Pages

Sunday 14 January 2018

Fasal Pada Menyatakan Setengah Perkara Daripada Yg Ta'alluq Pada Solat

(Siri ٢) Terjemahan kepada bahasa melayu

(Syahdan) makhruh berimamkan orang yg fasik dan yg mengikut dia jika tiada ada yg lainnya sekalipun. Itupun jika tiada takut ia akan fitnah sebab meninggalkan dia.

Dan demikian lagi, makhruh berimamkan orang yg ikhlaf dan yg mengikut dia samada yg ikhlaf itu belum baligh atau sudah baligh kerana barang kali tiada hendak ia membasuh barang yg dibawah kulubnya yg wajib membasuh dia.

Dan demikian lagi, makhruh berimamkan dan mengikut orang yg bid'ah yg tiada jadi kafir ia sebab bid'ahnya. Dan jika tiada diperoleh yg lainnya sekalipun. Kata Syeikh Azra'ie, "Haram mengikut dia atas orang yg alim yg mahsyur kerana bahawasanya jadi sebab ia bagi disebutkan orang awam dengan bid'ahnya".

Adapun yg jadi kafir ia dengan bid'ahnya seperti yg beriktiqad bahawa Allah Taala tiada mengetahui akan segala juziyyat dan yg ma'dum (tiada) dan yg mengingkar akan bangkit dari dalam kubur dan berhimpunan dimahsyar.

Dan demikian lagi kaum mujassimah dan yg beriktiqad bahawa Allah Taala berjihah (berarah). Maka tiada sah mengikut dia seperti sekalian kafir yg lain. Dan demikian lagi makhruh berimamkan orang yg baba' iaitu yg membaca ب berulang-ulang. Dan orang yg fa'fa' iaitu yg membaca ف berulang-ulang. Dan orang yg wa'wa' iaitu yg membaca و berulang-ulang.

Dan dimikian lagi yg berulang-ulang membaca huruf yg lain daripada huruf yg tersebut itu. Dan makhruh berimam akan orang yg lahnu bacaannya yg tiada mengubahkan makna. Dan demikian lagi makhruh berimamkan orang yg was-was dan orang yg dikeji oleh kebanyakkan makmum akan dia.

كتاب سبيل المهتدين  ٣٩
الشيخ محمد ارشد بن عبدالله البنجارى

Kitab Sabil Al Muhtadin 39
Syeikh Muhammad Arsyad Bin AbduLlah Al Banjari

No comments:

Post a Comment