Pages

Wednesday 30 August 2017

SIFAT ORANG YANG BERIMAN LAGI BERTAQWA

Di antara sifat mereka yang beriman dan bertaqwa kepada Allah adalah mereka yang sentiasa mengingati Allah سبحانه  وتعالى dan bertaubat, beristighfar kembali kepada Allah سبحانه  وتعالى apabila mereka melakukan dosa dan kemaksiatan.

Setiap daripada kita pasti akan melakukan dosa dan kemaksiatan tiada yang terkecuali kerana kita bukannya maksum. Sebanyak mana pun ibadah kita, setinggi mana pun amal yang telah kita lakukan pasti kita tidak akan terlepas daripada melakukan dosa dan kemaksiatan.

Akan tetapi yang membezakan darjat seseorang itu di sisi Allah adalah sejauh mana ketaqwaannya di sisi Allah سبحانه  وتعالى. Bagi mereka yang beriman yang bertaqwa kepada Allah سبحانه  وتعالى apabila mereka tergelincir melakukan dosa dan kemaksiatan kepada Allah maka mereka akan dikurniakan taufik dan hidayah oleh Allah سبحانه  وتعالى untuk cepat-cepat beristighfar kembali bertaubat kepada Allah.

Begitulah sepatutnya yang perlu kita lakukan apabila kita melakukan dosa dan kemaksiatan kita cepat-cepat kembali kepada Allah سبحانه  وتعالى beristighfar kepada Allah dan kita mengaku dosa dan kesilapan yang telah kita lakukan dengan harapan Allah سبحانه  وتعالى akan memaafkan kita akan mengampunkan dosa-dosa kita.

Sebaliknya yang sering terjadi adalah apabila kita melakukan dosa dan maksiat kita suka untuk melewat-lewatkan, menangguh-nangguh untuk bertaubat bahkan mungkin kita tidak akan bertaubat. Berjaga-jagalah kita daripada lewat bertaubat kepada Allah سبحانه  وتعالى. Janganlah apabila kita melakukan dosa dan maksiat kita katakan "Tak apalah esok-esoklah aku bertaubat. Nanti-nantilah aku bertaubat."

Kerana apa kita perlu bersegera dalam bertaubat? Pertama kerana kita tak tahu bagaimanakah keadaan diri kita pada masa yang akan datang. Adakah kita ini sempat untuk bertaubat kepada Allah سبحانه  وتعالى  ataupun tidak. Takut-takut ajal kita datang menjemput kita sebelum kita sempat bertaubat.

Kedua, dengan kita melewat-lewatkan taubat maka di sini terdapatnya peluang bagi syaitan untuk memasuki kehidupan kita nak mendatangkan was-was menghasut diri kita. Kita sering perhatikan terdapatnya orang-orang yang apabila dia melakukan dosa kemudian dia bertaubat. Setelah itu dia kembali melakukan dosa dan bertaubat kembali. Perkara demikian berulang-ulang berlaku melakukan dosa dan bertaubat.

Di sini syaitan akan memainkan peranannya untuk mengoda manusia dan mendatangkan was-was kepada manusia dengan mengatakan "Kalau beginilah caranya kamu bertaubat kemudian kamu melakukan dosa kembali. Ini bukanlah caranya." Dan akhirnya syaitan akan menipu kita sehingga kita meninggalkan perbuatan taubat kita kepada Allah سبحانه  وتعالى.

Memanglah perbuatan kita itu tidak beradab kepada Allah سبحانه  وتعالى yang mana kita melakukan dosa dan bertaubat tetapi setelah itu kita terus menerus melakukan perbuatan yang sama. Akan tetapi, Allah Maha Mengetahui yang kita akan melakukan dosa lagi dan kita akan kembali bertaubat kepada-Nya dan Allah سبحانه  وتعالى lebih tahu yang kita akan melakukan dosa bukan sekali tetapi puluhan kali, ratusan kali bahkan berjuta-juta kali. Allah Maha Mengetahui akan segala sesuatu.

[SYEIKH FERAS SALOU AD-DIMASYQI HAFIDZOHULLAH]

#thecapal

MUDAH DIUCAP, BERAT DI TIMBANGAN & BESAR PAHALANYA.

Suatu hari Nabi Sulaiman a.s. memerintahkan angin untuk membawanya ke suatu tempat.

Di antara tentera Nabi Sulaiman a.s. adalah angin. Lalu dibawa oleh angin pergi ke tempat yang diperintahkan Nabi Sulaiman a.s.

Ketika lalu di sebuah ladang yang terdapat seorang petani yang sedang mencangkul, petani itu mengatakan "SUBHANALLAH! alangkah hebatnya kerajaan Sulaiman!" (yakni kerana boleh memerintahkan angin untuk membawanya)

Nabi Sulaiman a.s. kemudian berpatah balik kepada petani tadi dan bertanya,

"Apakah yang kamu ucapkan tadi?"

Petani itu pun mengulang balik kata-katanya tadi.

Nabi Sulaiman kemudian berkata,

"Kalimat SUBHANALLAH yang kamu ucap itu lebih baik dari kerajaannya Sulaiman."

Mudah untuk diucap. Berat di timbangan. Pahalanya besar.

Bukankah ini bahagian dari rahmat yang diberikan kepada umat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam?

Tapi berapa ramai yang buat?

- Ad Da'ie ilallah Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid -

ADAB BERSALAMAN

Saidina Anas Bin Malik Radhiyallahu'Anhu berkata "Rasulullah  ﷺ bilamana bersalaman dengan seseorang lelaki maka tidak akan melepaskan tangannya daripada tangan lelaki itu sehingga lelaki itu akan melepaskan tangannya daripada tangan Rasulullah ﷺ.

Dan Rasulullah ﷺ tidak pernah memalingkan wajahnya ketika seseorang yang bersalaman dengan Rasulullah ﷺ sehingga seseorang itu yang memalingkan wajahnya daripada Rasulullah ﷺ . Dan Rasulullah ﷺ tidak pernah duduk melunjurkan akan kakinya di depan seseorang yang duduk dengan Rasulullah ﷺ."

Ini adalah berkaitan dengan adab yang diajarkan oleh Rasulullah ﷺ. Rasulullah ﷺ bersabda "Tidak akan berjumpa dua orang Islam dan bersalaman melainkan Allah سبحانه وتعالى akan menggugurkan dosa orang itu umpama gugurnya daun kering daripada pokok."

Seseorang yang bersalaman ketika berjumpa akan digugurkan, dihapuskan dosanya oleh Allah سبحانه وتعالى. Bersalaman itu tidak semestinya sampai perlu mencium-cium tangan kerana apa yang dinilai di sisi Allah سبحانه وتعالى adalah apa yang berada di dalam hati seseorang. Hikmah bersalaman itu adalah sebagai simbolik penghormatan dan juga untuk menjalin hubungan yang baik dengan seseorang.

HABIB ALI ZAENAL ABIDIN BIN ABU BAKAR AL-HAMID HAFIDZOHULLAH

PANDANGLAH DENGAN PERASAAN PENUH TAKZIM DAN CINTA

Suatu hari Nabi Muhammad ﷺ telah duduk dan masuk Abu Jahal melihat wajah Rasulullah ﷺ dan berkata "Ya Muhammad. Aku tidak pernah melihat wajah yang paling hodoh seperti wajahmu. Aku tidak melihat wajah yang paling buruk seperti wajahmu wahai Muhammad."

Apa kata Rasulullah ﷺ? Rasulullah ﷺ tidak berkata apa-apa hanya senyum. Tidak lama kemudian masuk Saidina Umar Al-Khattab Radhiyallahu'Anhu apabila memandang wajah Nabi Muhammad ﷺ. Beliau berkata "Ya Muhammad Ya Rasulullah. Aku tidak lihat wajah yang paling indah lebih daripada wajahmu wahai Rasulullah. Aku tidak lihat wajah yang paling cantik lebih dari wajahmu wahai Muhammad ﷺ."

Apa kata Rasulullah ﷺ ? Rasulullah ﷺ senyum dan berkata "Benar wahai Umar." Kemudian bertanya sahabat Rasulullah ﷺ yang duduk sekali bersama Baginda Rasulullah ﷺ berasa hairan dan bertanya "Wahai Rasulullah. Ketika Abu Jahal masuk mengatakan wajahmu paling buruk dan ketika Saidina Umar masuk mengatakan wajahmu paling indah dan cantik?"

Maka Rasulullah ﷺ menjawab "Apa yang mereka nampak itu adalah mengikut hatinya. Apabila hatinya bersih dan suci Allah  سبحانه وتعالى membukakan kepadanya keindahan untuk melihat wajahku."

Abu Jahal tidak dapat melihat wajah Baginda ﷺ disebabkan hatinya yang kotor dan hitam. Oleh itu, dia hanya melihat Nabi Muhammad ﷺ hanya kepada jasad seorang yang yatim dan miskin bukan sebagai Rasulullah ﷺ manakala Saidina Umar Al-Khattab Radhiyallahu'Anhu mempunyai hati yang bersih dan suci.

Barangsiapa yang tidak mahu duduk dengan orang yang beruntung. Bagaimana mungkin dia akan beruntung dan barangsiapa yang duduk dengan orang beruntung.Bagaimana mungkin ia tidak akan beruntung.

Begitulah kita semua apabila melihat wajah mereka iaitu Para Auliya', Para Ulama dan orang-orang soleh. Pandanglah mereka dengan penuh rasa takzim dan cinta. Jangan jadi seperti pandangannya Abu Jahal yang tidak melihat keindahan wajah Rasulullah ﷺ.

Peliharalah adab dan akhlak kita sepertimana adab dan akhlak yang diajarkan oleh  Baginda Rasulullah ﷺ. Sungguh bilamana melihat adab dan akhlaknya Para Ulama maka kita akan dapat melihat bagaimanakah di dalam diri mereka wujud adab dan akhlaknya Baginda Rasulullah ﷺ.

Dengan kenal dan dekatnya kita dengan Para Ulama maka sedikit sebanyak kita dapat mencontohi adab dan akhlak mereka. Ikutilah nasihat mereka untuk kita mendekatkan diri kepada Allah سبحانه  وتعالى.

[HABIB NAJMUDDIN BIN OTHMAN AL-KHERED HAFIDZOHULLAH]

#thecapal

Friday 25 August 2017

JANGAN LUPA MEMPERBANYAKAN SELAWAT DAN SALAM SETIAP HARI

Jangan sesekali kita lupa untuk berselawat kepada Nabi Muhammad ﷺ setiap hari baik di waktu pagi mahupun petang harinya.

Mudah-mudahan segala selawat dan salam yang kita bacakan akan disampaikan kepada Rasulullah ﷺ. Mudah-mudahan kita akan mendapat anugerah yang paling tinggi di sisi Allahسبحانه  وتعالى iaitu hubungan yang tidak akan putus lagi.

Hubungan  kita dengan Rasulullah ﷺ agar kita hidup dalam dunia ini dalam keadaan aman, kita masuk ke dalam kubur, ke alam barzakh dalam keadaan aman. Kita dibangkitkan di akhirat nanti dalam keadaan aman dan juga kita dimasukkan ke dalam syurga bersama-sama Rasulullah ﷺ dan orang-orang yang aman InshaAllah.

Di dalam hadis Rasulullah ﷺ bersabda "Barangsiapa yang berselawat kepada aku sebanyak 1 kali maka Allah akan berselawat ke atasnya 10 kali." Ertinya kalau kita berselawat kepada Rasulullah ﷺ bermakna rahmat Allah itu ada. 10 rahmat itu adalah nikmat yang besar diberikan oleh Allah  سبحانه وتعالى.

Lagi-lagi pada zaman ini kita sangat memerlukan rahmat Allah kerana tanpa rahmat Allah maka sudah pasti kita akan menjadi orang yang teruk dan jauh daripada Allah سبحانه وتعالى.

Allah berfirman di dalam Al-Quran mengatakan "Nabi Muhammad ﷺ itu adalah rahmat bagi sekalian alam." Rahmat kepada orang muslim. Bukan kepada orang muslim sahaja tetapi juga kepada orang kafir, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan semua yang ada di alam ini.

Kalau kita membaca sirah Rasulullah ﷺ maka kita akan tahu bagaimana rahmat Rasulullah ﷺ kepada haiwan dan juga kepada manusia.

Kerana itu kita kena dekatkan diri kita kepada Rasulullah ﷺ dengan memperbanyakan selawat kepada Rasulullah ﷺ.

Kalau seseorang itu selalu berselawat kepada Rasulullah ﷺ maka pasti rahmat Allah akan turun, pasti rahmat Allah akan berada di dalam hatinya kerana Rasulullah ﷺ itu adalah rahmat dan Allah Maha Pemberi Rahmat.

Selawat itu adalah sebab turunnya rahmat Allah. Jadi orang yang selalu berselawat kepada Rasulullah ﷺ ini pasti adalah orang yang mengikuti kepada akhlak Rasulullah ﷺ.

[HABIB MAHDI BIN ABU BAKAR AL-HAMID HAFIDZOHULLAH]

#thecapal

Wednesday 23 August 2017

JANGAN KAMU BERHENTI BERKHIDMAT UNTUK ISLAM

Berkhidmatlah untuk Islam. Jangan kita layan kata-kata orang terhadap diri kita. Jangan kita layan pujian orang ataupun celaan orang. Bila Allah سبحانه  وتعالى muliakan kita dalam boleh berkhidmat satu pintu daripada pintu-pintu Islam maka jangan sesekali kita tinggalkan pintu itu.

Sebab manusia ini memang sifatnya dia akan sentiasa bercakap tentang orang lain. Buat jahat orang cakap, buat baik pun orang akan bercakap tentang diri kita. Oleh kerana itu, jangan kita hiraukan apa pandangan manusia terhadap kita tetapi yang sepatutnya kita risaukan apa pandangan Allah سبحانه  وتعالى terhadap diri kita.

Sebagai contoh, mereka yang bekerja, berkhidmat di Rumah Allah baik itu di masjid ataupun surau. Berkhidmat membantu orang fakir miskin maka jangan sesekali tinggalkan khidmat ini. Jangan kita layan pujian ataupun celaan orang sebab Allah سبحانه  وتعالى sudah pun muliakan kita.

