Pages

Tuesday 27 August 2013

MESIR , IKHWAN MUSLIMIN , YAHUDI.

Assalamualaikum...
Artikel panjang tp sgt2 berbaloi baca sampai habis.. berikut adalah perkongsian kesah mengenai Mesir yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Awang.

Mesir dulunya dikuasai kezaliman yang mencengkam, oleh perbuatan Hosni Mubarak yang menjadi patung puppet yahudi. Setelah Hosni digulingkan, pilihanraya diadakan di Mesir. Ketika itu Dr Mursi bertanding menentang Jeneral Syafique (yang satu geng dengan Hosni), di mana ketika itu kolaborasi antara Ikhwanul Muslimin dan Parti Nur (Salafi)

Dr Mursi pun menang. Berbagai kebaikan telah dilakukannya, zero rasuah, pembukaan sempadan Gaza di Rafah, saluran bantuan kepada pelarian Palestin, membebaskan tahanan2 penjara yang tidak bersalah (dipenjara kerana bertentang fahaman dengan Hosni), dan banyak lagi. Salah satu rancangan paling besar beliau ialah membina pelabuhan terbesar di dunia di perairan laut Mediteranean berhampiran Suez canal. Ia sebagai hub penghubung logistik semua barang-barang eksport dari seluruh asia, untuk dipasarkan kepada Eropah (pedagang eropah tak perlu belayar jauh lagi)

Dr Mursi juga mengingatkan bahawa sistem beraja yang dikira pemerintahan anak beranak, adalah bukan dari ajaran Islam. Dan beliau beratus-ratus kali menyelar Israel laknatullah dan syiah Bashaar di Syria. Suaranya sangat lantang sehingga mampu mengeluarkan kenyataan di mana beliau mengajak rakyatnya berjihad di Palestin dan Syria.
Pemerintahan hampir setahun Dr Mursi, melihatkan ramai golongan tak senang duduk. Pastinya Israel sejak dulu amat takut dengan Ikhwanul Muslimin. Perang arab-israel dahulu pun dicetuskan oleh IM dan Hamas. Dua kolaborasi ini amat membimbangkan israel. Maka israel merosakkan Mesir dari dalam.
As-Sisi, El-Baradei, adalah dua nama terbesar yang menjadi puppet israel. walaubagaimanapun terkini, el baradei telah meletak jawatannya dalam kerajaan haram as-sisi dan lari ke Austria. tinggallah As-Sisi terkontang-kanting, sekarang.

Mengapa Syeikhul Azhar menyebelahi As-Sisi? Kerana, sejak Hosni Mubarak memerintah, Syeikhul Azhar dipilih dan ditetapkan oleh kerajaan. Maka, orang yang dilihat cenderung pada kerajaan sahaja pastinya akan dipilih sebagai Syeikhul Azhar. Kerana itulah sejak penggulingan Dr Mursi, hampir 99% ulama (guru2 pengajar) di Al-Azhar tidak setuju dengan tindakan Syeikhul Azhar, malah menyertai perhimpunan pro Mursi. Hasilnya, 30 ulama azhar syahid di Dataran Rabaah 14 ogos lalu.
Alasan yang Syeikhul Azhar berikan ialah, dalam memilih dua perkara yang berisiko, yang mendatangkan mudarat, wajiblah memilih salah satu yang kurang risiko/mudaratnya. Pada analisisnya, beliau sebagai wakil seluruh umat Islam Mesir, jika dia menyokong Dr Mursi, akan mengakibatkan mudarat yang besar di mana perang saudara akan berlaku. Jika menyokong kerajaan as-sisi, maka kemungkinan keadaan akan dapat dikawal.

Namun firasatnya silap. Tidak disangka jutaan rakyat Mesir menyokong Mursi dan rela syahid. Kini, syeikhul azhar sudah menampakkan kekesalannya dan mengeluarkan kenyataan bahawa beliau ingin berkecuali dari kerajaan haram as-sisi.
Mengapa Parti Nur Salafi menyebelahi as-sisi? Parti Nur memenangi tempat kedua dalam pilihanraya sebelum ini, di mana ikhwanul muslimin mendapat tempat pertama. Maka, Parti Nur salafi memenuhi parlimen dengan kedua paling banyak kerusi. Parti ini adalah dari salafi yang sememangnya ekstrimist. Mereka dengan IM memang sejak dahulu tidak sehaluan, namun dalam menumbangkan konco2 Hosni Mubarak sebelum ini, mereka seolah-olah bersatu dengan IM. Jadi, mereka tamakkan kuasa untuk mentadbir Mesir.

Mengapa Raja Saudi menyebelahi as-sisi? Kerana salafi, yang sememangnya extrimist dan selama ini banyak tidak kesah pasal Syria dan Palestin, dan berkecuali terhadap perbuatan zalim israel, tiba-tiba nak menyokong kerajaan haram as-sisi, sebab apa? tak lain tak bukan, kerana yahudi juga yang menguasai raja saudi. Dan raja saudi juga bimbang dengan IM kerana Dr Mursi menyatakan tentang sistem beraja adalah bukan dari ajaran Islam. raja saudi bimbang akan kedudukannya. Bimbang rakyat saudi akan menggulingkannya satu hari nanti.

Di dalam saudi sendiri terdapat pergolakan antara rakyatnya dengan ulama salafi , dimana ulama salafi itu adalah ulama tetap kerajaan saudi di bawah payung raja saudi. fatwa2 karut dan extrimist seperti wanita haram bawa kereta, sudah mula memberi tentangan kepada ulama salafi sejak dulu. dari salafi inilah wujudnya extrimist2 seperti osama bin laden (yang memang diketahui salafi wahabbi) dan suka bom sana bom sini bunuh sana bunuh sini.
Namun baru beberapa hari lepas, ulama salafi kerajaan saudi mengeluarkan kenyataan bahawa Dr Mursi adalah dipihak yg benar. Ia bertentangan dengan pendirian raja saudi sendiri. Dilihat mungkin satu hari nanti, saudi sendiri akan mengalami arab spring.

Mengapa Emeriah arab bersatu dan Kuwait menyebelahi as-sisi? Kerana plan Dr Mursi untuk membina pelabuhan terbesar itu. Pelabuhan2 mereka akan kurang profit kerana selama ini, servis pelabuhan adalah sumber ekonomi kedua terbesar selepas minyak, bagi kedua2 negara ini. Dan Emeriah arab bersatu, adalah kerajaan salafi.
Erdogan, ketua negara Turki juga kini secara tidak dijangka menyokong Mursi dan memeranjatkan Israel. Kesatuan eropah juga tidak mengiktiraf kerajaan haram as-sisi. begitu juga brazil, jepun, dan afrika selatan. Dilihat kini, rancangan yahudi untuk memporak perandakan islam di Mesir adalah gagal.

Sekian.

Diceritakan oleh Ustaz Ahmad Awang.

Sunday 18 August 2013

ANAK YANG SOLEHKAH KITA ?

Assalamualaikum..


“Apabila meninggal dunia seorang anak Adam maka putuslah segala amalannya kecuali tiga iaitu :

1.Sedekah yang di tinggalkan semasa hidup.
2.Ilmu yang di menfaatkan. dan
3.Anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya.”

Selalu kita dengar hadis ni...tapi malam ni KS nak share story yg bersangkutan dengan hadis ni...

Pada suatu hari ketika baginda sedang duduk di sekeliling oleh para sahabat, datanglah seorang lelaki yang bernama Usaid bin Malik bin Rabiah menghadapnya. Dia adalah seorang pahlawan Islam yang sangat berani.

Setiap kali Nabi SAW mengadakan majlis itu, Usaid sentiasa menghadirinya. Dia merasakan segala nasihat-nasihat tentang agama dan ilmu itu sangat penting baginya. Ketika mereka sedang asyik mendengar syarahan dari baginda, tiba-tiba datang seorang lelaki dari golongan Bani Salmah. Sebaik sahaja dia masuk kemajlis itu dengan hormat dia pun bertanya kepada Rasulullah SAW. :

“Ya Rasul Allah, masih dapatkah saya berbuat baik terhadap ibu bapa saya meskipun mereka telah meninggal dunia. Semasa mereka masih hidup saya telah berbuat baik terhadap mereka mengikut apa yang terdaya oleh saya. Saya sentiasa berfikir apakah yang boleh saya lakukan setelah keduanya meninggal dunia.”

Rasulullah SAW menjawab yang bermaksud : “Ya…dapat, sembahyangkanlah untuk kedua ibu bapa kamu, mohon keampunan untuk keduanya, laksanakanlah wasiatnya dan eratkanlah silaturahim dengan orang-orang yang kedua ibu bapa kamu lakukan serta muliakanlah teman kedua ibu bapa kamu.”

Sebaik sahaja mereka terdengar jawapan dari Rasulullah SAW itu mereka terdiam seketika tetapi di wajah masing-masing terbayang kegembiraan. Lelaki yang bertanya tadi masih tidak faham akan jawapan yang di berikan oleh Rasulullah SAW, lantas dia meminta baginda menerangkan sekali lagi.

