Pages

Friday 16 October 2015

Rasul Allaha vs raja Handik V ( akhir )

Maka firman Allaha Taa’alaya menyuruhkan Jibril A’layaha Al Salama membawa malaikat tujuh ribu delapan ratus kepada Mahamada kekasihku itu maka Jibril pun turunlah kepada nabi Allaha. Setelah Jibril datang kepada nabi Allaha maka iapun memberi salam maka segera di sahut rasul Allaha salam Jibril itu. Maka sabda nabi Allaha “Hai taulanku Jibril apa pekerjaan sayada datang ini” maka sahut Jibril “Ya rasul Allaha adapun hamba datang ini dengan firman Allaha Taa’alaya kepada tuan hamba membawa malaikat tujuh ribu delapan ratus. Menyuruhkan tuan hamba membantu baginda Ali Marotadhoya ke bukit Qaf kerana ia berperang dengan raja Ifrit dan raja Sarsal dan puteri Zalazaya baiklah tuan hamba segera2 pergi” maka Jibril A’layaha Al Salama pun bermohonlah kepada nabi Allaha lalu ia munajat ke hadrat Allaha Taa’alaya.

Setelah itu maka rasul Allaha pun menyuruh mengimpunkan orang Makah dan orang Madinah. Setelah sudah berhimpun semuanya maka baginda rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama pun berjalanlah siang malam tiada berhenti menuju jalan ke bukit Qaf dengan segala sahabat semuanya mengiringkan rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama dengan segala malaikat yang tujuh ribu delapan ratus itu.

Adapun tatkala baginda Ali mengikut raja Sarsal dan raja Ifrit dan puteri Zalazaya itu maka baginda Ali pun peranglah dengan segala raja2 yang di himpunkan oleh raja Ifrit itu sepanjang jalan.
Maka apabila di lihat oleh pahlawan Qobat Syah dengan Kershu Syah Pari lakunya baginda Ali membunuh rakyat raja ketiga buah negeri itu maka keduanya itupun hairan melihat dia dan lalu ia masuk peranglah bersama2 dengan baginda Ali itu maka terlalulah banyak matinya rakyat raja yang tiga buah negeri itu. Setelah di lihat oleh baginda Ali pahlawan Qobat Syah dengan Kershu Syah Pari itu bersama2 dengan baginda itu maka baginda Ali pun datanglah gembiranya maka ia melompat di udara lalu ia bertempik tiga kali berturut2 maka langit pun seperti akan runtuh dan bumi pun seperti akan hancurlah.

Maka tempik baginda Ali itu kedengaranlah kepada rasul Allaha dan Abu Bakar dan Omar dan Osman maka sabda rasul Allaha “Hai segala tuan2 sahabatku hendaklah kita berjalan dengan segera beri tahu orang kita supaya bangat kita sampai kepada anakku Ali”. Adapun baginda Ali itu tatkala sudah baginda bertempik lalu ia menyerbukan dirinya pada rakyat yang tiada tepermanai itu kira2 dua belas hari dua belas malam maka di lihatnya dirinya di tengah rakyat raja Ifrit yang tiada tepermanai itu. Maka baginda Ali pun bertempik pula maka kedengaranlah kepada tujuh petala langit maka langit pun seperti akan runtuh dan bumi pun seperti akan hancur.

Hataya maka rasul Allaha pun sampailah kepada tempat baginda Ali berperang itu maka di lihat oleh rasul Allaha dengan segala malaikat dan segala orang isi Makah dan Madinah baginda Ali berperang itu maka sekeliannya pun masuk peranglah bersama2 dengan baginda Ali. Maka baginda Ali pun bertempik pula dengan nyaring suaranya maka tiadalah ia tahu akan mati hidup lagi melainkan Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya juga yang memeliharakan hambanya. Maka firman Allaha Taa’alaya kepada Jibril menyuruh kepada nabi Allaha “Pergilah engkau bawa firmanku ini kepada kekasihku Mahamada itu jangan di beri Ali itu bertempik dan jangan ia di beri memejamkan matanya” demikianlah firman Allaha Taa’alaya.