Kalau bukan kerana Allah sudah muliakan kita maka sudah pasti kita tidak akan dapat buat apa yang kita lakukan sekarang ini. Ingatlah jangan sesekali kita tinggalkan sesuatu perkara kebaikan kerana buah mulut orang sebab kata-kata orang yang suka mengata ini adalah syaitan punya kerja.

Sepertimana di zaman Nabi Muhammad ﷺ sendiri pun. Baginda Rasulullah ﷺ dikatakan pembohong oleh Abu Jahal dan orang-orang musyikin. Mereka tuduh Nabi ﷺ penyihir, mereka tuduh Nabi ﷺ gila, mereka tuduh Nabi ﷺ munafik, sukakan perempuan, sukakan jawatan, harta benda dan bermacam-macam lagi tuduhan tetapi Baginda Rasulullah ﷺ sedikit pun tidak melayannya, membalasnya.

Bahkan Nabi ﷺ bersabda "Demi Allah. Kalau diletakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku untuk aku meninggalkan agama ini maka sesekali aku tidak akan tinggalkan sehinggalah Allah akan memunculkan benda itu ataupun aku mati."

Maka jangan sesekali kita cuba tinggalkan pintu berkhidmat untuk agama ini walaupun apa-apa cara sekali pun. Setiap daripada kita diberikan kelebihan masing-masing. Jadi gunakan apa kelebihan yang kita ada untuk berkhidmat untuk agama. Kita sebarkan kebaikan.

#MutiaraKata[SYEIKH FERAS SALOU AD-DIMASYQI HAFIDZOHULLAH]

#thecapal

ORANG YANG PALING MULIA DI SISI ALLAH ADALAH ORANG YANG PALING BERTAQWA

Rasulullah ﷺ bersabda "Bertaqwalah kepada Allah." Ini adalah perintah dan seruan yang mana perintah ini dari awal lagi bermula di zaman Baginda ﷺ. Kemudiannya di zaman Sahabat sehinggalah di zaman kita sekarang sampai hari kiamat.

Rasulullah ﷺ menyuruh kita untuk bertaqwalah kepada Allah سبحانه  وتعالى di mana sahaja kamu berada. Apakah itu taqwa? Berkata Al-Imam Abdullah Alwi Al-Haddad Rahimahullah "Makna taqwa iaitu kita mengikuti setiap perintah yang Allah   سبحانه  وتعالى perintahkan dan kita jauhi daripada apa yang Allah سبحانه  وتعالى tegah kepada kita."

Makna taqwa ini adalah besar iaitu kita mengikuti, kita mentaati semua keseluruhan yang diperintahkan oleh Allah سبحانه  وتعالى kepada kita dan kita jauhi segala setiap apa yang ditegahkan yang dilarang oleh Allah   سبحانه  وتعالى. Inilah makna taqwa.

Jadi manusia yang mengikuti setiap apa yang diperintahkan oleh Allah maka mereka ini akan menjadi orang yang dekat dan hampir dengan Allah سبحانه  وتعالى. Dan Allah سبحانه  وتعالى berfirman di dalam Al-Quran "Sesungguhnya Allah suka kepada orang yang bertaqwa." Disertakan cinta Allah kepada orang-orang yang bertaqwa.

Kemudian Allah سبحانه  وتعالى berfirman lagi "Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang-orang yang bertaqwa." Dan di dalam firman Allah yang lainnya "Sesungguhnya Allah menerima amalan-amalan daripada orang-orang yang bertaqwa."

Ini menunjukkan betapa kuatnya dekatnya hubungan orang yang bertaqwa di sisi Allah سبحانه  وتعالى kerana amalan yang diterima oleh Allah adalah daripada golongan mereka yang bertaqwa kepada Allahسبحانه  وتعالى. Jadi keseluruhannya manusia ini tidak mampu untuk mencapai kepada martabat taqwa yang hakiki.

Akan tetapi, adakah mereka itu hanya melepaskan sahaja dan mengatakan "Aku tidak mampu untuk menjadi orang yang bertaqwa." Tidak!! Bahkan mereka itu perlu bersungguh-sungguh untuk berusaha mencapai kepada taqwa.

Allah سبحانه  وتعالى berfirman "Bertaqwalah kepada Allah mengikut kemampuan kamu." Selagi mana kita masih lagi mampu bertaqwa kepada Allah سبحانه  وتعالى maka selagi itulah kita perlu bertaqwa kepada Allah maka bersungguh-sungguhlah kita untuk bertaqwa kepada Allah سبحانه  وتعالى. InshaAllah kita mampu untuk mencapai ketaqwaan kepada Allah dan kita akan termasuk dalam lingkungan golongan orang-orang yang beruntung yang mana mereka ini bertaqwa kepada Allah.

Rasulullah ﷺ memerintahkan kepada kita untuk bertaqwa kepada Allah سبحانه  وتعالى. Tidak cukup sekadar itu bahkan Rasulullah ﷺ sertakan sekali dengan "Di mana sahaja kamu berada." Kerana apa?

Kerana mungkin ada sebahagian daripada manusia itu yang mana mereka itu bertaqwa kepada Allah di depan ibu bapanya, di depan ahli keluarganya, di depan saudara maranya dan di depan kawan-kawannya tetapi bagaimanakah ketika dia bersendirian?

Maka Rasulullah ﷺ menyebutkan "Di mana sahaja kamu berada bertaqwalah kepada Allah." Baik itu sama ada ketika kamu berada di dalam bilik tidur kamu, sama ada ketika kamu sedang bermain facebook, whatsapp, instagram dan sebagainya. Sama ada ketika kamu sedang menonton televisyen, sama ada ketika kamu berada di pasar, di surau, di masjid. Tidak kira di mana-mana sahaja kamu berada kamu perlu bertaqwa kepada Allah.

Di dalam hadis yang lain Rasulullah ﷺ bersabda "Taqwa itu di sini!! Taqwa itu di sini!! Taqwa itu di sini!!" Rasulullah ﷺ menunjukkan kepada dadanya. Ini menunjukkan bahawasanya taqwa itu bukanlah diukur dengan kamu melihat zahir seseorang dan taqwa itu bukanlah kepada pakaian tetapi taqwa itu berada di dalam diri manusia di dalam hati manusia.

Maka orang-orang yang sampai kepada tahap ini maka merekalah yang disebutkan orang-orang yang beruntung orang-orang yang bertaqwa kepada Allah سبحانه  وتعالى

Saidina Ali Bin Abi Thalib Radhiyallahu'Anhu menyebutkan 3 ciri orang yang bertaqwa itu antaranya adalah:

1)Orang yang beramal dengan apa yang diturunkan oleh Allah سبحانه  وتعالى
  
2)Orang yang takut kepada Allah سبحانه  وتعالى
  
3)Orang yang membuat persiapan untuk pergi bertemu dengan Allah سبحانه  وتعالى

[HABIB MAHDI BIN ABU BAKAR AL-HAMID HAFIDZOHULLAH]

JOM KITA IKATKAN HATI INI DENGAN RUMAH ALLAH

Di dalam hadis Rasulullah ﷺ bersabda "Tempat yang paling dicintai di sisi Allah adalah masjid-masjid-Nya dan tempat yang paling dibenci di sisi Allah adalah pasar-pasar." Masjid adalah tempat yang paling dicintai dan dimuliakan oleh Allah سبحانه  وتعالى kerana masjid adalah tempat turunnya rahmat Allah سبحانه  وتعالى.

Oleh kerana itu, barangsiapa yang ingin mencari rahmat Allah سبحانه  وتعالى maka selalulah pergi ke masjid. Apabila kita solat berjemaah, menghadiri majlis talim, membaca Al-Quran, berzikir kepada Allah,  duduk muhasabah diri, tafakkur mengingati hari akhirat maka hati kita akan rasa tenang rasa seronok.

Para Ulama mengatakan "Perbezaan di antara orang-orang yang benar-benar beriman dengan orang-orang munafik adalah umpama ikan-ikan di lautan dan burung di dalam sangkar. Orang-orang yang imannya kuat apabila dia masuk duduk di dalam masjid maka dia akan rasa seronok, suka, gembira dan tenang apabila duduk di dalam masjid umpama ikan-ikan yang berenang di lautan.

Akan tetapi, orang-orang munafik bilamana dia masuk duduk dalam masjid dia akan rasa cepat bosan tak sabar-sabar nak keluar umpama burung yang di dalam sangkar dia rasa terkurung bila duduk dalam masjid."

Hadis ini Nabi ﷺ menggalakkan kita untuk selalu mendekatkan diri kepada masjid, suka pergi ke masjid, duduk iktikaf di dalam masjid. Orang-orang yang hatinya suka kepada masjid, terikat kepada masjid yang walaupun ketika dia dekat rumah hatinya teringat pada masjid tak sabar nak pergi ke masjid maka dia akan mendapatkan nikmat yang begitu besar di hari akhirat nanti.

Nabi ﷺ mengatakan "Nanti ada 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya." Yang mana salah satu daripada 7 golongan itu adalah orang yang hatinya selalu terpaut dengan masjid.

Dan tempat yang paling dibenci oleh Allah سبحانه  وتعالى adalah pasar-pasar. Kenapa? Kerana Rumah Allah yakni masjid adalah tempat turunnya Para Malaikat tak putus-putus sedangkan pasar adalah merupakan tempat yang disukai oleh syaitan. Nabi ﷺ mengatakan "Syaitan akan beranak-pinak di pasar."

Oleh kerana itu, orang yang selalu berada di pasar yang tidak mempunyai hajat apa-apa keperluan di pasar maka dia akan menjadi orang yang lalai, tak khusyuk, susah untuk mengingati kepada Allah tetapi orang yang dipilih oleh Allah سبحانه  وتعالى untuk berada duduk di dalam masjid maka dia adalah orang yang paling beruntung.

Tidaklah kita dapat hadir ke masjid duduk menunaikan solat di dalam masjid, beriktikaf di dalam masjid, membaca Al-Quran, berzikir mengingati kepada Allah سبحانه  وتعالى, menghadiri majlis ilmu melainkan kita adalah menjadi pilihan Allah سبحانه  وتعالى. Kita mendapatka jemputan khusus daripada Allah.

Yang walaupun mungkin kita berniat untuk hadir pergi ke masjid tetapi tanpa taufik dan hidayah daripada Allah سبحانه  وتعالى tanpa pilihan daripada Allah سبحانه  وتعالى maka sudah pasti kita tidak hadir ke masjid.

Tidak kiralah kita ini orang yang paling kaya sekalipun memiliki kenderaan yang mahal dan laju sekalipun hatta rumah kita dekat dengan masjid sekalipun tanpa pilihan daripada Allah, jemputan daripada Allah maka kita tidak akan sesekali dapat menggerakkan kaki kita untuk menuju ke masjid.

Jadi bersyukurlah kita apabila kita dipilih oleh Allah mendapatkan taufik dan hidayah daripada Allah سبحانه  وتعالى untuk melangkahkan kaki kita menuju ke masjid kerana itu merupakan suatu nikmat yang begitu besar yang patut kita selalu syukuri apabila kita diizinkan dipilih oleh Allah Ta'ala.

[HABIB MAHDI BIN ABU BAKAR AL-HAMID HAFIDZOHULLAH]

Tuesday 22 August 2017

PERINGATAN ALLAH DALAM HADIS QUDSI BAH AKHIR.

PERINGATAN KE 31

Allah berfirman:

“Wahai Manusia! Kedudukanmu di sisi-Ku akan ditentukan oleh seberapa besar kecenderunganmu pada dunia dan kecintaanmu pada-Ku.

Aku tak mungkin mengumpulkan cinta kepada-Ku dan cinta pada harta dalam satu hati.

Wahai manusia! Waraklah engkau maka engkau akan dapat mengenal-Ku. Berlapar-laparlah engkau, maka engkau dapat melihat-Ku. Ikhlaslah dalam beribadah kepada-Ku maka engkau sampai pada-Ku. Bersihkan amal perbuatanmu dari sikap riak, maka Aku akan menyelubungimu dengan cinta kasih-Ku. Ingatlah selalu kepada-Ku, maka Aku akan selalu menyebutmu dihadapan para malaikat-Ku.

Wahai manusia! Yang ada di dalam hatimu selain Allah dan engkau berharap pada selain Allah. Lantas sampai bilakah engkau akan menyebut nama Allah, sementara engkau takut pada selain Allah?

Andaikata engkau sungguh-sungguh kenal pada Allah, nescaya engkau tak akan pernah merasa berduka oleh selain Allah dan tidak akan pernah merasa takut kecuali pada Allah. Dan mulutmu tidak akan pernah berhenti menyebut-nyebut nama Allah.

Sesungguhnya sikap tidak mahu menghentikan perbuatan dosa adalah pertaubatan orang-orang pendusta.

Wahai manusia! Andaikata engkau takut pada api neraka sebagaimana engkau takut pada kemiskinan, nescaya akan Ku-cukupi keperluan hidupmu melalui cara-cara yang tak terjangkau oleh otakmu.

Wahai manusia! Andaikata engkau tergila-gila pada syurga sebagaimana engkau tergila-gila pada dunia, maka Aku akan memberikan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Andaikata engkau selalu mengingat-Ku sebagaimana engkau mengingat sesamamu, maka para malaikat akan memohonkan kesejahteraan dan ketenteraman hidup untukmu, pagi dan petang

Andaikata engkau tergila-gila dalam beribadah kepada-Ku sebagaimana engkau tergila-gila pada dunia, maka Aku akan memberikan kemuliaan kepadamu sebagaimana kemuliaan para rasul. Oleh sebab itu, janganlah kau penuhi hatimu dengan gila pada dunia, kerana tak lama lagi dunia ini akan hancur”

PERINGATAN KE 32

Allah berfirman:

“Kesanggupanmu untuk meninggalkan sedikit maksiat saja adalah lebih ringan dibanding dengan kesanggupanmu untuk menanggung siksa di neraka Jahanam yang tak terbilang banyaknya. ‘Sesungguhnya siksa neraka Jahanam itu amat dahsyat’.

Sedangkan kesanggupanmu untuk melaksanakan sedikit saja dari perintah Allah akan menyebabkan ketenteraman dan kenikmatan hidup selamanya.

