burung menaruh telurnya dan menderum di tempat tesebut. Dan qathah adalah sejenis burung.

4. Memberi Makan Dan Minum Kepada Anak-anak Yatim Akan Masuk Syurga.

Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud : “Barang siapa yang mengikut-sertakan seorang anak yatim diantara dua orang tua yang muslim, dalam makan dan minumnya, sehingga mencukupinya maka ia pasti masuk syurga.” (Hadis Riwayat Abu Ya'la dan Thabrani, Sahih At Targhib, Al-Albani)

5. Infaq di jalan Allah akan mendapat balasan syurga

Rasulallah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصَّدَقَةِ دُعِىَ مِنْ بَابِ الصَّدَقَةِ

“Barangsiapa termasuk orang yang senantiasa bersedekah maka dia akan dipanggil masuk syurga lewat pintu sedekah.” (HR. al-Bukhari dari Abu Hurairah)

Allah SWT berfirman, ”Adapun orang yang memberikan hartanya  di  jalan Allah dan bertakwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik syurga  maka  Kami  kelak  akan menyiapkan baginya jalan yang mudah “.
(Surah Al Lail ayat  5-8)

6. Bersedekah Sehingga Tangan Kirinya Tidak Tahu Apa Yang Di Infaqkan Oleh Tangan Kanannya. Akan Mendapat Perlindungan Arasy.

Dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu, Rasulullah SAW bersabda:

“Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah SWT  pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya.(salah satu daripadanya-pen) ".....Seseorang yang bersedekah dengan menyembuyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya,..." (Hadis Riwayat Bukhari, Hadis no 620)

Setiap Manusia Ada Malaikat Qarin Dan Jin Qarin

Qarin ialah pendamping, yang mana terdapat dua qarin yang sentiasa berdampingan dengan kita sejak kita lahir hingga kita kembali menemui Allah SWT.

Diriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda;

“Tidak ada seorang pun antara kamu melainkan pasti ada satu qarin daripada jin dan satu qarin daripada malaikat.”
(Hadis Riwayat Ahmad)

Jin Qarin tugasnya membisikkan kejahatan (was-was) kepada manusia dan Malaikat Qarin tugasnya mengajak kita untuk melakukan kebaikan (ilham).

Daripada Abdullah bin Mas’ud, bahawa Rasulullah SAW bersabda;

“Sesungguhnya bagi syaitan ada bisikkan kepada anak Adam dan bagi malaikat ada pula bisikkan. Adapun bisikkan syaitan itu mengajak melakukan kejahatan dan mendustakan kebenaran. Dan adapun bisikkan malaikat ialah mengajak melakukan kebaikan dan menerima kebenaran dengan jujur.

Maka sesiapa yang mendapat bisikkan ini, ketahuilah bahawa itu adalah daripada Allah, maka pujilah Allah. Manakala sesiapa yang mendapat bisikkan satu lagi, maka hendaklah dia berlindung kepada Allah daripada syaitan.”
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi dan an-Nasa’i)

Berdoalah selalu kepada Allah agar kita sentiasa diberi ilham untuk melakukan kebaikan. Mohonlah perlindungan daripada-Nya jika bisikkan syaitan datang menghasut ke arah kejahatan.

“Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu dari hasutan syaitan-syaitan. Dan aku berlindung kepada-Mu, wahai Tuhanku, supaya syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku.”
(Surah Al-Mukminuun : Ayat 23)

Begitulah taat para malaikat kepada Allah, tidak pernah lalai dan letih dalam urusan menjaga kita. Mereka juga tidak pernah berjauhan daripada kita. Mereka ada dengan kita, sentiasa mengawasi mengikut kehendak Allah. Sentiasa bersama, tetapi tidak pernah bersua.

Bagaimana untuk merasakan kehadirannya? Hanya iman yang mampu menjawabnya.

Wallahu’alam.

Adab-adab Menuntut Ilmu.

Terdapat sembilan adab-adab menuntut ilmu yang perlu dipatuhi semoga ilmu yang kita pelajari menjadi ilmu yang bermanfaat dan diberkati oleh Allah SWT.

Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Niat yang ikhlas.

Daripada Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW.bersabda maksudnya : "Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan.."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Maksud firman Allah dalam ayat 235 surah al-Baqarah : "Dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa yang tersemat dalam hatimu maka takutlah kepadaNya dan ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun".

Ingatlah bahawa setiap orang akan binasa melainkan orang yang berilmu, setiap orang yang berilmu akan binasa melainkan orang yang beramal dan setiap orang yang beramal akan binasa melainkan orang yang benar-benar ikhlas.

Kedua : Tekun berusaha dan bertawakal.

