Pages

Wednesday 21 November 2012

BUMI PALESTIN YANG BERDARAH..



Bumi Palestin,bumi anbiya
keringat dan darah tidak henti tertumpah
Mereka bangkit,mereka rebah,
Merah darah menitis belum cukup menebus maruah,
Dari nafsu si bajingan BANGSA- BANGSA BANGSAT gila menjajah,

Bumi Palestin, bumi pejuang
tertiarap melihat anak mati di riba,
terdengar agama di caci di maki di hina
Haruskah dunia bisu tanpa bicara,
Dari BAJINGAN BANGSAT melakukan angkara durjana.

Bumi Palestin, bumi Islam yang punya
Biar dengan darah tertumpah
bukan lagi dengan hanya simpati ,
Berjuang kita sama tuju sama arah,
Berjuang kita sebagai pemegang amanah
Biar keringat kering diperah
Jangan maruah tergadai bersepah
Agar melihat Islam Palestin berdiri megah
Bersama panji panji Syuhadah
Dan kembali menjadi Bumi BERTUAH.

Khalifah Samudera.
21/11/12
11.45 pm




~ Deritamu Di Mata Dunia ~

di sana
suara puji-pujian kedengaran sayu
tangis darah bercampur debu
peluru berterbangan tak mengira waktu
deritamu di mata dunia
hanyalah lembaran berita
dalam arus media massa.

kuasa-kuasa besar dunia
hanya memberi ancaman
tapi tidak dizahirkan dengan tindakan
seolah apa yang terjadi
sekadar mainan
begitu angkuhnya si zalim yang dilaknat
mengingkari perjanjian damai yang dibuat.

Justeru itu bantahan dibuat
bukan hanya atas nama agama
tetapi juga atas nama keamanan
dan keadilan bagi masyarakat dunia
menentang kekejaman dan kezaliman
kuasa tunggal yang menindas
tapi sampai bila ia akan berakhir.

----->.. ibnuamar.. 21nov2012.



~ 64 Tahun Palestin Bermandi Darah ~

Hampir 64 tahun
Rejim zionis Israel bermaharajalela
Sememangnya amat panjang
Terutamanya bagi penduduk Palestin
Keperitan tiada diketahui bilakah kesengsaraan
Yang dicipta oleh satu kuasa
Bernama Israel itu akan berakhir
Di bumi Palestin bumi bertuah.

Sebermula 64 tahun yang lalu
Rakyat Palestin terus-terusan dinafikan hak
Untuk menghirup udara kebebasan
Di tanah tumpah sendiri
Seawal tragedi Naqbat tahun 1948
Penduduk Palestin telah dihalau
Dari kampung halaman secara kejam
Oleh Rejim zionis Israel
Yang telah buat pertama kali ketika itu
Memperkenalkan terorisma
Sebagai kaedah untuk mencapai matlamat mereka.

Puluhan bom telah pun digugurkan
Dan perang tanpa mandat dari PBB dilancarkan
Ketika matahari baru terjaga Palestin bergegar
Dengan dentuman serangan
Kita di Malaysia sedang enak-enak bersarapan
Berehat di kedai kopi atau sibuk menjalankan urusan kerja
Sedangkan di sana
Suatu jenayah kemanusiaan telah pun bermula.

Biar pun dunia mengutuk
PBB memberi kata dua
Namun Israel tetap kebal
Israel kebal kerana adanya sokongan kuasa besar
Israel menjadi 'anak emas' Amerika Syarikat
Antara negara pemegang kuasa veto di PBB
Tiada siapa mahu memutar-belitkan ayat
Yang tersusun begitu cantik
Memang sudah terbukti Israel
Tidak menghormati aspirasi Palestin.

Penderitaan penduduk Palestin
Bukan sehari dua
Dan bukan juga setahun dua
Tetapi telah menjangkau 64 tahun
Apakah pelindungan yang mereka perolehi
Selama tempoh tersebut, apakah jaminan dunia
Bahawa serpihan tanah yang mereka miliki
Akan terus kekal menjadi milik mereka
Sedangkan Israel yang sewenang-wenangnya
Mencabul segala undang-undang antarabangsa
Tidak pernah sama sekali dihadapkan ke muka pengadilan.

---- > .. ibnuamar.. 21nov2012.

Tuesday 13 November 2012

Dzun Nun al-Misri


Beliau ini ialah seorang handal dalam bidang keruhanian dan termasyhur kerana warak, salih dn ibadatnya. penduduk mesir banyak yang mengganggap beliau ni sebagai tukang bidaah dan beliau ditentang oleh orang-orang yang anti dengannya.
Bagaimana dia termasuk dalam bidang keruhanian atau kesufian ini?
begini ceritanya.

Ada seorang hamba Allah memberitahu dia bahawa seorang wali Allah yang besar telah menggantungkan dirinya tunggang balik pada sepohon pokok. jadi si Dzun nun pun pergilah berjumpa dengan wali Allah itu dan bertanya kenapa menyiksa diri sampai macam tu.

kedengaran wali Allah tu berkata pada diri sendiri;
"wahai badanku! selagi kamu tak patuh kepada ruhani ku. akan aku hukum kamu hingga mati!" dzun nun menangis melihat hal tu.
Wali Allah itu berkata pada dzun nun;
"siapakah orang yang berdosa itu yang menangis dan kasihan kat aku?"
Dzun nun pergi ke depan wali Allah itu dan memberi salam dan bertanya kenapa dia menyiksa badan. wali Allah itu menjawab;
"badanku tak diam dalam ibadatku kepada allah. oleh itu aku hukum dia"
Dzun nun berkata;
"saya sangka tuan telah membunuh orang atau membuat dosa yang besar"
Wali Allah kemudian berkata;
"tidak ada dosa yang paling besar daripada berkawan dengan ahli dunia kerana semua dosa terbit dari berkawan dengan mereka"

dzun nun berkata;
"tuan benar-benar wali Allah yang soleh"

wali Allah itu menjawab;
"jika kamu hendak bertemu wali Allah yang soleh. pergilah ke bukit itu"

maka si dzun nun pun pergilah ke bukit yang dikatakan itu. di sana dia berjumpa dengan seorang sufi dan sebelah kakinya bercerai dari badannya. kaki yang bercerai itu tergelimpang di depan pintu dan telah busuk di makan ulat. sufi itu sedang duduk mengenang Allah di biliknya. dzun nun bertanya apakah maksud perkara ganjil yang dilihatnya itu.

maka si sufi itu menjawab;
"satu hari aku duduk dibilikku. sedang duduk aku terdengar bunyi kaki seorang gadis melangkah. gadis tu sedang berjalan disitu. masa tu timbullah nafsu di hati. aku pun bangun melihat dia. tiba-tiba terdengar satu suara -

"tidak kah engkau malu menghambakan diri syaitan setelah engkau menghambakan dirimu kepadaKu semenjak 30 tahun yang silam?"

suara ketuhanan itu menyindir aku. oleh itu kaki aku yang tengah langkah bendul kerana tujuan jahat tadi aku potong!"

sufi itu bertanya kenapa nak jumpa dia yang berdosa tu. kalau nak bertemu dengan wali Allah sebenar, naik ke atas bukit lagi dan akan berjumpa dengan orang yang benar-benar wali Allah.

oleh kerana dzun nun tak mahu naik lagi, jadi dia minta sufi itu menceritakan tentang wali Allah itu.
Wali Allah itu menceritakan bahawa telah bertahun lamanya wali allah itu tinggal di atas bukit itu. semasa ia tinggal disitu, pada satu hari datanglah seorang hamba Allah melihatnya dan berkata bahawa dia janganlah mengharapkan sedekah orang untuk hidup tetapi carilah nafkah sendiri.

semenjak itu, wali Allah itu tidak mahu meminta sesuatu dari manusia lagi. kadang kala dia tak makan langsung. tetapi lama kelamaan dengan kehendak Allah dia diberi rezeki oleh Allah melalui lebah yang memberinya makan madu. lebah-lebah itu datang dan menggugurkan madunya untuk wali Allah itu. dan itulah yang dimakannya dan menghilangkan lapar dan dahaga.   

Si dzun nun sungguh terpesona mendengar cerita ganjil itu.
semasa dia turun dari bukit tersebut, dzun nun lihat seekor burung buta bertenggek atas dahan pokok. terlintas di hatinya hendak tahu bagaimana burung itu dapat makan. tiba-tiba burung itu turun ke tanah dan mematuk tanah itu dengan muncungnya. setelah tanah itu digalinya maka di situ dilihatnya ada jagung dan besin emas mengandungi air. itulah yang dimakan burung itu. kemudian tanah itu balik seperti biasa semula. burung itu pun balik terbang ke dahan pokok itu.

selepas peristiwa itu, dzun nun bertambah yakin bahawa sesiapa yang sentiasa mengenang Allah, dia akan diberi Allah rezeki dan dipelihara oleh Allah dan dzun nun tidak akan berlindung kepada yang lain selain allah. semenjak itu dia tidak lagi menghiraukan hal keduniaan dan terus menyebut nama Allah sentiasa dan menjalankan amalan keruhanian.

satu hari, dzun nun sampai ke satu terusan. dan berwuduk di situ. dilihatnya hampir dengan terusan itu ada satu istana yang indah dan di serambi istana itu berdiri seorang perempuan cantik. dzun nun minta perempuan itu bercakap.

kata perempuan itu;
"bila saya lihat tuan dari jauh, saya sangkakan tuan gila. bila tuan hampir, saya lihat tuan ini seorang alim. apabila tuan datang hampir lagi, saya anggap tuan ini seorang yang bercahaya jiwanya. tapi bila tuan bercakap kepada saya, maka saya menganggap tuan bukan gila, bukan alim dan bukan jiwa yang bercahaya"

kenapa kata begitu, tanya dzun nun.

"jika tuan gila tentu tuan tidak berwuduk, jika tuan orang alim, tuan tentu tidak akan melihat saya, jika tuan jiwa bercahaya, tuan tidak akan melihat kepada lain selain Allah"

setelah itu perempuan itu pun ghaib. dia menganggap peristiwa itu sebenarnya adalah kerana kehendak Allah jua.

"satu hari saya pergi ke sebuah bukit" kata dzun nun. "disitu saya lihat banyak orang sakit sedang duduk menunggu seorang wali Allah yang tinggal di sebuah gua berhampiran. wali itu hanya keluar melihat dunia hanya sekali dalam tahun. setelah keluar dia pun memandang langit dan kemudian menghembuskan nafasnya kepada pesakit-pesakit. orang sakit itu pun akan sembuh kembali. saya pun menunggu ketibaannya. apabila ia keluar, saya lihat mukanya bersinar. meskipun ia telah tua, namun rupanya sangat hebat.

dia pun memandang ke langit, orang-orang sakit itu pun datang kepadanya seorang demi seorang. dia akan menghembus orang sakit itu dan sakit mereka akan sembuh. setelah habis upacara itu saya pun bertemu dengannya. sebelum ia masuk ke tempatnya saya sempat memegang pakaiannya dan berkata padanya

"tuan telah menyembuhkan penyakit manusia, saya ini sakit ruhani. harap dapat tuan sembuhkan sakit saya ini"

wali Allah itu menjawab:
"dzun-nun, jauh dari aku dan jangan pegang pakaian aku. tinggalkan aku. jika tidak, Allah akan bebankan aku untuk menjaga kau dan kau menjaga aku dan hilang dari sesama antara kita?"

selepas berkata demikian dia pun terus masuk ke dalam gua.

dzun-nun berdakwah selama 30 tahun dan hanya seorang yang mengambil faedah darinya. orang itu adalah seorang putera raja. putera raja itu pernah bertanya jalan untuk menuju Allah.

zdun-nun menjawab:
"ada 2 jalan. satu jalan panjang dan satu jalan pendek. jalan yang panjang memerlukan kita meninggalkan dunia, meninggalkan hawa nafsu dan menghindari dosa. jalan pendek ialah, meninggalkan apa saja selain Allah"

putera raja itu memilih jalan pendek. dan beliau menanggalkan pakaian rajanya dan memakai pakaian kasar dan terus ke hutan dan di sana dia mendapat nur ketuhanan.

dan Dzun-nun berkata :
"wali Allah tidak pernah tamak kepada wang"

Tuesday 6 November 2012

Istighfar - Rahsia Murah Rezeki?


" Aku memohon pengampunan Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang Maha Hidup, Maha Kekal dan aku bertaubat kepadaNya."


Kelebihan Istighfar

1. Seseorang yang memohon pengampunan daripada Allah (sejurus berbuat dosa) adalah seperti dia tidak berbuat dosa walaupun dia melakukan dosa-dosa sebanyak 70 kali (pada setiap kali dia memohon pengampunan Allah).

2. Menurut 1 hadith, apabila seorang Muslim melakukan dosa, malaikat penulis amalan buruknya akan menunggu 3 saat, jika dia memohon pengampunan Allah dalam masa 3 saat ini, malaikat tidak akan mencatitnya, menyebutnya dan pendosa tadi tidak akan dihukum pada Hari Qiamat.

3. Tercatit di dalam hadith di mana iblis berkata kepada Tuhannya:
" Daku bersumpah demi kemuliaanMu dan keagunganMu, aku akan terus menyesatkan anak-anak Adam selagi mereka masih mempunyai nyawa." Maka firman Allah Taala:
" Demi kemuliaanKu dan keagunganKu, Daku juga akan terus memberi pengampunan kepada mereka selama mana mereka terus memohon kepadaKu akan pengampunan."

4. Sesiapa yang sentiasa (istiqamah) memohon pengampunan Allah, maka Allah akan menyelamatkannya daripada segala kesusahan dan kepayahan.

5. Maksud hadith : " Seseorang yang memohon pengampunan Allah dengan banyaknya dan beristiqamah (berterusan), maka Allah akan mengurniakannya pembebasan daripada kesusahan, dan Allah akan menukarkan kesedihan dan dukanya kepada kegembiraan dan kebahagiaan dan Allah akan memberinya rezeki daripada sumber yang tidak diketahui."

