Pages

Thursday 8 October 2015

TENTANG IKHLAS

Dari : Mufti Wilayah Persekutuan

Seorang tabi'in, al-Rabi' bin Khuthaim rahimahullah ta'ala pernah berkata:

"Segala sesuatu yang dilakukan bukan kerana mencari keredaan Allah, pasti akan pupus sirna." (Sifat al-Safwah, 3/61)

Abu Malik pernah berkata:

"Berapa ramai orang yang berasa telah berbuat kebaikan, berasa telah berkorban dengan baik, menyangka telah memperbaiki niatnya, dan amalannya, tetapi semua itu hanya dikumpul di Hari Akhirat nanti lalu dicampakkan ke wajahnya sendiri kerana dia tidak ikhlas." (Sifat al-Safwah, 2/69)

Imam al-Dzahabi menyatakan bahawa para ulama terdahulu pernah berpesan:

"Hendaklah seorang Muslim itu bertaqwa kepada Allah. Kalau dia berlaku zuhud, janganlah sikap zuhudnya menyusahkan orang lain, dan menyembunyikan kezuhudan itu adalah lebih baik daripada dia menampakkannya." (Siyar A`lam al-Nubala' , 6/19)

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment