Pages

Friday 16 October 2015

Mahamada Amayana (Amin) Allaha. ( bah I )

Basama Allaha Al Rohamana Al Rohayama.

Adapun akan Bakhira Zahaba dahulu serta wahyu ia membawa iman setelah di lihatnya mukjizat Mahamada itu tetapi kami nama umat akan dia tiada tetapi syafaat di perolehnya. Maka barang siapa seorang2 mengikut agamanya syahdan ia tiada di lihatnya dan namanya juga di dengarnya bahawa kasihnya di teguhkannya di dalam hati bahawa yang agamanya itu di turutnya selama lamanya hidup tiada ia lupakan daripada hatinya dengan harapnya sumurnya ia hidup hendak bertemu dengan dia maka orang itu menjadi umatnya dan beroleh syafaat daripadanya.

Kemudian daripada itu maka segala kafilah Maisarah itupun berniagalah ia di benua Sham itu daripada berkat Mahamada Amayana itu maka segala dagangan yang di jual itupun terlalu amat banyak ia beroleh labanya. Maka ujar orang sekelian itu “Selama2nya kita pergi datang berniaga ke benua Sham pun sudah banyak kali tiada seperti sekali ini kita beroleh laba terlalu baik tiada berketahuan” maka ujar Abu Bakar Al Shodayaqo “Semuanya itupun daripada berkat Mahamada Amayana Allaha juga”. Setelah sudah berapa hari lamanya di benua Sham maka tatkala itu segala Yahudi di dalam benua Sham itupun hendak hari raya maka pada malam itu segala Yahudi itupun kesemuanya keluar ke padang seperti adat dahulu kala.

Bermula maka ujar Maisarah pada segala kafilahnya “Kita berniaga pun sudah habis segala dagangan syahdan lain pula tiadalah terkira2 lagi banyaknya” maka segala mereka yang pergi semuanya itupun terlalu sukacita hati. Kelakian maka Maisarah pun datanglah kepada Mahamada Amayana Allaha maka ujarnya “Mengapa lagi kita diam di sini hendak menantikan hari raya Yahudikah” maka ujar Mahamada Amayana Allaha “Mari juga kita pergi melihat barang sesaat juga”. Setelah itu maka Mahamada dengan segala kaum Quraish itupun keluarlah ke padang itu.

Bermula akan segala Yahudi memasang dian tanglung dan pendil maka segala dian tanglung pendil itupun semuanya habislah padam beberapa kali di pasangnya pun tiada juga mahu bernyala. Maka ujar segala Yahudi itu “Apa juga sebabnya maka jadi demikian ini” lalu ia pergi mendapatkan gurunya maka di katakan segala hal ehwalnya itu maka ujar gurunya “Ada juga di sini daripada kaum Quraish itu seorang nabi akhir zaman bangsanya daripada bani Hasyim Mahamada namanya. Hai segala kamu kaumku adalah kafilah Khatijah di sana hendaklah kamu periksa cari penghulu kafilah iu tanyakan olehmu Mahamada itu adakah di sana. Jikalau ada segera engkau bawa ia kemari bahawa ia itulah yang membinasakan agama kita. Sekarang pendil kita pun habis pecah2 dan dian kita pun habis padam sehingga di pandangnya juga pun. Bermula pada hari kemudian pun kelak dunia ini baik kepada kita jahat kepadanya terang kepada kita jadi kelam kepadanya”.

Setelah Yahudi mendengar kata gurunya demikian itu maka sekelian pun pergilah mencari Mahamada Amayana Allaha pada pihak kafilah Quraish itu. Hataya maka Maisarah pun terlalulah amat takut kalau2 Mahamada di perdapatnya oleh segala Yahudi itu maka oleh Maisarah akan Mahamada itu di sembunyikan di dalam tilihnya supaya jangan di dapatnya. Maka segala Yahudi itupun mencari seperti alamat yang di katakan oleh gurunya itu dengan beberapa ia mencari tiada juga ia bertemu maka ia pun kembalilah kepada gurunya kemudian maka Maisarah dan segala kafilah Quraish itupun berjalanlah kembali ke Makah dengan sukacitanya.

Hataya beberapa lamanya berjalan itu ada kadar tiga hari lagi akan sampai ke Makah di sanalah ia berhenti. Maka ujar Maisarah kepada segala kafilah itu katanya “Hai tuan2 sekelian baik juga kita menyuruhkan orang pergi memberi tahu dahulu kepada Khatijah supaya jangan susah hatinya mengatakan bahawa segala kafilah itu kesemuanya selamat datang” maka ujar Abu Bakar Al Shodayaqo dan segala kaum Quraish itu “Terlalu baik segala bicara tuan hamba”. Maka ujar Maisarah “Siapa baik kita suruhkan” maka kata segala kaum Quraish itu “Barang siapa yang berkenan kepada tuan hamba ialah baik di suruh pergi kerana kami sekelian ini tiada dapat melalui kata tuan hamba”.

Maka ujar Maisarah “Adapun pada bicara hamba Mahamada Amayana Allaha juga kita suruhkan supaya di percayai oleh Khatijah kerana Mahamada Amayana Allaha itu bukan orang perbuli” maka ujar Abu Bakar Al Shodayaqo “Terlalu sekali baik bicaramu itu supaya fasih itu dengan sempurnanya datang kepada Khatijah”. Maka ujar si Abu Jahal Al Laa’nata “Jangan ia kamu suruhkan kerana ia tiada tahu akan jalan. Jika kau suruhkan juga ia pergi nescaya pekerjaanmu itu tiadalah akan jadi olehnya” maka ujar Maisarah “Adapun kehendakku ia juga hendak aku suruh pergi kerana tuhan Kaa’bah ada menyampaikan”.

Setelah itu maka Maisarah pun mengambil dakwat kalam lalu ia menyurat akan segala mukjizat Mahamada Amayana Allaha tatkala ke benua Sham itu dan peri hal tatkala ia berniaga itu. Bermula akan Khatijah pun sedia kala ia duduk di atas langkahan matanya memandang kepada jalan raya itu maka ia pun berkata pada hambanya “Lihatlah olehmu kalua ada orang membawa khabar kafilah kita datang bahawa engkau kumerdekakan”. Maka ujar hambanya itu “Sedia kala kafilah kita pergi datang pun tiada pernah tuan hamba berkata demikian itu” maka ujar Khatijah “Hai kamu sekelian bahawa engkau tiada tahu adapun yang pergi sama2 kafilah itu bahawa ialah kekasih Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya”.

Setelah itu maka Maisarah pun mengambil seekor unta yang pantas berjalan seperti angin maka Mahamada Amayana Allaha pun di suruh naik ke atas unta. Syahdan surat itupun di berikan pada tangan Mahamada Amayana Allaha maka ujarnya “Ya Mahamada bawa surat ini olehmu berikan pada Khatijah” maka surat itupun di ambil oleh Mahamada lalu di gendungnya maka ia pun berjalanlah. Setelah sampai pada pertengahan jalan maka mata Mahamada pun hendak tidur maka beberapa di tahani tiada juga tertahan maka Mahamada Amayana Allaha pun tidurlah.

Hataya maka Iblis A’layaha Al Laa’nata Allaha pun datang mengambil tali unta Mahamada itu lalu di bawanya pada jalan yang lain di sanalah unta itu di lepaskan. Maka Allaha A’za Wa Jala pun memberi firman kepada Jibril “Pergi engkau segera dapatkan kekasihku itu hendak di persesatnya oleh seterunya. Pergi engkau bawa untanya pada jalan yang benar” maka Jibril pun segera pergi menarik tali unta Mahamada Amayana Allaha itu di bawanya pada jalan yang benar tetapi Mahamada pun tahu akan halnya itu maka firman Allaha Taa’alaya Wa Wajadaka Dholaa Fa Hadaya.

Setelah Mahamada Amayana Allaha jaga di dengarnya suatu suara demikian bunyinya suara itu “Hai Mahamada bahawa engkau daripada jalan yang benar di perdayakan oleh Iblis di bawanya pada jalan yang salah. Adapun sekarang engkau telah datang pada jalan yang benar bahawa Jibril dengan firmanku kusuruh bawa jalan ke Makah”. Bermula bahawa Allaha A’za Wa Jala firman kepada Mahamada Amayana Allaha “Ya Mahamada jangan engkau berjalankan umatmu seperti kelakuanmu ini. Jika berapa kali pun ia perbuat salah selagi ada umurnya tiada ia mengikut hukum Allaha A’za Wa Jala bahawa ia mengikut hawa nafsunya juga datang pada hari kiamat jemah bahawa seorang pun daripada umatmu merasai hal yang demikian itu”. Maka Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya menganugerahkan cahaya hidayat serta dengan taubat yang sebenarnya daripada pahala jalan inilah ia beroleh syurga daripada anugerahku akan dia.

Adapun di ceterakan oleh orang yang empunya cetera ini telah Mahamada Amayana Allaha akan berjalan ke Makah itu. Maka firman Allaha Taa’alaya kepada malaikat yang memegang urat bumi itu Berqoil namanya demikianlah firman Allaha Taa’alaya pada malaikat itu “Hai Berqoil keratkan olehmu urat bumi itu maka supaya kekasihku segera sampai ke Makah”. Maka urat bumi itupun di keratkannyalah oleh malaikat itu maka dengan seketika itu juga Mahamada Amayana pun sampailah ia ke Makah.

Bermula pada ketika itu Khatijah pun menyuruhkan orangnya duduk melihat jalan setelah itu maka di lihat oleh hambanya ada seekor unta datang di naiki orang makin hampir di lihatnya datang itu Mahamada Amayana Allaha. Kelakian maka iapun segera berlari2 pergi memberi tahu Khatijah maka ujarnya “Hai penghulu Arab bahawa seekor unta datang. Bermula yang menaiki dia Mahamada Amayana Allaha kulihat kalau2 ada juga khabar yang baik di bawanya atau perniagaan yang berlaba”. Kelakian maka Khatijah pun menyuruhkan orangnya pergi mendapat Mahamada Amayana Allaha itu. Setelah datang maka di suruh oleh Khatijah duduk pada tempat yang baik.

Syahdan di permulianya adapun akan Khatijah duduk di dalam tirai yang nipis maka di lihat oleh Khatijah cahaya muka Mahamada Amayana Allaha terlebih daripada dahulu. Hataya maka Mahamada Amayana Allaha pun mengeluarkan surat daripada Maisarah itu di berikan pada orang yang hampir ia duduk itu. Maka oleh orang itu lalu di unjukkan pada Khatijah maka surat itupun segera di baca oleh Khatijah. Bermula segala syarat itupun semuanya di katakan oleh Mahamada Amayana Allaha pada orang yang hampir itu kemudian maka ujar Khatijah “Ya Mahamada sekaranglah tuan hamba pergi” maka Khatijah pun menyurat sendiri.

Setelah sudah surat maka di berikan kepada Mahamada Amayana Allaha maka ia pun segeralah menyambut surat itu oleh Mahamada di bawanya naik ke atas unta lalu ia berjalan belum sempat tengah hari maka Mahamada Amayana Allaha pun sampailah. Bermula segala Quraish itu pun bahru hendak berbaiki untanya demi ia melihat Mahamada Amayana Allaha datang maka hairanlah segala mereka itu maka ujar Abu Jahal “Tiadakah sudah kukatakan bahawa ia tiada tahu jalan. Inilah sekarang maka ia kembali di tengah jalan”. Setelah Abu Bakar Al Shodayaqo dan Maisarah melihat Mahamada Amayana Allaha datang maka Maisarah pun terlalu amat dukacita.

Kemudian maka Mahamada pun datang memberi surat Khatijah maka oleh Maisarah di bukanya maka di lihatnya tapak tangan Khatijah. Maka hati Maisarah pun terlalulah sukacita dan mukanya pun berseri2 serta ia memandang kepada Abu Bakar Al Shodayaqo maka ujar Maisarah “Terlalu indah sekali perjalanan tiga hari tiga malam dengan sehari juga ia pergi datang”. Maka sahut Abu Bakar Al Shodayaqo “Tiadakah tuan hamba melihat barang pekerjaan kita yang telah lalu itu terlalu sekali ajaib”.

Bermula maka segala kafilah itupun berjalanlah tiga hari tiga malam maka sampailah ke Makah masing2 kembali ke rumahnya. Maka Mahamada Amayana Allaha pun kembalilah ke rumahnya Abu Tholib. Maka berapa lamanya Mahamada datang maka Khatijah pun tiada ingat akan upah Mahamada Amayana Allaha itu. Maka berapa lamanya maka Atikah pun datang kepada Abu Tholib maka ujar Atikah “Hai saudaraku bahawa akan Mahamada Amayana Allaha ini lamalah sudah ia datang. Bahawa akan Khatijah itu tiada juga ia ingat akan upah Mahamada Amayana Allaha. Baik juga aku pergi kepadanya supaya ia ingat”.

Maka ujar Abu Tholib “Hai saudaraku janganlah engkau pergi dahulu kerana ia di dalam negeri ini terlalu murah pada segala negeri pun ia mahsyur murahnya itu tiada elok akan upah Mahamada Amayana Allaha itu. Bermula kudengar wartanya bahawa hartanya dari benua Sham datang sekali ini terlalulah banyak beroleh kelabaan tiadalah terkira2 daripada sebab itulah ia masygul. Sabar juga dahulu barang berapa hari lagi jika tiada di hantarkannya maka tuan hamba pergi kepadanya”. Maka Atikah pun diamlah setelah berapa lamanya maka Atikah pun datang kepada Abu Tholib maka ujarnya “Hai saudaraku baik juga hamba pergi kepada Khatijah itu kerana lamalah sudah orang datang dari benua Sham ini” maka ujar Abu Tholib “Baik saudaraku pergi adapun jikalau engkau datang kepadanya suatu pun jangan di kata”.

Setelah itu maka Atikah pun pergilah ke rumah Khatijah setelah Atikah datang maka di dapatinya Khatijah pun ada duduk di atas geta yang keemasan. Setelah Khatijah melihat Atikah datang itu maka ia pun segera berbangkit pergi mengalu2kan Atikah maka ujar Atikah “Mengapakah maka tuan hamba berdiri ini”. Maka ujar Atikah “Lamalah hamba hendak datang kepada tuan hamba tiada sampai maka pada hari inilah hamba datang kemari ini” maka sahut Khatijah “Hamba hendak pergi pada tuan hamba” adapun Atikah hendak berkata malu ia. Bermula Khatijah pun malu hendak mengatakan kata barang yang ada di dalam hatinya maka ujar Khatijah “Hai ibuku bahawa hamba tiada lupa akan upah Mahamada Amayana Allaha itu pada seketika pun”.

Setelah Atikah mendengar kata Khatijah demikian itu maka terlalulah sukacita hati Atikah serta ia minta doa akan Khatijah lalu ia bermohon kembali mendapatkan saudaranya. Maka segala kata Khatijah itupun semuanya di katakan kepada Abu Tholib kemudian daripada itu beberapa hari lamanya di nantikan oleh Atikah akan Khatijah tiada juga ia menyuruh mengantar akan upah Mahamada itu. Hataya berapa lamanya pula maka Atikah pun pergi pula ke rumah Khatijah setelah ia datang maka terlalu sangat di permulianya oleh Khatijah.