Rasulullah SAW tersenyum mendengar kata-kata lelaki itu lantas baginda pun bersabda yang bermaksud “Apabila meninggal dunia seorang anak Adam maka putuslah segala amalannya kecuali tiga iaitu :
1.Sedekah yang di tinggalkan semasa hidup.
2.Ilmu yang di menfaatkan. dan
3.Anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya.”

Setelah Rasulullah SAW berkata begitu barulah lelaki itu faham dan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Nabi SAW kerana telah memberi sesuatu yang besar menfaatnya kepada yang hidup maupun yang telah mati.”
(Hadis Riwayat Luqman Hakim)

Berdasarkan hadis yang diatas dapatlah kita mengambil pengajaran bahawa apabila kita ingin menjadi anak yang soleh kita mestilah beriman dan bertakwa kepada Allah SWT. dan berbuat baik kepada kedua ibu bapa kita dan mendoakan kepada mereka, samaada semasa mereka masih hidup ataupun setelah kematian kedua-duanya.............

Saturday 17 August 2013

MESIR DAN TRAGEDI 4

[Tragedi Pembunuhan di Mesir : Setelah hari ini adakah muslim akan percaya lagi kepada kotak undi?]


Oleh : Robert Fisk

Bongkah perpaduan bangsa Mesir telah terpecah. Kesatuan Mesir yang patriotik seumpama gam yang telah mengikat bangsa Mesir sekian selama semenjak penggulingan sistem monarki dan pemerintahan Jamal Abdul Nasser telah terlerai di tengah-tengah pembunuhan beramai-ramai, pertempuran senjata dan kemarahan terhadap penindasan ke atas Ikhwan Muslimin. Ratusan terkorban - 200, 300 syahid - seumpama tidak memberi sebarang perbezaan kepada apa yang berlaku: bagi jutaan rakyat Mesir, demokrasi telah musnah di tengah-tengah kemarakan api dan keganasan yang telah dilakukan. Apakah orang Islam yang berpegang teguh pada kepercayaan mereka akan masih memberi kepercayaan mereka kepada peti undi lagi setelah apa yang berlaku?



Ini adalah kisah benar terhadap apa pertumpahan darah yang telah berlaku. Siapakah yang boleh terkejut apabila beberapa penyokong Ikhwanul Muslimin telah mengacukan Kalashnikovs di jalanan Kaherah? Atau terkejut akan penyokong-penyokong tentera dan kerajaan sementara -tidak kurang yang menahan senjata mereka malah menghasilkan senjata mereka sendiri dan mula membuat serangan balas. Ianya bukanlah pertembungan di antara Ikhwanul Muslimin dan tentera, meskipun inilah yang cuba dimanipulasikan oleh beberapa jurucakap Barat dalam menggambarkan tragedi yang telah berlaku. Keganasan hari ini telah menyebabkan berlaku perpecahan di kalangan masyarakat Mesir yang mana bakal mengambil masa yang lama untuk kembali seperti yang sediakala; di antara golongan berhaluan kiri dan golongan sekularis, di antara Kristian Koptik dan Muslim Sunni, di antara orang awam dan polis, di antara Ikhwanul Muslimin dan tentera. Inilah yang menyebabkan Mohamed el-Baradei telah mengambil keputusan untuk meletakkan jawatannya malam ini. Rentetan dari peristiwa-peristiwa yang berlaku beberapa gereja telah dibakar dan dimusnahkan.

Di Algeria pada tahun 1992 dan di Kaherah 2013- siapakah yang dapat mengetahui apa yang bakal terjadi kepada Tunisia di minggu dan bulan yang mendatang? - Muslim yang memenangi tampuk kekuasaan, secara adil serta demokrasi melalui sistem pengundian yang sama, telah disingkirkan daripada kedudukan mereka. Dan siapakah yang dapat melupakan pengepungan kejam yang dilakukan terhadap Gaza setelah rakyat Palestin keluar untuk mengundi dan memenangkan parti Hamas? Tidak kira sebanyak mana pun kesilapan yang telah dilakukan oleh Ikhwanul Muslimin selama di Mesir, pemerintahan mereka yang dilihat tidak cerdik dan tidak sekata- seorang presiden iaitu Mohamed Morsi yang dilantik secara demokrasi telah digulingkan oleh pihak tentera. Ianya merupakan rampasan kuasa oleh tentera dan John McCain tepat sekali dalam menggunakan istilah ini.




Ikhwanul Muslimin seharusnya telah lama dahulu kehilangan serinya namun kini cuba untuk tetap berselindung di sebalik label pseudo-demokrasi yang telah dibenarkan oleh pihak ketenteraan di Mesir- bukan kerana ianya sesuatu yang adil, telus, dapat diterima atau telus tetapi lebih kepada alternatif ini mengelakkan daripada berlaku kembalinya kepada tangkapan-tangkapan di waktu malam, penyiksaan, keganasan dan pembunuhan- dan kembalinya kepada sisi gelap itu akan hanya membawa kepada dua keberhasilan sama ada Ikhwanul Muslimin dihapuskan dengan cara kekerasan mahupun Ikhwanul Muslimin dengan nasib yang baik dapat mencapai kejayaan untuk beberapa tempoh akan datang dalam membentuk sistem autokrasi Islam.

Para penganalisis politik mempunyai beberapa kajian mereka sendiri pada hari ini sebelum mayat pertama korban semalam dikuburkan. Adakah Mesir mampu mengelakkan tercetusnya perang saudara? Adakah 'pengganas' Ikhwanul Muslimin bakal 'dibersihkan' oleh pihak tentera? Bagaimana dengan mereka yang terlebih dahulu melakukan demonstrasi menentang Morsi sebelum beliau digulingkan? Hanya Tony Blair seorang diri daripada kalangan mereka yang bersetuju akan pengambilan kuasa oleh Jeneral Abdul Fattah Al-Sisi telah menyebut akan kacau bilau yang bakal terjadi rentetan daripada peristiwa ini. Setiap keganasan yang berlaku di Sinai, pucuk pistol yang berada di tangan anggota-anggota Ikhwanul Muslimin sekarang akan digunakan untuk menunjukkan kepada dunia bahawasanya pertubuhan mereka mungkin kekurangan persenjataan tetapi merupakan pertubuhan Islam yang tersusun merupakan sayap kanan bagi Al-Qaeda.

Sejarah mungkin melihat dari sudut yang berbeza. Sukar untuk menjelaskan bagaimana ribuan-atau mungkin jutaan -golongan berpendidikan, liberal rakyat Mesir memberikan sepenuh sokongan kepada jeneral yang setelah penggulingan Mubarak, menghabiskan masanya mewajarkan ujian keperawanan tentera terhadap penunjuk perasaan wanita di Medan Tahrir. As-Sisi akan semakin mendapat pengawasan masyarakat pada hari-hari mendatang; dia sering dikatakan bersimpati dengan Ikhwan, walaupun idea ini telah diprovokasi dengan pemakaian niqab isterinya. Sebilangan besar intelektual kelas pertengahan yang menyatakan sokongan terhadap tentera akan terpaksa menahan bibit kesedaran mereka untuk menempatkan diri dengan peristiwa-peristiwa akan datang.


Mampukah pemegang Anugerah Nobel dan pakar nuklear Mohamed al-Baradaei, personaliti yang paling terkenal-pada mata Barat, tidak pada rakyat Mesir- di dalam 'kerajaan sementara', dimana pandangan sosial dan integriti dilihat,anehnya,menakutkan dengan tindakan kerajaan'nya' pada hari ini, kekal berkuasa? Sudah tentu tidak. Dia mesti turun, sekalipun dia tidak menjangka kesudahan sebegitu, memperjudikan kuasa politiknya apabila dia bersetuju untuk naik sebagai menteri pilihan tentera seusai rampasan tentera bulan lalu. Tetapi sebilangan penulis dan artis yang berkeras berpendapat rampasan kuasa ini hanyalah penerusan dari revolusi 2011- setelah darah yang tumpah dan perletakan jawatan al-Baradei- terpaksa meluahkan bahasa penyesalan untuk melepaskan diri dari dipersalahkan secara moral akan peristiwa-peristiwa ini. 

