Pages

Monday 12 June 2017

Harapan Ramadhan

"Alangkah ruginya seseorang yang bilamana Allah, memberikan peluang untuk berada di bulan Ramadhan lalu dia mengabaikan peluang yang diberikan itu untuk tidak beribadah kepada Allah سبحانه وتعالى. Dalam hadis Nabi ﷺ bersabda; "Akan datang nanti kepada Allah dua perkara iaitu Puasa dan Al-Quran."

"Puasa akan datang kepada Allah dan berkata; "Ya Allah. Saya cegah orang ini daripada makan dan minum kerana Engkau, maka izinkan saya memberikan syafaat pada orang ini. Al-Quran pun juga akan berkata kepada Allah "Ya Allah. Saya halang orang ini tidur malam baca kepada saya maka izinkan saya memberikan syafaat kepada orang ini."

"Maka kedua-dua ibadah ini diizinkan oleh Allah سبحانه وتعالى untuk memberikan syafaat kepada orang-orang yang melakukannya. Maka di ambil pemahaman oleh Al-Imam An-Nawawi رحمه الله تعالى ketika mensyarahkan tentang masalah orang yang membiasakan diri membaca Al-Quran khususnya di waktu malam hari. Al-Quran itu digalakkan untuk dibaca di malam hari sebab Al-Quran itu bercakap "Saya halang orang ini untuk tidur."

"Waktu tidur itu adalah di waktu malam maka memang fadhilat membaca Al-Quran itu bila-bila masa sahaja untuk dibaca tetapi Al-Quran meletakkan keadaan yang tertentu menyatakan; "Saya halang orang ini untuk tidur malam untuk membaca kepada saya."

"Maka anjuran dan galakan untuk membaca Al-Quran khususnya di waktu malam, kerana waktu malam itu adalah waktu orang ramai sedang tidur. Waktu malam adalah waktu yang sukar, untuk seseorang itu bangun malam. Moga-moga ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya. Moga-moga ramadhan kali ini lebih bermakna daripada yang sebelumnya."

Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.

No comments:

Post a Comment