Pages

Wednesday 24 April 2013

HAKIKAT KEHAMBAAN...




.............Untuk membakar hangus segala mazmumah itulah maka perlu memiliki rasa kehambaan yang sangat kuat dan mendalam. Di antaranya rasa takut, malu, cemas, bimbang, hina diri, lemah, dhaif, serba kekurangan, tiada upaya, gementar, gerun, rasa berdosa, rasa bersalah, rasa cuai dan lalai, banyak cacat cela dan sebagainya.

 Kesan dari rasa kehambaan inilah hati (roh) akan terhindar dari rasa ketuanan seperti sombong, riyak, sum'ah, pemarah, hasad, tamak, bakhil, ego, dendam dan lain-lain. Oleh itu tajam dan suburnya rasa kehambaan itu perlu dimiliki setiap masa dan di mana jua.
 Serentak dengan itu mesti pula memiliki rasa berTuhan yang benar-benar dihayati dan sebati, terbenam di hati nurani. Rasa itu perlu melekat dan mencengkam di hati. Rasa-rasa itu seperti merasai Allah SWT Maha Agung, Maha Besar, Maha Hebat, Maha Mengetahui, Maha Mendengar, Maha Melihat dan sebagainya. Manifestasi dari rasa berTuhan ini maka subur segala sifat terpuji atau mahmudah seperti sabar, redha, tawakkal, ikhlas, pemurah, kasih sayang, muraqabah, jiwanya sentiasa hidup dan bersemangat, pengorbanannya luar biasa, kegigihannya luar biasa, kebaikan dan kebajikannya banyak. Hati terlalu sensitif dengan Tuhan.
 Rasa berTuhan ini menjadi benteng kukuh daripada dosa, maksiat dan mungkar. Dosa dibencinya, terbuat dosa resah jiwanya dan segera memohon ampun. Biar bagaimana keadaan mereka, tidak lalai atau hanyut oleh harta benda, pangkat, nama dan lain-lain. Mereka tiada sebarang kepentingan diri. Seluruh hidupnya dan apa yang dimiliki hanya untuk Allah SWT............................
 sekadar ingatan diri


HAKIKAT PERJUANGAN..

........Sepanjang zaman, siapa pun dan di mana sahaja di bumi Allah SWT ini kekuatan asas bagi pejuang Islam tidak pernah dan tidak akan berubah. Membaiki diri, keimanan, ketaqwaan, perpaduan dan kepimpinan adalah paling utama, terpokok dan terpenting untuk memperolehi kemenangan dan mencapai keagungan umat. Maka perkara-perkara tersebut wajib dimiliki tanpa berdolak dalik............ 

Wednesday 10 April 2013

MARAH ?? JANGAN NANTI KENA JUAL..


untuk reda kemarahan, InsyaAllah…
Daripada Sulaiman bin Surad RA katanya, “Pada suatu hari aku duduk bersama-sama Nabi SAW sedang dua orang lelaki sedang bermaki-makian di antara satu sama lain. Salah seorang daripadanya telah merah mukanya dan tegang pula urat lehernya. Lalu Rasulullah SAW bersabda”, “Sesungguhnya aku tahu satu perkataan sekiranya dibaca tentu hilang rasa marahnya jika dia kata (baca), “Auzubillahi minas syaitanir rajim (aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam) hilanglah marahnya.” Maka mereka pun berkata kepada (orang yang merah mukanya) bahawasanya Nabi SAW bersabda : Berlindunglah dengan Allah daripada syaitan yang direjam.Huraian Hadith:

1.Perasaan marah yang disemarakkan oleh syaitan boleh menyebabkan kemudaratan pada agama dan dunia, kerana itu untuk menghapuskan sebabnya (was-was syaitan) ialah dengan memohon perlindungan kepada Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud : “Dan jika kamu ditimpa satu godaan syaitan maka berlindunglah kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (al-A`raf: 200)

2.Meleraikan persengketaan yang berlaku antara dua pihak adalah dituntut oleh Islam.

