Pages

Friday 6 April 2018

NASIHAT IMAN USTAZ AKHI AHMAD RIZAM (5)

● Maka patutkah kita merasa bangga dan sombong serta merasa hebat sekiranya kita berjaya dan berkebolehan dalam melaksanakan sesuatu amalan? Kalau kita mampu untuk bangun malam beribadah dan banyak melakukan solat sunat hingga kita menjadi abid, siapakah yang hebat? Kita hebatkah atau Allah yang hebat? Tentulah Allah yang hebat kerana Allah telah memberikan kita kemampuan untuk beribadah, kalau kita bersolat, berpuasa, menutup aurat, mampu menulis artikel, punya pangkat dan darjat, memandu dan menunggang kereta atau motosikal atau sebagainya, apakah itu semua keupayaan kita? Tidak sama sekali! Semua itu adalah dengan rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Subhanallah! Tanpa sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah tentu kita akan ingkar dan sesat sepertimana orang kafir tanpa kita sedari. Maka sentiasalah kita melahirkan rasa syukur kepadaNya.

● Seseorang yang hidup semata-mata untuk kepuasan nafsu dan kepentingan diri, kerana tidak menghayati hakikat kehambaan diri, pasti tersalah dalam berinteraksi dengan kehidupan ini, sehingga membawa kepada terasa terbeban dengan sebuah kehidupan yang sementara ini. Apa yang dikejar selalunya tidak dapat. Apa yang didapatinya juga tidak akan kekal bersamanya setelah dia mati. Di mana nilai sebuah kehidupan bagi manusia yang semacam ini?

Bagi seseorang manusia yang menghayati makna kehambaan diri kepada Tuhannya, pasti akan memahami kehidupan ini dengan maknanya yang lebih luas dan sempurna. Kebendaan dan duniawi tidak lagi berkuasa menawan kebahagiaan dan kelapangan hati dan jiwanya. Dia tahu, hidup ini ialah untuk menterjemahkan makna kehambaan diri kepada Allah s.w.t. dengan menunaikan ketaatan kepadaNya secara zahir mahupun batin.

● Kebahagiaan bukan pada kepuasan nafsu, tetapi pada terealisasinya kehambaan diri kepada Allah s.w.t.. Kekayaan itu ialah kekayaan jiwa. Hidup ini bukan tempat setiap orang cari apa yang dia mahukan, tetapi hidup ini ialah tempat setiap orang menunaikan tujuan asal dirinya diciptakan. Kalau mahu terus mencari makna kebahagiaan selain makna yang diingini oleh Tuhan, maka setiap langkahmu dalam mencarinya adalah suatu penderitaan. Akhirnya, yang kamu himpunkan hanyalah penderitaan demi penderitaan.

● Tutuplah akan bathin mu dengan pakaian yang menutup segala aib dirimu seperti mana kamu menutup akan aurat pada tubuh zahirmu .

● Manusia hidup di dunia berbagai-bagai keadaannya, tidak sama,
Ada yang miskin, kaya, pandai, bodoh, yang cacat dan sempurna,
Ada yang berkuasa, ada pengikut, ada yang berpengaruh, ada yang menjadi raja,
ada yang berkawan, ada yang seorang diri sahaja,
Ada yang terkenal, ada nama, ada yang tidak tahu tentang dirinya,

Kalau mereka tidak takutkan Tuhan, tidak takut hari pembalasan,
Mereka akan melahirkan sikap mengikut keadaan dan suasana kehidupannya,
Ada yang megah, ada yang sombong, ada yang terhina,
Ada yang kecewa, ada yang putus asa, ada yang berbagai-bagai lagi sikap
Mengikutlah keadaan dan situasi diri dan status diri,

Tapi semuanya itu akan bersendiri apabila MATI suatu masa nanti.

● Banyaknya dosa yang dilakukan oleh seorang manusia menyebabkan ia lupa akan berapa banyak dosa yang pernah ia lakukan, sehingga ada pemahaman untuk tidak peduli dengan apa yang diperbuat, asalkan hatinya senang.

maka hal apapun akan dilaksanakan. Ketika banyaknya dosa yang dilakukan, maka itu akan berpengaruh kepada kehidupan dunianya sehingga membawa ia kepada rasa putus asa dengan rahmat Allah.

● Sekiranya anda merasakan bahawa  anda susah untuk beramal dengan islam sepenuhnya. ketahuilah bahawa para nabi dan rasul juga pernah mengalami kesusahan dalam perjuangan mereka untuk menegakkan Islam sebelum mencapai kemenangan. Kesusahan yang mereka hadapi tidak pernah menyebabkan mereka berputus asa, malahan mereka terus berjuang di atas jalan kebenaran sehingga mendapat kemenangan.

Dengan kesusahan mereka lah kita dapat mengenal islam dan dapat merasai nikmat iman.

● berpesanlah antara satu sama lain dengan tiga kalimah:

1.Siapa yang beramal untuk akhirat maka Allah s.w.t akan mencukupkan urusan dunianya.

2.Siapa yang memperbaiki hubungannya dengan Allah s.w.t maka Allah akan memperbaiki hubungannya sesama manusia.

3.Siapa yang memperbaiki hatinya maka Allah akan memperbaiki lahirnya.

● orang yang alim yang terpimpin lagi dikasihi oleh Allah SWT. Semakin berilmu semakin dia merendah diri, semakin ia merasakan dirinya lebih banyak dosa kalau hendak dibandingkan dengan orang lain, seringkali juga merasakan dirinya tiada apa-apa nilainya, yang ada hanya seribu kelemahan dan kekurangan. Inilah resam padi, makin berisi, semakin tunduk ke bawah. Selamatlah golongan ini. Ilmu yang beginilah yang dikatakan membawa cahaya kepada mereka yang berilmu. Ilmu merupakan cahaya yang menerangi hidup seseorang insan yang sedang teraba-raba dalam kegelapan.

Seperti kata Imam As-Syafie: "Semakin banyak ilmuku, semakinku insafi diri, bahawa terlalu banyak yang aku tidak ketahui..."

#sayabodohlagihina.
#sayajahatlagiberdosa.

● Janganlah kita buat mengikut apa yang kita kehendaki
Tetapi  berbuat lah apa yg allah kehendaki.

Syurga milik allah
Neraka juga milik allah.
Allah memberikan kita pilihan sama ada syurga atau neraka dengan pertunjuk yg telah diberikan oleh allah. Jika kita tidak mengikut pertunjuk yg allah berikan kepada kita maka kita telah memilih neraka sebagai rumah kita seterusnya.

Wahai teman
Neraka itu azab tiada nikmat dan keseronokan  didalam nya.
Hindari lah ia.

Syurga itu nikmat
Tiada kesakitan didalam nya.
Tiada jemu dan bosan didalam nya.
Tiada penghujung bagi kehidupan orang yg mendiami nya.
Mohon lah kepada allah agar ada ruang untuk kita disana.
Berbuat lah kebaikan dan tinggalkan lah perkara yg allah tidak suka.

Walaupun sekelian manusia tidak suka kepada kita kerana kita buat apa   yang allah suka maka teruskan lah. Semoga kita akan dapat sedikit ruang di jannah allah.

● Hati yang lalai membenci dan menentang kebenaran. Redha bersama kebathilan yang ada walaupun mengecapi nikmat Allah tanpa bersyukur. Hati yang sedar akan sering menjaga syaksiah dan akhlaknya. Mudah mengukir senyuman dan memberi salam, menghormati dan meraikan sahabat ketika bercakap. Hati yang sedar akan sering bermunajat dengan Allah di malam hari ketika manusia lain sedang nyenyak tidur...

YA ALLAH KU INSAN YANG HINA DAN TIDAK LAYAK UNTUK SYURGAMU . KUGAGAHI DIRI INI UNTUK BERTEMU MU, PANDANGLAH AKU DENGAN PANDANGAN RAHMATMU DAN AMPUNKANLAH SEGALA DOSAKU. AMIIN.

● Hampir nya saat ini.

Kedatangan Ramadhan Membawa Berkat
Bulan Ramadhan amat mulia, membawa rahmat, kedatangannya berkat, berlaku maghfirah, pahala berganda lailatul qadar macam panjang umur;
Ketibaannya macam kedatangan seorang pemimpin yang mulia yang sangat dihormati,
Seorang pemimpin seperti Rasul, maksum, akhlaknya tinggi lagi mulia, berilmu dan berwibawa
Pemurahnya bagaikan hujan lebat, tawadhuknya menghancurkan hati yang keras,
pemaafnya menjadikan orang malu, mengutamakan orang, setiap hati terpaut kepadanya;
Beraninya menggentarkan musuhnya, berstrategi, berhikmah,
ilmunya diucapkan bak mutiara, mendengar ilmunya tidak jemu-jemu;
Kehilangannya dirindui, ketibaannya dinanti-nanti,
Begitulah Ramadhan jika dia seorang manusia, manusia yang luar biasa.

● Jauh atau sunyinya hati seorang manusia dari cahaya Allah disebabkan oleh perbuatan maksiatnya. Tidak ada perbuatan meninggalkan dosa yang dapat menghilangkan kesunyian tersebut kecuali berwaspada dari perbuatan maksiat.

Seseorang yang berakal tentu akan dengan mudah meninggalkan kesunyian itu agar hati nya tidak jauh dari cahaya allah.

● Jika kau memerlukan nikmat dunia, cukuplah Islam sebagai nikmatmu. Jika kau memerlukan keasikan, cukuplah taat kepada Allah sebagai keasikkanmu dan jika kau memerlukan pengajaran cukuplah maut itu sebagai pengajaran bagimu".

● Kebaikan balasannya kebaikan dan kejahatan balasannya kejahatan.

Walaubagaimanapun penyakit hati boleh menghapuskan kebaikan manakala keampunan dan kemaafan boleh menghapuskan kejahatan.

Friday 23 March 2018

NASIHAT IMAN UST AKHI AHMAD RIZAM 4


■ Menangislah wahai diri,agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana engkau belum tahu,  nasibmu dipuak kanan atau dipuak kiri. Di sana, lembaran  sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi Tuhan. Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat.

■ setitis air mata kerana takutkan ALLAH ibarat permata yang  indah.  Penghuni Syurga ialah mereka yang banyak dukacitanya di dunia.

Tidak berkumpul dua perkara dalam satu masa. Barangsiapa gembira di dunia akan berdukacita di akhirat. Barangsiapa yang banyak dukacitanya di dunia akan gembira di akhirat.

■ di akhir zaman ini manusia memerlukan Tuhan secara berkala atau bermusim. Manusia kembali kepada Tuhan ketika dirinya sedang ditimpa kesusahan, penderitaan. Ketika saat-saat seperti itu barulah manusia mengadu pada Tuhan. Ada lagi yang lebih sombong, ketika sudah ditimpa ujian kesusahan pun, ia merasa tetap tidak perlu dengan Tuhan, ia merasa dengan kekuasaan yang ia miliki dapat menyelesaikan penderitaan atau masalah yang menimpa dirinya.. Nauzubillah min zalik.

■ Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah sekalian, ilmu itu adalah nur (cahaya), yang menyinari hati yang putih bersih dan bukannya hati yang hitam tebal dengan maksiat. Hati yang bersih pula tidak kita perolehi dengan begitu mudah. Untuk memilikinya perlu ada usaha yang berterusan yakni istiqamah dengan amal kebaikan dan menjauhi kemungkaran yang dihujani dengan kesabaran serta digauli dengan keikhlasan.

■ patutkah kita merasa bangga dan sombong serta merasa hebat sekiranya kita berjaya dan berkebolehan dalam melaksanakan sesuatu amalan? Kalau kita mampu untuk bangun malam beribadah dan banyak melakukan solat sunat hingga kita menjadi abid, siapakah yang hebat? Kita hebatkah atau Allah yang hebat? Tentulah Allah yang hebat kerana Allah telah memberikan kita kemampuan untuk beribadah, kalau kita bersolat, berpuasa, menutup aurat, mampu menulis artikel, punya pangkat dan darjat, memandu dan menunggang kereta atau motosikal atau sebagainya, apakah itu semua keupayaan kita? Tidak sama sekali! Semua itu adalah dengan rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Subhanallah! Tanpa sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah tentu kita akan ingkar dan sesat sepertimana orang kafir tanpa kita sedari. Maka sentiasalah kita melahirkan rasa syukur kepadaNya.

