Pages

Tuesday 25 April 2017

AKIBAT SUKA SOLAT DI HUJUNG WAKTU

Para Malaikat menyeretnya melalui orang ramai, menuju ke arah api neraka yang menjulang julang.

Dia menjerit sekuat hati dan tertanya tanya jika ada mana mana orang yang mampu membantunya.

Dia menjerit lagi sambil menyebutkan semua kebaikan yang telah dia lakukan; bagaimana dia sering membantu ibu bapanya. Bagaimana dia tidak pernah tinggal puasanya, tidak pernah tinggal solatnya, selalu bersedekah dan rajin membaca  al-Quran.

Dia terus menjerit lagi, namun tiada seorangpun tampil membantunya.

Para malaikat terus mengheret dia. Dan mereka semakin hampir dengan kawah api neraka.

Dia menoleh ke belakang dan ini rayuannya yg terakhir. Dia teringat...

Tidak! Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda:

"Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa dosa mereka"

Dia menjerit lagi sekuat tenaga:
"Solat saya? Solat saya? Doa saya?"

Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan terus mengheretnya ke tepi jurang neraka. Bahang api neraka yang membahang terasa menyambar mukanya.

Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa-apa lagi yang tinggal di dalam dirinya.

Salah satu malaikat menolak dia masuk ke kawah neraka Jahannam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke dalam kawah api.

Dia mandapati dirinya terus melayang dan akhirnya jatuh ke dalam kawah api neraka yg menjulang tinggi selama 70 tahun.

Setelah 70 tahun sengsara dibakar api, tiba tiba terasa tangannya diraih oleh satu lengan.

Dia ditarik kembali ke atas.

Apabila dia mengangkat kepalanya, dia melihat seorang lelaki yang sangat tua dengan janggut putih yang panjang memegang tangannya.

Lelaki itu kelihatannya sangat daif. Sambil menyapu debu di tubuhnya dia bertanya lelaki tua itu:

"Siapakah anda?"

Orang tua itu menjawab: "Aku lah solat anda"

"Mengapa kamu begitu lewat bantu saya?  Wahai solatku, saya telah terjunam ke dalam neraka selama 70 tahun! Kenapa setelah tubuh saya hangus dan hampir berkecai baru kamu datang selamatkan saya?? Kenapaaa...?."

Orang tua itu tersenyum sambil menggelengkan kepalanya, dan berkata:

"Adakah awak lupa? Selama hidup di dunia dulu awak sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir!!"

"Setiap kali Maghrib awak beri tumpuan pada drama tv dulu..

"Zohor awak lewat. Awak utamakan kerja dari saya. Asar dan Subuh selalu di hujung waktu.

"Awak ingatkah itu semua??"

Jerkahan lelaki tua itu mengejutkannya dari tidur.l.

Dia terjaga dan mengangkat kepalanya dari tidur. Seluruh tubuhnya basah oleh peluh ketakutan.

Ketika itu juga dia mendengar laungan  azan dikumandangkan menandakan masuknya waktu Solat Subuh.

Dia bangun dengan cepat dan mengambil wudhu. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini. Dia telah mendapat petunjuk yang maha benar.

Wallahu A'lam.

*Semoga bermanfaat buat semua. 😊

Tuesday 18 April 2017

Art Diary 18

Done !
Simple drawing.
Arang diatas kertas A3
Father & daughter.
Tool Faber Castell Pensil.

Seni Purba 5


Terhasil.
Seni Purba bah 5.
Arang diatas kertas A3
Model : Poknik Jebeng.
Album asal : afandi.
Tool : Derwent Pensil

" ..... Pujuk hati agar TIDAK mengeluh dan cubalah lihat kepada mereka yg lebih susah dari kita. Kita kena redho bukan pasrah. Bersedialah menerima keadaan dgn hati yg ikhlas Tanpa mengalah dan bersikap Lemah.

Tetapi ingat bahawa rintangan, kegagalan, dan tragedi adalah sebahagian daripada kehidupan kita. Sama ada kita berjaya mencari kegembiraan dan kejayaan dalam perjuangan hidup seharian adalah bergantung kepada keupayaan kita untuk tabah melalui ujian yang paling sukar tanpa mengalah...... "

#NeverSurrender

Art Diary 17

My Old Friend.... Tn DSP.

Art Diary 16

Kawan Akak Aisyah.