Maka Jibril A’layaha Al Salama pun turunlah membawa firman Allaha Taa’alaya kepada Mahamada Rosawala Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama. Setelah ia sampai kepada nabi Allaha maka Jibril A’layaha Al Salama pun memberi salam kepada nabi Allaha maka segera di sahuti nabi Allaha salam Jibril A’layaha Al Salama itu. Maka kata Jibril “Ya rasul Allaha adapun hamba datang ini membawa firman Allaha Taa’alaya kepada sayada menyuruhkan tuan hamba menegahkan Ali itu jangan beri ia bertempik dan jangan di beri ia memejamkan matanya tatkala ia perang itu kerana ialah yang bernama harimau Allaha”. Setelah sudah Jibril menyampaikan firman Allaha maka Jibril pun memberi salam kepada rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama lalu ia kembali ke hadrat Allaha Taa’alaya.

Maka nabi Allaha pun peranglah bersama2 dengan baginda Ali dan baginda Abu Bakar dan baginda Omar dan baginda Osman Rodhoya Allaha A’na Hama Ajamaa’yana sertalah ia dengan rasul Allaha itu perang dengan segala malaikat dan orang Makah dan Madinah perang itu campur baur tiada berketahuan lagi selaku2 akan kiamat rupanya maka baginda Ali pun bertemulah dengan rasul Allaha. Adapun di ceriterakan orang yang empunya ceritera ini akan baginda Ali berperang itu tiga bulan empat hari dan malam maka baginda Ali pun bercerai dengan rasul Allaha. Maka perang itulah yang terlalu amat besar tatkala itu bangkai pun bertambun2 seperti bukit dan darah pun seperti air laut.

Maka di lihat oleh baginda Omar akan baginda Ali perang itu seperti harimau masuk kawan kambing demikianlah lakunya baginda Ali itu. Maka baginda Ali pun memandang kekiri dan kekanan maka terpandang kepada baginda Abu Bakar dan baginda Omar dan baginda Omar dan baginda Osman membunuh rakyat raja Ifrit itu. Adapun akan rakyat raja Ifrit itu empat bahagi sebahagi baginda Abu Bakar membunuh dia kedua bahagi baginda Omar membunuh dia ketiga bahagi baginda Osman membunuh dia keempat bahagi baginda Ali membunuh dia maka terlalulah azmat perang itu.

Adapun akan baginda Ali itu berenanglah ia di dalam laut darah dan bunyi kaki Daladala Jabarut itu seperti bunyi ombak di laut Qalzum tatkala turun taufan nabi Allaha Nuh A’layaha Al Salama mengempas kepada kaki bukit Qaf demikianlah bunyinya. Maka segala rakyat raja Ifrit itupun habislah lari tiada ia menderita lagi cerai berai tiada berketahuan lagi perginya dan akan raja Ifrit dan raja Sarsal dan puteri Zalazaya itupun larilah ia ketiga raja itu membawa dirinya kepada raja Perzanggi. Adapun akan raja itu terlalu amat besar kerajaannya setelah di lihat oleh baginda Ali raja yang tiga itu lari dan rakyatnya pun tiada berketahuan lagi maka baginda Ali pun pergilah mengusir raja Ifrit itu.

Setelah di lihat oleh segala sahabat rasul Allaha sekelian kafir itu habis lari maka sekelian sahabat dan malaikat dan orang Makah dan Madinah sekeliannya kembalilah ia kepada rasul Allaha semuanya tiada ia lagi bertinggalan melainkan baginda Ali juga seorang dirinya tinggal mengikut raja ketiga itu. Maka baginda Ali pun bertemulah ia dengan raja Sarsal maka kata baginda Ali “Hai raja Sarsal mahukah engkau masuk agama Asalama” maka sahut raja Sarsal “Hai Ali jikalau belum habis rakyatku ini tiadalah akum ahu menurut katamu itu. Hai Ali apa kehendakmu datangkanlah kepada aku”.

Serta ia mencabut pedangnya hendak memarang baginda Ali maka di pintasi oleh baginda Ali di parangnya dengan Dza Al Faqoro kepala raja Sarsal lalu ke tubuhnya maka lalu kepada kudanya maka raja Sarsal pun matilah. Setelah di lihat oleh raja Ifrit raja Sarsal sudah mati itu maka iapun larilah ke atas bukit Qaf maka di ikut baginda Ali. Setelah bertemulah baginda Ali dengan raja Ifrit itu maka kata baginda Ali “Hai kafir hendak kemana engkau melarikan nyawamu daripada tanganku ini”. Maka lalu di parang oleh baginda Ali perlahan juga maka putuslah pinggangnya penggal dua maka iapun matilah.

