Pages

Tuesday 10 November 2015

Iman & Takwa

Dari Ust Fadli Yusuf.

Bertaqwa bererti berkualiti. Islam mementingkan kualiti dari kuantiti.
Kerana itu Salahuddin Al Ayubi sanggup meninggalkan tenteranya yang tidak bangun sembahyang malam kerana bimbangkan pertolongan Allah tidak tiba kerana terhijab. Sedangkan amalan sembahyang malam hanya sunat.

Bagaimana mungkin pertolongan Allah itu akan tiba jika ada di antara ahli yang ramai itu meninggalkan yang wajib serta melakukan yang haram!...

Iman di hati itu ibarat generator elektrik. Bila ia mengalir kepada kipas, maka kipas berpusing, mengalir kepada peti sejuk, maka berfungsi sebagai penyejuk barangan. Mengalir kepada komuter dan LRT maka bergerak sebagai pengangkutan. Nasi pula masak dengan elok oleh rice cooker yang ada arus elektrik.

Ertinya iman di hati itu akan dapat dilihat buah atau natijahnya pada seluruh anggota badan dan kehidupan harian seseorang itu.

Hati yang beriman, yang bersifat abstrak atau maknawiyah itu akan terzahir pada anggota tubuh. Dengan kata lain perbuatan, tingkah laku, tabiat dan perangai manusia itu adalah gambaran hatinya. Dan tidak bercanggah sama sekali antara hatinya dengan anggota lahir.
Hati yang tersemai benih iman akan tumbuh batang, dahan, ranting, daun, bunga dan buah iman pada anggota lahir.

Sukar hendak diterima pendapat orang yang mengatakan walaupun dirinya jahat tetapi hatinya baik dan tetap beriman.

Hati yang beriman, yang bersifat abstrak atau maknawiyah itu akan terzahir pada anggota tubuh.

Dengan kata lain perbuatan, tingkah laku, tabiat dan perangai manusia itu adalah gambaran hatinya, dan tidak bercanggah sama sekali antara hatinya dengan anggota lahir.

Hati yang tersemai benih iman akan tumbuh batang, dahan, ranting, daun, bunga dan buah iman pada anggota lahir.

Oleh itu, sukar hendak diterima pendapat orang yang mengatakan walaupun dirinya jahat tetapi hatinya baik dan tetap beriman.

Dan mempelajari dan menghafal rukun iman belum bererti telah beriman. Itu hanya sekadar mengesahkan keimanan seseorang.
Iman yang sebenarnya ialah rasa takut, gerun dan gentar kepada Allah SWT.

Diiringi pula dengan keyakinan mantap terhadap rukun-rukun iman yang lain, terutamanya soal Akhirat, neraka dan syurga.

No comments:

Post a Comment