6. Seorang bertanya kepada Rasulullah SAW : " Wahai Rasulullah! Apakah akan terjadi jika seseorang melakukan dosa?" Baginda menjawab, " Ia akan dicatit di dalam buku amalannya." Kemudian dia bertanya lagi, " Sekiranya dia bertaubat dan memohon keampunan Allah?" Jawab baginda SAW, " Taubatnya diterima dan dianya diampuni." Bertanya orang itu lagi, " Sekiranya dia melakukan dosa itu semula?" Baginda menjawab, "Ianya akan dicatit semula." Tanya orang itu pula, "Jika dia bertaubat di hadapan Allah dan memohon pengampunanNya?"
Baginda SAW bersabda,
"Taubatnya diterima dan dia diampunkan. Ingatlah! Allah SWT tidak merasa jemu memberikan pengampunan terhadap dosa-dosa, tetapi kamu menjadi jemu (jemu atau bosan memohon pengampunan Allah)."

7. Tercatit di dalam hadith bahawa Allah SWT berfirman, maksudnya:
" Wahai anak Adam! Aku akan mengampuni kamu selagi kamu merayu memohon keampunan kepadaKu dan berharap kepadaKu, walau apapun yang telah engkau lakukan, Aku tidak pedulinya. Wahai anak Adam! Sekiranya dosamu banyak hingga mencecah awan di langit, dan kemudian kamu datang kepadaKu merayu pengampunan, pasti Aku akan mengampunimu, Aku tidak sedikitpun mengambil kira. Wahai anak Adam! Jika engkau bertemu denganKu di mana dosa-dosamu memenuhi bumi sedangkan kamu tidak syirik kepadaKu, pasti Aku akan menemuimu dengan pengampunan sepenuh bumi."

8. Sabda baginda SAW, " Bertaubatlah kepada Allah dengan sebanyak-banyaknya kerana daku bertaubat kepadaNya 100 kali setiap hari."

9. Ada disebut di dalam hadith "Sesiapa yang memohon pengampunan Allah bagi seluruh orang beriman lelaki dan wanita, maka Allah mengurniakannya satu ganjaran bagi setiap lelaki dan wanita beriman yang wujud."

10. Menurut satu hadith bahawa pada mana jua hari apabila kedua malaikat penjaga menunjukkan amalan-amalan seseorang kepada Allah SWT, dan Allah melihat "istighfar" merupakan perkara pertama dan terakhir bagi amalan-amalannya, maka firman Allah :
" Sesungguhnya Aku telah mengampuni segala yang ada di antara keduanya (kedua-dua istighfar tersebut)."

- Dipetik daripada Buku Amalan & Ibadat Sepanjang Zaman Warisan Para Anbiya : karangan Muhammad Al-Jazri, terbitan Darul Nu'man.


Monday 5 November 2012

LAILA MAJNUN ~ SEBUAH KISAH CINTA KARYA AHLI SUFI.

Alkisah, seorang kepala suku Bani Umar di Jazirah Arab memiIiki segala macam yang diinginkan orang, kecuali satu hal bahwa ia tak punya seorang anakpun. Tabib-tabib di desa itu menganjurkan berbagai macam ramuan dan obat, tetapi tidak berhasil. Ketika semua usaha tampak tak berhasil, istrinya menyarankan agar mereka berdua bersujud di hadapan Tuhan dan dengan tulus memohon kepada Allah swt memberikan anugerah kepada mereka berdua. “Mengapa tidak?” jawab sang kepala suku. “Kita telah mencoba berbagai macam cara. Mari, kita coba sekali lagi, tak ada ruginya.”

Mereka pun bersujud kepada Tuhan, sambil berurai air mata dari relung hati mereka yang terluka. “Wahai Segala Kekasih, jangan biarkan pohon kami tak berbuah. Izinkan kami merasakan manisnya menimang anak dalam pelukan kami. Anugerahkan kepada kami tanggung jawab untuk membesarkan seorang manusia yang baik. Berikan kesempatan kepada kami untuk membuat-Mu bangga akan anak kami.”

Tak lama kemudian, doa mereka dikabulkan, dan Tuhan menganugerahi mereka seorang anak laki-laki yang diberi nama Qais. Sang ayah sangat berbahagia, sebab Qais dicintai oleh semua orang. Ia tampan, bermata besar, dan berambut hitam, yang menjadi pusat perhatian dan kekaguman. Sejak awal, Qais telahmemperlihatkan kecerdasan dan kemampuan fisik istimewa. Ia punya bakat luar biasa dalam mempelajari seni berperang dan memainkan musik, menggubah syair dan melukis.

Ketika sudah cukup umur untuk masuk sekolah, ayahnya memutuskan membangun sebuah sekolah yang indah dengan guru-guru terbaik di Arab yang mengajar di sana , dan hanya beberapa anak saja yang belajar di situ. Anak-anak lelaki dan perempuan dan keluarga terpandang di seluruh jazirah Arab belajar di sekolah baru ini.

Di antara mereka ada seorang anak perempuan dari kepala suku tetangga. Seorang gadis bermata indah, yang memiliki kecantikan luar biasa. Rambut dan matanya sehitam malam; karena alasan inilah mereka menyebutnya Laila-”Sang Malam”. Meski ia baru berusia dua belas tahun, sudah banyak pria melamarnya untuk dinikahi, sebab-sebagaimana lazimnya kebiasaan di zaman itu, gadis-gadis sering dilamar pada usia yang masih sangat muda, yakni sembilan tahun.

Laila dan Qais adalah teman sekelas. Sejak hari pertama masuk sekolah, mereka sudah saling tertarik satu sama lain. Seiring dengan berlalunya waktu, percikan ketertarikan ini makin lama menjadi api cinta yang membara. Bagi mereka berdua, sekolah bukan lagi tempat belajar. Kini, sekolah menjadi tempat mereka saling bertemu. Ketika guru sedang mengajar, mereka saling berpandangan. Ketika tiba waktunya menulis pelajaran, mereka justru saling menulis namanya di atas kertas. Bagi mereka berdua, tak ada teman atau kesenangan lainnya. Dunia kini hanyalah milik Qais dan Laila.
Mereka buta dan tuli pada yang lainnya. Sedikit demi sedikit, orang-orang mulai mengetahui cinta mereka, dan gunjingan-gunjingan pun mulai terdengar. Di zaman itu, tidaklah pantas seorang gadis dikenal sebagai sasaran cinta seseorang dan sudah pasti mereka tidak akan menanggapinya. Ketika orang-tua Laila mendengar bisik-bisik tentang anak gadis mereka, mereka pun melarangnya pergi ke sekolah. Mereka tak sanggup lagi menahan beban malu pada masyarakat sekitar.

Ketika Laila tidak ada di ruang kelas, Qais menjadi sangat gelisah sehingga ia meninggalkan sekolah dan menyelusuri jalan-jalan untuk mencari kekasihnya dengan memanggil-manggil namanya. Ia menggubah syair untuknya dan membacakannya di jalan-jalan. Ia hanya berbicara tentang Laila dan tidak juga menjawab pertanyaan orang-orang kecuali bila mereka bertanya tentang Laila. Orang-orang pun tertawa dan berkata, ” Lihatlah Qais , ia sekarang telah menjadi seorang majnun, gila!”

