Pages

Friday 20 November 2015

Membentuk peribadi

Nabi ﷺ memberikan panduan kepada kita bahawa masing-masing lahir di atas fitrah. Fitrah itu maksudnya kita semua mampu untuk tumbuh menjadi manusia yang sempurna yang memiliki akhlak yang sempurna yang paling mulia.

Akan tetapi yang akan mempengaruhinya untuk terus tumbuh dengan subur adalah

1)Ibu bapanya. Baginda Rasulullah ﷺ mengatakan " Ibu bapalah yang akan mewarnai yang akan mencorakkan kain lembaran putih tersebut yakni yang akan mewarnai dan mencorakkan akhlak anak-anaknya." Bagaimana cara tarbiah dan didikan ibu bapa kepada anak-anaknya itu yang akan menentukannya.

2)Keadaan sekeliling dan suasananya . Bagaimana pengaruh sekelilingnya memberikan kesan terhadap pengaruh dan juga impak kepada seseorang. Dirinya tumbuh membesar dalam suasana yang bagaimana? Dia membesar dalam suasana sekeliling yang bagaimana itu yang akan memberi kesan dan juga pengaruh.

Demikian sebagai ibu bapa perlu sentiasa melihat dan memantau keadaan anak-anaknya. Dengan siapakah dia bersahabat? Siapakah sahabat-sahabatnya? Di sekeliling siapa sahabat-sahabatnya? Kerana sahabat-sahabatnya adalah sekeliling. Bagaimana akhlak sahabatnya? Bagaimana keadaan agama sahabatnya?

Semua itu akan memberi pengaruh kepada anak-anak kita. Begitu jugalah dengan keadaan diri kita ini. Dengan siapa kita bersahabat? Dengan siapa kita selalu duduk dan berborak bersama? Semua itu akan memberikan pengaruh dalam dalam kehidupan kita terutama sekali kepada agama kita.

USTAZ IQBAL ZAIN AL-JAUHARI HAFIDZOHULLAH]

No comments:

Post a Comment