Pages

Thursday 10 August 2017

JANGAN MENYESAL

Tiada apa pun yang boleh disesalkan selepas mati, dan tiada tempat tinggal lagi selepas kehidupan dunia ini, kecuali tempat tinggal di syurga ataupun di neraka.

Kini pilihlah buat dirimu, jika mahu taat nescaya akibatnya kemenangan untuk mencapai keredhaan ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.

Dan tinggal berkekalan dalam syurgaNya yang panjang luas, kemudian berjaya memandang kepada Wajah ALLAH Yang Maha Mulia lagi banyak budiNya.

Dan jika mahu pilih maksiat, nescayalah berakhir dengan penyesalan dan kehinaan, kemurkaan dan pengharaman, lalu dipenjara antara lapisan api neraka yang berluap-luapan.

- Al Imam Abdullah Ibn Alwi Al Haddad Al Hussaini Rahimahullahu Ta'ala -

No comments:

Post a Comment