Akhirnya, Qais dikenal dengan nama ini, yakni “Majnun”. Melihat orang-orang dan mendengarkan mereka berbicara membuat Majnun tidak tahan. Ia hanya ingin melihat dan berjumpa dengan Laila kekasihnya. Ia tahu bahwa Laila telah dipingit oleh orang tuanya di rumah, yang dengan bijaksana menyadari bahwa jika Laila dibiarkan bebas bepergian, ia pasti akan menjumpai Majnun. Majnun menemukan sebuah tempat di puncak bukit dekat desa Laila dan membangun sebuah gubuk untuk dirinya yang menghadap rumah Laila. Sepanjang hari Majnun duduk-duduk di depan gubuknya, disamping sungai kecil berkelok yang mengalir ke bawah menuju desa itu. Ia berbicara kepada air, menghanyutkan dedaunan bunga liar, dan Majnun merasa yakin bahwa sungai itu akan menyampaikan pesan cintanya kepada Laila. Ia menyapa burung-burung dan meminta mereka untuk terbang kepada Laila serta memberitahunya bahwa ia dekat.

Ia menghirup angin dari barat yang melewati desa Laila. Jika kebetulan ada seekor anjing tersesat yang berasal dari desa Laila, ia pun memberinya makan dan merawatnya, mencintainya seolah-olah anjing suci, menghormatinya dan menjaganya sampai tiba saatnya anjing itu pergi jika memang mau demikian. Segala sesuatu yang berasal dari tempat kekasihnya dikasihi dan disayangi sama seperti kekasihnya sendiri.

Bulan demi bulan berlalu dan Majnun tidak menemukan jejak Laila. Kerinduannya kepada Laila demikian besar sehingga ia merasa tidak bisa hidup sehari pun tanpa melihatnya kembali. Terkadang sahabat-sahabatnya di sekolah dulu datang mengunjunginya, tetapi ia berbicara kepada mereka hanya tentang Laila, tentang betapa ia sangat kehilangan dirinya .Suatu hari, tiga anak laki-laki, sahabatnya yang datang mengunjunginya demikian terharu oleh penderitaan dan kepedihan Majnun sehingga mereka bertekad embantunya untuk berjumpa kembali dengan Laila. Rencana mereka sangat cerdik. Esoknya, mereka dan Majnun mendekati rumah Laila dengan menyamar sebagai wanita. Dengan mudah mereka melewati wanita-wanita pembantu dirumah Laila dan berhasil masuk ke pintu kamarnya.

Majnun masuk ke kamar, sementara yang lain berada di luar berjaga-jaga. Sejak ia berhenti masuk sekolah, Laila tidak melakukan apapun kecuali memikirkan Qais. Yang cukup mengherankan, setiap kali ia mendengar burung-burung berkicau dari jendela atau angin berhembus semilir, ia memejamkan.matanya sembari membayangkan bahwa ia mendengar suara Qais didalamnya. Ia akan mengambil dedaunan dan bunga yang dibawa oleh angin atau sungai dan tahu bahwa semuanya itu berasal dari Qais. Hanya saja, ia tak pernah berbicara kepada siapa pun, bahkan juga kepada sahabat-sahabat terbaiknya, tentang cintanya.
Pada hari ketika Majnun masuk ke kamar Laila, ia merasakan kehadiran dan kedatangannya. Ia mengenakan pakaian sutra yang sangat bagus dan indah. Rambutnya dibiarkan lepas tergerai dan disisir dengan rapi di sekitar bahunya. Matanya diberi celak hitam, sebagaimana kebiasaan wanita Arab, dengan bedak hitam yang disebut surmeh. Bibirnya diberi lipstick merah, dan pipinya yang kemerah-merahan tampak menyala serta menampakkan kegembiraannya. Ia duduk di depan pintu dan menunggu.

Ketika Majnun masuk, Laila tetap duduk. Sekalipun sudah diberitahu bahwa Majnun akan datang, ia tidak percaya bahwa pertemuan itu benar-benar terjadi. Majnun berdiri di pintu selama beberapa menit, memandangi, sepuas-puasnya wajah Laila. Akhirnya, mereka bersama lagi! Tak terdengar sepatah kata pun, kecuali detak jantung kedua orang yang dimabuk cinta ini. Mereka saling berpandangan dan lupa waktu.

Salah seorang wanita pembantu di rumah itu melihat sahabat-sahabat Majnun di luar kamar tuan putrinya. Ia mulai curiga dan memberi isyarat kepada salah seorang pengawal. Namun, ketika ibu Laila datang menyelidiki, Majnun dan kawan-kawannya sudah jauh pergi. Sesudah orang-tuanya bertanya kepada Laila,
maka tidak sulit bagi mereka mengetahui apa yang telah terjadi. Kebisuan dan kebahagiaan yang terpancar dimatanya menceritakan segala sesuatunya.

Sesudah terjadi peristiwa itu, ayah Laila menempatkan para pengawal di setiap pintu di rumahnya. Tidak ada jalan lain bagi Majnun untuk menghampiri rumah Laila, bahkan dari kejauhan sekalipun. Akan tetapi jika ayahnya berpikiran bahwa, dengan bertindak hati-hati ini ia bisa mengubah perasaan Laila dan Majnun, satu sama lain, sungguh ia salah besar.

Ketika ayah Majnun tahu tentang peristiwa di rumah Laila, ia memutuskan untuk mengakhiri drama itu dengan melamar Laila untuk anaknya. Ia menyiapkan sebuah kafilah penuh dengan hadiah dan mengirimkannya ke desa Laila. Sang tamu pun disambut dengan sangat baik, dan kedua kepala suku itu berbincang-bincang tentang kebahagiaan anak-anak mereka. Ayah Majnun lebih dulu berkata, “Engkau tahu benar, kawan, bahwa ada dua hal yang sangat penting bagi kebahagiaan, yaitu “Cinta dan Kekayaan”.
Anak lelakiku mencintai anak perempuanmu, dan aku bisa memastikan bahwa aku sanggup memberi mereka cukup banyak uang untuk mengarungi kehidupan yang bahagia dan menyenangkan. Mendengar hal itu, ayah Laila pun menjawab, “Bukannya aku menolak Qais. Aku percaya kepadamu, sebab engkau pastilah seorang mulia dan

terhormat,” jawab ayah Laila. “Akan tetapi, engkau tidak bisa menyalahkanku kalau aku berhati-hati dengan anakmu. Semua orang tahu perilaku abnormalnya. Ia berpakaian seperti seorang pengemis. Ia pasti sudah lama tidak mandi dan iapun hidup bersama hewan-hewan dan menjauhi orang banyak. “Tolong katakan kawan, jika engkau punya anak perempuan dan engkau berada dalam posisiku, akankah engkau memberikan anak perempuanmu kepada anakku?”

Ayah Qais tak dapat membantah. Apa yang bisa dikatakannya? Padahal, dulu anaknya adalah teladan utama bagi kawan-kawan sebayanya? Dahulu Qais adalah anak yang paling cerdas dan berbakat di seantero Arab? Tentu saja, tidak ada yang dapat dikatakannya. Bahkan, sang ayahnya sendiri susah untuk mempercayainya.

