Pages

Sunday 13 August 2017

JIHAD MELAWAN NAFSU ITU SEBESAR-BESAR JIHAD

Jihad mujahadah kepada nafsu ini terbahagi kepada tiga perkara iaitu:

1)Melawan nafsu kita untuk mendekatkan diri  kita kepada Allah  سبحانه  وتعالى dengan kita melakukan amal soleh kerana sifat nafsu kita ini adalah selalu mengajak kita kepada perkara yang tidak baik. Oleh kerana itu, kita patut mujahadah melawan nafsu kita untuk mendekatkan diri kita kepada Allah سبحانه  وتعالى.

2)Melawan nafsu kita untuk meninggalkan perkara yang diharamkan oleh Allah سبحانه  وتعالى yakni maksudnya adalah kita memelihara diri kita, menjauhkan diri kita daripada melakukan apa-apa sahaja perkara yang tidak diredhai oleh Allah سبحانه  وتعالى yang boleh mendatangkan murka Allah  سبحانه  وتعالى kepada diri kita.

3)Melawan nafsu kita dengan kita menghiasi diri kita dengan akhlak-akhlak yang baik dan kita memisahkan diri kita daripada akhlak-akhlak yang tidak baik seperti sifat takabbur, sombong, ujub, riak, suma'ah dan segala sifat-sifat yang tercela.

Maka jihad mujahadah ini yang tiga ini boleh dibahagikan kepada dua perkara iaitu:

1)Jihad mujahadah am iaitu seseorang itu tidak berhajat kepada seorang guru untuk memberikan bimbingan kepada dirinya. Dia melakukan amal-amal soleh sepertimana yang dia ketahui.

2)Jihad mujahadah khas iaitu seseorang itu berhajat kepada bimbingan seorang guru untuk membantunya memberikan bimbingan untuk memerangi kepada hawa nafsunya.

Apa beza kedua-dua ini? Adapun jihad am ini adalah seseorang itu beribadah melakukan amal soleh seperti biasa mendirikan solat, membaca Al-Quran, berzikir dan amal-amal soleh yang lainnya tetapi bezanya dengan jihad khas adalah seseorang itu beribadah melakukan amal soleh dengan sentiasa dipandu mendapatkan bimbingan dari Guru Mursyidnya.

[HABIB KADZIM BIN JA'AFAR BIN MUHAMMAD AS-SEGGAF HAFIDZOHULLAH]

#thecapal

No comments:

Post a Comment