Pages

Saturday 31 October 2015

Zaman Hawa Nafsu.

“Ummat zaman sekarang ramai yang jahil dalam ilmu agama. Kalau yang ada ilmu pun, ramai yang ilmunya masih tak mampu untuk menundukkan hawa nafsunya. Kita ni, tuntutlah ilmu hingga kita dapat menundukkan hawa nafsu kita.”

"Manusia akhir zaman sering manjakan nafsu mereka. Hal ini akan membuatkan mereka lupa pada Allah سبحانه وتعالى. Zaman ini adalah zaman nafsu. Satu zaman yg dipengaruhi dengan fahaman fahaman Barat. Antara fahaman Barat adalah dgn menggunakan nafsu untuk memuaskan hati masing masing."

"Nafsu yang membawa kegelapan. Manusia akhir zaman itu sering memanjakan nafsu mereka. Nafsu itu mesti dipuaskan. Nafsu nombor satu. Agama itu kemudian. Dibelakangkan. Hal ini akan membuatkan mereka lupa pada Allah سبحانه وتعالى. Nafsu manusia jika tidak dididik ianya akan membawa kepada kegelapan pada hati manusia."

"Yang bilamana ia tidak dikawal, ia akan membawa kepada kegelapan demi kegelapan kerana apabila tidak dipijak nafsu itu tadi maka ia akan sewenang-wenangnya melanggar perintah Allah سبحانه وتعالى. Ia akan sewenang wenangnya membuat dosa, sewenang wenangnya melakukan maksiat dengan tangannya, dengan kakinya, dengan telinganya, dengan matanya dan dengan lidahnya dan ini semua adalah saluran yang membawa kegelapan dalam hati manusia."

"Nafsu itu fitrah dan ianya diperlukan bg mendapatkan zuriat, utk makan minum atau lain lain dalam kehidupan. Tapi ianya akan jadi salah sekiranya disalurkan ke arah yang salah."

"Nasihat yg teramat penting dalam membetulkan worldview kita dalam menilai apa yg sedang berlaku pada fasa akhir zaman ini, segala fitnah dari luar & sesama Muslim, peperangan & fenomena alam dan bagaimana utk kita merespon."

"Pegangan orang-orang soleh itu adalah untuk membawa kedamaian dan keselamatan dan tidak kacau orang lain, tidak maki orang lain dengan lisannya atau perbuatannya hatta dengan hatinya. Pegangan seperti ini sangat sikit yang berpegang kerana susahnya untuk pegang pada perkara tersebut."

"Sebahagian daripada kaum muslimin tergelincir untuk mencaci dan merendahkan pada orang-orang soleh, sebahagian dari mereka memburuk sangka pada para sahabat. Kerana nafsu mereka. Kalau komennya itu terhadap suatu perkara boleh menyebabkan perpecahan dan juga pertelingkahan maka lebih baik ditinggalkan. Jangan kamu sertai mereka."

"Penghujung daripada akhir zaman adalah berada di tempat kita, fasa ini. Nabi Muhammad ﷺ mengatakan jauhi daripada segala jenis fitnah. Apa yang berlaku di luar sana. Peperangan, kekacauan segala macam fitnah. Kalau perkara itu boleh menyebabkan perpecahan dan juga pertelingkahan maka lebih baik kamu tinggalkan."

"Nafsu dan kecintaan itu umpama teman rapat. Jika nafsu itu digunakan ke arah keburukkan, maka kecintaan ke arah keburukkan itu semakin bertambah. Jadi, gantikanlah ia ke arah kebaikkan, maka kita akan semakin cinta utk melakukkan kebaikkan tersebut. Gantikan dengan cinta yang sejati yang kekal abadi."

Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.

Kedudukan Ulama.

"Mengkritik Ulama? Perlulah kita tahu di mana kedudukan kita. Para ulama menyebutkan. Kita dibenarkan untuk mengkritik atau memberikan komentar terhadap seseorang ulama jika kita memenuhi tiga syarat ini."

"Antara syarat-syaratnya ialah Ilmiyyah iaitu mempunyai keilmuan alim seumpama atau seakan-akan orang yang ingin kita kritik. Yang kedua, Ma'lumiyyah iaitu maklumat dan sumber yang tepat digunakan sebelum mengkritik."

"Dan yang ketiga, Al-Maudhu'iyyah iaitu mengkritik bukanlah atas tujuan hawa nafsu tetapi atas dasar ilmu dan bukannya hasad serta mengambil peluang atas kebencian terhadap individu yg dikritik. Jika tiga syarat ini tidak mampu dipenuhi maka diam lebih baik daripada bercakap."

"Sikap manusia sekarang ialah suka mengkritik tetapi tidak sedar diri sebelum mengkritik. Al-Imam Hujjatul Islam Muhammad al-Ghazali rah sendiri pernah menyebut; "Antara jenis kebodohan yang tidak boleh diubati ialah sikap seseorang yang baru sedikit masanya dengan ilmu, maka dia dengan cepat ingin mengkritik seseorang yang kehidupannya dihabiskan dengan ilmu."

"Orang itu menyangka semua masalah yang dia hadapi dan temui, itu juga adalah perkara yang perlu ulama menganggapnya sebagai masalah seperti yang dia sangka. Maka ini adalah salah satu kebodohan yang ada pada zaman sekarang yg sangat sukar diubati"

"Berapa ramai yang kita lihat sikapnya sebegini? Dia menjumpai sesuatu yg menyebabkan dia berfikir itu adalah masalah dan dia mewajibkan para ulama besar juga menganggap bahawa masalah yg dia hadapi adalah juga masalah kepada para ulama. Sedangkan bagi ulama itu adalah perkara yg mudah bukan masalah."

"Manusia yang paling jahat sekali dahulu adalah Manusia yang membunuh Para Nabi dan Dibunuh oleh Nabi. Zaman kita Sekarang manusia yg paling jahat sekali adalah manusia yang membenci Ulama'dan yang membunuh para Ulama. Bagi mereka yang mengakui mencintai ulama. Mengaku mengikut jalan salafusoleh, hendaklah berpegang teguh dengan Al-Quran , Al-Sunnah , Ijma ulama dan qiyas."

"Selain itu, hendaklah mencintai Baginda Nabi ﷺ serta seluruh ahli keluarga Baginda tanpa berbelah bahagi. Mencintai seluruh para sahabat Baginda Nabi ﷺ. Mengikut jalan para ulama dan salafussoleh radhiyallahu anhum ajma’in. Mengikuti pengajian dengan cara berguru bukan hanya dengan membaca buku sendiri dan memiliki sanad pengajian berguru dan bersambung sehingga kepada Rasulullah ﷺ."

"Juga bagi yang mengaku mengikut jalan salafusoleh, hendaklah mencintai Ilmu Tasawwuf dan beramal dengannya. Bukan hanya mencintai malah mengamalkan. Menghormati pandangan ulama-ulama terdahulu dan meletakkan kedudukan para ulama pada tempat yang sebaik-baiknya. Bagi yang mengaku mengikut jalan salafusoleh."

"Mereka yang menentang fahaman yang bertentangan dengan mereka bukanlah kerana ingin mencari popular tetapi semata-mata mencari keredhaan Allah سبحانه وتعالى dan Baginda Rasulullah ﷺ. Bukan juga mereka menentang kerana ingin menyerang peribadi susuk tubuh tertentu."

"Paling Penting sekali bagi yang mengaku mengikut jalan salafusoleh adalah mereka mengamalkan akhlak Baginda Nabi ﷺ. Baik dalam percakapan, perbuatan dan suluk hidup mereka Jika kamu bertemu dengan golongan yang melengkapi syarat yang saya sebutkan ini, yakni ulama. Yang mengikuti jalan salafusoleh. Dekatilah mereka dan santunilah mereka. Cintailah mereka. Moga kamu akan beroleh Rahmat Allah سبحانه وتعالى."

Daripada Sheikh Nazrul Nasir Al-Azhari.

Friday 30 October 2015

Kelebihan Zikir 1V

"Seorang insan itu hendaklah dia tidak menyibukkan dirinya dengan sesuatu yang tidak bermanfaat. Jika seseorang disibukkan dengan sesuatu yang tidak memberi manfaat, itu juga tanda bahawa Allah سبحانه و تعالى berpaling daripada hamba itu."

"Kata Imam Yahya; "Apabila seorang hamba berpaling daripada Allah, Allah سبحانه و تعالى juga akan berpaling daripadanya. Apabila dia menuju kepada Allah سبحانه و تعالى, maka Allah سبحانه و تعالى juga menuju kepadanya."

"Seorang daripada Imam di masjid Ba’lawi Tarim bernama Al-Habib Hamid Umar Al-Hamid. Yang pada zamannya berlaku fitnah yang besar, persengketaan yang kuat berlaku di kota Tarim bedekatan dengan masjidnya. Orang bertanya kenapa dia tidak peduli dengan apa yang berlaku, sedangkan perkara itu berlaku di sebelah masjid kamu saja. Jawab Al-Habib, “Aku tahu tapi ianya sesuatu yang tidak memberi manfaat kepadaku dalam agama, maka aku sibukkan diriku dengan solat.”

"Sabda Rasulullah ﷺ; “Daripada keindahan Islam itu, kamu meninggalkan sesuatu yang tidak memberi manfaat kepada kamu.” Khususkan diri kamu dengan perkara yang membawa faedah kepada kamu."

"Maka, intipatinya jangan duduk goyang kaki tanpa mengisi masa dengan perkara yang tidak bermanfaat dalam perjalanan menuju Allah سبحانه و تعالى. Orang mukmin sejati itu berusaha menjadikan perkara yang harus sebagai sunat dengan diselitkan niat-niat agar menjadi ibadah."

"Jauhilah perkara yang sia-sia seperti fitnah dimana-mana maka kita menjaga diri kita daripada terlibat dengannya. Jika berlalu sejam daripada umur seseorang melakukan perkara yang dia tidak diciptakan yakni melakukan selain daripada ibadah. Ianya akan membuatnya menyesal berpanjangan, kerana umur ini ringkas, pendek dan singkat di atas dunia ini. Dia akan menyesal dengan masa yang tidak dijadikan modal untuk meninggikan maqamnya di sisi Allah سبحانه و تعالى."

"Di akhirat nanti dia akan menyesal berpanjangan. Jika kita tidak mampu menjadikan seluruh detik kehidupan kita sebagai ketaatan berpanjangan, sekurang-kurangnya setiap kali selesai majlis, program atau pertemuan yang baik, akhiri dengan doa khatam majlis. Tasbih kifarah atau doa. Perkara tersebut akan menjadi kifarah walaupun didalam majlis itu kita alpa kepada Allah سبحانه و تعالى."

"Orang-orang soleh menjadikan seluruh masanya ibadah kepada Allah سبحانه و تعالى dengan ibadat itu sendiri, atau memasukkan niat-niat ibadah dalam perbuatan-perbuatan yang harus. Hadis sahih Rasulullah ﷺ, daripada riwayat Bukhari dan Muslim, “Tidak duduk bersama satu kumpulan di dunia ini yang tidak menyebut nama Allah سبحانه و تعالى melainkan di hari akhirat nanti mereka akan menyesal kerana melalui hari-hari di dunia dengan tidak zikrullah.”

"Hadis riwayat At-Tabrani, “Tiada yang sesuatu yang disesali oleh ahli-ahli syurga melainkan masa-masa di dunia ini tanpa tidak diisi dengan zikrullah.” Ulama mengatakan penyesalan tersebut setelah dimasukkan ke syurga. Bukan sebelum masuk syurga, tetapi setelah melihat maqam-maqam tingkat-tingkat dalam syurga."

"Mereka menyesal setelah melihat hanya kerana satu “Subhanallah”, seseorang boleh mendapat maqam yang jauh lebih tinggi, dia akan menyesal dan menyesal. Mereka menyesal tetapi kemudiannya Allah سبحانه و تعالى akan memberi keredhaan-Nya, maka gembiralah di hati mereka, dan takkan ada perasaan hasad di hati mereka. Demikian kita memanafaatkan masa kita dengan perkara yang berfaedah. Tidak menyibukkan diri dengan perkara yang sia-sia."

Daripada Al-Habib Kadzim Bin Ja’afar As-seggaf.