Dalam sebuah hadis diriwayatkan:

عَنْ أَنَسِ بْنَ مَالِكٍ يَقُولُ قَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَعْقِلُهَا وَأَتَوَكَّلُ أَوْ أُطْلِقُهَا وَأَتَوَكَّلُ قَالَ اعْقِلْهَا وَتَوَكَّلْ (رواه الترمذي)

Dari Anas bin Malik ra, ada seseorang berkata kepada Rasulullah SAW. ‘Wahai Rasulullah SAW, aku ikat kendaraanku lalu aku bertawakal, atau aku lepas ia dan aku bertawakal?’ Rasulullah SAW menjawab, ‘Ikatlah kendaraanmu lalu bertawakallah.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Tawakal yang merupakan perintah Allah dan sunnah Rasulullah SAW, jika dilakukan dengan baik dan benar, insya Allah tidak akan menjadikan seorang hamba menjadi hina dan tidak memiliki apa-apa. Kerana tawakal bukan bererti kita serahkan bulat-bulat tanpa usaha,  tawakal harus terlebih dahulu didahului dengan adanya usaha yang maksima. Hilangnya usaha, bererti hilanglah hakikat dari tawakal itu.

Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ عَمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ لَوْ أَنَّكُمْ تَتَوَكَّلُوْنَ عَلَى اللهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرَزَقَكُمْ كَمَا يَرْزُقُ الطَّيْرَ، تَغْدُو خِمَاصًا وَتَرُوْحُ بِطَانًا (رواه الترمذي)

Dari Umar ra, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,’sekiranya kalian bertawakal kepada Allah dengan tawakal yang sebenar-benarnya, pastilah Allah akan memberikan rezki kepada kalian sebagaimana Allah memberi rezki pada seekor burung. Pergi pagi hari dalam keadaan perut kosong, dan pulang petang hari dalam keadaan perut kenyang. (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Ketiga : Menjauhi maksiat.

Kita mestilah menghidupkan budaya amar makruf dan nahi munkar dalam diri dan suasana sekeliling mengikut kemampuan yang ada. Sesungguhnya ilmu itu adalah nur yang suci yang mana ia tidak dapat kita perolehi jika diri kita sentiasa disaluti dengan najis-najis dosa.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sesungguhnya orang mukmin apabila melakukan sesuatu dosa, terbentuklah bintik hitam pada hatinya. Apabila dia bertaubat, kemudian menghentikan dosa-dosanya dan beristighfar, maka bersihlah daripadanya bintik hitam itu. Dan apabila dia terus melakukan dosa, bertambahlah bintik hitam itu pada hatinya, sehingga tertutuplah seluruh hatinya, itulah karat yang disebut Allah SWT di dalam kitabNya: Sesekali tidak, sebenarnya apa yang mereka lakukan telah mengkaratkan(menutup) hati mereka. Surah Al-Mutoffifin ayat 14.” (Hadith riwayat Al-Baihaqi)

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : “Ketahuilah di dalam jasad itu ada segumpal daging, apabila dia baik maka baiklah seluruh jasad, dan apabila dia buruk maka buruklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa itu adalah hati.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim, dari Nu’man bin Basyir)

Keempat : Memilih teman yang soleh.

Luqman Al-Hakim pernah berpesan kepada anaknya supaya sentiasa bersama orang alim dan soleh serta menghadiri majlis ilmu kerana apabila Allah menurunkan keberkatan kita turut sama memperolehinya.

Rasulullah bersabda lagi yang bermaksud: “Perumpamaan sahabat berbincang yang baik, ibarat seorang penjual wangian. Adakalanya engkau diberinya atau membeli daripadanya atau beroleh bau wanginya. Dan, perumpamaan sahabat yang jahat ibarat peniup tukang besi, ada kalanya engkau terbakar dengan percikan apinya atau terkena bau busuknya.” (Hadis riwayat Muslim)

Sesiapa ingin mengetahui adakah daripada sahabatnya ia boleh menambah iman, agama dan amal atau menderita kekurangan daripadanya, maka hendaklah ia merenung kembali keadaannya sebelum persahabatan dan pergaulannya dengan orang berkenaan. Dengan lain perkataan, bagaimana keadaannya dalam hal keteguhan iman, agama dan akhlak mulia yang disandangnya, niat baik yang dipendamnya, serta semangatnya yang kuat untuk melakukan ketaatan dan kebajikan. Kemudian, perhatikan keadaannya dalam semua itu setelah bergaul dan berteman. Jika ia mendapati sifat dan amal baik itu telah bertambah kuat dan kukuh, semangatnya serta tekadnya untuk mempertahankannya pun semakin bertambah, maka dia dapat berasa lega kerana pergaulan dan persahabatannya telah mendatangkan manfaat baginya dalam agama dan jiwanya.

Rasulullah SAW pernah berpesan kepada kita sabdanya yang bermaksud : "Seseorang itu mengikut agama sahabat temannya. Maka hendaklah seseorang itu memerhati siapakah yang dijadikan teman".(Hadis Riwayat Tirmidzi)

Kelima : Banyakkan zikrullah.