Kemudian maka Atikah pun berkata “Hai Khatijah adapun akan Mahamada Amayana Allaha itu tiada juga tuan hamba ingat” maka ujar Khatijah “Yang upah Mahamada itu telah adalah kepada hamba. Apa kehendak tuan hamba supaya hamba kerjakan”. Maka sahut Atikah “Adapun akan Mahamada Amaayana Allaha telah besarlah ia. Sekarang hendak kami akan ia upah daripada tuan hamba inilah akan belanja hendak kami beri ia beristeri”. Demi Khatijah mendengar kata Atikah demikian itu maka iapun amarah seraya katanya “Hai Atikah jikalau Mahamada Amayana Allaha itu di kahwinkan dengan aku tiadakah harusnya”.

Setelah Atikah mendengar kata Khatijah demikian itu di dalam hatinya ia hendak mengajuk aku juga. Maka Atikah pun menangislah seraya katanya “Hai Khatijah adapun kata tiada harus di katakan oleh tuan hamba. Sungguh pun kami miskin lagi Mahamada itu tiada beribu dan tiada berbapa itupun tetapi bangsa kami tiada apa kurangnya daripada tuan hamba. Adapun akan kami ini daripada cucu A’bada Al Manaf penghulu segala Arab. Akan sekarang ini apatah daya kami kerana harta tiaada pada kami itulah tuan hamba mengajuk kami”.

Demi Khatijah mendengar kata Atikah demikian itu maka Khatijah pun menangislah seraya katanya “Jangan tuan hamba berkata demikian itu. Adapun pada bicara hamba yang demikian itu kerana Mahamada itu bukan sebarang2 orang. Bahawa hamba sudah tahu akan kemuliaannya nabi Mahamada Rosawala Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama itu”. Mendengar kata Khatijah demikian itu maka Atikah pun baharulah manis mukanya dalam hatinya bukan rupanya ia mengajuk aku.

Maka ujar Khatijah “Barang yang ada di dalam hatiku ini semuanya kukatakan pada Atikah” maka ujar Atikah “Adapun aku tiada percaya akan kata tuan hamba ini kerana beberapa2 orang yang besar2 dalam negeri Makah ini hendak meminang tuan hamba lagi tuan hamba tiada mahu”. Maka ujar Khatijah “Jikalau tiada tuan hamba percaya akan perkataanku ini bahawa dengan sungguh2 hati hamba berkata” maka berfikirlah dalam hatinya Atikah bahawa sungguhnyalah Khatijah ini berkehendakkan Mahamada Amayana Allaha.

Kemudian maka ujar Atikah “Adapun akan kami tiada berharta” maka ujar Khatijah “Hai ibuku jika Mahamada Amayana Allaha tiada berharta pada aku ada harta. Jika Mahamada tiada berbapa pada aku ada bapa. Bermula barang yang ada hartaku ini kupersembahkan pada Mahamada. Bahawa ia akan jadi penghuluku dan junjunganku akulah memeliharakan dia. Adapun kata hamba ini hendaklah tuan hamba sampaikan pada saudara tuan hamba Abu Tholib. Syahdan jika dapat hendaklah tuan hamba menyuruh kepada bapa hamba katakan Mahamada Amayana Allaha berkehendakkan hamba”.

Setelah Atikah mendengar kata Khatijah demikian itu maka Atikah pun segeralah kembali. Maka segala kata Khatijah itupun semuanya di katakannya pada Abu Tholib maka Abu Tholib pun terlalu amat sukacita sebab ia mendengar kata Khatijah demikian itu. Kemudian maka Abu Tholib pun menyuruh pada segala keluarganya mengimpunkan segala kaum bani Hasyim. Setelah sudah berhimpun maka Abu Tholib pun menyuruhkan orang pergi kepada bapa Khatijah maka ujar mereka itu sekelian “Kami di suruhkan Abu Tholib menyuruh bertanyakan tuan hamba redhakah atau tiadakah tuan hamba redha bahawa Mahamada Amayana Allaha berkehendakkan anak tuan hamba”.

Maka ujar bapanya Khatijah “Bahawa aku tiada memberikan anakku akan Mahamada yatim Abu Tholib itu kerana beberapa orang yang besar2 dalam negeri Makah ini hendak akan dia lagi tiada ia mahu ini konon yatim Abu Tholib pula akan ia mahu”. Apabila mendengar kata bapa Khatijah demikian itu maka segala mereka itu semuanya pergi ke rumah Khatijah Kabaroya maka barang kata Khowaja itu kesemuanya sampaikan pada Khatijah. Setelah Khatijah mendengar kata bapanya demikian itu maka iapun diamlah.

Setelah berapa lamanya maka Khatijah pun menyuruhkan hambanya bermasakkan nasi dan segala makanan akan berjamu akan banyak. Setelah sudah hadir maka Khatijah pun menyuruhkan orangnya memanggil segala kaumnya Quraish dan segala kaum keluarganya Abu Tholib. Syahdan bapanya pun di suruhnya panggil ke rumahnya seperti adat segala orang besar2 berjamu demikianlah di perintahkan oleh Khatijah berjamu orang banyak itu. Kemudian maka ia mengeluarkan makanan dan minuman maka segala mereka itupun makan dan minumlah terlalu ramai maka semuanya pun mabuklah.

