Pages

Monday 7 August 2017

Muhasabah Diri Sendiri : Hindari Hasad Dengki


  "Berapa ramai hari ini, mereka yang berselindung di sebalik pakaian, namun punya hati yang busuk. Hati punya hasad dengki dengan orang lain. Kalau merasa diri tu ada penyakit hasad dengki, busuk hati melihat kebaikan, dan kesenangan orang. Amal lah membaca surah Al-Falaq."

"Orang yang ada hasad dengki, hatinya itu tak boleh tenang. Hasad umpama api yang akan membakar kayu, dan apabila kayu itu habis, maka ia akan memakan dirinya sendiri. Sabarlah kamu menghadapi maraknya api hasad, orang yang menghasad kepada kamu. Sesungguhnya kesabaran itu senjata untuk memadamkan atau membunuh, kepada hasad yang ada pada orang lain."

"Sentiasalah melihat aib diri sendiri. Sentiasalah menghisab diri sendiri. Ada sebilangan orang, begitu mudah menghukum orang lain. Walhal, dirinya sendiri berada didalam genggaman Allah سبحانه وتعالى. Begitu mudahnya, menghukum, Kamu ini pelaku maksiat! Maka celaka ke atas kamu!" "Kamu ini alim wahai saudara, saya suka kepada kamu."

"Walhal bila di belakang manusia lain, Allah سبحانه وتعالى sahaja yg mengetahui aib si fulan tersebut. Sesuai dgn sifatnya Allah Yang Maha Mengetahui.  Maka daripada sudut mana selayaknya seorang manusia itu layak menjadi penghukum?, Jangan kamu ambil tugas Allah سبحانه وتعالى, dengan menghukum manusia sesuka hati kamu."

"Berapa ramai di kalangan manusia pada zaman ini yang menuduh si fulan itu melakukan hal yg tidak mereka lakukan? Menabur fitnah kerana benci? Semua itu datang daripada hati yang busuk, dari hati yang rosak yg mana hatinya itu semua daripada sangka buruk, dendam, iri hati dan hasad dengki."

"Barangsiapa yang menghina orang lain, maka penghinaan itu, dikhuatiri akan berbalik kepadanya, mereka lebih teruk dari orang yang dihina tersebut. Jangan kamu ambil tugas Allah سبحانه وتعالى, Wahai manusia. "Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah petunjuk kepada kaumku. Sesungguhnya mereka tidak mengetahui!" Salah satu diantara banyak banyak doa Rasulullah ﷺ kepada Allah سبحانه وتعالى untuk umatnya."

"Moga-moga dijauhkan ke atas kita penyakit hati, gelapnya hati yg dapat menjadi asbab besar kegagalan amalan kita. Moga-moga dijauhkan ke atas kita daripada sangka buruk ke atas manusia lain. Sesungguhnya, Allah سبحانه وتعالى sahaja yang mengetahui siapa kita, aib dan kekurangan diri kita, sesuai dengan sifat-Nya."

- Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid -

No comments:

Post a Comment