Pages

Sunday 27 November 2011

MENCINTAI KAUM SUFI DAN ORANG SALEH

Telah berkata Syeikh Abdul Qadir Al Jalaini, pada pagi hari Jumaat, bertempat, di Ribath, tarikh 10 Rejab, tahun 545 Hijrah..

Jika kamu ingin mendapatkan kerajaan di dunia dan akhirat, maka serahkanlah dirimu secara utuh kepada ALLAH Azza Wajalla.. Tentu kamu akan menjadi raja, yang dapat memiliki dirimu dan orang lain.. Aku telah memberikan nasihat ini kepadamu.. Terimalah.!
Aku telah mengajak persahabatan kepadamu.. Terimalah persahabatan ini..! Jika aku atau kau berbohong, tentu akan dibohongkan.. Demikian pula jika aku atau kamu BENAR, tentu akan dibenarkan.. Sebagaimana berhutang, mesti dibayar.. Ambillah ubat dari saya ini untuk mengubati penyakit agamamu.. Gunakan,! Tentu agamamu kembali menjadi sehat..

Orang-orang terdahulu telah mengagung-agungkan bunga dari timur hingga benua barat untuk mencari orang-orang sufi dan orang-orang saleh.. Mereka ahli mengubati hati dan agama.. Manakala mereka berhasil menemukan salah seorang di antara kaum 'sufi' atau orang-orang soleh itu, maka segera mereka meminta ubat darinya untuk mengubati agama mereka..

Adapun kau, dewasa ini sangat membenci kepada para 'fuqoha' ulam dan 'uliya' ALLAH.. Di mana mereka mampu mendidik dan mengajar, tentu saja kami tidak akan mendapatkan ubat itu.. Dan bagaimana pula ilmu dan ubat dari membangun benteng untuk kamu, tapi tidak kamu pakai.. Aku memerintahkan agar memakan sesuap yang mengandungi ubat, tapi kamu jesteru memakan sesuap yang mengandungi racun.. Hal itu sebentar lagi akan bertambah jelas dalam agama dan keimananmu..

Aku memberikan nasihat kepadamu, bukan kerana takut atau mengharapkan emasmu.. Sebab orang yang telah bersama ALLAH Azza Wajalla, tidak pernah mempunyai rasa takut, baik kepada jin, haiwan atau makhluk macam apapun..

Janganlah kamu menghina kepada para 'Syeikh' yang telah banyak mengamalkan ilmunya.. Kamu adalah buta kepada ALLAH Azza Wajalla. Sedangkan para utusanNYA dan orang-orang soleh yang selalu rela akan takdir yang telah ditentukan olehNYA.. Keselamatan utama adalah berada dalam kerelaan hati menerima takdir Illahi, memutuskan keinginan serta zuhud dalam dunia…

Jika melihat kezaliman dalam hatimu, lalu lekaslah ingat akan mati, serta putuskan angan-anganmu.. Nabi Muhammad SAW telah menyampaikan suatu hikayat dari ALLAH Azza Wajalla yang bermaksud..,

".. Tiada jalan yang lebih utama bagi orang-orang yang mendekati diri (kepada ALLAH Ta'ala) daripada menunaikan apa yang telah kami mewajibkan atas mereka.. Seorang hambaku tiada akan memperolehi maqam 'qurbah' padaku dengan mengerjakan nawafil (amal sunnah), sehingga aku mencintainya.. Bila aku telah mencintainya, tangan dan pendukungnya.. Dengan AKU ia mendengarkan.. Dengan AKU ia melihat.. Dan dengan AKU pula ia menyerang musuh.."

Dia menyedari bahawa semua perbuatannya adalah atas pertolongan ALLAH Azza Wajalla, sehingga ia mampu berupaya memiliki kekuatan serta dapat melihat dirinya dan melihat orang lain.. Sehingga semua gerak geri upaya dan kekuatannya, lantaran ALLAH Azza Wajalla semata.. Bukan kerana dirinya sendirinya atau kerana makhluk.. Dia singkirkan jauh-jauh nafsu dunia dan akhirnya, hanya kerana taat kepada ALLAH Ta'ala.. Sia-sia saja usahanya mendekatkan diri kepada ALLAH SWT serta ketaatan kepadaNYA menjadi sebab kecintaan ALLAH kepadanya… Dengan taat, ia mendekatkan diri kepadaNYA. Dan dengan maksiat ia akan dibenci dan dijauhkan.. Dengan taat akan timbul kedamaian dan sebab maksiat akan timbul kegelapan.. Sesungguhnya barang siapa taat akan mendapatkan kebajikan dan barang siapa maksiat tentu akan mendapat keburukan..

