Pages

Saturday 26 November 2011

KISAH NABI TSITS ALAIHIS SALAM

Diriwayatkan konon setelahnya Nabi Adam a.s dan Siti Hawa melanggar larangan Allah SWT sehingga mereka dikeluarkan dari syurga dan dibawa oleh malaikat Jibril ke bumi dengan tempat yang berbeza. Nabi Adam a.s diturunkan di Bukit Ruhun di Pulau Cylon sedangkan Siti Hawa di daerah Tanah Arab. Mereka berpisah sangat lama sekali,sehingga hampir setiap saat, setiap waktu mereka memohon kepada Allah SWT agar dapat dipertemukan kembali.Mereka hidup di daerah yang berbeza. Lebih kurang seratus tahun Nabi Adam a.s dan Siti Hawa menjalani hidup yang penuh berbagai macam tentangan dan godaan,sehingga suatu hari malaikat Jibril datang menemui Nabi Adam a.s untuk menyampaikan wahyu dari Allah a.s harus melakukan ibadah haji bersama Siti Hawa sebelum ajal.Mendengar perintah itu Nabi Adam a.s merasa terkejut apalagi di akhiri dengan kata ajal.Akhirnya terjadi dialog antara Nabi Adam a.s dengan malaikat JIbril.

Nabi Adam a.s berkata : " Ya Jibril bagaimana aku dapat melaksanakan haji sedangkan isteriku berada di tempat yang belum aku ketahui."
Jawab Jibril : " Dengan melakukan haji nanti kau akan menemui Hawa,dimana kau seru Hawa , Hawa akan mendengar seruanmu,maka ke situlah engkau datang lalu engkau tawaf tujuh kali.Dengan cara begitu sempurnalah taubatmu."
Kemudian Nabi Adam a.s bertanya lagi : :Bagaimana pula Hawa dapat mendengar seruanku ?"
Jibril menjawab : "Insya Allah dengan pertolongan Allah angin akan membawa seruanmu kepada Hawa begitu juga sebaliknya."

Setelah terjadi dialog demikian,malaikat Jibril meninggalkan Nabi Adam a.s dan mulailah Nabi Adam melaksanakan perintah apa yang dikatakan oleh Jibril tadi. Ia memanggil Hawa dari Bukit Ruhun, maka dengan bantuan angin suara panggilan itu dapat didengar oleh Hawa begitulah seterusnya yang dilakukan oleh Nabi Adam a.s, sehingga keduanya bertemu di suatu padang yang sekarang disebut Padang Arafah ertinya Padang Pertemuan. Alangkah bahagianya saat itu tidak dapat dibayangkan mereka berpisah selama seratus tahun,namun keadaan mereka tidak berubah keduanya masih muda,hanya rambut Nabi Adam a.s menjadi panjang begitu juga kumis dan janggutnya.

Demikianlah kisah panjang perpisahan antara Nabi Adam dan Siti Hawa , sehingga dengan pertolongan Allah jualah mereka dapat berkumpul hidup bersama kembali dengan penuh rasa bahagia, Setelah Nabi Adam dan Siti Hawa bertemu , atas perintah Allah para malaikat membangunkan sebuah masjid yang di namakan " Baitul Ma'mur" lalu Nabi Adam as dan Hawa tawaf tujuh kali dalam masjid itu kemudian mencium batu Hajar Aswad yang diletakkan ditengah tengah masjid itu. Mereka melakukan itu sambil menangis kerana khusuk serta takut kepada Allah SWT yang sekarang tempat itu disebut " Mekah ".

Demikianlah setuasi kehidupan dunia siang dan malam,musin hujan dan panas silih berganti sampai kehidupan rumahtangga Nabi Adam dan Hawa pun berubah.Tibalah saatnya Siti Hawa berbadan dua.Mereka dianugerahkan anak sampai empat puluhg orang, kecuali yang terakhir ( Nabi Tsits ). Dan setiap kali ianya berpasangan ( kembar ) iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. Pada suatu hari setelah Siti Hawa melahirkan anak sebanyak dua puluh kali yang bererti dua puluh lelaki dan dua puluh perempuan terjadilah perselisihan pendapat tentang masalah jodoh.Menurut pendapat Nabi Adam mereka tidak boleh dikahwinkan dengan yang sama sama satu kelahiran. Tetapi menurut Hawa tidak demikian,ia berpendapat bahawa anak yang bagus hendaklah dikahwinkan dengan anak yang hodoh,kalau semuanya hodoh ,maka bagaimana mungkin akan menurunkan keturunan yang bagus. Demikianlah di antara mereka saling mempertahankan pendapat.

Nabi Adam a.s berkata : "Akulah yang lebih berhak kerana akulah bapanya yang menjadi sebab lahirnya anak anak itu."
Lalu Siti Hawa menjawab : " Tidak mungkin seorang bapa yang hamil dan melahirkan anak ".
Kata Nabi Adam lagi : " Tapi aku yakin meskipun tanpa ibu dengan kekuasaan Allah dapat juga menjadi manusia ".
Jawab Siti Hawa : " Kalau begitu marilah kita cuba masing masing air mani siapakah yang akan terjadi."

