Pages

Monday 12 October 2015

Memperbaharui Iman.

"Jangan perhambakan diri kita dengan Dunia ini. Manusia akhir zaman ni berebut-rebut dengan dunia ini. Sesungguhnya Dunia ni sementara, akhirat itu lebih baik disana. Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad. Tuan-tuan, Kita kena sentiasa memperbaharui iman. Iman ini terbahagi kepada lebih tujuh puluh cabang. Cabang iman yang paling tinggi ialah syahadah Laailahailallah."

"Dan yang paling rendah sekali ialah perasaan malu. Segala yang telah habis tempoh perlu diperbaharui. Sama juga dengan iman. Ada masa dia lebih dan ada masa dia turun. Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad. Iman yang tak naik dan tak turun ialah iman para malaikat. Iman yang naik dan tak pernah kurang ialah iman para nabi. Iman yang ada turun dan ada naik tu adalah kita."

"Iman itu terletak didalam hati. Lebihnya seseorang itu ialah hal hatinya dengan Allah سبحانه وتعالى. Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a kalau ditimbang imannya, maka lebih berat daripada dunia ini dan seisinya. Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad .Seseorang tu kurang imannya, sebab susah nak bangun malam. Antaranya sebab banyaknya dosa. Dosa kita pada waktu siang, menyebabkan badan menjadi berat untuk bangun pada waktu malam.

"Benda yang sangat berharga sekali apa dia. Iman. Sesiapa pun tidak boleh bagi. Yang boleh kurniakan iman hanyalah Allah سبحانه وتعالى sahaja. Peliharalah nikmat iman tersebut. Iman. Tuan-tuan. Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad. Apa punca org itu mati dengan tercabut iman?? Wa'iyazubillah. Apa punca orang itu mati luar daripada Islam?? Wa'iyazubillah. Sebabnya tidak menghargai nikmat iman yang Allah سبحانه وتعالى dah bagi."

"Bahkan. Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad. Bukan kerana tidak menghargai nikmat iman. Nikmat yang Allah سبحانه وتعالى bagi kepadanya di jasadnya dan di anggotanya pon tak bersyukur. Nikmat mata tidak rasa besar. Nikmat telinga tidak rasa besar. Nikmat ni bilamana kita tidak hargai maka risikonya ketika hendak mati imannya tercabut. Wa'iyazubillah. Mati luar daripada agama Allah. Wa'iyazubillah."

"Kalau macam tu. Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad. Hargailah nikmat yang Allah سبحانه وتعالى bagi ini. Iman yang berada dalam hati kita ini kita tidak pernah pilih pun. Allah سبحانه وتعالى yang pilih untuk kita. Allah سبحانه وتعالى yang pilih saya. Allah سبحانه وتعالى yang pilih tuan-tuan."

"Kita keluar-keluar mai ke dunia ini tengok-tengok mak dan ayah kita sudah pun Islam. Allah سبحانه وتعالى pilih untuk kita. Betapa banyak orang diluar sana yang Allah سبحانه وتعالى tidak bagi iman dekat depa. Beranak-beranak tengok mak bapak dia org putih. Mak pak dia Cina, mak pak dia ada India. Kita, Allah سبحانه وتعالى pilih keluar ke dunia, mak kita Islam ayah kita Islam."

"Tapi ramai orang Islam yang tidak menghargai nikmat iman yang ada dalam jiwanya. Tuan-tuan. Jadi hargailah nikmat Allah سبحانه وتعالى. Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad. Yang dikatakan nikmat yang Allah سبحانه وتعالى bagi ini. Nikmat iman. Apabila iman kita kuat, maka taqwa juga kuat. Apa maksud taqwa? Taqwa itu ialah menjunjung tinggi titah perintah Allah سبحانه وتعالى dan meninggal larangan Allah. Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad."

"Macam mana kita nak kuatkan iman? Kita nak kuatkan iman perlu menjana iman iaitu berbuat amal soleh. Bila mana ada iman maka adanya amal soleh. Amal soleh itu luaran dan iman itu dalaman. Badan iman ialah satu yang tidak dapat dikesan dgn kelima-lima pancaindera."

"Asas iman itu ialah ilmu. Bilamana ada ilmu maka ia akan dapat proses dan akan dapat mengusahakan keimanan itu. Kalau nk konsistenkan amalan kita perlu maintain selama empat puluh hari amalan itu maka amalan itu secara automatiknya akan menjadi darah daging kita dan kebiasaan kepada kita. Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad."

"Kalau kita baca Al-Quran tapi tak paham makna quran pon, kita dapat pahala. Kalau Allah سبحانه وتعالى nak selamatkan kita dari seksa kubur, Allah permudahkan kita pada setiap malam untuk membaca Surah Al-Mulk. Kalau kita selawat tapi tak hadir dalam hati pon dapat pahala, tapi kalau kita sebut Laailahailallah tapi tak hadir didalam hati maka, tiada pahala baginya. Sebab setiap sebutan akan mengecaskan iman kita."

"Antara cara-cara kita nak menjana iman kita adalah antaranya hadir majlis ilmu. Jalan mudah ke syurga. Jika kita rajin dan suka belajar menuntut ilmu agama, maka Allah سبحانه وتعالى akan mempermudahkan jalan kepada kita untuk ke syurga. Beruntunglah sesiapa yang rajin menuntut ilmu. Allah سبحانه وتعالى sudah menyediakan jalan yang mudah ke Syurga."

"Kita tengok muka orang-orang soleh. Jubah singkat itu sesuatu simbol hikmah dunia yang tak kena kotor dan hikmah akhirat Allah سبحانه وتعالى akan sambung jubah itu di akhirat nanti selain daripada mengikut sunnah Rasulullah ﷺ. Orang yang kamu tengok tidak memberi kesan kepada kamu dan tan memberi manafaat kepada kamu maka orang itu bukanlah daripada orang-orang soleh."

"Setiap perkara amalan soleh akan menjadi security kepada iman kita. Kita boleh mengukur iman kita, dgn perasaan malu dengan perbuatan mungkar dan maksiat kita. Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad. Siapa yang dia tak malu kepada manusia didalam perkara kejahatan maka dia tak malu kepada Allah سبحانه وتعالى."

"Kadang kala penjanaan iman ini akan dapat dalam mimpi tapi tak dapat dalam solat atau amal soleh lain. Cara nk konsistenkan iman kita adalah buatlah secara istiqomah walaupun sikit ibadat itu dan amalan yg kita rasa suka buat maka jangan kita tinggalkan amalan itu. Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad."

Daripada TG Sheikh Zainul Asri Haji Romli.

No comments:

Post a Comment