Pages

Thursday 17 August 2017

PENTINGNYA MENGHADIRI MAJLIS ILMU DAN MAJLIS ZIKIR UNTUK MEMBERSIHKAN HATI

Jangan sesekali ada orang mengatakan bahawasanya majlis zikir dan majlis ilmu ini tidak penting, tidak bermanfaat sehinggakan mereka merendah-rendahkannya kerana ia secara tak langsung kita telah merendahkan apa yang dimuliakan oleh Allah سبحانه وتعالى.

Allah سبحانه وتعالى berfirman di dalam hadis qudsi "Aku menurut sangkaan hamba-Ku kepada-Ku. Aku bersamanya apabila dia mengingati-Ku. Jika dia mengingati-Ku dalam dirinya maka Aku mengingatinya dalam diri-Ku.

Jika dia mengingati-Ku dalan satu kelompok maka Aku mengingatinya dalam satu kelompok yang lebih baik daripada kelompok mereka. Jika dia mendekati Aku satu jengkal maka Aku mendekatinya satu hasta. Jika dia dia mendekati Aku satu hasta maka Aku mendekatinya satu depa. Jika dia datang kepada-Ku sambil berjalan maka Aku akan datang kepadanya sambil berlari."

Dan hendaklah kita cuba untuk menghadiri kedua-dua majlis iaitu majlis ilmu dan juga majlis zikir digandingkan sekali kerana dengan menghadiri majlis ilmu sahaja maka kita akan penuh dengan ilmu sehingga otak kita sarat dengan ilmu

Tetapi jika kita menghadiri majlis ilmu sahaja tetapi kita tidak menghadiri majlis zikir maka bagaimana hati kita nak bersih? Kerana menghadiri majlis-majlis zikir ini akan membantu kita membersihkan hati kita daripada segala kekotoran.

Bila hati kita dah bersih maka ilmu yang kita perolehi itu akan lebih mudah untuk diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Dan hendaklah mereka yang tahu mengenai majlis ilmu dan majlis zikir ini berniat untuk menghadirinya.

Jika dia mampu untuk hadir tiada perkara yang menghalangnya untuk hadir tetapi dia tidak menghadirinya maka takut-takut nanti kita akan dipersoalkan oleh Allah سبحانه وتعالى kenapa ketika di dunia kita tahu mengenai majlis ilmu,majlis zikir tetapi kita langsung tidak menghadirinya. Takut menjadi hujah buat diri kita kelak.

[SYEIKH FERAS SALOU AD-DIMASYQI HAFIDZOHULLAH]

Fbthecapal

No comments:

Post a Comment