Sudah tentu, bersedia untuk soalan-soalan luar biasa. Adakah ini pengakhiran kepada politik Islam? untuk seketika, semestinya Ikhwan sudah tidak tidak berkeinginan lagi untuk mengeksperimentasikan demokrasi- kengganan yang serta merta membawa bahaya kepada Mesir. Andai tiada kebebasan,akan tercetus keganasan, Adakah Mesir akan menjadi Syria seterusnya? Seperti tidak. Mesir bukanlah negara sektarian(kepuakan)- tidak pernah sama sekali, sekalipun dengan 10 peratus rakyatnya Kristian-ataupun wujudnya mereka yang bersifat ganas. Mesir tidak pernah merasai kekejaman sepertimana kebangkitan rakyat Algeria menentang Perancis, ataupun pemberontakan rakyat Syria, Lubnan dan Palestin terhadap British dan Perancis. Namun banyak sekali roh-roh yang akan menggantung kepala mereka dalam keaiban hari ini; peguam revolusioner agung semasa kebangkitan 1919, sebagai contoh, Saad Zaghloul. Dan Jeneral Muhammad Naguib dimana revolusi 1954 begitu menyerupai keinginan rakyat di Tahrir pada 2011.

Namun, ya, sesuatu telah mati di Mesir hari ini. Bukan revolusi, kerana di seluruh dunia Arab, integriti pemilikan -rakyat yang menuntut bahawa mereka, bukanlah pemimpin mereka, yang memiliki negera mereka-masih kekal,namun berlumuran darah. Rakyat tidak berdosa mati, sudah tentu, ia berlaku setiap kali revolusi. Tidak, apa yang telah luput pada hari ini ialah idea yang menyebut Mesir ialah negara Arab yang akan kekal abadi, ideal nasionalis, ketulinan sejarahnya bahawa Mesir menganggap semua rakyatnya adalah anak-anaknya. Untuk mangsa-mangsa Ikhwan hari ini- bersama polis dan penyokong pro-kerajaan-juga adalah anak-anak bangsa Mesir. Dan tiada siapa pun yang mengatakannya. Mereka telah menjadi 'pengganas", musuh kepada rakyat. Itulah warisan Mesir yang baru.



Sumber : independent.co.uk

MESIR DAN TRAGEDI 3

KAHERAH, MESIR - Pasukan keselamatan Mesir menggempur kem penunjuk perasaan yang menyokong presiden yang digulingkan, Mohamed Mursi secara besar-besaran yang setakat ini menyebabkan hampir 200 nyawa orang penduduk Arab di negara itu terkorban.

Sekurang-kurangnya 235 orang terbunuh dalam insiden itu, termasuk 43 polis, dan 2,000 lagi cedera dalam pertempuran sengit yang merebak di luar Kaherah ke bandar-bandar dan bandar-bandar di seluruh Mesir, kata seorang pegawai kesihatan.

Ikhwan Muslimin berkata jumlah kematian yang dikenali sebagai "pembunuhan beramai-ramai" adalah jauh lebih tinggi.

Susulan operasi menamatkan tunjuk perasaan dan keganasan yang tercetus itu, kerajaan sementara mengisytiharkan darurat di seluruh Mesir dan perintah berkurung di Kaherah serta 13 wilayah lain.

Pihak berkuasa berkata, 278 terbunuh dalam operasi sejak semalam termasuk 43 anggota polis yang kebanyakan mangsa yang terbunuh adalah di Kaherah.

Menteri Dalam Negeri Mesir, Mohamed Ibrahim berkata 43 anggota keselamatan maut.

Justeru itu, katanya, pasukan keselamatan akan terus berusaha untuk memusnahkan kem penunjuk perasaan di Ibu negara dan tidak akan sesekali untuk bertolak ansur dengan penyokong bekas presiden yang digulingkan itu.

Sementara itu, Perdana Menteri Hazem el-Beblawi pula menegaskan bahawa mereka akan mempertahankan penggunaan kekerasan meskipun dikutuk oleh Amerika Syarikat dan kerajaan di Eropah.

Ini kerana katanya, pihak berkuasa tidak mempunyai pilihan lain bagi menamatkan penyebaran anarki di negara Mesir.

"Kami mendapati inilah cara untuk mencapai titik penyelesaian meskipun tiada negara yang  boleh menerima," katanya dalam satu ucapan di televisyen.

Sebelum ini, beribu-ribu penyokong Mursi telah berkhemah di dua tempat utama di Kaherah sejak beliau digulingkan pada 3 Julai, dan mereka telah berikrar untuk tidak meninggalkan tempat kem itu sehingga Mursi kembali berkuasa.

Meskipun perintah darurat dikuatkuasakan jam 4 petang waktu tempatan manakala perintah berkurung selama 11 jam sehari bermula 7 petang.



Namun, keganasan dilaporkan terus merebak di luar ibu negara itu sehingga banyak lagi nyawa melayang.

Imej dari video dan gambar terus tersebar di media sosial mengenai operasi mengempur tunjuk perasaan itu dengan negara kuasa dunia mengutuk keras penggunaan pasukan keselamatan.

Beberapa jam selepas anggota keselamatan Mesir menembak gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan di khemah mereka di Rabaa al-Adawiya di timur Kaherah, mayat lebih 124 orang bergelimpangan di kawasan itu.

Di hospital, lantai digenangi dengan darah dengan pihak perubatan bertungkus-lumus menyelamatkan mereka kritikal dan masih bernyawa.

Antara yang terbunuh adalah anak perempuan kepada pemimpin Ikhwanul Muslimin, Mohammed al-Beltagui, Asmaa al-Beltagui yang berusia 17 tahun.

Jurukamera veteran Sky News dari Britain, Briton Mick Deane, ditembak dan terbunuh ketika membuat liputan kejadian itu.

Dia dibawa ke hospital untuk dirawat sebelum meninggal dunia selepas itu.

Badan pemerhati media antarabangsa mendesak pihak berkuasa Mesir menyiasat serangan terhadap wartawan dan mahu pihak yang bertanggungjawab didakwa.

Mereka turut mengutuk keganasan yang tercetus selepas polis yang dibantu kereta perisai tentera, helikopter dan jentolak dalam menggempur penunjuk perasaan yang menyokong bekas Presiden, Mohammed Mursi sehingga banyak nyawa terkorban.

MESIR DAN TRAGEDI 2


Ikhwan Muslim menyifatkan tidak ada apa yang mampu menghalang "revolusi gemilang" di Mesir - yang telah mengorbankan lebih 500 nyawa di hari paling berdarah di Mesir. 


"Kami akan terus kami duduk dan melakukan demonstrasi di seluruh negara sehingga demokrasi dan kedaulatan yang sah dipulihkan di Mesir," kata Essam Elerian, seorang anggota kanan kumpulan Islam itu.

Penunjuk perasaan di Kaherah yang menyokong bekas Presiden Mohamed Mursi berkata, pasukan keselamatan melancarkan satu "serangan penuh " kepada apa yang mereka panggil sebagai demonstrasi aman.

Kerajaan sementara Mesir berkata, ia telah cuba untuk menyuraikan penunjuk perasaan secara aman, tetapi terpaksa bertindak balas apabila beberapa penunjuk perasaan bertukar menjadi ganas.

Wartawan CNN melaporkan, ramai penunjuk perasaan cedera atau terbunuh bersenjata.


Pada akhir Rabu, sekurang-kurangnya 421 orang terbunuh dan lebih 3,500 cedera dalam pertempuran di negara ini.

MESIR DAN TRAGEDI 1


KAHERAH - MESIR. Hari yang digelar "Jumaat Kemarahan" menyaksikan Mesir terus bergolak dengan tembakan gas pemedih mata dan terus dilepaskan ke arah penyokong Mohamed Mursi.

Al-Jazeera melaporkan gas pemedih mata dilepaskan ke arah penunjuk perasaan di Medan Ramsis.


Mesir Kini turut memuatnaik perkembangan di laman Facebook menyatakan, para penunjuk perasaan menulis tentang maklumat diri mereka diatas tangan untuk membolehkan kaum keluarga mereka mengecam sekiranya mereka syahid.


Menurut Mesir Kini, rakyat Mesir hari ini dihidangkan dengan paparan muka hadapan akhbar yang cuba mengelirukan rakyat.

Antaranya ;

Al-Ahram Al- Masai :

Tentera militia Ikhwan menjalankan skrip lakonan (bumi terbakar). Kerajaan membongkar jenayah terancang oleh Ikhwan untuk membakar pejabat-pejabat dan hospital-hospital bagi menghuru-harakan negara

Al-Ahram:

Kabinet: Jenayah terancang untuk meranapkan negara. Mangsa yang terbunuh telah meningkat hingga 578 orang dan seramai 4,201 orang telah cedera. Dan pihak keselamatan telah kehilangan seramai 47 orang anggotanya.

Al-Fajr:


As-Sisi kepada Adly Mansour: Aku bersedia untuk memberi pertolongan dan kita tidak akan menunggu lain waktu.


Muka hadapan akhbar di Mesir Versi 2 (16 Ogos 2013 ).


Al-Misr Al-Youm:

Tentera militia Ikhwan memusnahkan harta benda awam

Al-Watan:

Al-Ikhwan: Hari ini (Jumaat pembunuhan)

Al-Shrouk:

Malam serangan ke atas gereja-gereja di Mesir. Lebih daripada 20 gereja telah dibakar dalam masa satu hari. Tempat kediaman orang-orang kristian di wilayah-wilayah turut dirompak.