■ jika hati kita berpaling dari Allah, mengabaikan perintah dan larangan-Nya, maka kehidupan akan gelisah, resah, dan susah.

■ Hidup hanyalah senda gurau dan kehidupan sebenarnya adalah kehidupan setelah kematian (akhirat). Menjalani hidup ibarat mempersiapkan kehidupan kedua. Baik buruknya kehidupan manusia di dunia akan menjadi bekal kehidupan akhiratnya.

■ Islam tidak menghalang umatnya mencari harta-benda dan kekayaan; asalkan ia tidak menghalang dari melakukan pengabdian kepada Allah.  Malahan orang Islam yang kaya adalah amat diperlukan kerana ia adalah sumber ekonomi negara dan sebagai juruwang bagi saudaranya yang miskin dan memerlukan bantuan.  Orang kaya adalah pembantu orang msikin, orang kuat adalah pelindung golongan yang lemah, orang alim sebagai sumber cahaya dan ilmu kepada orang jahil. Begitulah golongan ini saling bantu-membantu antara satu dengan lain.  Apa yang Islam larang ialah meletakkan keduniaan sebagai sasaran utama dalam hidup melebihi hal-hal keakhiratan dan pengabdian kepada Allah.

■ Hati yang mati dan berpenyakit tidak akan mengecapi nikmat BERTUHAN dan kebahagiaan hidup walaupun memiliki apa jua kemewahan.
Kehidupannya penuh dengan kepenatan yang sia sia dan membawa ia rugi pada kehidupan nya di akhirat nanti.

■ Seseorang yang  hampir dengan Allah akan sentiasa melihat kekurangan dirinya hingga malu mahu menoleh melihat kekurangan orang lain apa lagi mahu membicarakan nya.

■ musibah akhirat adalah orang yang tidak punya amal saleh dalam hidupnya, sehingga jauh dari pahala.

''Orang yang terkena musibah, bukanlah seperti yang kalian ketahui, tetapi orang yang terkena musibah yaitu yang tidak memperoleh kebajikan (pahala) dalam hidupnya.

■ Solat yang benar akan menghasilkan ahwal yang bawa perubahan yang baik pada akidah, jiwa dan adabnya.

Ia akan meninggalkan secara perlahan lahan kejahatan dalam jiwa dan akan indahkan adab mu sesama insan.

■ Penawar yang paling mujarab dalam kehidupan ini adalah dengan mengingati allah.
Semakin kuat ingatan dan makrifat mu kepada  Allah semakin tenang dan kuat dirimu dalam menghadapi apa jua putaran kehidupan ini.

■ Ramai manusia melihat waktu sebagai satu putaran biasa tanpa merasa kerugian atas kehilangannya. Betapa ruginya kita melepaskan masa berlalu tanpa memanfaatkannya dengan sesuatu yang menguntungkan kita di hari akhirat.

Adakah kita terlalu yakin bahawa kita akan hidup sehingga esok?

■ Muhasabah untuk diriku.

Jiwa akan merasa tenang dengan mengingat perjalanan yang akan dilaluinya di akhirat. Apabila meyakini bahwa dirinya akan dimasukkan ke dalam liang lahat sendiri, tanpa seorang pun menemani, dan tidak ada yang bermanfaat bagi dirinya selain amal shalih, dan dia yakin bahwa seluruh manusia,  tidak akan mampu menghilangkan sedikit pun, azab kubur yang diderita, maka dengan demikian  akan menyakini bahwa tidak ada yang mampu menyelematkannya melainkan mengkihlaskan amal kepada Sang Pencipta semata mata.

■ Orang yang berakal seharusnya lebih banyak mempergunakan kedua telinganya daripada mulutnya. Dia perlu menyedari bahawa dia diberi telinga dua buah, sedangkan diberi mulut hanya satu adalah supaya dia lebih banyak mendengar daripada berbicara. Seringkali orang menyesal di kemudian hari kerana perkataan yang diucapkannya, sementara diamnya tidak akan pernah membawa penyesalan.

■ Banyaknya dosa yang dilakukan oleh seorang manusia menyebabkan ia lupa akan berapa banyak dosa yang dilakukan, sehingga ada pemahaman untuk tidak peduli dengan apa yang diperbuat, asalkan hatinya senang maka hal apapun akan dilaksanakan. Ketika banyaknya dosa yang dilakukan, maka itu akan berpengaruh kepada kehidupan dunia yang fana dan membawa kita kepada rasa putus asa.

■ Hidayah berada di tangan Allah dan hati para hamba berada di dalam genggaman ilmu Allah, Dia membolak-balikkannya sesuai kehendak-Nya. Oleh karena itu, mohonlah perlindungan kepada-Nya, Zat yang ditangan-Nya-lah hidayah berada, zahirkanlah hajatmu dan kefakiranmu kepada-Nya. mintalah selalu kepada-Nya agar Dia memberikan keikhlasan kepadamu. Do’a yang sering dipanjatkan oleh syaidina Umar ibnul Khaththab radhiallahu ‘anhu adalah do’a berikut,
اللهم اجعل عملي كلها صالحا, واجعله لوجهك خالصا, و لا تجعل لأحد فيه شيئا
“Ya Allah, jadikanlah seluruh amalku sebagai amal yang shalih, Ikhlas karena mengharap Wajah-Mu, dan janganlah jadikan di dalam amalku bahagian untuk siapapun.”

■ Apabila seseorang hamba yang meletakkan dirinya paling hina dalam kalangan makhlukNya,
(cth)  melihat hal kepatuhan si anjing kepada tuannya, maka dia akan berkata kepada dirinya:

lihatlah anjing itu wahai diri. Lihatlah betapa patuhnya anjing itu kepada tuannya. Bagaimana pula dirimu dengan Tuhanmu, takkala Dia menyuruh kamu melakukan ketaatan namun kamu masih lagi memungkiriNya? Kalau begitu, sifat anjing itu lebih baik daripada kamu.

■ Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.

Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah.

Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.

Allah menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.

■ Semakin kita akrab denganALLAH SWT, semkain kuatlah perisai diri kita. Semakin kuat perisai diri kita, semakin bergunalah diri kita kepada keluarga dan masyarakat; semakin terhindarlah kita dari pelbagai penyakit zahir dan batin; dan semakin pulih kita dari jiwa yang kacau, batin yang sakit, zahir yang lemah.

■ Salah satu ciri orang yang bersih hatinya adalah ia senantiasa berhati-hati dalam segala perbuatan,berusaha agar tidak berbuat dosa walau sekecil apapun yang dapat mengotori hatinya..

■ Jika seseorang sentiasa mendekatkan dirinya kepada Allah, dengan memperbanyakkan kebajikan, keikhlasan dan ibadah, dan Allah menjadi dekat kepadanya dengan limphan rahmat dan pemberianNya, maka di saat itu orang itu menjadi kekasihnya.

■ Jika ketakwaan adalah penyebab datangnya rezeki, maka meninggalkan ketakwaan berarti menimbulkan kefakiran.

Rasulullah saw. pernah bersabda, “Seorang hamba dicegah dari rezeki akibat dosa yang diperbuatnya,” (HR. Ahmad)

■ SUSAHNYA didalam memperbaiki hati yg rosak.

Allah tidak memandang kepada kekayaan, kecantikan dan kepintaran kita dalam melakukan sesuatu perkara tanpa disertai niat yang lahir dari hati yang benar-benar ikhlas. Semua manusia mampu berbicara mengenai hati tetapi tidak mampu memelihara dan mengawal ia daripada sifat-sifat yang kotor seperti amarah, hasut, benci,takabbur, riak dan ujub.

YA ALLAH BERSIHKANLAH HATI HATI KAMI DARI SIFAT MAZMUMAH YG SELALU MEROSAKKAN KAMI DAN JADIKANLAH KAMI DIDALAM GOLONGAN ORANG ORANG YANG SIDDIQIN.

■ Muhasabah diri sblm kita di tanya oleh allah.

”Tidak akan bergeser kaki seorang hamba sehingga ia akan ditanya tentang empat perkara, tentang umurnya untuk apa ia habiskan? Tentang ilmunya untuk apa ia amalkan? Tentang hartanya dari mana ia dapatkan dan kemana ia belanjakan? Dan tentang badannya untuk apa ia gunakan?(HR Tirmidzi).

■ Syarat utama untuk bertaubat adalah menyedari dan menyesali dosa dan kesalahan yang telah diperbuat. Kemudian setelah ia memperbaiki diri dan terus bertaubat ia tidak akan pernah merasa cukup akan ibadah yang telah ia lakukan seakan dosanya masih terus ada, hatinya merasakan mungkin itu adalah dosa yang telah lalu ataupun dosa yang baru dilakukan. Oleh karenanya ia akan terus berupaya meningkatkan keimanan diri untuk menebus dosa-dosa yang melekat dalam dirinya.

■ Muhasabah diri sblm kita di tanya oleh allah.

”Tidak akan bergeser kaki seorang hamba sehingga ia akan ditanya tentang empat perkara, tentang umurnya untuk apa ia habiskan? Tentang ilmunya untuk apa ia amalkan? Tentang hartanya dari mana ia dapatkan dan kemana ia belanjakan? Dan tentang badannya untuk apa ia gunakan?(HR Tirmidzi).

■ Maksiat akan melemahkan hati dan iman. secara perlahan akan melemahkan keinginan seorang hamba untuk bertaubat dari maksiat. Hingga pada akhirnya keinginan taubat tersebut hilang sama sekali didalam hati nya.

Bila seorang hamba terus menerus berbuat dosa, pada akhirnya ia akan meremehkan dosa tersebut dan menganggapnya kecil. Ini merupakan tanda kebinasaan seorang hamba. Karena bila suatu dosa dianggap kecil maka akan semakin besar di sisi Allah .

“Seorang mukmin memandang dosa - dosanya seakan-akan ia duduk di bawah sebuah gunung yang ditakutkan akan jatuh menimpanya. Sementara seorang pendosa memandang dosa-dosanya seperti seekor lalat yang lewat di atas hidungnya, ia cukup mengibaskan tangan untuk mengusir lalat tersebut.”

■ Salah satu ciri orang yang telah dekat dengan ALLAH adalah ia merasa menderita dan tersiksa hatinya,ketika hatinya berjauhan dengan ALLAH Karena hatinya lalai.

■ Ingatan hati dan rintihan hati seorang insan terhadap Tuhannya datang daripada rasa kehambaan yang tulen. Rasa kehambaan inilah tanda seorang insan telah mendapat nikmat iman yang tinggi nilainya. Tiada sesuatu yang lebih berharga daripada nikmat iman. Beruntunglah mereka yang dianugerahi nikmat ini. Hanya hamba-hambaNya yang terpilih saja yang akan dikurniai
rasa kehambaan.

■ Seorang Hamba itu menangis sebagai pertanda (penunjuk) kelembutan hatinya.

Semakin lembut hati yang kita miliki maka semakin tinggilah kedudukan kita sebagai hamba Allah.

■ Dalam perjalanan menuju jiwa yang suci bersih seseorang perlu menentang nafsu kehaiwanan yang menumpang pada nafsunya yang asli, yang suci bersih. Nafsu kehaiwanan hanya inginkan makanan, minuman, pakaian, tidur, melakukan yang sia-sia dan berseronok. Dalam daerah nafsu yang rendah itu juga ada sifat ego yang jahat seperti takabur, sombong, dengki, dendam, tamak dan lain-lain penyakit hati. Semua itu mesti dibuang daripada daerah nafsu supaya kemurnian nafsu yang asli kembali menyerlah. Orang yang benar-benar bertaubat mampu berbuat demikian dan dia kembali menjadi suci, bersih dan murni. Hijab yang muncul dari alam zahiriah menjadi hancur dan rohaninya akan bercahaya, memperlihatkan keserian wajah yang menggambarkan kedamaian jiwa.

■ Marilah sama-sama kita jadikan kehidupaan di dunia ini sebagai medan untuk kita beramal dan menyediakan persiapan kita menuju alam akhirat. Tidak mungkin kita akan tenang dan berbahagia apabila membawa bekalan yang sedikit dan tidak berkualiti pula apabila menuju perjalanan yang jauh iaitu ke alam barzakh dan alam akhirat . Janganlah sia-siakan masa, umur, tenaga dan kekayaan yang kita miliki tanpa kita membuat pelaburan untuk bekalan kita di sana, ketika itu apa yang akan menjadi pertukaran adalah amal-amal soleh, amal ibadah, amal kebajikan yang kita lakukan di dunia ini semata-mata kerana Allah SWT. Renungkanlah dan bertindak segera tanpa ditangguh-tangguhkan lagi.

