Pages

Wednesday 9 November 2011

RAHSIA TANGISAN SEORANG HARTAWAN.

Suatu hari, Muawiyah berkunjung kerumah bapa saudaranya yang bernama Abu Hashim. Dilihatnya bapa saudaranya itu sedang menangis teresak-esak. Muawiyah berasa hairan,gerangan apakah yang menyebabkan Abu Hashim berkeadaan demikian. Lalu dia bertanya : " Wahai bapa saudaraku.apakah yang menyebabkan kamu berkeadaan sedemikian ?.Adakah kamu sakit atau mempunyai masalah dunia yang terlalu menyulitkan kehidupan kamu ?"
" Tidak wahai anakku", jawab Abu Hashim dalam keadaan sedu sedan. Aku tidak sakit atau disebabkan mempunyai kesulitan dunia, sebaliknya aku menangis kerana Rasulullah saw telah menyampaikan satu ajaran kepadaku yang belum dapat aku lakukan. Aku bimbang kalau-kalau aku mati sebelum dapat aku amalkan ajaran itu.

" Apakah ajaran itu wahai bapa saudara ku ?" tanya Muawiyah lagi.
" Aku masih ingat Nabi saw bersabda : " Jika kamu hendak menghimpunkan harta ,memadailah dengan kamu mempunyai seorang khadam dan juga sebuah kenderaan untuk tujuan fisabilillah."
" Tatapi bila aku kaji dan renung keadaan diriku sekarang ini,ternyata aku tidak mengamalkan ajaran Nabi saw.Aku tergolong dalam golongan orang yang menghimpunkan harta,kerana aku telah menghimpunkan harta lebih daripada seorang khadam dan sebuah kenderaan,itulah yang menjadikan aku sangat sedih." kata Abu Hashim.

Meneliti ajaran yang terkandung dalam sabda Nabi saw itu,bagaimana caranya supaya kita boleh memiliki harta yang banyak,tetapi tidak bercanggah dengan wasiat baginda?. Harta boleh dicari sebanyak mungkin tetapi harta yang banyak yang boleh menjadikan alat sebagai mencapai keredhaan Allah swt.Untuk membolehkan harta itu tidak mengongkong hati seseorang maka pemiliknya haruslah bersifat pemurah,iaitu tidak berasa sayang apabila menghulurkan bantuan kepada orang-orang yang memerlukan atau mendermakan harta itu kejalan Allah swt. dan yang penting sekali ialah ikhlas kerana Allah swt. tanpa ada sebarang niat sebaliknya kecuali hanya mendapat keredhaan Allah swt..

wasalam.

No comments:

Post a Comment