Al-Youm Al-Sabi': Organisasi rahsia memulakan perancangan huru-hara di bawah naungan Obama. Ikhwan melaksanakan skrip (lakonan) membakar wilayah-wilayah dan pejabat-pejabat serta menyekat jalan-jalan. Amerika mengancam untuk memutuskan hubungan diplomatik.


*inilah surat khabar yang terhidang kepada rakyat Mesir setiap hari, majoriti tidak bebas berpihak kepada kerajaan kudeta. Bagaimana rakyat yang tiada akses internet boleh mendapatkan berita sebenar yang bebas dari sebarang pengaruh? - Sumber : wartawan Mesir Kini


Dalam perkembangan terbaru, dilaporkan langit di Medan Ramsis dihujani dengan gas pemedih mata yang dilepaskan ke arah perhimpunan anti kudeta.


Paling menyayat hati, sumber Mesir Kini melaporkan 45 orang mati syahid di Medan Ramsis ekoran bedilan peluru pasukan keselamatan.

Sumber : 
Klik.

Gambar 1 : Penunjuk perasaan menulis tentang maklumat diri mereka diatas tangan untuk membolehkan kaum keluarga mereka mengecam sekiranya mereka syahid. - Sumber : masr25channel


Gambar 2 : perhimpunan besar-besaran yang dilancarkan dari Masjid Al Sharbiny, di Jalan Abaas El Aqad, Madinah Nasr. Orang ramai semakin meningkat dan mereka menjangkakan ada perhimpunan lain akan menyertai mereka. - Sumber: Rabaa Today

MURSI DAN MESIR..


Semenjak penggulingan presiden pilihan rakyat Mesir, Dr Mohamed Mursi pada 3 Julai lepas, lebih 300 nyawa terkorban, lebih 2,000 yang lain cedera, manakala lebih 1,700 individu ditahan tanpa bicara termasuk presiden Mesir yang pertama dipilih secara demokratik.

Bagi ramai pihak di Mesir, mereka melihat konflik berlaku adalah rampasan kuasa pihak tentera yang disokong golongan Tamarrod daripada rakyat Mesir yang telah memberikan legitimasi kekuasaan kepada Mursi dan Kabinet yang dibentuknya.

Bagi pihak tentera dan Tamarrod pula, penggulingan Mursi merupakan satu langkah demi menyelamatkan sistem demokrasi yang telah dicabul oleh Mursi dan kumpulan Ikhwanul Muslimin dengan beberapa tindakan mereka yang telah mencemarkan mandat rakyat kepada mereka.

Maka, untuk menjustifikasikan hujah mereka yang telah menyebabkan perhimpunan kemuncak pada 30 Julai lalu, dua isu utama ditimbulkan, pertamanya kegagalan Mursi untuk memulihkan keadaan sosioekonomi Mesir, dan yang keduanya, usaha licik Mursi dan Ikhwan untuk membolot semua kuasa di Mesir (Ikhwanatu Misr atau mengikhwankan Mesir) untuk menegakkan agenda radikal mereka yang tidak menjaga kepentingan golongan minoriti.

Maka, demi menyelamatkan Mesir dari diperintah oleh golongan radikal, mereka terpaksa keluar beramai-ramai memaksa agar Mursi meletakkan jawatan walaupun setelah memenangi Pilihan Raya Presiden setahun lalu dengan undian hampir 52%, dan walaupun belum cukup tempoh mandat diberikan kepadanya. Persoalannya, apakah benar Mursi gagal dan apakah benar beliau menjadi alat kepada Ikhwan untuk membolot semua kuasa di Mesir?


Gagal pulih ekonomi?

Hakikatnya, Mursi menerima bebanan yang terlalu besar daripada rejim Mubarak untuk diperbaiki. Amat mustahil untuk menyelesaikannya dalam tempoh setahun. Sewaktu mengambil tampuk pemerintahan, Dr Mursi terpaksa menanggung hutang kerajaan Mesir yang lepas dianggarkan sebanyak 1,300 billion Egyptian Pound. Sewaktu Dr Mursi mengambil alih tampuk kepimpinan, seramai lima juta rakyat Mesir tidak memiliki tempat tinggal; kadar rakyat yang keciciran pelajaran melebihi 30 juta orang; tujuh juta ibu tunggal rata-ratanya tidak ada pekerjaan tetap dan mengharapkan sepenuhnya bantuan kerajaan. Ini hanya secebis dari isu sosioekonomi di Mesir, ribuan lagi masalah terpaksa Mursi hadapi dalam menjadikan Mesir negara stabil.

Malangnya, dalam keadaan getir seperti itu, pihak liberal, elitis sekular dan saki-baki rejim Mubarak menangguk di air keruh. Semenjak setahun Mursi dipilih rakyat, golongan pembangkang tidak pula berusaha untuk bersama dengan beliau membangunkan negara, jauh sekali menghargai apa telah beliau dan Kabinetnya lakukan. Apa yang berlaku sepanjang setahun pemerintahan beliau, kumpulan pembangkang hanya berjaya melakukan 50 kempen besar-besaran untuk memburuk-burukkan Mursi, di samping penghinaan dan ejekan setiap hari di media milik mereka.  Dalam tempoh setahun pihak pembangkang mengadakan sebanyak 7,709 protes di seluruh Mesir sehingga merencatkan pembangunan; sebanyak 24 kali seruan untuk perhimpunan sejuta rakyat agar keluar ke jalan mendesak Mursi untuk meletakkan jawatan bermula beberapa minggu selepas Mursi dilantik. Pemimpin dan kerajaan manakah yang boleh bertahan dalam keadaan seperti ini? Hanya kerajaan diktator sahaja mampu mengendalikan kegilaan mereka yang gila kuasa seperti ini. Namun, IM tidak sekali-kali akan menggunakan kuku besi dan juga kuasa diktator, kerana ia bertentangan dengan prinsip asas gerakan tersebut - menentang keganasan dan sistem kuku besi!

Kegagalan pihak Liberal dan Tamarrod secara amnya untuk menerima perbezaan dan menghormati mekanisme demokratik menunjukkan pihak sekular dan liberal di Mesir tidak demokratik. Hal ini jelas terlihat pada perancangan lama dan juga bersepadu mereka untuk menjatuhkan IM dan Mursi semenjak keputusan Pilihan raya Parlimen dan juga semenjak hari pertama Mursi dilantik. Antara hujah mereka, golongan Ikhwanul Muslimin ingin menjadikan Mesir negara teokratik, maka IM berusaha meng’Ikhwan’kan Mesir dengan menguasai kesemua institusi kerajaan. Mereka juga menuduh IM memonopoli penggubalan perlembagaan agar Mesir tidak bersikap sekular, walaupun dalam kumpulan penggubal perlembagaan yang telah dibentuk oleh Parlimen, ia dianggotai oleh semua aliran, termasuk golongan liberal, sekular, Kristian dan sosialis.

Akhirnya, hujah paling ampuh untuk menggulingkan kuasa dengan mengatakan Mursi gagal memulihkan ekonomi Mesir, dan juga tidak mampu memerintah Mesir. Persoalannya, jika Mursi ada kelemahan sekalipun, ia bukanlah alasan kukuh beliau digulingkan sewenang-wenangnya. Hakikatnya, tiada presiden mampu mengubah sebuah negara pasca-revolusi dalam sekelip mata. Persoalan lagi, apakah benar Mursi gagal melakukan apa-apa perubahan untuk menyelamatkan Mesir?


Benarkah Mursi gagal?

Terdapat beberapa mitos berkaitan tempoh pentadbiran Presiden Mursi yang sering dijaja pihak Tamarrod. Antara paling popular ialah keadaan ekonomi Mesir semakin teruk pada zaman Mursi. Hal ini dapat dilihat secara kasar pada krisis bekalan petrol, bahan bakar dan elektrik di seluruh Mesir, terutama di Kaherah. Antara yang sering ditimbulkan juga ialah tahap ekonomi keluarga di Mesir juga semakin parah setelah revolusi dan setelah Mursi menjawat jawatan presiden.

Malangnya, kebanyakan tuduhan ini sama ada tidak berdasarkan bukti dan angka-angka yang rasmi, ataupun ia berdasarkan angka-angka yang dimanipulasi untuk menjustifikasikan tuduhan mereka. Hal ini telah segera dibalas semula oleh pihak kerajaan pimpinan Mursi dan juga mereka yang terlibat. Ini dapat dilihat dalam laman web (http://www.morsifirstyear.com/en/) yang dibangunkan oleh para penyokong Mursi dan juga laporan-laporan dari institusi-institusi kewangan antarabangsa.

