Pages

Saturday 19 December 2015

Penuntut ilmu

"Majlis ilmu adalah majlis turunnya rahmat dan keberkatan daripada Allah سبحانه وتعالى. Mereka yang hadir kedalam majlis ilmu ada tiga jenis daripada mereka. Yang pertama, Hadir dan memenuhkan ruang ruang kosong yg berada di hadapan. Orang orang sebegini adalah orang orang yang mahu dekat dengan Allah سبحانه وتعالى. Dan Allah juga mahu mendekati dengan orang orang yang mahu mendekati-Nya."

"Yang kedua, Hadir akan tetapi duduk di belakang belakang. Orang orang sebegini tidak mahu duduk hampir kepada Allah سبحانه وتعالى, maka Allah juga akan menjauhi daripada mereka. Dan yang ketiga, adalah Mereka nampak daripada jauh, ada satu masjid atau tempat itu penuh dengan orang."

"Dan Mereka tahu mailis itu majlis ilmu, akan tetapi kerana ramai, dia berlalu pergi daripada majlis ilmu tersebut tanpa duduk berhenti seketika dalam majlis tersebut. Dia meninggalkan majlis tersebut. Alangkah ruginya. Kelebihan majlis majlis sebegini adalah kerana Malaikat yang ditugaskan oleh Allah سبحانه وتعالى. untuk mencari majlis-majlis sebegini di dunia."

"Malaikat tersebut meminta kepada Allah سبحانه وتعالى untuk mengampuni dosa-dosa kepada mereka yang hadir didalam majlis sebegini. Rasulullah ﷺ banyak berpesan kepada umatnya. Rasulullah ﷺ meminta empat perkara daripada kita."

"Yang pertama, Jadilah kamu orang yang mencari ilmu, berilmu. Seseorang itu jika ia hendak mendapat kasih sayang Allah سبحانه وتعالى dan Rasulullah ﷺ hendaklah ia mencari ilmu, kerana hanya orang yang mempunyai ilmu sahaja yang dapat mengenal Allah dan Rasulullah ﷺ. Dengan cara ini, untuk kita meraih kasih sayang Allah سبحانه وتعالى dan Rasulullah."

"Apabila seseorang itu sudah mendapatkan sesuatu ilmu pasti ia akan merasakan tidak mencukupi dengan ilmunya, Oleh kerana itu, Allah سبحانه وتعالى menyuruh kita berdoa untuk mendapat 'Tambahan Ilmu."

"Dan yang kedua, Jadilah kamu orang yang "Belajar Ilmu." "Barangsiapa yang Allah سبحانه وتعالى bagi waktu muda kepadanya, tetapi ia tidak belajar ilmu agama maka angkatlah empat kali takbir Solat jenazah kepadanya."

"Jika seseorang itu jika ia tidak belajar ilmu maka automatik "Taqwa" takkan ada didalam dirinya." Kata Al-Imam As-Syafie رحمه الله تعالى. Orang yang belajar mencari ilmu akan timbul didalam hatinya 'Al-Hashyah' ia ini rasa takut kepada Allah s.w.t.

"Dan yang ketiga, kalau Tidak boleh "Belajar Ilmu" jadilah orang yang "Mendengar kepada Ilmu." Menjadi pendengar ilmu pun adalah salah satu cara untuk mendapatkan ilmu. Jika ia hanya dapat menjadi pendengar ilmu sahaja, itu pun sudah mencukupi untuk ia mendapat keberkatan daripada Allah سبحانه وتعالى."

"Yang keempat, Menjadi 'Pencinta' kepada tiga perkara diatas. Dan Ilmu itu ibarat mangsa, maka jika mendapatnya hendaklah mengikatnya dengan belajar, mencari dan mencatitnya." Kata Al-Imam Syafie رحمه الله تعالى."

"Dan Rasulullah ﷺ larang kita untuk menjadi orang yang kelima ini. Yakni kamu menjadi pembenci kepada perkara-perkara diatas. Membenci ilmu, orang berilmu dan ulama. Moga-moga Allah سبحانه وتعالى menjauhi kita daripada sifat yang kelima ini."

Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.

Allah Maha Berkuasa

"Memahami kedudukan Allah سبحانه وتعالى di langit adalah bukan daripada apa yang difahami Ahli Sunnah wal-Jamaah. Kerana didalam Al-Quran Nur' Karim menafikan akan keberadaan Allah سبحانه وتعالى di langit sahaja. Menyatakan Allah سبحانه وتعالى berada dilangit, seolah-olah Allah سبحانه وتعالى berhajat pada tempat. Dan duduk itu bukan sifatnya Allah سبحانه وتعالى."

"Berhajat pada tempat itu adalah sifat makhluk. Sedangkan Allah سبحانه وتعالى tidak memerlukan tempat, ruang dan masa. Malaikat Allah berada di langit. Allah سبحانه وتعالى meliputi Bumi, meliputi langit, meliputi Kursi, meliputi Arasy'. Semuanya itu adalah makhluk yang berada di bawah kekuasaan Allah سبحانه وتعالى."

"Keberadaan tempat itu menunjukkan adanya batasan walaupun tempat itu amat luas. Sementara Allah سبحانه وتعالى tidak berbatas, tidak berhad. Tiada had. Oleh itu, soalan Allah dimana itu sudah salah. Jadi jawapannya itu juga mestilah salah. Kerana dimana itu menunjukkan tempat, sementara Allah سبحانه وتعالى tidak memerlukan tempat."

"Allah سبحانه وتعالى itu wujud sebagaimana keadaan-Nya sebelum adanya ciptaan dan selepas adanya ciptaan-Nya. Dan Jika kita perhatikan semua yang berada di alam cakerawala ini, semua bergerak didalam orbitnya. Bulan, matahari, bintang bintang yang bergerak semuanya pada orbitnya. Lihatlah kehebatan Allah سبحانه وتعالى. Segalanya didalam pentadbiran Allah."

"Semua yang berada didalam galaksi ini, bintang bintang, alam langit semuanya ditadbir oleh Allah سبحانه وتعالى dan berjalan diatas orbitnya. Berjalan tanpa berlanggar antara satu sama lain. Bukan sedikit, berjuta-juta bintang yang ada didalam galaksi kita. Lihat bumi dan planet-planet ini yang berputar mengelilingi matahari. Termasuk matahari itu sendiri juga bergerak."

"Didalam Al-Quran, Allah سبحانه وتعالى mengatakan; "Dan kamu melihat dengan mata kamu gunung-ganang. Dan kamu menyangka gunung itu tetap. Kamu menyatakan gunung itu bersifat tetap." Tidak! Gunung itu bergerak. Kita juga bergerak. Dalam masa yang sama, Bumi ini juga bergerak pada orbitnya."

"Subhanallah, begini Allah سبحانه وتعالى mentadbir alam ini. Didalam Allah swt mentadbir bintang-bintang yang besar, Allah juga mentadbir makhluknya yang kecil. Ilmunya Allah itu meliputi segala-galanya. Dalam Allah سبحانه وتعالى mentadbir berjuta-juta bintang, Allah tidak pernah leka mentadbir setiap bunyi tapak kaki semut. Allah tidak pernah leka dengan setiap degupan jantung seekor semut sekalipon."

"Hatta di dalam diri manusia pon ada bermacam-macam alam, alam micro yang memberi simbolism kepada alam macro ,alam yang mempunyai bermacam-macam petala dan juga bermacam-macam lapisan yang didalam pentadbiran Allah."

"Sehingga dilihat dalam dirinya manusia, Allah سبحانه وتعالى ciptakan dirinya dari hujung rambut hingga kehujung kaki, lihat nafsu Allah سبحانه وتعالى ciptakan didalam dunia didalam dirinya, roh, nafsu, syahwat,hati, qolbu, sir, akal, minda, sesuatu yang tak dapat difahami dengan pemikiran seseorang dan ianya berada dalam dirinya."

"Allah سبحانه وتعالى tidak pernah lalai walau sedikit pon. Allah tidak pernah penat dan letih dalam mentadbir segala-galanya. Semuanya dalam pentadbiran dan kekuasaan Allah سبحانه وتعالى. Kita hadir didalam majlis ini, Allah سبحانه وتعالى yang menggerakkan kita untuk datang kesini."

"Tidak bergerak setiap pasir-pasir dipantai didalam lautan, tidak gugur sehelai daun sekalipon daripada dahan pokok tanpa izin-Nya Allah. Allah سبحانه وتعالى juga menghidupkan, Allah juga mematikan, memuliakan dan menghinakan. Allah Allah سبحانه وتعالى juga yang menggerakkan makhluk-Nya. Kita akan lihat Allah سبحانه وتعالى adalah segala-galanya. Segala-galanya didalam kekuasaan Allah سبحانه وتعالى."

Guru mulia kami. Tauhid. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.

Solat Fardhu Berjemaah

"Diantara fungsi utama Masjid adalah untuk orang ramai berkumpul beribadah menunaikan solat secara berjemaah. Bukannya dibina Masjid hanya sekadar untuk berkumpul seminggu sekali dan dibiarkan kosong tetapi sepatutnya kita lah yang selalu memenuhkan setiap ruang yang ada di dalam Masjid itu."

"Apabila kita mendengar laungan azan janganlah kita hanya solat di rumah kita sahaja tetapi sepatutnya apabila kita mendengar azan kita cepat-cepat bersiap-siap untuk hadir ke Masjid dengan pakaian yang kemas cantik dan memakai wangi-wangian."

"Jangan kita hanya pakai pakaian yang kemas-kemas, cantik-cantik dan wangi-wangi apabila kita nak berjumpa dengan kawan, teman-teman sahaja ataupun nak pergi ke sesuatu tempat. Akan tetapi sepatutnya apabila nak berjumpa Allah سبحانه وتعالى di dalam solat itulah detik-detik, saat-saat indah untuk kita berpakaian kemas dan cantik serta berwangi-wangian."

"Dengan solat berjemaah itu kita dapat lebih fokus solat kita berbanding solat di rumah secara bersendirian. Jangan kata diri kita khusyuk dalam solat kalau kita tidak menjaga solat fardhu berjemaah kerana dengan menjaga solat fardhu berjemaah itu seseorang akan dapat lebih sempurna solatnya berbanding ketika di rumah."

"Dengan bacaaan zikirnya, wiridnya semuanya akan lebih tersusun dan teratur ketika kita solat berjemaah berbanding kita solat di rumah bersendirian."

"Sebab itu kita digalakkan untuk sentiasa menjaga solat fardhu kita secara berjemaah dengan menunaikan solat di Masjid kerana khusyuk itu adalah kepunyaan Allah. Dan Allah سبحانه وتعالى akan memberikan perasaan itu kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya."

Daripada TG Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki.

