Pages

Sunday 29 April 2012

MUAFIQ


Sesaorg makmum muafiq yg tertidur didlm Tahiyyat awal.
Apabila ia sedar didapati imam nya sudah rukuk @ hampir kepada rukuk,
Sedangkan ia nya belum lagi membaca Fatihah..
Soalan nya :
Bagaimana tentang bacaan Makmum tersebut..
Perlu dihabiskan @ turut rukuk bersama2 dgn imam ?

 ·  ·  · 19 jam yang lalu          




    • Sifu سيفو Silo mok ngoh...nok wak guano nihhh???..
      19 jam yang lalu · 


    • Sifu سيفو ‎* Maksud bacaan disitu ialah " Al-Fatihah " makmum tersebut..
      19 jam yang lalu · 

    • Jamaliah Omar sori abiii.. mokngoh x pandaiii..huhuhu..
      18 jam yang lalu ·  ·  1

    • Pak Su Khairol sahaja aku solat ......... 4 rakaat MENGIKUT IMAM kerana Allah Taala.

      dalam keadaan berjamaah walaupun Imam itu solat dalam keadaan duduk..maka makmum harus ikut duduk...maka kes ini makmun tak perlu menghabiskan bacaan fatiha dan terus mengikut imam.....

      17 jam yang lalu · 

    • Sifu سيفو ني كيس معموم موافيق ..... بوكن مسبوق....هي,هي,هيو
      3 jam yang lalu · 

    • Pak Su Khairol alamakkkkkk yee ke....salah jawab la ni...hihihihihi
      3 jam yang lalu ·  ·  2

    • Peronda Jaket Biru Pjb Dalam masaalah makmum muwafiq yg dinyatakan permasaalah diatas.
      Sepakat Ibn Hajjar dalam kitab nihayyah nya dan Syekh Ramli dalm Tuffah mengatakan..makmum tersebut tetap menjadi muafiq, yaitu dibenarkan kepada 3 rukun yang panjang.
      Yaitu wajib menghabiskan fatihah nya sebelum Imam sujud kedua..

      3 jam yang lalu ·  ·  2

    • Sifu سيفو Peronda Jaket Biru Pjb..permasalahaan tersebut termasuk didlm salah satu diantara 9 sebab sesaorg itu menjadi Muafiq..T.kasih.
      3 jam yang lalu ·  ·  2

    • Peronda Jaket Biru Pjb Bolehkah menghuraikan yang lain2 drp permasaalah tersebut, saya pun dalam kesamaran jugak ni..tentang makmum muwafiq..Sifu سيفو
      3 jam yang lalu ·  ·  2

    • Pak Su Khairol Makmum muafiq yang lambat bacaannya kerana was-was, tidak dimaafkan ketinggalan dari imam 3 rukun panjang, bahkan ia hendaklah menyempurnakan bacaannya sebelum imam turun untuk sujud. Jika tidak sempat menghabiskan bacaannya, hendaklah ia berniat mufaraqah. Jika tidak berniat mufaraqah sebelum imam turun sujud, dan sebaik imam turun sujud, batal solat makmum. (Makmum muafiq yang was-was dihukumkan seperti orang yang sengaja melambatkan bacaan Fatihahnya. Oleh itu tidak dimaafkan ketinggalan dari imam sebanyak 3 rukun panjang.)

    • Pak Su Khairol Makmum muafiq yang syak ia membaca Fatihah atau tidak, dan belum lagi rukuk sedangkan imamnya sudah rukuk. Maka makmum berkenaan wajib membaca Fatihah dan dimaafkan ketinggalan dari imam 3 rukun panjang. Jika makmum berkenaan belum selesai bacaan Fatihahnya sedangkan imam berpindah ke rukun ke-4 baginya, maka makmum berkenaan ketika itu membuat pilihan di antara mufaraqah atau terus mengikut imam. Jika makmum tidak membuat pilihan, apabila sampai sahaja imam kepada rukun ke-4, batal solatnya.

    • Pak Su Khairol Makmum muafiq yang syak membaca Fatihah atau tidak, kemudian rukuk bersama imam. Maka hukumnya makmum tersebut tidak boleh kembali untuk membaca Fatihah, bahkan wajib ia terus mengikut imam. Apabila imam selesai memberi salam, wajib ia menambahkan satu rakaat lagi.

    • Pak Su Khairol Makmum muafiq yang lupa membaca Fatihah semasa ia qiam bersama imam, dan terus lupa sehingga imam rukuk, sedangkan makmum masih belum rukuk. Kemudian baru teringat, maka wajib makmum membaca Fatihah dan tidak boleh ia rukuk bersama imam dan dimaafkan ia ketinggalan 3 rukun panjang dari imam.

    • Pak Su Khairol dalam kes diatas iaitu Sesaorg makmum muafiq yg tertidur didlm Tahiyyat awal.
      Apabila ia sedar didapati imam nya sudah rukuk @ hampir kepada rukuk,
      Sedangkan ia nya belum lagi membaca Fatihah..
      Soalan nya :
      Bagaimana tentang bacaan Makmum tersebut..
      Perlu dihabiskan @ turut rukuk bersama2 dgn imam ?