Walaupun mewarisi Mesir yang dipenuhi 1001 masalah sosioekonomi, dan beliau juga mengalami pelbagai kesukaran dan halangan,  bagaimanapun, dalam tempoh setahun pentadbirannya, di dalam keadaan penuh kekangan dan kelemahan, beliau berjaya membawa beberapa perubahan dalam pembangunan, ekonomi mahupun keadilan sosial. Antaranya menyediakan peruntukan 100 juta pound Egypt untuk membantu hampir 500,000 ibu tunggal di seluruh Mesir. Pada Julai 2013, 500,000 ibu tunggal tersebut menerima pencen 400 pound Egypt sebulan untuk menyara keluarga mereka. Malangnya, apabila berlaku rampasan kuasa, pembiayaan tersebut dihentikan.

Kerajaan Mursi juga menghapuskan hutang lapuk yang ditanggung 52,200 petani kecil dan susah di pedalaman agar dapat memulakan hidup baru. Dalam sektor kesihatan pula, kerajaan Mursi menyediakan insurans kesihatan untuk 13.2 juta kanak-kanak di seluruh Mesir berjumlah 160 juta Pound Egypt. Manakala 1.2 juta rakyat pula menikmati perkhidmatan kesihatan percuma. Dasar prihatin OKU kerajaan Mursi amat patut diberikan perhatian. Antara langkah- mengurangkan yuran kesihatan di hospital-hospital untuk beli ubat sebanyak 37%, dan potongan tambang tiket keretapi 75% kepada warga OKU. Dasar seumpama ini tidak pernah dikenali pada zaman rejim yang memerintah sebelum Mursi.

Dalam tempoh setahun juga kerajaan pimpinan Mursi berjaya menyediakan sebanyak 45,388 rumah mampu milik untuk rakyat Mesir yang belum memiliki rumah. Seramai 90,000 keluarga juga menikmati skim pinjaman untuk bina rumah sendiri.

Antara usaha kerajaan Mursi untuk merangsang ekonomi Mesir ialah menaikkan gaji kakitangan kerajaan berjumlah 6.4 juta orang. Peruntukan untuk gaji para kakitangan kerajaan dinaikkan dari keseluruhan 122.8 bilion Pound Egypt pada 2011 kepada 172 bilion Pound Egypt untuk tahun-tahun 2013-2014.

Kerajaan Mursi juga telah menyediakan sebanyak 593,000 peluang pekerjaan baru untuk rakyat dengan belanjawan melebihi 3.5 bilion Pound Egypt, dan ini merangkumi 5,611 pekerjaan untuk graduan menganggur. Sepanjang pemerintahan Mursi, negara Mesir telah menyaksikan peningkatan KDNK pada tahap terbaik berbanding tahun-tahun 2010-2011, iaitu purata 2.4% pada 2013 berbanding 1.8% pada 2011 dan 2012.

Malangnya semua pencapaian Mursi ini disembunyikan daripada pengetahuan umum oleh media yang dimiliki oleh saki-baki rejim lama dan juga golongan liberal. Sebaliknya, segala kelemahan yang diwujudkan oleh saki-baki rejim sengaja diperbesar-besarkan agar mengaburi mata awam dan rakyat yang naif serta masyarakat antarabangsa agar membina persepsi bahawa Mursi dan IM gagal memerintah negara. Malang lagi dalam proses memperbodohkan rakyat ini, golongan intelektual, politikus dan elitis sekular Mesir yang anti-Mursi dan anti-IM juga terlibat.

Bersambung..

Sumber :
 Usaha Mursi yang disembunyi
DR MASZLEE MALIK 

Sunday 4 August 2013

SIFAT API NERAKA DAN KEADAANNYA.

Assalamualaikum dan salam Ramadhan..

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Api neraka telah dinyalakan selama seribu tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga gelap bagaikan malam yang kelam."

                        Diriwayatkan bahawa Yazid bin Martsad selalu menangis sehingga tidak pernah kering air matanya dan ketika ditanya, maka dijawabnya: Andaikata Allah s.w.t. mengancam akan memanjarakan aku didalam bilik mandi selama seribu tahun. nescaya sudah selayaknya air mataku tidak berhenti maka bagaimana sedang kini telah mengancam akan memasukkan aku dalam api neraka yang telah dinyalakan selama tiga ribu tahu."

                        Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari mujahid berkata: "Sesungguhnya dijahannam ada beberapa perigi berisi ular-ular sebesar leher unta dan kala sebesar kaldai, maka larilah orang-orang ahli neraka keular itu, maka bila tersentuh oleh bibirnya langsung terkelupas rambut, kulit dan kuku dan mereka tidak dapat selamat dari gigitan itu kecuali jika lari kedalam neraka."

                        Abdullah bin Jubair meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bahawa didalam neraka ada ular-ular sebesar leher unta, jika menggigit maka rasa redih bisanya tetap terasa hingga empat puluh tahun. Juga didalam neraka ada kala sebesar kaldai, jika menggigit maka akan terasa pedih bisanya selama empat puluh tahun."

                        Al-a'masy dari Yasid bin Wahab dari Ibn Mas'ud berkata: "Sesungguhnya apimu ini sebahagian dari tujuh puluh bagian dari api neraka, dan andaikan tidak didinginkan dalam laut dua kali nescaya kamu tidak dapat mempergunakannya."

                        Mujahid berkata: "Sesungguhnya apimu ini berlindung kepada Allah s.w.t. dari neraka jahannam." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya seringan-ringan siksa ahli neraka iaitu seorang yang berkasutkan dari api nerka, dan dapat mendidihkan otaknya, seolah-olah ditelinganya ada api, dan giginya berapi dan dibibirnya ada wap api, dan keluar ususnya dari bawah kakinya, bahkan ia merasa bahawa dialah yang terberat siksanya dari semua ahli neraka, padahal ia sangat ringan siksanya dari semua ahli neraka."

                        Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Amr r.a. berkata: "Orang-orang neraka memanggil Malaikat Malik tetapi tidak dijawab selama empat puluh tahun, kemudian dijawabnya: "Bahawa kamu tetap tinggal dalam neraka." Kemudian mereka berdoa (memanggil) Tuhan: "Ya Tuhan, keluarkanlah kami dari neraka ini, maka bila kami mengulangi perbuatan-perbuatan kami yang lalu itu bererti kami zalim." Maka tidak dijawab selama umur dunia ini dua kali, kemudian dijawab: "Hina dinalah kamu didalam neraka dan jangan berkata-kata."

                        Demi Allah setelah itu tidak ada yang dapat berkata-kata walau satu kalimah, sedang yang terdengar hanya nafas keluhan dan tangis rintihan yang suara mereka hampir menyamai suara himar (kaldai).

   Qatadah berkata: "Hai kaumku, apakah kamu merasa bahawa itu pasti akan terkena pada dirimu, atau kamu merasa akan kuat menghadapinya. Hai kaumku, taatlah kepada Allah s.w.t. itu jauh lebih ringan bagi kamu kerana itu, taatilah sebab ahli neraka itu kelak akan mengeluh selama seribu tahun tetapi tidak berguna bagi mereka, lalu mereka berkata: "Dahulu ketika kami didunia, bila kami sabar lambat laun mendapat keringanan dan kelapangan, maka mereka lalu bersabar seribu tahun, dan tetap siksa mereka tidak diringankan sehingga mereka berkata: Ajazi'na am sobarna malana min mahish (Yang bermaksud) Apakah kami mengeluh atau sabar, tidak dapat mengelakkan siksa ini.Lalu minta hujan selama seribu tahun sangat haus dan panas neraka maka mereka berdoa selama seribu tahun, maka Allah s.w.t. berkata kepada Jibril: "Apakah yang mereka minta?". Jawab Jibril: "Engkau lebih mengetahui, ya Allah, mereka minta hujan." Maka nampak pada mereka awan merah sehingga mereka mengira akan turun hujan, maka dikirim kepada mereka kala-kala sebesar kaldai, yang menggigit mereka dan terasa pedih gigitan itu selama seribu tahun. Kemudian mereka minta kepada Allah s.w.t. selama seribu tahun untuk diturunkan hujan, maka nampak mereka awan yang hitam, mereka mengira bahawa itu akan hujan, tiba-tiba turun kepada mereka ular-ular sebesar leher unta, yang menggigit mereka dan gigitan itu terasa pedihnya hingga seribu tahun, dan inilah ertinya: Zidnahum adzaba fauqal adzabi. (Yang bermaksud) Kami tambahkan kepada mereka siksa diatas siksa.

                        Kerana mereka dahulu telah kafir, tidak percaya dan melanggar tuntutan Allah s.w.t., kerana itulah maka siapa yang ingin selamat dari siksaan Allah s.w.t. harus sabar sementara atas segala penderitaan dunia didalam mentaati perintah dan menjauhi larangan Allah s.w.t. dan menahan syahwat hawa nafsu sebab syurga neraka diliputi syahwat-syahwat.