Menjaga Pandangan;

"Hendaklah seseorang itu menjaga pandangan. Allah سبحانه وتعالى berfirman didalam Al-Quran; "Katakanlah kepada orang-orang lelaki yang beriman itu; "Hendaklah mereka menahan pandangan, dan memelihara kemaluan, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah lah yang Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan."

"Al-Imam Al-Ghazali رحمه الله تعالى mengatakan; "Jika seseorang itu betul-betul mengenali Allah سبحانه وتعالى. Maka, seharusnya dia mengetahui adab-adab didalam hubungannya dengan Allah سبحانه وتعالى. Seseorang itu harus menundukkan kepalanya, menjaga pandangan matanya, mengkonsentrasikan fikiran, senantiasa diam, menenangkan anggota badan, segera mengerjakan perintah-Nya."

"Dan meninggalkan larangan-Nya, tidak menolak takdir, senantiasa berzikir dan berfikir, mengutamakan yang hak atas yang batil, berputus asa daripada makhluk, tunduk dengan perasaan hormat, risau diliputi oleh rasa malu, tenang dalam berusaha kerana yakin atas jaminan-Nya, bertawakal kepada kurniaan Allah سبحانه وتعالى."

"Semua ini harus menjadi karakter kamu sepanjang siang dan malam. Itulah adab didalam menjalinkan hubungan dengan "Teman yang tak pernah berpisah denganmu." Yakni Allah سبحانه وتعالى. Adapun semua makhluk, dalam waktu tertentu akan berpisah denganmu. Satu kisah, ketika Al-Imam Hasan Al-Basri رحمه الله تعالى diwaktu remajanya, sebelum beliau menjadi alim."

"Sebelum beliau menjadi wali yang zuhud. Beliau adalah seorang yang tampan segak dan sentiasa memakai pakaian yang mahal. Beliau sering kesana sini didalam kota seperti anak-anak muda yang lain bermundar mandir dikota tanpa tujuan hidup. Suatu hari ketika berjalan-jalan di kota Basrah, dia terpandang seorang perempuan yang cantik dengan sepasang mata yang sangat menarik."

"Datanglah rasa ghairahnya sehingga tanpa sedar kakinya terus mengekori perempuan cantik itu. Perempuan itu sedar ada orang mengekorinya, lalu menoleh kepadanya; "Tuan terus mengekori saya, apakah tuan tidak malu?" Hasan pun menoleh kiri dan kanan dan mendapati tiada siapa di situ. Beliau menjawab, "Nak malu pada siapa? Bukan ada orang melihat." katanya."

"Jawab perempuan itu, Allah سبحانه وتعالى mengetahui Sekalipun pada Allah yang Maha Mengetahui, itu khianatnya pada mata dan apa yang tersembunyi di sebalik dada." kata perempuan itu. Hasan terkedu mendengarnya tetapi kerana tak mampu melawan nafsunya, dia tetap mengekori perempuan itu.
"Mengapa tuan masih mengikut saya?" "Saya tertarik dengan dua matamu yang cantik."

"Baik, tuan tunggulah di sini. Biarlah saya pulang dahulu dan akan saya hantarkan apa yang tuan mahu" kata perempuan itu. Hasan pun menunggu dengan rasa berdebar-debar. Tidak lama kemudian, datang seorang pembantu perempuan tadi menghulurkan suatu kotak berbalut sapu tangan; "Tuan, ini tuan saya kirimkan untuk tuan."

"Dengan rasa amat gembira, Hassan pun membuka kotak itu.
Alangkah terkejutnya apabila di dapati dua biji mata yang berlumuran darah. Perempuan yang tuan ekori tadi ialah majikan saya. Dia berpesan, dia tidak mahu memiliki mata yang membawa fitnah atas orang lelaki. Dia mengirim mata ini agar tuan boleh menikmati dan terbebas dari godaan itu. Ambillah tuan."

"Menggigil tubuh badan Hasan al-Basri dengan peristiwa menyayat hati ini. Semalaman dia menangis bertaubat kepada Allah سبحانه وتعالى. Keesokan harinya, Hasan pun pergi ke rumah perempuan tadi untuk meminta maaf tetapi menurut jiran berdekatan, perempuan itu telah meninggal dunia kerana terlalu sedih akan dosanya. Terketar-ketar badan Hasan mendengarnya, dan rasa bagaikan hendak tumbang."

"Menangislah dia selama tiga hari di rumahnya. Pada akhir malam yang ketiga itu, Hassan telah bermimpi melihat perempuan tersebut sedang duduk di taman syurga. Perempuan itu berkata; "Wahai tuan, dari dulu lagi saya telah memaafkan perbuatan tuan kepada saya itu, kerana dari perbuatan tuan saya akhirnya mendapat kemuliaan disisi Allah سبحانه وتعالى."

"Jawab Hassan; " Kalau benar engkau maafkan saya, berilah saya nasihat agar saya menjadi antara golongan orang-orang yang soleh. Jawab perempuan tersebut;, Bertaubatlah waktu tuan sedang bersendirian atau ketika ramainya orang. Sentiasalah ingat Allah سبحانه وتعالى dan berzikirlah bersungguh-sungguh pagi dan petang, perbanyakkan istighfar."

"Setelah itu, Imam Hasan Al-Basri رحمه الله تعالى pun mengamalkan nasihat itu. Beliau akhirnya dikenali sebagai wali yang zuhud, taat dan termasyur kerana memiliki akhlak yang mulia. Begitulah sejarah mempamerkan kehebatan wanita yang beriman. Begitu takut mendedahkan kecantikan dirinya kepada lelaki yang mampu mengundang seribu fitnah."

"Itu dizaman imam hasan. Lebih-lebih lagi pada zaman yang penuh kerosakan ini. Takut dengan murka Allah سبحانه وتعالى, maka sanggup di leraikan dunia yang membawa fitnah ke atas kaum lelaki. Benarlah firman Allah سبحانه وتعالى; "Tundukkanlah pandanganmu wahai lelaki terhadap wanita itu kerana sering berlaku "panahan syaitan" di matanya."

Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.

Orang Yang Soleh;

"Takkan malang seseorang itu mereka yang duduk bersama dengan orang-orang Soleh. Dia datang membawa hujanan dosa, datang pun bukan berhajat untuk menghadiri Majlis itu. Tetapi kerana duduk ditempat orang-orang Soleh, yang berdzikr kepada Allah سبحانه وتعالى."

"Keberkatan duduk sahaja bersama dengan mereka, mendapatkan Pengampunan daripada Allah سبحانه وتعالى. Apatah lagi orang yang melazimkan diri untuk belajar kepada mereka, apatah lagi orang yang berkhidmat kepada mereka, apatah lagi orang-orang yang mahu mengambil 'ilmu daripada mereka, untuk azam menjadi orang yang Soleh seperti mereka."

"Maka mereka itu adalah orang-orang yang mendapatkan khabar gembira daripada Allah سبحانه وتعالى. Bilamana duduk bersama orang-orang soleh itu akan mendapatkan Pengampunan daripada Allah سبحانه وتعالى, itu didunia. Ada satu kisah, seseorang yang telah meninggal dunia. Dia banyak melakukan dosa dan baru azam untuk bertaubat."

"Allah سبحانه وتعالى menurunkan Malaikat untuk menentukan sesiapakah yang berhak untuk membawa ruh seorang hamba itu yang ada azam hendak bertaubat, tetapi belum beramal. Belum lagi beramal, hanya keazaman untuk bertaubat kepada Allah سبحانه وتعالى."

"Maka Malaikat yang diturunkan oleh Allah سبحانه وتعالى, Mengukur tempat meninggalnya orang itu. Adakah dia lebih dekat kepada negeri mana, kalau lebih dekat kepada negeri orang-orang yg jahat, maka dibawa oleh Malaikat Azab, kalau lebih dekat kepada negeri orang-orang yang soleh, maka dibawa oleh Malaikat Rahmat."

"Setelah diukur dengan teliti, Maka ternyata kedudukannya lebih hampir kepada negeri orang-orang soleh. Maka diperintahkan oleh Allah سبحانه وتعالى untuk memasukkannya kedalam syurga. Yang menyebabkan seseorang hamba tadi itu dibawa oleh Malaikat Rahmat kedalam Syurga Allah سبحانه وتعالى itu hanya satu sebab sahaja."

"Dekat tanahnya tempat dia meninggal dunia dengan negeri orang-orang yg Soleh. Tanahnya yang membawa berkah, apatah lagi orangnya, apatah lagi tutur katanya, apatah lagi tulisannya, apatah lagi mendengar kisahnya. Dan bukankah kesemua itu adalah berkat yg akan didapati bagi sesiapa yang mahu untuk mendengar kisah-kisah para Solihin?"

Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.

Bersangka Buruk

"Jangan kamu memandang kepada mana-mana pendosa, ahli maksiat, dan kepada mereka yang tidak menutup aurat itu, dengan pandangan yang rendah jijik, dengan pandangan yang hina. Jangan kamu memandang bahkan hatta seekor anjing kurap sekali pun, dengan pandang yang rendah sebegitu."

"Jangan kamu merasakan diri kamu itu lebih mulia daripada mereka. Jangan kamu menyangka kamu sudah melakukan ketaatan, kamu sudah dijamin syurga. Kerana kamu tidak tahu sama ada penghujung kamu itu khusnul khatimah, atau su'ul khatimah."

"Tarbiah lah mereka itu dengan akhlak dan kasih sayang. Tarbiahlah mereka dengan kelembutan. Kerana untuk berubah itu, seseorang perlukan masa. Perlukan kepada peringkat demi peringkat, setiap orang berhak di beri masa dan peluang, walaupun perubahan itu mengambil masa yang panjang."

"Bagaimana kamu boleh bersangka buruk kepada mereka? Sedangkan kita dituntut untuk bersangka baik dengan setiap makhluk Allah سبحانه وتعالى. Kamu juga mempunyai aib. masing-masing ada keaiban diri masing masing. Masing-masing ada zaman kegelapan "darkside" masing-masing yang orang lain tidak tahu."

"Akan Tetapi Allah سبحانه وتعالى masih tutup lagi keaiban itu, kegelapan itu daripada mata orang lain, daripada pengetahuan orang lain. Bagaimana kamu boleh bersangka buruk kepada orang lain? Mereka juga bukan Nabi, bukan Rasul, bukan Malaikat."

Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.

Berilmu dan berakhlak;

"Seseorang yang berilmu, dia juga berakhlak. Ulama mengatakan, Sanad itu sebahagian daripada agama. Maka perhatikanlah dengan siapa kita mengambil ilmu agama. Agama itu bergantung kepada siapa yang kita bergaul, kita berdamping kita bersahabat. Kita mengambil ilmu daripada mereka."

"Maka sentiasalah bersuhbah bersama dengan ulama, dan orang-orang soleh. Yang berakhlak dan beradab. Akhlak dan adab adalah perkara yang penting dalam agama kita, tidak mungkin agama itu tanpa adab & akhlak yang baik. Mustahil. Apakah maksud adab? Adab bermaksud meletakkan manusia atau sesuatu kepada tempatnya. Pada orbit masing masing. Kita meletakkan sesuatu pada haknya."

