Pages

Sunday 29 May 2016

APAKAH YANG MENYEBABKAN AMALAN DITOLAK OLEH ALLAH

Imam Abdullah bin Al Mubarak r.a telah meriwayatkan di dalam kitab Al Zuhd dengan sanad beliau daripada seorang lelaki (Khalid Bin Maadan) yang pernah berkata kepada Muaz:

“Wahai Muaz! Ceritakanlah kepadaku sebuah hadis yang pernah engkau dengar daripada Rasulullah SAW”

Berkata rawi hadis tersebut (Khalid Bin Maadan) lalu Muaz menangis sehingga aku sangka ia tidak dapat berhenti tetapi akhirnya Muaz berhenti daripada tangisannya kemudian lalu Muaz berkata :“Aku mendengar Rasulullah SAW pernah bersabda kepadaku:”

“Wahai Muaz! Sebenarnya aku mahu menceritakan kepada kamu hadis jikalau engkau mampu memeliharanya pasti ia akan memberi manfaat akan di kau di sisi Allah tetapi jika engkau mensia-siakannya dan tidak memeliharanya maka akan terputuslah hujjahmu di hadapan Tuhan pada hari kiamat nanti.”

Wahai Muaz! Sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan tujuh orang malaikat sebelum ia menciptakan langit dan bumi kemudian lalu di tentukannya pada setiap langit seorang malaikat daripada mereka untuk menjaga pintu langit tersebut.

Lalu naiklah malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba yang dilakukannya mulai dari pagi sampai ke petang. Amalan tersebut mempunyai nur bagaikan cahaya matahari, sehingga apabila malaikat Hafazhah yang membawa amalan hamba itu sampai ke langit pertama.

Mereka menganggap bahawa amalan itu baik dan sangat banyak lalu berkata malaikat langit pertama itu bagi malaikat Hafazhah:

“Pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat penjaga ghibah (mengumpat). Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang mengumpat orang lain itu dapat melalui aku untuk terus naik ke atas.”

Kemudian datang pula malaikat Hafazhah membawa amalan seorang hamba. Mereka menganggap bahawa amalan itu sangat baik dan sangat banyak (Malaikat itu berjaya melintasi langit pertama kerana orang yang mengerjakan amalan tersebut tidak terlibat dengan dosa mengumpat orang) sehingga mereka sampai ke langit yang kedua lalu berkata malaikat penjaga langit kedua itu:

“Berhenti kamu di sini dan pukulkan amalan ini akan muka yang mengerjaknnya kerana ia menghendaki dengan amalannya akan mendapat keuntungan dunia. Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang seperti ini melintasi aku untuk terus naik ke atas. Selain daripada itu ia juga suka membesarkan diri di dalam majlis perjumpaan. Akulah malaikat penjaga kebesaran.”

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seorang hamba yang penuh dengan sinaran dan cahaya daripada pahala sedekah, sembahyang, puasa. Para malaikat Hafazhah merasa hairan melihat keindahan amalan tersebut lalu mereka membawa amalan itu (melintasi langit yang pertama dan kedua) sehingga sampai ke pintu langit yang ketiga maka berkata malaikat penjaga langit itu:

“Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang megerjakannya. Akulah malaikat takbur. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang takbur dapat melintasiku. Orang itu sangat suka membesarkan diri di dalam majlis orang ramai.”

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba. Amal itu bersinar-sinar seperti sinarnya bintang yang berkelip-kelip. Baginya suara tasbih, sembahyang, puasa, haji dan umrah. Para malaikat Hafazhah berjaya membawa amalan tersebut sehingga sampai pintu yaang keempat maka berkata malaikat penjaga langit keempat:

“Berhenti kamu disini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya, belakang dan juga perutnya. Akulah malaikat ujub. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang ujub dapat melintasiku. Ia beramal adalah dengan dorongan perasaan ujub terhadap dirinya.”

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba sehingga mereka berjaya sampai ke pintu langit kelima seolah-olah amalan itu pengantin yang dihantar(disambut) ke rumah suaminya(maksudnya amalan itu berseri-seri) lalu berkata malaikat penjaga langit kelima:

“Berhenti kamu dan pukulkan dengan amal ini akan muka orang yang mengerjakannya dan campakkanlah di atas tengkoknya. Akulah malaikat hasad,  ia sangat hasad dengki kepada orang yang belajar ilmu dengan beramal seperti amalannya. Dia berhasad dengki akan orang lain yang melakukan sebarang kelebihan di dalam ibadat,  dia juga mencela mereka. Allah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang hasad ini melintasiku.”
Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Baginya cahaya seperti bulan purnama daripada sembahyang, zakat, umrah, jihad dan puasa. malaikat Hafazhah berjaya membawa amalannya sehingga sampai ke langit yang keenam lalu berkata malaikat penjaga langit tersebut:

“Berhentilah kamu dan pukulkan amalan ini akan muka orang yang mengerjaknannya kerana ia tiada belas kasihan kepada hamba-hamba Allah yang terkena bala dan kesusahan bahkan ia berasa gembira dengan demikian. Akulah malaikat rahmat. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang seperti ini dapat melintasi ku.”

Kemudian naiklah pula malaikat Hafazhah membawa amalan seorang hamba. Amalan itu ialah sembahyang, puasa, nafkah, jihad, dan warak. Baginya bunyi (bunyi zikir) seperti bunyi lebah dan baginya cahaya seperti cahaya matahari dan naiklah bersama dengan amalan itu tiga ribu orang malaikat. Mereka telah berjaya membawanya sehingga sampai ke pintu langit ketujuh maka berkata malaikat penjaga langit tersebut:

“Berhentilah kamu dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya bahkan pukulkan pula seluruh anggota badannya dan tutupkanlah hatinya. Akulah malaikat zikir(maksudnya:mencari sebutan, iaitu seorang yang beramal dengan tujuan di sebut-sebut oleh orang lain.)

Aku akan menghalang amalan orang yang riak dari sampai ke Tuhanku. Ia beramal bukan kerana mencari redha Allah tetapi hanya bertujuan supaya mendapat tempat yang tinggi di hati para fukaha dan supaya di sebut di kalangan para ulama dan supaya masyur namanya di merata tempat. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang riak itu melintasi aku, kerana setiap amalan yang tidak ikhlas adalah riak dan Allah akan tidak menerima amalan orang yang riak.”

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah dengan amalan seorang hamba. Amalan itu berupa sembahyang, zakat, puasa, haji, umrah, akhlak mulia dan banyak berdiam (dari perkara yang tidak berguna) dan banyak zikir. Amalan hamba ini diusung oleh para malaikat penjaga tujuh petala langit sehingga mereka melintasi segala halangan dan sampai kepada Allah. Para malaikat itu berhenti di hadapan Allah dan bersaksi dengan keikhlasan dan kebaikan amalan tersebut lalu Allah berfirman kepada para malaikat-Nya:

“Kamu adalah yang bertugas menjaga amalan hambaKu ini dan sebenarnya Aku lebih mengetahui dengan segala isi hatinya. Ia sebenarnya tidak menghendaki akan Aku dengan amalannya tersebut. Ia hanya menghendaki sesuatu yang lain daripadaKu oleh kerana maka Aku turunkan ke atasnya akan laknatKu.”

Lalu para malaikat tadi berkata: “Ke atasnya laknatMu dan juga laknat kami.”

Lalu melaknat akan dia oleh tujuh petala langit dan seisinya.

Mendengar sabda Rasulullah SAW ini lalu Muaz menangis seraya berkata:

“Engkau adalah Rasulullah SAW sedangkan aku adalah Muaz (hamba Allah yang bukan Rasul). Maka bagaimana aku dapat selamat dan sejahtera.”

Lalu Rasulullah SAW menjawab: “Hendaklah engkau ikuti aku walaupun hanya dengan sedikit amalan. Wahai Muaz jaga lidahmu baik-baik daripada mencela saudaramu yang membaca al-Quran (golongan ulama) dan pertanggunggungkan segala dosamu ke atasmu dan jangan engkau mempertanggungkan dosamu keatas mereka dan jangan engkau menganggap dirimu bersih dan jangan pula engkau mencela orang lain dan jangan enagkau memuji dirimu di hadapan mereka. Dan jangan engkau campurkan urusan dunia di dalam urusan akhirat. Dan jangan engkau menyombongkan diri di dalam majlis nanti orang ramai akan takut kepadamu kerana kejahatanmu dan jangan engkau berbisik kepada seseorang sedangkan seorang lagi ada si sisimu dan jangan engkau membesarkan dirimu maka akan terputus daripadamu segala kebaikan di dunia dan di akhirat nanti.”

Allah telah berfirman: “Demi yang mencarik akan mencarikkan” (Surah Al Nazi’at, ayat 7)

“Apakah engkau ketahui wahai Muaz siapakah mereka mencarik itu?”

Muaz bertanya: “Ya Rasulullah, sebenarnya siapakah mereka?”

Lalu Nabi SAW menjawab: “Itulah anjing-anjing garang di dalam api neraka yang akan mencarikkan daging sehingga sampai ke tulang.”

Muaz bertanya: “Ya Rasulullah siapakah orang yang mampu melaksanakan segala perkara yang engkau sebutkan tadi? Dan siapakah yang akan selamat daripada seksaan itu?”

Nabi SAW menjawab:“Itu sebenarnya mudah bagi orang dimudahkan oleh Allah”

Kemudian lalu Khalid bin Maadan berkata: “Maka aku tidak pernah melihat seseorang yang banyak membaca Quranul Karim lebih daripada Muaz kerana beliau faham terhadap hadis besar ini,,"

Hadis ini menunjukkan bahawa sebuah ibadah yang sah tak semestinya diterima(makbul) disisi Allah. Penerimaan amal soleh disisi Allah tidak cukup hanya dengan rupa zahir ibadah namun hendaklah disertakan roh ikhlas didalam batinnya.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Merendah Diri.

"Rasulullah ﷺ bersabda; "Cukup seseorang itu apabila melakukan keburukan bilamana menghina pada orang lain. Tidak akan masuk syurga pada seseorang yg memiliki sifat sombong kepada org lain walaupun sebesar biji zarah."

"Hati yang tertutup sama seperti orang yang tak menerima teguran atau kesalahan terhadap diri sendiri. Berjalan didalam keadaan sombong adalah amat dibenci oleh Allah سبحانه وتعالى kecuali sewaktu didalam peperangan memperjuangkan islam. Orang-orang yang beriman itu berjalan diatas muka bumi dengan tawadhuk, tidak sombong dia adalah org yang dimuliakan Allah سبحانه وتعالى."

"Ada satu kisah, seorang orang yang tua dihalang menggunakan jalan kerana Raja ingin lalu jalan tersebut. Kemudian pengawal kepada raja tersebut berkata; "Wahai orang tua, kenapa kamu menghalang jalan ini. Tidak tahukah kamu siapa yang berjalan diatas jalan ini?"

"Orang tua itu menjawab; "Aku cuma menggunakan sebahagian kecil jalan ini saja." Pengawal itu cuba berkeras dan bertanya orang tua itu; "Wahai orang tua, kamu tahu siapa yang akan lalu jalan ini?Jawab orang tua itu; "Aku tahu siapa Raja itu dengan pasti."

"Raja yang mendengar pun bertanya, “Kalau kamu tahu Siapakah aku?" Jawab orang tua itu; "Kamu berasal daripada air mani yang hina, penghujung kamu ialah bangkai yang busuk, dan kamu pergi ke mana-mana dengan membawa najis. Terkejut raja tersebut."

"Jadi Inilah hakikat manusia agar tidak sombong kerana semuanya mempunyai asal-usul yang sama. Pertanyaan adalah kunci kepada hidayah jika tak tau dengan sesuatu hal, maka bertanyalah. Sombong itu ialah menghina akan orang lain, dan menolak kepada kebenaran."

"Allah سبحانه وتعالى membolehkan manusia untuk berhias yakni ianya adalah nikmat. Seseorang itu memakai pakaian itu dengan niat untuk bersyukur atas nikmat yang Allah سبحانه وتعالى beri padanya. Yang tak dibenarkan adalah menyombong kepada nikmat itu. Haram kita bersikap sombong dan kita membesarkan diri. Moga-moga kita dihindarkan oleh Allah سبحانه وتعالى daripada sifat sombong dan membesarkan diri."

Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar al-Hamid.

Friday 27 May 2016

Bilah Mata Keris.


Erti Perlambangan Jumlah Luk Pada Mata Keris.

Bentuk mata keris yang lurus dan yang berluk mengikut jumlah luk yang ada padanya sebenarnya mempunyai makna tertentu dan mendalam. Sama ada bentuk mata yang dipilih oleh seseorang itu jenis yang lurus atau berluk itu bergantung kepada pendirian hidup yang dipegang oleh seseorang itu.

Secara ringkas erti lambang jumlah luk pada mata bilah keris.

KERIS LURUS.
Melambangkan keteguhan hati.

KERIS LUK SATU.
Melambangkan keteguhan hati dan kekuatan iman.

KERIS LUK TIGA.
Melambangkan permohonan agar tercapai cita2 keduniaan dan kerohanian.

KERIS LUK LIMA.
Melambangkan agar pemiliknya dipercayai orang dan dapat mempengaruhi orang di sekelilingnya.

KERIS LUK TUJUH.
Melambangkan kebolehan pemiliknya bertutur dan berbahas yang dapat menarik pengikut yang ramai.

KERIS LUK SEMBILAN.
Melambangkan permohonan agar pemiliknya mengingatkan lagi sifat kebijaksanaan dan jiwa kepimpinan.

KERIS LUK SEBELAS.
Melambangkan agar pemiliknya mempunyai cita cita tinggi supaya mencapai taraf dan status sosial yang lebih tinggi.

KERIS LUK TIGA BELAS.
Melambangkan agar pemiliknya sanggup mempertahankan apa sahaja yang telah dicapainya.

Sumber : Mata Keris Dan Bentuknya m/s 67.

Keris Jawa - Jangkung luk 3

Keris Jangkung,
warangkanya jenis ladrang surakarta,
Kayunya dari kayu kemuning berud yang di warnakan putih. Hulu berselut perak murni tua.
Mempunyai 3 luk.

Thursday 26 May 2016

KERIS : KERIS PANJANG / KERIS BAHARI ATAU KERIS PENYALANG.

Di Semenanjung Malaysia, keris panjang biasanya mempunya panjang matanya antara 50 hingga 62 sentimeter.

Di zaman dahulu dengan keris panjang inilah kerja " menyalang "  dilakukan. Apabila ia dilakukan untuk menyalang maka ia dinamakan Keris Penyalang. Cara-cara pekerjaan menyalang itu dijalankan telah diceritakan secara terperinci dan jelas oleh T.J Newbold ( diperolehi oleh Mr Westerhout, Superintendan di negeri Naning - 1839 ) seperti berikut :

" Orang salah yang telah diikat dibawa ke Bukit Penialang, yang terletak berhampiran dengan Tabu. Seorang Penghulu, Empat Suku, 12 orang Panglima, Bendahara dan Makdum meletakkan hukum dan mereka ini duduk di bawah pokok-pokok tambuseh yang tumbuh di pinggir sebuah bukit. Orang-orang saksi mara ke hadapan dan disoal oleh penghulu.

Setelah pasti orang salah itu betul membuat salah ia dijatuhkan hukum mengikut undang-undang Islam, yang sesuai mengikut adat Minangkabau, iaitu didenda dengan wang sebanyak satu bhar - bersamaan dengan 24 ringgit dan 30 sen wang Sepanyol ketika itu - atau pun kena salang dengan keris. Oleh kerana tidak mampu untuk membayar denda maka persediaan bagi menyalangnya dengan secepat mungkin dijalankan.

Kubur digali di tempat itu juga dan orang salah, yang masih diikat, duduk ditepi lubang kubur. Bagi keselamatan, dua orang panglima duduk disebelah kiri dan kanannya, dan sambil itu pula Panglima Besar Sumum menyabutkan Keris Panjangnya dan menempatkan sekeping kapas di hujung mata keris itu. Ia menempatkan hujung mata keris itu di sebalik atas tulang selangka kanan orang salah, dan sambil memegang keping kapas dengan jari tangan kirinya, lalu keris ditikam secara miring dalam anggota badan orang salah itu sehingga sampai ke hulu keris itu. Kemudia mata keris di tarik keluar dan dalam masa itu juga keping kapas masih dipegang lagi supaya jangan darahnya mengalir keluar.

Orang salah, menggigil dengan kuatnya, ditolak jatuh ke dalam kubur. Tetapi apabila orang itu meminta hendak minum air, ianya dibangkitkan. Sebelum sempat menempatkan bibir tempurung yang berisi air ke dalam mulutnya ia pun jatuh ke dalam kubur menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dengan serta merta mayatnya ditimbus dan kemudian kesemua yang hadir pun bersurailah pulang ke tempat masing-masing ."

Sumber ilmu : Mata Keris dan Bentuknya m/s 209.

Tongkat Cacing Kanil

Tongkat Senjata ini aku namakan sebagai TONGKAT CACING KANIL . Bersempena dengan bilahnya iaitu bilah Tombak Cacing Kanil yang aku cuba ubah sebagai tongkat senjata.

Panjang keseluruhan 3 kaki
Panjang bilah tumbak 1,5 kaki
Hulu dan sarung ( tongkat ) adalah dari kayu Sinokeleng.
Ukiran hulu bercorak bunga dari pengukir Solo Indonesia.

Keris Jawa - Sinom

Keris Jawa Sinom edisi Mataram.
Pamor ngulsem.

Keris Raden Cendana Tiga


Keris ini dari jenis Brojol.
Berpamor triwarno ertinya tiga pamor dalam satu keris.

Pamor pertama pedaringan kebak
pamor kedua sampir atau ada orang disebut kendit gumantung
pamor ketiganya blarak sineret.

Warangkanya dari kayu cendana wangi tua bermodel gayaman surakarta/solo.
Warangkanya dihiasi dengan ukiran ukiran yang halus dan berseni dari perak tua murni.

Oleh kerana keris ini pernah dimiliki oleh seorang yang bergelar Raden iaitu Raden Pringgo dan mempunyai tiga pamor juga warangkanya diperbuat dari kayu cendana wangi maka saya namakan keris ini sebagai KERIS RADEN CENDANA TIGA .

Keris Naga


Dari jenis Nagasasra tetapi keris ini kamardikan/baru
Warangkanya model gayaman surakarta.
Ini mirip keris buatan dari daerah Madura ,Jawa Timur.

Keris Jawa - Jalak

Antara koleksi koleksi keris Jawa ialah Keris Jalak.
Mengenai keris Jalak:
Keris ini tergolong keris jalak dinding,
Berpamor kulit semangka,
Kelahirannya era kerajaan Mataram
Warangkanya kayu trembalo jawa model ladrang solo/surakarta.

Keris Jawa - sabuk Inten Luk 11

Keris Luk 11 Dhapur (Bentuk Bilah) Sabuk Inten Pamor Beras Wutah Tangguh (Masa Pembuatan) Senopaten / Blak Majapahit Jejeran (Pegangan Keris) Kayu Timoho Warangka (Sarung Keris) Kayu Timoho Panjang bilah 35cm Panjang pesi 7cm.

Keris Jawa - Brojol.

Datangnya tanpa bersarung (warangka) Keris brojol Pamor kulit semonko Tangguh/zaman Madura tua ( Madura Tua Kesan besi : Besi kasar dan berat, bilah agak lebar dan Pamornya besar-besar, dan agak kilat. Di jangka kelahiran 1294 - 1474 era kerajaan Majapahit ).

Mendapatkan Ketenangan

"Dimanakah kita memiliki ketenangan? Ingatlah bahawa sesungguhnya hati yang mendapat ketenangan adalah dengan dia berada didalam majlis yang mengingati Allah سبحانه وتعالى. Ketenangan, kedamaian, kesentosaan didalam hati sanubarinya ialah berada didalam majlis ilmu. Ianya juga adalah satu anugerah yang paling hebat, yang Allah kurniakan. Moga-moga kita sentiasa berasa tamak untuk berada didalam majlis ilmu ini."

"Ade dua perkara manusia akan sentiasa berasa tidak kenyang, dan tak akan akan berasa bertambah iaitu, yang pertama, harta. Dia tidak akan pernah rasa cukup. Kalau dia memiliki satu lembah emas ataupun satu gunung berlian sekalipon, dia akan merasa ingin satu lagi lembah emas yang lain ataupun gunung berlian yang kedua atau lebih."

"Yang kedua, adalah ilmu. Ada satu perasaan tamak kepada ilmu. Dan ilmu Allah سبحانه وتعالى tidak bertebing, tidak kehabisan, tidak tercapai oleh manusia, walaupun lautan dunia ini dijadikan sebagai dakwat dan kemudian ditambah tujuh lautan lagi sebagai dakwat kemudian seluruh pokok-pokok diatas dunia ini dijadikan sebentuk pena."

"Lalu, dijadikan semua makhluk Allah سبحانه وتعالى, daripada manusia, binatang dan jin, untuk menulis kalimah Allah. Yakni ilmu Allah, maka habislah sampai kering lautan sampai hancur pokok-pokok, dan tidak akan habis lagi ilmu Allah, kalimah Allah سبحانه وتعال itu yang dapat ditulis."

"Sehinggakan para alim ulama menyebut sampai ketika ini, lagi kita masih belum habis lagi, yakni para ulama mengkaji ayat-ayat Allah ini. Kalimah Allah سبحانه وتعال dari Al-Quran belum habis dikaji. Dan sehinggakan saintis dunia mengatakan semakin kami mengkaji alam, dunia ini semakin kami ridak menjumpai titik noktah ini, kami tidak menjumpai pengakhirannya, satu misteri daripada Allah سبحانه وتعالى yang masih belum terbongkar."

"Mereka juga mengkaji mengikut elemen fizik bahawa kita manusia, berada di alam maya. Dan bukan alam maya itu terbatas kepada internet, televisyen dan juga radio. Kita juga berada dialam maya, dialam fantasi, ilusi, dialam fatamorgana. Seorang professor amerika pernah mengatakan; "We live in the world of ilussion." Yakni kita berada didalam satu komputer yang besar."

"Yakni, Kita diibaratkan seperti video game. Seolah-olah, ada yang mengawal kita untuk bermain, seperti permainan ilusi bayang-bayang. Rasulullah ﷺ mengatakan; "Dan sesungguhnya kehidupan akhirat itulah kehidupan yang nyata yang hakiki." Dan selama ini kamu dibuai mimpi dengan kehidupan maya. Akan tetapi, malaikat maut merentap kamu tiba-tiba, barulah kamu sedar bahawa memang betul-betul kamu di alam maya."

"Amal ketaatan dan juga kemaksiatan kita adalah semuanya berpunca daripada hati kita. Maka hendaklah kita membersihkan hati kita dengan menghadiri majlis-majlis ilmu. Kita mendengar peringatan daripada para ulama. Seseorang yang mempunyai ilmu tetapi tidak mempunyai adab maka dia tidak mencapai hakikat ilmu."

"Seseorang yang beramal agama yang beribadah tetapi dalam dirinya tidak ada adab maka dia adalah orang yang rugi di sisi Allah سبحانه وتعالى. Nilainya amat kurang di sisi Allah kerana hasil utama natijah daripada ibadah itu adalah semakin dia beribadah maka semakin dia beradab."

"Semakin dia berakhlak
Bukan semakin dia beribadah semakin dia bertambah komitmentnya dengan agama maka semakin bertambah kesombongannya kepada manusia. Merasakan seolah-olah dia lebih baik daripada orang lain.Semakin dia berkomitment dengan agama semakin dia merasakan dirinya tidak layak untuk bersama dengan orang-orang yang hina,orang-orang yang miskin."

"Tidak. Akan tetapi semakin kita berkomitment dengan agama maka semakin kita tawadhuk. Semakin kita merendah diri. Ini semuanya adalah dapat daripada Allah سبحانه وتعالى. Kalau bukan kerana dapat taufik daripada Allah maka kita tidak tahu apa-apa."

"Rasulullah ﷺ bersabda; "Ketahuilah, Di dalam diri kamu ada seketul daging. Jika ianya baik maka baiklah keseluruhannya. Dan jika tidak baik maka akan buruk keseluruhan anggota zahirnya iaitu hati manusia. Manusia apabila melakukan ketaatan maka ketahuilah ianya adalah berpunca daripada hatinya yang baik. Hatinya yang taat.Kita dapat melakukan ketaatan kerana hati kita yang taat kepada Allah سبحانه وتعالى."

"Kerana apa yang keluar daripada zahir perbuatan manusia, baik itu lisan ataupun perbuatannya adalah ianya terbit daripada hati Begitu juga apabila anggota zahir kita melakukan maksiat. Sebenarnya yang bermaksiat adalah hatinya sebab itu perlu untuk kita memberi fokus penyucian adalah hatinya."

"Maka di sini ilmu yang bermanfaat, ilmu tazkiyah keluar, ilmu ihsan keluar, ilmu adab keluar, ilmu akhlak keluar, ilmu tasawwuf keluar untuk memperadabkan hati kerana ilmu yang kita pelajari lebih-lebih lagi ilmu agama ianya hendaklah bersama dengan adab dan akhlak."

"Kerana seseorang itu yang dinamakan sebagai Ulama seorang yang soleh tetapi tidak ada Adab dalam dirinya, tidak ada Akhlak dalam dirinya. Apabila dia bercakap tidak ada Adab, tidak ada Akhlak,
Mengkafirkan, mensyirikkan orang. Ini tidak dimiliki oleh Para Ulama dan orang-orang yang soleh."

"Para Ulama dan orang-orang yang soleh apabila berselisih pendapat. Mereka akan menggunakan adab. Mereka akan menjaga kehormatan orang lain. Mereka akan menjaga kehormatan maruah orang lain. Kerana itu, jika ilmu tanpa adab dan akhlak itu, bukanlah hakikat ilmu yang sebenar."

Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.

Hubungan Dengan Allah

"Dirikanlah solat, yakni perbaikilah hubungan kamu dengan Allah, mesrakan hubungan kamu dengan Allah سبحانه و تعالى, dekatkan hubungan kamu dengan Allah, ketika susah dan senang, jika tertekan kembali kepada Allah سبحانه و تعالى. Jangan bergantung pada kekuatan diri kamu sendiri. Ada Tuhan yang mengawal, dan memerintah kepada kamu."

"Ada Tuhan yang menjadikan musuh itu berjaya menyakiti dan menindas kamu sebagai dugaan daripada Tuhan kepada kamu. Berapa lama Firaun menindas Bani Israel? Cukup lama. Bahkan ramai yang dibunuh. Tapi adakah Allah سبحانه وتعالى perintahkan Nabi Musa عليه السلام angkat senjata kepada Firaun?"

"Tidak. Jadi apa suruhan Allah? Allah سبحانه وتعالى berfirman; “Sabarlah, kerana ini bumi milik Allah.” Disuruh sabar. Adakah Mesir itu bukan milik Allah سبحانه وتعالى? Sementara Firaun yang berkuasa di situ. Allah سبحانه وتعالى akan bagi kepada siapa saja yang Dia kehendaki, walaupun Firaun. Tapi adakah Firaun beruntung dalam hal ini?"

"Firman Allah سبحانه وتعالى; “Dan mereka yang beruntung ialah bagi orang-orang yang bertaqwa.” Walaupun Firaun mentadbir dunia, tapi kalau tak bertaqwa, kerajaan yang dimilikinya itu tiada manfaat bagi dirinya. Yang baik di sisi Allah سبحانه وتعالى, walaupun tidak mentadbir bumi itu ialah bagi orang-orang yang bertaqwa."

"Kamu mahu ini dunia, ambillah kamu. Allah سبحانه وتعالى sedia memberi tapi bukan itu yang berharga disisi Allah سبحانه وتعالى. Solat adalah hubungan kita dengan Allah سبحانه و تعالى, dan zakat hubungan kita dengan manusia. Walaupun sedang dizalimi, disakiti, akan tetapi Allah perintahkan untuk perbaiki hubungan dengan Allah سبحانه و تعالى dan manusia."

"Jangan dengan dasar kamu dizalimi, segala tindakan yang salah kamu lakukan. Jangan dengan dasar kamu disakiti, segala perbuatan yang haram kamu akan langgar. La, Tidak. Jadilah hamba yang taat kepada Allah سبحانه وتعالى, bukan taat kepada keadaan. Orang yang menjadi hamba kepada keadaan akan berubah sikapnya bergantung kepada perubahan keadaan."

"Orang yang mudah terpengaruh dengan kondisi dan situasi akan menjadi hamba kondisi dan situasi. Bila orang buat baik, dia buat baik, tapi bila orang buat yang haram, dia buat yang haram juga. Pasal apa? Menjadi hamba kepada keadaan. Tapi orang yang menjadi hamba Allah سبحانه و تعالى, walau dalam keadaan apa pun suka, duka, dia akan tetap mematuhi perintah Allah سبحانه و تعالى , dan tidak akan berganjak daripada landasan yang ditetapkan Allah dan Rasul-Nya."

"Allah سبحانه و تعالى berfirman yang bermaksud; “Bersegeralah meraih pemberian, keampunan Allah dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi..” Disuruh segera. Siapa mereka? Orang yang berinfaq dalam keaaan senang dan susah. Orang mudah berinfaq dalam keadaan senang tapi berat dalam keadaan susah."

"Ini untuk menunjukkan kestabilan seseorang untuk patuh pada Allah سبحانه و تعالى, ketika susah kembali kepada Allah dengan sabar, tidak menjadi hamba kepada keadaan. Keadaan menginginkan seseorang itu melakukan satu kerusuhan, ikut juga. Tapi seorang mukmin akan guna akalnya. Keadaan yang memaksa saya bertindak ini sesuai dengan Allah dengan Rasul-Nya atau tidak?"

"Bukan keadaan yang menjadi neraca buat kita! Bukan situasi yang menjadi timbangan sikap apa yang kita perlu ambil? Jika begitu, sikap kita akan berubah mengikut situasi, jika angin ke barat ke barat, angin ke Timur, ke Timur. Rasulullah ﷺ melarang kita menjadi Pak Turut. Yakni kalau orang baik, kita baik, kalau orang tak baik, kita ikut tak baik juga. Mesti ada prinsip, pegangan kukuh yang tidak berubah iaitu perintah Allah dan Rasul-Nya."

"Sampai peringkat fitnah yang berlaku di akhir zaman memaksa orang-orang yang berpegang pada jalan agama seumpama orang yang menggenggam bara api. Fitnah ini mencabar aqidah seseorang sehingga untuk selamat, dia perlu pergi ke hujung bandar dengan membawa kambing sebagai bekalan, dan hidup dengan meminum susu daripada kambingnya sehinggalah ajal menjemputnya. Ini demi menyelamatkan agamanya."

"Perbaikilah hubungan kamu dengan Allah سبحانه وتعالى dulu. Orang yang hatinya ada Allah سبحانه وتعالى, dia tidak risau akan keadaan sekelilingnya. Dia tidak terkesan, bila keadaan ekonomi tidak baik, dia tidak takut apa-apa pun juga, sebab dia kenal Allah سبحانه وتعالى. Sebab dia tahu Allah سبحانه وتعالى sentiasa bersama dengannya, tidak kira susah ataupon senang. Dia tahu yang memberi segala nikmat adalah Allah سبحانه وتعالى, Yang Maha Kaya lagi Maha Perkasa."

Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.

Menjaga Allah.

"Saidina Abdullah bin Abbas رضي الله عنه وأرضاه, ialah sepupu Nabi Muhammad ﷺ. Atau anak kepada bapa saudaranya iaitu Abbas. Umur Abbas dan Rasulullah ﷺ tidak jauh bezanya. Walaupun pangkatnya ialah bapa saudara kepada Nabi. Ayah Rasulullah ﷺ, iaitu Abdullah merupakan abang kepada Abbas."

"Saidina Abbas mempunyai beberapa orang anak tetapi yang masyur dari segi keilmuan ialah Abdullah ibnu Abbas. Abdullah digelar “Habrul Ummah” yang membawa maksud seorang yang sangat luas ilmunya. Umurnya ketika Nabi ﷺ wafat baru tiga belas tahun. Beliau banyak menemani Nabi dalam banyak hal."

"Hubungannya menjadi lebih rapat dengan Nabi ﷺ apabila ibu saudara Abdullah bin Abbas, yang namanya Maimunah diperisterikan Nabi rasulullah ﷺ. Maka Abdullah bin Abbas mendapat peluang belajar dengan Nabi bukan sahaja ketika di luar rumah, bahkan di dalam rumah juga."

"Bila giliran Rasulullah ﷺ tidur di rumah Maimunah, Abdullah akan ikut sama dengan tujuan melihat apa yang dilakukan Nabi ketika di rumah. Namun, pastilah dalam keadaan penuh adab sehingga tidak menganggu kepada rumahtangga Rasulullah ﷺ dan ibu saudaranya."

"Oleh kerana kesungguhan Saidina Abdullah mencari ilmu, Rasulullah ﷺ sering mengambil peluang untuk mengajar setiap kali bersamanya, hatta ketika berada di atas tunggangan unta atau keldai sekalipun. Nabi akan menyuruh Abdullah naik di belakangnya. Oleh itu ada beberapa hadis riwayat Saidina Abdullah yang berbunyi, “Saya berada di belakang haiwan tunggangan Nabi , lalu rasulullah ﷺ bersabda; “Ya Ghulam, yang bermaksud Wahai anak kecil.”. Panggilan ‘Ghulam’ ini merupakan satu ‘trick’ Nabi untuk menarik hati Abdullah untuk mendengar apa yang ingin disampaikan."

"Kemudian Rasulullah ﷺ akan menyambung, “Saya ingin mengajarkan kamu beberapa kalimat. Yang pertama, Jagalah Allah, Allah akan jaga kamu”. Ketika itu, Abdullah masih belum baligh lagi tetapi Nabi sudah mengajarnya agar menjaga hak-hak Allah سبحانه وتعالى."

"Apabila kita meminta Allah menjaga kita, maksudnya kita meminta Allah menjaga kita daripada segala macam bahaya, memohon nikmat dan bermacam-macam lagi. Kita menjaga Allah سبحانه وتعالى pula bermaksud kita menjaga segala hak-hak Allah agar sebagai Tuhan."

"Sambungan hadis; "Jagalah Allah, kamu akan dapati Allah berada di hadapan kamu. "Perkataan ‘berada di hadapan kamu’ maksudnya, jika kita dalam kesusahan, orang pertama yang akan membela, atau menghiburkan atau meringankan beban yang dihadapi kita ialah orang yang paling sayangkan kita, orang yang paling ingin memberi yang terbaik kepada kita."

"Contohnya jika anak dalam kesusahan, maka ibu bapa merupakan orang pertama yang akan membantu mereka. Begitulah jika kita menjaga hak Allah, maka apabila menghadapi kesulitan, maka Allah سبحانه وتعالى yang paling dahulu akan membantu kita."

"Sambungan hadis itu lagi; “Dan ketahuilah apa yang ditulis Allah سبحانه وتعالى takkan berubah walaupun ada orang ingin mendatangkan manfaat kepada kamu. Orang itu takkan dapat mendatangkan manfaat kecuali apa yang Allah tentukan. Jika semua orang berpakat untuk mendatangkan mudharat kepada kamu, takkan dapat mendatangkan mudharat kecuali apa yang ditulis Allah سبحانه وتعالى."