                        Seorang pejungga berkata: "Dalam usia tua itu cukup pengalaman untuk mencegah orang yang tenang dari sifat kekanak-kanakan, apabila telah menyala api dirambutnya (beruban). Saya melihat seorang itu ingin hidup tenang bila dahan pohon telah menguning sesudah hijaunya. Jauhilah kawan yang busuk dan berhati-hatilah, jangan menghubunginya tetapi bila tidak dapat, maka ambil hati-hatinya, dan berkawanlah pada orang yang jujur tetapi jangan suka membantah padanya, engkau pasti akan disukai selma kau tidak membantah kepadanya. Berkawanlah dengan orang bangsawan dan yang berakhlak baik budinya."

                        Maka siapa yang berbuat baik pada orang yang tidak berbudi bererti ia telah membuang budi itu kedalam laut. Dan Allah s.w.t. mempunyai syurga yang selebar langit tetapi diputi dengan kesukaran-kesukaran.

                        Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Allah memanggil Malaikat Jibril dan menyuruhnya melihat syurga dengan segala persiapannya untuk ahlinya, maka ketika kembali berkata Jibril: Demi kemuliaanMu, tiada seorang yang mendengarnya melainkan ia akan masuk kedalamnya, maka diliputi dengan serba kesukaran, dan menyuruh Jibril kembali melihatnya, maka kembali melihatnya, kemudian ia berkata: Demi kemuliaanMu saya khuatir kalau-kalau tiada seorangpun yang masuk kedalamnya. Kemudian disuruh melihat neraka dan semua yang disediakan untuk ahlinya, maka kembali Jibril dan berkata: Demi kemuliaanMu tidak akan masuk kedalamnya orang yang telah mendengarnya, kemudian diliputi dengan kepuasan syahwatnya, dan diperintah supaya kembali melihatnya kemudian setelah dilihatnya kembali, berkatanya: Saya khuatir kalau tiada seorangpun melainkan akan masuk kedalamnya."

                        Juga Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Kamu boleh menyebut tentang neraka sesukamu, maka tiada kamu menyebut sesuatu melainkan api neraka itu jauh lebih ngeri dan lebih keras daripadanya."

                        Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Maimun bin Nahran berkata: "Ketika turun ayat (yang berbunyi) Wa inna jahannam lamau'iduhum ajma'in (yang bermaksud) Sesungguhnya neraka jahannam itu sebagai ancaman bagi semua mereka. Salman meletakkan tangan diatas kepalanya dan lari keluar selama tiga hari baru ditemuikannya.

                        Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik r.a. berkata: "Jibril datang kepada Nabi Muhammad s.a.w pada saat yang tiada biasa datang, dalam keadaan yang berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi Muhammad s.a.w: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawab Jibril: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu pada saat dimana Allah menyuruh supaya dikobarkan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui  bahawa neraka jahannam itu benar, siksa kubur itu benar, siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya." Lalu Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Ya Jibril, jelaskan kepadaku sifat jahannam." Jawabnya: "Ya, ketika Allah menjadikan jahannam maka dinyalakan selama seribu tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun hingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutuskan engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yang mengutuskan engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung diantara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan baranya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut Allah dalam Al-Quran itu diletakkan diatas bukit nescaya akan cair sampai kebawah bumi yang ketujuh. Demi Allah yang mengutusmu dengan hak, andaikan seorang dihujung barat tersiksa nescaya akan terbakar orang-orang yang dihujung timur kerana sangat panasnya, jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan api. Api neraka itu ada mempunyai tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bagian yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

                        Nabi Muhammad s.a.w bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah-rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setangahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan tujuh puluh ribu tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain tujuh puluh ribu tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain tujuh puluh kali ganda, maka digiring kesana musuh-musuh Allah s.w.t. sehingga bila telah sampai kepintunya disambut oleh malaikat-malaikat Zabaniyah dengan rantai dan belenggu, maka rantai itu dimasukkan kedalam mulut mereka hingga tembus kepantat, dan diikat tangan kirinya kelehernya, sedang tangan kanannya dimasukkan dalam dada dan tembus kebahunya, dan tiap-tiap manusia itu digandeng dengan syaitannya lalu diseret tersungkur mukanya sambil dipukul oleh para malaikat dengan pukul besi, tiap mereka ingin keluar kerana sangat risau, maka ditanamkan kedalamnya."

                        Nabi Muhammad s.a.w bertanya lagi: "Siapakah penduduk masing-masing pintu itu?" Jawabnya: "Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafiq, orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mujizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Firaun sedang namanya Alhawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang-orang shobi'in bernama Saqar. Pintu keempat tempat iblis laknatullah dan pengikutnya dari kaum Majusi bernama Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu keenam tempat orang-orang kristien (Nasara) bernama Sa'ie."

                        Kemudian Jibril diam segan pada Nabi Muhammad s.a.w sehingga Nabi Muhammad s.a.w bertanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ketujuh?" Jawab Jibril: "Didalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat." Maka Nabi Muhammad s.a.w jatuh pengsan ketika mendengar keterangan Jibril itu, sehingga Jibril meletakkan kepala Nabi Muhammad s.a.w dipangkuan Jibril sehingga sedar kembali, dan ketika sudah sedar Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummatku yang akan masuk neraka?" Jawab Jibril: "Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari ummatmu."

                        Kemudian Nabi Muhammad s.a.w menangis, Jibril juga menangis, kemudian Nabi Muhammad s.a.w masuk kedalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian masuk kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah s.w.t., dan pada hari ketiga datang Abu Bakar r.a. kerumah Nabi Muhammad s.a.w mengucapkan: "Assalamu'alaikum yang ahla baiti rahmah. apakah dapat bertemu kepada Nabi Muhammad s.a.w?" Maka tidak ada yang menjawabnya, sehingga ia menepi untuk menangis, kemudian Umar datang dan berkata: "Assalamu'alaikum ya ahla baiti rahmah, apakah dapat bertemu dengan Rasulullah s.a.w?" Dan ketika tidak mendapat jawapan dia pun menepi dan menangis, kemudian datang Salman Alfarisi dan berdiri dimuka pintu sambil mengucapkan: "Assalamu'alaikum ya ahla baiti rahmah, apakah dapat bertemu dengan Junjunganku Rasulullah s.a.w.?" Dan ketika tidak mendapat jawapan, dia menangis sehingga jatuh dan bangun, sehingga sampai kerumah Fatimah r.a. dan dimuka pintunya ia mengucapkan: "Assalamu'alaikum hai puteri Rasulullah s.a.w."Kebetulan pada masa itu Ali r.a. tiada dirumah, lalu bertanya: "Hai puteri Rasulullah, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah beberapa hari tidak keluar kecuali untuk sembahyang dan tidak berkata apa-apa kepada orang dan juga tidak mengizinkan orang-orang bertemu dengannya." Maka segeralah Fatimah memakai baju yang panjang dan pergi sehingga apabila beliau sampai kedepan muka pintu rumah Rasulullah s.a.w. dan memberi salam sambil berkata: "Saya Fatimah, ya Rasulullah." Sedang Rasulullah s.a.w. bersujud sambil menangis, lalu Rasulullah s.a.w. mengangkat kepalanya dan bertanya: "Mengapakah kesayanganku?" Apabila pintu dibuka maka masuklah Fatimah kedalam rumah Rasulullah s.a.w. dan ketika melihat Rasulullah s.a.w. menangislah ia kerana melihat Rasulullah s.a.w. pucat dan sembam muka kerana banyak menangis dan sangat sedih, lalu ia bertanya: "Ya Rasulullah, apakah yang menimpamu?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Jibril datang kepadaku dan menerangkan sifat-sifat neraka jahannam dan menerangkankan bahawa bahagian yang paling atas dari semua tingkat neraka jahannam itu adalah untuk umatku yang berbuat dosa-dosa besar, maka itulah yang menyebabkan aku menangis dan berduka cita." Fatimah bertanya lagi: "Ya Rasulullah, bagaimana caranya masuk?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Diiring oleh Malaikat keneraka, tanpa dihitamkan muka juga tidak biru mata mereka dan tidak ditutup mulut mereka dan tidak digandingkan dengan syaitan, bahkan tidak dibelenggu atau dirantai." Ditanya Fatimah lagi: "Lalu bagaimana cara Malaikat menuntun mereka?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Adapun kaum lelaki ditarik janggutnya sedangkan yang perempuan ditarik rambutnya, maka beberapa banyak dari orang-orang tua dari ummatku yang mengeluh ketika diseret keneraka: Alangkah tua dan lemahku, demikian juga yang muda mengeluh: Wahai kemudaanku dan bagus rupaku, sedang wanita mengeluh: Wahai alangkah maluku sehingga dibawa Malaikat Malik., dan ketika telah dilihat oleh Malaikat Malik lalu bertanya: "Siapakah mereka itu, maka tidak pernah saya dapatkan orang yang akan tersiksa seperti orang-orang ibi, muka mereka tidak hitam, matanya tidak biru, mulut mereka juga tidak tertutup dan tidak juga diikat bersama syaitannya, dan tidak dibelenggu atau dirantai leher mereka? Jawab Malaikat: "Demikianlah kami diperintahkan membawa orang-orang ini kepadamu sedemikian rupa." Lalu ditanya oleh Malaikat Malik: "Siapakah wahai orang-orang yang celaka?" 