Monday 17 April 2017

ISTIQAMAH MENGAJI

■ Jangan sekali kali tinggalkan *Al Quran*...Ini cara mudah lepaskan diri dari seksaan kubur

■ Rumah yang dibacakan Al Quran, pada waktu malam rumahnya bercahaya, sehingga dikenali Malaikat

■ Jika mati orang yang suka baca Al Quran, cahaya di rumahnya akan diangkat ke langit & malaikat-malaikat akan tau, ooo mati sudah si pembaca Al Quran ini, Mari kita solatkan rohnya.

■ Didalam kubur, malaikat akan berlemah lembut dengan mayat.

■ Al Quran akan duduk didada kita selepas kita selesai dimandi & dikafankan dan terus menemani kita didalam kubur.

■ Azab kubur bermula apabila mayat tidak dapat menjawab soalan2 Malaikat

■ Sesi soal jawab berlangsung selama 3 hari. Ada Riwayat lain kata 7 hari.

■ Penting 7 hari ini kita mendapat doa dari anak2 yang soleh supaya hari2 kita indah didalam kubur.

■ Masa mayat tu duduk kita akan sedar, ohh...aku dah meninggal dah...

■ Pesanan akhir Ustaz, sebelum mati, tolong pastikan sekurang kurangnya ada Al Mulk dalam dada kita.

■ Celakalah orang yang tidak dapat jawab soalan mengenai Rasullullah SAW,
dalam kubur Al Quran akan berkata kepada mayat, aku ini Al Quran yang dulu kamu baca dengan suara yang lantang & mendayu.

■Aku akan menemani kamu sehinggalah kamu masuk ke syurga.

■Lepas tu baru Al Quran akan lepaskan mayat kepada 2 malaikat yang akan menyoal.

■Jangan lupa salawat, cintailah Nabi sepenuh jiwa

Semoga Bermanfaat

Ustaz Ahmad Dusuki

ISTIQAMAH

Istiqamah adalah sebesar-besar karamah dan kemuliaan ALLAH kepada hamba-NYA... Untuk itu mari kita merenung adakah istiqamah ada pada kita?

-Syeikhuna

CINTA

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

"Untuk meraih kesempurnaan iman, kita mestilah mengikat CINTA kita kepada Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam."

- Ad Daie'ilallah Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid -

BETAPA HEBATNYA CINTA RASULULLAH ﷺ TERHADAP UMATNYA

*Rasulullah menangis hingga pengsan ketika Jibril menyebutkan penghuni neraka yang ke-7. Siapakah mereka? Ikuti pembacaan hadis dibawah.

Suatu hari Jibril datang kepada Rasulullah pada waktu yg tidak seperti biasa. Raut wajah tidak seperti biasa. Nampak berbeza.

Rasulullah SAW  bertanya:
"Mengapa aku melihat kau berubah muka (wajah)?" Jawab Jibril: "Ya Muhammad, aku datang kpdmu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan nyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahwa neraka Jahannam itu benar, siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar,  untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman drpdnya".

Lalu Rasullulah saw bersabda:
"Ya Jibril, jelaskan padaku sifat Jahannam".

Jawab Jibril: "Ketika Allah menjadikan Jahanam, maka dinyalakan selama 1000 tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan 1000 tahun sehingga putih, kemudian 1000 tahun lagi sehingga hitam, lalu menjadi hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.

Demi Allah, seandainya  terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar semua penduduk dunia kerana panasnya. Demi Allah, andainya satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi karena panas dan basinya.

Demi Allah, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke 7.

Demi Allah, andainya  seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yg di hujung timur kerana sangat panasnya. Jahannam itu sangat dalam, perhiasannya besi dan minumannya air panas bercampur nanah dan pakaiannya adalah potongan api.

Api neraka itu ada 7 pintu, jarak antara pintu sejauh 70 tahun dan tiap pintu panasnya 70 kali dari pintu yg lain".
Dinyatakan dalam 1 Hadis Qudsi: "Bagaimana kamu masih bisa melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari-KU. Tahukah kamu bahwa neraka jahanamKU itu  mempunyai 7 tingkat.

Setiap tingkat mempunyai 70000 daerah. Setiap daerah mempunyai 70000 kampung. Setiap kampung mempunyai 70000 rumah. Setiap rumah mempunyai 70000 bilik. Setiap bilik mempunyai 70000 kotak. Setiap kotak mempunyai 70000 batang pokok zaqqum.

Di bawah setiap pokok zaqqum mempunyai 70000 ekor ular. Di dalam mulut setiap ular yang panjangnya 70 hasta mengandung lautan racun yg hitam pekat. Dan di bawah setiap pokok zaqqum terdapat 70000 rantai. Setiap rantai diseret oleh 70000 malaikat".