Maka baginda Ali pun mengikut segala rakyat yang banyak itu habis lari tiada berketahuan perginya ada yang lari ke dalam laut dan rimba dan sungai dan lubang tanah dan lubang kayu batu segenap sana sini tiada berketahuan lagi. Adapun akan segala jin dewa pari itu sudah adatnya demikian barang kali lari maka di ikutnya oleh baginda Ali pergi ke bukit Qaf mana yang dapat habis mati di bunuh oleh baginda Ali itu. Setelah itu maka puteri Zalazaya pun berdatang sembah pada raja Perzanggi sembahnya “Ya tuanku syah alam beri apalah bantu hambamu kerana hambamu hendak berperang dengan baginda Ali itu kerana raja Sarsal dan raja Ifrit sudah di bunuhnya dan segala raja2 dan hulubalang pahlawan yang gagah2 dan rakyat patik sekelian habis di bunuhnya. Itulah maka patik hendak berperang juga minta bantu kepada tuanku”.

Maka kata raja Perzanggi itu “Baiklah akulah yang membalaskan dia berapakah kuasanya manusia berkepala satu itu” maka raja Perzanggi pun memberi titah kepada segala raja2 yang takluk kepadanya. Adapun akan rakyat raja Perzanggi itu beberapa daripada jin yang gagah2 dan dewa yang sakti dan pari dan mambang dan janggi sekelian pun berhimpunlah dengan alat senjatanya. Ada kayu ada batu ada pendahan ada cokmar ada lembing ada panah masing2 dengan sikapnya. Maka sekeliannya mereka itu pun berhimpunlah di padang seperti laut rupanya dengan tempik soraknya.

Maka titah baginda kepada segala raja2 itu “Kami sekelian berjalanlah dari anak bukit itu” maka sekelian mereka itu pun berjalanlah tiada berketahuan lagi seperti ombak pada laut Qalzum demikianlah rupanya. Maka raja Perzanggi dengan tuan puteri Zalazaya pun berjalanlah di atas bukit Qaf itu. Maka di ceriterakan oleh orang yang empunya ceritera ini setelah sudah baginda Ali berjalan mengeliling bukit Qaf itu maka ia memandang2 ke atas bukit itu maka di lihatnya oleh baginda Ali segala rakyat jin dewa pari mambang janggi itu terlalu amat banyak berjalan itu mendapatkan baginda Ali sekelian rakyat itu.

Maka baginda Ali pun mengusir segala rakyat yang seperti laut itu serta baginda mengunus pedang Dza Al Faqoro itu maka segala rakyat jin dewa pari mambang janggi itupun berperanglah terlalu ramai. Maka saidina Ali pun memegang hulu pedang dengan kedua belah tangan baginda maka di parangkannya kekanan dan kekiri. Adapun perang baginda itu sekira2 sehari semalam lamanya maka baginda memandang kepada rakyat jin dewa pari mambang janggi itupun habislah lari cerai berai tiada berketahuan lagi perginya. Maka baginda Ali pun bertemulah dengan segala hulubalang jin itu ia mengerahkan rakyat yang lari itu maka segala mereka itu pun berbaliklah pula melawan.

Maka di ceriterakan oleh orang yang empunya ceritera ini adapun perang saidina Ali itu sudah tujuh hari tujuh malam baginda Ali perang itu tiada berhenti dan tiada makan dan minum melainkan baginda perang juga siang malam tiada berhenti. Maka bangkai pun bertambun2 seperti bukit dan darah pun mengalir seperti air bah maka Daladala Jabarut pun terbang ke udara. Maka baginda Ali pun bertemulah dengan raja Perzanggi maka baginda Ali pun tercenganglah melihat rupa raja Perzanggi itu kerana sangat besar panjang lagi hitam rupanya.