Sudah lama orang tidak mendengar ucapan bermakna dari Majnun. “Aku tidak akan diam berpangku tangan dan melihat anakku menghancurkan dirinya sendiri,” pikirnya. “Aku harus melakukan sesuatu.”

Ketika ayah Majnun kembali pulang, ia menjemput anaknya, Ia mengadakan pesta makan malam untuk menghormati anaknya. Dalam jamuan pesta makan malam itu, gadis-gadis tercantik di seluruh negeri pun diundang. Mereka pasti bisa mengalihkan perhatian Majnun dari Laila, pikir ayahnya. Di pesta itu, Majnun
diam dan tidak mempedulikan tamu-tamu lainnya. Ia duduk di sebuah sudut ruangan sambil melihat gadis-gadis itu hanya untuk mencari pada diri mereka berbagai kesamaan dengan yang dimiliki Laila.

Seorang gadis mengenakan pakaian yang sama dengan milik Laila; yang lainnya punya rambut panjang seperti Laila, dan yang lainnya lagi punya senyum mirip Laila. Namun, tak ada seorang gadis pun yang benar-benar mirip dengannya,Malahan, tak ada seorang pun yang memiliki separuh kecantikan Laila. Pesta itu hanya menambah kepedihan perasaan Majnun saja kepada kekasihnya. Ia pun berang dan marah serta menyalahkan setiap orang di pesta itu lantaran berusaha mengelabuinya.

Dengan berurai air mata, Majnun menuduh orang-tuanya dan sahabat-sahabatnya sebagai berlaku kasar dan kejam kepadanya. Ia menangis sedemikian hebat hingga akhirnya jatuh ke lantai dalam keadaan pingsan. Sesudah terjadi petaka ini, ayahnya memutuskan agar Qais dikirim untuk menunaikan ibadah haji ke Mekah
dengan harapan bahwa Allah akan merahmatinya dan membebaskannya dari cinta yang menghancurkan ini.

Di Makkah, untuk menyenangkan ayahnya, Majnun bersujud di depan altar Kabah, tetapi apa yang ia mohonkan? “Wahai Yang Maha Pengasih, Raja Diraja Para Pecinta, Engkau yang menganugerahkan cinta, aku hanya mohon kepada-Mu satu hal saja,”Tinggikanlah cintaku sedemikian rupa sehingga, sekalipun aku binasa, cintaku dan kekasihku tetap hidup.” Ayahnya kemudian tahu bahwa tak ada lagi yang bisa ia lakukan untuk anaknya.

Usai menunaikan ibadah haji, Majnun yang tidak mau lagi bergaul dengan orang banyak di desanya, pergi ke pegunungan tanpa memberitahu di mana ia berada. Ia tidak kembali ke gubuknya. Alih-alih tinggal dirumah, ia memilih tinggal direruntuhan sebuah bangunan tua yang terasing dari masyarakat dan tinggal didalamnya. Sesudah itu, tak ada seorang pun yang mendengar kabar tentang Majnun. Orang-tuanya mengirim segenap sahabat dan keluarganya untuk mencarinya. Namun, tak seorang pun berhasil menemukannya. Banyak orang berkesimpulan bahwa Majnun dibunuh oleh binatang-binatang gurun sahara. Ia bagai hilang ditelan bumi.

Suatu hari, seorang musafir melewati reruntuhan bangunan itu dan melihat ada sesosok aneh yang duduk di salah sebuah tembok yang hancur. Seorang liar denganrambut panjang hingga ke bahu, jenggotnya panjang dan acak-acakan, bajunya compang-camping dan kumal. Ketika sang musafir mengucapkan salam dan tidak
beroleh jawaban, ia mendekatinya. Ia melihat ada seekor serigala tidur di kakinya. “Hus” katanya, ‘Jangan bangunkan sahabatku.” Kemudian, ia mengedarkan pandangan ke arah kejauhan.

Sang musafir pun duduk di situ dengan tenang. Ia menunggu dan ingin tahu apa yang akan terjadi. Akhimya, orang liar itu berbicara. Segera saja ia pun tahu bahwa ini adalah Majnun yang terkenal itu, yang berbagai macam perilaku anehnya dibicarakan orang di seluruh jazirah Arab. Tampaknya, Majnun tidak kesulitan menyesuaikan diri dengan kehidupan dengan binatang-binatang buas dan liar. Dalam kenyataannya, ia sudah menyesuaikan diri dengan sangat baik sehingga lumrah-lumrah saja melihat dirinya sebagai bagian dari kehidupan liar dan buas itu.

Berbagai macam binatang tertarik kepadanya, karena secara naluri mengetahui bahwa Majnun tidak akan mencelakakan mereka. Bahkan, binatang-binatang buas seperti serigala sekalipun percaya pada kebaikan dan kasih sayang Majnun. Sang musafir itu mendengarkan Majnun melantunkan berbagai kidung pujiannya pada Laila. Mereka berbagi sepotong roti yang diberikan olehnya. Kemudian, sang musafir itu pergi dan melanjutkan petjalanannya.

Ketika tiba di desa Majnun, ia menuturkan kisahnya pada orang-orang. Akhimya, sang kepala suku, ayah Majnun, mendengar berita itu. Ia mengundang sang musafir ke rumahnya dan meminta keteransran rinci darinya. Merasa sangat gembira dan bahagia bahwa Majnun masih hidup, ayahnya pergi ke gurun sahara untuk menjemputnya.

Ketika melihat reruntuhan bangunan yang dilukiskan oleh sang musafir itu, ayah Majnun dicekam oleh emosi dan kesedihan yang luar biasa. Betapa tidak! Anaknya terjerembab dalam keadaan mengenaskan seperti ini. “Ya Tuhanku, aku mohon agar Engkau menyelamatkan anakku dan mengembalikannya ke keluarga kami,” jerit sang ayah menyayat hati. Majnun mendengar doa ayahnya dan segera keluar dari tempat persembunyiannya. Dengan bersimpuh dibawah kaki ayahnya, ia pun menangis, “Wahai ayah, ampunilah aku atas segala kepedihan yang kutimbulkan pada dirimu. Tolong lupakan bahwa engkau pernah mempunyai seorang anak, sebab ini akan meringankan beban kesedihan ayah. Ini sudah nasibku mencinta, dan hidup hanya untuk mencinta.” Ayah dan anak pun saling berpelukan dan menangis. Inilah pertemuan terakhir mereka.
Keluarga Laila menyalahkan ayah Laila lantaran salah dan gagal menangani situasi putrinya. Mereka yakin bahwa peristiwa itu telah mempermalukan seluruh keluarga. Karenanya, orangtua Laila memingitnya dalam kamamya. Beberapa sahabat Laila diizinkan untuk mengunjunginya, tetapi ia tidak ingin ditemani. Ia berpaling kedalam hatinya, memelihara api cinta yang membakar dalam kalbunya. Untuk mengungkapkan segenap perasaannya yang terdalam, ia menulis dan menggubah syair kepada kekasihnya pada potongan-potongan kertas kecil. Kemudian, ketika ia diperbolehkan menyendiri di taman, ia pun menerbangkan potongan-potongan kertas kecil ini dalam hembusan angin. Orang-orang yang menemukan syair-syair dalam potongan-potongan kertas kecil itu membawanya kepada Majnun. Dengan cara demikian, dua kekasih itu masih bisa menjalin hubungan.