■ Bila kita beragama, dengan sendiri kita akan rasa bahawa di sisi kita ada malaikat yang memerhati, ada Allah SWT yang sedang memantau. Keyakinan ini merupakan satu brek untuk kita dari terus lakukan dosa. Tanpa adanya keyakinan seperti ini, manusia akan hilang brek. Kalau kereta hilang brek, ia akan terjun gaung. Tapi kalau manusia hilang brek, dia akan terjun neraka." ~

Mutiaar Kata Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

■ KEIKHLASAN dalam kita beribadat.

Jika berniat hanya kerana ALLAH, maka amalan kita takkan terpesong, tapi sekiranya hanya kerana inginkan pengiktirafan dari hamba, maka yang kita dapat hanyalah pengiktirafan dari mereka, tapi bukan dari ALLAH.

Marilah bersama kita fikir dan renungkan sama ada perbuatan kita, amalan kita pada hari ini, adalah demi mendapat redha hamba atau redha dari ALLAH.

Dan jika terselit walau sezarah pun niat ingin riak dan bermegah dengan perbuatan kita, sebaiknya kita bertaubat dan berdoa agar kita dijauhkan darinya, kerana ia mungkin satu hari nanti menjadi penghalang kita dari mencapai Syurga yang abadi.

■ Jangan lah sombong ketika kita memohon kepada allah.

Berdoa dengan hati yang kosong sama artinya kita tidak fokus terhadap apa yang kita ucapkan kepada Allah SWT.

Tidak ada bezanya dengan ketika kita berbicara kepada sesama manusia tapi kita tidak mau melihat matanya. Apa yang kita ucapkan seolah olah kita berbohong dan tidak ada artinya. Akhirnya, kita jadi tidak sungguh-sungguh terhadap apa yang kita doakan.

■ Perilaku Manusia Masa Kini

Dari Aisyah r.a. Dia berkata “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga seorang anak menjadi sebab kemarahan (bagi ibu bapanya), hujan akan menjadi panas, akan bertambah banyak orang yang tercela dan akan berkurang orang yang baik, anak-anak menjadi berani melawan orang tua, dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik” (HR Thabrani)

■ Orang yang hatinya sehat akan mengutamakan akhirat daripada kehidupan dunia yang fana, tujuannya adalah akhirat, dan ia menjadikan dunia ini sebagai tempat berlalu serta mencari bekal untuk akhirat yang kekal. Orang yang hatinya sehat juga akan selalu mempersiapkan diri dengan melakukan ketaatan dan mengerjakan amal-amal shaleh dengan ikhlas karena Allah Ta’ala serta menjauh dari larangan-larangan-Nya.

■ ciri-ciri orang yang sudah mendapat hidayah, mereka hebat beribadat seperti melakukan solat fardu dan sunat, mengeluarkan zakat dan rukun Islam yang lain, sentiasa memperuntukkan waktu untuk bertasbih dan bertahmid kepada Allah SWT selain mengerjakan keperluannya di dunia. Mereka ini tidak mampu melupakan Allah walau sesaat kerana begitu takut akan pembalasan di hari akhirat nanti. Mereka juga terlalu berhati-hati dalam setiap perlakuan agar tidak ditarik balik hidayah pemberian Allah.

■ Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.

■ Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letih dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.

■ hati merupakan sesuatu yang paling berharga dalam diri manusia. Karena dengan hatilah, seseorang mampu mengenal Allah, beramal untuk mengharapkan ridha-Nya dan juga guna mendekatkan diri kepada-Nya. Sedangkan jasad pada hakekatnya hanyalah menjadi pelayan dan pengikut hati, sebagaimana seorang pelayan terhadap tuannya.”

■ Orang yang beriman melihat dosa bagai sebuah gunung yang besar, dan gunung yang besar itu akan menghimpapnya. Manakala orang fajir melihat dosa bagai lalat yang hinggap di hidung yang mudah saja dihalau.

(Janganlah meremeh remehkan dan meringan ringan kan akan dosa dan maksiat.)

■ Ketika kita bergantung kepada makhluk, sehebat apapun ia, sebesar apapun kekuatannya hanya akan menghantarkan pada kekecewaan dan kebinasaan.

Maka jangan pernah berharap dan bergantung kepada makhluk, karena sehebat apapun ia tidak memiliki kekuatan dihadapan Allah SWT.

■ Benci terhadap kemaksiatan dan selalu berusaha menjauhinya adalah salah satu sebab seseorang mendapatkan husnul khatimah.

Seorang muslim mesti membenci dan menjauhi apa saja yang diharamkan Allah dan Rasul-Nya. Karena, jika seseorang selalu berbuat maksiat dan mati dalam kemaksiatan, hal itu dapat menyebabkan akhir yang buruk baginya, bahkan kelak ia akan dibangkitkan dengan apa yang dilakukannya ketika mati. Oleh sebab itu, Nabi SAW bersabda, “Siapa yang mati dalam satu keadaan, maka Allah akan membangkitkannya dalam keadaan tersebut.” (Ahmad)

■ Taubat menjadi kunci kejayaan. Seperti mana Allah berfirman لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (semoga kamu berjaya). Jadi sesiapa yang ingin tahu apa kunci kejayaan untuk hidupnya di dunia apatah lagi di Akhirat, jawapannya antara lain adalah dengan bertaubat.

■ sesungguhnya dunia itu adalah kampung persinggahan,

WASPADALAH!!!!!!!

sesungguhnya bekalan yang kamu raih di dunia itu akan kamu tinggalkannya juga, segala kekayaan akhirnya akan memiskinkanmu, setiap masa ada sahaja mangsa yang terbunuh kerananya, akan terhina siapa yang membesarkannya, akan fakir siapa yang mengumpulkannya, ia seperti racun yang dimakan oleh orang yang tidak mengetahi, lalu ia mati.

■ Siapa tidak mensyukuri nikmat berarti menginginkan hilangnya, dan siapa mensyukurinya berarti telah secara kuat mengikatnya.”

Dan bagi mereka yang sungguh mengenal bahwa Allah adalah al-Syakur, hendaknya bersungguh-sungguh dalam bersyukur kepada-Nya; tidak pernah berhenti sesaatpun untuk memuji-Nya.

■ Rasa kehambaan.

Berusaha bersungguh dan istiqamah (berterusan) memperolehi atau mencapai rasa kehambaan yang mendalam. Benar-benar mengenali diri itu adalah hamba' yang dicipta oleh Allah SWT. Sewajarnya sampai kepada tahap rasa takut, bimbang, cemas, gementar, malu, mengharap, rindu, rasa dilihat, didengar, diketahui sehingga tidak lekang dari hati. Seiringan dengan itu tidak lekang pula rasa berTuhan yang tinggi, kenal Allah SWT hingga ke peringkat merasai keagungan, kebesaran, kehebatan Allah SWT. Biarpun tidak dapat dicapai dalam tempuh yang singkat namun inilah matlamat hidup manusia yang sebenar. Matlamat ini yang mesti diburu, dikejar dan diusahakan hingga akhir hayat.

■ Sedekah
Sedekah itu banyak aspeknya,
Iaitu setiap kebaikan yang kita beri kepada orang,
Samada bersifat maddi atau maknawi, sedekah namanya,
Kalau kita bagi wang kepada orang, itu sedekah namanya,
Semua orang tahu,
Kita bagi senyuman kepada orang dianggap sedekah,
Kita bermesra dengan orang dianggap sedekah juga,
Kita bagi tenaga menolong orang dianggap sedekah juga,
Kita memberi kemaafan dianggap sedekah juga,
Kita bertolak ansur dengan orang dianggap sedekah juga,
Kita bagi masa untuk kemudahan seseorang dianggap sedekah juga,
Kita beri nasihat kepada seseorang juga sedekah,
Kalau kita beri ilmu kepada seseorang dianggap sedekah juga,
Menunjuk jalan kepada seseorang yang sesat jalan dianggap sedekah,
Jadi sedekah itu bukan wang ringgit semata-mata,
Atau apa sahaja yang kita beri kepada seseorang
Yang menggembirakannya, itu sedekah,
Kadang-kadang sedekah yang merupakan wang ringgit
Cepat habis atau cepat dilupakan,
Tapi yang bersifat ilmu dan kemaafan,
Seumur hidup dikenang orang.

Tuesday 20 March 2018

TIPU DAYA SYAITAN.


Sumber ilmu :
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA.

A’uzu billahi min al-syaithan il-rajim. Inilah salah satu ucapan untuk memohon perlindungan daripada Allah untuk menghindari daripada syaitan. Syaitan atau iblis adalah musuh kita yang sentiasa mendedami manusia. Berbagai cara untuk syaitan menggoda, menghasut, dan melakukan tipu daya terhadap manusia supaya manusia menjauhi Allah.

Permusuhan antara iblis dan manusia telah bermula sejak nabi adam dicipta lagi. Permusuhan ini berlaku kerana iblis tidak suka dengan kedudukan istimewa Adam dan pasangannya Hawa. Oleh itu, iblis mengumpan mereka dengan memakan buah larangan yang ada dalam syurga. Adam dan Hawa percaya bahawa mereka dapat kekal di dalam syurga setelah memakan buah tersebut. Akibat kata manis iblis itu, Adam dan Hawa diusir ke bumi.

Iblis dan keturunannya yang terdiri daripada syaitan dan jin tidak pernah berhenti memerangkap mangsa dan menyesatkannya. Mangsa syaitan tidak mengira sesiapa pun sama ada orang alim atau jahat.

Biodata Iblis

Nama : Iblis La’natullah
Tarikh Lahir : sejak membantah dan eggan sujud kepada nabi Adam.
Status dan martabat diri : Fasiq Kelas Pertama
Agama dan keyakinan : Kufur
Kawasan / daerah jajahan : semua tempat yang tiada disebut nama Allah dan
kemungkaran bermaharajalela
Tempat tinggal tetap : Neraka jahanam
Perhiasan dunia : semua wanita yang tidak menutup aurat
Sahabat handai : golongan penguasa yang zalim
Rakan kongsi : syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia
Kaedah komunikasi : mengumpat, mengadu domba, dan mengintip
Tempat tinggal : Tandas, pasar, pusat beli belah dan tempat-tempat maksiat
Kesukaannya : orang yang lalai dari mengingati Allah
Kelemahan : Istighfar
Sumber rezeki : Harta haram
Tempoh perkhidmatan : hingga hari kiamat
Teman sejawat : orang yang berdiam diri yang tidak mengatakan kebenaran
Makanan disukai : daging orang mati
Yang ditakuti : mukmin yang bertaqwa
Cita-cita : supaya semua orang menjadi kafir
Para penghiburnya : seniwati dan seniman
Buku bacaan dan muzik : syair, sajak, kata-kata kesat, seruling

Tipu Daya Syaitan

Terdapat 7 cara dalam menjayakan cita-citanya untuk menyesatkan manusia dan jin untuk dijadikan mereka sebagai penduduk neraka. Cara-cara syaitan termasuklah melarang manusia beribadat kepada Allah, sentiasa memujuk manusia agar tidak taat, mendorong manusia agar tergesa-gesa, mandorong agar beramal kerana manusia, memuji amalan seseorang, menyebarkan penyakit riya’, dan menanamkan keraguan.

1) Melarang manusia beribadat kepada Allah
Kerja harian syaitan adalah melarang seseorang melakukan amal ibadat kerana Allah. Tetapi jika seseorang itu dipelihara oleh Allah akan menolak seruan syaitan dan megatakan “ aku mengharap pahala dari Allah dengan melakukan pelbagai ketaatan dan amal ibadat, aku harus mempunyai bekalan demi akhirat yang kekal”.

2) Memujuk manusia agar tidak taat
Syaitan akan berbisik kepada seseorang “Nanti sahaja atau sudah tua kelak”. Orang – orang yang terpelihara dari Allah akan menolak dan megatakan “ kematianku bukan berada ditangan mu. Jika aku melengah-lengahkan amalan hari ini atau esok hanya mendapat kerugian. Sedangkan setiap hari aku mempunyai amal yang berlainan. ”.