"Perkara itu, jika didakap oleh umat islam akan membawa tamadun yang sengsara kepada umat islam. Dan dengan agama, manusia lebih beradab. Bayangkan, semua yang berada di alam cakerawala ini bergerak didalam orbitnya. Bulan, matahari, bintang bintang yang bergerak semuanya pada orbitnya."

"Semua makhluk Allah, Allah سبحانه وتعالى meletakkan pada mereka tempatnya. Pada orbitnya masing masing. Allah سبحانه وتعالى meletakkan setiap individu pada orbitnya. Pada kosmosnya. Jika seseorang itu terkeluar daripada tempatnya daripada orbitnya?"

"Maka, berlakulah bermacam macam masalah, bermacam macam kepincangan. Begitulah kita lihat pada hari ini. Allah سبحانه وتعالى meletakkan seseorang sebagai pemerintah maka dia berada pada orbitnya. Allah سبحانه وتعالى meletakkan seseorang sebagai ulama maka dia berada pada orbitnya pada tempatnya."

"Begitu juga orang awam masyarakat awam pada tempatnya. Jika, masyarakat awam terkeluar daripada tempatnya, maka kepincangan akan berlaku. Jika masyarakat awam ingin menjadi pemerintah maka akan kucar-kacir lah negara."

"Jika orang awam ingin menjadi, ulama maka dia akan terkeluar daripada tempat masing masing. Orbit masing masing. Maka bercelarulah dunia ini. Masyarakat akan bercelaru. Begitulah yang kita lihat bermacam macam kepincangan pada hari ini."

"Adab dan akhlak adalah perkara yang amat penting didalam agama. Adab kita penuntut ilmu pada ilmu pula, adalah umpama baru mendengar sekali walaupun beribu kali sudah mendengarnya. Umpama tidak jemu. Allah سبحانه وتعالى akan tambah ilmu lain yang tidak kita ketahui."

"Kerana sikap dan adab kita terhadap ilmu. Jika kita mengata pada seorang guru itu; “Sudah berapa kali ustaz ini nak cakap?” Hilanglah keberkatan ilmu. Maka impaknya Allah سبحانه وتعالى akan menutup pintu kefahaman ilmunya dan kunci kepada pintu kefahaman itu adalah “adab”."

"Di dalam diri kita ada orbit yang perlu kita fahami. Letakkan diri kita pada orbit tersebut, maka kita akan kenal akan adab kita kepada Allah سبحانه وتعالى. Adab kita sebagai hamba. Letak diri kita pada orbit yang sebenar, kita akan beradab depan makhluk Allah سبحانه وتعالى."

"Yang menyebabkan di zaman kita sekarang ini kucar-kacir, hilang peradaban dan ketamadun yang hakiki, adalah kerana kita tidak meletakkan diri pada orbit kita yang sebenar. Seseorang itu terkeluar daripada orbit masing-masing."

"Kerana yang dinamakan sebagai ulama, tetapi tidak ada Adab dalam dirinya, tidak ada Akhlak dalam dirinya. Apabila dia bercakap tidak ada Adab, tidak ada Akhlak, Mengkafirkan, mensyirikkan orang. Dia sudah terkeluar daripada orbitnya. Sifat adab & akhlak ini dimiliki oleh Para Ulama dan orang-orang yang soleh."

"Ulama terdahulu melihat kepada akhlak orang yang mereka ingin ambil ilmu tersebut. Jika tiada adab dan akhlak, maka mereka tidak mengambil ilmu daripada mereka. Sifat orang soleh itu adalah pada akhlaknya."

"Tidak mungkin seseorang itu ingin menjadi orang soleh dengan seorang diri. Dia berkata, aku tak perlu berdamping dengan mereka. Aku boleh menjadi soleh seorang diri. Tidak mungkin seseorang itu ingin menjadi soleh jika dia tidak berdamping dengan orang soleh."

"Dia tidak bergaul tidak rapat dengan orang soleh. Kerana orang-orang soleh itu mereka berdamping dengan orang orang soleh sebelum mereka. Begitu juga sebelum mereka berdamping dengan orang
soleh sebelum mereka. Sehinggalah sampai kepada para sahabat berdamping dengan penghulu orang soleh Rasulullah ﷺ."

"Agama itu bergantung kepada siapa yang kita bergaul, kita berdamping kita bersahabat. Maka sentiasalah bersuhbah bersama dengan ulama, dan orang-orang soleh. Jika tidak mampu seminggu sekali. Sekali, sekala. Kalau boleh sentiasa meletakkan diri kita didalam majlis mereka."

Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.

Selawat Tanda Cinta

"Saidina Abbas رضي الله عنه وأرضاه amat mencintai Rasulullah ﷺ. Saidina Abbas mengatakan; "Apabila kita membaca Al-Quran dan sampai kepada ayat; "Wahai orang orang beriman. Ketika itu kita kena ambil apa yang nak disampaikan. Yakni Tertuju kepada kamu yang mendengar."

"Pada saya dan tuan puan sekali yang beriman kepada Allah سبحانه وتعالى. Kena pasang telinga, dan dengar mesej apa yang Allah ingin sampaikan. Berselawatlah pada Rasulullah ﷺ dan ucapkan selamat pada Baginda nabi. Sebagai manusia tidak fikir bahawa Nabi Muhammad ﷺ berhajat pada selawat kita."

"Pada awal ayah, Allah menafikan yang Nabi Aku, Kekasih Aku tidak perlukan selawat kamu wahai hamba-Ku. Kerna Allah سبحانه وتعالى Rabbul Alamin telah berselawat kepada Kekasih-Nya. Dan para malaikat yang ada di tujuh petala langit dan tujuh petala bumi telah berselawat kepada Rasulullah ﷺ."

"Maka Allah سبحانه وتعالى perintahkan kepada kita faedah dah manfaat selawat itu untuk kita. Dan segala hadis-hadis menyarankan, menganjurkan, menggalakkan kita, memberi semangat pada kita selawat pada Rasulullah ﷺ. Ianya bukan bermakna baginda miskin, fakir dan doa dari hambanya."

"Nabi Muhammad ﷺ suruh berselawat pada baginda adalah kerana itu semua untuk kita. Perjalanan kita untuk menuju pada Allah سبحانه وتعالى adalah bagaimana pautan cinta kita pada Nabi Muhammad ﷺ. Seseorang tidak akan sampai pada Allah jika tak melalui pintu yang benar, yang di sediakan oleh Allah iaitu Nabi Muhammad ﷺ."

"Seorang sahabat ketika berjumpa Nabi Muhammad bertanya; "Ya Rasulullah,Aku ingin menghabiskan satu perempat waktuku setelah aku melakukan yang fardhu, untuk berselawat padamu ya Rasulullah." Nabi Muhammad ﷺ berkata; "Kamu melakukan perkara baik wahai sahabatku, jika engkau menambahkan lagi maka itu lebih baik lagi."

"Maka sahabat itu berfikir, bertafakkur dan mengatakan; "Ya Rasulullah, jika begitu aku ingin menghabiskan satu perdua daripada waktu aku berselawat pada mu, ya Rasulullah. Maka Rasulullah ﷺ mengatakan; "Dan ini sesuatu yang baik, tetapi jika kamu tambah maka ia akan lebih baik lagi."

"Setelah itu, sahabatnya buat keputusan maka dia mengatakan; "Ya Rasulullah, aku ingin menghabiskan tiga perempat waktu aku setelah aku buat yang fardhu, berselawat padamu ya Rasulullah. Maka Rasulullah ﷺ mengatakan; "Kalau tambah lagi, maka ianya lebih baik lagi."

"Maka sahabat termenung, SubhanAllah. Jika tiga perempat waktu setelah dia lakukan fardhu dan baca quran dan lain lain, Maka dia dapat satu keputusan,
Dia memahami dan faham apa yang dikehendaki oleh Rasulullah ﷺ, Maka sahabat tadi kata aku ingin menghabiskan seluruh waktu aku untuk selawat pada mu, ya Rasulullah."

"Maka Nabi Muhammad ﷺ berkata; "Jika benar apa yang kamu katakan kamu lakukan, segala hutang piutangmu akan langsai, segala hajat-hajatmu akan didengari oleh Allah سبحانه وتعالى, ditunaikan di sempurnakan oleh Allah سبحانه وتعالى. Dan segala musibah malapetaka, bala bencana Allah akan angkat dari kau."

"Dan Inilah kelebihan mereka yang menghabiskan masanya untuk berselawat pada Nabi muhammad ﷺ. Ulama mengatakan; "Jika seseorang menghabiskan segenap masanya untuk berselawat pada Rasulullah silakan." Itu zikrullah. Ulama mengatakan bahagikan masa kita juga untuk ucap; "SubhanaAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar,Walahaulawaquwataillah billahillalihilazim."

"Tetapi jika ada seseorang mengatakan, saya ingin menghabiskan masa saya semua untuk berselawat pada Nabi Muhammad maka itu juga suatu perkara yang terpuji yang dituntut dalam agama kita."

"Imam Malik رحمه الله تعالى, sanggup menanggalkan seliparnya dan membuang air kecil dan besar apabila memasuki bumi madinah. Kerana di bawah sana ada bersemadinya Nabi Muhammad ﷺ. Lalu, orang dizamannya bertanya; "Wahai imam, Apakah kaitan capal dengan nabi yang telah mati di bawah sana?"

"Apa kaitan buang air besar dengan agama?" Lalu Imam Malik menjawab; "Rasulullah ﷺ tidak pernah mati. Bahkan Baginda hidup. Baginda dia hidup disamping Allah سبحانه وتعالى. Bersama kekasihnya dan aku cintakan baginda. Aku cintakan Rasulullah ﷺ."

"Lihat Adab ulama dengan Rasulullah ﷺ. Cinta dan sayangnya mereka kepada nabi. Dan Betapa sayangnya nabi kepada kita setiap isnin dan khamis, akan dipaparkan perjalanan hidup kita didunia dilaporkan kpd baginda. Ada umat yang membuat dosa nabi mengirimkan istighfar kepada umatnya yang berdosa itu."

"Orang yang paling hampir dengan nabi kelak, adalah orang yang paling banyak berselawat kepadanya. Seseorang itu yang taat pada Rasulullah ﷺ bermakna dia taat pada Allah سبحانه وتعالى. Siapa ingin dapat kecintaan dan keredhaan Allah سبحانه وتعالى maka dia perlu lihat kecintaannya pada Rasulullah ﷺ. Zahir batin, jiwa dan raganya untuk Nabi Muhammad ﷺ."

"Ada satu kisah, hampir disetiap waktu selepas solat maghrib ada seorang ulama' besar di Hadhramaut selalu berjalan-jalan di sebuah daerah. Terdengar dari tiap-tiap rumah, penghuninya membaca Al-Qur'an, ada juga yg berdzikir,
ada juga yg membaca ratib dan selawat."

