Pages

Saturday 17 August 2013

MESIR DAN TRAGEDI 4

[Tragedi Pembunuhan di Mesir : Setelah hari ini adakah muslim akan percaya lagi kepada kotak undi?]


Oleh : Robert Fisk

Bongkah perpaduan bangsa Mesir telah terpecah. Kesatuan Mesir yang patriotik seumpama gam yang telah mengikat bangsa Mesir sekian selama semenjak penggulingan sistem monarki dan pemerintahan Jamal Abdul Nasser telah terlerai di tengah-tengah pembunuhan beramai-ramai, pertempuran senjata dan kemarahan terhadap penindasan ke atas Ikhwan Muslimin. Ratusan terkorban - 200, 300 syahid - seumpama tidak memberi sebarang perbezaan kepada apa yang berlaku: bagi jutaan rakyat Mesir, demokrasi telah musnah di tengah-tengah kemarakan api dan keganasan yang telah dilakukan. Apakah orang Islam yang berpegang teguh pada kepercayaan mereka akan masih memberi kepercayaan mereka kepada peti undi lagi setelah apa yang berlaku?



Ini adalah kisah benar terhadap apa pertumpahan darah yang telah berlaku. Siapakah yang boleh terkejut apabila beberapa penyokong Ikhwanul Muslimin telah mengacukan Kalashnikovs di jalanan Kaherah? Atau terkejut akan penyokong-penyokong tentera dan kerajaan sementara -tidak kurang yang menahan senjata mereka malah menghasilkan senjata mereka sendiri dan mula membuat serangan balas. Ianya bukanlah pertembungan di antara Ikhwanul Muslimin dan tentera, meskipun inilah yang cuba dimanipulasikan oleh beberapa jurucakap Barat dalam menggambarkan tragedi yang telah berlaku. Keganasan hari ini telah menyebabkan berlaku perpecahan di kalangan masyarakat Mesir yang mana bakal mengambil masa yang lama untuk kembali seperti yang sediakala; di antara golongan berhaluan kiri dan golongan sekularis, di antara Kristian Koptik dan Muslim Sunni, di antara orang awam dan polis, di antara Ikhwanul Muslimin dan tentera. Inilah yang menyebabkan Mohamed el-Baradei telah mengambil keputusan untuk meletakkan jawatannya malam ini. Rentetan dari peristiwa-peristiwa yang berlaku beberapa gereja telah dibakar dan dimusnahkan.

Di Algeria pada tahun 1992 dan di Kaherah 2013- siapakah yang dapat mengetahui apa yang bakal terjadi kepada Tunisia di minggu dan bulan yang mendatang? - Muslim yang memenangi tampuk kekuasaan, secara adil serta demokrasi melalui sistem pengundian yang sama, telah disingkirkan daripada kedudukan mereka. Dan siapakah yang dapat melupakan pengepungan kejam yang dilakukan terhadap Gaza setelah rakyat Palestin keluar untuk mengundi dan memenangkan parti Hamas? Tidak kira sebanyak mana pun kesilapan yang telah dilakukan oleh Ikhwanul Muslimin selama di Mesir, pemerintahan mereka yang dilihat tidak cerdik dan tidak sekata- seorang presiden iaitu Mohamed Morsi yang dilantik secara demokrasi telah digulingkan oleh pihak tentera. Ianya merupakan rampasan kuasa oleh tentera dan John McCain tepat sekali dalam menggunakan istilah ini.




Ikhwanul Muslimin seharusnya telah lama dahulu kehilangan serinya namun kini cuba untuk tetap berselindung di sebalik label pseudo-demokrasi yang telah dibenarkan oleh pihak ketenteraan di Mesir- bukan kerana ianya sesuatu yang adil, telus, dapat diterima atau telus tetapi lebih kepada alternatif ini mengelakkan daripada berlaku kembalinya kepada tangkapan-tangkapan di waktu malam, penyiksaan, keganasan dan pembunuhan- dan kembalinya kepada sisi gelap itu akan hanya membawa kepada dua keberhasilan sama ada Ikhwanul Muslimin dihapuskan dengan cara kekerasan mahupun Ikhwanul Muslimin dengan nasib yang baik dapat mencapai kejayaan untuk beberapa tempoh akan datang dalam membentuk sistem autokrasi Islam.