3) Mendorong manusia agar tergesa-gesa
Syaitan tidak suka manusia yang menggunakan masa untuk beramal, oleh itu syaitan mendorong manusia supaya tergese-gesa dalam beramal dan mengerjakan kebaikan. Syaitan mengatakan “ cepatlah beramal agar engkau dapat mengejar amalan-amalan yang lain. ”. Tetapi bagi orang-orang yang dipelihara Allah akan mengatakan “ Amal yang sedikit tetapi sempurna lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi tidak sempurna”.

4) Mendorong agar membuat amalan kerana manusia
Syaitan akan menyuruh manusia melakukan amalan baik dengan sempurna supaya tidak dicela oleh orang. Ini kerana syaitan tidak mahu manusia membuat sesuatu amalan kerana Allah. Tetapi bagi seseorang yang amalannya dipelihara Allah akan mengatakan “ bagi saya, penilaian cukup hanya dari Allah. Dan tidak ada manfaatnya beramal kerana manusia. ”.

5) Memuji amalan seseorang
syaitan tidak suka melihat manusia yang taat melakukan ibadat, apabila seseorang itu beribadat maka syaitan akan berbisik “ betapa tinngi darjatmu kepada orang yang beramal soleh dan betapa cerdik dan sempurna dirimu”. bagi orang dipelihara oleh Allah akan mengatakan bahawa keagungan dan kesempurnaan itu hanyalah kepunyaan Allah, bukan kekuatan dan kekuasaanku. Dari Allah lah yang melimpahkan taufik kepadaku agar Dia dapat redhai amalanku, dan memberi pahala yang besar. sekiranya tanpa kurnia-Nya, apalah erti amalanku ini, dibandingkan dengan banyak nikmat Allah yang diberikan kepadaku, di samping dosa aku yang banyak pula.

6) Menyebarkan penyakit riya’
Jika syaitan tidak berjaya melakukan tipu daya dengan memuji seseorang, syaitan akan menyebarkan penyakit riya’ tanpa manusia sedari kecuali orang-orang yang cerdik dan dapat berfikir. Syaitan akan berbisik “ bersungguh-sungguh engkau beramal dengan Allah, jangan sampai diketahui orang lain. Sebab Allah jualah memberitahu kepada orang lain bahawa engkau seorang hamba yang ikhlas”. Dengan kata-kata ini, syaitan dapat menjadikan seseorang itu menjadi riya’. Tetapi kata-kata tersebut tidak akan berjaya kepada orang-orang yang dipelihara Allah kerana orang-orang ini akan mengatakan “ Hai mal’un(yang dilaknat), tiada hentinya engkau menggodaku dan merosakkan amalanku, kini kau berpura-pura seolah-olah akan memperbaiki amalanku padahal kau bermaksud merosaknya. Aku adalah hamba Allah dan Allah yang menjadikanku. Dan jika berkehendakkan, Allah akan melahirkan atau menyembunyikan amalanku. Dan jika menghendaki, Allah akan menjadikanku mulia dan hina. semuanya adalah urusan Allah. Aku tidak khuatir, amalanku diperlihatkan atau tidak kepada orang lain, sebab itu bukan urusan manusia. ”.

7) Menanamkan keraguan
Syaitan sentiasa menjadikan manusia melakukan amal ibadat dalam keadaan ragu-ragu. Syaitan mengatakan “ Hai manusia, janganlah engkau menyusahkan diri sendiri dengan beramal ibadah. Sebab jika Allah telah menetapkanmu sebagai orang yang berbahagia pada hari azali kelak, maka mennggalkan ibadah pun tidak menjadi mudarat. Engkau tetap menjadi orang yang berbahagia. Dan jika sebaliknya, tidak guna engkau beribadah kerana engkau tetap celaka. ”. bagi orang-orang yang dipelihara oleh Allah akan mengatakan “ aku hanyalah hamba Allah. Wajib bagiku menuruti perintah-Nya. Allah Maha Mengetahui dan berbuat apa sahaja sesuai dengan kehendak-Nya. Walau bagaimana keadaanku, amalanku tetap bermanfaat. Jika aku ditetapkan sebagai orang yang berbahagia, aku tetap beribadah untuk menambahkan pahala. Dan jika aku ditetapkan sebagai orang yang celaka, aku juga tetap akan beribadah agar aku tidak menyesal. Sekiranya aku masuk ke neraka, padahal aku taat, itu lebih aku sukai daripada aku masuk neraka kerana berbuat maksiat. ”.

Pintu-pintu yang dimasuki syaitan

Syaitan akan cuba menguasai dan menakluk manusia jika seseorang itu tidak dapat mengawal sifat-sifat mereka sendiri. Sifat-sifat yang tidak dapat dikawal inilah merupakan pintu-pintu yang dimasuki syaitan. Antara pintu-pintu tersebut ialah nafsu marah dan syahwat. Perasaan marah akan meyebabkan kita kurang sedar serta menjadikan akal lemah dan ketika inilah syaitan menyerang. Hasad dengki dan ketamakkan keduniaan menjadikan pintu-pintu tertutup dan syaitan mengambil kesempatan untuk mengaburi mata manusia.

Pintu kedua ialah orang-orang yang banyak makan. Kekenyangan makanan meyebabkan hilang rasa takut pada Allah, kurang rasa belas kasihan terhadap orang lain, malas menunaikan kewajipan, tidak tertarik dengan kata-kata yang berhikmat, tidak menarik perhatian orang lain ketika memberi nasihat dan ajaran, banyak makan juga mengundang pelbagai penyakit.

Kegemaran menghias diri dan rumah tangga membuatkan manusia mengikut hawa nafsu kerana terkena hasutan syaitan. Seseorang yang berkeinginan dipuji juga mudah dimasuki syaitan.

Pintu keenam ialah sikap gopoh dan tidak menyelidik terlebih dahulu. Sikap ini menghalang seseorang berfikir dan memerhati sesuatu perkara. Manusia yang tidak pernah cukup harta dan wang akan menyebabkan hatinya tidak bersih dan syaitan akan terus menghasutnya.

Sikap kedekut dan takut kemiskinan juga mudah dimasuki syaitan kerana menghalang seseorang itu berbelanja dan bersedekah serta mendorong seseorang mengumpul harta. Selain itu, keterlaluan fanatik atau taksub kepada mazhab serta mendendam dan menghina lawan adalah pintu yang dimasuki syaitan. Sikap keterlaluan ini adalah salah satu cara syaitan merosakkan manusia berilmu yang kurang takutkan Allah, yang lemah penglihatan mata hati terhadap agama dan sangat gemarkan keduniaan.

Perbuatan memikirkan tentang zat dan sifat-sifat Allah tanpa ilmu pengetahuan akan menimbulkan keraguan tentang keaslian agama dan seterusnya boleh menjadikan orang tersebut kafir. Pintu yang kesebelas adalah sikap orang yang sentiasa menyangka buruk sesama kaum muslimin. Sesiapa yang suka menuduh orang lain itu jahat, syaitan akan menghasutnya supaya meneruskan tuduhannya serta menganggap diri sendiri lebih baik. Inilah sebahagian pintu-pintu yang dimasuki syaitan.

Walaubagaimanapun, pintu-pintu ini dapat ditutup dari dimasuki syaitan jika sentiasa berzikir dan mengamalkan ayat kursi. Tetapi zikir mengingati Allah perlulah dipenuhi taqwa dan dibersihkan dari sifat-sifat keji.

Strategi menewaskan syaitan

Allah selalu mengingatkan kita tentang godaan syaitan. Setiap insan ada syaitannya yang selalu menggoda, menyesat dan menghiasinya dengan maksiat. Kita dapat mempertahankan diri dari hasutan dan tipu daya syaitan dengan meminta pertolongan Allah S.W.T. Untuk mendapatkan pertolongan dari Allah S.W.T, kita mestilah melakukan perkara-perkara berikut:

1) Menganggap syaitan sebagai lawan kita
Syaitan mengetahui segala kelemahan jiwa manusia. Oleh itu, kita hendaklah menganggap syaitan adalah musuh utama yang nyata di dunia ini. Iblis bukan sahaja menderhakai Allah tetapi juga bersumpah dengan kekuasaan Allah bahawa ia tetap menggoda segala makhluk Allah melainkan hamba-Nya yang ikhlas dan taat. Al- Quran ada menyebut dalam Surah Shaad, ayat 82-83: “Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya kecuali hamba- hamba-Mu yang ikhlas di antara mereka (orang-orang yang telah diberi taufik untuk mentaati segala petunjuk dan perintah Allah). ”

2) Membaca Al- Quran dan Azan
Syaitan tidak suka orang-orang yang sentiasa menyebut nama Allah. Apabila seseorang itu membaca ayat-ayat suci Al- Quran, syaitan akan menjadi kecil seperti saiz seekor lalat dan apabila mendengar seruan azan, ia berlari lintang-pukang.

3)Membaca ayat kursi
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid Tsabit menulis serta menyebarkannya. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, insyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t. Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud:"Sesiapa pulang kerumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya. Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar. "

4) Menggunakan masa sebaik-baiknya
Allah berfirman supaya kita menggunakan masa dengan sebaik-baiknya kerana ia merupakan salah satu senjata untuk melumpuhkan perangkap syaitan. Allah bersumpah bahawa semua manusia dalam kerugian kecuali 4 golongan iaitu orang yang beriman, beramal soleh, menasihati atas kebenaran, dan menasihati atas kesabaran. Mereka yang tidak tergolong dari 4 golongan tersebut akan menjadi mangsa dan perangkap syaitan sekiranya mereka terus membazirkan masa dan waktu.

5) Mensyukuri nikmat Allah
Sejak dilahirkan lagi dan hingga sekarang kita diberi bermacam-macam nikmat kurniaan Allah tetapi kita seolah-olah lupa dengan anugerah kenikmatan yang diberi oleh Allah S.W.T. Allah masih sayang kepada hamba-hamba-Nya walaupun masih ramai yang tidak bersyukur. Sebagai menunjukkan kesyukuran terhadap Allah, kita hendaklah mengabdikan diri kepada Allah dengan melaksanakan segala amalan ibadat dan meninggalkan segala larangan-Nya.

6) Bertaubat
Manusia diberi akal yang meletakkan kita sebagai makhluk yang berada di kedudukan paling tinggi dan mulia. Manusia dapat menggunakan akal untuk mencipta, menyelidik, dan berfikir sesuatu perkara supaya kehidupan manusia lebih baik. Namun, akal yang diberi itu telah disalahgunakan oleh manusia itu sendiri sehingga menyebabkan manusia berada dalam keadaan jahil. Oleh itu, kita perlu kembali kepada Allah dengan bertaubat, beriman, serta mengabdikan diri semata-mata kepada-Nya.

7) Menguasai diri sendiri dengan mengalahkan hawa nafsu
Kita perlu menguasai diri dengan hati yang lembut, bersih dan cekal untuk memerangi hawa nafsu. Orang yang beriman akan berasa gementar hati mereka apabila disebut nama Allah, dan iman mereka akan bertambah kuat. Setiap insan telah diberi akal untuk mendalami ilmu-ilmu islam supaya dapat mendekatkan diri kepada Allah dan dapat membezakan antara yang baik dan buruk bagi membina kekuatan insan di dalam diri manusia.

8) Mengenali diri sendiri
Untuk mengenali diri sendiri, kita hendaklah menganalisa diri ataupun bermuhasabah. Setiap masa kita perlu mengimbas kembali segala perbuatan yang kita lakukan. Adakah kita menambahkan potensi kekuatan diri kita dan mengurangkan kelemahan diri kita? Jika perbuatan yang kita lakukan adalah amalan yang baik, hendaklah memuji Allah. Tetapi jika kita melakukan sesuatu yang dilarang dalam islam, kita hendaklah memohon ampun kepada Allah dan berdoa kepada Allah S.W.T.

Kesimpulan

Syaitan adalah makhluk ghaib yang perlu wajib kita percaya kerana kewujudannya adalah lebih awal dari manusia. Kita perlu menganggap syaitan adalah musuh paling utama di dunia ini kerana ia mampu menguasai manusia dengan menghasut, menggoda dan melakukan tipu daya terhadap manusia. Tidak hairan lah, ramai yang melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah seperti mencuri, berzina, melakukan penipuan dan lain-lain. Namun bisikan syaitan dapat dihalang jika kita sentiasa mengingati Allah S.W.T dalam apa jua perkara yang kita lakukan.

ZIKRULMAUT DARI USTAZ AHMAD DUSUKI ABD RANI.