Firman Allah SWT maksudnya,“Dan sebutlah nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang, dan pada sebahagian dari malam, maka sujudlah kepadaNya dan bertasbihlah kepadaNya pada bahagian yang panjang di malam hari.”
( Surah Al Insan, ayat 25 dan 26)

Dari Bukhari, Muslim, Tirmidhi dan Ibn Majah, diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda : Allah s.w.t berfirman maksudnya : "Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu di majlis, nescaya Aku juga akan mengingatinya di dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepadaKu dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari anak."

Keenam : Menjaga kehormatan.

Kita wajib menjaga kehormatan diri sendiri dan juga orang lain. Tutup segala keaiban diri dan orang lain kerana ia membawa kepada keredaan Allah dan manusia lain kepada diri kita.Hanya orang yang mana kehidupannya dicucuri dengan keredaan dan rahmat Allah sahaja yang mampu merasakan kebahagian di dalam kehidupan seharian. Manakala mereka yang jauh daripada rahmat Allah, hidup mereka dipenuhi dengan perkara yang kurang baik dan derita. Jangan sekali-kali menyakiti hati orang lain kerana doa orang yang dizalimi adalah lebih bahaya daripada panah malam.

Firman Allah SWT dalam ayat 12 surah Al-Hujurat yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan perasaan-prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain dan janganlah pula sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah salah seorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?. Maka sudah tentu kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang."

Ketujuh :  Mendapat doa dan keredaan ibu bapa.

Kita hendaklah sentiasa menjaga perasaan kedua ibu bapa kita dan menghormati mereka dalam perkara yang tidak menyalahi syariat Islam. Sentiasa berhubung dengan mereka dan mengambil berat tentang keadaan keduanya serta mendoakan kebahagian mereka di dunia dan akhirat. Kita juga hendaklah sentiasa meminta agar mereka meredai kita dan mendoakan kejayaan kita. Ingatlah bahawa keredaan Allah bergantung kepada keredhaan ibu bapa terhadap kita.

Firman Allah SWT dalam ayat 23 hingga 24 surah al-Isra’ yang bermaksud : "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu tidak menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang daripada keduanya ataupun kedua-duanya telah lanjut usia mereka dalam jagaan kamu, maka jangan sekali-kali kamu mengherdik kepada keduanya dengan perkataan “ah” dan janganlah kamu mengertak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucaplah : 'Wahai Tuhanku! kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua telah mendidikku semasa kecil'."

Kelapan : Menghormati guru.

Kita juga wajib menghormati guru dan mematuhi segala arahannya selagi mana tidak menyalahi kehendak Islam.

Firman Allah SWT maksudnya, “Allah menerangkan (kepada sekalian makhluk-Nya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Ali-‘Imran ayat 18))

Perhatikan dalam ayat ini, bagaimana Allah Subhanahu Wa Ta‘ala memulakan dengan nama-Nya, kemudian dengan para malaikat-malaikat-Nya dan kemudiannya dengan ahli ilmu (guru) – ini sudah cukup membuktikan betapa tingginya martabat ilmu dan ahli ilmu itu.

Imam At-Tirmidzi meriwayatkan bahawa Abu ’Umamah al-Bahili radhiallahu ‘anhu telah  berkata: Bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam  bersabda maksudnya :  “Kelebihan orang alim (ulama) atas ahli ibadat adalah seperti kelebihanku ke atas orang yang paling rendah di antara kamu. Kemudian Baginda bersabda lagi: Sesungguhnya para malaikat dan penduduk langit dan bumi hinggakan semut dalam lubangnya berserta ikan bersalawat (berdoa) untuk orang-orang yang mengajar kebaikan kepada manusia.”
(Hadis riwayat At-Tirmidzi)

Oleh itu marilah kita sama-sama membina kembali keutuhan dan mahabbah antara guru dan pelajar agar ia mampu menyinarkan kembali suasana harmoni serta menghindari perkara negatif dalam kehidupan.

Kesembilan : Beramal dengan segala ilmu yang diperolehi.

Kita mengamalkan segala ilmu yang dipelajari setakat mana yang termampu oleh kita. Ulama silam sentiasa mengingatkan kita bahawa orang yang berilmu dan tidak beramal dengan ilmunya akan dihumban ke dalam api neraka lebih dahulu daripada penyembah berhala.

Firman Allah dalam ayat 2 hingga 3 surah as-Saff yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak kotakan? Amat besar kebencian Allah di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kotakan."

Berapa ramaikah mereka yang belajar tentang al-Quran dan Hadis tetapi mereka dilaknat oleh keduanya kerana tidak merealisasikan segala apa yang dipelajari.

Oleh itu kita mestilah beringat dan berhati-hati mengenai perkara ini demi kebahagian kita di dunia yang sementara dan akhirat yang kekal selamanya. Begitu mudah untuk memberi nasihat dan tazkirah tetapi begitu sukar untuk mengota dan merealisasikannya dalam kehidupan.