    • Pak Su Khairol i. Sheikh Ibn Hajar berkata: Makmum ini seperti orang yang masbuk (iaitu tidak boleh ketinggalan dari imam sebanyak 3 rukun panjang. Bahkan ia hendaklah membaca Fatihah sekadar yang dapat dan terus rukuk bersama imam. Jika ia sempat rukuk serta ada tomakninahnya, maka dikira dapat rakaat tersebut.

      ii. Sheikh Ramli berkata: Makmum tersebut seperti makmum muafiq (iaitu dimaaf ketinggalan 3 rukun panjang dari imam)

      9. Makmum muafiq yang ketinggalan dari imam. Apabila imam bertakbir untuk qiam, disangka imam duduk utk tasyahhud awal. Lalu ia duduk bertasyahhud. Ia mendengar imam bertakbir untuk rukuk, disangkanya bangun dari tasyahhud awal. Selepas itu baru makmum sedar bahawa takbir imam tadi untuk rukuk. Ada berlaku khilaf:

      i. Sheikh Ibn Hajar berkata: Makmum ini seperti orang yang masbuk (iaitu tidak boleh ketinggalan dari imam sebanyak 3 rukun panjang. Bahkan ia hendaklah membaca Fatihah sekadar yang dapat dan terus rukuk bersama imam. Jika ia sempat rukuk serta ada tomakninahnya, maka dikira dapat rakaat tersebut.

      ii. Sheikh Ramli berkata: Makmum tersebut seperti makmum muafiq (iaitu dimaaf ketinggalan 3 rukun panjang dari imam)-sama dengan di atas


    • Pak Su Khairol Makmum muafiq yang ketinggalan dari imam. Apabila imam bertakbir untuk qiam, disangka imam duduk utk tasyahhud awal. Lalu ia duduk bertasyahhud. Ia mendengar imam bertakbir untuk rukuk, disangkanya bangun dari tasyahhud awal. Selepas itu baru makmum sedar bahawa takbir imam tadi untuk rukuk.

    • Pak Su Khairol ada bebrapa pendapat disini antaranya :

    • Pak Su Khairol Sheikh Ibn Hajar berkata: Makmum ini seperti orang yang masbuk (iaitu tidak boleh ketinggalan dari imam sebanyak 3 rukun panjang. Bahkan ia hendaklah membaca Fatihah sekadar yang dapat dan terus rukuk bersama imam. Jika ia sempat rukuk serta ada tomakninahnya, maka dikira dapat rakaat tersebut.

    • Pak Su Khairol Sheikh Ramli berkata: Makmum tersebut seperti makmum muafiq (iaitu dimaaf ketinggalan 3 rukun panjang dari imam)-sama dengan di atas

    • Pak Su Khairol Makmum muafiq yang sama-sama membaca tasyahhud awal bersama imam. Apabila imam berdiri dari tasyahhud awal, makmum masih membaca tasyahhud awal. Apabila makmum berdiri dari tasyahhud awal, didapati imam sudah rukuk atau hampir hendak rukuk.........

    • Pak Su Khairol Sheikh Ibn Hajar berkata: Makmum ini tidak termasuk dalam kalangan muafiq (iaitu tidak boleh ketinggalan dari imam sebanyak 3 rukun panjang kerana dikira sebagai sengaja meninggalkan bacaan Fatihah. Bahkan ia hendaklah membaca Fatihah, dan jika dapat disempurnakan Fatihahnya, kemudian sempat rukuk bersama imam serta Tomakninah, maka dapat rakaat. Jika ia tidak sempat rukuk serta tomakninah, maka hendaklah ia mufaraqah sebelum imam turun sujud. Dan setelah mufaraqah dari imam, hendaklah ia melakukan aturan solat dengan berseorangan. Jika tidak mufaraqah, batal solat makmum.

      Sheikh Ramli berkata: Makmum tersebut seperti makmum muafiq (iaitu dimaaf ketinggalan 3 rukun panjang dari imam)-sama dengan di atas................................

      HARAP DISEMAK Abi Sifu سيفو/Peronda Jaket Biru Pjb dan sahabat2 yg lain..................


    • Pak Su Khairol Mufaraqah :

      Mufaraqah ialah niat untuk memisahkan diri dari mengikuti imam semasa mengerjakan solat berjamaah. Maksudnya dia meneruskan meneruskan solatnya secara sendiri tanpa perlu berhenti dan ulang semula solatnya.


    • Pak Su Khairol Antara perkara yang membawa kepada Keuzuran Yang Mengharuskan Mufaraqah:
      1. Imam membaca panjang sedangkan makmum ada keperluan
      2. Imam meninggalkan perkara sunat seperti qunut atau tahiyyat awal
      3. Sakit
      4. Bimbang dikuasai rasa mengantuk
      5. Bimbang terbatal solat seperti rasa nak kencing
      6. Bimbang kehilangan harta
      7. Bimbang ditinggalkan kawan
      8. Menyelamatkan orang yang lemas, atau seumpamanya.


    • Sifu سيفو terimo kaseh banyok2 Pak Su Khairol..diatah penjelasae yang jelah...tu lah yae tercatat dalae kitab munyatul musolli...

    • Pak Su Khairol sebenarnya abi...paksu pun masih dalam pembelajaran lg bab2 solat ni abi....terima kasih ye menegur td...paksu ingatkn masbuq...hihihihi
      46 minit yang lalu melalui mudah alih ·  ·  1