Wahai manusia! Percayalah dengan sungguh-sungguh atas jaminan yang Kuberikan padamu sebelum memberikan rezekimu pada orang lain.

Hindari kegilaan pada dunia sebelum Ku-jauhkan dunia darimu. Bersihkan dirimu dari sesuatu yang tidak jelas status hukumnya(syubhat), sebelum amal kebajikanmu terhapus di hari pertanggungjawapan amal kelak.

Bangunlah hatimu dengan banyak mengingat akhirat, kerana sesungguhnya tak ada tempat tinggal untukmu selain kubur.

Wahai manusia! Barangsiapa tergila-gila pada syurga, maka ia akan segera melakukan kebajikan. Barangsiapa yang takut pada siksa api neraka, maka ia akan meninggalkan keburukan. Barangsiapa menahan diri dari kesenangan dunia, maka ia akan meraih kedudukan yang tinggi.

Wahai Musa ibn ‘Imran! Jika sebuah musibah menimpamu, sedangkan engkau dalam keadaan kotor, maka janganlah kau mencela selain pada dirimu sendiri.

Wahai Musa! Kefakiran itu adalah salah satu kebajikan. Ia adalah kematian yang agung.

Wahai Musa! Barangsiapa yang enggan minta pendapat pada orang lain, ia akan menyesal kemudian. Barangsiapa memohon petunjuk (istikharah) pada Allah, ia tak akan pernah menyesal”

PERINGATAN KE 33

Allah berfirman:

“Barangsiapa gila populariti dalam beramal tak ada bezanya dengan orang yang memikul air untuk dipindahkan ke atas gunung.  Ia hanya memperoleh payah dan lelah. Amal perbuatannya tertolak sama sekali. Tatkala gunung itu telah menyatu dengan air, sedikit pun gunung itu tidak meleleh.

Wahai manusia! Ketahuilah bahawa Aku tidak akan pernah menerima amal perbuatan yang tidak didorong untuk mencari keredhaan-Ku semata. Amat beruntung orang-orang yang ikhlas!

Wahai manusia! Apabila orang miskin datang kepadamu, maka sambutlah ia dengan ucapan: “Selamat datang tanda-tanda keagungan orang-orang saleh”. Jika yang datang kepadamu orang kaya, sambutlah dengan ucapan: “Telah datang dosa-dosa yang mempercepat siksaan”. Jika engkau melihat tamu tertahan di sana, ucapkanlah: “Aku berlindung pada Allah dari godaan setan yang terkutuk”.

Wahai manusia! Harta kekayaan itu adalah milik-Ku.

Engkau adalah hamba-Ku dan tamu itu adalah utusan-Ku. Tidak takutkah engkau jika Aku mencabut nikmat-Ku?

Rezeki itu adalah milik-Ku. Syukur itu adalah hakmu. Tetapi keuntungannya akan kembali pada dirimu jua. Tidakkah engkau akan memuji-Ku atas segala nikmat yang Aku berikan padamu?

Wahai manusia! Ada tiga kewajipan bagimu: pertama, mengeluarkan zakat, kedua, menyambung ikatan tali persaudaraan, ketiga, mengurus keperluan keluarga dan tamumu

Apabila engkau tidak melaksanakan segala yang Ku perintah, maka Ku-jadikan engkau sebagai bencana bagi seluruh alam.

Wahai manusia! Jika engkau tidak menjaga hak tetanggamu sebagaimana engkau menjaga hak keluargamu, maka Aku tidak akan memperhatikan dirimu, tidak akan menerima amal perbuatanmu dan tidak akan mengabulkan permohonanmu.

Wahai manusia! Jika engkau berserah diri pada makhluk sesamamu, maka Aku akan menyerahkan urusanmu kepada dia.

Janganlah engkau sombong pada makhluk-Ku, kerana sesungguhnya awal kejadianmu hanyalah setetes sperma yang Aku keluarkan melalui saluran kencing diantara tulang sulbi dan tulang dada.

Janganlah engkau memandang segala sesuatu yang Ku-haramkan, kerana sesungguhnya organ tubuhmu yang pertama kali akan dimakan ulat adalah kedua belah matamu.

Ketahuilah bahawa engkau akan dihisab atas apa yang kau lihat dan apa yang kau cintai. Ingatlah selalu pada kedudukanmu di sisi-Ku kelak, kerana tak sekejap pun Aku melupakan segala rahasiamu yang tersembunyi dalam hidupmu.

Aku Maha Mengetahui segala apa yang tersimpan dalam lubuk hati”

PERINGATAN KE 34

Allah berfirman:

“Wahai manusia! Mengabdilah padaKu, kerana Aku sangat mencintai orang yang mengabdikan dirinya pada-Ku dan Aku akan memerintahkan hamba-hamba-Ku untuk melayani dia.

Engkau tidak tahu berapa banyak dosa yang telah engkau perbuat selama usiamu yang telah berlalu, dan tidak tahu juga seberapa banyak lagi dosa yang akan engkau perbuat dalam sisa usiamu.

Oleh kerana itu janganlah sekali-kali engkau melupakan Aku.

Sesungguhnya Aku Maha Kuasa melakukan apa yang Ku-kehendaki.

Berbaktilah pada-Ku! Dirimu hanyalah hamba yang hina. Sedangkan Aku adalah Tuhan yang Maha Agung.

Andaikata semua saudaramu dan orang-orang yang mencintaimu mampu mencium bau busuk dan melihat dosa-dosamu, nescaya mereka tidak pernah sudi duduk bersamamu dan tidak akan sudi juga berdekatan denganmu. Lantas bagaimana ketika setiap hari dosa-dosamu kian bertambah, sementara usiamu sejak lahir dari perut ibumu terus berkurang.

Wahai manusia! Orang yang pecah perahunya dan pulang kembali dengan selapis kayu belaka dalam gelombang lautan yang dahsyat, tidaklah lebih besar bencananya dibandingkan dengan musibah yang terjadi pada dirimu. Oleh kerana itu, yakinlah engkau pada dosa-dosamu dan ragulah pada amal perbuatanmu.

Wahai manusia! Aku memandangmu dengan pandangan penuh ampunan. Aku tutupi seluruh dosamu. Aku sama sekali tidak perlu kepadamu, sedangkan engkau bersama dosa-dosamu sangat perlu kepada-Ku.

Wahai manusia! Hingga bilakah engkau akan sedar? Susah payah engkau membangun dunia padahal dunia ini akan binasa. Engkau hancurkan akhirat padahal akhirat itu akan kekal selamanya.

Wahai manusia! Engkau kenal pada ciptaan-Ku, lalu engkau teramat takut pada murkanya.

Wahai manusia! Andaikata seluruh penghuni langit dan bumi memohonkan ampun dosa-dosamu pada-Ku, masih sangat layak engkau meratapi dosa-dosamu.

Engkau tak pernah tahu dalam keadaan bagaimanakah engkau akan menghadap-Ku.

Wahai Musa Ibn ‘Imran! Dengarlah kata-kata-Ku. Tidaklah sempurna keimanan seseorang sehingga orang lain aman dari kejahatan, kezaliman, tipu daya, hasutan, kesewenang-wenangan dan iri dengkinya.

Wahai Musa! Katakanlah. Kebenaran itu datang dari Tuhanmu. Maka barangsiapa yang mau beriman hendaklah ia beriman, dan barangsiapa mau ingkar biarlah dia ingkar”

PERINGATAN KE 35

Allah berfirman:

Engkau ada di antara dua kenikmatan yang tidak engkau ketahui yang manakah sesungguhnya yang merupakan musuhmu yang paling besar.

Apakah dosa-dosamu yang tak terlihat oleh orang lain ataukah pujian dan sanjungan kepadamu?

Andaikata orang-orang mengetahui dosa-dosamu yang Aku ketahui, sudah pasti mereka tidak akan sudi lagi menerima kehadiranmu.

Itulah nikmat-Ku. Dan yang lebih besar dari nikmat itu adalah kesehatan di mana engkau tidak memerlukan pertolongan mereka, dan bahkan merekalah yang perlu bantuanmu sehingga engkau terlindung dari perbuatan buruk mereka. Kerana itu memujilah pada-Ku.

Kenalilah Aku sebanyak nikmat yang Aku berikan padamu. Bersihkan perbuatanmu dari rasa riak.

Berbekallah seperti bekal sang musafir yang dihantui kekhawatiran.

Jadikanlah amal kebajikanmu memenuhi luas ‘Arasy-Ku.

Wahai manusia! Hatimu yang keras membatu akan menangis kerana amal perbuatanmu. Amal perbuatanmu akan menangis juga kerana badanmu. Badanmu akan menangis juga kerana lantaran mulutmu. Dan mulutmu akan menangis juga kerana matamu.

Wahai manusia! Kekayaan-Ku tidak akan pernah habis selamanya.

Sebanyak engkau berinfak, sebanyak itu pula aku memberi rezeki padamu. Seberapa pula tingkat kebakhilanmu sekadar itu pula Aku menahan rezekimu.

Sikap bakhilmu pada orang miskin kerana prasangkamu yang buruk, tercekam oleh perasaan takut miskin dan tidak percaya kepada-Ku.

Persoalan rezeki adalah persoalan asal kejadianmu. Jika engkau mendambakan rezeki, lalu Aku memberi padamu, maka dermakanlah dan jangan bakhil pada hamba-hamba-Ku. Aku jamin ganti untukmu dan Aku janjikan pahala untukmu. Lantas mengapakah engkau masih juga ragu pada kitab-Ku?

Barangsiapa yang tidak percaya pada janji-Ku dan tidak percaya pada para nabi-Ku, ia benar-benar menentang pada ketuhanan-Ku. Barang siapa yang membangkang pada ketuhanan-Ku, dia akan Ku-jerumuskan ke dalam api neraka”

PERINGATAN KE 36

Allah berfirman:

“Wahai manusia! Aku-lah Allah. Tiada Tuhan kecuali Aku.

Maka sembahlah Aku, bersyukurlah pada-Ku dan janganlah ingkar.

Wahai manusia! Barangsiapa yang menyakiti hati kekasih-Ku, ia benar-benar memerangi-Ku. Aku sangat murka pada orang yang berbuat aniaya pada orang yang menjadikan-Ku sebagai pembelanya.

Barangsiapa menerima dengan hati lapang atas segala pemberian-Ku, Aku akan memberkati rezekinya dan akan mendatanginya harta berlimpah-ruah, meski dia tak pernah mendambakan”

PERINGATAN KE 37

Allah berfirman:

"Wahai manusia! Letakkanlah tanganmu di atas dadamu. Apa yang kau cintai untuk dirimu, maka cintai pula untuk orang lain.

Wahai manusia ! Badanmu lemah. Mulutmu ringan. Sedangkan hatimu angkuh.

Wahai manusia! Tujuan akhirmu adalah kematian. Oleh kerana itu, beramallah untuk menghadapi kematian sebelum kematian itu datang padamu.

Wahai manusia! Aku tidak menciptakan satu organ dari seluruh organ tubuhmu sebelum menciptakan rezeki untukmu.

Wahai manusia! Andaikata Aku ciptakan dirimu buta, nescaya engkau tidak akan punya penglihatan. Jika Ku-ciptakan engkau tuli, nescaya engkau tidak akan punya pendengaran.

Oleh kerana itu, kenalilah Aku sebanyak nikmat yang Kuberikan. Bersyukurlah dan jangan ingkar pada-Ku. Hanya kepadaku engkau akan kembali.

Wahai manusia! Apa yang telah Ku-tetapkan pembagiannya untukmu, maka engkau tak perlu mencari dengan susah-payah. Segala apa yang telah Ku-tetapkan pembagiannya untukmu, ia akan mencarimu hingga terpenuhi keperluanmu.

Wahai manusia! Janganlah engkau bersumpah palsu pada-Ku. Barangsiapa bersumpah palsu pada-Ku, maka Aku akan memasukkan dia ke dalam api neraka.

Wahai manusia! Jika engkau mahu makan rezeki-Ku, maka patuhlah pada-Ku.

Wahai manusia! Janganlah engkau menuntut pada-Ku tentang rezeki esok hari, kerana Aku tak pernah mengharap amal perbuatanmu esok hari.

Wahai manusia! Aku mahu menerima amalmu yang sedikit, sedangkan engkau tak pernah mahu menerima dengan hati lapang atas pemberian-Ku yang tak terhingga.

Wahai manusia! Andaikata Ku-berikan dunia ini pada salah seorang hamba-Ku, sudah pasti akan Ku-berikan pada para nabi-Ku sehingga mereka mengajak para hamba-Ku untuk patuh kepada-Ku dan menegakkan agama-Ku.

Wahai manusia! Beramallah untuk kebaikanmu sendiri sebelum kematian datang menjemputmu

Jangan sampai engkau terpedaya oleh sesuatu yang hina, kerana di atas jejaknya akan meninggalkan bekas-bekas yang menempel pada kulit.

Kehidupan dan angan-angan yang membumbung jangan sampai melalaikan dirimu dari bertaubat. Kerana menunda-nunda pertaubatan akan membuatmu menyesal pada saat penyesalan sudah tidak berguna lagi.

Wahai manusia! Jika engkau tak mahu mengeluarkan hak-Ku dari harta yang Ku-berikan padamu dan hak orang-orang fakir, maka Aku akan menjadikanmu jatuh dalam kekuasaan seorang penguasa yang akan merampas harta kekayaanmu. Dan Aku tak akan memberi balasan pahala padamu.

Wahai manusia! Jika engkau mengharap rahmat-Ku, maka taatlah pada-Ku. Jika engkau takut siksa-Ku, maka takutlah engkau berbuat derhaka pada-Ku

Wahai manusia! Jika dunia datang kepadamu, ingatlah pada kematian.

Jika engkau berduka kerana dosa, ingatlah pada taubat.

Jika engkau mencari harta, ingatlah pada pertanggungjawapan amal di akhirat.

Jika engkau duduk untuk makan, ingatlah pada orang yang kelaparan.

Jika engkau tergoda oleh keinginan menguasai orang lemah, ingatlah pada kekuasan Allah, yang seandainya Dia berkehendak nescaya akan menjadikan orang lemah itu memegang kekuasaan atas dirimu.