Kelebihan Zikir 111

"Sentiasalah kamu ingat kepada Allah سبحانه وتعالى. Dirikanlah solat, yakni perbaikilah hubungan kamu dengan Allah, mesrakan hubungan kamu dengan Allah سبحانه و تعالى, dekatkan hubungan kamu dengan Allah, ketika susah dan senang,"

"Dan jika tertekan kembali kepada Allah سبحانه و تعالى. Jangan bergantung pada kekuatan diri kamu sendiri. Ada Tuhan yang mengawal, dan memerintah kepada kamu. Ingatlah kepada Allah سبحانه وتعالى."

"Ada Tuhan yang menjadikan musuh itu berjaya menyakiti dan menindas kamu sebagai dugaan daripada Tuhan kepada kamu. Berapa lama Firaun menindas Bani Israel? Cukup lama. Bahkan ramai yang dibunuh. Tapi adakah Allah سبحانه وتعالى perintahkan Nabi Musa عليه السلام angkat senjata kepada Firaun?"

"Tidak. Jadi apa suruhan Allah? Allah سبحانه وتعالى berfirman; “Sabarlah, kerana ini bumi milik Allah.” Disuruh sabar. Adakah Mesir itu bukan milik Allah سبحانه وتعالى? Sementara Firaun yang berkuasa di situ. Allah سبحانه وتعالى akan bagi kepada siapa saja yang Dia kehendaki, walaupun Firaun. Tapi adakah Firaun beruntung dalam hal ini?"

"Firman Allah سبحانه وتعالى; “Dan mereka yang beruntung ialah bagi orang-orang yang bertaqwa.” Walaupun Firaun mentadbir dunia, tapi kalau tak bertaqwa, kerajaan yang dimilikinya itu tiada manfaat bagi dirinya. Yang baik di sisi Allah سبحانه وتعالى, walaupun tidak mentadbir bumi itu ialah bagi orang-orang yang bertaqwa."

"Kamu mahu ini dunia, ambillah kamu. Allah سبحانه وتعالى sedia memberi tapi bukan itu yang berharga disisi Allah سبحانه وتعالى. Solat adalah hubungan kita dengan Allah سبحانه و تعالى, dan zakat hubungan kita dengan manusia. Walaupun sedang dizalimi, disakiti, akan tetapi Allah perintahkan untuk perbaiki hubungan dengan Allah سبحانه و تعالى dan manusia."

"Jangan dengan dasar kamu dizalimi, segala tindakan yang salah kamu lakukan. Jangan dengan dasar kamu disakiti, segala perbuatan yang haram kamu akan langgar. Laa, Tidak. Jadilah hamba yang taat kepada Allah سبحانه وتعالى, bukan taat kepada keadaan. Orang yang menjadi hamba kepada keadaan akan berubah sikapnya bergantung kepada perubahan keadaan."

"Orang yang mudah terpengaruh dengan kondisi dan situasi akan menjadi hamba kondisi dan situasi. Bila orang buat baik, dia buat baik, tapi bila orang buat yang haram, dia buat yang haram juga. Pasal apa? Menjadi hamba kepada keadaan."

"Tapi orang yang menjadi hamba Allah سبحانه و تعالى, walau dalam keadaan apa pun suka, duka, dia akan tetap mematuhi perintah Allah سبحانه و تعالى , dan tidak akan berganjak daripada landasan yang ditetapkan Allah dan Rasul-Nya."

"Allah سبحانه و تعالى berfirman didalam Al-Quran bermaksud; “Bersegeralah meraih pemberian, keampunan Allah dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi..” Disuruh segera. Siapa mereka? Orang yang berinfaq dalam keaaan senang dan susah. Orang mudah berinfaq dalam keadaan senang tapi berat dalam keadaan susah."

"Ini untuk menunjukkan kestabilan seseorang untuk patuh pada Allah سبحانه و تعالى, ketika susah kembali kepada Allah dengan sabar, tidak menjadi hamba kepada keadaan. Keadaan menginginkan seseorang itu melakukan satu kerusuhan, ikut juga. Tapi seorang mukmin akan guna akalnya. Keadaan yang memaksa saya bertindak ini sesuai dengan Allah dengan Rasul-Nya atau tidak?"

"Bukan keadaan yang menjadi neraca buat kita! Bukan situasi yang menjadi timbangan sikap apa yang kita perlu ambil? Jika begitu, sikap kita akan berubah mengikut situasi, jika angin ke barat ke barat, angin ke Timur, ke Timur."

"Rasulullah ﷺ melarang kita menjadi Pak Turut. Yakni kalau orang baik, kita baik, kalau orang tak baik, kita ikut tak baik juga. Mesti ada prinsip, pegangan kukuh yang tidak berubah iaitu perintah Allah dan Rasul-Nya."

"Sampai peringkat fitnah yang berlaku di akhir zaman memaksa orang-orang yang berpegang pada jalan agama seumpama orang yang menggenggam bara api. Fitnah ini mencabar aqidah seseorang sehingga untuk selamat, dia perlu pergi ke hujung bandar."

"Dia perlu kehujung bandar dengan membawa kambing sebagai bekalan, dan hidup dengan meminum susu daripada kambingnya sehinggalah ajal menjemputnya. Ini demi menyelamatkan agamanya."

"Perbaikilah hubungan kamu dengan Allah سبحانه وتعالى dulu. Orang yang hatinya ada Allah سبحانه وتعالى, dia tidak risau akan keadaan sekelilingnya. Dia tidak terkesan, bila keadaan ekonomi tidak baik, dia tidak takut apa-apa pun juga, sebab dia kenal Allah."

"Dan dia ingat Allah سبحانه وتعالى. Sebab dia tahu Allah سبحانه وتعالى sentiasa bersama dengannya, tidak kira susah ataupon senang. Dia sentiasa berzikir kepada Allah سبحانه وتعالى. Dia tahu yang memberi segala-galanya adalah Allah سبحانه وتعالى, Allah Yang Maha Kaya. Allah Yang Maha Memberi lagi Maha Perkasa."

Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.

Kelebihan Zikir 11

"Dihari kebangkitan nanti. Ada tujuh golongan yang mendapat perlindungan Allah سبحانه وتعالى. Antara satu didalam tujuh golongan yang mendapat naungan Allah سبحانه وتعالى dihari kiamat adalah pemuda berzikir yang mengingati Allah dan berlinang air matanya kerana takut kepada Allah."

"Pemuda yang berzikir kepada Allah سبحانه وتعالى. Di alam Mahsyar, yakni pada hari kebangkitan. Bayangkan, semua manusia didalam keadaan menunggu. Didalam keadaan kebingungan, kepanasan dan kerisauan akan nasib masing-masing nanti."

"Antara golongan yang mendapat perlindungan Allah سبحانه وتعالى adalah Pemuda yang berzikir mengingati Allah سبحانه وتعالى. Dia akan mendapat naungan Ar-Rahman. Pemuda yang hatinya sentiasa berzikir kepada Allah سبحانه وتعالى, mengingati Allah سبحانه وتعالى. Dan berlinang air matanya kerana takut kepada Allah سبحانه وتعالى didalam keadaannya bersendirian."

"Dan Zikir itu adalah makanan roh dan hati. Setiap hari kita melihat matahari. Matahari itu terbit pada pagi hari. Terbit setiap hari. Tapi, tahukah kita, matahari itu bertasbih kepada Allah سبحانه وتعالى? Matahari juga berzikir kepada Allah سبحانه وتعالى. Matahari juga berzikir memuji Allah سبحانه وتعالى. Sebelum terbit dipagi hari, matahari meminta izin kepada Allah سبحانه وتعالى untuk terbit."

"Adakah bila kita melihat matahari kita mengucapkan, Alhamdulillah?"
"Pokok-pokok bertasbih kepada Allah سبحانه وتعالى. Ikan-ikan dilautan bertasbih memuji Allah سبحانه وتعالى. Hatta binatang juga berzikir kepada Allah سبحانه وتعالى. Tetapi ada diantara manusia dan jin yang tidak mahu sujud kepada Allah سبحانه وتعالى. Tidak mahu berzikir kepada Allah سبحانه وتعالى."

"Ternyata tergolonglah bagi mereka yang enggan sujud kepada Allah سبحانه وتعالى didalam golongan orang-orang yang derhaka kepada Allah سبحانه وتعالى. Tidak mahu berzikir kepada Allah سبحانه وتعالى. Bukankah makanan orang-orang mukmin itu kelak adalah dengan berzikir kepada Allah سبحانه وتعالى."

"Adakah bila kita bangun pada pagi hari dan dapat bernafas kita mengucapkan Alhamdulillah?Walhal ini semua adalah nikmat yang sangat besar. Bukankah Allah سبحانه وتعالى telah berfirman didalam Al-Quran; "Sangatlah sedikit di kalangan hamba-Ku yang bersyukur." Jika kita beramal, jangan nisbahkan nikmat amalan itu kerana usaha kita sendiri."

"Kerana, Jika bukan kerana Allah سبحانه وتعالى yang menggerakkan dan memberi hidayah pada kita. Maka kita tidak akan dpt beramal. Amalan kita zikir kita solat kita puasa kita banyak lagi amalan itu adalah daripada Allah سبحانه وتعالى, bukan atas upaya kita. Semuanya adalah daripada Allah سبحانه وتعالى. Kasih sayang Allah سبحانه وتعالى."

"Zikir tanda kita bersyukur kepada Allah سبحانه وتعالى. Setiap amalan itu adalah mempunyai rasa yang berbeza-beza. Kelazatan yang berbeza-beza. Setiap amalan kita mempunyai kelazatan beribadah yang berbeza-beza. Solat ada kelazatannya yang berbeza, zikir ada kelazatannya yang berbeza, selawat ada kelazatan yang berbeza, istighfar ada kelazatannya yang berbeza-beza."

"Sepertimana makanan itu ada pelbagai rasa yang berbeza. Begitu juga amalan itu dengan cahaya yang berbeza-beza. Makanya, yang wajib itu kita tunaikan kepada Allah سبحانه وتعالى dan itu adalah sememangnya tanggungjawab kita kepada Allah سبحانه وتعالى. Untuk kelazatan iman."

"Kemanisan iman itu tambahan kepada yang wajib kita lakukan untuk kelazatan iman. Rasulullah ﷺ telah memberi formula kepada kita bagaimana untuk mendapatkan kelazatan iman? Segalanya itu adalah berkaitan dengan cinta. Formulanya adalah cinta. Semuanya adalah cinta. Cinta kepada Allah سبحانه وتعالى dan Rasul-Nya melebihi daripada segalanya. "

Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.

Kelebihan Zikir

"Kalimat 'zikir' itu adalah bermaksud ingat dan zikir juga membawa maksud sebutan, ingatan. Dan kita disuruh mengingati Allah سبحانه وتعالى Allah. Di dalam Al Qur'an nul kareem banyak perintah supaya kita berzikir kepada Allah سبحانه وتعالى."

"Dan dianjurkan kita berzikir mengingati Allah سبحانه وتعالى pada setiap ketika dan dengan apa keadaan sekalipun. Berzikir samaada dengan lisan, atau dengan hati. Maka, Yang terbaik adalah zikir lisan dengan dihadirkan bersama hati. Allah سبحانه وتعالى bersama dengan orang yang berzikir ni."

"Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi. Dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya. Matahari juga berzikir kepada Allah سبحانه وتعالى. Pokok-pokok juga berzikir kepada Allah سبحانه وتعالى. Ikan-ikan dilautan berzikir kepada Allah سبحانه وتعالى. Dan binatang juga berzikir kepada Allah سبحانه وتعالى. Orang yang tidak berzikir ini umpama orang yang mati."

"Orang yang berzikir hidup disisi Allah سبحانه وتعالى dan orang yang tidak berzikir seumpama orang yang mati disisi Allah سبحانه وتعالى. Sedangkan haiwan dan tumbuhan serta makhluk lain juga sentiasa berzikir kepada Allah سبحانه وتعالى. Maka apabila berakhirnya riwayat mereka, disitulah mereka berhenti berzikir."

"Zikir itu adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya."

"Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada liberalisme, materialisme dan juga hedonisme."

"Dan didalam kehidupan kita sehari-hari, adakalanya kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah سبحانه وتعالى. Dengan zikir kita dapat kekuatan untuk ingat Allah سبحانه وتعالى. Dan menjauhkan kita daripada bercakap perkara yang sia-sia."

