Pages

Monday 9 November 2015

HADIRLAH KE MAJLIS ILMU

]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
إخوة استاذ حذري البنداني
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
, الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ والسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَن
وَالَاهُ
JOM KITA MENGHADIRI MAJLIS ILMU DEKATKAN DIRI KEPADA PARA ULAMA UNTUK KITA MENDAPATKAN ILMU YANG BERMANFAAT SUPAYA KITA DAPAT BERIBADAH KEPADA ALLAH TA'ALA BERAMAL DIDASARI DENGAN ILMU DALAM KEADAAN YANG BENAR YANG SAH YANG AKAN DITERIMA OLEH ALLAH TA'ALA SEGALA AMAL IBADAH KITA.

Tidurnya orang alim orang yang berilmu itu lagi bagus daripada orang yang jahil tetapi banyak ibadah. Kenapa? Kerana kekadang orang jahil solatnya belum tentu betul lagi mungkin ada perkara yang dilakukannya tidak tepat dan sebagainya sehingga mengurangkan ganjaran pahala yang dia perolehi ataupun mungkin juga dia tidak memperolehi apa-apa ganjaran pahala kerana ibadahnya tidak sah tidak diterima oleh Allah سبحانه وتعالى.

Dikisahkan ada seorang yang beribadah kepada Allah سبحانه وتعالى selama 40 tahun. Dia pergi ke suatu gua untuk beribadah kepada Allah. Dia solat 1 hari 1 tahun 10 tahun sampai 40 tahun ibadah solatnya. Ibadah solat banyak sekali sehingga tidak boleh dihitung lagi. Kemudian salah satu Ulama yang bernama Abdullah Ibnu Mubarak. Beliau mendatangi kepada tempat tersebut untuk berjumpa dengan si abid ini untuk meminta doa.

Kerana meminta doa daripada saudara muslim yang lain itu dikabulkan oleh Allah سبحانه وتعالى lebih cepat kerana ikhlasnya pasti. Kalau doa untuk diri sendiri kekadang terbawa oleh hawa nafsu tapi kalau orang lain yang doakan itu sudah pasti ikhlasnya. Kemudian didoakan oleh Si Abid ini.

Setelah didoakan apa yang terjadi? Ketika Abdullah Ibnu Mubarak mahu keluar maka beliau nampak Si Abid ini memakai suatu kalung dilehernya. Lalu ditanya oleh beliau " Wahai Fulan apa itu?" Dijawab oleh Si Abid itu " Ini kalung." Ketika Abdullah Ibnu Mubarak perhatikan lagi ternyata di situ ada tikus yang sudah mati diikatkan bersama kalung tersebut.

Ditanya lagi sama beliau "Wahai Fulan apa itu?" "Ini tikus" jawab Si Abid tersebut. Abdullah Ibnu Mubarak mengatakan lagi " Kenapa engkau bawa tikus ini bersama denganmu?" Dijawab oleh Si Abid itu " Pertama kali aku datang ke sini 40 tahun yang lalu aku ingin beribadah di gua ini maka aku bersihkan gua ini tempat ini untuk aku tidur di sini, makan di sini, ibadah di sini.

Akan tetapi ketika aku sedang bersihkan rapi-rapikan tempat ini maka aku tengok ada tikus yang datang jadi aku bunuhnya kerana aku takut aku akan diganggu oleh tikus. Setelah aku membunuh tikus tersebut aku terfikir " Ya Allah!!Tikus ini termasuk makhluknya Allah. Aku telah zalim kepadanya sedangkan aku pergi tinggalkan bandar datang ke gua ini yang jauh daripada manusia agar aku boleh bertaubat kepada Allah beribadah kepada Allah tapi di sini aku membunuh makhluk Allah pula."Jadi sejak itu aku bernazar aku tidak akan solat kecuali aku bawa tikus ini bersama denganku."

Mendengar apa yang dikatakan oleh Si Abid itu. Abdullah Ibnu Mubarak mengatakan " Adakah pertama kali engkau beribadah kepada Allah engkau bawa najis ini?" Maka dia mengatakan " Ya aku bawa bersamaku kerana aku telah bernazar maka aku takut aku akan melakukan dosa kalau aku tidak melaksanakannya."

Abdullah Ibnu Mubarak mengatakan " Ketahuilah wahai fulan. Sesungguhnya selama 40 tahun engkau beribadah mengabdikan diri kepada Allah tidak ada yang sah sama sekali bahkan engkau mendapatkan dosa kerana engkau telah meninggalkan kewajiban solat
5 waktu."

Kenapa? Kerana tidak mempunyai ilmu untuk beribadah. Kita lihat amal ibadahnya banyak atau tidak? Banyak sekali tetapi disebabkan tidak mempunyai ilmu maka orang itu melakukan ibadah yang sia-sia tidak diterima oleh Allah bahkan mendapat dosa kerana meninggalkan kewajiban.
Oleh kerana itu kalau kita belum ada ilmu jangan jauh-jauh dari Ulama. Kalau belum ada ilmu jangan pernah kita malas untuk menghadiri majlis ilmu untuk kita dekat sama Ulama untuk kita mendapatkan ilmu untuk membetulkan kesilapan kita dalam kita beribadah untuk kita membersihkan hati kita sehingga kita mendapatkan husnul khatimah.

SELAMAT BERAMAL.. SILA KONGSI DENGAN YANG LAIN... SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI KALANGAN HAMBA-HAMBA ALLAH YANG MENJADI ASBAB RAHMAT ALLAH KEPADA YANG LAIN MELALUI DOA, AMAL DAN AKHLAK. ..

Ya Allah kami memohon rahmat dan perhatian-Mu, anugerahkanlah iman yang teguh, hati yang suci, akhlak yang luhur dan kehidupan yang sakinah. Kuatkanlah kami dengan iman dan yaqin, taqwa dan taat ,agar
kami tergolong dari kalangan hamba-hamba-Mu yang diredhai dunia dan akhirat… anugerahkan kami keberkatan ilmu. Rahmatilah kedua orang tua kami.... amen.

وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ
وَسَلَّمَ, والْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , والعفو منكم

Ustaz Mohd Hazri al-Bindany
Pembimbing Majlis Ta'lim
Darul Muhajirin
+60194363231

No comments:

Post a Comment