Karena Majnun sangat terkenal di seluruh negeri, banyak orang datang mengunjunginya. Namun, mereka hanya berkunjung sebentar saja, karena mereka tahu bahwa Majnun tidak kuat lama dikunjungi banyak orang. Mereka mendengarkannya melantunkan syair-syair indah dan memainkan serulingnya dengan sangat memukau.

Sebagian orang merasa iba kepadanya; sebagian lagi hanya sekadar ingin tahu tentang kisahnya. Akan tetapi, setiap orang mampu merasakan kedalaman cinta dan kasih sayangnya kepada semua makhluk. Salah seorang dari pengunjung itu adalah seorang ksatria gagah berani bernama ‘Amar, yang berjumpa dengan Majnun dalam perjalanannya menuju Mekah. Meskipun ia sudah mendengar kisah cinta yang sangat terkenal itu di kotanya, ia ingin sekali mendengarnya dari mulut Majnun sendiri.

Drama kisah tragis itu membuatnya sedemikian pilu dan sedih sehingga ia bersumpah dan bertekad melakukan apa saja yang mungkin untuk mempersatukan dua kekasih itu, meskipun ini berarti menghancurkan orang-orang yang menghalanginya! Ketika Amr kembali ke kota kelahirannya, Ia pun menghimpun pasukannya. Pasukan

ini berangkat menuju desa Laila dan menggempur suku di sana tanpa ampun. Banyak orang yang terbunuh atau terluka.

Ketika pasukan ‘Amr hampir memenangkan pertempuran, ayah Laila mengirimkan pesan kepada ‘Amr, “Jika engkau atau salah seorang dari prajuritmu menginginkan putriku, aku akan menyerahkannya tanpa melawan. Bahkan, jika engkau ingin membunuhnya, aku tidak keberatan. Namun, ada satu hal yang tidak akan pernah bisa kuterima, jangan minta aku untuk memberikan putriku pada orang gila itu”. Majnun mendengar pertempuran itu hingga ia bergegas kesana. Di medan pertempuran, Majnun pergi ke sana kemari dengan bebas di antara para prajurit dan menghampiri orang-orang yang terluka dari suku Laila. Ia merawat mereka dengan penuh perhatian dan melakukan apa saja untuk meringankan luka mereka.

Amr pun merasa heran kepada Majnun, ketika ia meminta penjelasan ihwal mengapa ia membantu pasukan musuh, Majnun menjawab, “Orang-orang ini berasal dari desa kekasihku. Bagaimana mungkin aku bisa menjadi musuh mereka?” Karena sedemikian bersimpati kepada Majnun, ‘Amr sama sekali tidak bisa memahami hal ini. Apa yang dikatakan ayah Laila tentang orang gila ini akhirnya membuatnya sadar. Ia pun memerintahkan pasukannya untuk mundur dan segera meninggalkan desa itu tanpa mengucapkan sepatah kata pun kepada Majnun.

Laila semakin merana dalam penjara kamarnya sendiri. Satu-satunya yang bisa ia nikmati adalah berjalan-jalan di taman bunganya. Suatu hari, dalam perjalanannya menuju taman, Ibn Salam, seorang bangsawan kaya dan berkuasa, melihat Laila dan serta-merta jatuh cinta kepadanya. Tanpa menunda-nunda lagi, ia segera mencari ayah Laila. Merasa lelah dan sedih hati karena pertempuran yang baru saja menimbulkan banyak orang terluka di pihaknya, ayah Laila pun menyetujui perkawinan itu.

Tentu saja, Laila menolak keras. Ia mengatakan kepada ayahnya, “Aku lebih senang mati ketimbang kawin dengan orang itu.” Akan tetapi, tangisan dan permohonannya tidak digubris. Lantas ia mendatangi ibunya, tetapi sama saja keadaannya. Perkawinan pun berlangsung dalam waktu singkat. Orangtua Laila merasa lega bahwa seluruh cobaan berat akhirnya berakhir juga.

Akan tetapi, Laila menegaskan kepada suaminya bahwa ia tidak pernah bisa mencintainya. “Aku tidak akan pernah menjadi seorang istri,” katanya. “Karena itu, jangan membuang-buang waktumu. Carilah seorang istri yang lain. Aku yakin, masih ada banyak wanita yang bisa membuatmu bahagia.” Sekalipun mendengar kata-kata dingin ini, Ibn Salam percaya bahwa, sesudah hidup bersamanya beberapa waktu larnanya, pada akhirnya Laila pasti akan menerimanya. Ia tidak mau memaksa Laila, melainkan menunggunya untuk datang kepadanya.

Ketika kabar tentang perkawinan Laila terdengar oleh Majnun, ia menangis dan meratap selama berhari-hari. Ia melantunkan lagu-Iagu yang demikian menyayat hati dan mengharu biru kalbu sehingga semua orang yang mendengarnya pun ikut menangis. Derita dan kepedihannya begitu berat sehingga binatang-binatang yang
berkumpul di sekelilinginya pun turut bersedih dan menangis. Namun, kesedihannya ini tak berlangsung lama, sebab tiba-tiba Majnun merasakan kedamaian dan ketenangan batin yang aneh. Seolah-olah tak terjadi apa-apa, ia pun terus tinggal di reruntuhan itu. Perasaannya kepada Laila tidak berubah dan malah menjadi semakin lebih dalam lagi.

Dengan penuh ketulusan, Majnun menyampaikan ucapan selamat kepada Laila atas perkawinannya: “Semoga kalian berdua selalu berbahagia di dunia ini. Aku hanya meminta satu hal sebagai tanda cintamu, janganlah engkau lupakan namaku, sekalipun engkau telah memilih orang lain sebagai pendampingmu. Janganlah pernah lupa bahwa ada seseorang yang, meskipun tubuhnya hancur berkeping-keping, hanya akan memanggil-manggil namamu, Laila”.

Sebagai jawabannya, Laila mengirimkan sebuah anting-anting sebagai tanda pengabdian tradisional. Dalam surat yang disertakannya, ia mengatakan, “Dalam hidupku, aku tidak bisa melupakanmu barang sesaat pun. Kupendam cintaku demikian lama, tanpa mampu menceritakannya kepada siapapun. Engkau memaklumkan cintamu ke seluruh dunia, sementara aku membakarnya di dalam hatiku, dan engkau membakar segala sesuatu yang ada di sekelilingmu” . “Kini, aku harus menghabiskan hidupku dengan seseorang, padahal segenap jiwaku menjadi milik orang lain. Katakan kepadaku, kasih, mana di antara kita yang lebih dimabuk cinta, engkau ataukah aku?.