"Maka Dilihatnya dari rumah-rumah tersebut mengeluarkan cahaya. Namun cahaya yang kelihatan lebih terang hingga ke langit adalah cahaya rumah yang sedang berselawat kepada Nabi Muhammad ﷺ. Telah berkata Al-marhum Al-habib Ahmad bin Alwy Baraqbah رحمه الله تعالى;"Selawat yang kita bacakan itu sesungguhnnya mengeluarkan bau yang harum."

"Harumnya selawat dapat dicium oleh semua makhluk Allah kecuali manusia dan jin. Jika Allah سبحانه وتعالى membuka hijab penciuman kita niscaya kita akan sibuk mencari dimana harum itu berasal sehingga kita lupa terhadap penghidupan kita."

"Makanya jadikan selawat itu sebagai wangi-wangian pada mulut dan bibir kita dan yakinlah Sayyidina Rasulullah ﷺ sedang membalas selawat dan salam ke atasnya ﷺ kepada kita."

"Ada satu malaikat yang ditugaskan oleh AllahAllah سبحانه وتعالى untuk sentiasa menyampaikan selawat dan salam, umatnya kepada baginda Nabi ﷺ. Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi wasohbihi wabaroka Wasallam."

Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari

Majlis Cahaya Ilmu.

"Mereka ahli Langit Memuliakan Mereka Yang Mengimarahkan Majlis Ilmu. Ulama berkata; "Ada banyak perkara yang diberikan oleh Allah سبحانه وتعالى kepada orang yang menghadiri Majlis Ilmu." Yang pertama, orang itu akan mendapat Ilmu yang Bermanfaat."

"Dan yang kedua Sabda Rasulullah ﷺ; "Mereka itu berada di bawah Rahmah Allah سبحانه وتعالى. Yang ketiga ialah Sakinah. Hati seseorang itu akan menjadi tenang. Dengan Zikr kepada Allah سبحانه وتعالى, Hati akan menjadi Tenang. Majlis Ilmu itu juga merupakan Zikir kepada Allah سبحانه وتعالى."

"Yang keempat, Rasulullah ﷺ bersabda didalam Hadith Sohih, Riwayatal Imam Bukhari. Dihapuskan dosa dosanya. Yang kelima, Dosa dosanya itu akan digantikan kepada Pahala. Dan yang keenam, Orang yang berada di dalam Majlis Ilmu sebenarnya dia duduk dengan Para Malaikat Allah سبحانه وتعالى. MasyaAllah"

"Bila berada di dalam Majlis Ilmu, atas kepala orang yang hadir itu mempunyai tujuh puluh Ribu Malaikat Allah سبحانه وتعالى yang Hadir bersamanya. Apakah kerja Malaikat Allah? Rasulullah ﷺ bersabda dalam Hadith Sohih; "Mereka Beristighfar untuk Hadirin yang Mengimarahkan Majlis Ilmu. Doa Malaikat Allah tidak akan berhenti sehingga orang itu usai daripada Majlis Ilmu."

"Seseorang itu tidak akan Mengimarahkan sesuatu Ibadah melainkan dia Dipilih oleh Allah سبحانه وتعالى dan sudah Ditulis namanya kemudian Allah سبحانه وتعالى berikan nama itu kepada Malaikat Nya. Kata Allah سبحانه وتعالى kepada Para Malaikat Nya, Aku sudah Sayang dan Cinta kepada Fulan Bin Fulan, Fulanah Binti Fulan, pada hari ini dan jam ini dia akan hadir Majlis Ilmu."

"Sebelum kita nak ke Majlis Ilmu yakni sudah Berniat nak Hadir Majlis Ilmu, Ahli Langit sudah sibuk dan macam macam yang berlaku di langit. Sepertimana Sultan atau Menteri Besar jika nak ke satu tempat, sudah tentu mereka di tempat itu sudah sibuk untuk membentangkan Karpet , hias dan sebagainya."

"Begitu jugalah bagi orang yang nak hadir Majlis Ilmu, Ahli Langit yakni Makhluk Makhluk Allah سبحانه وتعالى Yang Mulia disisi Allah سبحانه وتعالى , bahkan Allah sendiri yang Menyambut orang itu dengan membentangkan Karpet kepadanya daripada rumah sehingga ke Majlis Ilmu."

"Apakah Karpet mereka? Sayap Para Malaikat Allah. Makhluk yang tidak pernah fikir nak buat satu dosa. Allah suruh mereka bentangkan Sayapnya untuk orang itu. SubhanaAllah. Diantara orang yang Hadir Majlis Ilmu itu, kiri dan kanannya adalah Cahaya Allah, dibawahnya Sayap Malaikat Allah, Atasnya Rahmat Allah سبحانه وتعالى . Seperti berada di dalam Syurga. Alhamdulillah. Nak apa lagi di dunia ini?"

"Al-Imam Syafi'e رحمه الله تعالى berkata didalam kalamnya; "Demi Allah, aku tak suka hidup di dunia ini melainkan satu sesuatu sahaja, Mengajar Ilmu Syari'ah Islam. Imam Ahmad Bin Hambal juga berkata; "Demi Allah, aku tak suka hidup di dunia ini melainkan satu perkara, Mencari Sanad Ilmu Yang Tinggi, Yang dekat dengan Rasulullah ﷺ."

"Sabda Rasulullah ﷺ; "Barangsiapa yang ingin mencari Ilmu kerana hednak menghidupkan Ilmu Syari'ah Islam, maka tidak ada antara Darjat nya dan Darjat Para Anbia Allah, Makhluk Yang Ma'sum melainkan Satu Darjat di dalam Syurga Allah سبحانه وتعالى "

Daripada Sheikh Abdullah Al-Jahaf

Kaitan 3 peringkat Iman dan 3 Pinggan.

Dari Tuan Guru Ustaz Sidek Nor..

"Allah jadikan kita BERSIH,kita jugak nak pulang kepada Allah, kena pastikan dalam keadaan BERSIH!, Tuan2, tuan2 buat kenduri, panggil orang ramai, tiba2 tak kat rumah tak cukup lagi 3 pinggan, tuan2 pi rumah jiran dia bagi yang paling ekslusif punya, yang dok dalam almari.. lepas kita guna, kita basuh elok2,lap bagi kering, hantar balik kepada rumah jiran, dia pun ambik letak semula di tempat yang ekslusif tu..

Samalah macam Iman, kalau Allah jadikan bersih, kita pulang dalam keadaan yg bersih, sempat bertaubat, banyak amal soleh dan sebagainya, InsyaAllah Allah letak di tempat yang paling ekslusif iaitu di SYURGA...

bayangkan kalau pulangkan semula pinggan tu dalam keadaan kotor, jiran akan ambil, dia basuh dulu,sental dulu dalam singki, dah bersih baru la letak kat tempat ekslusif tersebut, sama macam kita, kalau kita dok buat dosa, tak solat dan sebagainya, tak sempat taubat, Allah akan cuci dulu dosa2 kita, bukan cuci dengan sabun, kena bakaq dalam NERAKA, dah suci baru Allah masukkan ke syurga..

tapi kalau la pinggan tu pecah berderai, bagi kepada jiran, dia tak letak di tempat ekslusif, tak letak di singki.. tapi dia buang terus dalam tong sampah.. sama jugak keadaanya dengan manusia, orang kafir ni takda Iman, iman dia hancur, bila pulang semula kepada Allah dalam keadaan tiada iman, Allah campakkan dalam neraka.. selama2nya.. jadi tuan2 nak jadi pinggan yang number berapa?? Nak jadi yang number 2?? Sanggup dibakar dalam api neraka?? Usaha,taubat dan doalah supaya kita jadi mcm pinggan yang number 1...

Kerinduan Nabi SAW

"Nabi diketika hidupnya pun di dalam kecintaan kepada umatnya, sehinggakan berkali² menitiskan air mata kerinduan, kepada kita umatnya, sehingga satu hari baginda menangis lalu sahabat bertanya, "kenapakah kamu menangis wahai rasulullah ﷺ?" lalu baginda menjawab, "Aku rindu kepada ikhwani, kepada saudaraku" para sahabat merasa hairan, "Bukankah kami ini adalah saudaramu ya rasulullah?" baginda ﷺ mengatakan, "Tidak, bahkan kamu ini adalah sahabatku, sesungguhnya saudaraku adalah orang² yang akan datang setelah kamu, mereka tidak pernah melihat kepadaku akan tetapi mereka beriman kepadaku, aku amat rindu kepada mereka" lalu menangislah baginda rasulullah ﷺ, pernah tak kita menangis kerinduan kepada baginda rasulullah ﷺ? "

Al Habib Najmuddin Othman Al Khered

Sunday 13 December 2015

Sintuk Limau ( Keris )

Salah satu cara tradisi oleh masyarakat Melayu lama yang dikenali dengan nama ‘Sintuk Limau’. Bahan-bahan yang perlu disediakan adalah dari jenis yang mudah didapati dan tidak langsung melanggar hukum Syarak agama Islam.

1. Sediakan bilah keris yang ingin dicuci.
2. Sediakan batang pisang yang segar berukuran 3 hingga 4 kaki panjang.
3. Beberapa biji limau nipis.
4. Air kelapa tua / Cuka makanan (bagi memberi ketahanan pada besi sekaligus membuang karat). Ini juga akan bertindak sebagai penebat besi dari karat.
5. Seruas buluh yang berukuran sama panjang dengan mata bilah keris yang ingin dicuci.
6. Air mawar (Bagi mewangikan bilah) ATAU seeloknya Minyak Atar (Unsur minyak bagi memberi ketahanan pada besi. Jenis atar bagi mewangikan).
7. Proses pengeringan bilah dari air. Jangan dilap atau sapu dengan kain kerana itu bukan adat dan adapnya ‘berkeris’. (Dahulukala orang Melayu menggunakan asap kemenyan yang secara perlahan-lahan akan mengeringkan air pada bilah).

Apabila bilah keris sudah tersedia, tikamkan mata serta bilah keris itu tadi pada batang pisang beberapa kali bagi membuang karat peringkat pertama. Setelah keris itu basah dari hasil batang pisang tersebut, kita masuk ke peringkat kedua dengan menggosok mata bilah dengan limau nipis sehingga hilang karat tersebut.