Syahdan yang sangat mabuk itu bapanya Khatijah terlalu ramai semuanya pun mabuk tiada khabarkan diri. Maka Khatijah pun menyuruhkan orangnya perempuan pergi menyapu baju bapanya dengan kamakama dan kasturi. Demikianlah titah segala Arab kahwin apabila orang minta anak seorang jika di berinya maka di ambil kasturi dan kamakama maka di sapukan pada bajunya tanda memberi anaknya supaya janjinya itu jangan berubah. Setelah sudah siuman maka bapa Khatijah pun kembalilah ke rumahnya maka di lihatnya bajunya kunang tanda orang beristeri.

Maka Khowaja Khuwailid pun segera berlari2 pergi mendapatkan Khatijah maka ujarnya “Tanda apakah ini” maka ujar Khatijah “Kelmarin tuan hamba sudah memberikan hamba akan Mahamada Amayana Allaha itulah tandanya”. Kelakian maka Khowaja Khuwailid pun gusarlah akan anaknnya seraya katanya “Bahawa engkau tiada kuredha akan duduk dengan Mahamada Amayana Allaha itu” maka ujar Khatijah “Adapun akan tuan hamba orang tuha dalam negeri Makah ini kerana tuan hamba sudah berjanji dengan segala anak cucu bani Hasyim itu. Betapa daya tuan hamba mengubahkan dia tiadakah tuan hamba malu di kata orang banyak. Adapun yang hamba seorang ini tiada mahu hamba mengubahkan kata hamba itu”.

Maka ujar Khowaja Khuwailid “Kerana engkau kahwin kelmarin itu aku lagi mabuk tiada daku redha. Jika hendak sekali lagi pula kahwin”. Setelah ia mendengar kata bapanya demikian itu maka Khatijah pun menyuruh pula kepada Abu Tholib ujarnya “Jika dapat esoklah tuan hamba suruh himpunkan pula segala orang besar2 dalam negeri Makah ini semuanya hamba perjamu pula”. Setelah keesokkan harinya maka Abu Tholib pun mengimpunkan segala kaum Quraish kesemuanya di bawanya ke rumah Khatijah. Setelah sudah berhimpun kemudian maka Khowaja Khuwailid pun datanglah mengahwinkan Khatijah maka segala Quraish pun sukacitalah ia.

Setelah sudah Mahamada Amayana Allaha kahwin maka Abu Tholib dengan segala keluarganya pun kembalilah ke rumahnya. Maka ujar Atikah kepada Abu Tholib “Hai saudaraku sungguhpun Khatijah itu banyak hartanya tetapi sebaiknya hendak juga kita beri suatu pertandaan daripada kita kepadanya”. Kelakian maka kata Abu Tholib kepada Mahamada Amayana Allaha “Hai anakku pergilah engkau ke pekan cahari olehmu kain yang besar harganya barang sehelai bawa kemari kulihat” maka Mahamada Amayana Allaha pun fikir dalam hatinya “Kemanalah aku pergi ini pada siapa aku mengatakan dukacitaku ini”.

Adapun apabila Mahamada berjalan ke pekan maka sepanjang jalannya itu bau kasturi empat hai lamanya berbau tiada hilang. Bermula adapun Abu Bakar Al Shodayaqo pada ketika itu berdiri pada kedai setelah ia melihat Mahamadalah berjalan itu maka kata Abu Bakar Al Shodayaqo “Jika Mahamada Amayana Allaha datang gerangan kedaiku ini bahawa aku merdekakan sahayaku sepuluh orang dan kuberi makan segala fakir miskin”. Maka Mahamada Amayana Allaha pun berfikir dalam hatinya “Pada kedai siapa aku pergi baik ini. Jika demikian baiklah aku pergi pada kedai Abu Bakar Al Shodayaqo kerana ia kasih akan daku”.

Setelah itu maka Mahamada Amayana Allaha pergilah ia pada kedai Abu Bakar Al Shodayaqo demi dilihat oleh Abu Bakar akan Mahamada datang itu maka ia pun segeralah turun mengalu2kan Mahamada Amayana Allaha lalu di bawanya duduk pada tempatnya. Maka di sanalah Mahamada di dudukkan maka Abu Bakar pun duduk bertekat mengadap Mahamada Amayana Allaha berapa puji pujian akan Mahamada. Maka ujar Mahamada “Hai Abu Bakar adakah tuan hamba mendengar khabar hamba sudah kahwin dengan Khatijah” maka ujar Abu Bakar “Ada hamba mendengar khabarnya maka terlalulah amat sukacita hatinya hamba”.

Maka ujar Mahamada Amayana Allaha “Hai Abu Bakar ada suatu kehendakku pada tuan hamba. Bahawa hamba hendak mengantarkan Khatijah” maka ujar Abu Bakar “Terlalu baik sekali bicara tuan hamba ini”. Maka ujar Mahamada Amayana Allaha “Jikalau demikian jual akan hamba sehelai kain yang terbaik syahdan yang besar harganya yang dapat di pandang oleh Khatijah” maka ujar Abu Bakar “Ada kain pada hamba dapatlah di pandang oleh Khatijah” maka ujar Mahamada “Adapun akan harganya itu esoklah marilah hamba suruh hantarkan”.

