Pages

Tuesday 1 November 2011

MUTIARA HIKMAH ~ ALMARHUM USTAZ HJ HANAFI BIN HJ AHMAD

" Musuh yang paling merbahaya di dalam dunia ialah perempuan,bukan kominis atau harimau. Seseorang panglima di medan perang yang tidak dapat mengawal nafsunya akan kalah di tangan perempuan,bukan ditangan musuh yang garang ."

"Mata kapak yang dibuat daripada besi tidak boleh memotong kayu,tetapi kayu juga yang boleh memotong kayu kerana mata kapak tanpa kayunya tidak boleh memotong ."

" Sedangkan anjing yang kelaparan bila diberi makan akan mengenali orang yang pernah berjasa kepadanya,apakah lagi manusia sewajibnya mengenang jasa kepada Tuhannya ."


" Untuk hidup janganlah takut menghadapi kesusahan,kerana tiap tiap kesusahan atau penderitaan itu ada kesenangan ; dan jangan takut manusia benci untuk menegakkan kebenaran kerana setiap kebencian itu ada manusia lain yang menyukainya ."


" Ramai manusia yang boleh bersabar dimasa kesusahan atau penderitaan,tetapi tidak ramai yang bersyukur dimasa kesenangan. Perjuangan yang besar dalam hidup manusia ialah perjuangan menentang hawa nafsu ."


" Hawa nafsu manusia berkisar kepada tiga perkara :
. Kepada wang ringgit
. Kepada pangkat dan pengaruh dan 
. Kepada perempuan.
Kerana ketiga tiga perkara inilah manusia boleh terjerumus ke lembah kehinaan di dalam hidupnya ."

" Sebaik baik manusia ialah orang yang boleh menyesuaikan dirinya dengan orang orang yang rosak akhlaknya sehingga dapat memperbaharui akhlak orang itu hingga menjadai baik ."

" Orang yang tidak mempunyai perasaan dengki kepada kita didunia hanya : Sebenar benar guru. Kerana guru itu suka melihat kejayaan dan kepandaian muridnya lebih daripadanya dan ibu bapa ,kerana dengan kejayaan anaknya ia merasa senang,walaupun anaknya tidak memberi kepadanya atau tidak mengenang jasa kedua ibu bapanya. Selain daripada orang orang ini hendaklah berwaspada ."

" Sebesar besar bala didunia ini ialah orang yang ditimpa bala tidak tahan sabar, tetapi jika ia bersabar ,bala yang besar akan menjadi kecil sahaja ."

" Harimau memakan manusia bukan kerana jahat,tetapi kerana lapar. Buaya memakan manusia kerana lapar. Musang memakan ayam kerana lapar . Tetapi, ular mematuk manusia kerana khianat ( kerana ia bukan dapat memakan manusia itu ). Oleh itu orang yang khianat itu lebih dahsyat daripada pembunuh kerana ia menganiaya manusia. Inilah sebesar besar kejahatan ."

"Kalau kita kuat lari seperti kuda,manusia menggunakan kita sebagai kuda lawan. Kalau kita bengis seperti harimau,manusia gunakan kita untuk mainan sarkas.Kalau kuat seperti gajah,manusia menggunakkan kita untuk menarik kayu balak.Kalau keras seperti besi dibuatnya jalan keretapi.Tetapi,jika manusia mempunyai fikiran yang sempurna,siapapun tidak boleh mengapa-apakan kita.Oleh itu hidup di dunia ini mestilah mempunyai fikiran yang sempurna dan waras supaya kita tidak jadi alat kepada manusia-manusia yang sentiasa mencari kesempatan ."

" Semua orang yang lahir di dunia ini tiada membawa apa apa pun. Maka, didalam dunia ini sekiranya kita telah mempunyai sehelai baju,bererti kita telah beruntung ."

" Kita bersilat bukan kerana silat,kita bersilat kerana agama.
Kita bersilat bukan kerana silat,kita bersilat kerana Allah. "

" Carilah wang sebagai alat hidupp. bukannya sebagai tujuan hidup ."

" Gantungkanlah hatimu pada Tuhanmu , jangan gantung hatimu pada hartamu ."

"Keluarkan isi akalmu, jangan keluarkan isi perutmu ."

" Berpangkatlah kamu,jangan terpengaruh dengan pangkatmu.
Berhartalah kamu,jangan terpengaruh dengan hartamu.
Beristerilah kamu,jangan terpengaruh dengan isterimu ."

" Berusaha bersungguh-sungguh,bergantung hati kepada Allah ."

" Tiap-tiap kebaikan itu semata mata pemberian daripada Allah.
Tiap tiap kejahatan itu bahasakan kesalahan dari dirimu sendiri ."

" Pemerintah kafir yang adil itu adalah lebih baik daripada pemerintahan Islam yang zalim ."

" Boleh jadi penghisap candu mati di atas katil.
Boleh jadi orang alim mati di dalam tandas.
Boleh jadi orang berpangkat mati ditepi jalan.
Biar kita yang mati,jangan perjuangan kita mati. "

" Sains dan teknologi boleh dipelajari dimana mana.Kebudayaan tetap hak kita ."


Ust Hj Hanafi bin Hj Ahmad.



No comments:

Post a Comment