“Makanan orang Mukmin pada zaman Dajjal adalah makanan para malaikat, yakni memuliakan dan mensucikan Allah سبحانه وتعالى. Sesiapa di zaman itu memuliakan dan mensucikan Allah, maka baginya, Allah سبحانه وتعالى akan menghilangkan kelaparannya. Mereka tetap kenyang dengan bertasbih berzikir dengan mengucapkan “Subhanallah“.

"Antara zikir yang kita jadikan amalan kita adalah istighfar. Sebagai tanda kita kasihkan diri kita yang berdosa ini. Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah سبحانه وتعالى. Dan amalkan juga Selawat. Sebagai tanda kita kasihkan Rasulullah ﷺ. Dan yang ketiga, Tasbihat. Subhanallah Alhamdulillah Laailaha illallah Allahu Akbar sebagai tanda kita kasihkan Allah dan bersyukur diatas segala nikmat-Nya."

Daripada Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.

Thursday 29 October 2015

Hakikat Zikir.


"Kita selalu terlepas pandang nikmat besar yang Allah سبحانه وتعالى berikan kepada kita. Antaranya adalah matahari. Para saintis mengatakan jika matahari diletakkan beberapa inci jauh dari bumi nescaya sejuk beku seluruh bumi seperti sejuknya kutub utara dan kutub selatan."

"Dan jika matahari ianya letak beberapa inci berdekatan bumi nescaya bumi akan menjadi gersang. Segala puji bagi Allah. Apa yang Allah سبحانه وتعالى jadikan adalah tepat pada tempatnya. Dan Matahari juga berzikir kepada Allah سبحانه وتعالى."

"Dan bagi kita sebagai manusia hendaklah sentiasa berzikir mengingati Allah سبحانه وتعالى pada setiap ketika dan dengan apa keadaan sekalipun. Berzikir samaada dengan lisan, atau dengan hati. Maka, Yang terbaik adalah zikir lisan dengan dihadirkan bersama hati."

"Fungsi zikir adalah untuk menghidupkan hati. Dan zikir menghubungkan hati kita dengan Allah سبحانه وتعالى. Dan hakikat zikir adalah merasai kebersamaan Allah سبحانه وتعالى didalam solat, dan juga diluar solat. Antara tali penghubung Hati manusia dengan Allah سبحانه وتعالى adalah Zikrullah."

"Dan zikir yang paling utama adalah Lailahailallah. Zikir ini, diberikan kepada semua nabi-nabi yang terdahulu. Yakni Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan haq melainkan Allah. Nabi Musa عليه السلام ketika bertanya kepada Allah سبحانه وتعالى. Nabi Musa عليه السلام inginkan satu zikir khusus daripada Allah."

"Nabi Musa عليه السلام berkata; "Ya Rabb, berikanlah hamba-Mu ini satu zikir yang khusus untuk menjadi tali penghubungku dengan-Mu. Kemudian Allah سبحانه وتعالى berfirman; "Wahai musa, ucapkanlah Lailahailallah." "Nabi Musa عليه السلام berkata; "Ya Rabb, zikir itu semua hamba-Mu ucapkan. Berikanlah aku yang khusus."

"Kemudian Allah سبحانه وتعالى berfirman; "Wahai musa, ucapkanlah Lailahailallah. Nabi Musa عليه السلام kemudian berkata; "Ya Rabb, berikanlah aku zikir yang khusus." "Kemudian Allah سبحانه وتعالى berfirman; "Wahai musa, ucapkanlah Lailahailallah."

"Allah سبحانه وتعالى berfirman lagi; "Wahai musa, jika kalimah Lailahailallah diletakkan disebelah neraca, dan diletakkan pula tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dineraca yang lain. Kalimah Lailahailallah adalah lebih berat lagi. Barulah Nabi Musa menerimanya."

"Begitu juga dengan Saidina Ali bin Abi Thalib r.a. yang meminta zikir khusus daripada Rasulullah ﷺ. Rasulullah ﷺ bersabda; "Wahai Ali, Sesungguhnya kalimah Lailahailallah diletakkan disebelah neraca, dan diletakkan pula bumi dan langit dineraca yang lain. Nescaya, Kalimah Lailahailallah adalah lebih berat lagi."

"Orang yang berzikir hidup disisi Allah سبحانه وتعالى dan orang yang tidak berzikir seumpama orang yang mati disisi Allah سبحانه وتعالى. Orang yang tidak berzikir umpama jenazah, hatinya jenazah. Ulama mengatakan; "Barangsiapa yang lalai daripada mengingati Allah سبحانه وتعالى, sebelum jasad mereka dimasukkan kedalam tanah."

"Mereka telah pon menjadi kubur diatas dunia ini. Nampak hidup tapi mati disisi Allah. Maka, Allah سبحانه وتعالى berfirman; "Ingatlah Aku, nescaya Aku akan mengingati kamu. Ingatlah Aku, nescaya Aku bersama dengan-Mu ketika kamu mengingati-Ku.

"Segala puji bagi Allah سبحانه وتعالى yang memperjalankan segalanya. Jika bukan kerana Allah سبحانه وتعالى yang menggerakkan dan memberi hidayah pada kita. Maka kita tidak akan dpt beramal. Amalan kita zikir kita solat kita puasa kita banyak lagi amalan itu adalah daripada Allah سبحانه وتعالى, bukan atas upaya kita. Semuanya adalah daripada kasih sayang dan rahmat Allah سبحانه وتعالى."

Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.

Wednesday 28 October 2015

MENCARI ALLAH DI ANTARA LISAN DAN HATIMU


Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan: “Jika ada seseorang bertanya: “Bagaimanakah aku harus mengeluarkan cinta dunia dari hatiku?” Maka jawabannya adalah: “Hendaklah memperhatikan cintamu pada ‘tuhan-tuhan’ hati dan ‘anak-anak’-nya yang selain Allah.”

Ambillah alat ukur berupa cermin, lalu pandanglah hatimu melalui cermin itu. Perhatikanlah, apakah engkau seorang Mukim atau seorang munafik? Apakah engkau seorang yang bertauhid atau seorang musyrik?

Dunia adalah fitnah yang menyibukkan dan bencana kepadamu, kecuali diambil dengan niat yang benar semata-mata untuk bahagian akhirat. Jika seseorang berniat dengan benar dalam memanafaatkan dunia, maka jadilah akhirat untuknya.

Setiap nikmat dapat menafikan syukur kepada Allah apabila engkau tidak merasakan ianya dari Allah dan kebersamaan dengan Allah ketika engkau menikmatinya. Kerana itu, hendaklah engkau mengarahkan nikmat Allah dengan cara bersyukur kepada-Nya.

Setidaknya ada dua cara untuk bersyukur:
1) Memohon pertolongan dengan nikmat itu agar kita dapat berbuat taat dan menjadi orang yg berkhidmat bagi orang yang fakir di dunia;
2) Mengetahui hak nikmat itu, dan mengakui kepada Maha Pemberi dan bersyukur kepada Dzat yang Menurunkannya, yakni Allah Azza wa Jalla.

Seorang ulama pernah berkata: “Segala sesuatu yang dapat menyibukkanmu dan memalingkanmu dari Allah adalah bencana. Sesungguhnya kesibukkan yang dapat melupakanmu untuk berdzikir kepada-Nya adalah bencana. Jika shalat, puasa, haji dan seluruh amal baik telah memalingkanmu dari Allah, maka itu juga akan menjadi bencana.

Maka perbaikilah ibadahmu. Jika nikmat yang diberikan Allah telah menyibukkanmu untuk mengingat Allah, maka nikmat itu juga akan mencelakakanmu.

Engkau boleh jadi sedang berdusta, bahkan saat engkau sedang mengerjakan shalat. Engkau mengucapkan, “Allahu Akbar!” tetapi engkau berdusta, kerana dalam hatimu masih ada tuhan lain selain Allah.

Sebab, segala sesuatu yang menjadi sandaranmu selain Allah maka bererti ia adalah tuhan mu. Segala sesuatu yang engkau takuti dan kau harapkan adalah tuhan bagi mu.

Hatimu tidak selaras dengan lisanmu. Amal mu tidak sesuai dengan perkataan mu. Maka, hendaklah engkau mengucapkan “Allahu Akbar” seribu kali dalam hati dan mengucapkan sekali dengan lisan.

Maka, tidakkah engkau merasa malu ketika engkau mengucapkan “Laa ilaaha illallah”, sedangkan engkau memiliki ribuan tuhan selain Allah dalam hatimu?”

---Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam kitab Al-Fathu ar-Rabbani wa al-Faidh ar-Rahmani.

Sumber: ust Iqbal Zain

Iman adalah Mutiara

"Dan Iman itu terbahagi kepada lebih tujuh puluh cabang. Cabang iman yang paling tinggi ialah syahadah Laailahailallah. Dan yang paling rendah ialah perasaan malu. Segala yang telah habis tempoh perlu diperbaharui. Sama juga dengan iman."

"Ada masa dia lebih dan ada masa die turun. Iman yang tak naik dan tak turun ialah iman para malaikat. Iman yang naik dan tak pernah kurang ialah iman para nabi. Iman yang ade trun dan ada naik tu adalah kita."

"Iman itu terletak didalam hati. Lebihnya sesorg itu ialah hal hatinya dengan Allah سبحانه وتعالى. Saidina Abu Bakar r.a kalau ditimbang imannya maka lebih berat daripada dunia ini dan seisinya."

"Tuan-tuan. Benda yang sangat berharga sekali apa dia. Iman. Sesiapa pun tidak boleh bagi. Yang boleh kurniakan iman hanyalah Allah سبحانه وتعالى sahaja. Peliharalah nikmat iman tersebut."

"Iman. Tuan-tuan. Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad. Apa punca org itu mati dengan tercabut iman?? Wa'iyazubillah. Apa punca orang itu mati luar daripada Islam?? Wa'iyazubillah. Sebabnya tidak menghargai nikmat iman yang Allah سبحانه وتعالى dah bagi."

"Bahkan. Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad. Bukan kerana tidak menghargai nikmat iman. Nikmat yang Allah سبحانه وتعالى bagi kepadanya di jasadnya dan di anggotanya pon tak bersyukur. Nikmat mata tidak rasa besar. Nikmat telinga tidak rasa besar. Nikmat ni bilamana kita tidak hargai maka risikonya ketika hendak mati imannya tercabut. Wa'iyazubillah. Mati luar daripada agama Allah. Wa'iyazubillah."

"Kalau macam tu. Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad. Hargailah nikmat yang Allah سبحانه وتعالى bagi ini. Iman yang berada dalam hati kita ini kita tidak pernah pilih pun. Allah سبحانه وتعالى yang pilih untuk kita. Allah سبحانه وتعالى yang pilih saya. Allah سبحانه وتعالى yang pilih tuan-tuan."

"Kita keluar-keluar mai ke dunia ini tengok-tengok mak dan ayah kita sudah pun Islam. Allah سبحانه وتعالى pilih untuk kita. Betapa banyak orang diluar sana yang Allah سبحانه وتعالى tidak bagi iman dekat depa. Beranak-beranak tengok mak bapak dia org putih. Mak pak dia Cina, mak pak dia ada India. Kita, Allah سبحانه وتعالى pilih keluar ke dunia, mak kita Islam ayah kita Islam."

"Tapi ramai orang Islam yang tidak menghargai nikmat iman yang ada dalam jiwanya. Tuan-tuan. Jadi hargailah nikmat Allah سبحانه وتعالى. Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad. Yang dikatakan nikmat yang Allah سبحانه وتعالى bagi ini. Nikmat iman."

"Apabila iman kita kuat, maka taqwa juga kuat. Apa maksud taqwa? Taqwa itu ialah menjunjung tinggi titah perintah Allah سبحانه وتعالى dan meninggal larangan Allah. Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad."

"Macam mana kita nak kuatkan iman? Kita nak kuatkan iman perlu menjana iman iaitu berbuat amal soleh. Bila mana ade iman maka adanya amal soleh. Amal soleh itu luaran dan iman itu dalaman.bdan iman ialah satu yang tidak dapat dikesan dgn kelima-lima pancaindera."

"Asas iman itu ialah ilmu. Bilamana ada ilmu maka ia akan dpt proses dan akan dpt mengusahakan keimanan itu. Kalau nk konsistenkan amalan kite perlu maintain selama empat puluh hari amalan itu maka amalan itu secara automatiknya akan menjadi darah daging kita dan kebiasaan kepada kita. Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad."

