Pages

Wednesday 4 November 2015

MENGENALI SOLAT DA'IM (SOLAT BERTERUSAN)


Di dalam Al-Quran ada menyebut: "Hendaklah kamu menjaga solat-solatmu dan solat wustha(yang di tengah)"(Al-Quran).
yang dimaksudkan dengan solat oleh ahli fekah(syariat- zahir) ialah gerakan seluruh badan yg zahir..seperti berdiri,lidah membaca,ruku',sujud, duduk, mengeluarkan suara dan bacaan-bacaan tertentu.Oleh kerana itu di dalam Al-Quran disebut 'salawat'(beberapa solat).

Akan tetapi dalam ilmu tarekat dan hakikat kerohanian adalah solatnya hati sepanjang masa dan selamanya sebagaimana tersebut di dalam Al-Quran"Solatul Wustha"iaitu solat hati,kerana hati berada di tengah badan;antara kanan dan kiri,antara atas dan bawah,antara bahagia dan celaka.

Ahli fekah menyatakan bahawa memadai niat solat dibuat ketika takbiratul ihram maka sah solatnya namun menurut ulama tasawuf solat bukan hanya sekadar sah sahaja tapi dengan kesempurnaan yakni niat lillah Taala hendaklah sentiasa hadir bersama dengannya sepanjang solat sehingga terbawa ke luar solat. Sehingga hati seseorang berterusan dalam mengingati Allah.Inilah yang dipanggil "solat da'im".

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya hati manusia ada di antara dua jari-jari Allah.Allah membolak-balikkannya sesuai dengan kehendakNya"...
Dari ayat dan hadits tersebut di atas dapat diketahui solat yang pokok ialah solat hati.Bila solat hati dilupakan maka rosaklah solatnya.Apabila rosak solatnya hati maka rosak pulalah solat seluruh badan.

Sabda Rasulullah s.a.w."Tidak sah solat seseorang kecuali disertai dengan hadirnya hati".

Solat pada Syariat (feqah) mempunyai waktu khasnya tertentu di dalam sehari semalam sebanyak lima kali yg di fardhukan dan sunat dilakukan di masjid dengan berjemaah. Sama-sama menghadap ke arah Kaabah dan mengikuti imam, tanpa riyak dan sum'ah.

Solat tarekat dan hakikat atau kerohanian tasawwuf dilakukan selamanya (daim) selamanya tanpa batas waktu selama hidup didunia dan di akhirat nanti.Masjidnya ialah hati.Berjemaahnya ialah terpadunya kesucian batin dengan selalu memperdengarkan tauhid dengan lisan batin.Imamnya ialah rasa rindu di dalam hati untuk sampai(wusul)kepada Allah.Kiblatnya ialah Hadhirat Allah Yang Maha Tunggal dan keindahan ketuhanan.Itulah qiblat yang hakiki.Hati dan ruh selamanya (Daim) tidak terlepas dari solat ini.

Hakikatnya hati tidak pernah tidur dan tidak akan mati tetapi ia selalu punyai kegiatan disaat tidur mahu pun jaga.Solat hati dilakukan dengan hidupnya hati tanpa suara,berdiri dan duduk,ia selalu berhadapan dengan Allah dan sentiasa  dengan ucapan"KepadaMu kami beribadah dan kepadaMu kami mohon pertolongan"dan mengikuti Nabi Muhammad s.a.w. kerana begitulah keadaan sebagaimana Nabi s.a.w beriktikad.

Ayat "iyya kana'budu wa'iyya kanas ta'iin"mengikut tafsir Al-Qadhi disebut bahawa ayat ini merupakan isyarat tentang hati seseorang yang sudah makrifat kepada Allah,yang telah berpindah dari keadaan ghaib(memandang Allah secara ghaib)beralih kepada Hadrat Ahdiyat(Selalu merasa bersama Allah) sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w."Para Nabi dan para wali sentiasa solat(Daim) walau telah berpindah alam(wafat),seperti halnya mereka solat di rumahnya"yakni mereka selalu bermunajat dengan Allah kerana hatinya sudah hidup....

Bagi golongan tarekat,hakikat dan kerohanian seseorang akan putus perhubungan dengan Tuhan andai bergantung kepada solat lima waktu saja tapi hati tersebut hendaklah dihubungkan dengan Allah hatta diluar  solat..sedang ada antara sufi sejati menyatakan'lupa daku sesaat terhadap Tuhanku aku menghukum diri ku kufur'..oleh itu seseorang hendaklah tahu 'solat daim'(dengan berguru)iaitu solat yang sangat agung dalam nisbah hubungan seorang insan dengan Rabbnya....

Orang 'Ariffbillah berpendapat bahawa sembahyang atau solat itu ialah: jasad ialah Nafas ialah Hati ialah Rahsia (Sirr) ialah nyawa....contoh:Adapun solat jasad (tubuh) membawa fardhu dan sunat. Solat Nafas ialah"Keluar dan masuk dalamnya..syurga yang mulia. Solat Qalbi (hati) ialah putus harap daripada makhluk dan diikatkan hati serta Allah iaitu dalam keadaan solat yang berkekalan (Solat Daim).

Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesungguhnya ada sebahagian ilmu yang di ibaratkan permata yang terpendam,tidak dapat mengetahuinya kecuali Ulama Ariffbillah. Apabila mereka mengungkapkan ilmu tersebut maka tidak seorang pun yang membantahnya kecuali orang orang yang tidak faham tentang Allah"
(HR.Imam Tirmizi RA).

Wallahualam.....

Sumber dari Ustaz Iqbal Zain

No comments:

Post a Comment