Maka raja Perzanggi pun berlari2 hendak memarang baginda Ali itu maka di tangkiskannya oleh baginda Ali dengan perisainya. Setelah lalu parang raja Perzanggi itu maka baginda Ali pun bertempik serta ia melompat maka di parangnya raja Perzanggi itu maka kena lehernya dan kepalanya raja Perzanggi itupun putus terpelanting lalu ia mati. Maka baginda Ali pun mengusir rakyat raja Perzanggi itu yang seperti laut banyaknya itu maka di parang oleh baginda kekanan dan kekiri kehadapan dan kebelakang. Maka kilat Dza Al Faqoro pun sabung menyabung maka baginda Ali Marotadhoya pun bertempik maka tiada baginda terkira2 lagi membunuh segala kafir itu.

Hataya maka di lihat oleh Jibril baginda Ali itu maka Jibril pun munajat ke hadrat Allaha Taa’alaya maka sembah Jibril “Yaa Robaya Yaa Sayadaya Yaa Mawalaya ya tuhanku engkau biarkanlah hambamu Ali itu membunuh dengan tiada berkira2 itu ya tuhanku”. Maka firman Allaha Taa’alaya “Hai Jibril pergilah engkau turun kepada kekasihku itu suruh larangkan Ali itu membunuh rakyat raja Perzanggi itu jangan sunyi nerakaku”. Maka Jibril pun memberi salam maka segera di sahuti oleh nabi Allaha salam Jibril itu maka sabda nabi Allaha “Hai taulanku Jibril apa pekerjaan sayada datang kepada hamba” maka sahut Jibril A’layaha Al Salama “Adapun hamba datang kepada tuan hamba ini membawa firman Allaha Taa’alaya kepada tuan hamba hendaklah tuan hamba melarangkan baginda Ali itu membunuh segala kafir itu dengan tiada ia berkira2 jikalau selaku itu Ali membunuh segala kafir itu nescaya sunyilah neraka dengan tiada berisi”.

Setelah sudah rasul Allaha mendengar firman Allaha di bawa Jibril demikian itu maka nabi Allaha pun menyuruhkan baginda Abu Bakar dan baginda Omar dan baginda Osman dan malaikat empat puluh orang maka pergilah baginda itu sekelian serta malaikat itu menuju jalan ke bukit Qaf itu. Setelah ia sampai ke atas bukit Qaf itu maka di lihatnya oleh baginda Abu Bakar dan baginda Omar dan baginda Osman akan bukit Qaf itu adalah sama tengah dunia ini tingginya. Adapun akan rakyat jin dewa pari mambang janggi itu adalah seperti serasah di terbangkan angin yang amat besar demikianlah lakunya baginda Ali membunuh segala kafir itu. Ada yang lari ke tepi laut ada yang lati ke tepi langit dan ada yang lari menceburkan dirinya ke dalam laut Qalzum masing2 melarikan nyawanya daripada tangan Amir Al Mukminin Ali.

Maka baginda Abu Bakar dan baginda Omar dan baginda Osman dan malaikat yang empat puluh itupun hairanlah ia memandang kelakuan baginda Ali itu rupanya seperti geradah menyambar gajah demikianlah rupanya dan kelakuannya baginda Ali mengambat segala rakyat jin dewa pari mambang janggi itu maka sekelian jin yang lari itu rambutnya menaung matanya dan mulutnya. Adapun baginda Ali memarangkan Dza Al Faqoro itu gemuruh bunyinya dan kilatnya pedang Dza Al Faqoro itu pun sabung menyabung rupanya baginda Ali memarangkan itu selaku laku mengabiskan isi alam dunia ini demikianlah lakunya baginda Ali itu maka langit pun seperti akan bergoncang dan bumi pun seperti akan karam lakunya.

Adapun akan baginda Ali membunuh rakyat jin dewa pari mambang janggi itu kira2 empat puluh hari empat puluh malam dengan seorang dirinya juga tiada ia membilangkan makhluk lakunya melainkan dia menyerbukan dirinya juga dan menyerahkan dirinya kepada Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya juga. Adapun tatkala baginda Ali membunuh rakyat jin dewa pari mambang janggi itu dan segala jin Asalama pun banyaklah mati dan pahlawan Qobat Syah pun syahidlah dan Kershu Syah Pari demikian lagi kepada masa baginda Ali membunuh rakyat raja Perzanggi itu melainkan baginda Ali juga tinggal seorang dirinya di tengah dunia ini.