"Kalau kita baca Al-Quran tapi tak paham makna quran pon kita dapat pahala. Kalau kita selawat tapi tak hadir dlm hati pn dpt pahala tp kalau kita sebut Laailahailallah tapi tak hadir didalam hati maka, tiada pahala baginya. Sebab setiap sebutan akan mengecaskan iman kita."

"Antara cara-cara kita nak menjana iman kita adalah antaranya hadir majlis ilmu. Kita tengok muka orang-orang soleh. Jubah singkat itu sesuatu simbol hikmah dunia yang tak kena kotor dan hikmah akhirat Allah سبحانه وتعالى akan sambung jubah itu di akhirat nanti selain daripada mengikut sunnah Rasulullah ﷺ."

"Orang yg kamu tgk tidak memberi kesan kepada kamu dan tan memberi manafaat kepada kamu maka orang itu bukanlah daripada orang-orang soleh. Setiap perkara amalan soleh akan menjadi security kepada iman kita. Kita boleh mengukur iman kite dgn perasaan malu dgn perbuatan mungkar dan maksiat kita. Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad."

"Siapa yang dia tak malu kepada manusia didalam perkara kejahatan maka die tak malu kpd Allah سبحانه وتعالى Kadang kala penjanaan iman ini akan dpt dlm mimpi tp tak dpt dlm solat atau amal soleh lain. Cara nk konsistenkan iman adalah buatlah secara istiqomah walaupun sikit ibadat itu dan amalan yg kita rasa suka buat maka jgn kita tinggal amalan itu. Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad."

Daripada TG Sheikh Zainul Asri Haji Romli.

Kemulian Sebenar.

"Orang-orang yang bertaqwa, adalah mereka yang dijanjikan kemuliaan di sisi Allah سبحانه و تعالى. Berapa ramai orang mencari kemuliaan di sisi manusia, dan kalau mendapatkannnya pun, selama mana ianya mampu bertahan?." Didalam Al-Quran, Allah سبحانه و تعالى merekodkan apa yang dikatakan oleh kaum munafiqin kepada Rasulullah ﷺ dan kaum muslimin."

“Kalau kami nanti balik ke Madinah, yang mulia, tinggi, agung akan mengeluarkan yang hina.” Pada pandangan mereka, mereka merasa mulia dengan kekufuran mereka dan melihat orang yang dalam kebenaran sebagai orang yang hina."

"Ini adalah penilaian yang terbalik, dan pada akhirnya Rasulullah ﷺ kekal di Madinah, Islam semakin tersebar, semakin kuat dan terserlah keindahan Islam sementara kaum munafiqin semakin hari semakin terhakis. Demikian janji Allah سبحانه و تعالى - Kemuliaan mesti dicari di sisi Allah سبحانه و تعالى dan bukannya di sisi makhluk."

"Contoh kedua adalah Allah سبحانه و تعالى memberi contoh orang yang mencari kemuliaan sehinggakan mengaku dirinya Tuhan seperti Firaun. Katanya, “Saya Tuhan-Mu Yang Paling Tinggi”.
Dia ditenggelamkan oleh Allah dengan kaumnya, dengan kemuliannya dan hartanya semua. Berapa banyak yang ditinggalkan daripada kebun-kebun, air-air, hartanya, kemuliannya itu?"

"Sesiapa saja yang mencari kemuliaan selain dari sisi Allah, maka kemuliaan itu akan menjadi sia-sia. Kemuliaan di sisi Allah سبحانه و تعالى yang kekal di dunia, barzakh dan juga akhirat. Sebab kedua kemuliaan juga bukanlah kerana keturunan."

"Kata Imam Al-Haddad, orang yang kurang beramal, nasabnya tidak bantu dia, yakni mesti beramal untuk dapat kemuliaan di sisi Allah سبحانه و تعالى. Kemudian, harta dan kekayaan juga bukan sebab untuk mendapat kemuliaan."

"Firman Allah سبحانه و تعالى yang bermaksud; “Bukanlah harta kamu, bukan anak-anak kamu yang dapat mengangkat darjat kamu untuk dekat di sisi Kami yakni Allah, kecuali orang-orang yang beriman." Beriman pada hartanya dengan menggunakannya pada jalan Allah, beriman pada anak-anaknya dengan mendidik mereka."

"Dan ini yang akan menaikkan darjat seseorang di sisi Allah سبحانه و تعالى, dan bukan zat harta dan anak-anak itu sendiri. Ini menunjukkan apa saja yang Allah berikan kepada kita boleh dipergunakan untuk Allah سبحانه و تعالى."

"Begitulah penerangan Imam Al-Haddad tentang hakikat kebenaran orang yang bertawqa kepada Allah سبحانه و تعالى. Allah berfiman; “Orang yang beriman berada dalam syurga-syurga, sungai-sungai yang mengalir, di tempat yang benar, di sisi Yang Maha Berkuasa."

"Siapa yang dapat semua itu? Syurga yang banyak, sungai yang mengalir, dan lebih daripada itu mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah سبحانه و تعالى. Semoga Allah menjadikan kita orang yang bertaqwa dan mendapatkan anugerah tersebut, InshaAllah."

"Dan Apakah ciri-ciri hamba Allah yang bertaqwa? Jawapannya ada didalam Al-Quran. Allah سبحانه و تعالى menceritakan ciri-ciri orang yang bertaqwa dalam Al-Quran; "Dan di antaranya ialah yang pertama dia bersegera untuk meraih keampunan daripada Allah سبحانه و تعالى. Selain itu, dia berinfak dalam keadaan senang dan susah."

"Ciri-ciri orang yang bertaqwa juga dia menahan marah. Dia juga memaafkan kepada orang lain
berbuat ehsan kepada orang lain, yakni memberi lebih daripada hak orang, dan tidak menuntut apa yang menjadi hak dirinya.
orang yang menzalimi diri sendiri, tetapi bertaubat kepada Allah سبحانه و تعالى dan dia tidak merendahkan orang lain."

"Rasulullah ﷺ bersabda; “Taqwa itu di sini yakni hati.” “Cukup seseorang Muslim itu melakukan kesalahan dengan merendahkan Muslim yang lain.” Walaupun Muslim itu berbuat tidak baik. Dia tiada hak untuk merendahkan orang lain. Orang yang bertaqwa itu dia tidak boleh menganggap dirinya lebih mulia daripada orang lain."

Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.

Tergelincirnya Ummat.

"Diakhir hayat Rasulullah ﷺ, Beliau kurang tersenyum kerana termimpi akan adanya khinzir-khinzir yang menaiki Mimbar-mimbar. Ini adalah simbol kepada Ulama' Su. Yang akan ramai jumlahnya di akhir Zaman ini. Ini yang menjadi penyelaras kepada ramainya pengikut kepada Ad-dajjal."

"Digelar sebagai ulama' su. Kerana orang Alim kalau tergelincir mulutnya satu kalam sahaja akan tergelincir semuanya. Yakni semua pengikutnya akan tergelincir. Berapa ramai yang berpegang kepada satu pandangan daripada orang 'Alim yang didakwa alim dizamannya? yang pada akhirnya berlaku sedemikian."

"Dengan tergelincirnya orang alim akan berlakunya pembunuhan, penodaan kehormatan, pentengkaran, pengkafiran, permusuhan kepada seseorang dan sebagainya. Zaman kita ini diakhir zaman, terdapat ramai yang akan terpedaya kepada fitnah Ini. "

"Bagi kita untuk mengenali Ulama Su' adalah apabila ia berkata-kata maka ramai akan berkelahi, umat akan berpecah belah dan saling bertelingkah. Orang alim itu kalau tergelincir mulutnya lisannya saja, satu alam boleh tergelincir yakni dengan pengikutnya sekali."

"Diakhir zaman, akan muncul golongan-golongan yang zahirnya memperjuangkan Islam, dengan membawa fahaman mereka, membawa panji Islam, membuat bangunan-bangunan nampak seperti memperjuangkan Islam tapi menyimpan hati yang busuk didalamnya."

"Mereka memerangi Ummat Islam, menghantar matlumat kepada Musuh-musuh Islam, dan membawa perbalahan dan bergaduh sesama islam. Diakhir zaman, ilmu-ilmu dan akal manusia akan dicabut oleh Allah ﷻ."

"Bukan dicabut itu dikatakan waras atau tidak tetapi mereka tidak menggunakan akal, bukan dikatakan mereka tidak beramal ataupun gila tetapi tidak digunakan dan diisi dengan ilmu. Dan Hati mereka menyimpan perasaan yang busuk."

"Dikatakan akal-akal orang waktu itu akan diambil dan dicabut oleh Allah ﷻ, maknanya ramai ulama meninggal dunia sehingga tersisa org yg mempunyai akal tetapi tidak diisi dengan ilmu tanpa mengenali haq dan batil, makruf dan yg mungkar dan yg mana jihad dan yg mana pembunuhan sesama orang islam."

"Apa yg menyebabkan mereka buta? Kerana kejahilan. kerana hati mereka didalam kegelapan. Tiada perasaan kasih sayang. Perumpaannya seperti orang yang berjalan diwaktu malam."

"Nabi bersabda; "Akan datang suatu zaman nanti fitnah umpama malam yang mengelapkan. Yang dikatakan gelap itu adalah gelapnya fitnah sehingga orang tidak dapat membezakan yg mana betul dan yg mana salah. Moga-moga Allah ﷻ memelihara kita daripada fitnah yang dahsyat ini."

Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar al-Hamid.

Ilmu adalah Cahaya

"Nasihat itu amatlah perit bagi orang yang mencintai hawa nafsu, dan orang yang hatinya dipenuhi nur, akan berterima kasih apabila diberi nasihat kepadanya. Meminta nasihat itu mudah, tetapi untuk mendengar dan mengikuti nasihat itu tidaklah mudah."

"Orang-orang soleh yang hatinya dipenuhi cahaya, mereka sangat menghargai nasihat-nasihat yang datang kepada mereka. Dan kerana itu sebagai tambahan peringatan kepada mereka. Tetapi orang yang hatinya dikuasai hawa nafsu tidak akan suka kepada nasihat yang datang kepadanya."

"Maka, orang yang hatinya penuh dengan cahaya, akan bersyukur dan berterima kasih pada orang yang menasihatinya, kerana menunjukkan aib dirinya untuk berubah menjadi lebih baik. Sepertimana seseorang yang di dalam beg atau rumahnya ada ular berbahaya."

"Maka, dia akan berterima kasih pada orang yang menunjukkan ular itu. Tetapi orang yang takabbur didalam hatinya dia takkan percaya apabila dikhabarkan ada binatang berbisa dalam beg atau didalam rumahnya. Suatu hari, Imam Habib Abdullah Bin Hassan Al-Attas, masuk ke kota Syibam dan solat sunat dua rakaat."

"Kemudian datang seorang yang kasar akhlaknya dan lambat bacaan Fatihahnya, dan menyangka solatnya Habib Abdullah yang begitu ringkas tidak betul. Pemuda itu pun mengatakan; “Bagaimana kamu solat cepat sangat. Solat kamu ini tidak sah.”. Padahal Habib Abdullah ialah ulama yang mahir ilmu tentang empat mazhab."

"Tetapi setelah ditegur, beliau sedikitpun tidak marah kepada pemuda itu. Bahkan beliau bertanya apakah kekurangan solatnya pada mata lelaki itu. Lelaki itu pun mengatakan ada banyak silap. Imam Abdullah pun meminta diajarkan cara yang betul, dan lelaki itu pun mengajarkan mengikut caranya yang lambat bacaannya."

"Kemudian, Habib Abdullah pun solat sekali lagi seperti yang lelaki itu ajar dan meminta lelaki itu menilainya sekiranya itu betul. Setelah selesai solat, ramai yang kenal kepada beliau beratur untuk bersalam kepadanya. Lelaki itu pelik melihatnya dan bertempik; “Siapa yang kamu salam ini? Aku yang ajar dia solat?”

"Orang ramai bertanya; “Kepada siapa kamu ajarkan solat? Ini adalah imam besar yang mahir empat mazhab.” Lelaki itu berasa tersangat malu dan meminta maaf kepada Habib Abdullah. Namun, Habib Abdullah sedikitpun tidak marah, bahkan mengatakan; “Saya mendapat manfaat daripada kamu.”

"Inilah akhlak ulama, sedikitpun tidak mengherdik bahkan menerima nasihat tidak mengira daripada siapa. Orang-orang soleh merupakan ahli nur, dan mereka merasakan kelazatan, suatu kesedapan rohani, bila ada orang datang menasihati mereka."