Dari sini, bilah keris akan kelihatan putih berseri-seri dan adakalanya binaan pamor juga akan hilang dari bilah keris. Tetapi jangan risau, pamor yang indah itu akan kembali semula. Kemudian, pecahkan sebiji kelapa tua dan masukkan airnya (atau cuka makanan) di dalam ruas buluh yang tersedia tadi (yang sama panjangnya dengan mata bilah keris) dan rendam. Seeloknya, biarkan ianya semalaman bagi mendapatkan hasil. Kebiasaan yang aku lakukan ialah rendaman 3 hari 3 malam.. Selepas proses merendam bilahnya, keluarkan bilah keris itu dari ruas buluh, basuhkan dengan air mawar (atau air rendaman beras) bagi mencuci sisa karat yang masih berbaki. Jika ingin mewangikan bilah keris itu pula, maka sapukan dengan minyak atar dan yang sebaik-baik minyak bagi tujuan ini adalah minyak Zafaron, minyak Misik, minyak Gaharu, minyak Cendana atau kalau ada kenalan dari Indonesia, cuba dapatkan ‘Warangan’. dengan penyapuan minyak tersebut, bilah keris akan kembali menjadi hitam dan pamor akan kembali kelihatan. Akhir sekali, proses pengeringan mata bilah tersebut..

Sumber : blog farulazri.com

Pemuras

Dalam gambar ni dua pendekar (satu duduk dan satu berdiri) dengan memegang senjata yang hujungnya kembang , namanya Pemuras atau dikenali Blunderbuss. Senjata ini guna Kancing Batu (Flintlock) atau Topi genderang (Percussion Cap). Berdasarkan gambar kamera ini, kemungkinan besar dah menggunakan Percussion Cap atau kekal Flintlock. Manakala lelaki yg memegang senapang dgn keadaan menegak itu adalah lebih moden lagi. Lebih kepada Senapang Rifle yg menggunakan Percusion Cap..

Foto ihsan Sejarah Borneo.

Sejarah Kedatangan Orang Jawa Ke Johor

Rakyat Johor terdiri dari pelbagai suku Melayu. Yang domain ialah suku Jawa sehingga ada yang masih pekat bunyi bahasanya. Meskipun begitu, tidak semua berasal-usul dari keluarga marhein dari Pulau Jawa. Ada yang terdiri dari golongan berpendidikan tinggi agama, pendakwah dan juga petani yang berjaya. Tetapi kerana keluasan tanah terhad di Pulau Jawa maka mereka pun berhijrah ke Negeri Johor. Kini, mereka adalah rakyat Johor yang berjaya dan maju dengan hasil perkebunan. Kebanyakan anak mereka berpendidikan tinggi dan menjawat perkhidmatan awam negeri Johor dan Persekutuan.

Mengikut sejarah, kedatangan suku Jawa ke Johor adalah hasil galakan dari Temenggong Daing Ibrahim (1810-1862) ketika membuka ladang gambir di Johor sekitar 1830-an setelah perusahaan gambir di Singapura gagal kerana kekurangan tanah dan kayu-kayan yang menjadi bahan bakar utama perusahaan itu. Dasar menggalakkan pekerja atau kuli bukan sahaja dari Jawa tetapi juga dari Cina bagi memajukan tanaman gambir melalui sistem kangkar yang diperkenalkan beliau.

Usaha dan dasar memajukan Johor melalui perdagangan hasil hutan dan perladangan gambir ini serta dasar membawa masuk pekerja luar telah diteruskan oleh anakanda baginda, Temenggong Abu Bakar (1833-1895). Di zaman Temenggong Abu Bakar dasar ini dan pembangunan yang terhasil sampai ke puncak klimaks pada tahun 1860 sehingga 1895. Dasar membangunkan negeri yang diterajui oleh Temenggong Daing Ibrahim telah diteruskan oleh cucuanda baginda Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar(1873-1959).
Suku Jawa digalakkan datang ke negeri Johor untuk bekerja dan membuka kebun. Disamping sebagai pekerja dan pekebun mereka juga menjadi pengimbang pola jumlah dan taburan pekerja atau pekebun bangsa Cina.

Satu surat khas terkenal dengan nama Surat Kebenaran Membuka Kebun dikeluarkan oleh pejabat Temenggong dan kemudian Pejabat Tanah Negeri Johor semasa pemerintahan Temenggong Abu Bakar. Pekerja atau orang Cina dikawal dengan peraturan Kangkar dan Sistem Kangcu manakala orang Jawa dikawal oleh pemimpin tradsional iaitu penghulu dan orang-orang Kaya selaku pembesar dan wakil raja.

Orang Jawa juga banyak dibawa masuk oleh Syarikat Konstantinople milik jutawan Arab bernama As Sagof yang mendapat konsesi membuka ladang seluas daerah Pontian. Beliau ialah sahabat baik kepada Maharaja Abu Bakar dan beliau telah membawa masuk pekerja-pekerja Jawa melalui Sistem Haji di mana beliau memberi kemudahan menunaikan fardu haji kepada pekerja Jawa melalui tabungan upah bekerja di ladang kelapanya di Pontian. Pekerja Jawa boleh menunaikan fardu haji apabila wang perbelanjaan yang dikumpulkan mencukupi. Mereka juga diberi kemudahan menunaikan haji terlebih dahulu dan kemudian bekerja untuk melangsaikan hutang. Sesiapa yang telah menunaikan fardu haji diberi pilihan untuk pulang ke kampung halaman atau terus menetap atau bekerja mengumpul wang sebagai bekalan apabila kembali ke tanahair dengan bekerja di ladang Syarikat Konstantinople.

Perusahaan dan perniagaan syarikat ini amat terkenal dan terbesar di Asia Tenggara ketika itu. Perdagangan yang diusahakan oleh syarikat ini termasuk perkapalan, pengangkutan laut, perladangan dan juga perniagaan barang-barang nusantara dan juga dari Cina ke Timur Tengah sehingga ke Konstantinople di Turki. Keluarga As Sagof memiliki puluhan kapal sendiri dan sebahagian besarnya berkuasa dan berinjin wap. Ladang-ladangnya terdapat di Pulau Muluku, Kalimatan atau Borneo, Pulau Jawa, Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu khususnya di Johor. Pejabat-pejabat pengurusan syarikat ini terdapat di Turki, Saudi Arabia, Yemen, India, Sumatera, Pulau Jawa dan di Singapura. Pejabat terbesarnya terletak di Konstantinople Turki dan di sebelah timur terletak di Singapura dan ditengah-tengah rangkaian perdagangannya yang terletak di Yemen dan juga India.

Di Johor, kemudahan atau Sistem Haji yang diperkenalkan oleh Syarikat Konstantinople mendapat sambutan hangat dari penduduk Jawa yang beragama Islam kerana tiada berunsur penipuan dan penganiayaan. Berbondong-bondong orang Jawa mendaftar diri menjadi pekerja Syarikat Perladangan Konstantinople ini. Sebahagiannya terus menetap dan menjadi rakyat Johor.
Selain daripada itu, fakta penarik orang Jawa datang ke Johor juga adalah disebabkan oleh galakan Inggeris yang telah mewar-warkan kegemilangan dan kemakmuran negeri Singapura dan Johor yang diperintah oleh raja Melayu yang moden dan adil seperti pemerintahan Inggeris ketika mentadbir pulau Jawa menjaga kepentingan Belanda yang sedang terlibat dengan peperangan Napoleon. Inggeris telah mengambil kesempatan mempengaruhi orang Jawa agar menolak Belanda dan menerima Inggeris terus memerintah Jawa. Ketegasan Belanda mengambil semula negeri-negeri taklukannya setelah Perang Napoleon berakhir telah mendorong Inggeris berusaha meluaskan pengaruhnya di Nusantara.

Sistem tanaman paksa oleh Belanda pada tahun 1820-an yang telah memaksa penduduk Jawa menanam hanya kopi, teh dan rempah ratus sahaja telah menimbulkan kemarahan orang Jawa yang menghadapi kekurangan bahan makanan. Bagi mengelak kebuluran, ramai orang Jawa telah berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu dan tinggal di negeri Melayu dibawah pengaruh pentadbiran Inggeris. Kebanyakan orang Jawa yang kuat pegangan agama dan enggan tunduk di bawah pengaruh pentadbir kafir (Belanda) telah memilih Johor untuk menetap. Mereka telah datang secara berperingkat-peringkat dengan menaiki kapal milik kerabat diraja yang dikenali sebagai sadagar raja yang mendapat kebenaran khas belayar dan berdagang di nusantara oleh Belanda.
Mengikut catatan sejarah, gerombolan atau gelombang penghijrahan orang Jawa ke Semenanjung Tanah Melayu yang paling aktif ialah pada tahun 1835 sehingga 1900. Ini adalah berikutan Sistem Rodi atau Tanaman Paksa yang dipaksakan oleh Belanda dan pengeluaran hukuman berat kepada sesiapa yang engkar perintah sehingga sampai ke tahap mengancam nyawa.

Keluarga kerabat Diraja Cerebon sebagai contoh merupakan kumpulan saudagar Raja yang paling aktif kerana mereka mahir berlayar dan berdagang di serata teluk dan rantau serta pelabuhan-pelabuhan di Nusantara. Berdagang dan berdakwah adalah budaya hidup mereka. Mereka mewarisi ilmu pelayaran, perdagangan di samping penyebaran agama sejak turun-temurun dan berasal-usul daripada sheikh-sheikh dan pedagang Arab.

Mengikut catatan Belanda, Hj Ibrahim pernah berulang alik dari Jawa ke Melaka pada tahun 1800-1825 kemudian anaknya Lebe Mat (Lebai Muhamad) adalah antara nakhoda Jawa berdarah Arab (Saudagar Raja Cerebon) yang telah membawa masuk orang-orang Jawa ke Semenangjung Tanah Melayu. Mereka mempunyai jadual belayar yang tetap dan berulang alik dari Pulau Jawa sejauh Maluku, Tuban, Cerebon, Betawi, Siak, Singapura, Muar, Melaka, Selangor, Kelang, Bruas dan Kuala Kedah dari tahun 1800-1879. Muar telah dipilih menjadi penempatan keluarga mereka kerana terdapat perkampungan Arab di situ.
Kampung Jawa Muar (Kg Bakri) contohnya telah dibuka pada tahun 1869 oleh Hj Md Noh anak Lebai Muhamad bin Hj Ibrahim. Sebelum itu, Penghulu Jabar yang berasal dari Jawa Timur telah mengikut kumpulan pelayaran saudagar raja Cerebon ke Parit Bakar Muar pada tahun 1860 dan membuka Parit Jawa pada 1865.

Rombongan dan penghijrahan dari Jawa terus berlaku pada tahun-tahun berikutnya apabila Gerisik, Bukit Gambir, Sungai Raya dan beberapa perkampungan dan desa dibuka oleh orang Jawa di Muar dan di sepanjang pantai barat Johor atas galakan Maharaja Abu Bakar yang kemudian bergelar Sultan Johor (1885).
Gerombolan kedua orang Jawa berhijrah ke Johor, sebelah pantai timur Johor dan di sepanjang pantai barat Semenangjung adalah pada tahun 1915 sehingga hujung 1930-an berikutan pembukaan ladang getah, nenas dan teh tetapi penanaman teh tidak digemari oleh orang Jawa kerana mereka mempunyai pengalaman pahit dan hitam di Jawa sehingga pengusaha-pengusaha dan peladang Inggeris terpaksa membawa masuk perkerja dari India bekerja di ladang teh mereka.