Demi Abu Bakar mendengar kata Mahamada Amayana Allaha demikian itu maka Abu Bakar pun tersenyum seraya katanya “Ya Mahamada adapun hamba berniat jika tuan hamba datang pada kedai hamba sepuluh orang sahaya hamba merdekakan dan sepuluh orang miskin hamba beri makan dan hamba beri kain dan sepuluh talam emas hamba bahagikan pada segala fakir miskin. Demikianlah niat hamba supaya hamba beroleh berkat akan menjadi bekal hamba di akhirat kerana sehelai kain inilah hamba tiada akan mengambil harganya daripada tuan hamba. Hai penghuluku jikalau ada barang pekerjaan tuan hamba yang lain lagi beri tahu akan hamba supaya hamba kerjakan”. Maka Mahamada pun terlalu amat sukacita lalu kembali ke rumah Abu Tholib maka kata Abu Bakar itu semuanya di katakana pada mamanya Abu Tholib maka terlalu sukacita hati Abu Tholib.

Setelah keesokkan harinya maka Abu Bakar Al Shodayaqo pun mengambil kasturi empat puluh bungkus dan kapur empat puluh bungkus dan gaharu empat puluh bungkus dan ambar empat bungkus. Syahdan lalu beberapa pelbagai perhiasan yang lain pula dan sahaya laki2 empat puluh dan sahaya perempuan empat puluh. Syahdan pohon pualam tingginya tiga hasta dan segala cawangnya itu di bubuhnya sebiji mutiara bermula akan bunganya manikam merah dan pucuknya pun pelbagai permata di kenakan maka segala pengantar itupun semuanya di bubuh di dalam cerana satu.

Setelah sudah lengkap maka di suruhnya oleh Abu Bakar bawa kepada Mahamada Amayana Allaha dan iapun serta pergi. Setelah itu maka sampai kepada Mahamada Amayana Allaha maka ujar Abu Bakar “Hai penghuluku adakah berkenan pada tuan hamba atau tiadakah”. Setelah Mahamada melihat pengantar Abu Bakar itu maka ujar Mahamada “Hai Abu Bakar akan akukah tuan hamba beri ini. Adapun akan yang pemberi tuan hamba ini tiada akan hilang baiklah bawa pada Khatijah”. Kelakian maka segala orang banyak itupun semuanya serta mengiringkan pengantar itu ke rumah Khatijah.

Setelah sampai ke rumah Khatijah maka di hantarkan di hadapan Khatijah maka ujar Atikah “Hai Khatijah maka adapun pengantar ini daripada Mahamada Amayana Allaha bukan dengan sepertinya. Bukan layak kepada tuan hamba barang sekuasa kami hantarkan” maka ujar Khatijah “Telah hamba ketahuilah bahawa ini penolong daripada Abu Bakar akan Mahamada Amayana. Syahdan hamba pun tahulah akan Abu Bakar orang kaya daripada aku ia hendak menunjukkan kekayaannya kepada aku. Adapun barang yang ada harta pada aku ini semuanya kupersembahkan pada Mahamada Amayana Allaha”.

Maka ujar Abu Bakar “Hai Khatijah siapa akan melawan kekayaan tuan hamba itu. Adapun segala yang kubawa ini bukan dengan hartaku. Semuanya ini penaruh ayahnya Mahamada kepada aku kerana di amanatkan ayahnya barang kala ada pekerjaan maka kelengkapan ini berikan padanya. Bermula yang pohon pualam ini pusaka daripada nabi Ibrahim Kholayala Allaha di pesankan juga demikian katanya “Apabila ada daripada anak cucuku Mahamada Amayana Allaha namanya barangkala ia akan beristeri maka pohon pualam ini berikan padanya”. Kerana pesanannya ini daripada dahulu datang kepada hamba ketahuilah oleh tuan hamba bahawa inilah sekarang yang seperti pesan Ibrahim Kholayala Allaha itu sekelian kemuliaan. Setelah adalah hamba lihat maka baharulah hamba berikan kepada yang empunya dia” mendengar kata yang demikian itu maka Khatijah pun terlalulah amat sukacita.

Setelah sudah Abu Bakar berkata demikian itu maka ia pun kembalilah ke rumahnya setelah Mahamada Amayana Allaha sudah duduk dengan Khatijah itu maka segala alam pun teranglah. Bermula akan Khatijah demi ia terpandang kepada Mahamada makin sangat kasih saying akan Mahamada itu. Apabila Mahamada Amayana Allaha keluar daripada rumahnya maka Khatijah pun duduk di pintu menantikan Mahamada datang kerana akan Mahamada itu banyak seterunya oleh ia melihat Khatijah sangat kasih akan Mahamada Amayana Allaha itu.

Syahdan beberapa seterunya itu mengatakan kata yang kurang akan Khatijah demikian katanya “Bahawa akan Khatijah mengambil suami akan orang yang kasihan tiada berharta baginya lagi tiada beribu dan bapa lagipun yatim hidupnya Abu Tholib ialah yang di ambilkan suaminya”. Maka segala kata2 itu terdengarlah kepada Khatijah maka Khatijah pun sangatlah amarah maka segala kaum Quraish semuanya di suruh himpunkan oleh Khatijah pada padang. Maka di suruh hamparkan tiga hamparan yang berpekenakan emas dan perak adapun panjangnya hamparan itu enam ratus kaza.