"Isi nasihat Rasulullah ﷺ ialah untuk mengajar Saidina Abdullah agar mempunyai sifat muroqabah iaitu sifat menjaga hak Allah. Nabi mengajarkan ini ketika Abbas masih kecil, belum baligh dan baru berumur lingkungan sebelas tahun. Apa maknanya? Kita juga mesti mengajar anak-anak kita agar kenal kepada Allah سبحانه وتعالى ketika mereka masih kecil lagi, sebelum dikenalkan dengan benda-benda lain."

"Apa yang masuk ke dalam minda anak kita, maka itulah yang akan lekat. Oleh itu, jika kita selalu ulang sebut tentang Allah سبحانه وتعالى kepada anak-anak kita, maka itulah yang akan melekat pada hati mereka. Tambahan pula dalam zaman moden hari ini, anak-anak suka bertanya. Jadi, sebagai ibu bapa, kita kena bersedia dengan jawapan yang sesuai dengan jiwa anak-anak yang masih kecil. Jangan pula disamakan penjelasan kepada persolan mereka seperti penjelasan kepada orang dewasa."

"Suatu ketika, Saidina Abdullah mendengar yang Rasulullah ﷺ berada di rumah Maimunah, lalu dia pun pergi bermalam di rumah Maimunah. Dia meletak satu bekas wudhuk di luar bilik Nabi sebagai tanda khidmatnya untuk memudahkan Rasulullah ﷺ bangun dan bersedia untuk solat tahajjud."

"Bagi Rasulullah ﷺ, solat tahajjud, solat Dhuha adalah wajib, tapi tidak kepada kita. Ada benda lain yang Nabi boleh buat kita tak boleh, contohnya Nabi boleh berkahwin lebih daripada empat, tetapi kita tidak boleh. Apabila terlihat bekas itu, Rasulullah ﷺ pun bertanya siapa yang meletakannya."

"Setelah diberitahu bahawa Saidina Abdullah Ibnu Abbas yang meletakkannya, Nabi pun mendoakannya; “Allahumma faqqihhu fiddin wa ‘allimhu ta’wil” yang bermaksud; “Ya Allah, dalamkanlah pengetahuannya dalam agama dan ajarkan dia ta’wil Qur’an”. Ilmu ta'wil ialah ilmu tafsir Al-Quran. Dengan keberkatan doa Rasulullah ﷺ dan kesungguhan yang ada pada dirinya itu, jadilah dia “Habrul Ummah” yang bermaksud orang yang luas ilmunya."

"Umurnya ketika Nabi wafat baru tiga belas tahun. Namun, dia terus mencari ilmu daripada sahabat-sahabat Nabi ﷺ pula. Antara gurunya ialah Sayyidina Ali bin Abi Talib رضي الله عنه وأرضاه Walaupun telah berguru dengan Rasulullah ﷺ, beliau masih mencari ilmu daripada sahabat-sahabat Nabi ﷺ."

"Rumahnya pernah menjadi seperti sekolah madrasah di mana ramai orang datang untuk belajar, dan ditetapkan waktu-waktu tertentu untuk belajar perkara tertentu seperti ilmu Al-Quran, imu hadis, ilmu feqah dan lain-lain ilmu."

Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.

Fikir Tiga Perkara.

"Di dalam dunia ini, kita masih lagi boleh meminta. Di dunia kita masih boleh berhutang. Di dunia kita masih boleh minta tolong tapi kalau untuk urusan akhirat kita nanti, kita nak minta tolong dengan siapa Nak berhutang dengan siapa? Nak menumpang dengan siapa? Ataupun juga nak meminjam dengan siapa?"

"Itu masing-masing dengan tanggungjawab diri peribadi kita masing-masing. Seandainya jarak untuk kita nak ke sesuatu destinasi misalnya saja dari Kuala Lumpur ke Kelantan itu jaraknya beratus-ratus Kilometernya, mesti kita pastikan persiapan kita kenderaan kita dengan minyak yang cukup."

"Dan mesti dengan bekalan yang cukup. Tapi kalau seandainya kita tahu tidak ada R & R tidak ada restoran tidak ada petrol pump sepanjang perjalanan kita. Katakan saja misalnya tutup kesemuanya maka mahu tidak mahu mesti kita siapkan bekalan siapkan makanan sebelum kita bertolak. Kenapa?"

"Kerana nanti kita akan kelaparan maka kita akan persiapkan keperluan kita sepanjang kita di perjalanan. Kalau seperti itu logiknya kalau seperti itu rasionalnya sepatutnya seperti itu juga kita risau dengan bekalan yang kita akan bawa bersama menuju ke akhirat."

"Ini yang menyebabkan Saidina Abu Hurairah r.a. menangis. Kalau seandainya orang yang seperti beliau sepatutnya tidak perlu risau tidak perlu menangis. Kenapa?Sebab persiapan daripada beliau itu lebih daripada cukup. Dalam berapa ribu buah hadis Rasulullah ﷺ yang diriwayatkan oleh Saidina Abu Hurairah tentang apa sahaja."

"Baik itu dari segi pakaiannya, ekonominya atau juga makanannya, minumannya, budayanya, ibadahnya,
sembahyangnya, puasanya. Katakan apa sahaja ada berapa puluhan bahkan ratusan hadis berkenaan dengan sembahyang.
Berkenaan dengan puasa. Berkenaan dengan zakat dan sebagainya. Buka saja kitab yang mana satu."

"Terserah itu kitab hadith yang mana satu pun maka kita akan temukan riwayat hadith Saidina Rasulullah ﷺ yang diriwayatkan oleh Saidina Abu Hurairah r.a. Dalam berapa ramai calon-calon yang akan masuk Syurga Allah سبحانه وتعالى yang akan mendapat rahmat, yang akan mendapatkan maghfirah, keampunan yang mendapatkan kebajikan."

"Itu tidak terhitung banyaknya asbab hadith-hadith yang Saidina Abu Hurairah riwayatkan. Bererti beliau ada bonus di situ. Berapa kira-kira banyaknya kebaikan yang dipungut yang didapatkan yang diperoleh oleh Saidina Abu Hurairah r.a sebagai orang yang paling banyak meriwayatkan hadith Sayyidina Rasulullah ﷺ."

"MasyaAllah Tabarakallah. Begitu sehingga sejak daripada zaman beliau sampai ke detik kita sekarang ini. Sudah berapa orang-orang yang mendapatkan rahmat Sudah berapa orang-orang yang mendapatkan kemudahan? Sudah berapa ramai orang yang mendapat tatapan restu dan redha daripada Allah سبحانه وتعالى."

"Mereka yang beramal dengan hadith-hadith yang beliau riwayatkan sehingga dalam waktu yang sama banyak banyak banyaknya jaringan hadis yang beliau riwayatkan. Akan tetapi itu ternyata tidak mengurangkan beliau untuk berzikir, beribadah, berubudiah kepada Allah سبحانه وتعالى."

"Mungkin kita pernah dengar diriwayatkan beliau yakni Saidina Abu Hurairah r.a itu setiap hari tidak kurang daripada dalam dua belas ribu kali tasbih yang beliau lantunkan. Subhanallah!Subhanallah! Subhanallah Subhanallah! Bukan tiga puluh tiga kali. Berpuluh ribu kali. Kalau kita ada yang buat pun kadang-kadang ada dicelahi dengan mengelamunnya dengan mengantuknya lagi."

"Ini bukan tiga puluh tiga kali yang dilantunkan beliau tetapi dalam dua belas ribu kali dalam setiap hari. Akan tetapi ketika di akhir riwayat hidupnya beliau menangis, risau, bimbang, takut, sedih betul-betul berdukacita maka ditanya oleh orang-orang yang berada di sekeliling beliau."

"Kenapa Ya Abu Hurairah?; Apakah kira-kiranya kamu bimbang takut dan risau dikeranakan dengan akhir hayat kamu?" Maka kata beliau; "Yang membuatkan aku sedih dan berdukacita itu adalah dikeranakan atas tiga perkara yang aku fikirkan."

"Yang pertama, Jauhnya jarak yang nak ditempuh menuju ke akhirat. Perjalanan bukannya setakat sampai ke alam kubur tapi sampai perjalanan yang nak menuju akhirat itu. Dunia kita ini lebih kecil. Kalau dengan perjalanan dunia sahaja sudah berapa ramai daripada kita yang pernah mengelilingi seluruh dunia?"

"Daripada timur ke barat daripada utara ke selatan. Belum pernah kita mengelilingi dunia. Nabi kita bersabda; "Yang paling di bawah daripada penghuni syurga itu memiliki syurga yang keluasannya yang kehebatannya itu seperti sepuluh kali dunia."Itu satu orang sepuluh kali dunia. Kalau bahasa kita itu kelas bawahan bukannya kelas atasan itu. Itu bawah sekali di dalam syurga seperti sepuluh kali dunia."