"Api yg ada sekarang ini, yg digunakan bani Adam untuk membakar, hanyalah 1/70 dari api neraka jahannam"
-HR. Bukhari-Muslim.

ALLAH berfirman dalam beberapa ayat berikut.

"Apabila neraka itu melihat mereka dari tempat yg jauh, mereka akan mendengar kegeraman dan suara nyalanya".- QS. Al-Furqan: 11.

"Apabila mereka dilemparkan ke dalamnya, mereka mendengar suara neraka yg mengerikan, sedang neraka itu menggelegak, hampir-hampir (neraka) itu terpecah lantaran marah". -QS. Al-Mulk: 7.

Air di jahannam adalah Hamim (air panas yg menggelegak), anginnya adalah Samum (angin yg amat panas), sedang naungannya adalah Yahmum (naungan berupa potongan-potongan asap hitam yg sangat panas). - QS. Al-Waqi'ah: 41-44.

Nabi Muhammad SAW meminta Jibril untuk menjelaskan satu per satu mengenai pintu-pintu neraka tersebut.

"Pintu pertama dinamakan Hawiyah (jurang), yg diperuntukkan bagi kaum munafik dan kafir.

Pintu ke 2 dinamakan Jahim, yg diperuntukkan bagi kaum musyrikin.

Pintu ke 3 dinamakan Saqar, yg diperuntukkan bagi kaum shobiin atau penyembah api.

Pintu ke 4 dinamakan Ladha, diperuntukkan bagi iblis dan para pengikutnya.

Pintu ke 5 dinamakan Huthomah (menghancurkan hingga berkeping-keping), diperuntukkan bagi kaum Yahudi.

Pintu ke 6 dinamakan Sa'ir (api yg menyala-nyala), diperuntukkan bagi kaum kafir.

Rasulullah bertanya: "Bagaimana dgn pintu ke 7 ?"

Sejenak malaikat Jibril seperti ragu ragu untuk menyampaikan siapa yg akan menghuni pintu ketujuh. Akan tetapi Rasulullah SAW mendesaknya sehingga akhirnya Malaikat Jibril mengatakan ...

"Pintu ke 7 diperuntukkan bagi umatmu yg berdosa besar dan meninggal sebelum bertaubat."

Mendengar penjelasan itu,  Rasulullah terkejut lalu  pengsan. Jibril lalu meletakkan kepala Rasulullah SAW di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar beliau bersabda: "Ya Jibril, sungguh besar kerisauan dan rasa sedihku, apakah ada seorang dari umat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari umatmu."

Nabi Muhammad SAW lalu menangis. Jibril pun ikut menangis. Kemudian Nabi langsung masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sholat.

Setelah kejadian itu, beliau tidak berbicara dengan siapapun selama beberapa hari dan ketika sholat beliau pun menangis dengan tangisan yang sangat memilukan.

Jom kita taubat sebelum terlewat dgn taubatan nasuha. Ya Allah, mohon ampun atas segala dosa. Janganlah sampai kita meninggal sebelum bertaubat.

Banyakkan selawat kpd  Nabi Muhammad SAW agar kita mendapatkan syafa'at beliau di akhirat nanti.

Wahai sahabat & saudara2ku, jika selama ini saya salah dan khilaf.
Ana uhibbukum fillah... Semoga kita saling memanggil untuk masuk ke syurga nanti. Jangan sampai ada yg tertinggal di neraka.
Jika engkau tidak menemuiku di Jannah, maka tolong cari dan keluarkan daku dari neraka. ..Naudzubillahi min dzalik...

Wallahu'alam

C&P

Majlis Ilmu, terdapat 4 jenis hidayah

1. Hidayah niat ; Tak semua orang dapat hidayah untuk berniat bagi hadir ke Majlis Ilmu. Ada sekadar sekali lalu sahaja melihat pemakluman akan adanya Majlis Ilmu tersebut. Jadi, bila kita dapat hidayah niat, InshaAllah kita akan dapat hidayah kedua.

2. Hidayah hadir ; Ada orang niat sudah ada, tapi belum dapat hadir. Hidayah untuk dia hadir ke Majlis Ilmu itu masih belum izin. Niatlah seribu kali mana pun, tapi dia belum diberi hidayah untuk hadir. Kena check balik niat semula. Datang untuk tambah ilmu atau jadi mata lalat, mencari-cari salah silap ilmu yang disampaikan. Bila dapat hadir, InshaAllah akan dapat hidayah seterusnya.