Setelah sudah terhantar maka Khatijah pun menyuruhkan orang membawa batil yang besar2 empat buah berisi mutiara maka mutiara itupun di suruhnya tuang di atas hamparan itu. Syahdan barang yang ada emas dan perak dan permata ratna mutu manikam itu semuanya di ruahkan di atas hamparan itu maka segala hamba dan segala kain bajunya di bawanya ke padang itu. Maka segala orang Rom dan Baghdad dan orang Mesir dan orang Sham dan orang Makah semuanya berhimpun melihat dia.

Syahdan empat ribu unta mereka semuanya di suruh oleh Khatijah bawakan di padang maka segala hamba sahayanya daripada laki2 dan perempuan semuanya di suruh oleh Khatijah duduk berhimpun. Maka oleh Khatijah kain Mashiri yang berkenakan emas yang di pakai sendiri itupun di tanggalkannya daripada tubuhnya sehingga kain Kelim itu juga yang di pakainya. Setelah sudah maka Khatijah pun berdiri di penjuru hamparan maka ia berkata kepada Abu Jahil dan Abu Lahab “Hai segala kaum Quraish lihatlah oleh kamu sekelian adakah banyak harta kamu seperti hartaku ini”.

Maka oleh segala mereka yang banyak itu “Tiadalah kami lihat harta yang seperti tuan hamba ini belum lagi pernah kami lihat” maka ujar Khatijah pada segala orang banyak itu “Ketahui oleh kamu bahawa kamu sekelian akan sakitku. Bermula harta ini semuanya kupersembahkan kepada Mahamada Amayana Allaha. Adapun akan bahagian hamba Kelim yang hamba pakai itu juga aku empunya dia yang lain daripada itu kesemuanya telah kupersembahkan pada Mahamada Amayana Allaha nabi akhir zaman”. Maka ujar segala mereka yang kasih akan Mahamada itu “Bahawa Khatijahlah yang menjualkan fana dengan baqo dan Khatijahlah yang beroleh kurnia Allaha A’za Wa Jala”.

Maka segala yang kasih akan Mahamada pun terlalulah sukacita bahawa segala yang menjadi seteru kepada Mahamada itu juga menjadi buta pecah matanya daripada sebab dengkinya akan Mahamada Amayana Allaha. Kemudian daripada itu seperti firman Allaha Taa’alaya di dalam Qoroana ertinya Ya Mahamada jikalau engkau tiada berbapa bahawa Abu Tholib akan ganti bapamu. Bermula tatkala engkau berjalan dari negeri Sham maka di persesatkannya oleh Iblis maka aku menyuruh Jibril menunjukkan jalan yang benar kepadamu. Ya Mahamada jika engkau tiada berharta2 Khatijah aku anugerahkan engkau. Ya Mahamada bahawa engkaulah kekasihku.

Adapun di ceterakan oleh yang empunya cetera ini setelah berapa lamanya Mahamada duduk dengan Khatijah itu maka beranak tiga orang belum lagi keturunan Jibril. Adapun anak Khatijah itu seorang namanya Umi Kalsum kedua namanya Roqiah. Bermula akan tempat Mahamada Amayana Allaha itu berbuat kebaktian di atas bukit Jawadaya (Judi) namanya sehari2 Mahamada naik ke atas bukit itu berbuat kebaktian. Adapun akan Khatijah sedia kala ia menantikan Jibril dan Mikail akan turun membawa firman pada nabi akhir zaman.

Setelah datang umur Mahamada Amayana Allaha kepada empat puluh tahun maka pada ketika itu Mahamada pun naiklah ke atas bukit Judi berbuat ibadat. Maka firman Allaha Taa’alaya kepada Jibril “Adapun yang janjimu itu telah datanglah kerana engkau minta doa kepada aku demikian katamu “Ya tuhanku jikalau barang seketika pun aku hendak khidmat juga kepada Mahamad Rosawala Allaha”. Adapun sekarang ini pergilah engkau ke atas bukit Judi itu pertunjukkan dirimu kepada Mahamada”. Hataya maka Jibril pun pergilah ia naik ke atas bukit Judi itu maka pada ketika itu Mahamada Amayana Allaha pun lagi duduk berbuat ibadat tiada khabarkan dirinya.

Syahdan Jibril pun tiada di lihat setelah Jibril datang itu maka ujar Mahamada “Apakah yang mendindingi aku lagi lenga dengan kekasihku”. Kelakian maka Mahamada pun membuangkan dirinya dari atas bukit itu maka firman Allaha Taa’alaya kepada Jibril “Sambut olehmu kekasihku itu”. Hataya maka Jibril pun segera menyambut Mahamada Amayana Allaha di bawanya pada tempat yang dahulu itu. Maka sekali lagi Mahamada membuangkan diri di sambut oleh Jibril juga di hantarkan kepada tempat yang dahulu itu juga.

Maka firman Allaha Taa’alaya kepada Jibril demikian bunyinya “Adapun maka Mahamada itu sekali pada makam yang hampir kepada aku dengan sentosanya. Tiadalah ia ingatkan dirinya kerana yang ada kepadanya itu lagi daripada aku tiada ada yang di mabukkanya itu lain daripada aku. Hai Jibril berseru2lah demikian katamu “Hai Mahamada bahawa aku di suruh membawa firman kepadamu””. Setelah demikian maka Jibril berseru2 ujarnya “Hai Mahamada bahawa aku Jibril datang membawa firman Roba Al Jalayala kepadamu”.