3.Seseorang yang dalam keadaan marah hendaklah membaca taawuz (aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam) untuk mendapatkan kesabaran.

4.Orang yang alim(berilmu) hendaklah sentiasa menyampaikan (menyebarkan) ilmunya tidak kira masa dan tempat asalkan ilmu itu dapat dimanfaatkan (dinikmati).

Sesungguhnya kemarahan itu daripada syaitan dan dijadikan syaitan daripada api, dan api bolehdipadamkan dengan air, maka apabila seorang daripadakamu marah berwudhuklah.

(Hadith riwayat Abu Dawud, Ahmad danTabraniyy)

Kalau tak reda juga pergi bilik air, ambil wudu'. Kalau tak reda juga, jumpa pakar psikologi atau dapatkan berunding pakar mengawal kemarahan (anger management). Kita pun sudah melihat akibat daripada tidak mampu menahan nafsu amarah, anak kena dera, bergaduh dengan sahabat baik dan macam-macam lagi natijah yang buruk. Lelaki yang kuat bukan yang mampu menumbangkan lawan dengan kuderat tangannya, tapi lelaki yang kuat adalah yang mampu melawan nafsu amarahnya. Nasihat untuk kami juga...

SELEMBAR PANTUN SANG KHALIFAH



Assalamualaikum pembuka seloka
Seloka pantun paksu hari ini
Semakin sampai hari2 senja
Semakin risau dengan dosa2 diri........

Pokok sena rimbun lebat daunnya
Buat berteduh sepasang kekasih
Hati gundah zikir ubatnya
Lafaz lidah maksud dihati bertasbih........

Bercapal putih ke Kota Tinggi
Berkemeja merah sampai juga ke sana
Ziarahilah pusara tanda rendah hati
Agar diri sentiasa insaf akan dosa pahala......

Kunang kunang terbang bercahaya
Sang pungguk asyik rindu rinduan
Hidup didunia perlukan harta
Hidup di dunia juga jangan lupa Tuhan..........

Ke kebun membawa tajak
Menanam keladi di tanah rata
Teringat segala perbuatan yg terlajak
Sedih pilu harap di ampun segala dosa.........

Bunga melor harum dan cantik
Sisip cantik ditelinga dara jelita
Usia kita bukanlah lg sedikit
Kikis lah dosa gantikan dgn pahala.......

Orang dulu naik bahtera tunai haji
Sampai masa setelah cukupnya wang
Pandainya kita hantar anak ngaji
Tp Quran dirumah dibiarkan bersawang..........

Naik kuda, kuda jantan
Sambil meminpin kuda pasangan
Anak tak solat knp dibiarkan
Eh eh eh mak ayah pula yg bg alasan.........­.

Berenang renang di anak sungai
Hujan rentik tak dihiraukan
Ngaji selalu sampai pandai
Dah pandai maknanya difahamkan.......

Jauh helang terbang hari hari
Sekejap tinggi sekejap rendah
Mata tajam asyik memandang
Mencari habuan perut yg lapar
Dalam berpantun indah sekali
Dalam berpantun selitkan dakwah
Dalam hati selitkan rasa sayang
Agar jiwa bahagia hati tidak tersasar.......­...............

Karamnya bahtera ditengah lautan
Helang terbang mendapat habuan
Berkasih memang indah semua keadaan
Pastikan diri tidak alpa ketentuan......

Kerbau sakit perut buncit
Lembu mati kerana racun
Kepala pening hati sakit
Sana sini riba yg bersih dah jd racun..........­..

Tanam padi rapat rapat
Ditanam pula oleh Mak Bedah
Mencari rezeki biarlah yg berkat
Disimpan pula jangan difikirkan faedah........

Dalam daging ada duri
Dalam sekam ada api
Mari mari kita mengundi
Pemimpin munafiq jangan dipilihi.......keh keh keh keh.