● Hidup ini menuju senja, umur pun semakin senja, selepas senja alam ini akan gelap, demikian juga umur kita, semakin gelap menuju ke barzakh, kereta dan rumah kita yang di bangga itu akan di tinggal jua, yang di bawa amalan sahaja, bawalah amalan yang mulia untuk di pertontonkan di hadapan yang esa, mengapa kita biarkan diri menjadi pendosa? dengan dosa fitnah dari tulisan yang di tulis di wall FB atau whatsaap sesama kita itu kan akan menjadi gunungan dosa di saat kita tiada lagi di dunia ini. Kan sia sia amalan kita!!, di dunia pun sengsara, di barzakh kecewa, diakhirat menjadi bahan neraka? mahu kah begitu kesudahan hidup kita?.. belajarlah dari senja..

● Kita akan menyesal apabila kita mula di paksa memasuki ruang tanah yang sempit itu, tanah kubur!!.. saat kita di beri peluang hidup di dunia ini, sibuknya kita menjaga manusia melebihi dari kita jaga Allah, menjaga manusia  sehingga hilangnya pergantungan kepada Allah, jaganya air muka supaya tidak jatuh dihadapan manusia tetapi sanggup menjatuhkan syariat Allah.. jaganya perasaan manusia tetapi melanggar perintah Allah.. saat di paksa masuk ke dalam ruang sempit itu, tanah itu mula menghimpit.. tiada ruang lagi, dada semakin sempit.. jagalah Allah!! pasti Allah melebarkan kesempitan kearah keluasan akhirat!!

● Usahlah mengeluh kepenatan dan bebanan terhadap perjalanan hidup ini, kerana setiap sesuatu itu telahlah di tetapkan oleh Nya, bersyukurlah setiap masa, moga kita menjadi manusia yang di ta'jub oleh para malaikat disisiNya, kita hanya hamba.. selayaknya kesyukuran itu sentiasa meniti di bibir bibir kita..

● Seluruh manusia dibangkitkan nanti di akhirat kelak.. hari-hari akan terasa sangat panjang dan manusia berputus asa di padang mahsyar..
Semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah dan layak untuk menerima syafaat Rasulullah SAW kelak.

● Ketika kehidupan berkejaran dengan dunia.. saat itu tiba tiba di panggil mengadapNya.. perbanyakkan amalan utk saat bersendirian..

● Apabila kita dikhianati dan di zalimi, berdoalah kepada Allah tempat kita mengadu, berceritalah kepadaNya terhadap kejahatan yang dilakukan oleh pelaku, meminta kepada Allah supaya Allah lah sebaik pembalas kepada pelaku, manakala pelaku kezaliman pun berhak utk berdoa.. kepada Allah sebaik di adu.. usahlah takut terhadap doa jika tidak dilakukan pengkhianatan dan kezaliman itu.. mengadulah kepada Allah menafikan munajat itu.. media pulak usahlah menjadi batu api? berpuluh tahun dah di baca doa qunut nazilah itu.. tak faham ke atau hati dah jadi batu?.. moga Allah memustajabkan doa hamba yang dizalimi dan di khianati itu.. ﺁﻣِﻴْﻦُ ﻳَﺎ ﺭَﺏَّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴْﻦ

● Melayan rasa dengki, menambahkan lagi rasa sakit di hati, perasaan berkecamuk merosakkan diri, pahala pun hilang sepi, syaitan pula bersorak menari, gembira kerana ada pengikutnya tersendiri, mengapa dibiarkan hati membangkitkan rasa dengki?, kerana merasa pahala sudah banyak setiap hari? lalu jari kita menulis kata kata keji? meluahkan rasa hati?.. inikah mukmin sejati? yang mendapat tarbiah dari Al Qurani?.. mukmin, setiap kali melihat rezeki yang di nikmati, oleh sesiapa sahaja di sisi, lalu bibirnya dan tulisannya akan mengambarkan kesyukuran kepada ilahi, walaupun bukan nikmat itu untuk dirinya, namun ia tetap mensyukuri.. mukmin jua yang menikmati, mungkin suatu hari nanti, Allah akan memberi kepadanya suatu hari nanti.. tidak disini atau di sana nanti, syurga yang menanti..sabarlah duhai hati...

● Sesaat kepenatan perjalanan hidup, usahlah mengeluh dan berduka, kita ada Allah tempat mengadu dan bercerita, betapa kita di uji dan di uji.. tanda sayangNya kepada kita.. bersabarlah duhai hati..

● Lima amalan menolak bala mendekatkan rahmatNya
1) Doa setiap saat dan masa
2) Syukur diatas setiap nikmat
3) Bersedeqah secara sembunyi dan terangan.
4) Menolong orang yang susah dan lemah
5) Menyambung silaturahim yang terlerai.
Ayuh!!.. berkejaranlah..

● Demikianlah hidup di dunia ini, penuh kepenatan namun sebentar lagi akan melalui saat nikmat dengan kerehatan.. memilih berehat di dunia akan menyebabkan kepenatan di sana nanti.. duhai mukmin, sabarlah dengan kepenatan ini..

● Setiap kali kita melihat dan merasa nikmat, ulanglah rasa syukur di bibir kita, agar terulang lagi nikmat yang di kecapi itu, tidakkah Allah mengajar kepada kita sekiranya kita bersyukur akan di tambah lagi nikmat yang lain?.. syukur sehingga taat..

● Usahlah terlalu leka kerana kematian itu bila-bila masa sahaja...
kitakan di panggil bila bila masa sahaja..
masa kita semakin tiada bila bila masa sahaja..
tenaga kitakan longlai bila bila masa sahaja..
nafaskan semput bila bila masa sahaja..
teman teman kan menjauhi kita bila bila masa sahaja..
pakaian kita kan di lucutkan bila bila masa sahaja..
penghormatan terakhir kan terjadi bila bila masa sahaja..
Solat Jenazah untuk tubuh yang kaku bila bila masa sahaja..
wajah yang pucat kan terjadi bila bila masa sahaja..
cuma kita masih leka.. bila bila sahaja...
sampai bila kitakan begini?? bila .. bila yang tiada kesedaran mengunjungi kita ini...

● Kita dan musuh kita, terhadap syaitan, hendaklah sentiasa peka dan memasti gerak gerinya, tidak terperangkap dgn lagaknya, sentiasa berwaspada setiap masa dan ketika agar tidak lena dan hanyut dengan khayalan dan angan angan yang di muluk muluknya, begitulah syaitan menghanyutkan manusia, agar tidak di ketahui matlamat hidup sebenarnya.. akhirnya mati disaat iman sudah tiada di jiwanya..nauzubillah

Manakala musuh yang berupa manusia pula, tidaklah terlalu membencinya dan tidaklah terlalu dekat terhadapnya, kerana terlalu membencinya suatu ketika ia menjadi sahabat kita pula setelah di bolak balikkan hatinya, terkadang pula sahabat yang karib menjadi musuh yang jauh pula lagaknya.. demikianlah manusia..hatinya itu tidak mampu di baca dan ditafsir di sebabkan sikapnya yang sering berubah dari hati yang tidak istiqamah.. Istiqamahlah di jalan agama ini!!!

● Ketika kita menyimpan dendam di hati, saat itu syaitan berpesta kegembiraan, berterusan membangkit rasa benci di jiwa, agar hati kita sentiasa terluka, di mamah usia yang panjang untuk menyembuhnya, tidak padan hanya sekali dan sekala duduk mendengar kuliah sahaja, ia memerlukan kesungguhan dan ketabahan untuk mengubati penyakit yg dendam yang merosakkan jiwa dan masa depan kita.. berdoalah agar jiwa kita tidak begitu jadinya.. berlatihlah agar menjadi jiwa yang menerima setiap pemberiannya..

● Kehidupan ini berbeza kehidupan diantara sesama kita, Allah jadikan adanya yang sihat dan adanya yang sakit, terkadang kehidupan diatas dengan kemewahan dan terkadang di bawah dgn kesengsaraan, Allah tidak menguji hambaNya kecuali yang mampu kita lalui..

● Pagi dan petang merimbun dan menimbunkan amalan agar ia menjadi berkekalan untuk dihadapkan di hadapan Allah.. pemilik alam..

● Menghadirkan diri ke majlis ilmu, menghidupkan hati yang hampir mati, kematian hati itu menjadi bahaya kala hidupnya jasad, namun hati itu sudah mati menyebabkan ia hilang pertimbangan sebagaimana kenderaan menuruni cerun yang curam dalam keadaan engine yang mati.. demikian lah jiwa manusia!!

Wallahualam.

Friday 23 February 2018

NASIHAT IMAN USTAZ KHALID BASALAMAH.

● Untuk memunculkan ikhlas kita harus menghilangkan 2 sifat dari diri kita yaitu Riya dan Ujub
Riya adalah memperindah ibadah untuk makhluk. Kalau Riya ada didalam ibadah kita, kita tidak akan bisa ikhlas. Lalu ujub itu adalah berbangga-bangga dengan amal. Ujub itu bisa diartikan menyandingkan dengan jiwa yang lemah. Ujub adalah keadaan orang-orang yang sombong, yang takjub pada diri sendiri.
Semoga kita semua terhindar dari 2 sifat pembatal ikhlas ini, dan juga sifat-sifat buruk lainnya.

● Orang Beriman pada saat nikmat banyak, bahagia. Cobaan datang, tetap bahagia. Karena dia tau, cobaan pun datang untuk membersihkan dosa-dosanya. Kalau dosanya sudah bersih, cobaan itu meninggikan derajatnya.

Sungguh mengkhayal, kalau ada orang di muka bumi ini berbuat dosa lalu dia pikir tidak akan dihukum atau dia bisa menyembunyikan dosanya. Bagaimanapun antum mengemas rahasia itu, akan dibongkar oleh ALLAH.

Apapun yang dilakukan, baik atau buruk, ALLAH akan bongkar. Kalau baik jadi pelajaran buat orang, kalau buruk akan jadi pembersihan dosa dia kalau dia beriman atau bahkan mempermalukan dia supaya dia berhenti.

● Surga merupakan tujuan kekal yang diingini seluruh Muslim. Mereka berlomba-lomba dalam menyiapkan bekal agar lulus saat hisab dan dimasukan ke surga dengan Rahmat ALLAH .

Di antara kenikmatan di surga yang Allah dan Rasul-Nya telah perkenalkan pada kita adalah
1. Merasakan nikmatnya sungai susu, arak, dan madu, sebagaimana Allah Taala berfirman yang artinya, (Apakah) perumpamaan (penghuni) surga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamer (arak) yang lazat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai dari madu yang disaring. (Muhammad : 15).
2. Mendapatkan isteri yang masih belia dan berumur sebaya, sebagaimana firman Allah yang artinya, ”Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa mendapat kemenangan, (yaitu) kebun-kebun dan buah anggur, dan gadis-gadis remaja yang sebaya. (An Naba : 31-33).
3. Hidup kekal dengan nikmat lahir dan batin, sebagaimana Rasulullah shollallohu alaihi wa sallam bersabda yang artinya, Siapa yang masuk surga selalu merasa nikmat, tidak pernah susah, pakaiannya tidak pernah cacat, dan kepemudaannya tidak pernah sirna. (HR. Muslim).
4.  Diberi umur muda, sebagaimana Nabi shollallohu alaihi wa sallam bersabda yang artinya, Ahli surga, berbadan indah tanpa bulu, matanya indah bercelak, umurnya 30 atau 33 tahun. (Shohihul Jaami).
5. Memandang wajah Allah yang mulia, sebagaimana diriwayatkan dari Shuhaib, bahwa Nabi shollallohu alaihi wa sallam bersabda, Jika surga telah dimasuki oleh para penghuninya, ada yang menyeru : Wahai penduduk surga, sesungguhnya Allah mempunyai suatu janji untuk kalian yang janji tersebut berada di sisi Allah, di mana Dia ingin menuaikannya. Mereka berkata : Apakah itu? Bukankah Dia telah memberatkan timbangan-timbangan kami, memasukkan kami ke surga, dan menyelamatkan kami dari neraka? Beliau melanjutkan : Maka Allah menyingkapkan hijabnya (tabirnya), sehingga mereka melihat-Nya (wajah Allah). Demi Allah, Allah belum pernah memberikan sesuatu pun yang lebih mereka cintai dan menyejukkan pandangan mereka daripada melihat-Nya. (HR. Muslim).

