Pages

Thursday, 3 November 2011

BENDERA DAN PANJI-PANJI ISLAM

Sejak berkurun lamanya dan sehingga sekarang,setiap negara di dunia akan mempunyai bendera negara masing-masing,sebesar atau sekecil mana sekalipun negara tersebut.Tidakkah ini akan membuat kita terfikir atau tertanya-tanya-adakah Negara Islam pertama di dunia yang telah ditegakkan oleh Rasulullah saw.di Madinah mempunyai bendera? Jika dizaman Khalifah dulu anak-anak kaum Muslimin dibesarkan tanpa perlu
diajar bahawa bendera umat Islam adalah bendera Rasulullah,kerana itulah apa yang mereka lihat.Namun dizaman ini anak-anak kita dibesarkan dengan diajar dan dipaksa menerima bahawa bendera kita adalah bendera yang telah ditentukan oleh penjajah, si kafir British. Jadi tidak hairanlah jika kita atau anak-anak kita tidak mengenali bagaimanakah bendera Rasulullah saw. Itulah di antara kejayaan si kafir penjajah.Mereka berjaya membuatkan umat Islam lali dan terus lupa akan wujudnya bendera Islam yang sebenar.Negara Islam sememangnya mempunyai bendera ( al - liwa' ) dan juga panji ( ar - rayyah ). Inilah apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw semasa tegaknya Daulah Islamiyyah pertama di Madinah.

BENDERA ( LIWA' )
Adalah berwarna putih dan tertera diatasnya kalimah ' La ilaha illallah , Muhammad Rasulullah'  dengan tulisan berwarna hitam. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas yang mengatakan , " Bahawa bendera Nabi saw berwarna putih sedangkan panji beliau berwarna hitam ."
Riwayat Ibnu Abbas yang lain , " Bahawa pada bendera Nabi saw tertulis kalimah ' La ilaha illallah,Muhammad Rasulullah ."
Semasa perang ( jihad ),bendera ini akan dipegang oleh amir ( panglima atau ketua ) perang. Ia akan dibawa dan menjadi tanda serta diletakkan di lokasi amir tadi. Dalil yang menunjukkan perkara ini adalah perbuatan Nabi saw dimana baginda sebagai amir ,semasa pembukaan Makkah membawa dan mengibarkan bendera putih bersamanya.
Diriwayatkan dari Jabir , " Bahawa Nabi saw memasuki Makkah dengan membawa bendera ( liwa' ) berwarna putih ."  HR : IbnMajah
An-Nasa'i jiga meriwayatkan Hadis melalui Anas bahawa semasa Rasulullah saw mengangkat Usama ibn Zaid sebagai amir ( panglima ) pasukan Rom, baginda menyerahkan bendera liwa' kepada Usama ibn Zaid dengan mengikatnya sendiri.



PANJI ( RAYAH )
Adalah berwarna hitam,yang tertulis diatasnya kalimah ' La ilaha illallah , Muhammad Rasulullah ' dengan warna putih. Hadis riwayat Ibnu Abbas di atas menjelaskan hal ini kepada kita. Semasa jihad,ia dibawa oleh ketua setiap unit. Dalilnya adalah Rasulullah saw, semasa menjadi panglima perang Khaibar,bersabda , "Aku benar-benar akan memberikan panji ( rayah ) ini kepada orang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya,serta dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya,lalu Rasulullah saw memberikan panji itu kepada Ali ." HR Bukhari.  Saidina Ali karamallahu wajhah pada masa itu boleh dikatakan bertindak sebagai ketua division .

Diriwayatkan dari Harits bin Hassan Al Bakri yang mengatakan , " Kami datang ke Madinah,saat itu dan Rasulullah saw sedang berada di atas mimbar ,sementara itu Bilal berdiri dekat dengan beliau dengan pedang di tangannya.Dan dihadapan Rasulullah terdapat banyak rayah hitam.Lalu aku bertanya : " Ini panji-panji ? " Mereka pun menjawab : " ( panji-panji ) Amru bin Ash, yang baru tiba dari peperangan ."

Maksud ungkapan " terdapat banyak rayah ( panji ) hitam ." menunjukkan bahawa terdapat banyak panji panji yang dibawa oleh para tentera ,walaupun amirnya hanyalah seorang. dari Anas, " Bahawa Ibn Ummi Maktum membawa panji hitam,dalam beberapa peperangan bersama Nabi saw . "  Nas-nas tersebut juga menunjukkan bahawa hanya terdapat satu bendera Liwa' didalam satu pasukan , tetapi boleh terdapat banyak panji rayah didalam setiap unit pasukan yang sama,yang dipegang oleh ketua unit masing-masing.

Itulah bentuk,corak dan warna bendera Rasulullah saw .Yang tertera hanyalah satu kalimah tyang Rasulullah diutus kerananya.Kalimah yang dibawa  dan diperjuangkan oleh Nabi saw. dan para sahabat. Inilah kalimah tauhid yang menyatukan kita semua tanpa mengira bangsa dan warna kulit.

Inilah kalimah yang akan menyelamatkan kita dari azab Allah di akhirat nanti....Dan ini jugalah kalimah yang tertera pada bendera Rasulullah saw........" LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH. "

1 comment:

  1. assalamualaikum, bukankah panji ISLAM berwarna HIJAU???

    ReplyDelete