Pada tahun 1885, bermula sejak Maharaja Abu Bakar bergelar Sultan, semua peneroka Jawa dibenarkan menamakan kampong dan desa yang dibuka oleh mereka mengikut nama atau tempat asal usul mereka kerana kesetiaan mereka tidak diragui lagi dan Sultan Abu Bakar telah mendapat mandat dan daulat sultan secara rasmi dari kerajaan Inggeris.

Ketika Zaman Jepun (1942-1945) terdapat juga catatan sejarah di mana banyak tentera paksa berketurunan Jawa yang dibawa masuk dari pulau Jawa ke Semenanjung Tanah Melayu gagal pulang dan akhirnya terus menyusup dan menetap sebagai penduduk di sini. Mereka diterima dengan baik kerana terdapat suku Jawa yang telah lama bermastautin malah diakui sebagai rakyat asal Negeri-negeri Tanah Melayu.

Kini, mengikut perincian dari statistik pembacian Jabatan Perangkaan Negeri, Johor (2010), orang Melayu adalah sebanyak 48%, Cina 40% India 8% dll bangsa 4%. Pecahan Suku Melayu daripada sejumlah 48% itu ialah suku Jawa sebanyak 50%, suku Melayu Bugis 12%, Melayu Johor 30% dll 8% . Boleh dikatakan orang Melayu suku Jawa adalah tunjang kepada kemajuan dan pembangunan negeri Johor. Mereka mencurahkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada kerajaan negeri dan ketika ini mereka juga menjawat jawatan tinggi dalam banyak jabatan dan berpengaruh dalam negeri Johor. Mereka dengan bangga mengaku sebagai bangsa Melayu dan berasal-usul dari suku Jawa.

Wallahua'lam

Wednesday 2 December 2015

Coming soon ( Tombak )

Akan terzahir keindahan nanti tombak karat ini sesuatu yang istimewa...
Tungguuuuu...

Dapur biring lanang.
Zaman padjajaran
Jenis besi  meteor sepenuhnya

Mencintai Rasulullah.

"Tiada makhluk yang lebih dicintai oleh Allah سبحانه وتعالى melainkan Nabi Muhammad ﷺ. Kemudian kitab-kitab agama Al-Quran, syariah, adab, cinta kepada akhlak Rasulullah ﷺ, cinta kepada Para Sahabat Rasulullah ﷺ, cinta kepada Ahlu Bait ahli keluarga Rasulullah ﷺ, cinta kepada masjid dan sebagainya kerana semuanya ada kaitan dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah ﷺ."

"Cinta kepada Rasulullah ﷺ akan membawa cinta kepada Allah kerana ianya berkait rapat antara satu sama lain. Tidak boleh dipisahkan. Apa sahaja yang berkaitan dengan Rasulullah ﷺ baik itu akhlak,peribadi,kelahiran Rasulullah ﷺ kerana kelahiran Rasuluah ﷺ adalah yang membawa rahmat kepada sekalian alam."

"Kita tak mungkin kenal Islam kalau tanpa kelahiran Rasulullah ﷺ. Kita tak mungkin kenal Al-Quran, zikir jikalau tanpa kelahiran Rasulullah ﷺ.Semuanya adalah bersangkut paut kepada Baginda Rasulullah ﷺ."

"Bagaimana kita boleh dianggap melampau-lampau memuji Rasulullah sedangkan kita masih lagi belum mencapai tahap yang paling rendah untuk memuji dan mencintai Baginda Nabi."

"Baginda sering mengingati ummatnya walaupon umatnya hidup selepas kewafatannya. Berjuang utk menegakkan islam bg mempermudahkan umatnya mentaati Perintah Allah dan meneruskan syiar islam. Hebatnya Rasulullah ﷺ."

"Janganlah kita di dunia ini asyik memuji dan memuliakan artis-artis, pelakon, penyanyi, takut-takut di akhirat kelak kita akan dihimpunkan bersama dengan mereka. Memuliakan orang yang dtidak dimuliakan oleh Allah سبحانه وتعالى. Para Ulama mengatakan mustahak dan ada ulama yang mengatakan wajib untuk seseorang itu menghafal nasab suci Nabi Muhammad ﷺ."

"Bagaimana kita hari ini lebih mengenali perihal hal-hal orang lain berbanding hidup Rasulullah, mengenal isteri-isteri orang lain berbanding Rasulullah dan lebih mengambil tahu perihal hal anak-anak orang lain daripada mengambil tahu mengenai anak-anak Rasulullah ﷺ."

"Mereka yang mengamalkan syariat tapi tidak merasa cinta kepada rasulullah صلى الله عليه وسلم ia tidak akan merasai kenikmatan syariat tersebut, tak akan merasai kelazatan agama, kelazatan zikir, kelazatan istighfar, bahkan kelazatan berselawat ke atas rasulullah صلى الله عليه وسلم."

"Apabila seseorang mempunyai cahaya daripada Rasulullah ﷺ dalam dirinya, Allah akan menjaganya dan akan mudah baginya untuk hampir kepada Allah سبحانه وتعالى. Sesiapa benar benar mencintai Rasulullah ﷺ, dia akan menjadi aktif dan cergas, tidak bermalasan dan tiada siapapun yang dapat memudaratkannya."

"Apabila seseorang meletakkan Sayyidina Rasulullah ﷺ hampir dengan dirinya, dia akan merasai cahaya Rasulullah ﷺ hampir dengannya. Tiada siapapun yang boleh mengapa-apakannya jika cahaya Rasulullah ﷺ ada dalam hatinya, kerana Allah akan bersamanya apabila cahaya Rasulullah ﷺ ada dalam hatinya."

"Dan jalan untuk mendapatkan cahaya Rasulullah ﷺ dalam diri kita ialah dengan sentiasa menjaga dan mengamalkan adab-adab Rasulullah ﷺ hidup kita dan juga sentiasa berselawat kepada baginda ﷺ."

"Jadikan selawat itu sebagai wangi-wangian pada mulut dan bibir kita dan yakinlah Sayyidina Rasulullah ﷺ sedang membalas selawat dan salam ke atasnya ﷺ kepada kita. Ada satu malaikat yang ditugaskan oleh Allah untuk sentiasa menyampaikan selawat dan salam umatnya kepada baginda ﷺ."

"Sayyidina Anas bin Malik r.a menetap selama dua belas tahun di Madinah. Sepanjang menetap di Madinah, beliau sentiasa bermimpi bertemu dengan Rasulullah ﷺ. Jika tidak bermimpi sekalipun, pasti akan selalu tergambar wajah Rasulullah ﷺ pada mata beliau. Kerna cinta akan Rasulullah. Rindu akan Rasulullah."

"Semoga Allah ﷻ menanamkan kecintaan yg mendalam didalam diri kita kepada Nabi Muhammad ﷺ dan Selawat keatas nabi sepertimana dikatakan; Seseorang yg memperbanyakan selawat keatas Nabi menjadi Murabbi kepada mereka yg tidak mempunyai Murabbi."

"Seseorang insan, apabila ittiba' pada Rasulullah ﷺ, maka dia akan sentiasa terpelihara dan terjaga. Perbanyakkanlah selawat & salam kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad ﷺ. Moga-moga kita dihimpunkan dibawa naungan Nabi Muhammad ﷺ di akhirat kelak."

Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.

Fahaman Liberalisme

"Diakhir zaman, umat islam didatangkan dengan fahaman-fahaman daripada barat. Yang mereka menyatakan kamilah, yang terbaik, kamilah kemodenan. Kamilah Tamadun yang terbaik. Ikutlah kami. Sedangkan merekalah didalam kerosakan ketamadunan. Keruntuhan akhlak dan peradaban, dan kita diajak untuk mengikuti mereka?"

"Dan diakhir zaman ini zaman nafsu, dimana Kita hidup di satu zaman yang dimana kita dilanda dengan satu fahaman liberalisme. Dimana ia adalah satu pemikiran yang manusia mesti bebas daripada konkongan. Melepaskan diri dari konkongan, dan manusia mesti bebas."

"Liberal maknanya manusia itu mesti bebas mesti merdeka dan nafsu mesti dipuaskan. Tidak mahu kongkongan ibu bapa tidak mahu kongkongan ulama. Melepaskan diri daripada mazhab, melepaskan diri daripada ulama. Melepaskan diri daripada agama islam. Ini pemikiran daripada barat. Ini datang daripada kuncu-kuncu dajjal."

"Dunia itu adalah penjara bagi orang mukmin. Didatangkan oleh kuncu-kuncu dajjal supaya apa akhirnya? Membawa kepada murtad. Lalu dimanakah kebebasan dalam islam? Mari kita lihat konsep kebebasan didalam islam. Makna kemerdekaan menurut Ibnu Arabi rah ialah; "Yang kebebasan seorang manusia itu daripada segala halangan dalam mencapai kepada kesempurnaan seorang manusia."

"Apa sahaja halangan yang boleh menyebabkan seseorang itu terhalang daripada mencapai kesempurnaan di sisi Allah سبحانه وتعالى maka selagi itu dia masih lagi belum bebas selagi itu dia masih lagi belum merdeka. Maka seseorang hamba Allah itu adalah benar-benar bebas dan juga merdeka apabila dia menyempurnakan maksud dan tujuan dia diciptakan oleh Allahسبحانه وتعالى."

"Dan tujuan kita diciptakan adalah sebagai hamba Allah سبحانه وتعالى. Dan memahami kepada konsep kebebasan iaitu bebas daripada segala perkara yang menghalang manusia daripada menjadi manusia sempurna menjadi insan kamil. Kita perlu mendidik dan buktikan diri kita daripada nafsu ammarah kepada nafsu lawwamah."

"Daripada nafsu lawwamah kepada nafsu mulhamah. Daripada nafsu mulhamah kepada nafsu mutmainnah. Daripada nafsu mutmainnah kepada nafsu radhiah. Daripada nafsu radhiah kepada nafsu mardhiah. Daripada nafsu mardhiah kepada nafsu kamilah. Di situ maqam insan kamil."

"Kebanyakan manusia pada ketika ini adalah masih tersangkut pada nafsu ammarah iaitu nafsu yang sentiasa mengajak kepada kejahatan ataupun seseorang yang sentiasa melazimi majlis ilmu dan Para Solihin mungkin dirinya berada dinafsu lawwamah. Nafsu yang sentiasa membuatkan dirinya sentiasa mencela dirinya sentiasa."

"Apabila dia melakukan dosa dia masih berdosa tapi dia cela dirinya; "Kenapa kau melakukan dosa?Kenapa kau buat macam ini." Dia berlawan dengan dirinya sendiri dengan nafsunya tetapi mungkin sekejap lagi dia terbuat lagi dia termakan dengan nafsunya maka dia berlawan dengan nafsunya dan mungkin perlawanan ini mengambil masa bertahun-tahun untuk dia masuk nafsu mulhamah."