Jika sebuah musibah menimpamu, mintalah pertolongan kepada-Ku dengan membaca la haula wala quwwata illa billahi al’-aliyyil’ adzim. Jika engkau sakit, sembuhkanlah dengan sedekah. Jika engkau tertimpa bencana, katakanlah inna lillahi wa inna ilaihi raji’un”.

PERINGATAN KE 38

Allah berfirman:

“Wahai manusia! Berbuatlah baik, kerana ia adalah kunci pintu syurga yang akan membawamu ke sana. Tinggalkanlah keburukan, kerana ia adalah kunci pintu neraka yang akan mengheretmu ke sana.

Wahai manusia! Ketahuilah bahawa apa yang engkau bangun itu akhirnya akan hancur. Usiamu akan habis. Badanmu akan ditimbuni tanah.

Dan apa yang engkau kumpulkan akan menjadi milik para ahli waris.

Dengan demikian, kenikmatan itu akan menjadi milik orang lain, sedangkan engkau bertanggungjawab terhadap hisab. Bahagian yang kau dapat hanyalah seksa dan penyesalan. Sedangkan yang akan menjadi temanmu dalam kubur hanyalah amal soleh.

Oleh kerana itu, hisablah dirimu sebelum engkau dihisab.

Tetaplah patuh kepada-Ku. Hindari larangan-Ku. Terimalah dengan senang hati segala yang Ku-berikan. Masuklah engkau dalam golongan orang-orang yang bersyukur.

Wahai manusia! Barangsiapa melakukan dosa dengan tertawa, maka Aku akan memasukkannya ke dalam neraka dalam keadaan menangis. Sedangkan siapa yang duduk menangis kerana takut pada-Ku, Aku akan memasukkannya ke syurga dalam keadaan tertawa.

Wahai manusia! Betapa banyak orang kaya yang berharap menjadi miskin pada saat hari perhitungan amal. Tidak sedikit orang yang berkuasa menjadi tak bernilai apa-apa kerana kematian. Tidak sedikit sesuatu yang manis berubah menjadi pahit kerana kematian. Betapa banyak orang yang senang atas kenikmatan harta yang diraihnya akhirnya dikeruhkan oleh kematian. Betapa banyak kebahagiaan yang menimbulkan kesedihan berpanjangan.

Wahai manusia! Andaikata binatang-binatang itu tahu pada kematian sebagaimana yang kau ketahui, nescaya mereka tidak akan mahu makan dan minum hingga mereka mati dalam kelaparan dan kehausan.

Wahai manusia! Seandainya engkau hanya ditakdirkan mengalami kematian dan kedahsyatannya, seharusnya engkau tidak merasa tenang tidur pada malam hari dan bersenang-senang pada siang hari lalu bagaimana dengan sesudah kematian yang jauh lebih berat lagi?

Wahai manusia! Rahsia kematian itu, simpanlah di belakangmu dengan kenikmatan yang kau peroleh untuk bekal menuju akhirat.

Dan kecewalah engkau pada kebaikan-kebaikan yang tidak engkau dapatkan.

Janganlah engkau berbahagia dengan harta kekayaan yang Ku-berikan dan jangan pula engkau berputus asa kerana harta.

Wahai manusia! Dari tanah engkau Aku ciptakan. Ke dalam tanah Aku akan kembalikan engkau. Dari tanah Aku akan membangkitkan engkau kembali.

Kerana itu, tinggalkanlah dunia. Bersiap-siaplah untuk menghadapi kematian.

Ketahuilah! Apabila Aku mencintai seorang hamba, maka Aku akan menjauhkan dunia dari dirinya dan Aku akan menggiatkan dia dalam amal-amal akhirat. Aku akan memperlihatkan cacat dunia kepadanya, sehingga dia berhati-hati dan dengan rahmat-Ku dia akan melakukan amal penghuni syurga.

Apabila Aku murka pada seorang hamba, maka Aku memberi kesibukan urusan dunia yang membuat dia lupa pada-Ku dan Aku menggiatkan dia dalam amal duniawi. Maka ia akan termasuk dalam golongan penghuni neraka. Kerana itu, Aku akan memasukkan dia ke dalam api neraka.

Wahai manusia! Usia itu akhirnya akan habis juga walaupun lama.

Dunia ini hanyalah seperti fatamorgana.  Dimana ia menetap sebentar kemudian pergi dan tak kembali lagi.

Wahai manusia! Aku-lah yang menciptakan dirimu. Aku-lah yang memberi rezeki padamu. Aku-lah yang menghidupkan dan mematikanmu. Aku-lah yang membangkitkan kembali dirimu.

Aku-lah yang akan meminta pertanggungjawapan darimu. Jika engkau melakukan perbuatan buruk, Aku mengetahui.

Sedangkan dirimu tak memiliki kekuatan sama sekali atas dirimu, baik memberi kemelaratan, kenikmatan, kematian, kehidupan, dan kebangkitan kembali.

Wahai manusia! Patuhlah kepada-Ku. Jangan engkau mementingkan rezeki, kerana sesungguhnya semuanya telah Aku cukupi. Janganlah engkau risau dengan sesuatu yang telah Ku-jamin.

Wahai manusia! Bagaimana mungkin engkau memikirkan sesuatu yang tak ditakdirkan untukmu dan tak mampu engkau jangkau. Sebagaimana engkau tak akan mendapat pahala amal yang tak engkau lakukan.

Wahai manusia! Barangsiapa yang akhir perjalanannya adalah kematian, bagaimana dia dapat berbahagia dengan dunia? Barangsiapa yang akhir tempat tinggalnya adalah kubur, bagaimana ia bersuka-ria dalam rumahnya di dunia?

Wahai manusia! Rezeki yang sedikit, tetapi engkau syukuri adalah lebih baik dari pada rezeki yang banyak, namun tidak engkau syukuri.

Wahai manusia! Hartamu yang terbaik adalah harta yang kau bawa menghadap pada-Ku. Hartamu yang terburuk adalah harta yang kau tinggal di dunia.

Untuk itu, bersegeralah engkau melakukan kebajikan sebelum maut menjemputmu, maka engkau akan menemukan kebajikan itu berada di sisi-Ku.

Wahai manusia! Barangsiapa dilanda duka, Aku-lah yang memberi jalan keluar bagi kedukaannya. Barangsiapa yang memohon ampun, Aku-lah yang akan memberikan ampun. Barangsiapa yang bertaubat, Aku-lah yang akan menghindarkan dia dari perbuatan derhaka. Barangsiapa yang telanjang, Aku-lah yang memberi pakaian kepadanya.  Barangsiapa yang merasa ketakutan, Aku-lah yang memberikan keamanan kepadanya. Barangsiapa yang lapar, Aku-lah yang mengenyangkan.

Jika hamba-Ku patuh dan menerima atas segala keputusan-Ku, maka Aku memberikan kemudahan atas segala urusannya dan mengukuhkan kekuatannya serta melapangkan dadanya.

Wahai Musa! Barangsiapa yang mencari kekayaan dari harta fakir miskin dan anak yatim, maka Aku akan menjadikan ia fakir dan akan menyiksanya di akhirat.  Barangsiapa yang menganiaya orang-orang miskin dan orang lemah, maka Aku akan membalas dengan menghancurkan kekuasaan yang dia bangun dan kelak Aku akan menempatkannya di neraka.  Sesungguhnya ini benar-benar terdapat dalam kitab-kita terdahulu, iaitu kitab Ibrahim dan Musa.”

Wallahu a'lam..

Sumber : Al-Mawa'izh fi Al-Ahadith al-Qudsiyyah, Al-Imam Ghazali.

PERINGATAN ALLAH DALAM HADIS QUDSI BAH 6

PERINGATAN KE 26 :

Allah berfirman :

Wahai manusia! Perbanyaklah bekal, kerana perjalananmu amat jauh. Perbaharuilah semangat pengabdianmu pada Allah kerana samudera yang kau harungi amat dalam. Bersungguh-sungguhlah dalam beramal, kerana jambatan yang akan kau lalui amat halus. Ikhlaslah dalam beramal, kerana Sang Pengawas Maha Melihat.

Jika demikian, maka yang menjadi idaman hatimu hanyalah bertempat tinggal di syurga dan dambaanmu hanyalah menuju akhirat. Dan imbalan pahala bagimu adalah bidadari yang cantik.

Hiduplah untuk-Ku, maka Aku menjadi milikmu.

Dekatlah kepada-Ku dengan membenci dunia dan mencintai orang-orang yang suka berbuat kebajikan.

Sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat baik.”

PERINGATAN KE 27

Allah berfirman :

“Wahai manusia! Bagaimana mungkin engkau berbuat durhaka, padahal terik matahari saja kau tak kuasa menahan panas.

Sedangkan neraka Jahanam terdiri dari tujuh lapis. Di dalam masing-masing lapisan terdapat api yang saling membakar antara yang satu dengan dengan yang lain. Di dalam tiap-tiap lapisan terdapat tujuh puluh ribu macam jurang api. Di dalam setiap jurang terdapat tujuh puluh ribu macam petak lubang. Di dalam tiap petak lubang masih terdapat lagi tujuh puluh ribu petak lubang kecil. Dalam tiap petak lubang kecil itu terdapat tujuh puluh ribu lubang sumur api. Dalam setiap lubang sumur api itu terdapat tujuh puluh ribu peti api. Di dalam setiap peti itu terdapat kalajengking dari api. Di atas setiap peti api itu terdapat tujuh puluh ribu pohon zakkum. Di bawah setiap pohon zakkum terdapat pemimpin dari api. Pada setiap pemimpin ada tujuh puluh ribu malaikat dan ular dari api. Panjang masing-masing ular-ular itu tujuh puluh ribu hasta di dalam mulutnya terdapat lautan racun hitam.

Sedangkan tiap-tiap kalajengking memiliki seribu ekor yang panjangnya tujuh puluh ribu hasta dan memiliki tujuh puluh ribu liter racun merah.

Aku bersumpah demi Aku, demi Gunung Tursina, demi Kitab yang tertulis dengan rapi pada lembaran surat yang terbuka, demi Baitul Makmur, demi langit yang tinggi dan demi lautan yang terhampar.

Wahai manusia! Aku tidak menciptakan neraka kecuali untuk orang-orang kafir, orang yang suka 'membawa mulut' (penghasut), orang yang riak, orang yang suka menyakiti kedua orang tuanya, orang yang tidak mau mengeluarkan zakat dari sebahagian harta kekayaannya, orang yang berzina, orang yang suka makan riba, pemabuk, orang yang berbuat aniaya pada anak yatim, orang yang suka meratapi musibah dan orang yang suka menyakiti hati tetangga, sedangkan terhadap orang yang bertaubat, beriman dan berbuat amal kebajikan; Allah akan menggantikan keburukan-keburukannya dengan kebaikan-kebaikan. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Wahai hamba-Ku! Berbelas kasihlah engkau pada dirimu sendiri, kerana badan itu sangat lemah, sedangkan perjalanan sangat jauh, beban bawaan sangat berat, jambatan ash-shirath sangat halus, Sang Pengawas Maha Melihat dan Sang Hakim adalah Rabbul ‘Alamin.”

PERINGATAN KE 28

Allah berfirman :

"Wahai manusia! Bagaimana mungkin engkau tergila-gila pada dunia fana dan kehidupan yang sementara?

Sesungguhnya bagi orang-orang yang tunduk telah tersedia syurga. Mereka akan memasukinya melalui lapan pintu. Dalam setiap syurga terdapat tujuh puluh ribu taman. Dalam setiap taman terdapat tujuh puluh ribu istana yang terbuat dari permata. Dalam setiap istana terdapat tujuh puluh ribu tempat tinggal yang terbuat dari zamrud. Dalam setiap tempat tinggal terdapat tujuh puluh ribu rumah yang terbuat dari emas merah. Dalam setiap rumah terdapat tujuh puluh ribu bilik yang terbuat dari perak putih. Dalam setiap bilik terdapat tujuh puluh ribu meja makan. Di atas setiap meja terdapat tujuh puluh ribu piring dari permata yang di dalamnya berisi tujuh puluh ribu aneka makanan. Di sekeliling setiap bilik tersedia tujuh puluh ribu tempat tidur yang terbuat dari emas merah yang di atasnya terhampar tujuh puluh ribu permadani sutera polos dan sutera yang dihiasi gambar. Di sekeliling setiap tempat tidur terdapat sungai dari air kehidupan, susu, madu dan tuak. Di tengah-tengah setiap sungai terdapat tujuh puluh ribu jenis buah-buahan. Di dalam setiap rumah terdapat tujuh puluh ribu kemah yang terbuat dari pohon kecil. Di atas tiap-tiap permadani itu duduk bidadari yang cantik molek. Di hadapan mereka ada tujuh puluh ribu pelayan yang masih muda, putih dan bersih laksana telur yang tersimpan. Di atas tiap-tiap bilik tegak dengan megahnya tujuh puluh ribu kubah. Di atas kubah-kubah itu terdapat hadiah yang tak pernah dilihat dengan mata, tak dapat didengar dengan telinga dan tak dapat terlintas dalam angan-angan siapa pun, sebuah pemberian dari Sang Maha Penyayang berupa buah-buahan yang dapat mereka pilih sendiri, daging burung yang menjadi kesukaan mereka dan bidadari yang cantik molek laksana mutiara-mutiara yang tersimpan rapat. Semua itu sebagai balasan atas amal perbuatan yang mereka lakukan.

Mereka tidak akan lagi menemui kematian, tetap dalam usia muda, tidak lagi kenal duka, tidak perlu lagi menjalani ibadah puasa dan sembahyang, tidak akan terkena sakit, tidak akan kencing, tidak akan buang air besar dan mereka akan tinggal selamanya.

Maka barangsiapa yang berharap mendapat syurga dan mengingat keagungan, bidadari dan nikmat-Ku, maka mendekatlah kepada-Ku dengan berbuat jujur, tidak tergila-gila pada dunia dan menerima atas pemberian-Ku yang sedikit.”

PERINGATAN KE 29

Allah berfirman :

“Wahai manusia! Harta kekayaan itu adalah milik-Ku. Hartamu tidak lain hanyalah apa yang kau makan, kemudian habis, apa yang kau pakai kemudian rusak atau yang engkau dermakan kemudian menjadi kekal.

