Pages

Friday 20 November 2015

Jalan Yang Lurus.

"Didalam Suratul Fatihah ini memberikan suatu petunjuk kepada kita. Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad. Raja ini sebelum kita memohon, sebelum kita meminta Raja ini kena puji. Puji-pujian kepada Raja Segala Raja, Allah سبحانه وتعالى "Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Alhamdullilahi Rabbil Aalamiin. Arrahmaanir Rahim. Maaliki Yau Middiin. Iyyaka Na'Budu Wa Iyyaka Nasta'Iin."

"Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad. Permintaan hanya di ayat "Ihdinassiratal Mustaqim" Permintaan itu di sini. Ini yang paling penting sekali kerana suratul fatihah doanya hanya di situ sahaja; "Wahai Tuhan, tunjukkan kami jalan yang lurus. Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad. Jalan yang lurus itu jalan yang macam mana?"

"Siratal Mustaqim iaitu jalan yang Engkau memberi nikmat kepada mereka. Nikmat apa yang paling besar sekali? Nikmat apa? Nikmat petunjuk. Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhamma. Siapa yang mendapat petunjuk? Allah menjelaskan mereka yang mendapat petunjuk hanya empat golongan."

"Iaitu yang pertama, Para Nabi, Para Siddiqin, Para Syuhada, dan Para Solihin. Selain daripada empat golongan ini bukan golongan yang mendapat petunjuk. Tuan-tuan jalan mana yang kita semua tak mahu? Iaitu jalan mereka yang dimurkai Allah سبحانه وتعالى iaitu orang-orang yahudi dan bukan pula jalan mereka yang sesat orang-orang nasrani. Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad."

"Tuan-tuan. Jadi, apa dia "Siratal Mustaqim" ini? Siratal Mustaqim adalah agama kita Islam. Maknanya berada di atas landasan agama adalah yang paling penting sekali. Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad. Nak jadi Islam ini dengan beberapa cara."

"Yang pertama adalah dengan mengucap dua kalimah syahadah. Yang kedua menjadi Islam sebab mak ayah kita Islam jadi secara automatik kita telah pun menjadi muslim sebab mak ayah kita Islam. Maknanya begitu mudah untuk seseorang itu menjadi Islam."

"Tuan-tuan. Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad. Di antara nikmat yang paling besar Allah kurniakan kepada kita ialah kita semua sudah jadi Islam secara automatik. Akan tetapi ianya masih menjadi suatu kewajipan untuk kita semua meminta petunjuk daripada Allah سبحانه وتعالى untuk berada di atas jalan agama-Nya."

"Allah سبحانه وتعالى wajibkan kita untuk berdoa setiap kali kita sembahyang tujuh belas kali sehari semalam. kita kena berdoa ayat "Ihdinassiratal Mustaqim" Tuhan tunjukkan kami jalan yang lurus. Sebab sekalipun kita dah pun duduk dalam Islam tapi ramai tak di luar sana orang yang agamanya agama Islam tapi dia tak duduk di atas agama? Banyak!"

"Namanya sahaja Islam tetapi praktikal hidupnya tidak menunjukkan dia itu Islam. Bermakna Islam ini kena selalu minta bukan semestinya orang itu sudah pun agamanya agama Islam dia sudah pasti dia akan duduk dalam landasan agama Islam. Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad."

"Yang paling mendukacitakan yang paling menyedihkan sekali ialah orang Islam tapi dia tak minta ditunjuk kepada Islam.
Siapa itu? Orang yang tak solat. Dia Islam tapi tak minta untuk duduk di atas landasan agama Islam."

"Rugi sungguh orang yang tak sembahyang. Sembahyang ini pasai apa Nabi ﷺ kata tiang agama? Sebab minta ini "Ihdinnassiraatal Mustaqim."
Nabi ﷺ kata; "Sembahyang itu tiang kepada agama. Barangsiapa yang mendirikan sembahyang bererti dia telah mendirikan agama."

"Dan barangsiapa yang meninggalkan sembahyang bererti dia telah meruntuhkan agamanya." Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad. Perbezaan di antara seorang Islam dengan seorang yang bukan Islam ialah pada mendirikan solat. Mendirikan bukan bermakna kita solat sekadar cukup syarat nak tunaikan kewajiban kita sahaja tapi mendirikan solat yang ada "roh."

"Apa dia roh kepada solat? Roh kepada solat adalah khusyuk. Apa makna khusyuk? Khusyuk bermakna penghayatan. Kita menghayati solat yang kita dirikan itu maknanya khusyuk. Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad. Hari ini kita lihat ramai daripada kita yang sembahyang tapi dalam fikirannya dalam hatinya masih fikirkan dunia."

"Dunia ini kita ambil takat kita perlu sahaja jangan ambil lebih. Kalau kita ambil lebih sampai boleh menganggu ibadah kita pada Allah سبحانه وتعالى itu yang bahaya. Kita tengok ramai orang yang bekerja yang berniaga dan sebagainya."

"Bila masuk waktu solat azan bang je kadang-kadang masjid pun tak jumpa. Pasai apa? Pasai dalam hati dia, kerja lebih besar daripada Allah سبحانه وتعالى. Duit lebih besar daripada Allah. Customer lebih besar daripada Allah. Client lebih besar daripada Allah. Macam mana hidup nak berkat. Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhamamd."

"Itu kalau yang berniaga di pasar itu. Cuba tuan-tuan pergi buat survey tanya dah solat ke belum? Majority pasti kata tak solat lagi tak ada masa tak dan sebab waktu maghrib itulah orang pakat mari ramai. Last-last solat pun tak sebab fikir customer mari ramai tak cukup tangan. Tak semua lah."

"Kita bukan apa tuan-tuan, kena tegur juga benda ni. Padahal yang kasi rezeki itu siapa? Allah! Duit, harta kekayaan kita semua yang kita ada sekarang ini siapa kasi? Kita minta dari Allah سبحانه وتعالى, kita dapat rezeki dari Allah tapi kita tak sembahyang, kita tak jaga sembahyang kita, kita tak tunaikan apa yang Allah perintahkan kepada kita. Manusia macam apa kita ini? Malulah sikit kita ni dengan Allah سبحانه وتعالى."

Daripada TG Sheikh Zainul Asri Haji Romli.

No comments:

Post a Comment