Tahun demi tahun berlalu, dan orang-tua Majnun pun meninggal dunia. Ia tetap tinggal di reruntuhan bangunan itu dan merasa lebih kesepian ketimbang sebelumnya. Di siang hari, ia mengarungi gurun sahara bersama sahabat-sahabat binatangnya. Di malam hari, ia memainkan serulingnya dan melantunkan syair-syairnya kepada berbagai binatang buas yang kini menjadi satu-satunya pendengarnya. Ia menulis syair-syair untuk Laila dengan ranting di atas tanah. Selang beberapa lama, karena terbiasa dengan cara hidup aneh ini, ia mencapai kedamaian dan ketenangan sedemikian rupa sehingga tak ada sesuatu pun yang sanggup mengusik dan mengganggunya.

Sebaliknya, Laila tetap setia pada cintanya. Ibn Salam tidak pernah berhasil mendekatinya. Kendatipun ia hidup bersama Laila, ia tetap jauh darinya. Berlian dan hadiah-hadiah mahal tak mampu membuat Laila berbakti kepadanya. Ibn Salam sudah tidak sanggup lagi merebut kepercayaan dari istrinya. Hidupnya serasa pahit dan sia-sia. Ia tidak menemukan ketenangan dan kedamaian di rumahnya. Laila dan Ibn Salam adalah dua orang asing dan mereka tak pernah merasakan hubungan suami istri. Malahan, ia tidak bisa berbagi kabar tentang dunia luar dengan Laila.

Tak sepatah kata pun pernah terdengar dari bibir Laila, kecuali bila ia ditanya. Pertanyaan ini pun dijawabnya dengan sekadarnya saja dan sangat singkat. Ketika akhirnya Ibn Salam jatuh sakit, ia tidak kuasa bertahan, sebab hidupnya tidak menjanjikan harapan lagi. Akibatnya, pada suatu pagi di musim panas, ia pun meninggal dunia. Kematian suaminya tampaknya makin mengaduk-ngaduk perasaan Laila. Orang-orang mengira bahwa ia berkabung atas kematian Ibn Salam, padahal sesungguhnya ia menangisi kekasihnya, Majnun yang hilang dan sudah lama dirindukannya.

Selama bertahun-tahun, ia menampakkan wajah tenang, acuh tak acuh, dan hanya sekali saja ia menangis. Kini, ia menangis keras dan lama atas perpisahannya dengan kekasih satu-satunya. Ketika masa berkabung usai, Laila kembali ke rumah ayahnya. Meskipun masih berusia muda, Laila tampak tua, dewasa, dan bijaksana, yang jarang dijumpai pada diri wanita seusianya. Semen tara api cintanya makin membara, kesehatan Laila justru memudar karena ia tidak lagi memperhatikan dirinya sendiri. Ia tidak mau makan dan juga tidak tidur dengan baik selama bermalam-malam.

Bagaimana ia bisa memperhatikan kesehatan dirinya kalau yang dipikirkannya hanyalah Majnun semata? Laila sendiri tahu betul bahwa ia tidak akan sanggup bertahan lama. Akhirnya, penyakit batuk parah yang mengganggunya selama beberapa bulan pun menggerogoti kesehatannya. Ketika Laila meregang nyawa dan sekarat, ia masih memikirkan Majnun. Ah, kalau saja ia bisa berjumpa dengannya sekali lagi untuk terakhir kalinya! Ia hanya membuka matanya untuk memandangi pintu kalau-kalau kekasihnya datang. Namun, ia sadar bahwa waktunya sudah habis dan ia akan pergi tanpa berhasil mengucapkan salam perpisahan kepada Majnun. Pada suatu malam di musim dingin, dengan matanya tetap menatap pintu, ia pun meninggal dunia dengan tenang sambil bergumam, Majnun…Majnun. .Majnun.

Kabar tentang kematian Laila menyebar ke segala penjuru negeri dan, tak lama kemudian, berita kematian Lailapun terdengar oleh Majnun. Mendengar kabar itu, ia pun jatuh pingsan di tengah-tengah gurun sahara dan tetap tak sadarkan diri selama beberapa hari. Ketika kembali sadar dan siuman, ia segera pergi menuju desa Laila. Nyaris tidak sanggup berjalan lagi, ia menyeret tubuhnya di atas tanah. Majnun bergerak terus tanpa henti hingga tiba di kuburan Laila di luar kota . Ia berkabung dikuburannya selama beberapa hari.

Ketika tidak ditemukan cara lain untuk meringankan beban penderitaannya, per1ahan-lahan ia meletakkan kepalanya di kuburan Laila kekasihnya dan meninggal dunia dengan tenang. Jasad Majnun tetap berada di atas kuburan Laila selama setahun. Belum sampai setahun peringatan kematiannya ketika segenap sahabat dan kerabat menziarahi kuburannya, mereka menemukan sesosok jasad terbujur di atas kuburan Laila. Beberapa teman sekolahnya mengenali dan mengetahui bahwa itu adalah jasad Majnun yang masih segar seolah baru mati kemarin. Ia pun dikubur di samping Laila. Tubuh dua kekasih itu, yang kini bersatu dalam keabadian, kini bersatu kembali.

Konon, tak lama sesudah itu, ada seorang Sufi bermimpi melihat Majnun hadir di hadapan Tuhan. Allah swt membelai Majnun dengan penuh kasih sayang dan mendudukkannya disisi-Nya.Lalu, Tuhan pun berkata kepada Majnun, “Tidakkah engkau malu memanggil-manggil- Ku dengan nama Laila, sesudah engkau meminum anggur Cinta-Ku?”

Sang Sufi pun bangun dalam keadaan gelisah. Jika Majnun diperlakukan dengan sangat baik dan penuh kasih oleh Allah Subhana wa ta’alaa, ia pun bertanya-tanya, lantas apa yang terjadi pada Laila yang malang ? Begitu pikiran ini terlintas dalam benaknya, Allah swt pun mengilhamkan jawaban kepadanya, “Kedudukan Laila jauh lebih tinggi, sebab ia menyembunyikan segenap rahasia Cinta dalam dirinya sendiri.”

Wa min Allah at Tawfiq

Diambil dari Negeri Sufi ( Tales from The Land of Sufis )


Tentang Penulis Laila Majnun, Syaikh Sufi Mawlana Hakim Nizhami qs :

Syaikh Hakim Nizhami qs merupakan penulis sufi terkemuka diabad pertengahan karena dua roman cinta yang menyayat hati, yaitu Laila & Majnun serta Khusrau & Syirin. Kisah sedih Laila & Majnun , dimana Majnun yang berarti “Tergila-gila akan Cinta”, karena cintanya yang tak sampai pada Laila, akhirnya membuatnya gila. Kisah cinta ini dibaca selama berabad-abad, ratusan tahun jauh sebelum Romeo & Julietnya Wiliam Shakespeare sehingga Kisah Laila & Majnun terkenal sebagai kisah cintanya Persia .