"Walaupun ada orang ahli hawa nafsu, ahli maksiat yang datang memberi nasihat dengan keras, tidak mengapa, kita terima nasihat mereka. Dan lebih khusus lagi, nasihat itu susah diterima bagi penuntut ilmu zahir sahaja, kerana mereka rasa cukup dengan ilmu syariat yang zahir, dan tidak rasa perlu kepada mana mana nasihat."

"Aku lebih arif dari kamu. Aku lebih pandai. Ini adalah satu cara syaitan menipu kepada penuntut-penuntut ilmu. Kadang-kala Allah hantar mereka untuk mentarbiya seseorang. Ada juga penuntut ilmu yang ditipu daya oleh syaitan sehingga sibuk dengan ilmu dunia sahaja seperti ilmu astronomi sehingga berpuluh-puluh tahun."

"Dan kemudian merasakan ilmu mereka tinggi sehingga bila ada orang datang menasihati akan berkata; “Kamu siapa ingin menasihati aku? Insan itu sifatnya lemah, sehingga syaitan masuk dan menipu dayanya sehingga dia menasakan dirinya tidak perlu kepada nasihat. Sesungguhnya dia menyangka ilmunya cukup untuk menyelamatkan dia daripada api neraka tanpa perlu untuk dia beramal. Bahkan. Tidak!"

"Inilah sifat ahli falsafah seperti sabda Rasulullah ﷺ; “Orang yang paling dasyat azabnya pada hari akhirat ialah orang yang alim, tetapi Allah سبحانه و تعالى tidak memberinya manfaat dengan ilmunya.” Ilmu hakiki yang sebenar ialah ilmu yang memberi faedah kepada dirinya sehingga mempengaruh adabnya, amalnya."

"Antara tanda seseorang mendapat manfaat daripada ilmu ialah apabila hatinya dipenuhi perasaan simpati dan kasih-sayang kepada semua makhluk Allah سبحانه و تعالى,. Kasih sayang kepada orang Islam dan bukan Islam. Sebab itu, apabila para penuntut ilmu ingin belajar hadis."

"Mereka akan memulakan dengan hadis musalsal hadis tentang rahmah, iaitu; “Orang-orang yang penyayang dan kasih sayang akan disayangi oleh Yang Maha Penyayang. Sayangilah kamu orang-orang yang dibumi niscaya kamu akan disayangi oleh nya bagi Yang di langit.”

Daripada Al-Habib Kadzim Bin Ja’afar As-seggaf. "Nasihat itu amatlah perit bagi orang yang mencintai hawa nafsu, dan orang yang hatinya dipenuhi nur, akan berterima kasih apabila diberi nasihat kepadanya. Meminta nasihat itu mudah, tetapi untuk mendengar dan mengikuti nasihat itu tidaklah mudah."

"Orang-orang soleh yang hatinya dipenuhi cahaya, mereka sangat menghargai nasihat-nasihat yang datang kepada mereka. Dan kerana itu sebagai tambahan peringatan kepada mereka. Tetapi orang yang hatinya dikuasai hawa nafsu tidak akan suka kepada nasihat yang datang kepadanya."

"Maka, orang yang hatinya penuh dengan cahaya, akan bersyukur dan berterima kasih pada orang yang menasihatinya, kerana menunjukkan aib dirinya untuk berubah menjadi lebih baik. Sepertimana seseorang yang di dalam beg atau rumahnya ada ular berbahaya."

"Maka, dia akan berterima kasih pada orang yang menunjukkan ular itu. Tetapi orang yang takabbur didalam hatinya dia takkan percaya apabila dikhabarkan ada binatang berbisa dalam beg atau didalam rumahnya. Suatu hari, Imam Habib Abdullah Bin Hassan Al-Attas, masuk ke kota Syibam dan solat sunat dua rakaat."

"Kemudian datang seorang yang kasar akhlaknya dan lambat bacaan Fatihahnya, dan menyangka solatnya Habib Abdullah yang begitu ringkas tidak betul. Pemuda itu pun mengatakan; “Bagaimana kamu solat cepat sangat. Solat kamu ini tidak sah.”. Padahal Habib Abdullah ialah ulama yang mahir ilmu tentang empat mazhab."

"Tetapi setelah ditegur, beliau sedikitpun tidak marah kepada pemuda itu. Bahkan beliau bertanya apakah kekurangan solatnya pada mata lelaki itu. Lelaki itu pun mengatakan ada banyak silap. Imam Abdullah pun meminta diajarkan cara yang betul, dan lelaki itu pun mengajarkan mengikut caranya yang lambat bacaannya."

"Kemudian, Habib Abdullah pun solat sekali lagi seperti yang lelaki itu ajar dan meminta lelaki itu menilainya sekiranya itu betul. Setelah selesai solat, ramai yang kenal kepada beliau beratur untuk bersalam kepadanya. Lelaki itu pelik melihatnya dan bertempik; “Siapa yang kamu salam ini? Aku yang ajar dia solat?”

"Orang ramai bertanya; “Kepada siapa kamu ajarkan solat? Ini adalah imam besar yang mahir empat mazhab.” Lelaki itu berasa tersangat malu dan meminta maaf kepada Habib Abdullah. Namun, Habib Abdullah sedikitpun tidak marah, bahkan mengatakan; “Saya mendapat manfaat daripada kamu.”

"Inilah akhlak ulama, sedikitpun tidak mengherdik bahkan menerima nasihat tidak mengira daripada siapa. Orang-orang soleh merupakan ahli nur, dan mereka merasakan kelazatan, suatu kesedapan rohani, bila ada orang datang menasihati mereka."

"Walaupun ada orang ahli hawa nafsu, ahli maksiat yang datang memberi nasihat dengan keras, tidak mengapa, kita terima nasihat mereka. Dan lebih khusus lagi, nasihat itu susah diterima bagi penuntut ilmu zahir sahaja, kerana mereka rasa cukup dengan ilmu syariat yang zahir, dan tidak rasa perlu kepada mana mana nasihat."

"Aku lebih arif dari kamu. Aku lebih pandai. Ini adalah satu cara syaitan menipu kepada penuntut-penuntut ilmu. Kadang-kala Allah hantar mereka untuk mentarbiya seseorang. Ada juga penuntut ilmu yang ditipu daya oleh syaitan sehingga sibuk dengan ilmu dunia sahaja seperti ilmu astronomi sehingga berpuluh-puluh tahun."

"Dan kemudian merasakan ilmu mereka tinggi sehingga bila ada orang datang menasihati akan berkata; “Kamu siapa ingin menasihati aku? Insan itu sifatnya lemah, sehingga syaitan masuk dan menipu dayanya sehingga dia menasakan dirinya tidak perlu kepada nasihat. Sesungguhnya dia menyangka ilmunya cukup untuk menyelamatkan dia daripada api neraka tanpa perlu untuk dia beramal. Bahkan. Tidak!"

"Inilah sifat ahli falsafah seperti sabda Rasulullah ﷺ; “Orang yang paling dasyat azabnya pada hari akhirat ialah orang yang alim, tetapi Allah سبحانه و تعالى tidak memberinya manfaat dengan ilmunya.” Ilmu hakiki yang sebenar ialah ilmu yang memberi faedah kepada dirinya sehingga mempengaruh adabnya, amalnya."

"Antara tanda seseorang mendapat manfaat daripada ilmu ialah apabila hatinya dipenuhi perasaan simpati dan kasih-sayang kepada semua makhluk Allah سبحانه و تعالى,. Kasih sayang kepada orang Islam dan bukan Islam. Sebab itu, apabila para penuntut ilmu ingin belajar hadis."

"Mereka akan memulakan dengan hadis musalsal hadis tentang rahmah, iaitu; “Orang-orang yang penyayang dan kasih sayang akan disayangi oleh Yang Maha Penyayang. Sayangilah kamu orang-orang yang dibumi niscaya kamu akan disayangi oleh nya bagi Yang di langit.”

Daripada Al-Habib Kadzim Bin Ja’afar As-seggaf.

Kesudahan yang Baik.

"Kita hendaklah mengunakan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah سبحانه وتعالى, untuk menyembah Allah سبحانه وتعالى. Dan kita bersyukur dengan nikmat iman dan islam yang Allah سبحانه وتعالى berikan kepada kita yang lebih berharga daripada dunia dan seisinya."

"Diakhir zaman ini, kita perlu muhasabah diri kita. Kita perlu melihat suasana didalam rumah kita. Jangan fikir jauh dengan soal sosial, politik dan sebagainya. Kita lihat dulu didalam rumah kita. Kita fokus didalam rumah kita. Bagaimanakah suasana nya?
Adakah ada perkara-perkara yang haram, masuk kedalam rumah kita?"

"Tidak kiralah rumah itu besar atau kecil. Kaya atau miskin. Maka kita patut mengubahnya. Sebagai contoh adalah televisyen. Televisyen ini menjadi antara fitnah terbesar sekali dizaman ini. Bahkan, jika tiada televisyen maka ada yang merasakan kekurangan jika tiada televisyen didalam rumah mereka."

"Ianya tiada masalah jika, anak isteri atau suami ingin menonton televisyen. Akan tetapi, yang menjadi masalah adalah, apa yang keluar daripada televisyen tersebut. Terkadang dengan perempuan yang tidak tutup auratnya, terkadang dengan perkataannya yang bukan-bukan. Pakaian yang tidak senonoh. Pergaulan bebas yang dipertontonkan. Dan suami buat rilek sahaja, isteri pon rilek sahaja. Biarkan anak-anak tengok. Tak kisah pon.

"Suami membiarkan sahaja buat rilek sahaja. Katanya ini masa untuk keluarga. Dia boleh buat rilek sahaja, sedangkan dia sedang melanggar syariat Allah سبحانه وتعالى. Kita melanggar perintah Allah سبحانه وتعالى didalam rumah kita sendiri."

"Kita membiarkan perkara-perkara haram masuk kedalam rumah kita sendiri. Dengan banyaknya rancangan yang bukan-bukan. Ada yang bollywood, hollywood, koreanya dan sebagainya. Mempengaruhi pemikiran anak-anak kita. Kita rilek sahaja."

"Tahukah kita, mereka ini adalah golongan yang melanggar hukum Allah سبحانه وتعالى. Dan kita ni boleh rilek je dalam rumah kita. Tak ada rasa apa-apa pon. Tak ada rasa bersalah pon. Tak yah fikir jauh pasal gejala sosial dan sebagainya. Lihat didalam rumah kita sendiri."

"Kita patut rasa serba-salah. Macam mana iman kita? Kita hendak jaga iman kita. Dan Kita patut fikir macam mana nak jauhkan perkara-perkara yang haram didalam rumah kita. Kalau kita ada televisyen dirumah pula. Maka gunakanlah dengan sebaiknya. Untuk perkara-perkara yang baik. Kita gunakan segala nikmat Allah سبحانه وتعالى untuk menyembah Allah سبحانه وتعالى."

"Alhamdulillah. Sekarang ada macam-macam rancangan yang baik-baik. Ada syarahannya, majlis ilmunya, nasyidnya dengan para ustaz alim ulamak. Maka kita gunakan dengan sebaiknya. Kita patut berfikir, bagaimana untuk mentaati perintah Allah dan menyebarkan agama Allah سبحانه وتعالى."

"Kita hendaklah mengunakan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah سبحانه وتعالى, untuk menyembah Allah. Kita nak mati dalam iman. Kita mintak berdoa kesudahan yang baik. Mintak syurga. Akan tetapi, adakah cara kita didalam kehidupan ini, membawa kita kepada kesudahan yang baik? Yang diredhai Allah سبحانه وتعالى?"

Sheikh Imran Anguilla Al-Hafiz

Fikir atas Iman .

"Dimanakah kepentingan yang kita letakkan untuk diri kita, didalam membantu agama Allah سبحانه وتعالى. Dimanakah iman kita? Seseorang pemikir yang hebat, dia memikirkan bagaimana untuk mentaati perintah Allah, membantu agama Allah, berjuang dijalan Allah سبحانه وتعالى. Itu adalah seorang pemikir yang besar, hebat. Pemikir inilah yang dipuji oleh rasulullah ﷺ."

