Pages

Friday 13 November 2015

Adab & Akhlak.

"Akhlak dan adab adalah perkara yang penting dalam agama kita, tidak mungkin agama itu tanpa adab & akhlak yang baik. Mustahil. Apakah maksud adab? Adab bermaksud meletakkan manusia atau sesuatu kepada tempatnya. Pada orbit masing masing. Kita meletakkan sesuatu pada haknya."

"Perkara itu, jika didakap oleh umat islam akan membawa tamadun yang sengsara kepada umat islam.  Dan dengan agama, manusia lebih beradab. Bayangkan, semua yang berada di alam cakerawala ini bergerak didalam orbitnya. Bulan, matahari, bintang bintang yang bergerak semuanya pada orbitnya.

"Semua makhluk Allah, Allah سبحانه وتعالى meletakkan pada mereka tempatnya. Pada orbitnya masing masing. Allah سبحانه وتعالى meletakkan setiap individu pada orbitnya. Pada kosmosnya. Jika seseorang itu terkeluar daripada tempatnya daripada orbitnya?"

"Maka, berlakulah bermacam macam masalah, bermacam macam kepincangan. Begitulah kita lihat pada hari ini. Allah سبحانه وتعالى meletakkan seseorang sebagai pemerintah maka dia berada pada orbitnya. Allah سبحانه وتعالى meletakkan seseorang sebagai ulama maka dia berada pada orbitnya pada tempatnya."

"Begitu juga orang awam masyarakat awam pada tempatnya. Jika, masyarakat awam terkeluar daripada tempatnya, maka kepincangan akan berlaku. Jika masyarakat awam ingin menjadi pemerintah maka akan kucar-kacir lah negara."

"Jika orang awam ingin menjadi, ulama maka dia akan terkeluar daripada tempat masing masing. Orbit masing masing. Maka bercelarulah dunia ini. Masyarakat akan bercelaru. Begitulah yang kita lihat bermacam macam kepincangan pada hari ini."

"Adab dan akhlak adalah perkara yang amat penting didalam agama. Adab kita penuntut ilmu pada ilmu pula, adalah umpama baru mendengar sekali walaupun beribu kali sudah mendengarnya. Umpama tidak jemu. Allah سبحانه وتعالى akan tambah ilmu lain yang tidak kita ketahui."

"Kerana sikap dan adab kita terhadap ilmu. Jika kita mengata pada seorang guru itu; “Sudah berapa kali ustaz ini nak cakap?” Hilanglah keberkatan ilmu. Maka impaknya Allah سبحانه وتعالى akan menutup pintu kefahaman ilmunya dan kunci kepada pintu kefahaman itu adalah “adab”."

"Di dalam diri kita ada orbit yang perlu kita fahami. Letakkan diri kita pada orbit tersebut, maka kita akan kenal akan adab kita kepada Allah سبحانه وتعالى. Adab kita sebagai hamba. Letak diri kita pada orbit yang sebenar, kita akan beradab depan makhluk Allah سبحانه وتعالى."

"Yang menyebabkan di zaman kita sekarang ini kucar-kacir, hilang peradaban dan ketamadun yang hakiki, adalah kerana kita tidak meletakkan diri pada orbit kita yang sebenar. Seseorang itu terkeluar daripada orbit masing-masing."

"Kerana yang dinamakan sebagai ulama, tetapi tidak ada Adab dalam dirinya, tidak ada Akhlak dalam dirinya. Apabila dia bercakap tidak ada Adab, tidak ada Akhlak, Mengkafirkan, mensyirikkan orang. Dia sudah terkeluar daripada orbitnya. Sifat adab & akhlak ini dimiliki oleh Para Ulama dan orang-orang yang soleh."

"Ulama terdahulu melihat kepada akhlak orang yang mereka ingin ambil ilmu tersebut. Jika tiada adab dan akhlak, maka mereka tidak mengambil ilmu daripada mereka. Sifat orang soleh itu adalah pada akhlaknya."

"Tidak mungkin seseorang itu ingin menjadi orang soleh dengan seorang diri. Dia berkata, aku tak perlu berdamping dengan mereka. Aku boleh menjadi soleh seorang diri. Tidak mungkin seseorang itu ingin menjadi soleh jika dia tidak berdamping dengan orang soleh."

"Dia tidak bergaul tidak rapat dengan orang soleh. Kerana orang-orang soleh itu mereka berdamping dengan orang orang soleh sebelum mereka. Begitu juga sebelum mereka berdamping dengan orang
soleh sebelum mereka. Sehinggalah sampai kepada para sahabat berdamping dengan penghulu orang soleh Rasulullah ﷺ."

"Agama itu bergantung kepada siapa yang kita bergaul, kita berdamping kita bersahabat. Maka sentiasalah bersuhbah bersama dengan ulama, dan orang-orang soleh. Jika tidak mampu seminggu sekali. Sekali, sekala. Kalau boleh sentiasa meletakkan diri kita didalam majlis mereka."

Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.

No comments:

Post a Comment