Syaikh Nizhami qs adalah seorang Syaikh Sufi, dan yang dimaksud “kekasih” dalam berbagai kisahnya sesungguhnya adalah perwujudan Allah swt. Syaikh Nizhami hidup dari tahun 1155 M – 1223 M, beliau lahir dikota Ganje di Azerbaijan. Ia telah menempuh jalan sufi semenjak masa mudanya, dan ia diajar oleh Nabi Khidir as, Sang Pembimbing Misterius dan ia dilindungi 99 Nama Allah Yang Maha Indah ( Asmaul Husna).
Syaikh Nizhami qs sangat menguasai berbagai macam ilmu, seperti matematika, filsafat, Hukum Islam, dan kedokteran. Banyak karyanya merupakan pelajaran tersembunyi bagi pemeluk tariqah sufi dan penempuh jalan spiritual. Karya Syaikh Nizhami qs terkenal karena bahasanya yang halus. Karya Laila dan Majnun sebenarnya berbentuk sajak berirama sebanyak 4500 syair sajak, yang dikenal dengan sebutan Matsnawi. Sebagaimana lazimnya terjadi pada para Syaikh Sufi, yang tertinggal dari Syaikh Nizhami qs adalah ajaran-ajaran sufi yang sangat tinggi.

sumber : klik di sini.

Saturday 3 November 2012

SEKADAR PESANAN..



1 . wahai ombak lautan yang berombak
wahai bayu datangmu ubah pasir persisiran
duhai Kekasih ku datang bagai gelora ombak
hati dan jiwa berserah mohon kemaafan....

2. fahamilah apa itu takdir
akan berseri nanti hidup hidup yang ditakdir
begitulah tn hukum alam tak perlu difikir
namun ada insan lalai lupa apa itu takdir......

3. hidup jika mengadai harta
mengharap agar diri berharga
adakah harta syafaat kita
atau cinta RASUL lebih bahagia ?.......

4.yang mulia itu pasti kita hormatkan
yang rendah jangan pula dihina
semoga harga diri diterima Tuhan
buat bekalan hidup yang kedua......

5. jangan lautan hendak diduga
jika ilmu tidak cukup didada
berilmulah beramallah kita
kerana ilmu kunci segala amalan jua...

6.itulah pesan Khalifah Samudera
menjadi bekal pada kita agar berusaha
ingatlah pepatah ini
menjadi panduan hidup berbudi
agar hidup lebih bermakna
agar hidup menjadi saksama
agar diri ingat akan Ilahi
kerana itu semua adalah hidup yang di rahmati........

Khalifah Samudera

Thursday 1 November 2012

Kisah Iblis Laknatullah dengan Ahli Neraka

Dalam sebuah hadith diterangkan bahawa apabila penghuni neraka sudah sampai di neraka, maka di situ disediakan sebuah mimbar dari api, dipakaikan pakaian dari api, bermahkota dari api dan diikat iblis laknatullah itu dengan tali dari api.

Kemudian dikatakan kepada iblis laknatullah: "Wahai iblis, naiklah kamu ke atas mimbar dan bersyarahlah kamu kepada penghuni neraka." Setelah iblis laknatullah menerima arahan maka dia pun naik ke atas mimbar dan berkata: "Wahai para penghuni neraka." Semua orang yang berada dalam neraka mendengar akan ucapannya dan memandang mereka kepada ketua mereka iaitu iblis laknatullah .

Kata iblis laknatullah : "Wahai orang-orang yang kafir dan orang-orang munafiq, sesungguhnya Allah SWT telah menjanjikan kepadamu dengan janji yang benar bahawa kamu semua itu mati dan akan dihalau dan akan dihisab dan akan menjadi dua kumpulan. Satu kumpulan ke syurga dan satu kumpulan ke neraka Sa'iir."

Berkata iblis laknatullah lagi: "Kamu semua menyangka bahawa kamu semua tidak akan meninggalkan dunia bahkan kamu semua menyangka akan tetap berada di dunia. Tidaklah ada bagiku kekuasaan di atasmu melainkan aku hanya mengganggu kamu semua. akhirnya kamu semua mengikuti aku, maka dosanya adalah untuk kamu. Oleh itu janganlah kamu mengumpat aku, mencaci aku, sebaliknya umpatlah dari kamu sendiri, kerana sesungguhnya kamu sendirilah yang lebih berhak mengumpat daripada aku yang mengumpat."

Berkata iblis laknatullah lagi: "Mengapakah kamu tidak mahu menyembah Allah sedangkan dia Allah yang menciptakan segala sesuatu?"

Akhirnya iblis laknatullah berkata: "Hari ini aku tidak dapat menyelamatkan kamu semua dari seksa Allah, dan kamu juga tidak akan dapat menyelamatkan aku. Sesungguhnya pada hari aku telah terlepas dari apa yang telah aku katakan kepada kamu, sesungguhnya aku diusir dan ditolak dari keharibaan Tuhan seru sekalian Alam."

Setelah mereka (ahli neraka) mendengar kata-kata iblis laknatullah itu maka mereka melaknati iblis itu. Setelah itu iblis laknatullah dipukul oleh Malaikat Zabaniah dengan tombak dari api dan jatuhlah dia ke tempat yang paling bawah, dia kekal selama-lamanya bersama-sama dengan orang-orang yang menjadi pengikutnya dalam neraka.

Malaikat Zabaniah berkata: "Tidak ada kematian bagi kamu semua dan tidak ada pula bagimu kesenangan, kamu kekal di dalam buat selama-lamanya."

Wallahu'alam.

Menggigil Lutut Jin dan Manusia Melihat Neraka Jahanam

Dalam hadith yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahanam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahanam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung di sebelah kanan jin dan manusia. Dan sebuah kumpulan asap lagi mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka di sebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan dibelakang mereka. Dan mereka (jin dan manusia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergementarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil: "Ya Tuhan kami selamatkanlah."

Dikisahkan dalam sebuah hadith bahawa sesungguhnya neraka jahanam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ianya menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu pula terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api. Di setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadith tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 kolah bisa.

Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.

Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda : "Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah SWT dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : "Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras." Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.

Mujahid berkata: "Sesungguhnya apimu ini berlindung kepada Allah SWT dari neraka jahannam." Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya seringan-ringan siksa ahli neraka iaitu seorang yang berkasutkan dari api neraka, dan dapat mendidihkan otaknya, seolah-olah ditelinganya ada api, dan giginya berapi dan dibibirnya ada wap api, dan keluar ususnya dari bawah kakinya, bahkan ia merasa bahawa dialah yang terberat siksanya dari semua ahli neraka, padahal ia sangat ringan siksanya dari semua ahli neraka."

Wallahu'alam.

Kesengsaraan di dalam Neraka

Dari Anas bin Malik RA berkata: "Jibrail datang kepada Nabi SAW pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi SAW "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah SWT menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah SWT itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya."

Lalu Nabi SAW bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah SWT menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama 1,000 tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan 1,000 tahun sehingga putih, kemudian 1,000 tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah SWT yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah SWT yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah SWT yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke 7. Demi Allah SWT yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada 7 pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi SAW bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda."

Tanya Rasulullah SAW: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa AS serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu keempat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu keenam tempat orang nasara bernama Sa’ir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah SAW sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ketujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka Nabi SAW jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi SAW di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar Nabi SAW bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian Nabi SAW menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi SAW masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah SWT.

Dari Hadith Qudsi: "Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu, Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah, setiap daerah mempunyai 70,000 kampung, setiap kampung mempunyai 70,000 rumah, setiap rumah mempunyai 70,000 bilik, setiap bilik mempunyai 70,000 kotak, setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum, di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular, di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai, setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat."

Wallahu'alam.