"Seseorang pemikir itu, kalau tidak mendapat hidayah daripada Allah سبحانه وتعالى. Maka dia akan tertipu dengan dirinya sendiri. Seseorang pemikir itu, dia mungkin hebat didalam ilmu peperangan, ilmu ekonomi, ilmu politik, apa sahaja ilmu dia tetap jahil jika tidak memikirkan tentang ilmu agama islam."

"Abu jahal semua ilmu abu jahal ada. Abu jahal pandai ekonomi, politik, ilmu nasab, dan sebagainya. Sehingga dia digelar abu hikmah. Akan tetapi, dia tetap disebut oleh Rasulullah ﷺ sebagai abu jahal. Tetap jahil, Kerana dia tidak mahu beriman kepada Allah سبحانه وتعالى."

"Kalau seorang pemikir itu dia hebat didalam bab dunia. Akan tetapi syariat Allah سبحانه وتعالى dia melanggarnya. Dengan senang-senang sahaja. Dia digelar sebagai abu jahal, seperti ketua quraisy yang dinamakan sebagai kejahilan. Dan tidak dinamakan sebagai ahli ilmu."

"Apabila seseorang itu didalam kejahilan, maka hendaklah dia menuntut ilmu. Apabila dia mendengar hendaklah taat. Jangan berdegil. Jangan kita melawan syariat Allah سبحانه وتعالى. Dan penyakit hati yang terbesar sekali daripada ujub, riak, takabur adalah kufur kepada Allah سبحانه وتعالى. Yakni Dia tidak beriman kepada Allah سبحانه وتعالى."

"Ini adalah penyakit hati yang paling serius sekali. Hati orang yang tidak beriman. Didalam Al-Quran ada menceritakan orang yang tidak beriman dan merasa sombong diatas dunia. Diakhirat nanti, mereka yang tidak beriman angkat dirantai dileher-leher mereka."

"Mereka akan diangkat dengan rantai dileher mereka. Mereka diseret dengan dagu mereka diatas lantai. Didalam ayat yang lain, muka mereka diseret dahulu. Dan kemudian dihumbankan kedalam api neraka Allah سبحانه وتعالى. Mereka menerima dengan seburuk-buruk layanan didalam sana."

"Tidaklah seseorang itu taat dan beriman kepada perintah Allah سبحانه وتعالى, hanyalah dengan taufiq dan hidayah Allah. Maka, pentingnya kita untuk merawat penyakit didalam hati kita. Mengubati penyakit-penyakit ini. Marilah kita menjadi pemikir yang besar dan hebat."

"Seseorang pemikir yang hebat, dia memikirkan bagaimana untuk mentaati perintah Allah, membantu agama Allah, berjuang dijalan Allah سبحانه وتعالى. Itu adalah seorang pemikir yang besar, hebat. Pemikir inilah yang dipuji oleh rasulullah ﷺ. Lebih lebih lagi diakhir zaman. Semoga Allah سبحانه وتعالى mengurniakan kita kesudahan yang baik dan istiqamah didalam iman."

Daripada Sheikh Imran Anguilla Al-Hafiz

Hidup dijalan Allah.

"Kita sering mendengar kalimat "mati di jalan Allah." Tetapi pernah kah kita mendengar dengan "Hidup dijalan Allah? Ada apa dengan "hidup di jalan Allah?" Hidup di jalan Allah lebih sulit jihadnya, lebih berat cubaannya, dan lebih panjang kesulitannya, apatah lagi di zaman fitnah ini. Hidup dijalan Allah penuh dengan mujahadah. Barang siapa yang hidup di jalan Allah, maka dia akan mati di jalan Allah سبحانه وتعالى."

"Niat itu adalah seperti surat. Salah tulis alamat, maka salahlah tempatnya akan sampai. Jadi niatlah kamu kerana Allah سبحانه وتعالى. Salah satu hal menyedihkan yang menimpa masyarakat kita saat ini, adalah bergesernya sikap suka berdebat."

"Dan sikap seperti ini yang biasanya kita temukan di pasar atau di jalan, telah berpindah ke masjid. Seseorang mengunjungi masjid dan melihat ke sesama jamaah dengan pandangan skeptisisme yakni curiga. Hatinya tidak bersih. Apa faedahnya jika kamu bertengkar berdebat? Sedangkan kamu merasa diri kamu lebih baik dari orang lain."

"Ada perasaan riyak dan takabur. Tahukah kamu sifat syaitan itu apa? "Ana khairun minhu" dia mengatakan; "Saya lebih baik daripada dia." Dan Didalam hatinya atau lisannya telah berani mempertanyakan apakah keyakinan jamaah yang lain telah benar atau apakah mereka telah melakukan sesuatu yang mungkin musyrik atau menyimpang atau sesat."

"Sikap ini benar-benar dilarang, haram, dalam Islam. Dan juga memiliki pendapat yang buruk yakni su'udzon, informasi yang salah menjadi fitnah daripada orang lain, kita menyebarkannya. Hukum agama kita, 'Syariah', menolak atau tidak menerima atau membenarkan cara yang seperti itu. Janganlah kamu berjalan di atas bumi dengan penuh keangkuhan. Ketahuilah bahwa tidak lama lagi bumi ini akan menelan kamu. Pergaduhan akan mengelapkan hati."

"Lalu mari kita bersihkan hati kita dengan dzikrullah. Allah سبحانه وتعالى menyukai amalan yang dilakukan dari hati dan tersembunyi. Dan itulah sebabnya Allah berfirman; "Dan ucapan terbaik dzikrullah itu adalah, 'Laa ilaaha illallah." Dan sebanyak berapa kalipun, ketika mengucap dzikir yang afdhol ini. Makanya, bibir kamu sama sekali tidak perlu di gerakkan. Sehinggakan orang lain pon tidak bisa, melihat bahawa kamu sedang berdzikir."

"Satu kisah, Seseorang pemuda pernah datang bertemu dan berkata kepada Al-Imam Hasan Al-Basri; "Wahai imam, Aku tidak taat kepada Allah dan melakukan banyak dosa, tapi aku merasa bahawa aku tetap dan masih diberikan keberhasilan di dunia dan merasa tidak ada yang kurang dan tidak terputus dari apapun juga."

"Imam Hasan Al-Basri menjawab; "Apakah kamu berdoa atau sholat di waktu malam hari? Kata pemuda itu; "Tidak" Imam Hasan Al-Basri mengatakan; "Maka itu sudah cukup bukti bahawa Allah سبحانه وتعالى telah menghilangkan satu kenikmatan yang paling besar dalam hidup ini."

"Dan Allah سبحانه وتعالى telah memutuskan engkau dari kenikmatan percakapan intim dengan-Nya." Semoga Allah سبحانه وتعالى mengampuni kita dan memberikan kita kenikmatan beribadah dimalam-Nya."

Daripada Al-Habib Ali bin Abdurrahman Al-Jufri.

Sifat Keakuan Diri.

"Dan hendaklah kamu merendahkan diri kamu. Sifat merendah diri adalah sifat orang-orang soleh. Agama ini adalah agama yang beradab kepada Allah سبحانه وتعالى maka janganlah kamu merasa takabbur. Janganlah kamu merasa lebih baik, lebih besar daripada makhluk yang lain hatta seekor anjing kurap sekalipon."

"Kamu tidak akan mencapai hakikat tasawuf itu sendiri, jika kamu masih melihat diri kamu lebih baik daripada orang lain. Hakikat diri kamu sendiri adalah fana, binasa, perish. Dalam diri kamu itu tiada apa apa. Allah سبحانه وتعالى yang menciptakan kamu. Yang ada, hanyalah Allah سبحانه وتعالى."

"Ada satu kisah, satu hari di zaman Rasulullah ﷺ. Pada waktu itu Rasulullah bersama para Sahabat yang lain berada di dalam masjid, para Sahabat terlihat seorang lelaki dimana lelaki ini melihat bahawa dirinya lebih baik daripada orang sekelilingnya."

"Lalu ditanyakan oleh Rasulullah kepada Para Sahabat; "Apakah pandangan kalian kepada lelaki itu?" Dijawab oleh para Sahabat; "Lelaki ini layak dikatakan padanya, apabila dia merisik pasti diterima. Dia pasti akan dikahwinkannya. Apabila dia meminta, pasti tidak ada orang yang akan menolaknya."

"Rasulullah ﷺ hanya diam sahaja."
"Lelaki itu masuk sambil duduk dengan kemegahan." Kemudian. Setelah itu, masuk pula seorang lelaki yang miskin secara zahirnya tetapi mempunya sifat yang jujur kepada Allah سبحانه وتعالى dan ketaqwaan yang tinggi. Akan tetapi dia miskin papa kedana."

"Lalu ditanyakan soalan yang sama oleh rasulullah ﷺ kepada Sahabat. Dan Sahabat menjawab; "Wahai Rasulullah, Lelaki ini layak dikatakan padanya. "Apabila dia merisik, tentu tidak ada siapa yg mahukannya kerana dia tidak ada apa apa padanya. Dan apabila dia meminta, tentu tiada siapa yg akan memberinya."

"Rasulullah ﷺ kemudian menjawab; "Orang yang ini adalah lebih baik daripada orang yang memiliki dunia ini serta isinya seperti orang yang tadi itu. "Lalu Rasulullah menuju kepada lelaki yang masuk ke masjid itu dengan keadaan yang bermegah itu."

"Ditanya oleh Rasulullah; "Seketika kamu masuk ke dalam masjid tadi; "Adakah kamu berkata di dalam hati kamu bahwa kamu adalah orang yg lebih baik daripada manusia yang lain?" Dijawab oleh lelaki itu; "Ya! Sungguh aku tidak mampu untuk menipu mu, Ya Rasulullah."

"Lalu Rasulullah ﷺ menjawab; "Sesungguhnya, aku telah nampak bintik bintik hitam di wajah kamu yang dihasilkan oleh Syaitan." Lihat. Inilah dia kriteria yang ada kepada orang yang suka merasa diri mereka lebih baik daripada orang lain, berasa megah dengan kealiman yang ada pada diri mereka, berasa diri mereka lebih hebat daripada manusia yang lain."

"Mereka didalam angan-angan. Aku yang soleh, aku yang baik, aku yang alim, aku yang buat semua ini. Semua aku, aku. Semuanya adalah berpunca dari segala sifat keakuan diri sendiri iaitu dipanggil sebagai hawa nafsu didalam diri manusia. Tidak akan masuk syurga orang yang ada sifat takabur didalam dirinya walau sebesar zarah sekalipon. Jadi, mari kita lihat diri kita sendiri."

"Allah سبحانه وتعالى kurniakan kita dua mata. Satu mata untuk melihat kebaikan orang lain, dan satu mata lagi untuk melihat keburukan diri kita sendiri. Dan semua orang mengetahui bahawa masing-masing ada keaiban diri, masing-masing ada zaman kegelapan yang orang lain tidak tahu."

"Akan Tetapi Allah سبحانه وتعالى masih tutup lagi keaiban itu, kegelapan itu daripada mata orang lain, daripada pengetahuan orang lain. Jika kamu memahami perkara tersebut, bagaimana kamu boleh bersangka buruk kepada orang lain?"

"Kamu boleh menganggap kamu lebih baik dari orang lain. Sedangkan kamu juga mempunyai aib. Maha suci Allah yang menutup aib manusia. Mana mungkin kamu melihat sedemikian, kamu juga mempunyai aib seperti mereka. Orang lain juga bukan Nabi. Mereka juga bukan Rasul, bukan Malaikat."

Guru mulia. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.

Naungan Ar-Rahman .

"Kita ini perlu fokus kepada diri kita, kepada jiwa kita, kepada hati kita, supaya kita sentiasa bermuhasabah bagaimana kedudukan kita, yakni hamba itu disisi Allah سبحانه وتعالى. bagaimana meletakkan Allah di dalam hatinya."

"Ulama' tarbiah menyatakan sekiranya sesesorang ingin mengetahui keadaan hatinya, lihatlah keadaan hatinya disisi Allah سبحانه وتعالى. Jika hatinya memerhati kepada Allah, sentiasa menjaga Allah yakni perintah Allah سبحانه وتعالى, demikian bagaimana hatinya disisi Allah."

"Namun jika hatinya lalai dan leka, alpa mengingati Allah, tidak mengagungkan apa yang diagungkan Allah, tidak memusuhi kepada apa yang dimusuhi Allah, maka seseorang hamba itu akan menjadi rendah disisi Allah سبحانه وتعالى. Hatinya ada Allah."