Ada tiga hal dalam hubungan antara Aku denganmu : yang satu hal milik-Ku, yang satu hal milikmu, sedangkan yang satu hal lagi adalah milik antara Aku dan kamu. Satu hal yang menjadi milik-Ku adalah ruhmu. Satu hal lagi yang menjadi milikmu adalah amal perbuatanmu. Sedangkan doa dan urusan pengabulan adalah yang menjadi milik antara Aku dan kamu. Doa itu darimu sedangkan urusan pengabulan adalah dari-Ku.

Wahai manusia! Berhati-hatilah dalam menjalankan aturan dan terimalah pembagian rezeki sebagaimana adanya, maka engkau akan melihat-Ku. Menyembahlah kepada-Ku, engkau akan pulang kembali kepada-Ku. Carilah Aku, engkau akan bertemu dengan-Ku.

Wahai manusia! Jika engkau berperilaku seperti para penguasa yang masuk neraka kerana perbuatan jahat, atau seperti orang Arab yang masuk neraka kerana kedurjanaannya, atau ulama yang masuk neraka kerana rasa dengki, atau pedagang yang masuk neraka kerana pengkhianatannya, atau orang zalim yang masuk neraka kerana kedunguannya, atau ahli ibadah yang masuk neraka kerana riaknya, atau orang kaya yang masuk neraka kerana kesombongannya, atau orang fakir yang masuk neraka kerana kebohongannya, betulkah engkau memang mengharap syurga?”.

PERINGATAN KE 30

Allah berfirman :

“Wahai orang yang beriman! Takutlah pada Allah dengan penuh kesungguhan dan janganlah engkau mati selain dalam keadaan islam.

Wahai manusia! Ilmu tanpa amal adalah seperti petir dan guruh yang tak membawa hujan.

Sedangkan amal tanpa ilmu adalah seperti pohon yang tak berbuah.

Seorang yang berilmu namun tidak mahu beramal tak ubahnya seperti anak panah tanpa tali.

Harta kekayaan yang tak dizakatkan bagaikan orang yang menanam garam di atas batu kerikil.

Nasihat yang diberikan pada orang bodoh bagaikan intan permata di hadapan binatang.

Orang yang berbuat jahat padahal ia berilmu seperti batu bernoda. Nasihat yang disampaikan di hadapan orang yang tidak menyukainya seperti meniup seruling bagi orang yang meninggal.

Bersedekah dengan barang haram sama halnya dengan orang yang mencuci kotoran pada pakaiannya dengan air kencing.

Solat tapi tidak mahu mengeluarkan zakat seperti bangkai tanpa roh.

Orang yang berilmu namun tidak mahu bertaubat, laksana bangunan tanpa struktur.

Patutkah mereka (bersukaria) sehingga mereka merasa aman akan rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah? Kerana sebenarnya tidak ada yang merasa aman dari rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah itu melainkan orang-orang yang rugi."

Sumber : Al-Mawa'izh Al-Ahadith al-Qudsiyyah, Al-Imam Ghazali.

Bersambung ....

PERINGATAN ALLAH DALAM HADIS QUDSI BAH 5

PERINGATAN KE 19

Allah berfirman : 

“Wahai anak Adam! Sabarlah dan bersikaplah tawaduk, nescaya Aku muliakan engkau. Bersyukurlah padaKu, nescaya Aku tambah nikmat untukmu.

Mintalah ampunan padaKu, nescaya Aku mengampunimu. Apabila engkau berdoa padaKu, nescaya Aku kabulkan. Bertaubatlah padaKu nescaya Aku terima taubatmu. Mintalah padaKu, nescaya Kuberi. Bersedekahlah, nescaya Aku berkahi rezekimu. Sambunglah tali persaudaraan, nescaya Aku panjangkan umurmu. Mintalah pada-Ku kesehatan, keselamatan, keikhlasan dalam berkehendak, warak kepada Allah dalam bertaubat, dan kecukupan dalam menerima apa adanya atas kurnia Ilahi.

Wahai anak Adam! Bagaimana engkau ingin beribadah padahal engkau dalam kekenyangan? Bagaimana engkau ingin mencintai Allah padahal engkau cinta pada dunia? Bagaimana mungkin engkau takut pada Allah padahal engkau takut miskin?

Bagaimana mungkin engkau bersikap warak padahal engkau tamak terhadap dunia? Bagaimana engkau ingin mendapat redha Allah tanpa menolong fakir miskin? Bagaimana mungkin engkau mendapat redhaNya padahal engkau bakhil? 

Bagaimana engkau ingin mendapat syurga, padahal engkau cinta terhadap dunia dan suka pada pujian?

Bagaimana mungkin engkau berharap akan meraih kebahagiaan hidup dalam keadaan engkau sangat miskin pengetahuan?"

PERINGATAN KE 20

Allah berfirman :

Wahai manusia! Tak ada kehidupan yang lebih bermakna sebagaimana halnya menjalankan peraturan agama.

Tiada sikap konsisten dalam menjalani aturan Tuhan yang lebih utama sebagaimana halnya menjaga diri dari menyakiti orang lain.

Tiada cinta yang lebih mulia dibanding dengan kesopanan.

Tiada penyelamat yang lebih utama berbanding pertaubatan.

Tiada ibadah yang utama sebagaimana ilmu.

Tiada sembahyang yang lebih utama sebagaimana halnya rasa takut kepada Allah.

Tiada keberuntungan yang sangat bernilai seperti halnya kesabaran.

Tiada kebahagiaan sempurna seperti pertolongan Tuhan.

Tiada perhiasan yang lebih indah daripada akal.

Tiada cinta kasih yang melebihi sifat santun.

Wahai manusia! Konsentrasikan seluruh hidupmu untuk beribadah kepada-Ku, maka Aku akan memenuhi hatimu dengan kekayaan, memberkati rezekimu dan memberi kesegaran pada badanmu.

Janganlah engkau sampai melupakan Aku. Sebab jika engkau melupakan diri-Ku, maka Aku memenuhi hatimu dengan kefakiran, badanmu akan merasa kepayahan dan keletihan dan dadamu akan sesak dalam kesusahan.

Andai engkau memperhatikan dengan sungguh-sungguh pada usiamu yang masih tersisa, nescaya engkau tidak akan membiarkan angan-anganmu terus membumbung.

Wahai manusia! Dengan kesehatan yang Kuberikan, engkau menjadi kuat menjalankan perintah-Ku.

Dengan pertolongan-Ku, engkau mampu menunaikan kewajipan yang Kubebankan padamu.

Dengan rezeki-Ku, engkau dapat melakukan derhaka kepada-Ku.

Dengan kehendak-Ku, engkau boleh berbuat sesukamu.

Dengan keinginanKu, engkau boleh menginginkan apa yang kau inginkan untuk dirimu.

Dengan nikmat-Ku, engkau mampu  berdiri, duduk dan pulang kembali. Dengan perlindungan-Ku, engkau bisa menjalani hari-harimu. Dalam kurnia-Ku, engkau hidup.

Dengan nikmat-Ku, engkau berpaling.

Dengan kesehatan yang Kuberikan, engkau mempertampan diri. Kemudian engkau melupakan Aku dan mengingat yang lain. Mengapa tidak engkau penuhi hak-Ku dan mengapa pula engkau tidak mau bersyukur kepada-Ku?

PERINGATAN KE 21

Allah berfirman :

“Wahai manusia! Kematian akan menyingkap seluruh rahsiamu. Kiamat akan mengungkap catatan amal perbuatanmu. Siksa akan merobek selubungmu.

Jika engkau melakukan perbuatan derhaka, janganlah engkau melihat pada kecilnya perbuatan itu. Tapi lihatlah, kepada siapa engkau berbuat derhaka.

Jika engkau diberi rezeki, janganlah engkau lihat pada kecilnya rezeki itu. Tapi lihatlah pada siapa yang memberi rezeki.

Janganlah engkau menganggap remeh dosa kecil, kerana engkau tidak tahu dengan dosa yang manakah engkau berbuat derhaka kepada-Ku.

Janganlah engkau merasa aman dari tipu daya-Ku, kerana tipu daya-Ku jauh lebih halus dibanding dengan seekor semut hitam yang berjalan di atas batu hitam pekat pada malam hari yang gelap gelita.

Wahai manusia! Pernahkah engkau berbuat derhaka kepada-Ku, lalu engkau ingat pada murka-Ku? Sudahkah engkau menjauhi larangan-Ku? Sudahkah engkau melaksanakan kewajipan sebagaimana perintah-Ku?

Sudahkah engkau menyantuni orang-orang miskin dengan sebahagian hartamu?

Adakah engkau tetap bersikap baik terhadap orang yang berbuat jahat padamu? Apakah engkau telah memaafkan pada orang yang berbuat aniaya padamu? Adakah engkau tetap menyambung tali persaudaraan dengan orang yang memutus tali persaudaraan? Adakah engkau tetap menepati janjimu pada orang yang mengkhianatimu? Adakah engkau tetap mau berkata-kata dengan orang yang tidak mau menyapamu?

Apakah engkau telah mendidik anakmu?

Senangkah engkau pada tetanggamu?

Pernahkah engkau menanyakan persoalan agama dan duniamu pada ulama?

Sesungguhnya Aku tidak melihat bentuk rupamu, tidak juga pada ketampananmu. Tapi Aku melihat pada hatimu. Dan Aku senang padamu dengan sifat-sifat itu.”
 
PERINGATAN KE 22 :

Allah berfirman :

"Wahai manusia! Cuba arahkan perhatianmu pada dirimu sendiri dan pada semua ciptaan-Ku. Jika engkau menemukan dzat yang lebih agung dibanding dengan dirimu, maka jadikanlah keagungan dzat itu milikmu. Jika tidak, maka muliakanlah dirimu dengan pertaubatan dan amal kebajikan.

Ingatlah nikmat Allah yang diberikan kepadamu dan perjanjian yang engkau ikrarkan, ketika engkau berkata,”Kami dengar dan kami patuh.”

Takutlah kamu pada Allah sebelum terjadi hari kiamat, hari yang satu dengan lainnya saling menyalahkan, hari kenyataan. Pada hari itu, sehari sama dengan lima puluh ribu tahun lamanya.

Hari itu adalah hari di mana semua mulut tidak dapat berbicara dan tidak diizinkan untuk memberi alasan. Hari itu adalah hari kehancuran, hiruk-pikuk jerit tangis yang meraung-raung dan masamnya semua raut muka.

Hari itu tak ada satu jiwa pun yang berkuasa atas jiwa yang lain.

Segala urusan pada hari itu hanya milik Allah semata.

Hari itu adalah hari kehancuran, kegoncangan dan porak poranda. Hari itu semua gunung bergoncang, semua ikatan terlepas dan kehancuran amat cepat. Hari itu adalah hari yang penuh dengan jeritan dan tangis yang memilukan.

Pada hari itu seorang anak muda akan menjadi beruban secara tiba-tiba.

Janganlah engkau bersikap seperti orang-orang yang menyatakan, kami mendengar, padahal sebenarnya mereka sama sekali tidak mendengar.”

PERINGATAN KE 23 :

Allah berfirman :

“Wahai orang-orang yang beriman! Berzikirlah pada Allah sebanyak-banyaknya dan bertasbihlah pagi dan petang.

“Wahai Musa ibn. `Imran Sang penerima Taurat! Dengarkan firman-Ku : Aku adalah Maha Penguasa lagi Maha Pembalas. Antara Aku dan engkau tak ada perantara.

Sampaikanlah pada pemakan riba bahawa murka Tuhan dan siksa api neraka yang berlipat-ganda.

Wahai manusia! Apabila engkau mendapati hatimu keras, rasa sakit di badanmu, kesulitan dalam rezeki dan kekurangan dalam hartamu, ketahuilah sesungguhnya engkau telah berkata-kata yang tidak ada gunanya bagimu.

Wahai manusia! Agamamu tidak akan pernah tegak lurus hingga perkataanmu lurus dan benar. Perkataanmu tidak akan bisa lurus dan benar hingga dirimu memiliki rasa malu pada Tuhanmu.

Wahai manusia! Apabila engkau hanya sibuk memperhatikan aib orang lain dan melupakan aibmu sendiri, maka engkau sungguh telah membuat setan senang dan membuat Sang Rahman murka.

Wahai manusia! Lidahmu adalah serigala. Jika kau membiarkannya liar, ia akan membunuhmu. Kehancuranmu disebabkan oleh mulutmu yang tak terkendali.”

PERINGATAN KE 24 :

Allah berfirman :

“Wahai manusia! Sesungguhnya setan itu adalah musuh bagimu. Kerana itu jadikanlah dia sebagai musuh.

Ketahuilah bahawa suatu hari engkau dikumpulkan secara berbondong-bondong, berdiri di hadapan Tuhanmu dengan berbaris dan membaca catatan amal perbuatanmu huruf demi huruf. Dan engkau dimintai dipertanggungjawapkan amal perbuatanmu baik tersembunyi maupun yang terang-terangan.

Pada hari itu Ku kumpulkan orang-orang yang bertakwa menuju Tuhan sebagai tamu kehormatan dan Ku-mengiringi orang-orang derhaka ke neraka Jahanam dalam keadaan haus dahaga. Bagimu ada janji dan ancaman.

Aku adalah Allah. Tiada sekutu bagi-Ku. Tiada penguasa yang berkuasa seperti kekuasaan-Ku.

Barangsiapa berpuasa masa hidupnya dengan ikhlas, maka Aku akan berikan santapan kepadanya dengan aneka jenis hidangan-Ku.

Barangsiapa menjalani sembahyang pada malam hari, maka akan Ku-berikan kedudukan yang tinggi.

Barangsiapa yang menjaga matanya dari sesuatu yang haram, Aku selamatkan dari siksa api neraka-Ku.