Semoga kita semua termasuk orang-orang yang diberikan Rahmat oleh ALLAH untuk bisa menjadi penghuni SurgaNya kelak.

● Sungguh ampunan ALLAH sangatlah luas bagi hamba-hambaNya yang bertaubat kepadanya. Saudaraku, seperti dalam surat Az- Zumar: 53-54, “Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).” Dalam tafsir Ibnu Katsir di dalam kitabnya, ayat tersebut merupakan seruan untuk segenap orang yang terjerumus dalam maksiat, baik dalam dosa kekafiran dan disa lainnya untuk bertaubat dan kembali pada ALLAH. Ayat tersebut memberikan kabar gembira bahwa Allah mengampuni setiap dosa bagi siapa saja yang bertaubat dan kembali pada-Nya. Walaupun dosa tersebut amat banyak, meski bagai buih di lautan (yang tak mungkin terhitung). Sedangkan ayat yang menerangkan bahwa Allah tidaklah mengampuni dosa syirik, itu maksudnya adalah bagi yang tidak mau bertaubat dan dibawa mati. Artinya jika orang yang berbuat syirik bertaubat, maka ia pun diampuni.

ALLAH mendorong hamba-hambaNya untuk segera bertaubat, jangan ditunda-tunda. ALLAH Ta’ala berfirman, “Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).” (QS. Az Zumar: 53-54). Maksud ayat ini adalah kembalilah pada Allah dengan berserah diri pada-Nya sebelum datang siksaan yang membuat mereka tidak mendapat pertolongan, yaitu maksudnya bersegeralah bertaubat dan melakukan amalan sholih sebelum terputusnya nikmat. Demikian uraian Ibnu Katsir dalam kitab tafsirnya.

● Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (yaitu): sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau do’a anak yang sholeh” (HR. Muslim no. 1631)

Banyak orang tua yang tidak sadar tentang keberadaan anaknya. Maksudnya adalah kedudukan seorang anak bagi orang tua. Ayah sibuk mencari nafkah, Ibu sibuk dengan pekerjaan rumah, sehingga banyak orang tua yang tidak memberi masukan, nasihat, pelajaran yang sangat dibutuhkan oleh Anak saat usia pertumbuhan, sehingga tidak sedikit juga anak yang mencoba mencontoh dari orang-orang yang memang dekat dengan mereka, namun kita tidak mengetahui pelajaran yang diambil oleh si anak. Kita sebagai orang tua seharusnya sangat peka terhadap pendidikan anak dari kecil. Karena Anak kecil itu seperti kertas putih, yang siap untuk diberikan tulisan, warna-warna yang baik.

Anak merupakan amanah yang ALLAH berikan kepada orang tua untuk di didik dengan baik. Karena Anak merupakan ladang pahala bagi orang tua. Anak sholeh itu hasil dari kerja keras orang tuanya. Oleh karena itu, Islam amat mendorong seseorang untuk memperhatikan pendidikan anak-anak mereka dalam hal agama, sehingga nantinya anak tersebut tumbuh menjadi anak sholeh. Lalu anak tersebut menjadi sebab, yaitu orang tuanya masih mendapatkan pahala meskipun orang tuanya sudah meninggal dunia.

● Tugas manusia ketika mereka diciptakan di dunia ini adalah agar beribadah kepada Allah ta’ala. Manakala seorang hamba telah mengerjakan ibadah yang wajib, ia telah melaksanakan tugas sebagai manusia. Namun, untuk mendapatkan kecintaan dari Allah Sang Pencipta, hendaknya ia mengerjakan ibadah-ibadah sunnah.
Derajat hamba yang hanya mengerjakan tugas dasar, tentu berbeda dengan hamba yang menambah dengan amal-amal yang diridhai Sang pencipta.
Semoga kita meraih kecintaan dari Allah ta’ala. Amin!

● Kematian hanya ditakuti orang-orang fasik (muslim tapi banyak dosa), dan juga orang kafir Orang Beriman tidak akan pernah takut mati. Mati adalah sebuah pintu untuk menuju ke kehidupan abadi, untuk mendapatkan janji-janji yang terbaik. Namun mengingat kematian adalah hal yang merupakan kewajiban seorang Muslim. Seperti sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Perbanyaklah mengingat pemutus kelezatan” (HR. An Nasai no. 1824, Tirmidzi no. 2307 dan Ibnu Majah no. 4258 dan Ahmad 2: 292. Hadits ini hasan shahih menurut Syaikh Al Albani). Yang dimaksud adalah kematian. Kematian disebut haadzim (pemutus) karena ia menjadi pemutus kelezatan dunia.

● Banyak orang yang terjerumus ke dalam lubang kemakisatan dan kesesatan karena pengaruh teman bergaul yang jelek. Namun juga tidak sedikit orang yang mendapatkan hidayah dan banyak kebaikan disebabkan bergaul dengan teman-teman yang shalih.

Dalam sebuah hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Agama Seseorang sesuai dengan agama teman dekatnya. Hendaklah kalian melihat siapakah yang menjadi teman dekatnya.” (HR. Abu Daud dan Tirmidzi). Memilih teman yang jelek akan menyebakan rusak agama seseorang. Jangan sampai kita menyesal pada hari kiamat nanti karena pengaruh teman yang jelek sehingga tergelincir dari jalan kebenaran dan terjerumus dalam kemaksiatan.

Hendaknya kita menjaga diri kita, orang tua kita, pasangan halal kita, anak cucu kita, dari lingkungan yang dapat membuat kita menjauh dari ketaqwaan, dan kita mendekatkan diri dengan lingkungan yang mengajak kita untuk semakin cinta kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala.

● “Dari Ummu Salamah, istri Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam, ia berkata: Aku mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda: Jika maksiat telah menyebar diantara umatku, Allah akan menurunkan adzab secara umum”. Ummu Salamah bertanya: Wahai Rasulullah, bukankah di antara mereka ada orang shalih? Rasulullah menjawab: Ya.  Ummu Salamah berkata: Mengapa mereka terkena juga? Rasulullah menjawab: Mereka terkena musibah yang sama sebagaimana yang lain, namun kelak mereka mendapatkan ampunan Allah dan ridha-Nya” (HR. Ahmad)
Bencana, kesusahan, pemimpin yang dzalim ataupun musuh yang menguasai wilayah itu Adalah karena Iman suatu kaum yang mengalami kemunduran. Bukankah Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam dapat memenangkan perang melawan pasukan musuh yang jumlahnya jauh lebih banyak dari kaum Muslimin pada saat itu? Bukahkan sepeninggal Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi Wasallam, para Kulafaur Rasyidin dapat menyebarkan Islam ke Bumi ALLAH ini selagi kaum kafir lebih banyak pada saat itu? Itu semua adalah bukti Iman mereka kepada ALLAH Azza wa Jalla yang dapat menolong, membantu, dan memudahkan semua urusan Muslimin yang senantiasa menjaga hubungannya dengan ALLAH.

Mari kita bermuhasabah diri, melunakan hati, dan terus beristigfar kepada ALLAH, dan semoga ALLAH memaafkan kita semua, dan segera memudahkan kemenangan kita terhadap musuh-musuh Islam..

Wednesday 21 February 2018

NASIHAT IMAN USTAZ AKHI AHMAD RIZAM 3

● Ingatlah wahai diriku dan sekelian sahabat sahabatku.

Setiap tulisan yg kita tuliskan ia menjadi saksi dan jariah kita hingga di akhirat kelak.
Mohonlah kasih sayang allah dengan setiap penulisan yg kita ingin lakarkan .
Biarlah ia terbit dari hati yang bersih .
Setiap kata kata yg keluar dari hati yang bersih umpama anak sungai yang jernih .
Ramai makhluk Allah yang akan mendapat manfaatnya.

Jangan jadikan setiap kalimah kalimah yg kita susunkan umpama percikan api yg kecil kerana ia akan menjadi asbab kita akan tenggelam didalam lautan api yg dahsyat dan mengerikan.

● Kemuncak Takut kepada Allah adalah apabila dirinya tidak pernah lupa kepada Allah walaupun sedetik.

● Ketika ramai manusia sibuk memperkatakan cela dan aib orang lain ada sekelompok kecil manusia yang sibuk dengan mengingati allah dan rasulnya maka ikutilah kelompok yg sedikit itu.

Ketika ramai manusia mencari dan mengejar kedunian dan kemegahannya .ada sekelompok kecil Manusia yang mencari dan mengejar akan akhirat dan kemegahanya maka duduklah selalu bersama mereka

Ketika ramai manusia asyik memcari kemulian  dan keredaan dikalangan manusia ada sekelompok kecil yang sibuk memohon dan meminta serta menagih kemulian dan keredaan rabnya maka janganlah kita lepaskan mereka dan ambil lah barokah dari mereka
Semoga kita tergolong didalam golongan yang sedikit daripada golongan yang banyak.

● Makanan jasmani itu seperti jasmani kita bersifat sementara. Nikmatnya juga hanya sementara iaitu nikmat rasa dan kenyang sahaja. Selepas diproses makanan jasmani oleh badan kita akhirnya ia akan keluar sebagai najis. Makanan rohani pula Insya Allah pahalanya akan berkekalan di akhirat kelak. Pahala yang dikumpul Insya Allah akan melayakkan seseorang itu ke syurga dan nikmat syurga itu Insya Allah akan berkekalan sampai bila-bila.

● Sesiapa yang berusaha mendapatkan keredaan Allah maka Allah akan menolong dan memeliharanya serta mendapat perhatian-Nya. Akan tetapi sesiapa yang mengharapkan keredaan makhluk dengan membuat perkara-perkara yang di murkai Allah. Maka Allah tidak akan memberinya pertunjuk dan hidayah, tidak akan selamat di dunia dan di akhirat.

● Jangan lah melebihkan dunia dari akhirat.

Dunia ini rumah orang yang tidak ada rumah,kekayaan orang yang tidak ada harta, yang mengumpulkannya hanyalah orang yang tidak berakal, yang merebutnya hanyalah orang yang tidak berilmu, yang mendengkinya adalah orang yang tidak faham (pada agama) dan yang menguasahakannya hanyalah orang yang tidak punya keyakinan.

● Wahai diriku keluarga ku serta saudara dan saudariku, ingatlah! Orang-orang yang paling rugi itu, mereka hanya sekadar baca al-Quran sahaja. Tidak pernah mereka cuba untuk memahaminya. Sedangkan al-Quran merupakan kitab panduan hidup bagi orang-orang mukmin bukannya kitab bacaan sahaja.

Sebagaimana Firman Allah:

ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ

Maksudnya: Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

(Al-Baqarah 2:2)

● Lalai merupakan penyakit berbahaya bila seseorang telah terjangkit dan penyakit tersebut telah merebak didalam dirinya.

Maka ia tidak akan menyibukkan diri dengan ketaatan kepada Allah, berdzikir mengingat-Nya, dan beribadah kepada-Nya, akan tetapi menyibukkan diri dengan berbagai perkara yang sia-sia dan jauh dari dzikir mengingat Allah.

● Bersyukur dengan segala nikmat yg Allah telah kurniakan kepada kita nescaya Allah akan memelihara dan menambahkan lagi kurnianya kepada hambanya yg sentiasa bersyukur .

Sehat adalah nikmat maka bersyukurlah sblm datangnya sakit.
Masa lapang juga adalah nikmat gunakanlah pada perkara yang allah reda sblm allah sempitkan masa tersebut.
Harta yg dikurniakan oleh Allah kepada kita walaupun sedikit bersyukurlah .gunakan lah pada perkara yg allah sayang.
Umur yg masih ada bersyukurlah .gunakanlah pada perkara kebaikan sebelum datangnya kematian kerana malaikat maut akan datang pada bila bila masa sahaja yg tidak kita ketahui saatnya.

● Lupakan lah manusia yang selalu mengajak kalian dari lalai mengingati kepada allah tetapi jangan lah kalian melupakan allah yang sekali kali tidak pernah melupakan kalian.

Jangan lah kalian kasih kepada makhluk yang suatu hari akan membenci kalian tetapi kasihkan lah akan Allah dan syaiduna muhammad saw yang sentiasa kasih akan kalian hingga hari akhirat dengan kasih sayang yang tiada titik noktahnya.

● AWAS!!!!!!!