"Di alam Mahsyar, yakni pada hari kebangkitan. Bayangkan, semua manusia didalam keadaan menunggu. Didalam keadaan kebingungan, kepanasan dan kerisauan akan nasib masing-masing nanti. Matahari pula sejengkal diatas kepala, dan ada yang mandi didalam peluh mereka sendiri, kerana didalam keadaan menunggu, ternanti-nanti, ketakutan dan tertanya-tanya bila dia akan dihisab."

"Kita diatas dunia ini, apabila kita tersangkut dalam traffic jam. Bagaimana reaksi kita? Stress, tidak sabar, marah. Bayangkan, dialam mahsyar nanti, ulama mengatakan seseorang itu boleh menunggu selama berpuluh-puluh ribu tahun lagi untuk penghisaban."

"Di alam mahsyar nanti, semakin baik amalan seseorang itu. Semakin baik amal solehnya, maka penghisabannya, mizan, sirat seterusnya masuk kedalam syurga. Ulama mengatakan singkatnya itu seperti seseorang itu selesai dua rakaat solat. Sangat pantas. Akan tetapi, jika amalan seseorang itu buruk."

"Semakin buruk amalan seseorang itu, maka lambatlah keadaannya. Semakin burul amal, semakin lama dipadang mahsyar nanti. Didalam keadaan panas dan tiada tempat berlindung. Kecuali mereka yang dipilih oleh Allah سبحانه وتعالى. Ada tujuh golongan yang dipilih oleh Allah سبحانه وتعالى."

"Yang pertama, adalah pemimpin yang adil. Yang kedua, adalah lelaki yang mengasihi lelaki yang lain atau perempuan yang mengasihi perempuan yang lain kerana Allah سبحانه وتعالى. Yang ketiga, adalah pemuda yang takut kepada Allah."

"Pemuda yang takut kepada Allah سبحانه وتعالى, yang apabila dia digoda oleh perempuan yang cantik lagi bangsawan untuk melakukan sesuatu yang dikeji. Lalu dia menolaknya. Dia kemudian mengatakan; "Sesungguhnya Aku amat takut kepada Allah سبحانه وتعالى."

"Yang keempat, adalah pemuda yang tumbuh didalam ketaatan. Pemuda yang beribadah kepada Allah سبحانه وتعالى. Dimana usia mudanya dihabiskan untuk melakukan ketaatan, taqarub kepada Allah سبحانه وتعالى. Yang kelima, adalah pemuda yang hatinya terpaut kepada masjid. Sering kemasjid untuk solat. Dan Dia mencintai masjid."

"Yang keenam, pemuda yang hatinya sentiasa berzikir kepada Allah سبحانه وتعالى, mengingati Allah سبحانه وتعالى. Dan berlinang air matanya kerana takut kepada Allah سبحانه وتعالى didalam keadaan bersendirian. Dan yang ketujuh, adalah pemuda yang memberi sedekah dengan tangan kanannya, dan tangan kirinya tidak mengetahuinya."

"Maknanya, dia memberi sedekah dengan ikhlas. Dan tujuh golongan tadi, akan diberi perlindungan oleh Allah سبحانه وتعالى dibawah naungan-Nya. Bukan bawah teduhan biasa. Bukan bawah pokok kelapa, bawah pokok mangga."

"Dia berada dibawah naungan Ar-Rahman yang Maha Mulia. Seseorang yang berada dibawah naungan Allah, alangkah beruntungnya ketika didalam mahsyar. Semoga kita digolongkan bersama-sama dengan orang-orang yang mendapat naungan Allah سبحانه وتعالى kelak."

Guru mulia Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.

USIR HAWA NAFSU DARI KALBUMU

Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani memberi nasihat:

“Keluarkan dirimu dari nafsumu dan jauhilah ia! Lepaskan segala kepemilikanmu dan serahkan semua pada Allah. Jadilah gerbang di pintu kalbumu. Patuhilah perintah-perintah-Nya untuk memasukkan orang-orang yang memang diperintahkan dan diizinkan masuk. Patuhi pula larangan-larangan-Nya untuk mengusir orang-orang yang diperintahkan-Nya untuk kau usir. Jauhi dari pintu kalbumu!

Jangan masukkan hawa nafsu ke dalam kalbumu setelah ia terusir darinya. Pengusiran hawa nafsu dari kalbu adalah dengan menentangnya dan menolak mengikutinya dari segala keadaan. Sedangkan, memasukkannya ke dalam kalbu adalah dengan menuruti kehendaknya dan menyetujuinya.

Janganlah engkau berkehendak selain dengan Kehendak Allah Azza wa Jalla. Kehendak yang kau inginkan selain itu adalah belantara kebodohan yang akan mengantarkanmu pada malapetaka dan kebinasaanmu, juga kejatuhanmu di mata-Nya dan keterjauhanmu dari-Nya.

Maka dari itu, jagalah selalu perintah-Nya dan jauhilah larangan-Nya. Pasrahkan selalu dirimu kepada-Nya dalam segala ketentuan yang telah ditetapkan-Nya.

Jangan pernah sekutukan Dia dengan sesuatu pun dari makhluk-Nya. Kerana itu, janganlah terlalu bercita2 tinggi, menginginkan kesenangan dan bersyahwat besar agar dirimu tak menjadi orang yang musyrik.

Allah SWT berfirman, “Barangsiapa yang mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal shaleh dan janganlah ia mempersekutukan dengan sesuatu pun dalam beribadah kepada Allah,” (QS Al-Kahfi [18]: 110).

Syirik bukan hanya terbatas pada penyembahan berhala saja, namun termasuk juga tindak kesyirikan adalah menurutkan hawa nafsumu, memilih sesuatu selain-Nya berupa dunia seisinya, dan segala sesuatu selain-Nya. Jika engkau terhanyut dengan segala sesuatu selain-Nya, maka bererti engkau telah menyekutukan-Nya. Maka, waspadalah dan jangan terlena, takutlah selalu dan jangan merasa diri aman, telitilah selalu dan jangan lalai, niscaya engkau akan merasa tenang.”

--Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam kitab Adab As-Suluk wa At-Tawassul ila Manazil Al-Muluk

Sumber : Ust Iqbal Zain

BUAH HAWA NAFSU DAN KEINGINAN PECINTA

Kenderaan hawa nafsu hanya boleh menunggangi jiwa. Jika jiwa dikenderai oleh hawa nafsu, maka ia akan berjalan ke suatu tempat yang menyala-nyala, iaitu nafsu Jahanam. Hawa nafsu mengajak manusia untuk mengikuti syahwat (keinginan) dan condong kepada segala kenikmatan dan kesenangan, bahkan boleh membawa pergi pemiliknya kearah merasa hatta sebagai Tuhan. Oleh itu, Firaun menganggap dirinya sebagai Tuhan, kerana syahwat (keinginan) dan angan-angannya.

Itulah buah dari hawa nafsu. Ia membuatkan kita condong untuk mengikuti syahwat (keinginan) kita. Oleh itu, waspadalah terhadapnya kerana walaupun bentuknya kecil, tetapi ia sangat kuat bahkan boleh menjadi kekuatan yang sangat besar, yang dapat melemparkan diri kita ke jurang kebinasaan.

Waspadalah pada buah dari hawa nafsu ini:

Pertama: Sesuatu yang condong kepada kenikmatan dan syahwat (keinginan).

Kedua: Sesuatu yang condong kepada kekuasaan dan rasa  sebagai Tuhan.

Tiada sesuatu yang paling manis di alam malakut kecuali rasa cinta kepada Allah. Apabila seorang ahli ibadah telah mengecapi manisnya rasa cinta kepada Allah, maka manisnya segala urusan duniawi akan tenggelam dalam manisnya rasa cinta kepada Allah. Ketika itu tiada yang diharapkan olehnya kecuali sesuatu yang diharapkan oleh-Nya.

Untuk diketahui, rasa cinta seorang hamba kepada Allah tidaklah boleh menyerupai cinta seorang makhluk kepada makhluk yang lainnya.

Alasannya, cinta seperti itu merupakan kecenderungan untuk menguasai dan mendapatkan sang kekasih. Hal ini merupakan ciri-ciri cinta jasmaniah.

Para pencinta Allah swt adalah orang-orang yang bersungguh-sungguh dalam mendekati-Nya dan kedekatan dengan Allah itu yg dicari dan bukan imbuhan materialistik selain Diri Dzat itu sendiri, bukan orang-orang yang menuntut imbuhan. Orang2 yang menuntut imbuhan itu berdiri sendiri dengan rasa cintanya bukan cintai Diri Dzat Allah, sementara orang yang bersungguh-sungguh dengan Cinta Allah bersungguh untuk mendekat,  dan itu membuat mereka turut larut dengan kekasihnya ketika mendekat dan merasai neraka kejauhan ketika mereka dijauhi-Nya.

Orang-orang yang paling jujur dalam medan cinta adalah mereka yang bersungguh-sungguh meraih cinta yang ditakluki oleh-Nya dari Sang Pencinta Hakiki... yg punya Asma...Ya Wadud.

Sumber : Ust Iqbal Zain

NASIHAT SYEIKH ABDUL QADIR JAILANI TENTANG BEKALAN PERJALANAN

"Orang yang beriman mempersiapkan bekal, sementara orang kafir bersenang-senang. Seorang Mukmin mempersiapkan bekal, kerana dia sedang dalam perjalanan. Baginya, sedikit harta dunia sudah cukup. Yang banyak justeru dipersembahkannya untuk akhirat. Ia hanya membawa bekal sekadarnya seperti orang berpergian dan seukuran yang dapat dibawa.Segala sesuatu untuk di akhirat.

Imam Hasan Basri mengatakan, "Seorang Mukmin cukup dengan sesuatu yang sedikit: segenggam kurma dan seteguk air.' Orang beriman mengumpulkan tenaga, sedangkan orang munafik menghamburkan tenaga. Seorang Mukmin mengumpulkan tenaga kerana masih di perjalanan, belum sampai di tempat tujuan. Dia tahu bahawa di tempat tujuan terdapat segala yang diperlukannya.

Sebaliknya, seorang munafik tidak punya rumah dan tujuan. Betapa banyak waktu terbuang sia-sia; Kalian menghabiskan usia tanpa ada maknanya. Aku melihat kalian menyalahgunakan kesempatan hidup di dunia. Kalian menyalahgunakan agama.

Berbaliklah! Dengan begitu kalian berada di jalan yang benar. Dunia tidaklah kekal bagi siapa pun, termasuk kalian."

--Syekh Abdul Qadir Al-Jailani dalam Fath Ar-Rabbani

Sumber : ustaz Iqbal Zain

DIALAH HAKIKAT DISEBALIK SESUATU

Imam Ibnu Athaillah As Sakandari berkata;

“Bagaimana dapat dibayangkan bahawa Allah dapat dihijab oleh sesuatu, padahal Allah yang menzahirkan segala sesuatu (azhara kulli syai’in).

Bagaimana dapat dibayangkan bahawa Allah dapat dihijab oleh sesuatu, padahal Dia yang tampak-zahir pada segala sesuatu (zaharo bi kulli syai’in).

Bagaimana dapat dibayangkan bahawa Allah dapat dihijab oleh sesuatu, padahal Dia yang terlihat dalam tiap sesuatu (zaharo fii kulli syai’in).

Bagaimana dapat dibayangkan bahawa Allah dapat dihijab oleh sesuatu, padahal Dia yang tampak pada segala sesuatu (zaharo li kulli syai’in).

Bagaimana akan dapat dibayangkan, bahawa Allah dapat dihijab oleh sesuatu, padahal Dia ada zahir sebelum adanya sesuatu (wa huwa qabla wujuudi kulli syai’in).

Bagaimana dapat dibayangkan bahawa Allah dapat dihijab oleh sesuatu, padahal Dia lebih tampak jelas dari segala sesuatu (adharo min kullisyai’in).

Bagaimana dapat dibayangkan bahawa Allah dapat dihijab oleh sesuatu, padahal Dia yang Esa nan tidak ada di sampingnya sesuatu apa pun (al-Wahidu alladzina laitsa ma’ahu syai’un).

Bagaimana dapat dibayangkan bahawa Allah dapat dihijab oleh sesuatu, padahal Dia lebih dekat kepadamu dari segala sesuatu (aqrabu ilaika min kulli syai’in).