"Nafsu mulhamah ini adalah berkaitan dengan roh yang mana dia akan diilhamkan untuk membuat perkara-perkara yang baik. Mungkin juga dia akan tersungkur melakukan dosa tapi ilhamkan ataupun bisikan-bisikan untuk dia melakukan kebaikan lebih banyak lagi. Dia sentiasa terarah untuk melakukan kebaikan untuk duduk di dalam majlis-majlis kheir untuk duduk di dalam majlis ilmu."

"Apabila dia melazimi perkara tersebut akan naik kepada nafsu mutmainnah. Sekarang hatinya sudah terbina hatinya sudah tenang. Tenang dengan takdir Allah. Tenang dengan musibah yang datang daripada Allah. Seseorang yang sedih dan merungut mengatakan; "Kenapa saya ditimpakan penyakit kenapa orang lain tidak ditimpakan penyakit."

"Maka tidak akan kesudahan. Dia protes kepada Allah. Dia masih lagi belum bebas daripada cengkaman nafsu. Konsep kebebasan adalah di dalam ibadah. Seseorang yang solat tetapi tidak khusyuk dia masih belum merdeka lagi. Kerana apa?Kerana dia masih dijajah dengan pemikirannya yang terawang awang dengan makhluk Allah kerana hamba Allah yang benar benar bebas adalah yang benar-benar kembalikan rohnya yang menyucikan dirinya."

"Allah berfirman di dalam Al-Quran maksudnya; "Sesungghnya beruntunglah orang yang telah mensucikan hatinya nafsunya dan sesungguhnya amat rugilah orang yang telah mengotorinya. "Seseorang yang melanggar perintah Allah membuat dosa dan juga maksiat. Dia mencemarkan. Dia bersangka buruk kepada manusia, dia takabbur, dia sombong, dalam solat dia memikirkan tentang keduniaan."

"Selagi dia tidak bebaskan hatinya maka dia masih lagi belum merdeka. Kemerdekaan hati kita daripada sesuatu yang tidak diingini oleh Allah سبحانه وتعالى. Demikian kita mencapai makna kebebasan, kemerdekaan hakikatnya dalam Islam. Bebas daripada perasaan sombong, perasaan riak, perasaan ujub, perasaan kagum dengan kesolehan dirinya dengan kemampuan dirinya, penyakit bakhil yang berada di dalam dirinya, penyakit hasad dengki, dendam, cinta dunia,
cinta sanjungan, cinta pujian .Ini yang perlu kita bebaskan daripada hati kita."

"Kerana satu zarah satu atom daripada sifat takabbur yang seorang manusia kembali kepada Allah سبحانه وتعالى. Nabi ﷺ
mengatakan dia tidak akan masuk Syurga yang di dalam hatinya ada satu zarah daripada sifat takabbur.
Bermakna sebelum kembali kepada Allah perlu bebas walaupun satu atom daripada sifat takabbur."

"Sehingga kita tunjukkan kita datang mengadap kepada Allah سبحانه وتعالى dengan hati yang penuh dengan kehambaan kepada Allah; "Ya Allah. Aku rendah Ya Allah.Aku hina Ya Allah." Dengan ini kita tidak memandang sesiapa lebih rendah daripada kita, lebih hina daripada kita. Sentiasa memandang setiap hamba Allah dia lebih hebat daripada aku, dia lebih mulia daripada aku, dia lebih tinggi kedudukannya daripada aku."

"Kerana aku tak tahu bagaimana khatimah aku. Adakah aku husnul khatimah ataupun suul khatimah. Dan dia itu mungkin sekarang dia pemaksiat dan juga pendosa ataupun juga orang kafir tapi mungkin dia mendapat hidayah daripada Allah."

"Maka manusia itu tidak tahu apa yang bakal berlaku terhadap orang lain dan ke atas dirinya maka husnozan dan sangka baik kita gunakan. Demikian semoga Allah membebaskan kita daripada segala halangan dalam kita merentasi tujuan penciptaan kita di atas muka bumi ini iaitu untuk menjadi hamba Allah untuk beribadah dan juga menzahirkan ubudiah kita kepada Allah سبحانه وتعالى.

Guru mulia kami. Tauhid. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.

Dakwah Para Habaib

"Berhati-hatilah kita ini, dengan menjaga lisan kita baik-baik. Jangan berkata sesuatu yang kita sendiri tidak tahu sohihnya, kebenarannya akan sesuatu perkara. Jagalah tangan kita ini daripada mudah menaip nak komen satu permasalahan sehingga berani memfitnah, memerli, mencaci, menghina ulama."

"Janganlah kita mempersoalkan memgenai nasab keturunan seseorang. Kita mengatakan mereka sesat. Apatah lagi kita mempersoalkan kesohihan nasab para habaib daripada keturunan Rasulullah ﷺ yang mulia. Apatah lagi melabel atau menyesatkan para ulama dan juga ulama daripada para habaib."

"Kalau kita ada masalah mengenai hukum hakam. Kalau kita ada masalah dan tidak puas hati pada seseorang, maka kita akan jumpa dnegan orang-orang yang berkenaan. Kita tanya hakikat sebenarnya. Apa pencerahannya. Mereka ini betul atau tidak. Jangan kita mengambil sikap baling batu sembunyi tangan."

"Dan bagi orang awam, janganlah kita percaya bulat-bulat dengan apa yang kita baca. Apa yang kita dengar. Apa yang kita lihat. Khususnya didalam media sosial karena belum tentu seratus peratus kebenarannya. Dan kita takut, disebabkan kejahilan kita. Disebabkan sikap malas kita untuk menuntut ilmu, maka diri kita mudah ditipu orang. Makanya kita mendapat saham dosa juga tanpa disedari."

"Apakah kira-kiranya kita tidak tahu sejarah?Apakah kita tidak pernah membaca perjalanan hidup agama? Ataupun dengan dakwah sejak zaman Sayyiduna Rasulullah ﷺ sampai pada kita sekarang ini? Cuba kita renung sejenak yang pasti Baginda Rasulullah ﷺ bukan daripada keturunan orang melayu."

"Baginda Nabi bukan diutus oleh Allah pada orang-orang nusantara. Baginda Nabi selama dua puluh tiga tahun, Nabi kita tidak pernah menjejakkan kaki ke Malaysia ke Indonesia ke Thailand ke Brunei maka kalau seperti itu hakikatnya melalui siapa Islam sampai ke negara kita? Melalui siapa dakwah sampai ke tempat tinggal kita?Melalui siapa dengan kita dapat mengenal Allah? Melalui siapa kita tahu hukum hakam?"

"Yang sehingga mereka yang selalu memerli dan memperli baik tentang nasab tentang kehidupan keilmuan seorang Alim tentang nasab daripada Para Habaib yang mana ada juga di antara mereka yang perli memperli itu menimpa ilmu pengetahuan daripada mereka yakni Para Habaib. Kenapa kita mengutuk, memperli, menyalahkan orang-orang yang hakikatnya mereka Para Habaib itu adalah Guru-Guru kita."

"Jadi secara pasti kalaulah orang-orang melayu kebanyakan bermazhabkan dengan Mazhab Imam Syafie Rah. Imam Syafie bukan daripada Nusantara bukan berasal daripada tempat kita tapi Imam Syafie Rah berasal daripada Yaman. Dilahirkan di Palestin. Di bawa ke Mekah. Perjalanan dakwah beliau daripada Mekah ke Madinah ke Baghdad ke Mesir kembali ke Baghdad. Kemudian akhir sekali patah kembali ke Mesir duduk di Mesir sampai beliau wafat di sana."

"Jadi kira-kira sejak lebih seribu dua ratus tahun yang lalu tapi kenapa ramai pengikut-pengikut Imam Syafie ramai di Nusantara? Tidak terhitung ramainya jumlahnya di Indonesia, Malaysia dan Singapura. Itu melalui siapa? Bererti ada orang yang datang ke negara kita pada ketika itu. Sedikit sangat bahkan boleh dikatakan tidak ada bangsa kita yang datang ke Tarim Yaman yang datang ke Mesir yang datang ke Negara Arab,T imur Tengah."

"Justeru yang pertama sekali datang ke negara kita itu adalah di kalangan Para Habaib itu disebutkan Para Salaf. Kenapa dipermasalahkan keberadaan mereka sedangkan mereka Para Habaib itulah yang berjasa untuk membawa Agama untuk membawa Islam ke negara kita."

"Jadi kenapa ada orang yang menghidupkan kembali budaya orang jahiliah mempertikaikan tentang nasab keturunan seseorang. Kira-kiranya agaknya kalau berbicara tentang hakikat. Siapa kira-kira yang sesat? Apakah kalian yang pada saat ketika ini memperkatakan tuduhan yang semacam itu?"

"Atau juga yang diperkatakan yang dituduh oleh kalian yang sejak keberadaan di sini itu sejak daripada beberapa abad yang lalu. Tak akan dengan Syeikh Daud Al-Fathoni, tak akan dengan Tok Kenali tak akan dengan Syeikh Arsyad Al-Banjari tak akan dengan sejumlah Ulama-Ulama hebat Al-Quran di dalam dada mereka, Al-Quran dalam kehidupan mereka, sunnah-sunnah Nabi dalam perilaku mereka tidak tahu."

"Kita sekarang ini setakat dimulut saja. Sunnah-sunnah Nabi dimulut,
kita bercakap tentang sunnah,
beramal tentang sunnah, kembali kepada Al-Quran dan Hadith tetapi kepala kita tidak menunjukkan kita beramal dengan Al-Quran dan Hadith, pakaian kita tidak menunjukkan kita beramal dengan Al-Quran dan Hadith, perilaku kita akhlak kita tidak menunjukkan kita beramal dengan Al-Quran dan Hadith."

"Mereka Para Habaib sampai perkara yang paling kecil apa pun mereka amalkan. Dengan pakaiannya tahu bagaimana secara sunnah, makan minumnya mereka tahu bagaimana secara sunnah, duduknya mereka tahu bagaimana secara sunnah, pergaulannya mereka tahu bagaimana secara sunnah dan perhiasannya mereka tahu secara sunnah sampai kepada cincinnya pun di mana Nabi kita meletakkan cincin, di mana Nabi kita memakainya di situ mereka memakainya, jubah-jubah mereka."

"Itu siwak kita tengok Para Habaib. Minta maaf cakap mana Mantan Mufti kah atau juga Mufti yang masih bertugaskah mana ada yang kita lihat keluarkan siwak. Dia baca apa yang saya baca dia tahu tidakkah yang disunnahkan sebelum sembahyang itu adalah bersiwak."