"Kalau jumlah orang yang masuk syurga itu tidak kurang berbillion orang itu keluasannya, lebarnya, besarnya syurga itu seperti apa Jadi yang pertama adalah jauhnya jarak perjalanan yang nak ditempuh menuju ke akhirat."

"Yang kedua, Sedikitnya bekalan yang dibawa. Ya Allah, kalau bekalan kita banyak mana? Kalau seandainya sahaja kita hidup selama lapan puluh tahun. Tolak waktu kita kecil bermain, tolak waktu kita bekerja, tolak waktu kita makan waktu kita minum, tolak waktu kita tidur lagi. Agaknya kira-kira berapa banyak waktu yang kita luangkan yang kita benar-benar peruntukkan yang kita isi untuk kita beribadah?"

"Kita dengan solat berjemaah di masjid pun belum tentu lagi. Kita sembahyang tidak khusyuk. Di waktu berzikir sambil mengantuk. Yang kita di waktu malam tidak bangun tahajjud. Siangnya pula kadang-kadang tumbang lagi yang mana Nabi kita bersabda; "Dua rakaat sembahyang dhuha itu akan membayar segala sedekah untuk tiga ratus enam puluh ruas tulang kita."

"Itu pun masih lagi kita berat untuk mengerjakannya. Dan yang ketiga, Sedangkan Allah yang menyoal siasat Maha Mengetahui.Apakah kita beramal betul-betul ikhlas?Apakah betul-betul kerana Allah?Apakah ada tujuan yang lain? Takut kita risau kita kalau seandainya segala amalan yang kita buat yang kita usahakan yang kita kerjakan selama ini tidak diterima oleh Allah سبحانه وتعالى."

"Yang mana dikeranakan adanya sifat riak, ujub, suma'ah, takabbur dan sebagainya yang tanpa kita sedari ada di dalam hati kita. Sebab itu pentingnya untuk kita belajar cara untuk kita membersihkan hati kita daripada penyakit hati ini."

"Belajar ilmu tasawwuf kerana tidak kira kita ini kaya ataupun juga miskin. Tua ataupun juga muda. Lelaki ataupun juga perempuan. Besar ataupun kecil jawatan dan pangkat kita. Berharta ataupun tidak berharta. Sebijak mana pun kita sepandai mana pun kita hatta banyak mana sekalipun amal ibadah yang kita lakukan tapi kalau seandainya hati kita ini berpenyakit tidak aman tidak sejahtera maka segala amal ibadah kita itu tiada nilainya di sisi Allah سبحانه وتعالى."

Daripada TG Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki.

Taubat Dan Maksiat.

Seseorang bertanya kepada Habib Ali Al Jufri:

"Remaja sekarang banyak yang sholat tapi masih melakukan perkara pelik, ada yang cium sana sini, mata liar, masuk internet tengok macam-macam.. Iman mereka lemah, penuh dengan godaan dan celaan pada remaja ini "

Habib Ali Al Jufri menjawab:

Perkara ini semua orang ketahui. tentang ujian yang melanda remaja sekarang ini.

Pertama sekali saya khabarkan berita gembira kepada remaja semua. Penyesalan yg mereka rasa dalam diri mereka yaitu mereka lemah dengan ujian, kemudian ingin kembali kepada Allah.. Kemudian kembali semula kepada perbuatan lama, kemudian ingin kembali semula kepada Allah.. ini berita baik kepada mereka kerana menandakan iman kuat di hati mereka. Yaitu mereka sangat mencintai Allah ﷻ  Selama mereka mencintai Allah, ketahuilah bahawasanya Allah juga mencintai mereka.

"Allah mencintai mereka dan mereka juga mencintai Allah.."

Demi Allah, wahai saudaraku. Jika Allah tidak mencintai kamu, Dia tidak akan campakan ke dalam hati kamu satu perasaan kepedihan. Ini adalah perasaan yang kita rasakan "aku ada lakukan kesalahan" Perasaan yang bila terjadi sesuatu kita rasakan ianya adalah sebab kelalaian aku kepada Allah.

Bentuk perasaan ini adalah tanda cahaya iman. Di sini lilin (keimanan) itu ada.. tetapi cahaya lilin ini memerlukan penjagaan sebelum angin memadamkannya. yang memadamkan cahaya (keimanan) ini adalah tekad melakukan maksiat. Perkara bahaya datang dari mana? perkara yang lebih bahaya dari maksiat-maksiat itu bahaya. Tapi yang lebih bahaya dari maksiat adalah terus menerus melakukan maksiat. Mengambil mudah sahaja "Allah itukan maha pengampun" kemudian kembali semula melakukan maksiat. Memandang ringan dan rendah terhadap maksiat pada diri sendiri. Ini bahaya, ianya adalah isyarat Cahaya Iman mulai menghilang.

Yang kedua: "Mengambil mudah dan terus menerus dalam maksiat bersama merasakan putus asa terhadap Allah. Yaitu "Aku ini dah tak ada kebaikan.. zaman sekarang ini pun dah susah buat baik.. aku dah coba 15 kali, 20 kali bertaubat tapi masih kembali juga kepada maksiat"

Rasulullah bersabda: "Tidaklah dipanggil sebagai orang yang terus menerus membuat dosa dari kalangan orang yang beristigfar sekalipun kembali kepada maksiat 70 kali."

Jika syaitan itu tidak pernah putus asa untuk memasukkan kamu ke dalam neraka, bagaimana kamu boleh berputus asa untuk masuk ke dalam syurga?! maka pada tiap kali kamu terasa nafsu menguasai kamu, dan syaitan telah merampas kehormatan kamu... baliklah ke rumah terus berwudu, solat 2 rakaat dan dalam sujud katakanlah:

"Ya Allah, diriku menjadi sangat dekat dengan Engkau ketika sujud, tetapi aku mengadu pada-Mu segenap jiwa ragaku dan aku memohon pada-Mu bawalah hatiku serta diriku kepada-Mu sehingga aku dapat merasai kemanisan berhubung dengan-Mu hingga aku berpisah dari maksiat ini."

Berdoalah kepada Allah dengan cara yang mampu kamu ungkapkan. Berdoalah dengan bahasa yang kamu faham, mengadulah tentang diri kamu kepada Allah. Letakkan dan campakkan diri kamu di hadapan pintu Allah. Ketahuilah jika kamu buat semua ini dengan penuh penyesalan, kejujuran serta berazam tidak akan kembali semula. Selesai sholat, Allah telah mengampun dosa-dosa kamu. Kemudian selepas itu, bagi kamu ada beberapa kewajiban selama mana kamu di muliakan Allah dengan pengampunan-Nya, hendaklah kamu ambil langkah-langkah pencegahan. Apakah yang membawa kamu ke arah dosa?! orang-orang yang melakukan dosa yaitu mereka berkelakuan jahat yang memudahkan kamu berbuat jahat, jauhi mereka selangkah demi selangkah, bukan dengan kesombongan tapi kerana menjaga diri kamu. sesuatu kewajiban ditinggalkan, coba laksanakannya. Sesuatu yang salah di pandangan Islam, coba ubahkannya. Berusaha terhadap diri kamu.

Allah berjanji dengan firman-Nya dan tidak mengingkari janji-Nya: "Dan mereka yang berusaha keras mencari jalan-jalan Kami, pastilah Kami akan menunjukkan mereka jalan-jalan Kami"

Allah telah berjanji pada kamu, jika kamu berusaha keras kerana menginginkan Allah.. DIA akan ditunjukkan jalan-jalan Nya. Jika kau jatuh kembali ke dalam dosa, kembali sekali lagi bertaubat kepada Allah. dan ketahuilah bahwasanya kamu sekarang berada dalam jihad di jalan Allah. dan ketahui bersama itu juga dosa-dosa kamu berubah menjadi pahala tapi dengan syarat.. jangan kamu jadikan permasalahan taubat ini perkara main-main. diri kamu ingin bawa kamu ke arah maksiat lantas kamu katakan ini haram. kemudian dia seru "kamu buat maksiat itu dulu kemudian bertaubatlah." yang ini main-main. Tekad untuk melakukan dosa, yang macam ini ianya memperolok-olokan Allah. Jauhi perkara ini.

Tapi kamu dah coba menghalangi diri kamu, tiba satu ketika kamu kalah dan jatuh ke arah maksiat.. kembali kepada Allah lagi. Allah gembira terhadap kembalinya kamu pada-Nya.

Dan aku akhiri kata-kata ini dengan kalam-Nya dan disahkan Nabi. Hadis ini menggembirakan hati wahai saudaraku semua.

"Apabila berdosa seseorang hamba itu, kemudian dia bertaubat dan memohon ampun. Allah berfirman kepada malaikat-Nya: "Wahai malaikat, lihatlah kepada hamba-Ku ini. dia berdosa kemudian bertaubat dan memohon ampun, saksikanlah sesungguhnya Aku telah mengampunkannya." Lalu dia jatuh kembali ke lembah dosa, maka dia menyesal dan bertaubat serta kembali semua kepada Allah memohon ampun.. maka Allah, berfirman kepada malaikat-Nya:

"Wahai malaikat, lihatlah kepada hamba-Ku ini".