Maka Jibril pun munajat ke hadrat Allaha Taa’alaya maka sembah Jibril “Yaa Robaya Yaa Sayadaya Yaa Mawalaya ya tuhanku kau berikanlah hambamu Ali itu mengabiskan isi alam dunia ini kerana baginda Ali itu harimaumu ya tuhanku”. Maka baginda Abu Bakar dan baginda Omar dan baginda Osman dan malaikat empat puluh sekeliannya pun hairanlah ia melihat akan kebesaran tuhan sekelian alam dan terlalu ajaib sekali ia melihat kelakuan baginda Ali itu.

Hataya maka firman Allaha Taa’alaya kepada Jibril “Hai Jibril jikalau demikian pergilah engkau turun kepada hambaku Ali itu bawa olehmu kudanya ke laut Qalzum” maka Jibril pun segeralah ia turun mendapatkan baginda Ali. Maka di lihat oleh Jibril kelakuan baginda Ali mengambat segala kafir itu dari masyrik datang ke maghrib ia memarangkan Dza Al Faqoro itu seperti halilintar membelah bunyinya bangkai pun bertambun2 dan darah segala jin dewa pari mambang janggi itu seperti hujan turun dari langit dan segala bangkai itupun berhanyutanlah seperti batang di tempuh air bah demikianlah rupanya di lihat oleh Jibril.

Maka Jibril segeralah ia menyambar kuda baginda Ali itu lalu di bawanya ke dalam laut Qalzum itu maka adalah baginda Ali di dalam laut Qalzum itu kira2 tiga hari tiga malam. Maka Jibril pun munajat pula ke hadrat Allaha Taa’alaya maka sembah Jibril “Yaa Robaya Yaa Sayadaya Yaa Mawalaya ya tuhanku engkau juga yang mengetahui akan hal hambamu Ali itu telah kumasukkan ia ke dalam laut Qalzum” maka sekelian jin dewa pari mambang cendera janggi itupun tiadalah ia merasai lagi lari.

Hataya maka firman Allaha Taa’alaya kepada Jibril “Pergilah engkau bawa Ali kepada kekasihku Mahamada Rosawala Allaha itu” maka Jibril pun turunlah ia mendapatkan baginda Ali ke dalam laut Qalzum. Maka kata Jibril kepada baginda Ali “Hai Ali bukakanlah matamu” maka di bukakan oleh baginda Ali matanya. Maka di lihatnya dirinya itu sudah di dalam laut maka kata baginda Ali kepada Jibril “Hai taulanku Jibril betapa peri hamba ke darat” maka kata Jibril “Ya Ali pejamkanlah mata tuan hamba kedua” maka di pejamkannya kedua matanya oleh baginda Ali.

Maka di terbangkannya Jibril oleh baginda Ali itu ke bukit Qaf maka kata Jibril “Hai Ali bukakanlah mata tuan hamba itu” maka di bukakan oleh baginda Ali kedua matanya. Maka di lihatnya dirinya itu di atas bukit Qaf dan adalah tinggi bukit Qaf iyu hampirlah ke langit. Hataya maka baginda Ali pun turunlah ia mendapatkan rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama. Setelah baginda Ali sudah bertemu dengan rasul Allaha maka saidina Ali sujud kepada nabi Allaha dan berjabat tangan dengan segala sahabat dan segala malaikat dan segala orang Makah dan Madinah mengatakan selamat sempurna pekerjaan kita Ana Shaa Allaha Taa’alaya.

Maka rasul Allaha pun kembalilah dengan segala sahabat dan segala malaikat itu dan segala orang Makah dan orang Madinah itu semuanya mengiringkan baginda rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama kembali itu. Setelah beberapa lamanya di jalan maka baginda rasul Allaha pun sampailah ke Makah dan ke Madinah maka segala malaikat pun memberi salam kepada nabi Allaha dan pada sahabat yang keempat maka malaikat itupun munajat ke hadrat Allaha Taa’alaya. Kemudian dari itu maka rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama pun menyuruhkan segala orang Makah dan orang Madinah kembalilah segala tuan2 sekelian ke rumah tangganya masing2 pulang ke rumah tangganya.