                        Dalam lain riwayat dikatakan ketika mereka diiring oleh Malaikat Malik selalu memanggil: "Wa Muhammad." tetapi setalh melihat muka Malaikat Malik lupa akan nama Rasulullah s.a.w. kerana hebatnya Malaikat Malik, lalu ditanya: "Siapakah kamu?" Jawab mereka: "Kami ummat yang dituruni Al-Quran dan kami telah puasa bulan Ramadhan." Lalu Malaikat Malik berkata: "Al-Quran tidak diturunkan kecuali kepada ummat Rasulullah s.a.w.." Maka ketika itu mereka menjerit: "Kami ummat Nabi Muhammad s.a.w" Maka Malaikat Malik bertanya: "Tidakkah telah ada larangan dalam Al-Quran dari ma'siyat terhadap Allah subha nahu ta'ala." Dan ketika berada ditepi neraka jahannam dan diserahkan kepada Malaikat Zabaniyah, mereka berkata: "Ya Malik, diizinkan saya akan menangis." Maka diizinkan, lalu mereka menangis sampai habis airmata, kemudian menangis lagi dengan darah, sehingga Malaikat Malik berkata: "Alangkah baiknya menangis ini andaikata terjadi didunia kerana takut kepada Allah s.w.t., nescaya kamu tidak akan disentuh oleh api neraka pada hari ini, lalu Malaikat Malik berkata kepada Malaikat Zabaniyah: "Lemparkan mereka kedalam neraka." dan bila telah dilempar mereka serentak menjerit: "La illaha illallah." maka surutlah api neraka, Malaikat Malik berkata: "Hai api, sambarlah mereka." Jawab api: "Bagaimana aku menyambar mereka, padahal mereka menyebut La illaha illallah." Malaikat Malik berkata: "Demikianlah perintah Tuhan Rabbul arsy." maka ditangkaplah mereka oleh api, ada yang hanya sampai tapak kaki, ada yang sampai kelutut, ada yang sampai kemuka. Malaikat Malik berkata: "jangan membakar muka mereka kerana kerana mereka telah lama sujud kepada Allah s.w.t., juga jangan membakar hati mereka kerana mereka telah haus pada bulan Ramadhan." Maka tinggal dalam neraka beberapa lama sambil menyebut: "Ya Arhamar Rahimin, Ya Hannan, Ya Mannan."


Kemudian bila telah selesai hukuman mereka, maka Allah s.w.t.memanggil Jibril dan bertanya: "Ya Jibril, bagaimanakah keadaan orang-orang yang maksiat dari ummat Nabi Muhammad s.a.w?" Jawab Jibril: "Ya Tuhan, Engkau lebih mengetahui." Lalu diperintahkan: "Pergilah kau lihatkan keadaan mereka." Maka pergilah Jibril a.s. kepada Malaikat Malik yang sedang duduk diatas mimbar ditengah-tengah jahannam. Ketika Malaikat Malik melihat Jibril segera ia bangun hormat dan berkata: "Ya Jibril, mengapakah kau datang kesini?" Jawab Jibril: "Bagaimanakah keadaan rombongan yang maksit dari ummat Rasulullah s.a.w.?" Jawab Malaikat Malik: "Sungguh ngeri keadaan mereka dan sempit tempat mereka, mereka telah terbakar badan dan daging mereka kecuali muka dan hati mereka masih berkilauan iman."Jibril berkata: "Bukalah tutup mereka supaya saya dapat melhat mereka." Maka Malaikat Malik menyuruh Malaikat Zabaniyah membuka tutup mereka dan ketika mereka melihat Jibril mereka mengerti bahawa ini bukan Malaikat yang menyiksa manusia, lalu mereka bertanya: "Siapakah hamba yang sangat bagus rupanya itu?" Jawab Malaikat Malik: "Itu Jibril yang biasa membawa wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w." Ketika mereka mendengar nama Nabi Muhammad s.a.w. maka serentaklah mereka menjerit: "Ya Jibril, sampaikan salam kami kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan beritakan bahawa maksiat kamilah yang memisahkan kami dengannya serta sampaikan keadaan kami kepadanya." Maka kembalilah Jibril menghadap kepada Allah s.w.t. lalu ditanya: "Bagaimana kamu melihat ummat Muhammad?" Jawab Jilril: "Ya Tuhan, alangkah jeleknya keadaan mereka dan sempit tempat mereka." Lalu Allah s.w.t. bertanya lagi: "Apakah mereka minta apa-apa kepadamu?" Jawab Jibril: "Ya, mereka minta disampaikan salam mereka kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan diberitakan kepadanya keadaan mereka." Maka Allah s.w.t. menyuruh Jibril menyampaikan semua pesanan itu kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang tinggal dalam khemah dari permata yang putih, mempunyai empat ribu buah pintu dan tiap-tiap pintu terdapat dua daun pintu dari emas, maka berkata Jibril: Ya Muhammad, saya datang kepadamu dari rombongan orang-orang yang derhaka dari ummatmu yang masih tersiksa dalam neraka, mereka menyampaikan salam kepadamu dan mengeluh bahawa keadaan mereka sangat jelek dan sangat sempit tempat mereka." Maka pergilah Nabi Muhammad s.a.w. kebawah arsy dan bersujud dan memuji Allah s.w.t. dengan ucapan yang tidak pernah diucapkan oleh seorang makhlukpun sehingga Allah s.w.t. menyuruh Nabi Muhammad s.a.w.: "Angkatlah kepalamu dan mintalah nescaya akan diberikan, dan ajukan syafa'atmu pasti akan diterima." Maka Nabi Muhammad s.a.w. berkata: "Ya Tuhan, orang-orang yang durhaka dari ummatku telah terlaksana pada mereka hukumMu dan balasanMu, maka terimalah syafa'atku." Allah s.w.t. berfirman: "Aku terima syafa'atmu terhadap mereka, maka pergilah keneraka dan keluarkan daripadanya orang yang pernah mengucap Laa ilaha illallah." Maka pergilah Nabi Muhammad s.a.w. keneraka dan ketika dilihat oleh Malaiakt Malik, maka segera ia bangkit hormat lalu ditanya: "Hai Malik, bagaimanakah keadaan ummatku yang durhaka?" Jawab Malaikat Malik: "Alangkah jeleknya keadaan mereka dan sempit tempat mereka." Maka diperintahkan membuka pintu dan angkat tutupnya, maka apabila orang-orang didalam neraka itu melihat Nabi Muhammad s.a.w. maka mereka menjerit serentak: "Ya Nabi Muhammad s.a.w., api neraka telah membakar kulit kami." Maka dikeluarkan semuanya berupa arang, lalu dibawa mereka kesungai dimuka pintu syurga yang bernama Nahrulhayawan, dan disana mereka mandi kemudian keluar sebagai orang muda yang gagah, elok, cerah matanya sedangkan wajah mereka bagaikan bulan dan tertulis didahi mereka Aljahanamiyun atau orang-orang jahannam yang telah dibebaskan oleh Allah s.w.t.. Dari neraka kemudiannya mereka masuk kesyurga, maka apabila orang-orang neraka itu melihat kaum muslimin telah dilepaskan dari neraka, mereka berkata: "Aduh, sekiranya kami dahulu Islam tentu kami dapat keluar dari neraka."

                        Allah s.w.t. berfirman: "Rubama yawaddul ladzina kafaruu lau kanu muslimin." (Yang bermaksud) "Pada suatu saat kelak orang-orang kafir ingin andaikan mereka menjadi orang Muslim."

                        Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Pada hari kiamat kelak akan didatangkan maut itu berupa kambing kibas putih hitam, lalu dipanggil orang-orang syurga dan ditanya: "Apakah kenal manut?" Maka mereka melihat dan mengenalnya, demikian pula ahli neraka ditanya: "Apakah kenal maut?" Mereka melihat dan mengenalnya, kemudian kambing itu disembelih diantara syurga dan neraka, lalu diberitahu: "Hai ahli syurga kini kekal tanpa mati, hai ahli neraka kini kekal tanpa mati." Demikianlah ayat: Wa andzirhum yaumal hasrati idz qudhiyal amru (Yang bermaksud) Peringatkanlah mereka akan hari kemenyesalan ketika maut telah dihapuskan."

                        Abu Hurairah r.a. berkata: "Janganlah gembira seorang yang lacur dengan suatu nikmat kerana dibelakangnya ada yang mengejarnya iaitu jahannam, tiap-tiap berkurang ditambah pula nyalanya."

HURU HARA HARI KIAMAT.

Antara koleksi buku buku kesanyangan..