Barang siapa tidak menjadikan agama sebagai dasar bagi segala tingkah lakunya, maka ia akan binasa bersama orang-orang yang telah binasa.. Beramallah.! Jangan bermalas-malas untuk beramal.. Sesungguhnya orang yang malas beramal bererti ia mengharap sesuatu yang sia-sia.. Ia tertipu..

Di antara kaum sufi ada yang berdiri tegak di antara dunia dan akhirat, ada pula yang berdiri tegak di antara makhluk dan Khaliq..

Jika kamu zuhud bererti kamu telah berdiri di antara dunia dan akhirat.. Jika kamu orang yang takut bererti telah berdiri di antara syurga dan neraka.. Dan jika kamu orang yang 'arif' bererti telah berdiri di antara makhluk dan Khaliq.. Pada waktu tertentu kamu memandang kapada makhluk dan di saat yang lain kamu memandang kepada Khaliq..

Kamu tidak perlu datang pada suatu kaum untuk meminta keterangan tentang akhirat, hisab dan sesuatu di dalamnya..Tentu kamu telah menerima khabar dari sesuatu yang kamu lihat dan kamu saksikan.. Khabar itu tidak seperti kenyataannya..

Kaum sufi itu sedang menantikan perjumpaannya dengan ALLAH Ta'ala.. Mereka selalu merindukan-NYA disetiap saat.. Mereka tidak takut mati.. Sebab kematian merupakan 'sebab' yang mempertemukan mereka dengan keKasihnya.. Bersiaplah sebelum kamu dipisahkan.. Tinggalkanlah sebelum kamu ditinggalkan.. Serta keluarlah sebelum kamu diusir oleh keluarga dan kaummu.. Semua ini tidak berguna bagimu setelah kamu berada dalm kubur.. Bertaubatlah dari memperturutkan nafsu..

Jauhkan dirimu dari segala dosa dalam semua tingkah lakumu.. Wira'I merupakan pakaian agamamu.. Mintalah pakaian agamamu kepadaku.. Ikutlah daku, sesungguhnya aku mengindahkan Rasul SAW.. Dan aku mengikutinya dalam makan minum dan nikahnya.. Tidak henti-hentinya aku selalu begitu sesuai dengan kehendak ALLAH Azza Wajalla.. Aku tidak menghiraukan pujian ALLAH Ta'ala tidak pula pujian atau kecamanmu.. Bahkan aku tidak hiraukan kamu memberi atau menolak, menerima atau tidak.. Jadi kamu memang bodoh.. Orang bodoh tidak perlu dihiraukan.. Kalau saja kamu beribadah kepada ALLAH Azza Wajalla diterima; sebab ibadahmu disertai kebodohan.. Sedangkan semua kebodohan adalah rosak..

Telah bersabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud…,

"..Barangsiapa menyembah ALLAH Azza Wajalla di atas kebodohan, maka yang rosak lebih banyak daripada yang baik.."

Tidak ada keuntungan bagimu kecuali kamu mengikuti Al Kitan dan As Sunnah.! Sebahagian ulama ada yang mengatakan :

"..Barang siapa tidak memiliki guru, maka iblislah yang menjadi guru.."

Ikutilah pada guru yang mengerti AL Quran dan As Sunnah serta mengamalkan keduanya..! Bersangka baiklah kepada mereka, belajarlah dari mereka, serta perbaikilah budimu dalam bergaul bersama mereka..! Tentu saja kamu akan beruntung.. Jika kamu mengamalkan Al Quran As Sunnah tanpa mengikut guru yang mengetahui, maka kamu tidak akan beruntung sama sekali.. Apakah kamu belum mendengar? Barangsiapa hanya mengendalikan otaknya, maka ia akan tersesat? Binalah nafsumu untuk selalu bersahabat dengan orang yang lebih alim daripada kamu, agar kamu dapat meningkat lagi..

NABI Muhammad SAW telah bersabda yang bermaksud;

" Tidak ada anjuran bersedekah (kepada orang lain) selagi sanak keluarga memerlukan huluran tangan.."



HAKIKAT PENGABDIAN,
Syeikh Abdul Qadir al-Jailani

Terjemahan dari;
Al-Fath ar-Rabbani 

Alih bahasa;
Muhamad Qadirun Nur.


No comments:

Post a Comment