Aku adalah Tuhan maka kenalilah Aku. Akulah Sang Pemberi nikmat. Berterima kasihlah kepada-Ku. Akulah Sang pelindung, maka berlindunglah pada-Ku. Akulah Sang Pembela, maka minta tolonglah pada-Ku. Akulah Sang Maha Pengampun, maka mintalah ampun pada-Ku. Akulah Sang Zat yang dituju, maka hampirilah pada-Ku. Akulah Sang Pemberi, maka mintalah pada-Ku. Akulah Zat yang disembah, maka beribadahlah pada-Ku.

Aku adalah Sang Maha Mengetahui, maka berhati-hatilah terhadap Ku.”

PERINGATAN KE 25

Allah berfirman :

"Wahai manusia! Allah bersaksi bahwa tiada tuhan selain Dia. Para malaikat dan orang-orang yang berilmu tegak berdiri dengan adil.

Tiada tuhan kecuali Dia. Dialah yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana.

Sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah adalah agama islam. Barangsiapa menjadikan selain Islam sebagai agamanya, ia tidak akan diterima. Dan di akhirat ia termasuk golongan orang-orang yang merugi.

Allah menyampaikan khabar gembira pada semua makhluk yang berbuat baik bahawa syurga sebagai balasannya. Barangsiapa yang yakin pada Allah tanpa sekutu, lalu ia patuh dan tunduk, ia akan selamat.

Barangsiapa kenal setan, lalu ia menentangnya, maka ia akan selamat.

Barangsiapa tahu kebenaran, lalu ia mengikutinya, maka ia akan aman.

Barangsiapa tahu kebatilan, lalu menghindarinya, maka ia akan beruntung. Barangsiapa tahu setan dan dunia, lalu meninggalkannya, maka ia akan bahagia.

Barangsiapa tahu tentang akhirat, kemudian ia mencarinya, maka ia akan mendapat petunjuk.

Sesungguhnya Allah memberi petunjuk kepada siapa saja yang Dia kehendaki dan kepada-Nya kamu akan kembali.

Wahai manusia! Apabila Allah telah menjamin rezekimu mengapa engkau masih terus risau kepadanya? Jika Allah akan mengganti, mengapa engkau bakhil?

Jika engkau tahu Iblis itu musuh Allah, mengapa engkau masih juga melupakan Tuhan?

Jika engkau tahu bahwa siksa itu berupa api neraka, mengapa engkau masih juga bersantai?

Jika engkau tahu bahwa pahala Allah itu berupa syurga, mengapa engkau masih juga berbuat derhaka?

Jika engkau tahu bahwa segala sesuatu itu terjadi kerana suratan takdir-Ku, mengapa engkau masih gundah-gulana?

Janganlah kamu sekalian berpatah harap atas kegagalan dan jangan gembira secara berlebihan atas keberhasilan.

Allah tidak suka pada orang-orang sombong lagi angkuh.”

Sumber : Al-Mawa'izh Al-Ahadith al-Qudsiyyah, Al-Imam Ghazali

Bersambung .....

Sunday 20 August 2017

SANDARAN MUKMIN

"Sebagai seorang yang beriman bertuhankan Allah SWT, jangan bersandar kecuali kepada Allah. Di dalam apa jua keadaan dan masalah yang tiada satu pun makhluk Allah mampu selesaikan.

Jika mengikut mentaliti orang yang beriman apabila berhadapan dengan masalah, mereka tidak akan menggunakan hukum logik & akal. Akan tetapi, mengutamakan Tuhan yang mencipta akal."

#darulmurtadza #sunnah #selawat #adab #akhlak #islam #hadith #alquran

TAQARRUB

(Taqarrub) bererti menghampirkan diri kepada Allah S.W.T. Satu usaha yang dilakukan oleh seorang hamba untuk mendapatkan kasih (hubb) illahi. Taqarrub merupakan satu martabat pengabdian yang tinggi, melebihi amalan-amalan biasa yang sewajarnya dilaksanakan.

"Bertaqarrub" bererti melakukan amalan-amalan sunat (nawafil) secara terus-menerus. Allah S.W.T berjanji bahawa Ia akan mengasihi orang yang berkenaan. Apabila Allah S.W.T mengasihi seseorang, Allah S.W.T akan memberi kekuatan fizikal, iaitu telinga,mata, tangan dan kaki, juga kekuatan mental. Apabila orang yang berkenaan memohon, Allah S.W.T akan memperkenankan dan akan melindunginya andai ia memohon perlindungan.

Martabat taqarrub tidak akan diperolehi oleh seseorang sehingga Allah S.W.T mengasihi orang yang berkenaan. Ini bermaksud bahawa pembentukkan sifat taqarrub itu adalah semata-mata kerana belas ehsan serta kemurahan Allah S.W.T jua.

Diantara kaedah atau cara untuk bertaqarrub kepada Allah S.W.T ialah dengan melakukan amal ibadat pada hari-hari Jumaat, berpuasa sunat pada masa-masa tertentu,beribadah pada malam hari dengan melakukan Sembahyang Tahajud, Tasbih, Wirid dan lain-lain termasuk membaca Al-Quran.

Bertaqarrub bererti berilmu. Hamba yang kuat beribadah (abid) tetapi tidak berilmu itu sebenarnya tidak ubahnya seperti orang yang berjaya melakukan sesuatu tetapi hanya berupaya melepaskan tanggungjawab diri yang perlu dipikul. Untuk mempertahankan keyakinan yang dimiliki itu seseorang itu kadang-kadang menemui kegagalan. Seumpama orang yang bertaklid yang melakukan sesuatu secara ikut-ikutan, bukan daripada keyakinan diri.

Bertaqarrub juga bererti berusaha dengan akal dan kekuatan yang dikurniakan kemudian bertawakal, menyerah diri kepada Allah S.W.T. Ini bererti Allah S.W.T itu merupakan tempat berlindung yang sebenar. Orang yang bersandarkan atau hidup mengharapkan kepada orang lain akhirnya akan kecewa kerana manusia itu akan pupus.

Begitulah halnya dengan orang yang bersandarkan kepada kekuatan meterial dan sebagainya. Hal yang demikian tidak berlaku padaNya. Allah S.W.T itu tetap kekal (Qadim). Berdasarkan keterangan tersebut tidak peliklah kalau jiwa orang yang bertaqarrub kepada Allah S.W.T itu sentiasa tenang dan damai kerana tempat ia besandar dan berlindung itu tetap kekal (Qadim), Maha Agung lagi Perkasa.

Taqarrub dapat juga bererti ikhlas iaitu melakukan sesuatu kerana Alllah S.W.T. Oleh sebab orang yang bertaqarrub itu menyandarkan diri kepada Allah S.W.T, maka segala tindak tanduknya adalah kerana Allah S.W.T. Dengan menggunakan akal untuk memilih, orang yang bertaqarrub tidak akan menyeleweng, juga tidak takut melaksanakan sesuatu yang hak. Itulah sebabnya orang yang bertaqarrub itu orang yang berjaya hidupnya di dunia dan di akhirat.

Sesungguhnya bertaqarrub adalah jalan yang perlu dilalui oleh setiap orang yang inginkan kejayaan, ketenangan jiwa dan keamanan di dunia dan di akhirat.

Diambil dari petikan :
"TAQARRUB AMALAN MENGHAMPIRKAN DIRI PADA ILLAHI"
oleh Dr.Amran Kasimin (1991)

Saturday 19 August 2017

KISAH PENGORBANAN

Suatu ketika Syeikh Abdullah bin Mubarak RA bertekad untuk menunaikan ibadah haji dan telah menyiapkan biaya yang cukup.

Kemudian ketika ia sampai di satu daerah ia melihat seekor burung mati tergeletak di jalan. Ia kemudian menyuruh sahabat-sahabat yang menemaninya untuk membuangnya ke tempat sampah beberapa meter di depannya.

Para sahabatnya bergegas menuruti perintahnya dan mendahului Abdullah bin Mubarak dan membuang bangkai burung tersebut ke tempat sampah.

Saat Abdullah bin Mubarak sampai di tempat sampah di mana bangkai burung tersebut dibuang, ia melihat seorang perempuan keluar dari sebuah rumah dekat tempat sampah.

Perempuan tersebut mengambil bangkai burung di tempat sampah tersebut. Kemudian burung tersebut dibawa kembali ke rumahnya. Abdullah bin Mubarak terdiam dan bertanya ihwal mengambil bangkai burung yang telah dibuang oleh sahabatnya.

“Menjauhlah dariku,” pinta perempuan itu. Kemudian Abdullah bin Mubarak terus bertanya kepadanya, hingga perempuan itu menjawab, “Sesungguhnya aku punya anak-anak lelaki yang kelaparan dan menangis sejak tiga hari lalu. Dalam kondisi seperti ini aku fikir bahwa bangkai ini halal.”

Abdullah berkata, “Aku kemudian melepaskan ikat pinggangku dan kupenuhi dengan uang yang sedianya akan kugunakan untuk biaya haji.” Aku berkata kepada perempuan yang lapar itu.

“Ini sebagai ganti hajiku,” kemudian aku berlalu. Saat orang-orang menunaikan haji kembali mereka mengucapkan selamat kepadaku.

Aku berkata, “Aku tidak meninggalkan negaraku. Ada berita apakah gerangan?.”

Saat aku kembali ke rumah, aku tertidur dan melihat Rasulullah Saw dalam tidurku bersabda kepadaku, “ketika engkau menyerahkan dinarmu, dan melepaskan kesulitan perempuan dan anak-anak yatimnya, maka Allah mengutus malaikat yang menunaikan haji setiap tahun dalam rupamu sampai hari kiamat dan menjadikan pahala haji itu untukmu.”

Syeikh Abdullah Ibnu Mubarak RA
Allahumma Salli Ala Sayyidina Muhammad Wa Barrik Wa Sallim.

KISAH SI ABID DAN REZEKI

Kisah seorang abid yang hidupnya sentiasa berpindah randah dari satu masjid ke satu masjid untuk beribadah kepada Allah.

Satu hari,  si abid telah datang ke sebuah masjid yang majoriti penduduknya adalah beragama Islam.

Tinggallah si abid di masjid tersebut dan seperti biasa beliau menjalani rutinnya.

Setelah hampir sebulan di situ,  kehadirannya mula menarik perhatian dan menjadi pertikaian oleh penduduk-penduduk kampung. 

Penduduk kampung mula merasa gelisah kerana si abid itu tidak bekerja untuk menampung perbelanjaan keperluan hidupnya.

Penduduk kampung menyoal si abid siapakah yang menampung perbelanjaan sehariannya.  Si abid pun menjawab bahawa segala keperluan dan makanannya telah dikurniakan oleh Allah. 

Maka kecohlah kampung tersebut kerana tidak percaya dan menyangkakan bahawa si abid tersebut telah menjadi gila.

Setelah beberapa kali si abid disoal soalan yang sama,  maka barulah si abid tersebut menjawab bahawa sebenarnya segala perbelanjaannya telah dibiayai oleh orang-orang yahudi.

Jawapannya ini telah menimbulkan kemarahan penduduk kampung tersebut dan mereka bertindak menghalau si abid tersebut.

Maka si abid tersebut bersetuju untuk keluar dari Kampung tersebut sambil berkata : Apabila aku mengatakan bahawa Allah yang mengurniakan rezeki kepada diriku,  tidak ada siapa yang mahu percaya tetapi apabila aku mengatakan bahawa manusia yang memberikan rezeki, kamu mempercayainya kerana hati-hati kamu hanya bergantung kepada sesama manusia dan bukan lagi kepada Sang Pencipta.

=======

Inilah iktibar yang boleh kita ambil agar kita kembali bertawakal kepada Allah. Dan tawakal ini bukanlah untuk menunjukkan kesombongan, kebesaran diri dan kemegahan tetapi bagi menzahirkan sifat Allah yang Maha Besar.

Apatah lagi untuk bertujuan memutuskan silatur rahim dengan menjauhkan diri dari manusia serta melanggar peraturan yang ditetapkan oleh pemerintah.

Sebagai contoh, konsep tawakal tidak pernah menghalang seorang yang bertawakal itu mengambil lesen kenderaan tetapi sebaliknya bahawa kerana beramal dengan konsep tawakal itulah seseorang itu sentiasa berusaha mentaati peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak yang berkuasa.

Dalam disiplin ilmu tarekat sebagaimana yang terdapat di dalam Kitab Lawaqih Anwarul Qudsiah Fi Ma'rifati Qawa'id Sufiyyah karangan Imam Abdul Wahab al-Sya'rani r.a bahawa sekiranya seorang guru mengeluarkan murid dari madrasahnya adalah setelah murid tersebut melakukan kesalahan yang berkali-kali (kebiasaannya guru telah memberi peluang sebanyak tiga kali).

Namun begitu,  sudah menjadi kebiasaan juga sang guru tidak mengeluarkan murid itu tadi tetapi dibiarkan sahaja kerana kasih dan bimbangnya sang guru itu terhadap muridnya agar tidak menjadi lebih buruk lagi sekiranya dikeluarkan. Tetapi tetap menjadi kebiasaan murid itu tadi mengeluarkan dirinya sendiri dari madrasah dan kasih gurunya itu kerana sifat sombong serta kejahilannya. Maka fahamilah...

BERHATI-HATILAH DENGAN FIRASAT ORANG MUKMIN

Berhati-hatilah dan beradablah kamu ketika kamu sedang duduk bersama dengan sebahagian orang. Baik itu ketika kamu bersama Para Auliya, Para Ulama dan orang-orang soleh.

Sebahagian mereka itu dapat mengetahui apa-apa yang berada di dalam hati kamu, apa yang kamu fikirkan. Dengan cahaya yang Allah berikan kepada mereka sebab itu Rasulullah ﷺ bersabda "Takutlah kalian dengan firasat orang mukmin kerana sesungguhnya mereka memandang dengan cahaya Allah."

Semuanya adalah kurniaannya Allah, kekuasanya Allah. Tiada apa yang mustahil bagi Allah. Mereka melihat dengan cahayanya Allah. Kekuatan dari Allah, cahaya dari Allah, anugerah dari Allah. Semuanya adalah milik Allah سبحانه  وتعالى.

Oleh kerana itu, buat apa kita sibukkan diri kita dengan perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat? Memenatkan otak kita memikirkan hubungan kita dengan manusia? Untuk apa kita habiskan waktu-waktu kita dengan perkara yang sia-sia?