Jika anda berdosa, tetapi tidak segera bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat, malah anda mengharapkan pula agar Allah mengampunkanmu. Kemudian anda malas pula beramal saleh, sentiasa sibuk dengan urusan dunia sepanjang masa, lalu anda bercita-cita bahawa Allah S.W.T. akan memuliakanmu dan mengangkat darjatmu di dalam syurga bersama-sama orang-orang yang berbuat amal saleh, maka nyatalah bahawa anda adalah seorang yang berangan-angan kosong dan terpedaya.

● Adakah anda pernah solat jenazah? Jika ya, adakah anda mengambil pengajaran akan kematian mereka? Dan perkara ini agak sukar jika kematian tersebut bukan daripada ahli keluarga terdekat kita.

Tetapi itulah salah satu sebabnya kita melakukan tahlil. Tahlil juga bertujuan untuk mengingatkan kita bahawa masa kita untuk mati akan sampai suatu hari nanti. Dan tidak ada apa pun yang dapat menghalang malaikat Izrail daripada mencabut nyawa kita semua.

● Dalam perjalanan menuju jiwa yang suci bersih seseorang perlu menentang nafsu kehaiwanan yang menumpang pada nafsunya yang asli, yang suci bersih. Nafsu kehaiwanan hanya inginkan makanan, minuman, pakaian, tidur, melakukan yang sia-sia dan berseronok. Dalam daerah nafsu yang rendah itu juga ada sifat ego yang jahat seperti takabur, sombong, dengki, dendam, tamak dan lain-lain penyakit hati. Semua itu mesti dibuang daripada daerah nafsu supaya kemurnian nafsu yang asli kembali menyerlah. Orang yang benar-benar bertaubat mampu berbuat demikian dan dia kembali menjadi suci, bersih dan murni. Hijab yang muncul dari alam zahiriah menjadi hancur dan rohaninya akan bercahaya, memperlihatkan keserian wajah yang menggambarkan kedamaian jiwa.

Thursday 15 February 2018

CARA MENJERNIHKAN HATI

Syekh Ibnu Atha'illah dalam kitab Taj al-'Arus mengatakan: "Terdapat empat perkara yang dapat membantu membeningkan hati:
1) Banyak berdzikir.
2) Banyak diam.
3) Banyak khalwat.
4) Mengurangi makan dan minum."

Menurut Dr. Muhammad Najdat, sebenarnya Syekh Ibnu Atha'illah mengenalkan kita bagaimana membersihkan dan membeningkan hati.
Pertama, dzikir kepada Allah akan membersihkan hati dari kesesatan dari kebergantungan kepada selain Dia.

Hati yang biasa dan mudah berdzikir adalah hati yang mengenali iman, mengenal nikmat ibadah, merasakan manisnya ketaatan, dan memiliki rasa takut kepada Allah. Hati yang selalu mengingat Allah akan bergetar ketika mendengar nama-Nya disebut, hati pun semakin lembut dan bersih dari kotoran.

للَّهُ نَزَّلَ أَحْسَنَ ٱلْحَدِيثِ كِتَٰبًا مُّتَشَٰبِهًا مَّثَانِىَ تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ ٱلَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ إِلَىٰ ذِكْرِ ٱللَّهِ ذَٰلِكَ هُدَى ٱللَّهِ يَهْدِى بِهِۦ مَن يَشَآءُ وَمَن يُضْلِلِ ٱللَّهُ فَمَا لَهُۥ مِنْ هَادٍ

Allah SWT berfirman,:
"Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (yaitu) Al Qur’an yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang gemetar karenanya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorangpun pemberi petunjuk baginya." (QS Az-Zumar (39): 23)

Orang yang berdzikir mengingat Allah dengan lisannya tidak disebut berdzikir jika hatinya tidak ikut nerdzikir. Hati harus menjadi sumber dzikur untuk lisan dan bagian tubuh lainnya.

Kedua, memperbanyak diam. Tergelincirnya lisan akibat terlalu banyak berbicara dapat berakibat buruk bagi dirinya dan orang lain. Diam adalah emas. Di dalamnya terkandung hikmah yang sangat dalam. Rasulullah bersabda, "Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhir hendaklah mengatakan yang baik atau diam."

Imam Syafii r.a. mengatakan:
Mereka bertanya, "Mengapa kau diam saja saat kau dicaci."
Maka kukatakan padanya: "Menjawab adalah kunci pintu keburukan. Sedangkan diam di depan orang bodoh adalah kemuliaan. Di dalamnya juga terdapat upaya menjaga kehormatan. Bukankah singa ditakuti meski dalam keadaan diam. Sedangkan anjing tak diacuhkan, meski terus menggonggong."

Ketiga, memperbanyak khalwat atau menyendiri. Dalam khalwat kita merenung dan terus berhubungan dengan realitas yang lebih tinggi dan membersihkan hati dari kotoran dunia. Merasa lemah dan tak berdaya, serta merasa hanya Allahlah satu-satunya tempat bergantung. Hatinya hanya dipenuhi tasbih, takbir, tahlil, serta shalawat Nabi.

Keempat, mengurangi makan dan minum atau dengan memperbanyak puasa sunnah. Dengan begitu kita mematahkan hasrat hawa nafsu, dan melunakkan hati yang keras. Dengan mengurangi makan dan minum sebenarnya kita belajar mengendalikan nafsu badani, mengawal emosi, belajar qanaah dan zuhud.

Imam Al-Ghazali rahimahullah menjelaskan bahwa rasa lapar akan membersihkan hati, membangkitkan tekad, dan menajamkan mata hati. Sebaliknya, rasa kenyang dapat melahirkan ketumpulan dan membutakan hati, dan mengganggu pikiran.

Menurut beliau, rasa lapar juga dapat menghaluskan hati dan menjernihkannya, sebab hanya dengan hati yang dapat meraih nikmatnya ketaatan, merasakan manfaat dzikir dan nikmatnya bermunajat kepada Allah SWT.

---Disarikan dari Kitab Taj Al-'Arus karya Syekh Ibnu Atha'illah, dengan syarah Dr. Muhammad Najdat.

Wednesday 14 February 2018

Nasihat Iman 4

NASIHAT IMAN HABIB ALI ZAENAL ABIDIN AL HAMID.

● Ketawa itu perkara yang harus, tapi bila banyaknya ketawa akan menyebabkan kerasnya Hati.
Banyak ketawa dapat mematikan atau mengeraskan hati.
Sedikitkanlah ketawa dan banyaklah kamu menangis.
Menagis kerana akhirat itu yang dituntut dalam agama kita.
Ada suatu kisah, seorang Sahabat Nabi yang menangis kerana kehilangan untanya.
Maka berita itu diketahui Rasulullah, lalu Nabi bertanya.
Maka dijawab, kerana Untanya hilang.
Lalu Nabi mengatakan, Saya menyangka kamu menangis kerana terlepas takbiratul ihram bersama imam.
Kata sahabat itu, " ya Rasulullah, adakah takbiratul ihram itu lebih baik dari unta aku? "
Jawab Nabi, " ia lebih baik dari apa yang ada di muka bumi ini walaupun dipenuhi dengan unta kamu. "
Rasulullah mendidik para sahabat, supaya tidak merasa selesa dengan kedudukan yang ada, supaya sentiasa mencari maqam yang tinggi disisi Allah.

● Firman Allah  سبحانه و تعالى :
“Adakah kamu wahai orang-orang beriman menyangka untuk kamu masuk syurga tanpa kamu diduga.”

Adakah semudah itu kamu masuk syurga? Sementara Allah  سبحانه و تعالى belum melihat kepada kamu, tidak menduga kepada kamu untuk mengetahui siapakah di antara kamu yang sabar dan siapa di antara kamu yang bermujahadah di jalan Allah  سبحانه و تعالى .

Yakni jangan kamu anggap syurga itu murah. Jangan kamu anggap syurga itu adalah boleh dicapai dengan mudahnya.

Anda bilamana ingin mendapati dunia, ingin mendapati sesuatu kedudukan yang tertinggi. Nak jadi ketua, nak jadi apa saja. Adakah mudah untuk mencapai tingkat yang tinggi itu? Anda kena belajar, anda kena ada latihan, anda kena mesti dihantar kemana dulu untuk berkhidmat. Akhir sekali baru anda boleh sampai kepada tujuan yang anda nak cari itu.

Macam itu juga syurga.....

Bukan dengan bangun tidur terus masuk syurga. Tidak... Syurga tidak lebih murah daripada pencapaian yang diinginkan oleh manusia di dunia ini dari hal-hal keduniaan.

Kita kalau nak kan keduniaan, siang malam kita bertungkus lumus. Nak kan sampai darjat yang tinggi, sampai apa saja dikorbankan. Untuk dunia kita korban segala sesuatu untuk mencapainya. Untuk syurga, kita angkat kaki tidur?

Tidak...

Demi Allah syurga lebih berharga daripada apa saja yang diimpikan orang-orang daripada hal keduniaan. Ini keduniaan semua, yang orang pada berlumba-lumba untuk mencapainya. Yang bersaing satu dengan yang lain, yang tidak sedikit  juga menghentam yang lain untuk tidak disaingi. Mengorbankan segala yang dimiliki, tenaganya, fikirannya, hartanya, waktunya untuk dapat keduniaan. Untuk dunia berkorban segala sesuatu. Untuk akhirat, doa saja tak nak berbuat. Doa baik tapi kena buat.

Adakah kamu menyangka untuk masuk syurga sementara tidak diuji Allah  سبحانه و تعالى . Jangan mimpi untuk masuk syurga tanpa diduga.

Yang nak hidup di dunia selesa lalu minta syurga, kata baginda Rasulullah ﷺ “ini orang jahil”. Orang yang bodoh itu, orang yang ikut hawa nafsunya untuk mencapai hal keduniaan tapi minta pemberian yang besar di sisi Allah  سبحانه و تعالى , nak syurga firdausi, nak istana, nak macam-macam tapi di dunia ikut hawa nafsu. Di manakah letak orang-orang islam menilai syurga yang dicipta Allah  سبحانه و تعالى .

Allah dalam Al Quran meletakkan satu ketetapan kepada manusia bahawasanya jangan sekali-kali kamu menyangka untuk dapat syurga tanpa kamu diduga oleh Allah  سبحانه و تعالى .
MUSTAHIL....

● Jangan kamu berselisih, kalau kamu berselisih kamu akan gagal. Kalau kamu gagal, akan dicabut pertolongan Allah  سبحانه و تعالى . Ini sunnatullah.

Tak akan ada pertolongan dari Allah kepada orang beriman kalau berselisih. Apa pun yang akan dibuat, tak akan ada pertolongan dari Allah سبحانه و تعالى bilamana orang beriman berselisih disebabkan yang namanya beriman bersaudara bukan berselisih.

Sementara perselisihan adalah benih kepada runtuhnya ikatan persaudaraan. Tak akan sampai kepada matlamat yang diinginkan kalau berselisih.

Maka demikian Baginda Rasulullah ﷺ segera bangkit daripada solat zohornya untuk mendamaikan 2 kelompok yang berselisih.

● Jaga pandangan mata, apatah lagi pandangan pada yang bukan mahram kerana bermulanya dari pandangan matalah pelbagai dosa yang boleh terjadi. Pandangan pada yang bukan mahram itu adalah panahan dari Iblis..

● Semakin jauh hubungan suami isteri dengan Allah, maka jarak kamu antara suami isteri juga menjadi jauh.
Semakin dekat hubungan suami isteri itu dengan Allah, maka jarak kamu antara suami isteri juga menjadi semakin dekat.
Peliharalah hubungan kamu dengan Allah, tidak kira kamu sudah bernikah atau masih bujang.

● Setiap dosa yang dilakukan akan menyebabkan wujudnya titik-titik hitam di dalan hati. Apabila hati sudah hitam, maksiat akan terasa manis. Ubatilah dengan bertaubat dan beristigfar.

● Bila seseorang mendapat nikmat, tidak cukup sekadar lafaz الحمد لله. Itu baru rukun pertama daripada syukur. Rukun kedua syukur ialah mempergunakan nikmat menurut tujuan nikmat itu diberi (syukur praktikal).

Masing-masing perlu memerhatikan bagaimana dia telah bersyukur secara lafaz dan praktikal.

Contohnya bila dapat nikmat anak, maka perlulah anak itu dididik dengan betul. Bila dapat nikmat kereta, makan gunakannya untuk pergi ke tempat-tempat yang baik. Nikmat sihat tubuh badan digunakan anggota-anggota badan untuk perkara-perkara yang baik.