Para penganalisis politik mempunyai beberapa kajian mereka sendiri pada hari ini sebelum mayat pertama korban semalam dikuburkan. Adakah Mesir mampu mengelakkan tercetusnya perang saudara? Adakah 'pengganas' Ikhwanul Muslimin bakal 'dibersihkan' oleh pihak tentera? Bagaimana dengan mereka yang terlebih dahulu melakukan demonstrasi menentang Morsi sebelum beliau digulingkan? Hanya Tony Blair seorang diri daripada kalangan mereka yang bersetuju akan pengambilan kuasa oleh Jeneral Abdul Fattah Al-Sisi telah menyebut akan kacau bilau yang bakal terjadi rentetan daripada peristiwa ini. Setiap keganasan yang berlaku di Sinai, pucuk pistol yang berada di tangan anggota-anggota Ikhwanul Muslimin sekarang akan digunakan untuk menunjukkan kepada dunia bahawasanya pertubuhan mereka mungkin kekurangan persenjataan tetapi merupakan pertubuhan Islam yang tersusun merupakan sayap kanan bagi Al-Qaeda.

Sejarah mungkin melihat dari sudut yang berbeza. Sukar untuk menjelaskan bagaimana ribuan-atau mungkin jutaan -golongan berpendidikan, liberal rakyat Mesir memberikan sepenuh sokongan kepada jeneral yang setelah penggulingan Mubarak, menghabiskan masanya mewajarkan ujian keperawanan tentera terhadap penunjuk perasaan wanita di Medan Tahrir. As-Sisi akan semakin mendapat pengawasan masyarakat pada hari-hari mendatang; dia sering dikatakan bersimpati dengan Ikhwan, walaupun idea ini telah diprovokasi dengan pemakaian niqab isterinya. Sebilangan besar intelektual kelas pertengahan yang menyatakan sokongan terhadap tentera akan terpaksa menahan bibit kesedaran mereka untuk menempatkan diri dengan peristiwa-peristiwa akan datang.


Mampukah pemegang Anugerah Nobel dan pakar nuklear Mohamed al-Baradaei, personaliti yang paling terkenal-pada mata Barat, tidak pada rakyat Mesir- di dalam 'kerajaan sementara', dimana pandangan sosial dan integriti dilihat,anehnya,menakutkan dengan tindakan kerajaan'nya' pada hari ini, kekal berkuasa? Sudah tentu tidak. Dia mesti turun, sekalipun dia tidak menjangka kesudahan sebegitu, memperjudikan kuasa politiknya apabila dia bersetuju untuk naik sebagai menteri pilihan tentera seusai rampasan tentera bulan lalu. Tetapi sebilangan penulis dan artis yang berkeras berpendapat rampasan kuasa ini hanyalah penerusan dari revolusi 2011- setelah darah yang tumpah dan perletakan jawatan al-Baradei- terpaksa meluahkan bahasa penyesalan untuk melepaskan diri dari dipersalahkan secara moral akan peristiwa-peristiwa ini. 

Sudah tentu, bersedia untuk soalan-soalan luar biasa. Adakah ini pengakhiran kepada politik Islam? untuk seketika, semestinya Ikhwan sudah tidak tidak berkeinginan lagi untuk mengeksperimentasikan demokrasi- kengganan yang serta merta membawa bahaya kepada Mesir. Andai tiada kebebasan,akan tercetus keganasan, Adakah Mesir akan menjadi Syria seterusnya? Seperti tidak. Mesir bukanlah negara sektarian(kepuakan)- tidak pernah sama sekali, sekalipun dengan 10 peratus rakyatnya Kristian-ataupun wujudnya mereka yang bersifat ganas. Mesir tidak pernah merasai kekejaman sepertimana kebangkitan rakyat Algeria menentang Perancis, ataupun pemberontakan rakyat Syria, Lubnan dan Palestin terhadap British dan Perancis. Namun banyak sekali roh-roh yang akan menggantung kepala mereka dalam keaiban hari ini; peguam revolusioner agung semasa kebangkitan 1919, sebagai contoh, Saad Zaghloul. Dan Jeneral Muhammad Naguib dimana revolusi 1954 begitu menyerupai keinginan rakyat di Tahrir pada 2011.

Namun, ya, sesuatu telah mati di Mesir hari ini. Bukan revolusi, kerana di seluruh dunia Arab, integriti pemilikan -rakyat yang menuntut bahawa mereka, bukanlah pemimpin mereka, yang memiliki negera mereka-masih kekal,namun berlumuran darah. Rakyat tidak berdosa mati, sudah tentu, ia berlaku setiap kali revolusi. Tidak, apa yang telah luput pada hari ini ialah idea yang menyebut Mesir ialah negara Arab yang akan kekal abadi, ideal nasionalis, ketulinan sejarahnya bahawa Mesir menganggap semua rakyatnya adalah anak-anaknya. Untuk mangsa-mangsa Ikhwan hari ini- bersama polis dan penyokong pro-kerajaan-juga adalah anak-anak bangsa Mesir. Dan tiada siapa pun yang mengatakannya. Mereka telah menjadi 'pengganas", musuh kepada rakyat. Itulah warisan Mesir yang baru.



Sumber : independent.co.uk

No comments:

Post a Comment