Pages

Wednesday 21 November 2012

BUMI PALESTIN YANG BERDARAH..



Bumi Palestin,bumi anbiya
keringat dan darah tidak henti tertumpah
Mereka bangkit,mereka rebah,
Merah darah menitis belum cukup menebus maruah,
Dari nafsu si bajingan BANGSA- BANGSA BANGSAT gila menjajah,

Bumi Palestin, bumi pejuang
tertiarap melihat anak mati di riba,
terdengar agama di caci di maki di hina
Haruskah dunia bisu tanpa bicara,
Dari BAJINGAN BANGSAT melakukan angkara durjana.

Bumi Palestin, bumi Islam yang punya
Biar dengan darah tertumpah
bukan lagi dengan hanya simpati ,
Berjuang kita sama tuju sama arah,
Berjuang kita sebagai pemegang amanah
Biar keringat kering diperah
Jangan maruah tergadai bersepah
Agar melihat Islam Palestin berdiri megah
Bersama panji panji Syuhadah
Dan kembali menjadi Bumi BERTUAH.

Khalifah Samudera.
21/11/12
11.45 pm




~ Deritamu Di Mata Dunia ~

di sana
suara puji-pujian kedengaran sayu
tangis darah bercampur debu
peluru berterbangan tak mengira waktu
deritamu di mata dunia
hanyalah lembaran berita
dalam arus media massa.

kuasa-kuasa besar dunia
hanya memberi ancaman
tapi tidak dizahirkan dengan tindakan
seolah apa yang terjadi
sekadar mainan
begitu angkuhnya si zalim yang dilaknat
mengingkari perjanjian damai yang dibuat.

Justeru itu bantahan dibuat
bukan hanya atas nama agama
tetapi juga atas nama keamanan
dan keadilan bagi masyarakat dunia
menentang kekejaman dan kezaliman
kuasa tunggal yang menindas
tapi sampai bila ia akan berakhir.

----->.. ibnuamar.. 21nov2012.



~ 64 Tahun Palestin Bermandi Darah ~

Hampir 64 tahun
Rejim zionis Israel bermaharajalela
Sememangnya amat panjang
Terutamanya bagi penduduk Palestin
Keperitan tiada diketahui bilakah kesengsaraan
Yang dicipta oleh satu kuasa
Bernama Israel itu akan berakhir
Di bumi Palestin bumi bertuah.

Sebermula 64 tahun yang lalu
Rakyat Palestin terus-terusan dinafikan hak
Untuk menghirup udara kebebasan
Di tanah tumpah sendiri
Seawal tragedi Naqbat tahun 1948
Penduduk Palestin telah dihalau
Dari kampung halaman secara kejam
Oleh Rejim zionis Israel
Yang telah buat pertama kali ketika itu
Memperkenalkan terorisma
Sebagai kaedah untuk mencapai matlamat mereka.

Puluhan bom telah pun digugurkan
Dan perang tanpa mandat dari PBB dilancarkan
Ketika matahari baru terjaga Palestin bergegar
Dengan dentuman serangan
Kita di Malaysia sedang enak-enak bersarapan
Berehat di kedai kopi atau sibuk menjalankan urusan kerja
Sedangkan di sana
Suatu jenayah kemanusiaan telah pun bermula.

Biar pun dunia mengutuk
PBB memberi kata dua
Namun Israel tetap kebal
Israel kebal kerana adanya sokongan kuasa besar
Israel menjadi 'anak emas' Amerika Syarikat
Antara negara pemegang kuasa veto di PBB
Tiada siapa mahu memutar-belitkan ayat
Yang tersusun begitu cantik
Memang sudah terbukti Israel
Tidak menghormati aspirasi Palestin.

Penderitaan penduduk Palestin
Bukan sehari dua
Dan bukan juga setahun dua
Tetapi telah menjangkau 64 tahun
Apakah pelindungan yang mereka perolehi
Selama tempoh tersebut, apakah jaminan dunia
Bahawa serpihan tanah yang mereka miliki
Akan terus kekal menjadi milik mereka
Sedangkan Israel yang sewenang-wenangnya
Mencabul segala undang-undang antarabangsa
Tidak pernah sama sekali dihadapkan ke muka pengadilan.

---- > .. ibnuamar.. 21nov2012.

No comments:

Post a Comment