● Dunia hanyalah tempat persinggahan sementara. Kita hanya bermusafir di bumi Allah ini. Amat beruntung orang yang mempersiapkan bekal untuk menghadapi hari akhirat. Orang beriman sememangnya penat di dunia ini, tetapi di akhirat mereka akan bersenang-lenang dengan nikmat Allah. Manakala bagi orang yang bersenang-lenang di dunia ini, mereka akan 'penat' pada hari akhirat kelak.

● Didiklah anak-anak mengenali Allah dan Rasul-Nya sejak dari kecil. Jangan biarkan mereka lebih mengenali artis berbanding kenalnya mereka terhadap Rasulullah dan para sahabatnya.

● Mati itu pasti tetapi tidak ramai yang mempersiapkan diri untuk menghadapinya. Bila tibanya waktu ajal, tidak terlewat walau sesaat.

● Sesuatu yang terucap dalam keadaan emosi/marah, kebiasaannya menyimpang serta menyembunyikan kebenaran. Hendaklah menahan marah walaupun dalam situasi seseorang itu layak dimarahi.

● Bila gelapnya hati, seseorang itu sudah tidak rasa apa-apa bila melakukan dosa. Titik hitam mula memenuhi hatinya sehingga dia susah untuk mendapat hidayah Allah. Jauhilah daripada dosa dan maksiat, sesungguhnya ia menggelapkan hati.

Tuesday 13 February 2018

NASIHAT IMAN USTAZ DUSUKI ABD RANI

Apabila kita memandang setiap ujian yang dilalui itu 'besar' bebanannnya, maka semakin beratlah tanggungannya, sebaliknya jika kita memandang setiap ujian itu merupakan kasih sayang Allah terhadap hambaNya, maka kita kan merasa tenang dan lapang dengan ujian itu, sehinggakan kesukaran bagi syaitan mengganggu kehidupan ini. jadilah mukmin yang sentiasa tenang dan lapang..agar kita disirami renjisan rahmatNya...

Saat di kau di beri nikmat, aturkan dibibir rasa syukur kepada pemberi, dialah Allah!, usah terleka dengan hilai tawa yang panjang, kan mengejutkan lena panjang kehidupan, tetiba berdiri dari penghujung langit menjunam ke bumi, malaikat maut sedang bersedia merentap hilai panjang kalian, nafas mula tercungap cungap, mencari setitik lagi nafas kehidupan agar ia panjang!!! jangan lena teman teman!! dengan dunia yang penuh penipuan!! kita bakal di pacak batu nesan di hujung kaki dan di atas kepala bersendirian di alam kebingungan dan kesengsaraan.. itu pun jika tiada persiapan,,..

Hidup ini hanyalah untuk Allah. Tak kira apa yang kita lakukan mestilah kerana Allah. Sama ada dalam kekeluargaan, ekonomi, kerja, berkawan dan apa sahaja. Bila kita letakkan urusan kita kerana Allah. Ia akan menjadi ibadah. Makan jadi ibadah, kerja jadi ibadah, tidur jadi ibadah hatta buang air kecil pun ibadah.
Apa yang kita ingin lakukan, jadikan sunnah Rasulullah sebagai panduan dan ikutan.
Moga-moga semua amalan kita menjadi ibadah dari awal bangun tidur hingga ke tidur.

Sesiapa yang sibuk membaiki amalan zahirnya, maka Allah jua pasti menolong untuk membaiki hatinya, sesiapa yang ter uji melakukan kesilapan dalam hidupnya, bersegeralah untuk bertaubat dan kembali kepada Allah sebelum Allah menzahirkan kesilapan dalam hatinya. Sesungguhnya keburukan yang tersembunyi itu bagai biji benih yang jika tidak di matikan di awal pasti akan tumbuh dan terzahir jua.

Antara dosa terbesar dilakukan ummat ini ialah syirik kepada Allah. Tatakala mencampur aduk keyakinan kita terhadap Islam dan segala fahaman dan Isme yang lain, itulah kesyirikan yang terjadi dikalangan kita. Bersihkan diri dan keluarga dari fahaman Nasionalis, sekularis, liberalis, sosialis dan segala fahaman karut yang di reka oleh manusia!!! hanya meletakkan keyakinan diri dan keluarga kepada. ISLAM sebagai dinulhayah ..ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP

Al Quran usah ditinggalkan.. ia bermanfaat dalam kehidupan sekarang dan mendatang, ia membezakan antara kita sesama insan, antara yang membaca dan mengamalkan dan yang hanya memandang al quran dari kejauhan.. hatinya jauh dari rasa berhamba kepada Allah yang menjaga sekelian alam..

Apabila kita membawa dakwah agama ini, kita akan berhadapan musuh yang membenci kita tersusun rapi menyerang di segenap penjuru, mereka terdiri dari
1) Orang kafir yang yang membenci agama ini.
2) Si munafik yang yang berusaha menghancur reputasi diri dan keluarga
3) Sahabat dan teman yang menghidupkan perasaan dengki sesama sendiri
4) Syaitan yang menghasut di setiap penjuru
5) Hawa nafsu yang menggoda supaya menambahkan kecintaan keduniaan ini
Demikianlah jalan agama ini.. bersyukurlah agar terjauh dari keegoan diri dan terjauh dari sifat dan kelompok yang terkeji itu..

Telah datang Jibril kepadaku katanya :
Wahai Muhammad, hiduplah semahumu, kerana suatu masa nanti kamu  jua akan mati,
Cintailah sesiapa sahaja yang ingin di cintai, kerana suatu hari nanti pasti engkau akan berpisah dengannya,
Berbuatlah sebanyak mungkin amalan yang mampu dilakukan, kerana semua itu pasti akan di balas setiap amalan itu,
Hendaklah kamu ketahui, sesungguhnya kemuliaan mukmin itu dengan qiamnya di malam hari,
dan ketinggiannya (darjatnya disisi Allah) merasa cukup (tidak tamak) dari apa yang di miliki dari manusia itu..

Penataan cahaya yang indah, saat menjelang maghrib oleh Allah yang maha besar. Mata tidak terkelip melihat gumpalan awan yang tersusun, hanya dialah Allah yang mencipta dan menyusun setiap gumpalan awan dan titisan air yang merenjis bumi itu.....  perhatikanlah ayat ini...

اللَّهُ الَّذِي يُرْسِلُ الرِّيَاحَ فَتُثِيرُ سَحَابًا فَيَبْسُطُهُ فِي السَّمَاءِ كَيْفَ يَشَاءُ وَيَجْعَلُهُ كِسَفًا فَتَرَى الْوَدْقَ يَخْرُجُ مِنْ خِلَالِهِ ۖ فَإِذَا أَصَابَ بِهِ مَن يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ إِذَا هُمْ يَسْتَبْشِرُونَ

Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan; kemudian Allah menyebarkan awan itu di langit sebagaimana yang dikehendakiNya, dan menjadikannya berkelompok-kelompok; lalu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila Allah menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambanya, mereka serta merta bergembira.

Melalui perjalanan hidup dengan penuh ketabahan dan keyakinan, menambahkan lagi ketaatan, usahlah berpaling dengan ujian hidup yang sementara, menyakini masa depan yang bercahaya dengan Islam.. Duhai insan, kita adalah hamba, sabarlah menghadapi karenah dunia, di sana Syurga yang tersedia..

Untuk mengenali ujian dan fitnah di hujung zaman dan di hujung usia, kita perlukan keikhlasan. Ikhlas dalam pegangan serta keyakinan, ikhlas dalam ibadah, ikhlas ketika bertingkah laku sesama insan, tanpa keikhlasan kitakan buta menghadapi ujian dan kerenah kehidupan di hujung zaman!!..

Bersahabatlah kerana Allah, itulah simbol keikhlasan sepanjang kehidupan, tika itu ikatan di rapatkan oleh jalinan hati yang kuat, para malaikat akan mengukuhkan persaudaraan itu, teman teman yang soleh itu akan saling ajak mengajak ke arah kebaikan, tiada rasa cemburu dan dengki, kerana kita semua hamba di sisiNya.. moga kita istiqamah mengikut Al Quran dan Hadis suatu masa nanti..

Harta tidaklah membahagiakan jika kita terlalu asyik bertelagah kerananya, tidaklah pelik pula  bila pandainya kita pandai memanfaatkan harta membawa kita ke syurga pula..kebijaksanaan kita menyusun dari Al Quran bakal menguntungkan kita..

Sentiasalah 'berbicara' dengan Allah, dalam sujudmu, dalam doamu, dalam solatmu, dalam munajatmu dalam apa jua perjalanan hidup ini.. kerana dialah sebaik baik pergantungan!!.. Ya Allah, bantulah hambamu ini...

Didiklah hati kita menjadi menjadi manusia yang rapat kepada Allah. Berlatih menjadi penyabar dan penenang, jauhilah diri menjadi pemarah dan penyombong.. sabarlah dengan kerenah hati, agar hati kita sentiasa subur dengan keimanan kepadaNya..

NASIHAT SYEIKH ABDUL QADIR Al-JAILANI قدس الله سره

Wahai pencari! Duduklah di atas lutut kamu di hadapan Tuhan kamu!

Akui dan bertaubat terhadap kesalahan-kesalahan kamu!
Tanggalkan daripada diri kamu segala kewujudan kebendaan!

Akui dan bertaubat daripada dosa-dosa kamu yang lalu dan nantikan di pintu keampunan-Nya tanpa membawa apa-apa, dalam keadaan berhajat penuh kepada-Nya!

Jika kamu lakukan ini tentunya kamu akan menerima rahmat-Nya, berkat-Nya, makrifat-Nya, kasih-Nya dan belas kasihan-Nya; dan semua dosa-dosa kamu dan kekotoran kamu akan hancur dan terlucut daripada kamu. Kerana Dia jualah Maha Besar, Pemurah, Penyayang, Tuhan yang kekal abadi, Maha Berkuasa!

[ Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam Sirr Al-Asrar ]

NASIHAT KEEMPAT BUAT ANAK-ANAKKU.

Wahai anakku yang tercinta ,

Selama mana engkau tidak beramal maka selama  itulah engkau tidak mendapat pahala .

Diriwayatkan bahawa ada seorang lelaki dari kalangan Bani Israel yang telah  beribadat selama 70 tahun lamanya, lalu Allah taala mahu menunjukkan keadaannya  ini kepada para malaikat, maka Allah taala mengutuskan kepadanya seorang malaikat yang memberitahu bahawa :
Walaupun ia telah beribadat 70 tahun lamanya namun ia masih belum layak untuk masuk ke dalam syurga.

Apabila malaikat ini selesai memberitahu hal  ini kepadanya  lalu ia berkata :
Itu bukan urusan  saya. Saya diciptakan untuk beribadat  kepada Allah. Maka itulah kerja yang mesti saya lakukan. Apabila malaikat itu kembali kepada Allah lalu ia berkata :
Wahai tuhanku sesungguhnya engkau Maha Mengetahui  apa yang telah diperkatakannya. Lalu Allah berfirman :

"Apabila hambaku itu tidak berpaling daripada beribadat kepadaku , maka Aku membalasnya dengan kemurahanku , Aku juga tidak akan  berpaling daripadanya . Wahai para malaikatku bersaksilah kamu semua bahawa aku telah mengampuni akan segala dosanya.

Dan telah bersabda Rasulullah ,

Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab, dan timbanglah amalanmu sebelum kamu ditimbang.

Dan berkata Saidina Ali ,

Siapa yang menyangka bahawa usaha ia akan dapat masuk kedalam surga maka orang itu hanya berangan-angan sahaja dan siapa yang menyangka bahawa hanya dengan usaha sahaja ia akan masuk ke dalam syurga maka orang  itu telah merasa kaya daripada rahmat Allah taala.

Dan berkata Hassan Al-Basri  r.a.

Mencari syurga tanpa amalan adalah satu dosa daripada segala dosa.

Dan beliau berkata lagi,
Tanda faham hakikat ilmu itu ialah meninggalkan memperhatikan pahala suatu amalan, bukan meninggalkan amalan .

Dan bersabda Rasulullah s.a.w :

Orang yang bijak itu ialah orang yang sentiasa menghitung dirinya dan beramal untuk kehidupan sesudah matinya. Dan orang yang bodoh ialah orang yang selalu memperturutkan kehendak nafsunya dan hanya banyak berangan-angan untuk mendapat kemurahan Allah taala.

#AYYUHAL_WALAD