Di dalam Al Quran banyak menyatakan tentang hari kiamat. Betapa dahsyatnya kemusnahan yang melenyapkan seluruh alam ini. Tidak dapat digambarkan oleh akal dan minda manusia. Jika kita melihat kejadian tsunami yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa dalam sekelip mata dan melenyapkan banyak tempat di muka bumi ini sebagai satu yang amat dahsyat. Sehingga jiwa yang kental dan berhati seteguh besi pun akan menitiskan air mata melihat derita akibat kemusnahan tersebut. Sebenarnya itu amatlah kecil dibandingkan dengan kiamat. Kemusnahan dan kehancuran akibat kiamat berkali-kali ganda lebih dahsyat daripada tsunami atau bencana alam yang paling dahsyat yang pernah berlaku di bumi ini.


Buku hasil tulisan Ibnu Katsir ini, yang juga seorang tokoh ilmu hadis menghurai secara berperingkat berkenaan kiamat dari segi dalil atau nas yang diketengahkan bagi menyokong matlumat yang dihuraikan... 

AKU SANGGUP DUHAI MUHAMMAD.

Assalamualaikum.......Dah lama rasanya KS beli buku ni....hampir setahun...dan malam ni baru menyelak selembar demi selembar....tersentuh hati dengan keperibadian Akhlak Rasulullah SAW....

Buku ini memaparkan keperibadian terpuji, kebijaksanaan dan kemuliaan Rasulullah SAW. Ia mengandungi pelbagai kisah suka duka dan jerih payah Rasulullah SAW mengembangkan syiar Islam tanpa jemu, menempuh pelbagai liku dan cabaran untuk dijadikan bahan renungan di mana ia sebenarnya boleh diaplikasikan di dalam kehidupan kita sehari-harian. Sekalipun kita tidak mungkin dapat mencontohi keperibadian Rasulullah SAW seratus peratus, namun jika kita mampu mengamalkan sifat-sifat terpujinya, itulah yang sebaik-baiknya.

Sewaktu menjadi pemimpin umat Islam, Rasulullah SAW menjadi tempat rujukan bagi masyarakatnya ketika itu yang menghadapi pelbagai masalah. Kebanyakan pandangan yang diutarakan mampu memberi keadilan kepada semua pihak. Tidak hairanlah Rasulullah SAW merupakan model terbaik untuk kita letakkan pada sisi kehidupan yang sangat mencabar pada akhir zaman ini. Kisah-kisah yang dipaparkan dalam buku ini dapat dijadikan panduan dan teladan dalam menghadapi suasana persekitaran hidup yang semakin kompleks. Semangat dan perjuangan Baginda yang tidak pernah mengenal erti putus asa wajar diteladani sebagai panduan ketika menyebarkan ajaran Islam..........


Friday 2 August 2013

TAWAKALKAH KITA....

Assalamualaikum...

Tawakal berkait rapat dengan perkataan wakalah yang ertinya mewakilkan. Maka orang yang bertawakal ialah orang yang mewakilkan seluruh urusan hidupnya kepada Pencipta kehidupan dan kematian.


Kekuatan di sebalik tawakal tidak dapat dibayangkan.Kuasanya tiada sempadan. Berpegang dengannya bermakna kita mendapat pembelaan tanpa batas dan kehebatan tanpa had. Siapakah yang dapat menandingi kehebatan Allah Yang Maha Perkasa, Maha Kaya , Maha Mengetahui dan Maha segala galanya ?

Imam Ahmad berkata : "Tawakal itu ialah amalan hati ". Bermakna tawakal adalah amalan hati yang tidak boleh di ungkap atau diucap dengan lisan. Tawakal juga bukan amalan anggota atau sekadar ilmu.

Tawakal adalah soal keyakinan terhadap Allah ; rasa tenteram dan damai dalam jiwa , dan menghilangkan keraguan dan sangka buruk terhadap Nya.....

" Dan hanya kepada Allah kamu bertawakal,jika kamu benar benar orang yang beriman." ( Ali Imran : 3: 122 )

" Dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah , nescaya Allah akan mencukupkan ( keperluannya)." ( al Talaq 65: 3 ).

HIDUP YANG TAWAKAL..

Bagi insan yang bertawakal, semua perkara baik belaka. Jika miskin,bersabar..Jika kaya , bersyukur. Jika memerintah,adil..jika diperintah,taat. Dikurniakan rezeki yang sedikit,cukup.Apabila rezeki melimpah ia menjadi pemurah.......Hidupnya bebas,merdeka seperti seekor burung
yang terbang bebas di angkasa....

KEMUNCULLAN PARA MALAIKAT BANTU MUJAHIDIN CHECHEN


Dalam berjihad di jalan Allah swt, kejadian pelik dan aneh seringkali berlaku. Kejadian seperti ini sudah pun dirakam oleh Allah swt dalam al-Quran sejak 1,400 tahun yang lampau. Peristiwa di Badar dan semasa di Perang Hunain menyaksikan segerombolan bantuan malaikat turun membantu Rasulullah saw dan para sahabat di medan perang. Kejadian aneh ini disaksikan sendiri oleh para sahabat dan terdapat kesaksian mereka terkandung dalam hadis sahih Bukhari dan Muslim.

Tiada yang mampu dikatakan selain daripada memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt dan laungan takbir. Kejadian bantuan daripada tentera Allah ini turut sama berlaku di beberapa tempat terpilih seperti yang diberitakan berlaku di pergunungan Chenchya.

Inilah keistimewaan yang Allah swt berikan kepada pejuang-pejuang yang sentiasa meletakkan agama Allah di tempat paling atas berbanding perkara-perkara lain. Tiada sebab untuk Allah swt tidak memberi pertolongan sekiranya hal sedemikian memberi kemenangan kepada Islam. Maha Suci Allah Yang Maha Pemberi Pertolongan.

Ikutilah penceritaan daripada seorang Mujahiddin yang menjadi saksi kepada kejadian aneh ini. Moga Allah swt melimpat gandakan pahala kepada mereka dan menempatkan mereka di syurga yang telah dijanjikan. 

Kesaksian Para Malaikat Memberi Bantuan 

Kami berperang dalam satu batalion bersama komandan operasi, dan selama perjalanan kembali dari Grozny menuju ke sebuah gunung tiba-tiba muncul jet pejuang Rusia yang menerjunkan ratusan tentaranya. Kami mulai bersiap siaga. Pada waktu itu kami dalam keadaan berkaki ayam pada malam yang gelap gelita serta di atas tanah yang dipenuhi salji.

Tentara-tentera Rusia tersebut mendarat di atas gunung sedangkan kami berada dibawahnya. Hal ini membuat sudut pandangan kami menjadi tidak jelas, sedangkan bagi pihak mereka sangat jelas. Oleh sebab posisi mereka yang berada di atas kami menyebabkan kami tiada tempat untuk berlindung.

Tapi tiba-tiba mereka diliputi kekacauan dan ketakutan dan mereka pun mulai menembak. Dan aku bersumpah atas nama Allah, kami melihat mereka menembak ke atas, padahal posisi kami di bawah.

Komander Khattab

Kemudian keadaan tiba-tiba berubah menjadi tenang dan hening. Kami pun menunggu hingga setengah jam. Komandan Khattab berkata,
“Saya ingin beberapa orang untuk mendaki gunung bagi mengetahui apa yang sedang terjadi dan mengapa mereka menghentikan tembakan”.

Seluruh mujahidin mengangkat tangannya. Maka komandan Khattab hanya memilih tujuh mujahiddin untuk mendaki ke atas. Setelah satu jam menunggu, kami mendengar tujuh mujahiddin yang ditugaskan untuk menyiasat melaungkan takbir di atas gunung. Laungan takbir tersebut memecahkan kesunyian malam. 

Laungan Takbir 

Dengan rasa ingin tahu kami pun mendapatkan mereka. Sampai di atas gunung, segera kami bertanya kejadian sebenarnya. Sesaat kemudian seluruh Mujahidin bertakbir. Ternyata kami menemukan kejadian yang mengejutkan, ratusan tentara Rusia telah terpenggal.

Melihat keadaan tentara-tentara Rusia tersebut, kami beranggapan mayat mereka dipenggal dengan pedang yang begitu tajam, atau paling tidak mungkin dengan gergaji elektrik. Kami yakin tidak mungkin seorang manusia mampu melakukannya. Tambahan pula, tentera Russia terkenal dengan kecekapan dan kemahiran mereka dalam selok-belok peperangan.

Satu lagi kejadian aneh di mana senjata api mereka iaitu Kalashinkov masih tergengam di tangan mereka dan tidak sedikitpun mengalami kerosakan. Pisau-pisau dan senjata mereka yang lain pun masih lagi elok.

Jumlah tentara Rusia yang terpenggal ada sekitar ratusan orang. Melihat kepada hal sedemikian, kami menyedari bahawa sesungguhya Allah telah mengirim para malaikat-Nya untuk menolong kami.




*Dipetik daripada buku “Karamah Mujahidin dari Masa ke Masa” oleh Abu Muhammad.