Apa yang kita perlukan adalah untuk menambah hubungan kita dengan Allah سبحانه  وتعالى. Menambah kecintaan kita kepada Allah dan Baginda Rasulullah ﷺ. Bagaimana kita ingin menambah hubungan kita dengan Allah?

Iaitu dengan kita beradab dengan Allah سبحانه  وتعالى menunaikan segala haknya Allah, kita beradab dengan Baginda Rasulullah ﷺ dengan kita menghidupkan sunnah-sunah Baginda ﷺ dalam kehidupan kita.

Dan juga kita menghormati dan beradab dengan Ahlul Bait dan Para Sahabat Baginda Nabi ﷺ. Begitu juga dengan Para Auliya, Para Ulama dan orang-orang soleh.

Muliakan mereka yang dimuliakan oleh Allah, pandanglah mereka dengan pandangan penuh takzim dengan harapan mudah-mudahan Allah memandang hati kita kerana pandangan mereka itu tidak sama seperti pandangan kita. Pandangan mereka yakni Kekasih-Kekasih Allah itu dapat menembusi kepada hati kita.

[SYEIKH AWN BIN MU'EEN AL-QODDOUMI HAFIDZOHULLAH]

FB: The Capal

TIDAK AKAN KAMU MENDAPAT CINTA ALLAH سبحانه وتعالى MELAINKAN KAMU MENCINTAI NABI MUHAMMAD ﷺ

Bilamana kita menyebutkan nama orang-orang soleh maka Allah سبحانه  وتعالى akan turunkan rahmat-Nya. Apatah lagi bilamana kita menyebutkan nama Baginda Nabi Muhammad ﷺ maka sudah tentulah rahmat Allah سبحانه  وتعالى akan mencurah-curah turun di dalam majlis.

Begitulah keadaannya di dalam kehidupan kita sehari-hari. Bilamana kita menghadapi masalah di dalam kehidupan kita, hati kita tidak tenang dan sebagainya maka perkara yang paling sesuai kita lakukan adalah memperbanyakan selawat kepada Nabi Muhammad ﷺ.

Semakin banyak seseorang itu berselawat kepada Nabi Muhammad ﷺ, semakin dia ingin dekat kepada Nabi Muhammad ﷺ, semakin dia ingin mencintai Nabi Muhammad ﷺ maka ketahuilah inilah di antara salah satu perkara yang akan mendekatkan seseorang kepada Allah سبحانه  وتعالى yang akan mendapatkan cinta Allah  سبحانه  وتعالى.

Oleh kerana itu, kita sebagai seorang ayah ataupun sebagai seorang ibu dan seorang anak haruslah kita mengambil berat mengenai Baginda Nabi Muhammad ﷺ dengan kita mengambil tahu mengenai sirah Nabi Muhammad ﷺ sehingga ianya masuk ke dalam hati dan fikiran kita untuk kita menjadikannya sumber kepada diri kita untuk mengetahui apakah keadaannya Nabi Muhammad ﷺ.

Ketahuilah barangsiapa yang mencintai Nabi Muhammad ﷺ maka Allah  سبحانه  وتعالى akan mencintainya dan barangsiapa yang membenci Nabi Muhammad ﷺ maka Allah سبحانه  وتعالى akan membenci kepadanya.

Di dalam hadis Nabi ﷺ bersabda yang maksudnya " Cintailah Allah kerana kenikmatan yang dilimpahkan-Nya pada kalian dan cintailah aku kerana kecintaan kalian kepada Allah dan cintailah Ahlul Bait ku kerana kecintaan kalian kepadaku."

Hari ini kita lihat ramai orang semakin jauh daripada agama kita, semakin jauh daripada Allah سبحانه  وتعالى. Kerana apa? Disebabkan hari ini ummat islam itu sendiri kurang mengambil berat dengan mengikuti sifat-sifat Nabi Muhammad ﷺ. Tidak mencontohi kepada adab dan akhlak yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad ﷺ.

Sekiranya kita memakaikan sifat-sifat Nabi Muhammad ﷺ di dalam kehidupan kita maka di situ akan mendatangkan cahaya yang akhirnya ianya akan dapat memanggil masyarakat ke arah kebaikan dan menuju kepada keabdian kepada Allah سبحانه  وتعالى.

Nabi ﷺ bersabda di dalam sebuah hadis yang maksudnya " Tidak sempurna iman kalian sehingga aku lebih dicintainya dari ayah ibunya dan anaknya dan seluruh manusia." Oleh kerana itu, kemuliaan seseorang itu adalah bilamana setiap harinya dia semakin dekat dan bertambah kecintaannya kepada Allah سبحانه  وتعالى dan Nabi Muhammad ﷺ.

[SYEIKH AWN BIN MU'EEN AL-QODDOUMI HAFIDZOHULLAH]

50 AQIDATUL IMAN YANG PERLU KITA SEMUA TAHU, FAHAM DAN INGAT TIDAK KIRA LELAKI MAHUPUN PEREMPUAN DAN BELAJARLAH SIFAT 20 UNTUK MEMBERSIHKAN HATI.

Keimanan kepada Allah:

1)Sifat Wajib ada 20

2)Sifat Mustahil ada 20

3)Sifat Harus (Jaiz) ada 1

Jumlahnya = 41

Keimanan kepada Rasul:

1)Sifat Wajib ada 4

2)Sifat Mustahil ada 4

3)Sifat Harus (Jaiz) ada 1

Jumlahnya = 9

Makanya jadilah kesemuanya 50 aqidatul iman yang wajib diketahui oleh tiap-tiap orang islam yang baligh lagi berakal baik itu orang lelaki mahupun orang perempuan.

KENAPA ILMU TAUHID INI PERLU KITA PELAJARI DAHULU?

Di dalam ajaran Islam secara umumnya ilmu-ilmu yang penting itu boleh dibahagi kepada 3 bahagia iaitu:

1)Usulluddin / tauhid (Aqidah)

2)Feqah / ibadah (Syariat)

3)Tasawwuf (Akhlak)

Tiga ilmu  ini merupakan tiga serangkai yang tidak boleh dipisah-pisahkan. Kalau dipisah-pisahkan salah satu daripada tiga serangkai itu maka akibatnya rosaklah yang lainnya. Ertinya amalan Islam itu menjadi sah apabila ketiga-tiga ilmu tersebut dilaksanakan sekaligus dan serentak. Ia tidak boleh sama sekali diamalkan satu-satu sahaja tanpa yang lain.

Umpamanya kita nak keluar rumah pergi bekerja pakai baju, pakai seluar tapi tak pakai kasut. Ataupun kita pakai seluar, pakai kasut tapi kita tak pakai baju. Begitulah sebaliknya. Ketiga-tiganya mestilah dipakaikan sekaligus yakni baju, seluar dan kasut. Tak boleh kita pisahkan walaupun satu pun.

Pesan Al-Fadhil Ustaz Azahar Hashim Al-Hadrami Hafidzohullah "Antum kena belajar ilmu tauhid ini. Zaman sekarang ini masalah aqidah sangat merisaukan dan membimbangkan. Kawan-kawan antum tak nak datang ngaji tauhid walaupun antum dah ajak tapi tetap mereka tak nak belajar juga maka antum sabar dan doakan mereka. Yang paling penting antum datang ngaji ilmu tauhid.

Hari ini tak ramai orang yang nak mengajar dan belajar ilmu tauhid. Kadang-kadang kita tak sedar benda yang kita buat itu benda yang bercanggah dengan tauhid Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Kita tak sedar!!! Sebab apa? Sebab kita tak nak ngaji, kita tak nak belajar kitab maka macam inilah yang jadi.

Cuba kita muhasabah diri kita masing-masing. Hari ini bila orang tanya kita siapa Tuhan kita? Majoriti 100% Ummat Islam mesti akan menjawab Tuhan aku Allah.

Cuba kita tanyakan balik diri kita. Jawapan kita itu cukupkah sekadar kita mengatakan "Tuhan aku adalah Allah". Kita cakap Tuhan kita adalah Allah tapi kita tak kenal dan tak tahu SIFAT-SIFAT ALLAH.

Ya Allah!!! Sekarang ini ramai yang mengatakan Tuhan ada di mana-mana. Agak-agaknya sah tak aqidahnya? Macam mana ini kalau kita tak belajar ilmu tauhid ini. Hari ini orang-orang Islam jangan dikatakan orang-orang awam bahkan ustaz-ustaz dan penuntut-penuntut ilmu sekalipun belajar tauhid langsung tak nak dengar. Tak nak belajar. Belajar tauhid tak best, bosan, tak faham. Bermacam-macam sebab dan alasan diberikan. Kenapa? Sebab merasakan masing-masing dah tahu pasal aqidah.

Islam itu zahir, dalam (batin) itu iman. Iman itulah masalah aqidah. Jaga-jaga ini hati-hati. Sebelum kita nak belajar ilmu-ilmu lain sedalam-dalamnya pastikan dulu ilmu tauhid kita ini dah kukuh dan benar.

Ilmu tauhid ini adalah semulia-mulia ilmu. Sebab itulah dikatakan awalluddin makrifahtullah. Awal-awal agama ialah mengenal Allah. Apabila seseorang itu tidak mengenal Allah maka segala amal ibadah yang ia kerjakan itu tidak akan sampai kepada Allah hatta syarat utama nak menjadi Para Auliya Allah sendiri pun mestilah mengenal Allah سبحانه  وتعالى.

Bagaimana kita nak membendung jejala aqidah yang meruncing pada masyarakat sekarang? Ini kerana masyarakat kita sekarang ini banyak yang tak belajar sifat 20. Kita tengok masalah wahabi ini tak reti bab tauhid ini, sifat 20 tak pandai.

Memang ilmu tauhid ini luas akan tetapi bab ketuhanan ini adalah satu bab yang penting dalam agama. Kalau tak ngaji sifat 20 atau tak reti ilmu tauhid ianya telah membuka pintu untuk menjadi kufur tanpa disedari.

Tak percaya kita tengok dalam wahabi. Golongan ini iktikad Tuhan itu bertempat. Mungkin ada yang bila belajar boleh faham tapi bila balik terus lupa. Ini kerana masalah hati.

Hari ini kita ngaji tapi belum tentu lagi kita boleh beramal. Nak beramal ini agak-agaknya apa senjata dia kita nak beramal? Ilmu macam-macam kita dah ada dah, dah tahu dah, dah khatam bermacam-macam kitab tapi masalah kita sekarang ini kenapa kita masih lagi berat dan susah nak beramal? Jawapannya untuk beramal ini perlulah adanya kebersihan hati.

Suatu hari Para Sahabat datang berjumpa Rasulullah ﷺ dan berkata "Ya Rasulullah kami ketika di hadapan mu Ya Rasulullah kami faham sangat apa yang engkau kata tapi bila kami balik rumah kami terlupa apa yang engkau kata." Maka Rasulullah ﷺ mengatakan "Itu namanya hati."

Sebab itulah hati ini perlu dorongan tak boleh duduk sorang-sorang. Tak nama hati itu sebagai hati melainkan berbolak balik. Hati kita ini berbolak balik tak menentu sebab itu yang tak faham itu sebenarnya bukan tak faham tapi masalah hati.

Kalau nak faham perlulah bersihkan hati. Hati itu yang paling penting kerana dalam hati itulah adanya roh. Dalam hati itulah adanya nafsu dan dalam hati itulah adanya nyawa.

[USTAZ AZAHAR HASHIM AL-HADRAMI HAFIDZOHULLAH]

HIDUPKAN HATIMU DENGAN KAMU DUDUK-DUDUK BERSAMA ORANG YANG DAPAT MENGHIDUPKAN HATI

Kita hidup di zaman yang pelbagai macam cabaran yang boleh membawa kita kepada kemaksiatan kepada Allah. Zaman di mana teknologi semakin lama semakin canggih. Begitu canggihnya teknologi ini maka berlakulah pelbagai kemaksiatan dan kelalaian kita kepada Allah سبحانه وتعالى.

Dan ingatlah bahawasanya setiap maksiat yang dilakukan itu adalah umpama satu titik noda yang mewarnai kepada hati kita sehingga hati itu menjadi gelap dengan banyaknya dosa yang dilakukan oleh seseorang sehingga jauh daripada rahmat Allah dan keras hatinya.

Demikian juga ketaatan yang dilakukan itu adalah umpama warna titik berwarna putih. Semakin banyak ketaatan yang dilakukan maka akan semakin mewarnai hati ini dengan sinar cahaya ketaatan kepada Allah.

Hati-hati seperti inilah yang akan membimbing seseorang untuk melakukan ketaatan kepada Allah seterusnya membuatkan seseorang itu semakin dekat dengan Allah dan mengharapkan keredhaan dari-Nya.

Berkata Imam Al-Ghazali Rahimahullah bahawasanya "Hati itu boleh dicari di tiga tempat. Carilah hati kita ketika membaca Al-Quran. Sekiranya kita tidak menemui hati kita ketika itu maka carilah ketika kita mengerjakan solat. Sekiranya kita masih tidak menemui hati kita maka carilah ketika kita sedang duduk bertafakur mengingati kematian.

Sekiranya kita masih tidak menemuinya maka pintalah hati yang baru daripada Allah kerana ketika itu hati kita sudah rosak, mati atau hilang dek kerana banyaknnya dosa-dosa yang telah menyebabkan penyakit hati menjadi parah."

Para Ulama mengatakan "Untuk menghidupkan hati yang sudah keras mahupun mati maka duduklah kalian bersama Para Ulama, orang-orang yang soleh, orang-orang yang dapat mengingatkan kamu kepada Allah dan juga hari akhirat maka nescaya hati kalian akan kembali disinari, dihidupkan kembali sepertimana turunnya hujan membasahi tanah-tanah yang menghasilkan tanaman."

Kita boleh mencari semua ini ketika mana kita pergi ke Rumah Allah, kita berada di majlis-majlis ilmu bukannya ketika kita sedang asyik bermain "social network" sehingga tiada masa untuk menjejakkan kaki ke Rumah Allah سبحانه وتعالى untuk duduk seketika mengambil faedah dimana tempat turunnya rahmat Allah سبحانه وتعالى.