3. Hidayah faham ; Ini paling penting. Ada yang lepas 3 jenis hidayah untuk ke Majlis Ilmu, tapi dia masih belum dapat hidayah faham akan apa jua ilmu yang disampaikan. Orang faham lain, dia faham lain. Songsang. Kadang tak faham langsung. Bila seseorang itu sudah dapat hidayah faham, penyampai ilmu cakaplah bahasa apa sahaja pun, InshaAllah dia dapat faham. Penyampai ilmu itu guna bahasa kiasan pun dia dapat tangkap dan faham. Tapi, tak semua orang dapat hidayah faham. Itu yang memandai-mandai.

4. Hidayah amal ; Dia dah niat, dah hadir, dah faham tapi dia tak amal dengan apa ilmu yang dia faham dan belajar. Ribu-ribu majlis Ilmu dia hadir, siap berselfie lagi dengan penceramah dan tokoh ilmuwan yang menyampaikan ilmu, tapi bila balik rumah, tak amal langsung apa yang dia faham. Ini tentang kita jugalah. Tak amal ilmu yang difahamkan. Bila orang lain amal, dia pelik dan terus melabel.

HARAPAN BUAT SI PENDOSA

Kelebihan istighfar berdalilkan ayat quran:
1. Dapat keampunan
2. Diturunkan hujan
3. Dikurniakan harta dan zuriat
4. Disuburkan tanaman
5. Dialirkan sungai

( فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا . يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا . وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا )
نوح/10 - 12 .

Sungguh kita semua insan yang sangat banyak dosa dan salah dan sungguh kita jugalah orang yang kurang menyedari betapa banyaknya dosa kita.

Melakukan dosa adalah bukti ketidaksempurnaan kita. Tapi itu bukan alasan untuk kita berasa lelah dengan kebaikan dan berputus asa untuk berubah ke arah kebaikan.

Ada pendosa yang rasa tiada harapan untuk dia kembali ke pangkal jalan.

Ada yang malu untuk berubah sebab takut diejek orang.

Ada yang putus asa sebab rasa terlalu banyak dosa sampai rasa tiada orang yang lebih jahat darinya hingga dia terus dalam kejahatan disebabkan putus asa untuk jadi baik.

Semua bentuk bisikan ini antara tipu daya iblis untuk terus menyesatkan anak Adam hingga akhirnya seorang pendosa itu semakin tenggelam dalam dosanya dan melakukan lebih banyak dosa dari sebelumnya.

Sedangkan dalam Islam, harapan sentiasa ada. Semua orang boleh jadi baik. Semua orang boleh berubah. Ada banyak kisah-kisah perubahan yang luar biasa dan mengagumkan yang tercatat dalam sejarah Islam.

Mari saya kongsikan apa yang Allah katakan kepada kita semua, sang pendosa.

Dalam sebuah hadith Qudsi, Allah subhanahu wa ta'ala berkata:

يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ فِيكَ وَلَا أُبَالِي
"Wahai anak Adam, tidaklah engkau berdoa kepadaKu (agar diampunkan dosa) dan berharap kepadaKu melainkan Aku akan ampuni dosamu dan Aku tidak perduli (dosamu yang lalu)."

يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ وَلَا أُبَالِي
"Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu mencapai setinggi langit kemudian engkau meminta ampun kepadaKu tentu aku akan mengampunimu, dan Aku tidak peduli (akan dosamu itu)."

يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ الْأَرْضِ خَطَايَا ثُمَّ لَقِيتَنِي لَا تُشْرِكُ بِي شَيْئًا لَأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً
"Wahai anak Adam, seandainya engkau datang kepadaKu dengan membawa kesalahan sepenuh bumi kemudian engkau menemuiKu dengan tidak menyekutukanKu dengan sesuatu (tidak mensyirikkan Allah), nescaya Aku akan datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi."

[Riwayat Al-Tirmizi no. 3540]

Subhanallah!

Rasailah sendiri betapa besarnya rahmat dan keampunan Allah. Tidak ada orang yang masih berputus asa dengan keampunan dan harapan untuk ke arah kebaikan selepas mengetahui hadith ini melainkan dia pasti dalam kerugian yang besar!

Buat kita para pendosa, dosa kita tidaklah sebesar rahmat dan keampunan Allah. Mintalah ampun dan berubahlah, pasti Dia ampunkan dan memimpinmu ke arah petunjukNya.

Semoga bermanafaat...