Pages

Tuesday 8 August 2017

SELEPAS MATI BARU SEDAR.

Assalamualaikum warahmatullah....

" Kebanyakan dari kita hidup dgn terlalu yakin yg mati itu terlalu jauh dari kita. Sentiasa berasa sombong utk mengingati dan mendekati Allah. *Jgn terpedaya dgn usia muda, sihat dan kaya; kerana itu bukan syarat utk melambatkan kedatangan ajal.*

Always remember that the life in this world is temporary, and live in Hereafter is eternal. Remember Him always. Remember, Izrail will come at anytime. InsyaaAllah, we will become the true Believer..... "

Syeikh Abdul Qadir Jailani pernah berkata :

"Fahamilah nasihat ini baik-baik!.
Alangkah malangnya orang yang akan sedar setelah mati. Mengapa tidak sedar dari sekarang sebelum mati. Mana yang kurang boleh ditambah. Mana yang sedikit boleh diperbanyakkan. Mana yang rosak boleh diperbaiki. Mana yang tidak ada, boleh dibuat. Mana yang hilang boleh dicari. Mana yang singkat boleh dipanjangkan. Mana yang terlanjur boleh dipadamkan. Mana yang sakit boleh diubati, dan seterusnya dan seterusnya. Semua itu patut digenapkan dan dicemerlangkan sebelum berangkat pergi.

Tetapi kalau kalau sudah tiba di sana, baru teringat, maka tidak ada jalan kembali lagi. Tidak boleh patah balik, kerana dunianya dunia yang lain. Tempatnya tempat yang lain.. "
Kitab " Sirrul - Asrar fi ma yahtaju ilaihil - abrar."  Syeikh Abdul Qadir Jailani.

No comments:

Post a Comment