Setelah Mahamada mendengar nama Jibril maka ujar Mahamada “Hai Jibril apakah pekerjaanmu datang kepada aku ini”. Maka sahut Jibril “Bahawa aku datang ini membawa firman tuhan seru sekelian alam kepadamu” maka Mahamada pun bertelut mendengarkan firman itu. Maka firman Allaha pula “Hai Jibril pergi engkau ke dalam syurga bawa hamparan dan mahkota dan singgahsana akan kekasihku supaya ia duduk di atasnya”. Kelakian maka Jibril pun pergilah ia ke dalam syurga dengan sekejap mata itu juga ia datanglah membawa sebuah singgahsana dengan hamparan dan pakaian dan mahkota.

Maka oleh Jibril hamparan itupun di hamparkannya di atas bukit Judi maka ketujuh bukit itupun di liputinya oleh hamparan itu. Maka pada sama tengah hamparan itu di hantarkannya singgahsana itu maka firman Allaha Taa’alaya pada Jibril menyuruhkan Mahamada Amayana Allaha mengenakan segala pakaian dan mahkota. Syahdan di suruhkan duduk di atas singgahsana dengan indah2 rupanya dan bersandar maka ujar Jibril “Ya Mahamada yang di permulia Allaha bahawa firman Allaha Taa’alaya itu telah sudahlah kusampaikan kepadamu”. Maka ujar Mahamada “Hai Jibril adapun aku ini hamba bahawa aku pertemukan kedua lututku supaya firman itu hamba junjung” maka ujar Jibril “Demikianlah hendaknya hamba Allaha menjunjung firman tuhannya”.

Hataya maka Mahamada pun memakai segala pakaian itu dan mengenakan mahkota di kepalanya lalu ia duduk di atas singgahsana itu bersandar. Maka firman pun di bawa oleh Jibril kepada Mahamada Amayana Allaha demikian bunyinya firman Allaha Taa’alaya di dalam Qoroana Aqoroa Ba Asama Robaka Aladzaya Kholaqo Kholaqo Al Anasaana Mana A’laqo. Maka ujar Mahamada “Ya Jibril bahawa aku tiada tahu mengaji apa erti Aqoroa itu” maka ujarnya serta di gerakkannya bahu Mahamada dengan anugerah Allaha Taa’alaya itu maka semuanya ilmu yang pertama dan kesudahan di dalam hati Mahamada itu semuanya terbuka suatupun tiada tersembunyi lagi.

Kemudian daripada itu apabila Jibril turun membawa firman kepada Mahamada Amayana Allaha belum lagi di katakan Jibril bahawa Mahamada sudah tahulah akan erti firman kepada Mahamada Amayana Allaa di dalam Qoroana itu demikian bunyinya Wa Laa Tajaa’la Ba Al Qoroana Mana Qobala Ana Taghodhoya Alayaka Wajaha. Setelah sudah Jibril kembali maka Mahamada pun turun di atas bukit Judi itu lalu berjalan kembali ke rumah Khatijah. Maka oleh Khatijah di pandangnya warna muka Mahamada telah berubah tiada seperti dahulu itu sebab sudah keturunan Jibril maka muka Mahamada pun bercahaya2 seperti bulan empat belas haribulan.

Setelah Khatijah melihat muka Mahamada demikian itu maka ia pun tahulah kemudian Khatijah pun bertanya “Ya Mahamada oleh apa maka muka junjunganku berubah”. Maka ujar Mahamada “Hai Khatijah tiadakah diri tahu bahawa Jibril datang kepada aku dengan firman tuhan seru sekelian alam demikian bunyinya barang siapa sesat bahawa akan akulah firman di suruh menunjuk jalan yang sebenar”. Maka ujar Khatijah “Telah di tambah Allaha kurnia akan tuan hamba kerana sudah lamalah hamba menantikan dia” maka sabda rasul Allaha “Hai Khatijah kata olehmu Ashahada Ana Laa Alaha Alaa Allaha Wa Ashahada Ana Mahamada Rosawala Allaha”.

Hataya maka Khatijah pun ikrarlah ia mengatakan seperti sabda rasul Allaha ertinya Tiada tuhan hanya Allaha dan Mahamada itu pesuruhnya. Maka tatkala itu pertama perempuan yang membawa iman Khatijah Al Kabaroya dan pada orang tuha2 dan Abu Bakar Al Shodayaqo dan Bakhira Zahaba Zibar dan Abas dan Abu Tholib dan Maisarah dan daripada orang muda2 Amir Al Mukminin Ali tiga bersaudara pertama Ali namanya kedua A’fil namanya ketiga Jaa’far namanya.

Bermula akan Khatijah barang kehendaknya di perolehnya dan barang di caharinya di dapatinya. Bermula kehendaknya akan jadi isteri nabi Mahamada Rosawala Allaha itupun telah di anugerahkan Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya. Bermula bagi segala umat Mahamada pun Ana Shaa Allaha Taa’alaya demikian lagi barang kehendaknya di anugerahkan Allaha dan barang maksudnya pun di sampaikan Allaha A’za Wa Jala daripada berkat Mahamada Rosawala Allaha kemudian Khatijah.

Ehsan dari : مهدي اسلام
Sumber: Kitab Nabi
Manuskrip British Library in Singapore

No comments:

Post a Comment