Perhatikan!!! kita yang berdosa ini hanya dengan kembali kepada Allah. Allah membanggakan diri kita dihadapan malaikat yang tidak berdosa.. alangkah agungnya Tuhan ini. alangkah agung kecintaan-Nya kepada kita!

Allah berfirman: "Lihatlah wahai malaikatku, hambaku ini berdosa lantas bertaubat kemudian dia jatuh semula, kemudian bertaubat. saksikanlah bahawasanya Aku telah mengampunkannya."

Maka dia jatuh kali ketiga ke lembah dosa, lantas dia bertaubat semua memohon ampun dengan penuh kejujuran. Lantas Allah berfirman kepada malaikat-Nya:

"Wahai malaikat-Ku, lihatlah kepada hambaku ini. dia berdosa, lantas bertaubat, maka aku telah mengampuninya.. Kemudian dia kalah dengan nafsunya dan berdosa, lantas bertaubat maka aku telah ampunkan dosanya. Kemudian dia kalah sekali lagi dengan nafsunya. Perhatikan kata-kata ini, hamba ini tahu bahwasanya dia adalah Tuhan yang mengampuni dosa. lantas hamba ini bertaubat dan kembali kepada Allah..

"Wahai malaikat-Ku, saksikanlah bahawasanya Aku telah ampunkan dosanya yang terdahulu dan kemudian."

Subhanallah.. Inilah kemuliaan Allah yang selayaknya kita merasa malu di hadapan-Nya. Ya الله bittaufiq !

Tuesday 24 May 2016

Alam Akhirat


" Di Akhirat nanti, yang ditanya adalah keadaan diri kita. Bukannya keadaan atau hal orang lain ............. "

Hati Yang Baik

"Hati manusia, adalah suatu ciptaan Allah سبحانه وتعالى yang ajaib sekali. Tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, tidak dapat menanggung Allah. Akan tetapi, hati seorang mukmin dapat menanggung Allah سبحانه وتعالى. Apakah maksudnya, hati seorang mukmin itu menanggung Allah? Iaitu hati manusia boleh masuk didalamnya kebesaran Allah سبحانه وتعالى, terdapat kesucian Allah, keesaan Allah, kekuatan dan keperkasaan Allah سبحانه وتعالى."

"Seseorang yang mengenali hatinya, dia dapat mengenali dirinya sendiri. Apabila seseorang itu mengenali hatinya, apakah bentuk hatinya, apakah yang terkandung didalam hatinya? apakah perkara yang dibebankan oleh Allah سبحانه وتعالى didalam hatinya? Apakah penyakit-penyakit yang ada dalam hatinya? Apakah pintu-pintu yang memberi kesan sesuatu perkara yang masuk kedalam hati seorang mukmin?"

"Sama ada yang masuk kedalam hatinya itu adalah nur cahaya. Ataupon yang masuk kedalam hatinya itu kegelapan dan juga zulumat. Dan Allah سبحانه وتعالى inginkan hati manusia ini suci murni, bersih hanya untuk Allah. Allah mahu hati manusia untuk Allah سبحانه وتعالى sahaja. Didalam satu hadis qudsi Allah سبحانه وتعالى berfirman; "Wahai hamba-Ku carilah Aku, jika kamu mencari Aku, kamu akan menjumpai Aku. Jika kamu berjumpa dengan Aku? Kamu telah berjumpa dengan segala-galanya. Apabila kamu terluput daripada Aku, kamu terluput daripada segala-galanya."

"Apakah maksudnya, seseorang itu berjumpa Allah سبحانه وتعالى, dia akan mendapat segalanya-galanya. Maka ulama mengatakan; "Hati yang berjumpa Allah, adalah hati yang didalamnya mengandungi kebesaran Allah. Kehebatan Allah. Dan ketahuilah sesungguhnya hati manusia itu, didalam kekuasan Allah."

"Dan Allah سبحانه وتعالى, boleh membolak-balik kan hati manusia dengan sekelip mata. Allah boleh membolak-balik kan hati seseorang itu, seperti yang Allah سبحانه وتعالى kehendaki. Dan Allah memandang hati manusia. Diantara seluruh jasad kita, Allah سبحانه وتعالى memandang hati. Sebab itu, seorang manusia seluruh kehidupannya, sehingga dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tugasnya adalah untuk membersihkan hatinya. Mensucikan hatinya."

"Jikalau seseorang hamba Allah سبحانه وتعالى itu meninggalkan dunia ini, membawa satu zarah daripada sifat takabur. Maka dia akan dibakar didalam api neraka Allah. Maka tempat yang sepatutnya kita bakar sifat takabur ini, adalah diatas dunia ini. Bilamana ada hayat dalam diri kita, kita kena bakar sifat takabur."

"Seseorang yang melakukan amal kerana manusia ataupon kerana perkara-perkara dunia. Dab dia inginkan kemegahan. Maka amalan ini akan tertolak. Diakhirat nanti, jika orang ini melakukan amal kerana perkara tersebut. Maka Allah سبحانه وتعالى tidak akan mempedulikannya, Allah سبحانه وتعالى berfirman; "Pergi lah kamu minta pahala kepada mereka, yang kau ingin menunjuk-nunjuk itu.
Kerana aku adalah bebas, daripada apa yang engkau syirikkkan. Walaupon amal kamu sebesar gunung."

"Sebab itu orang yang melakukan amal, bukan kerana Allah سبحانه وتعالى tidak ikhlas dipanggil syirik khafi. Dihati manusia itu tempat pandangannya Allah. Didalam diri manusia ada satu tempat pandang. Hanya satu yang dipandang oleh Allah سبحانه وتعالى. Iaitu Hati. Hati manusia adalah tempat pandangan Allah. Seseorang manusia itu apabila dia tahu ada tempat yang dipandang oleh manusia pada dirinya, dia kan memperelok kan tempat itu."

"Pada waktu pagi, kita hendak keluar daripada rumah, kita mandi, membasuh wajah kita, kita tengok ada apa-apa kotoron pada wajah kita, pada zahir diri kita. Kita perelokkan pakaian kita, kita gosok pakaian kita, jaga dengan kemas dan rapi. Kita memperelokkan perkara yang zahir. Kerana kita tahu. ini adalah pandangan manusia pada kita."

"Manusia pandang pada perkara ini. Ini adalah tempat pandangan manusia pada kita. Bagaimana pula pada sesuatu tempat? Suatu tempat itu adalah tempat yang dipandang oleh Allah سبحانه وتعالى? Bukankah itu sesuatu yang lebih berhak? lebih utama kita bersihkan kita, kita sucikan, kita perelokkan iaitu hati manusia."

"Dan hati ini lebih berhak diperelokkan, diperindahkan, disucikan kerana hati itu pada hati itu terdapat pandangan Allah سبحانه وتعالى. Seseorang mukmin itu, dia perlu bermujahadah untuk seluruh kehidupannya untuk mensucikan hatinya. Hati ini adalah seperti raja kepada badan kita."

"Dan anggota badan yang lain semua adalah rakyat jelata kepada hati kita. Tetapi raja yang memerintah. Jika hati itu baik, maka akan baiklah keluar daripada anggota badannya. Dan ianya akan baik, matanya akan menjadi baik, percakapannya akan menjadi baik, tangannya akan melakukan yang baik begitu juga dengan kakinya."

"Jika hatinya, rajanya, pemimpinnya itu yang busuk dan juga buruk, maka akan keluar keburukan dari anggota badannya. Dan apa yang perlu diubati, kita perlu balik kepada akar kita semula yang boleh dirawat iaitu hati kita. Dan hati itu dikatakan roh di sini kerana hati lain, roh juga lain. Cuma hati mempunyai kaitan rapat dengan roh."

"Roh kita semuanya bersambung, kita seperti satu badan, satu bangunan, satu sakit yang lain pon semuanya akan rasa sakit. Maka, lihatlah aib dan kekurangan dalam diri kita, apakah kekotoran yang ada dalam diri kita, Hassad, riya', ujub, takabbur, cinta dunia, cinta sanjungan manusia, cinta pujian manusia, cinta pandangan manusia, seseorang yang bila dia didapati ada penyakit dalam dirinya, maka dia akn cuba cari rawatan."

"Siapa yang Allah سبحانه وتعالى nakkan kebaikkan kepada dirinya, Allah akan buka aibnya pada dirinya sendiri. Sehingga dia lupa untuk melihat kekurangan orang Lain. Mereka yang selalu sibuk melihat kebaikkan dirinya, dia akan lupa untuk melihat kekurangan dirinya. Begitu juga mereka yang sering melihat keaiban orang lain, dia akan lupa keaiban pada dirinya."