Bagaimana dapat dibayangkan bahawa Allah dapat dihijab oleh sesuatu, padahal seandainya tidak ada Dia, nescaya tidak akan ada segala sesuatu (wa laulaa huu maa kaana wujuudu kullisyai’in).

- Hikam Ibn Athaillah As Sakandari, Al-Hikam (Hikmah 16-23).

NIAT BERNIKAH DAN BERKAHWIN


إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرت إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه

Maksudnya:Rasulullah saw bersabda  “Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.Hadis Sahih Bukhari dan Muslim

Dengan hadis inilah Imam Bukhari memulai kitab shahinya dan menempatkannya dalam pengantar kitab tersebut. Sheikh Abdur Rahman b Mahdi berkata: Seandainya aku mengarang sebuah buku yang di dalamnya terdapat beberapa bab,sudah pasti aku menjadikan hadis ini dalam setiap bab.

Kata kata Ulama mengenai Niat

1)Yahya b Abi Khatsir berkata: ”Pelajarilah niat kerana sesungguhnya niat itu lebih penting dari amal itu sendiri.”
2)Zaid As-Syaami berkata: ”Sesungguhnya aku paling suka berniat dalam segala hal dan urusan,walaupun ketika makan dan minum.”
3)Imam Daud At-Thoi berkata: “Aku melihat segala kebaikan terkumpul daripada baiknya niat seseorang.”
4)Imam Habib Abdullah Alawi Al-Haddad berkata: ”Carilah niat yang baik,perbanyakkan dengan niat tersebut, nescaya akan menambah pengawasan dan kekhusyuan.

Para salaf telah mengajarkan kepada anak mereka  tentang niat sebagaimana merekamengajar al-Fatihah kerana memandangkan kepentingan niat tersebut.

Niat Nikah dan berkahwin

Imam Habib Ali bin Abu Bakar As-Sakran As-Saqqaf Rahimahullah berkata:

Aku niat di dalam pernikahan dan perkahwinan ini kerana:

1)Cinta kepada Allah
2)Serta berusaha meramaikan anak untuk mengekalkan makhluk manusia di muka bumi Allah Ta’ala
3)Cinta kepada Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam serta banyakkan kebanggaannya sebagaimana sabda beliau,:

“Berkahwinlah kamu serta perbanyakkan keturunan,kerana sesungguhnya aku bangga dengan banyaknya kamu dari umat yang terdahulu.”

Aku berniat berkahwin dan apa sahaja yang berkaitan dengannya dari perkataan dan perbuatan agar:

4)Mendapat barakat daripada doa anak yang soleh
5)meminta syafaat dari  anak yang mati kecil jika anak itu mati sebelumku.
Aku niat berkahwin ini agar:
6)Terhindar dari godaan syaitan
7)Memecahkan keinginan yang sangat kuat
8)menghindarkan malapetaka yang menimpa
9)memejam mata dari segala hal yang diharamkan oleh Allah Ta’ala dan gangguan was was
10)dan menjaga kemaluanku dari perbuatan keji

Aku niat berkahwin ini untuk:

11)Menenangkan diri dengan menggembirakan isteri didalam pergaulan dengannya
12)memandang dan bercumbu cumbuan dengannya
13)menyenangkan hati dan menambah ketaqwaan dalam ibadah
14)mententeramkan hati dari perkara yang berkatian dengan dapur,memasak,mengemas,menyapu,menghamparkan tikar,membasuh pinggan mangkuk serta menyediakan keperluan kehidupan.

Aku niat bernikah juga untuk:

15)Melawan hawa nafsu dan melatihnya dengan penjagaan
16)pengawasan  supaya dapat melaksanakan kewajipan keluarga
17)sabar terhadap tingkah laku
18)sabar dan menahan diri dari gangguan mereka
19)berusaha memperbaiki dan member petunjuk ke jalan yang baik
20)berusaha  mencari rezeki yang halal untuk keluarga
21)melaksanakan perintah Allah dalam mendidik anak serta meminta kekuatan dan penjagaan dari Allah dan memohon taufiqNYA dan penyerahan diri kepada hadhrat Ilahi dan aku berniat untuk kesemua yang disebutkan tadi kerana Allah.
22)Aku niat juga seperti ini dan juga selainnya dari perbuatan dan perkataan yang aku lakukan dan katakana di dalam nikah ini kerana Allah 

23)aku berniat seperti niat orang-orang yang soleh dari ulama yang mengamalkan ilmunya.

Oleh:  Muhammad Hazim Haznan

SYARAT DOA MENJADI MAKBUL

Dikatakan kepada Ibrahim  bin Adham Salah Saorang Wali Allah..Oleh muridnya..Kenapa kami berdoa Kepada Allah namun doa kami tidak dikabulkan?  Padahal Allah Berfirman :

ادعوني أستجب لكم ؟

Berdo'alah kepadaku, niscaya akan kuperkenankan bagimu.

Ibrahim Bin Adham Menjawab : "Kerana hati kalian telah Mati.

Mereka bertanya lagi, apa gerangan yang telah membuat Hati kami mati? 

Ibrahim bin Adham menjawab : "Adalah di sebabkan oleh 8 perkara".

1. Kalian mengenal Allah,  namun kalian tidak mau menunaikan Hak-Nya.

2. Kalian membaca Al-qur'an, namun kalian Tidak mengamalkan nya.

3. Kalian mengaku cinta kepada Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, kemudian kalian Tinggalkan Sunnahnya.

4. Kalian mengaku Takut akan kematian namun kalian tidak mau bersiap diri menghadspinya.

5. Allah berfirman " Sesungguhnya Setan adalah musuh bagi kalian, Oleh itu jadikanlah ia sebagai Musuh"  Tapi kalian malah menyetujuinya dalam melakukan perberbuatan Maksiat.

6. Kalian mengaku Takut akan Api neraka, akan tetapi kalian malah mendorong badan kalian kedalam api neraka.

7. Kalian mengaku cinta Akan Surga namun kalian tidak beramal untuk mempersiapkannya.

8. Bangun tidur, kalian Lupa akan aib-aib kalian sendiri.  Namun sibuk dengan aib orang lain. Sehingga Tuhan kalian menjadi Murka. Bagaimana doa kalian bisa diperkenankan?

Lalu mereka berdoa:-

Wahai Rabb kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah dosa-dosa kami dan lindungilah kami dari siksaan neraka.

Ya Tuhan kami, kami telah menzhalimi diri kami sendiri. Jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya kami termasuk orang-orang yang rugi.

Wahai Rabb kami, sungguh kami telah beriman, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat, Engkau adalah pemberi rahmat yang terbaik. Dalam kebaikan, kelembutan dan keafiatan.
Aamiinn Ya Rabbal Alamin.

(Ihya Ulmuddin Imam al-Ghazali)

Sumber : Ustaz Iqbal Zain

Tuesday 27 October 2015

Memindahkan istana puteri Balqis.


An-Naml:38 - Nabi Sulaiman berkata "Wahai pegawai-pegawaiku, siapakah di antara kamu yang dapat membawa kepadaku singgahsananya sebelum mereka datang mengadapku dalam keadaan berserah diri?"
An-Naml:39 - Berkatalah Ifrit dari golongan jin: "Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah".
An-Naml:40 - Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allaha: "Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!" Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: "Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur, kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah".

Maka tersebutlah raja Sulaiman duduk di adap segala bala tenteranya maka titah Sulaiman “Siapa kamu dapat membawa mahligai Balqis dengan Balqis sekali dengan saat ini juga datang kepadaku”. Maka kata Ifrit “Hambalah membawa Balqis dengan sehari semalam datang ke hadrat ini. Laqowalaha Taa’laya Qoala Yaa Ayahaa Al Malaa Ayakama Yaa Tayanaya Ba A’rosha Haa Qobala Ana Yaatawanaya Masalamayana. Qoala A’faroyata Mana Al Jana Anaa Atayaka Baha Qobala Ana Taqowama Mana Maqoamaka Wa Anaya A’layaha Laqowaya Amayana ertinya maka kata Sulaiman “Bawalah Balqis itu kemari sementara belum ia membawa agama Asalama” maka kata Ifrit “Hambamulah membawa ia dalam sehari semalam ini datanglah ia kemari”. Maka sembah Ashofa anak Barokhoyaa “Hambamulah membawa Balqis itu di dalam seketika ini juga datanglah ia kemari.

Laqowalaha Taa’laya Qoala Aladzaya A’nadaha A’lama Mana Al Kataaba Anaa Atayaka Baha Qobala Ana Yarotada Alayaka Thorofaka Falamaa Roaha Masataqoroa A’nadaha Qoala Hazaa Mana Fadhola Robaya ertinya maka Ashofa anak Barokhoyaa pun mengadah ke langit katanya Yaa Hayaa Yaa Asawaa Hayaa. Belum sudah nama dua itu di sebutnya maka adalah terhantar mahligai Balqis dengan puterinya Balqis dan segala bani-bani perwaranya di halaman mahligai Sulaiman dengan kudrat Roba Al A’lamayana. Yaa Haya Yaa Asawaa Hayaa itu dengan bahasa Ibrani dan pada bahasa Qoroana Yaa Haya Yaa Qoyawama. Adapun di dalam Qoroana tiga tempat jua yang tersebut nama tuhan yang maha tinggi itu pertama surat Al Baqorota Allaha Laa Alaha Alaa Hawa Al Haya Al Qoyawama dan surat Thoha Wa A’nata Al Wajawaha Lalahaya Al Qoyawama inilah maha besar nama tuhan.

Setelah Ashofa menyebut nama yang maha besar itu maka puteri Balqis dengan segala dayangnya dan mahligai dari negeri Saba dengan sekelip mata mahligai Balqis datang kehadapan Sulaiman. Maka Balqis dengan segala perwaranya pun berkata “Akan mahligai itu di mana ketika ini”. Maka kata Balqis Laqowalaha Taa’laya Falamaa Jaata Qoyala Ahakadzaa A’roshaka Qoalata Kaanaha Hawa Wa Awa Tayanaa Al A’lama Mana Qobalahaa Wa Kanaa Masalamayana ertinya kata Balqis “Betapa perinya maka datang kemari ini”. Maka menyungguhkanlah Balqis katanya “Sungguhnyalah bahawa bencilah aku akan yang aku sembah senantiasa. Telah kuketahuilah hanyalah tuhan yang maha besar jua tuhan yang esa pada zatnya dan tiada sebagainya yang lain.

Laqowalaha Taa’laya Qoalata Roba Anaya Zholamata Nafasaya Wa Asalamata Maa’ Salayamaana Lalaha Roba Al A’lamayana ertinya maka Balqis pun mengadah ke langit dengan serunya demikian katanya “Ya tuhanku, bahawa aku menganiayai diriku. Bahawa imanlah aku serta Sulaiman dan kuserahkanlah diriku kepada Allaha Taa’laya ia juga memelihara akan semesta alam sekelian. Bahawa ia jua tuhan yang di puji Sulaiman dan aku memuji”.

Maka oleh Sulaiman mahligai Balqis itu di tambaknya dengan kaca seperti warna air laut rupanya kerana ada nabi Allaha Sulaiman mendengar warta jin akan Balqis itu berbulu kakinya. Maka iapun hendak di cuba Sulaiman maka puteri Bakqis dengan segala perwaranya pun turun hendak melihat halaman kaca itu. Laqowalaha Taa’laya Wa Kashafata A’na Saaqoyahaa ertinya maka di sinsing kainnya oleh puteri Balqis sampai ke lututnya. Maka di lihat Sulaiman tiada sungguh seperti kata jin itu bahawa akan betis Balqis itu bercahaya-cahaya brsinar-sinar pada segala kaca itu. Maka Sulaiman pun memandang kepada Ashofa anak Barokhoyaa maka kata Sulaiman “Ya Ashofa, bacakanlah khutbah nikah akan daku dengan redha ia ku ambil akan isterinya aku”.

Maka Balqis pun masuklah agama Asalama maka titah Sulaiman kepada Sakandaroyata “Perbuatkan aku mahligai apabila sudah mahligai itu kuberikan puteri Balqis”. Maka di dalam mahligai dirikan orang empat batang tiang daripada hablur namanya tiga ratus depa tinggi dan hujung tiang itu di perbuat empat kerusi. Maka kerusi itupun di letakkannya tahta zamrut dan pada suatu kerusi itu di lihatnya negeri Ajam dan pada suatu kerusi itu di lihatnya negeri Yaman.

Sumber: Kitab Qoshosho Al Anabayaa