Sehingga akhir dari perselisihan itu mereka mengeluarkan air mani masing masing,kemudia dimasukkan kedalam kendi. Akan tetapi dalam fikiran Siti Hawa merasakan mustahil boleh terjadi , tetapi Nabi Adam as merasa yakin bahawa ianya pasti terjadi. Nabi Adam dalam suasana demikian itu lalu berdoa kepada Allah SWT Akhirnya doa Nabi Adam dikabulkan oleh Allah SWT, bahawa air mani yang disimpan didalam kendi itu setelah beberapa lama ketika dibuka ternyata dari dalam kendi Nabi Adam muncul seorang lelaki yang comel paras mukanya yang kemudian diberi nama TISTS, sedangkan dari kendi Siti Hawa tidak terjadi apa apa,air maninya menjadi kering.Nabi Adam merasa senang kerana doanya dimakbulkan oleh Allah SWT.
Sedangkan Siti Hawa menjadi sedih,sugul dan kecewa lalu kendinya dibuang ke Laut Qalzum.Ketika Siti Hawa membuang kendinya itu sang Iblis mengetahui dan datang menemui Siti Hawa dan mengoda Siti Hawa untuk mengacau bilaukan rumahtangganya.

Saat itu iblis membisikkan kata katanya kedalam hati Siti Hawa :
"Hai Hawa kau jangan merasa cemas dan khuatir aku sanggup menolongmu menciptakan sepuluh anak yang sama seperti Tists anak Adam itu."

Demikanlah singkatnya, kemudian mengambil kendi Siti Hawa,lalu memasukkan air mani Siti Hawa. Hanya dengan sekilat maka didalam kendi itu menjelma seorang lelaki yang rupanya sama dengan Tists,anak Nabi Adam. Kemudian Tists Siti Hawa keluarkan menanyakan ayahnya. Siti Hawa menjelaskan bahawa ayahnya adalah Nabi Adam ...setelah terjadi demikian Nabi Adam terkejut kehairanan , Tists Nabi Adam oun demikian,sehingga Nabi Adam betul betul merasa pening.Akhirnya timbul dalam fikiran Nabi Adam bahawa untuk membezakan Tists harus mencari berbagai macam cara. Akan tetapi ketika memikirkan mencari jalan maka datanglah malaikat Jibril dan menasihati Nabi Adam untuk menguji kemampuan dan kecekapan anaknya itu dengan jalan bahawa anak-anaknya itu disuruh mencari gambaran tentang syurga dan Nabi Adam berpesan jika seandainya belum menemukan jawapannya maka janganlah kau pulang,kemudia kedua Tists itu pergi pada tujuan masing-masing yang berbeza.

Begitulah dalam riwayat diceritakan bahawa Tist Nabi Adam bertemu dengan malaikat Jibril yang berubah wajah seperti orang tua yang sudah lanjut usia, lalu Jibril menerangkan tentang nama-nama nama syurga kepada Tists Nabi Adam. Setelah mendapat jawapan ,maka Tists Nabi Adam cepat-cepat pulang menemui ayahnya lalu menerangkan apa yang diperolehi,sehingga Nabi Adam gembira atas keterangan yang diberikan oleh anaknya itu.

Sementara Tists ( ciptaan iblis ) bertemu dengan iblis sendiri yang merupakan dirinya sebagai manusia.Dan iblis menceritakan tentang syurga sebagaimana malaikat Jibril. Setelah mendapat jawapannya itu maka ia pun pulang menemui Nabi Adam . Nabi Adam terkejut ketika Tists dapat menerangkan tentang syurga dengan benar.Kemudian Nabi Adam menyuruh mereka tentang gambaran neraka pula. Dan mereka pergi menemui guru mereka dan mendapat jawapan yang sama,sehinggalah Nabi Adam merasa kecewa dalam hatinya.Ketika itu juga malaikat Jibril datang untuk memberikan petunjuk bagaimana caranya untuk membezakan keduanya itu.

Maka Nabi Adam memanggil keduanya dan menyuruh kedua anaknya untuk mencari anak kunci syurga dan berpesan jangan kembali selagi tidak berhasil menemukan jawapannya. Dan keduanya kembali menemukan guru masing-masing. Jibril menerangkan kepada Tists Nabi Adam bahawa anak kunci syurga adalah kalimah "LAA ILAAHA ILLALLAH " ertinya barang siapa yang akhir kalamnya mengucap kalimah tersebut,maka masuklah dia ke syurga.Kemudia pulanglah ia bertemu dengan ayahnya dan menerangkan tentang anak kunci syurga itu dengan fasih sekali. Nabi Adam sangat girang sekali mendengar jawapan itu.

Manakala Tists ciptaan iblis bertemu dengan iblis dan menanyakan tentang anak kunci syurga kepada iblis,tetapi iblis tidak dapat menerangkannya sehingga Tists ciptaan iblis tidak berani pulang kerana teguhnya memegang janji.Akhirnya ia tidak pulang dan ikut sang iblis.

Demikianlah kisah keduanya anak itu,anak ciptaan iblis terus mengikut iblis kemana ia pergi lalu diajarkan pula bermacam-macam ilmu yang diluar ajaran islam. Sedangkan Tist Nabi Adam ia mengikut ayahnya dan ibunya Siti Hawa yang akhirnya rumahtangga Nabi Adam menjadi rukun kembali dan kemudian Tists Nabi Adam dilantik menjadi nabi.

wasalam.

3 comments:

  1. Aslm .. Mana tuan dapat riwayat Ini. Boleh bg info yg tepat tak. Drp siapa?

    ReplyDelete
  2. Salam Hormat. Dari Mana Tuan Dapat Info.Seronok Baca.Kadang-Kadang Rasa Macam Dongeng.Semuga Tuan Dirahmati ALLAH.

    ReplyDelete
  3. Cerita Palsu...tiada sumber. Nabi Tist putra ke 3 Nabi Adam

    ReplyDelete