Setelah sudah maka rasul Allaha pun mengambil air sembahyang lalu baginda sembahyang dua rakaat salam. Setelah sudah maka rasul Allaha pun minta doa kepada Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya tuhan yang amat kuasa demikian bunyinya “Yaa Robaya Yaa Sayadaya Yaa Mawalaya ya tuhanku ampunilah dosa segala hambamu yang perang itu”. Maka firman Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya menyuruhkan Jibril turun “Katakanlah kepada kekasihku Mahamada itu ya Jibril telah aku ampunilah segala dosanya hambaku yang mati syahid itu” maka Jibril pun pergilah kepada nabi Allaha menyampaikan firman Allaha Taa’alaya kepada rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama.

Setelah sampai maka Jibril pun memberi salam maka segera di sahuti nabi Allaha salam Jibril itu maka kata Jibril “Ya nabi Allaha setelah sudah di masukkan tuhan seru sekelian alam ke dalam syurga Janata Al Naa’yama segala yang mati syahid itu”. Setelah sudah maka Jibril pun memberi salam lalu munajat ke hadrat Allaha Taa’alaya. Maka rasul Allaha pun bersabda kepada baginda Ali demikianlah sabda baginda rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama katanya “Hai anakku Ali adapun akan perang kita pada masa ini kesudah sudahan perang dengan segala jin dewa pari cendera mambang janggi itu sekeliannya tiadalah lagi kita perang kemudiannya”.

Setelah sudah baginda Ali mendengar sabda rasul Allaha demikian itu maka baginda Ali pun mengucap syukur akan Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya dan akan segala rasulnya sekeliannya serta baginda membacakan arwah akan segala orang yang mati syahid itu. Setelah sudah maka rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama dengan segala sahabat yang keempat pun ada hadirlah di dalam negeri Makah dan Madinah itu pada malam dan siang dengan ibadatnnya akan Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya.

Maka barang siapa membaca hikayat raja Handik perang dengan nabi Allaha itu daripada permulaannya datang kepada kesudahannya maka di ampuni Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya segala dosanya segala yang membaca dan yang mendengarkan dia istimewa yang menyuratkan dia jikalau tiada ia menyengutukan Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya Wa Sholaya Allaha A’laya Sayadanaa Mahamada Wa Alaha Wa Shohabaha Wa Salama Amayana Yaa Roba Al A’alamayana di peliharakan segala mukmin dan segala Asalama. Tama.

Ba Qolama Al Faqoyaro Al Haqoyaro Ba Al Maa’tarofa Wa Al Dzanaba Wa Al Taqohayaro A’fawa Al Roajaya. Encik Osman menyurat ini di dalam daerah negeri Semarang yakni anaknya encik jurutulis Melayu di Mangkasar. Hai segala tuan2 yang membaca hikayat raja Handik ini hendaklah kiranya tuan2 sekelian membaca dengan sungguh hati serta dengan cuci daripada najis sekelian.

Maka jikalau ada janggal suratannya yakni kurang hendaklah kiranya tuan2 menambahi dia. Maka jikalau ada lebih daripada perkataan yang patut hendaklah kiranya mengkeratkan kerana orang yang menyurat ini belum sampai akal fahamnya lagi ia bebal dengan kebebalannya daripada ia tiada mempunyai daya dan upaya daripada segala makhluk Allaha Faya Al A’alamayana.

Syahdan adapun namanya orang yang empunya surat ini bernama encik Usup yakni Kari Tulu yang beristirehat Al Khoyaro di negeri Mangkasar di dalam kampong Belikung. Maka adapun surat yang di salin ini suratnya Kapitan Melayu di Semarang yang bernama A’bada Allaha Wa Allaha Al Masataa’ana A’laya Maa Tashofawana tertulis atas tanah Semarang dalam kampung Melayu kepada rumahnya encik Johar kepada delapan hari bulan Syaa’ban tahun 1211 hijrah Al Nabaya Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama. Tama.

Ehsan dari : مهدي اسلام
Sumber: Kitab raja Handik
Manuskrip British Library

No comments:

Post a Comment