"Nabi kita bersabda; "Kalau bukan kerana akan menyusahkan Ummat akan aku perintahkan mereka untuk bersiwak pada tiap kali wudhuk dan juga tiap kali sembahyang." Kita masih belum mampu untuk mengamalkannya padahal tak sesusah mana tapi mereka Para Habaib mengamalkannya."

"Sesuatu yang pelik bin ajaib bin aneh kalau kita mengakui keilmuan mereka dalam bidang hal seumpama pemakaian, makan minum, kehidupan rumahtangga dan juga perkara-perkara yang ada hubung kaitnya dengan serbannya dengan bersedekah dengan safar dengan adab-adab di waktu tidur, adab di waktu bangun, adab di waktu masuk masjid yang mengerti segala hal tentang sunnah sunnahnya Baginda Rasulullah ﷺ."

"Akan tetapi kita katakan mereka tidak mengerti tentang akidah, tidak mengerti tentang ideologi, tidak mengerti daripada hakikat daripada sifat Asma'Wa Sifat. Itu sesuatu perkara yang pelik sesuatu perkara yang ajaib. Itu ada lagi perkara yang mereka tidak puas hati mempertanya dan mempersoalkan tentang betul atau tidak yang Para Habaib itu dengan alasan itu syiah-syiah iran itu dikatakan ramai di kalangan Para Habaib. Dengan menfitnah para habaib."

"Kita tidak mengatakan benda yang sama sebab, yang datang ke negara kita di antaranya Habib Umar Ben Hafidz di antaranya yang baru-baru ini Habib Abu Bakar Al-Adni Bin Ali Al-Masyhur. Kata mereka itu syiah. Masya Allah Tabarakallah, sebenarnya kita tahu atau tidak sebenarnya akidah syiah itu seperti apa? Menuduh orang pula itu daripada kumpulan syiah."

"Untuk pengetahuan kita yang perlu kita ketahui yang paling sederhana yang merupakan perkara asas yang walaupun sesiapa saja yang pernah membaca tentang syiah yang pernah tahu tentang aliran syiah. Di antara pegangan dan ideologi keyakinan syiah mereka adalah orang yang paling membenci Saidina Abu Bakar r.a. dan Saidina Umar r.a."

"Jadi yang dituduh tadi itu yang dikatakan syiah justeru bernama Umar bernama Abu Bakar. Pelik! Kalau memang syiah memang tak nak bagi nama anak dengan nama Umar dan dengan nama Abu Bakar. Yang kalian katakan syiah tadi itu bukankah bernama Habib Umar dan Habib Abu Bakar. Kalian yang katakan itu syiah ternyata betul-betul orang yang buta sejarah yang tak tahu tentang akidah yang sebenarnya. Lebih tepat lagi buta hati."

"Kita ingin lebih dewasa apa lagi kalau kita tergolong daripada kumpulan orang yang berpendidikan agama. Jangan sesekali kita menghabiskan waktu hanya untuk memperli untuk mencerca untuk mencaci untuk memfitnah dan seumpamanya."

"Kalau seandainya ada permasalah berkenaan dengan hukum hakam dengan masalah-masalah yang kita tidak berpuas hati maka kita jumpa dengan orang berkenaan. Kita tanyakan hakikat sebenarnya seperti apa. Bukannya buat andaian kita komen tulis dekat facebook. Bukannya buat andaian kita buat keputusan muktamad. Itu tidak betul!"

"Orang yang sebarkan berita tidak betul adalah orang fasiq. Sepatutnya kita mendapatkan bimbingan, pengajaran, penjelasan daripada mereka, pencerahan daripada mereka, fatwa daripada mereka. Kalau kita tidak yakin, kalau kita tidak pasti, kalau tidak tahu,kalau tidak pernah menyemak, kalau tidak pernah bergaul, kalau tidak pernah duduk sekali, kalau tidak pernah bertalaqqi."

"Jangan sampai kita sebarkan benda-benda yang kita tidak pasti kebenarannya. Kalau di zaman dahulu itu hanya setakat di dalam kitab-kitab yang ditulis yang kalau dengan kitab itu hanyut dan larut maka dengan maklumat yang ditulis itu akan lenyap dan hilang tapi kalau seperti di zaman kita sekarang ini."

"Sepatah kata dalam facebook sepatah kata dalam youtube itu akan abadi mungkin sampai kepada hari kiamat tersimpan abadi didalamnya. Kalau kita tidak berpuas hati duduklah bertanya tapi jangan sampai lempar batu sembunyi tangan. Kalau kita tak tahu sangat maka, diam itu lebih baik jangan sampai kita ini maaf cakap jangan sampai nampak kebodohan diri kita sendiri."

Daripada TG Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki.

Muhasabah Diri

"Marilah kita sama-sama muhasabah didalam diri kita. Kita kembali kepada ajaran islam yang sebenarnya dalam kehidupan kita yang mana kita berusaha istiqamah didalam beramal dengan ilmu yang kita pelajari. Agar kita dapat tingkatan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah سبحانه وتعالى hari demi hari sehingga ke akhir hayat kita."

"Dan Kita perlulah bersedia di setiap waktu di dalam kehidupan kita di dunia ini. Sebagaimana Allah سبحانه وتعالى rahsiakan Lailatur Qadr pada bulan ramadhan walaupun dah diperkecilkan skopnya di dalam riwayat-riwayat yang mengatakan; "Sepuluh malam yang terakhir". Dikecilkan lagi dengan mengatakan; "Pada malam yang ganjil."

"Akan tetapi tak mustahil ianya berlaku di awal ramadhab, tak mustahil ianya berlaku di tengah ramadhan. Kenapa Allah سبحانه وتعالى rahsiakan? Supaya kita nak isi setiap hari dan waktu kita dalam bulan ramadhan itu tidak disia-siakan sebab mungkin malam itu adalah malam Lailatul Qadr."

"Begitu jugalah Allah سبحانه وتعالى rahsiakan Yaumul Qiyamah. Kenapa? Supaya kita berusaha pada setiap waktu untuk bersiap-sedia melalui kepada Yaumul Qiyamah. Kalaupun Yaumul Qiyamah yang besar itu belum berlaku lagi tapi kita pasti akan melalui Qiyamah kita sendiri iaitu kematian."

"Kematian itu juga dirahsiakan oleh Allah سبحانه وتعالى supaya kita bersedia pada setiap waktu, pada bila-bila masa untuk kita kembali kepada Allah سبحانه وتعالى.Itu yang dimaksudkan kenapa Allah rahsiakan kerana Allah سبحانه وتعالى nak kita memenuhi setiap waktu kita, setiap masa kita, setiap umur kita untuk kita bersedia menemui kematian."

"Kata Nabi Muhamad ﷺ; "Orang yang bijak itu adalah orang yang mana dia sentiasa muhasabah dirinya dan melakukan amal persiapan untuk setelah matinya." Itu orang yang bijak. Orang yang tak bijak itu apa? Kata Nabi ﷺ "; Orang yang tak bijak itu adalah orang yang mengikut hawa nafsunya tetapi dia banyak angan-angannya."

"Dia suka ikut hawa nafsunya tak kisahlah bila dia nak mati, tak kisahlah bila nak kiamat, dia hidup ikut suka hati dia nak buat apa tapi dia menaruh harapan yang mana harapannya itu hanyalah harapan kosong. Harapan tanpa usaha. Harapan yang mana angan-angan. Harapan untuk dapat rahmat Allah tapi dia tak berusaha, dia tak beramal untuk mendapatkan rahmat Allah."

"Berangan-angan untuk mendapatkan pengampunan tapi dia tak pun bertaubat, tak pun cari tempat yang ada kurniaan pengampunan seperti majlis ilmu, majlis zikir. Dia inginkan semua itu tapi dia tak ikut bahkan dia mengikut nafsunya panjang angan-angannya; "Nanti aku bertaubat, nanti aku berubah, nanti aku beramal, nanti nanti nanti Tangguh-tangguh."

"Jadi Yaumul Qiyamah itu disebutkan adalah hari pasti akan berlaku tapi ianya merupakan rahsia Allah سبحانه وتعالى dan ianya pasti berlaku. Akan tetapi kasih sayang Allah سبحانه وتعالى kepada kita hamba-Nya dan juga kasih sayang Baginda Rasulullah ﷺ kepada kita Ummat sehingga sedikit sebanyak diberikan kepada kita akan tanda-tanda semakin hampirnya Yaumul Qiyamah itu."

"Sehingga disebutkan adanya tanda-tanda kiamat kecil dan juga tanda-tanda besar kiamat. Dah bagitahu dah namun ianya tetap misteri disebutkan. Di manakah kita ini? Di marhalah yang mana? Kita di zaman yang mana? Yang itu yang menyebabkan kita kena selalu memperkuatkan keimanan kita kepada Yaumul Qiyamah yang mana ianya merupakan pintu untuk kita pergi kepada akhirat."

"Oleh kerana itu pentingnya kita ini kena selalu berdoa meminta kepada Allah سبحانه وتعالى. Minta perlindungan daripada Allah di dunia dan juga di akhirat. Kita kena berdoa minta afiat daripada Allah di dunia dan juga di akhirat. Kita nak minta afiat daripada Allah سبحانه وتعالى sebab Allah سبحانه وتعالى yang kurniakan afiat kepada hamba-hamba-Nya di dalam agama."

"Takut menjadi mudarat kepada agama. Musibah yang paling besar di dalam hidup kita adalah apabila musibah itu menimpa kepadq agama kita. Sebab itu kata Saidina Umar Al-Khattab r.a. " Kalau aku ditimpa musibah, aku akan bersyukur kepada Allah سبحانه وتعالى."

"Kenapa? Sebab ada tiga perkara yang membuatkan aku bersyukur kepada Allah سبحانه وتعالى. Yang pertama, Musibah yang menimpa kepada aku itu tidak lebih besar menimpa kepada orang lain. Tak kena lebih besar sepertimana yang dikenakan kepada orang lain. Jadi aku bersyukur kepada Allah سبحانه وتعالى. Yang kedua sikit, Musibah yang menimpa kepada aku itu tidak menyebabkan aku tidak boleh untuk ingat kepada Allah سبحانه وتعالى. Tidak membuatkan aku lupa kepada Allah.Jadi aku bersyukur kepada Allah سبحانه وتعالى."

"Yang ketiga ta kot. Musibah yang menimpa kepada aku itu tidak melibatkan agama. Itu musibah yang paling teruk sekali apabila sesuatu musibah itu melibatkan agama. Sebab itu kita kalau musibah agama habis kita hilang agama. Tak pegang pada agama. Itu yang paling besar musibah kepada seseorang bilamana mudarat agamanya. Hari ini ramai orang yang mudarat agamanya. Dia tak pegang pada agama Islam. Tak hidup sepertimana yang ditetapkan di dalam syariat Islam yang diajarkan oleh Baginda Rasulullah ﷺ."

Daripada Al-Habib Najmuddin Othman Al-Khered.