Pages

Tuesday 10 November 2015

Hakikat Dunia.

"Hakikat dunia ini, telah pun Allah سبحانه وتعالى katakan didalam Al-Quran. Bahawa ianya berbentuk tempat ujian, tempat peperiksaan "Examination Hall." Yang mana Allah سبحانه وتعالى ingin lihat, adakah seseorang itu berjaya untuk melepasi daripada ujian yang Allah سبحانه وتعالى berikan."

"Adakah ia lebih mengutamakan Allah سبحانه وتعالى, mencintai Allah berbanding Dunia ataupun ianya mengutamakan Dunia berbanding Allah سبحانه وتعالى. Maka Allah سبحانه وتعالى menerangkan hakikat dunia dan kehidupan dunia ini adalah bersifat sementara. Dan seharusnya manusia itu memahami hakikat ini."

"Apabila tiba hari kebangkitan, hari dimana manusia akan berada didalam ketakutan. Hari dimana Allah سبحانه وتعالى akan menanyakan segala amal perbuatan yang kita lakukan diatas dunia ini. Didalam sebuah hadith, sekali-kali tidak akan berganjak kedua-dua telapak kaki seorang hamba manusia pada Hari Kiamat sehingga dia ditanya tentang empat perkara."

"Empat perkara tersebut ialah tentang umurnya ke mana dihabiskannya, tentang mudanya ke mana dipergunakannnya, tentang hartanya dari mana diperolehnya dan ke mana dibelanjakannya, tentang ilmunya apakah yang diamalkannya."

"Jika dengan ilmu, dia inginkan pujian dan kedudukan di mata manusia, maka dia hanya mendapat dunia bukan akhirat sekalipun dia menuntut ilmu akhirat. Dia adalah serugi-ruginya manusia pada hari tersebut. Maka hendaklah kita memperbaiki niat kita, didalam menuntut ilmu."

"Seorang tabiin bertanya kepada sahabat tentang Sayidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. Lalu beliau menjawab Sayidina Abu Bakar seperti mayat berjalan di atas muka bumi ini. Hatinya sentiasa lunak dan menangis kerana takut kepada akhirat dan api neraka."

"Sayidina Abu Bakar r.a pernah berkata; "Alangkah baiknya aku menjadi burung yang berterbangan, bila waktu ajalnya tiba, maka tiada perhitungannya di akhirat." Apabila manusia melihat kejadian dihari apabila binatang menjadi debu diakhirat juga manusia ingin menjadi debu."

"Tidak ada penghisaban. Tidak ada buku amalan. Mereka berkata; "Alangkah baiknya, jika aku ditukarkan menjadi tunggul kayu, ditebang orang, dijadikan kayu api dibakar kemudian menjadi hanggus menjadi debu. Tidak ada penghisaban, tidak ada tuntut-menuntut."

"Dihari kiamat nanti, apabila bermulanya penghisaban manusia. Masing-masing akan diberikan buku amalan. Ada tiga golongan yang menerima buku amalan diakhirat kelak. Yang pertama, Penerima buku amalan di tangan kanan. Penerima buku amalan ditangan kanan akan confirm masuk syurga."

"Mereka akan berkata dengan gembira; "Alhamdulillah. Lihat buku amalan aku. Lihat. Aku telah lulus ujian Allah سبحانه وتعالى. Aku lulus dengan flying colors. Lihat. Segala kesusahan diatas dunia, aku redha. Lihat." Mereka yang lain pon resah menunggu giliran mereka dihisab. Disana tidak ada sifat riyak kerana sifat tersebut hanya ada diatas dunia."

"Sebab itu kita kena berdoa; "Ya Allah, kau kurniakanlah buku amalan aku disebelah kananku dihari akhirat kelak." Semasa basuh tangan kanan didalam berwuduk."

"Yang kedua, adalah mereka yang menerima buku amalan disebelah tangan kiri. Golongan ini akan ke neraka. Mereka akan berkata; "Celaka lah aku. Celaka lah aku. Pada hari ni. Alangkah baiknya aku menjadi binatang. Ditukar menjadi debu. Menjadi kayu api. Celaka lah aku, celakalah aku pada hari ini."

"Manakala yang ketiga adalah golongan yang menerima buku amalan daripada belakang tembus ke dada. Golongan ini akan kekal abadi didalam api neraka. Selama-lamanya. Sebab itu kita kena selalu mensucikan hati kita."

"Ulama Tasawwuf mengatakan didalam agama kita adalah sesuatu yang tercela memandang mana mana makhluk Allah سبحانه وتعالى dengan pandangan yang rendah walaupon dengan sesekor anjing kurap. Suatu hari ketika Saidina Uwais Al-Qarni, sedang mencari makanan di bahagian buangan sampah. Datang seekor anjing yang ingin mencari makanan disitu juga."

"Ketika anjing menyalak di sebelahnya, terus beliau berkata pada anjing itu; "Wahai anjing, janganlah kau menyakitiku sedangkan aku tidak menyakiti kamu. Aku makan apa yang ada disekitarku dan kau makan apa yang ada disekitar kau."

"Sekiranya aku lepas meniti titian sirat lalu aku memasuki syurga, maka di situ aku lebih baik daripada kau, dan sekiranya aku jatuh di titian sirat itu dan dihumban ke nereka, maka di situ kau lebih baik daripada aku."

"Suatu pelajaran daripada anjing. Kadang kala Allah سبحانه وتعالى menghantar anjing untuk mentarbiyah manusia. Moga-moga Allah سبحانه وتعالى mengurniakan kita sifat rendah diri terhadap makhluk Allah سبحانه وتعالى. Moga-moga Allah سبحانه وتعالى mengurniakan kita buku amalan ditangan kanan diakhirat nanti. Moga-moga Allah سبحانه وتعالى mengurniakan kepada kita masuk syurga tanpa hisab. Amin."

Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.

No comments:

Post a Comment