"Pada diakhirat nanti yang akan ditanya adalah keadaan diri kita, bukan keadaan orang Lain. Bagaimana dengan ketaqwaan hati kita kepada Allah سبحانه وتعالى? Seseorang yang tak kenal keaiban dirinya, maka dia tak akan cari rawatan untuk hatinya, dia takkan tahu kelemahan dirinya. Penyakit, kekotoran, kuman, bakteria, virus yang berjangkit kedalam hatinya."

Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.

Sifat Hamba

"Perkara yang sepatutnya kita selalu lakukan, adalah muhasabah diri. Dimana, untuk kita meningkatkan amal ubudiah kita kepada Allah سبحانه وتعالى, agar kita tergolong didalam golongan yang akan mendapatkan naungan Allah سبحانه وتعالى diakhirat kelak. Sebaik-baik tangisan adalah tangisan seorang hamba yang menangis atas kejahilan."

"Menangis dan kekesalan yang pernah dilakukannya dan tidak ingin kembali dalam kejahilan. Itulah tangisan yang sebaik-baik tangisan di sisi Allah سبحانه وتعالى. Sebaik-baik amalan itu adalah mengisi waktu sesuai dengan ketetapan hukum hakam dan kehendak Allah سبحانه وتعالى dengan mengimarahkan waktu."

"Kita menggunakan waktu sesuai dengan kehendak Allah. Selemah-lemah manusia adalah orang yang tidak mampu untuk menyekat, melawan nafsunya daripada perbuatan yang tidak baik dan perkara-perkara haram. Sekuat-kuat manusia pula adalah orang yang mampu menyekat dan melawan nafsunya."

"Menyekat keinginannya daripada perbuatan yang tidak baik dan dari melakukan perkara yang haram. Antara tujuh golongan yang akan mendapatkan naungan Allah سبحانه وتعالى semasa di hari akhirat termasuklah Pemimpin yang adil, Orang yang rajin beribadah, Orang yang hatinya terpaut dengan masjid, Orang yang mencintai kerana Allah dan berpisah kerana Allah, Orang yang diajak atau digoda oleh wanita yang berpangkat dan cantik lalu ia berkata sesungguhnya aku takutkan Allah."

"Yang keenam, Orang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mrngetahui apa yang infakkan oleh tangankanannya. Dan Orang yang mengingati Allah سبحانه وتعالى secara bersunyian lalu menitiskan air matanya."

"Kita nak diri kita termasuk dalam salah satu atau lebih daripada satu golongan yang akan mendapatkan naungan Allah سبحانه وتعالى di hari akhirat kelak jadi kita mestilah berusaha untuk meningkatkan amal ubudiah kita kepada Allah سبحانه وتعالى daripada sebesar-besar amal sampai sekecik-kecik amal."

"Itu kerana kita tak tahu amal kita yang mana satukah yang akan menyelamatkan kita di akhirat kelak. Mana tahu mungkin sahaja asbab kita selalu solat berjemaah di masjid dan selalu ke masjid mendengar pengajian ilmu yang akan menyelamatkan kita di akhirat kelak."

"Tiada siapa yang tahu jadi tingkatkan amal ubudiah kita ketaqwaan kita kepada Allah سبحانه وتعالى. Maka beramallah selagi kita masih diberikan nikmat kesihatan tubuh badan yang sihat wallafiat.
Jangan sampai nanti dah Allah سبحانه وتعالى tarik kembali nikmat-Nya sampai kita dah tak boleh nak beramal dah masuk kubur nanti baru kita rasa menyesal."

"Kita kalau di dunia muflis tak ada apa-apa. Harta pun tak ada ataupun juga tak banyak mana itu ok-ok sahaja tapi kalau sampai kita rugi dan muflis tak ada apa-apa di akhirat itu adalah sesuatu yang patut kita risaukan sebab itu kita kalau menyesal di dunia tak apa lagi tapi jangan sampai kita menyesal di akhirat sebab sudah tidak ada gunanya lagi."

"Setiap orang akan dihisab di akhirat sesuai dengan apa yang dia lakukan semasa hidupnya.
Kalau semasa hidupnya baik ibadahnya baik ubudiahnya baik maka dia akan mendapatkan kebaikan di akhirat nanti."

"Akan tetapi sebaliknya kalau amalnya, ibadahnya, solatnya, ubudiahnya itu tak berapa nak baik mana maka nanti di akhirat pun dia akan mendapatkan balasan yang tak baik. Itu semua bergantung kepada sejauh mana ketaatannya, ubudiahnya kepada Allah سبحانه وتعالى semasa hidupnya."

Daripada TG Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki.

Monday 23 May 2016

Kemanisan Zikir.

"Kita selalu terlepas pandang nikmat besar yang Allah سبحانه وتعالى berikan kepada kita. Antaranya adalah matahari. Para saintis mengatakan jika matahari diletakkan beberapa inci jauh dari bumi nescaya sejuk beku seluruh bumi seperti sejuknya kutub utara dan kutub selatan."

"Dan jika matahari ianya letak beberapa inci berdekatan bumi nescaya bumi akan menjadi gersang. Segala puji bagi Allah. Apa yang Allah سبحانه وتعالى jadikan adalah tepat pada tempatnya. Dan Matahari juga berzikir kepada Allah سبحانه وتعالى."

"Dan bagi kita sebagai manusia hendaklah sentiasa berzikir mengingati Allah سبحانه وتعالى pada setiap ketika dan dengan apa keadaan sekalipun. Berzikir samaada dengan lisan, atau dengan hati. Maka, Yang terbaik adalah zikir lisan dengan dihadirkan bersama hati."

"Fungsi zikir adalah untuk menghidupkan hati. Dan zikir menghubungkan hati kita dengan Allah سبحانه وتعالى. Dan hakikat zikir adalah merasai kebersamaan Allah سبحانه وتعالى didalam solat, dan juga diluar solat. Antara tali penghubung Hati manusia dengan Allah سبحانه وتعالى adalah Zikrullah."

"Dan zikir yang paling utama adalah Lailahailallah. Zikir ini, diberikan kepada semua nabi-nabi yang terdahulu. Yakni Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan haq melainkan Allah. Nabi Musa عليه السلام ketika bertanya kepada Allah سبحانه وتعالى. Nabi Musa عليه السلام inginkan satu zikir khusus daripada Allah."

"Nabi Musa عليه السلام berkata; "Ya Rabb, berikanlah hamba-Mu ini satu zikir yang khusus untuk menjadi tali penghubungku dengan-Mu. Kemudian Allah سبحانه وتعالى berfirman; "Wahai musa, ucapkanlah Lailahailallah." "Nabi Musa عليه السلام berkata; "Ya Rabb, zikir itu semua hamba-Mu ucapkan. Berikanlah aku yang khusus."

"Kemudian Allah سبحانه وتعالى berfirman; "Wahai musa, ucapkanlah Lailahailallah. Nabi Musa عليه السلام kemudian berkata; "Ya Rabb, berikanlah aku zikir yang khusus." "Kemudian Allah سبحانه وتعالى berfirman; "Wahai musa, ucapkanlah Lailahailallah."

"Allah سبحانه وتعالى berfirman lagi; "Wahai musa, jika kalimah Lailahailallah diletakkan disebelah neraca, dan diletakkan pula tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dineraca yang lain. Kalimah Lailahailallah adalah lebih berat lagi. Barulah Nabi Musa menerimanya."

"Begitu juga dengan Saidina Ali bin Abi Thalib r.a. yang meminta zikir khusus daripada Rasulullah ﷺ. Rasulullah ﷺ bersabda; "Wahai Ali, Sesungguhnya kalimah Lailahailallah diletakkan disebelah neraca, dan diletakkan pula bumi dan langit dineraca yang lain. Nescaya, Kalimah Lailahailallah adalah lebih berat lagi."

"Orang yang berzikir hidup disisi Allah سبحانه وتعالى dan orang yang tidak berzikir seumpama orang yang mati disisi Allah سبحانه وتعالى. Orang yang tidak berzikir umpama jenazah, hatinya jenazah. Ulama mengatakan; "Barangsiapa yang lalai daripada mengingati Allah سبحانه وتعالى, sebelum jasad mereka dimasukkan kedalam tanah."

"Mereka telah pon menjadi kubur diatas dunia ini. Nampak hidup tapi mati disisi Allah. Maka, Allah سبحانه وتعالى berfirman; "Ingatlah Aku, nescaya Aku akan mengingati kamu. Ingatlah Aku, nescaya Aku bersama dengan-Mu ketika kamu mengingati-Ku."

"Segala puji bagi Allah سبحانه وتعالى yang memperjalankan segalanya. Jika bukan kerana Allah سبحانه وتعالى yang menggerakkan dan memberi hidayah pada kita. Maka kita tidak akan dpt beramal. Amalan kita zikir kita solat kita puasa kita banyak lagi amalan itu adalah daripada Allah سبحانه وتعالى, bukan atas upaya kita. Semuanya adalah daripada kasih sayang dan rahmat Allah سبحانه وتعالى."

Guru mulia . Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.