[SYEIKH AWN BIN MU'EEN AL-QODDOUMI HAFIDZOHULLAH]

The Capal

TAK KENAL MAKA TAK CINTA.

SELAWAT DAN SALAMMU KEPADA NABI MUHAMMAD ﷺ ITU ADALAH TANDA CINTAMU KEPADA BAGINDA RASULULLAH ﷺ

Bagaimana untuk kita mencintai dan kasih kepada Nabi ﷺ? Kita berhajat kepada Allah سبحانه وتعالى untuk mengajar kita mencintai Nabi ﷺ.

Dan Allahسبحانه وتعالى menyebutkan orang-orang yang soleh, Para Auliya mereka yang dianggap Wali Allah. Mereka inilah yang sebenarnya yang boleh memberitahu kepada kita dan mengajar kita bagaimana nak mencintai Nabi ﷺ.

Kalaulah kita tak jumpa seorang Wali Allah ataupun orang-orang yang soleh yang boleh menunjukkan kepada kita bagaimanakah langkah-langkah untuk kita mencintai Nabi ﷺ maka cukuplah bagi kita untuk banyak menyebut selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ.

Para Ulama dan Para Solihin mengatakan "Kalau kita tak jumpa seorang guru, seorang pendidik yang boleh mendidik hati kita untuk mencintai Nabi ﷺ maka banyaklah kita untuk mengucapkan selawat dan salam ke atas Nabi ﷺ kerana itulah sebenarnya guru dan pendidik kita.

Bagaimana banyaknya selawat dan salam ke atas Nabi ﷺ dapat mendidik dan mengajar jiwa dan hati kita untuk mencintai Nabi ﷺ?

Cara pertama selawat dan salam ini boleh membantu kita untuk mencintai
kepada Nabi ﷺ kerana
selawat dan salam boleh menghapuskan dosa-dosa kita.

Disebutkan di dalam hadis yang sahih Nabi ﷺ bersabda "Barangsiapa yang berselawat keatas aku sekali maka Allahسبحانه وتعالى akan berselawat ke atasnya 10 kali. Dan barangsiapa yang berselawat 10 kali ke atas aku maka Allahسبحانه وتعالى akan berselawat ke atasnya 100 kali. Dan barangsiapa yang berselawat 100 kali ke atas aku maka Allahسبحانه وتعالى berselawat ke atasnya 1 000 kali. Dan barangsiapa yang berselawat ke atas aku 1 000 kali maka Allah سبحانه وتعالى akan mengharamkan jasadnya daripada disentuh api neraka."

Keduanya, di dalam hadis yang lain Nabi ﷺ menyebutkan "Tidaklah seorang daripada kamu bila mengucapkan selawat dan salam ke atas aku maka Allah akan sampaikan kepada aku dan roh aku akan menjawab salam dan selawat ke atasnya."

Bila kita sebut selawat dan salam kita kena betul-betul yakin Nabi  ﷺ bahawa Nabi ﷺ akan menjawab salam yang kita sampaikan.

Di dalam Al-Quran Allah menyebutkan maksudnya "Apabila kamu diberi salam ke atas kamu maka hendaklah kamu menjawab salam itu dengan lebih baik atau balaslah salam itu dengan yang serupa."

Maka Nabi ﷺ
mengimplikasi ayat ini dengan menjawab salam kita yang lebih baik. Bila kita menyebut salam dan selawat kepada Nabi ﷺ maka Nabi ﷺ akan menjawab, membalas salam kita dengan lebih baik dengan tambahan "Warahtullahi Wabarakatuh (Semoga Allah merahmati kamu dan memberkati kamu).

Seandainya kita menyampaikan salam ke atas Rasulullah ﷺ "Assalamualaika Ya Rasulullah." Maka jawapan Nabi ﷺ ke atas selawat kita adalah " Alaika salam warahmatullahi wabarakatuh Ya (nama kita) "

Inilah maknanya cara di mana selawat dan salam itu akan menambahkan kecintaan dan kasih kita kepada Nabi ﷺ. Kalau kita ini tak kasih kepada Nabi ﷺ maka sudah pasti Allah tak akan beri kita peluang untuk berbuat seperti itu.

Pesanan, nasihat guru kita Syeikh Feras Salou Ad-Dimasyqi Hafidzohullah supaya banyakkanlah kita menyebut selawat dan salam ke atas Nabi ﷺ. Kita semua sedar bahawa kita akan dihisab dan semua amalan-amalan kita yang akan memberi nur (cahaya) di dalam kubur.

3 amalan kita yang akan beri nur (cahaya) di dalam kubur.

1)Membaca Al Quran.

2)Zikirullah.

3)Selawat.

Bukannya ilmu kerana ilmu itu kalau kita tak ikhlas dalam menyebarkan ilmu maka ianya akan menjadi hujah, kecelakaan kepada diri kita di akhirat kelak.

BERUNTUNGLAH ORANG YANG MEMPERBANYAKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS NABI MUHAMMAD ﷺ

Melalui Nabi Muhammad ﷺ segala kekufuran, kegelapan terpadam di seluruh Tanah Arab. Begitu jugalah kalau kita nak memadamkan kegelapan yang ada di dalam diri kita carilah Nabi Muhammad ﷺ.

Di antara nama Nabi Muhammad ﷺ yang disebutkan di dalam hadis. Salah satunya adalah Al-Mahi yang bermakna yang memadamkan, menghapuskan. Melalui Nabi ﷺ, Allah سبحانه وتعالى telah memadamkan, menghapuskan kekufuran di seluruh Tanah Arab.

Kalaulah melalui Nabi ﷺ, Allah سبحانه وتعالى memadamkan kekufuran. Begitu jugalah melalui Baginda Nabi, Allah Taala memadamkan perkara-perkara yang lebih rendah daripada kufur seperti perkara dosa yang lebih kecil, kejahilan, kegelapan dan sebagainya.

Sebab itu Para Ulama mengatakan "Kalau kita menghadapi sesuatu perkara yang membimbangkan kita, yang menakutkan kita, yang merisaukan kita ataupun bala musibah yang kita terima maka hendaklah kita banyak memuji kepada Nabi ﷺ dengan kita menyebut salam dan selawat ke atas Baginda Nabi ﷺ nescaya dengan banyaknya selawat itu Allah سبحانه  وتعالى akan memadamkan segala yang kita bimbang, yang kita risau, yang kita takut, segala bala musibah yang kita hadapi."

Ini disebutkan di dalam sebuah hadis yang sahih yang mana seorang Sahabat Nabi ﷺ yang agung iaitu Saidina Ubai Bin Ka'ab Radhiyallahu'Anhu mengatakan kepada Nabi ﷺ.

"Ya Rasulullah. Aku banyak membaca selawat kepada kamu sehingga 1/3 waktu aku digunakan untuk membaca selawat ke atas kamu." Nabi ﷺ mengatakan "Itu adalah baik sekali namun kalau kamu tambahkan ianya akan menjadi lebih baik."

Kemudian, beliau mengatakan lagi "Sesungguhnya aku akan jadikan 1/2 daripada masa aku untuk membaca selawat ke atas kamu." Nabi ﷺ mengatakan "Itu adalah amat baik sekali tetapi kalau kamu tambah itu lagi baik."

Kemudian Saidina Ubai Bin Ka'ab Radhiyallahu'Anhu mengatakan "Kalau begitu aku akan gunakan seluruh masa yang aku ada untuk berselawat ke atas kamu." Akhirnya Nabi ﷺ mengatakan "Dengan itu segala perkara yang kamu risaukan akan dihilangkan, dicukupkan segala bagi kamu dan segala dosa kamu dihilangkan."

Ini yang disebutkan memadamkan dengan cara kita memperbanyakan selawat ke atas Nabi Muhammad ﷺ. Menyebut nama Nabi Muhammad ﷺ dengan itu Allah Taala akan mengampunkan dosa-dosa kita dan juga menghilangkan segala yang kita risaukan, bimbingkan serta cukupkan keperluan kita.

Dan ketahuilah segala selawat dan salam yang kita sampaikan itu sampai kepada Nabi Muhammad ﷺ. Segala amal kebaikan dan keburukan kita akan dilaporkan kepada Nabi Muhammad ﷺ.

Disebutkan di dalam sebuah hadis yang sahih. Kata Nabi ﷺ "Akan disembahkan kepada Baginda Nabi ﷺ segala amalan ummatnya pada setiap hari isnin dan khamis. Kalau aku dapati amalan ummat aku itu baik maka aku akan memuji kepada Allah سبحانه  وتعالى. Akan tetapi, kalau aku dapati amalan ummatku tidak baik, ada dosa dan kemaksiatan maka aku akan memohon keampunan kepada Allah, beristighfar kepada Allah سبحانه  وتعالى.

BILA MENDENGAR NAMA NABI MUHAMMAD ﷺ DISEBUTKAN MAKA BERSELAWATLAH

Suatu hari datang Malaikat Jibril عليه السلام kepada Nabi ﷺ ketika Baginda Rasulullah ﷺ sedang menaiki mimbar maka Nabi ﷺ mengucapkan "ameen". Kemudian Nabi ﷺ melangkah satu anak tangga lagi dan mengucapkan "ameen". Setelah itu Nabi ﷺ melangkah satu anak tangga lagi buat kali ketiga dan mengucapkan "ameen".

Maka Para Sahabat yang kehairanan melihat kelakuan Baginda Rasulullah ﷺ lantas bertanya. "Ya Rasulullah. Sungguh kami telah mendengar dari engkau pada hari ini sesuatu yang belum pernah kami dengar sebelum ini."

Lalu Nabi ﷺ mengatakan "Telah datang Malaikat Jibril عليه السلام  ketikamana aku menaiki anak tangga mimbar yang pertama maka Jibril عليه السلام mengatakan kepada aku "Ya Muhammad. Celakalah dan amat rugilah orang-orang yang jauh daripada rahmat Allah yang apabila masuk bulan ramadhan tetapi dia tidak diampunkan oleh Allah." Maka aku mengucapkan "ameen".

Kemudian apabila aku menaiki anak tangga yang kedua Jibril عليه السلام mengatakan "Ya Muhammad. Celakalah dan amat-amat rugilah orang yang mendapati ibu bapanya yang telah tua atau salah satu daripada keduanya tetapi keduanya tidak menyebabkan orang itu masuk syurga." Maka aku pun mengucapkan "ameen".

Akhir sekali ketika aku menaiki anak tangga yang ketiga Jibril عليه السلام mengatakan "Ya Muhammad. Celakalah dan jauhlah daripada rahmat Allah orang-orang yang apabila namamu disebutkan, dia tidak berselawat ke atasmu." Maka aku mengucapkan "ameen".

Selawat itu mengundang rahmat Allah. Bagaimana kita ingin mendapatkan cinta Allah kalau sekiranya kita jauh dari rahmat Allah. Dengan rahmat Allah lah kita dapat mencintai. Ketahuilah sesungguhnya orang-orang yang mencintai itu pasti akan selalu menyebut-nyebut nama kekasihnya.

Maka begitulah kita ini sekiranya kita ini benar mencintai kepada Nabi ﷺ pasti kita akan selalu menyebut nama Nabi Muhammad ﷺ, kita akan selalu berselawat kepada Baginda ﷺ.

Kalau seandainya kita ini masih lagi kurang berselawat ke atas Nabi ﷺ pada setiap hari maka itu membuktikan cinta kita kepada Nabi ﷺ masih lagi kurang.

[SYEIKH FERAS SALOU AD-DIMASYQI HAFIDZOHULLAH]

JOM KITA MEMPERBANYAKAN SELAWAT. JANGAN KITA JADI ORANG YANG BAKHIL

Apakah bukti kecintaan seseorang itu kepada Nabi Muhammad ﷺ? Di antara tanda-tanda kecintaan seseorang itu kepada Baginda Rasulullah ﷺ adalah pertama, dirinya akan mencontohi kepada Baginda Rasulullah ﷺ dengan mengikuti adab dan akhlak yang dicontohkan oleh Baginda Rasulullah ﷺ.

Kedua, dirinya akan selalu menyebut-nyebut nama Nabi Muhammad ﷺ dengan membicarakan mengenai sirah Nabi Muhammad ﷺ dan selalu memperbanyakan selawat kepada Baginda Rasulullah ﷺ.

Ketahuilah dengan kita memperbanyakan selawat ianya akan memberikan kesan yang begitu besar kepada diri kita, hati kita kerana selawat kepada Nabi Muhammad ﷺ akan dapat mendatangkan cahaya ke dalam hati kita, akan melembutkan hati kita dan menanamkan mahabbah, kecintaan kita kepada Baginda Rasulullah ﷺ.

Saidatina Aisyah Radhiyallahu'Anha menceritakan di dalam riwayat " Suatu hari ketika mana beliau sedang menjahit maka terjatuh jarum yang digunakannya. Sedang beliau mencari-cari jarum tersebut dalam kegelapan malam lalu masuk Nabi Muhammad ﷺ ke dalam bilik sehinggakan beliau dapat melihat dengan jelas jarum yang dicarinya itu dan diambil oleh beliau sambil tersenyum kepada Baginda Rasulullah ﷺ.

Lalu beliau mengatakan " Alangkah indahnya wajahmu, alangkah  bercahaya wajahmu Ya Rasulullah." Kata Rasulullah ﷺ " Wahai Aisyah. Benar wajahku bercahaya dan indah. Kamu tahukah nanti pada hari kiamat. Ada di kalangan ummatku nanti ada yang tidak dapat melihat keindahan wajah ini."

Sehinggakan kehairanan Saidatina Aisyah Radhiyallahu'Anha apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Rasulullah ﷺ. Lalu ditanya oleh beliau " Ya Rasulullah. Siapakah yang tidak dapat melihat keindahan wajahmu." Maka Nabi Muhammad ﷺ  mengatakan " Ianya adalah  orang yang bakhil."

Maka Saidatina Aisyah Radhiyallahu'Anha bertanya lagi " Siapakah orang yang bakhil itu Ya Rasulullah" Lalu Baginda Rasulullah ﷺ menjawab " Ianya adalah orang yang apabila disebutkan namaku di hadapannya dia tidak berselawat ke atasku."

[SYEIKH AWN BIN MU'EEN AL-QODDOUMI HAFIDZOHULLAH]

The Capal