Pages

Wednesday 4 November 2015

Mengenal Allah.

"Wahai mereka yang baru belajar, hendaklah kamu menuntut ilmu. Sesungguhnya ilmu-ilmu yang lain adalah hamba kepada ilmu tauhid. Kamu belajar ilmu fiqh untuk mengesahkan hukum. Akan tetapi, engkau lalai daripada mengenal tuhan yang menurunkan hukum."

"Tidak ada satu musibah yang lebih dahsyat daripada putusnya hubungan seseorang hamba itu dengan Allah سبحانه وتعالى. Orang yg merasakan dirinya bertauhid dialah sebenarnya kurang bertauhid. Orang yg merasakan dirinya kurang bertauhid dialah sebenarnya sedang mencapai peringkat tauhid. Seseorang yg beramal tanpa tauhid yang kukuh di dalam hatinya, maka amalnya akan goyah."

"Sebelum mati kita yang sebenar tiba, matikan diri kita dulu. Matikan yang macam mana? Yakni, matikan nafsu kamu. Dengar lihat pandang perkara yang Allah سبحانه وتعالى redha sahaja. Leburkan sifat keakuan diri. Saat kita mengingati Allah سبحانه وتعالى, bukan kita yang ingat Allah, tapi Allah سبحانه وتعالى jua lah yang meletakkan hamba-Nya untuk mengingati Allah سبحانه وتعالى."

"Setiap yang Allah cipta walaupon tsunami banjir yang besar sekalipon, jangan lihat pada musibah yang menimpa tapi lihat pada siapa yang menciptakannya. Begitu juga bila barang naik jangan dilihat pada siapa yang memimpin. Lihatlah Pencipta itu sendiri. Tiada siapa dapat mengerakkan satu zarah pun melainkan hanya Dia Allah سبحانه وتعالى. Siapa tahu hujung usianya husnul khotimah."

"Lihat air di dalam gelas. Tak dilihat kaca gelas tapi dilihat terus pada air di dalam gelas. Tauhid hakiki bila dapat dicapai maka fanalah dunia ni daripada dirinya. Yang nampak hanya lah Allah سبحانه وتعالى. Laillahaillallah wahdahu la syarikallah lahulmulku walahul hamdu yuhyi wayumitu wahuwa ala kulli syai in qadir."

"Sunah dibaca sepuluh kali selepas subuh dan maghrib. Maka amalkan. Kesan zikir ini apabila dihayati walau dipuji melambung tidak ada kesan pada dirinya sebab nampak semuanya datang daripada Allah سبحانه وتعالى."

"Contoh kita bawak balik kereta bos kita, bermacam jenama bersilih ganti. Kawan kita puji hebatnya kau ada kereta macam-macam. Kita tak rasa bangga sebab kereta itu bukan kita punya. Bukan hak kita. Tak rasa apa-apa pon. Bangga ataupun rasa terangkat. Segala-galanya jangan lihat pada asbab. Lihatlah pada Allah سبحانه وتعالى."

"Hari ini ramai orang yang belajar ilmu untuk menyampaikan ilmu, akan tetapi tidak ramai yang belajar ilmu untuk mendekatkan diri kepada Allah سبحانه وتعالى. Seseorang yang mencapai hakikat tauhid, dia dapat meleburkan sifat keakuan dirinya."

"Kita sudah terlalu lama berada di dalam ilmu dan amal, akan tetapi kebersamaan dengan Allah سبحانه وتعالى tidak ada. Sebab itulah semakin kita memperbanyakkan amal ibadah, semakin sombong, semakin suka mengumpat dan segala macam sifat mazmumah. Dia tidak kenal Allah سبحانه وتعالى."

"Orang dizaman kita sekarang sibuk dengan perhiasan luaran jasad, akan tetapi tak sibuk dengan perhiasan dalaman ruh. Kerna Iman itu apa yang ada di dalam hati. Dakwah itu mengajak manusia kepada Allah سبحانه وتعالى. Bukan mengajak kepada persatuan tertentu, parti, tariqat tertentu, guru tertentu dan sebagainya. Akan tetapi dakwah itu mengajak manusia kepada Allah سبحانه وتعالى."

"Firman Allah سبحانه وتعالى; "Dan kami ciptakan kamu berpasang-pasangan. Malam pasangannya siang. Matahari pasangannya bulan." Yang dinamakan makhluk itu semuanya berpasangan dan yang tunggal itulah Allah سبحانه وتعالى yang suci daripada berpasangan. Hikmah wujudnya alam ini adalah untuk Allah menceritakan bahawa Allah سبحانه وتعالى itu tunggal."

"Dan panas pasangannya sejuk. lelaki itu pasangannya perempuan. Baru sempurna. Jika lelaki sama lelaki atau perempuan sama perempuan maka tidak sempurna. Begitu juga dengan syariat. Pasangannya adalah hakikat. Barulah sempurna. Selama ni hanya kenal syariat, tanpa kenal hakikat. Akhirnya penat dengan beribadah tanpa kenal siapa yang diibadahkan. Sibuk dengan amal, akan tetapi hati tak sibuk dengan Allah سبحانه وتعالى."

"Hari ini senang-senang orang menghukum kafir sesama orang islam yang lain. Menghukum orang yang nazak meninggal tak ucap syahadah kafir, atau tak masuk syurga. Hakikat iman itu didalam hati. Seorang yang nazak dan menghampiri kematian, walaupon tidak terucap kalimah Laillaha illallah Muhammadurrasulullah dgn sempurna."

"Akan tetapi terungkap kalimah Laillahaillallah atau Allah atau Hu. Itu adalah sudah memadai. Kerana orang yang sentiasa mengingati Allah سبحانه وتعالى, itu sudah memadai. Dia ingat Allah. Dalam hatinya ada Laillahaillallah. Kita tak tahu, Kebersamaannya dengan Allah سبحانه وتعالى itu. Semoga akhir kalam didalam hidup kita, diatas dunia ini ditutup dengan syahadah."

Daripada Ustaz Johari Al-Muari.

No comments:

Post a Comment