Pages

Sunday, 18 October 2015

Parang Lading

Antara koleksi ...

LADING.
Hulunya diperbuat daripada kayu dan tidak mempunyai sarung. Merupakan satu senjata yang berasal dari Negeri Kedah. Parang Lading ini telah digunakan oleh Penghulu Kanan Kerajaan sejak pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin. Ukuran lading ini mengikut ukuran anggota tubuh badan sipemakai. Mampu menghalang pelbagai senjata tradisional walaupun dalam jarak satu inci daripada badan. Hanya hujung matanya sahaja yang tajam sementara sebahagian besar mata lading tumpul. Biasanya musuh tidak sedar kita berlading kerana kedudukannya yang tersembunyi dibelakang tangan. Tidak setakat mata, ulunya juga menjadi senjata bahaya,malah lebih merbahaya dari ulu belati.

Lading bukanlah untuk menyerang tetapi lebih kepada pelindung. Kerana pandai lading diasuh berlembut dengan musuh.

“Pemakaian lading adalah mengikut ukuran diri sendiri,tidak boleh dipinjam dan diwarisi.”

Kenapa Lading tidak boleh dipinjamkan atau diwarisi ?
Jika sudah ini yang menjadi ukurannya si pemakai bagaimana harus lading ini diwarisi..

1.Panjang parang ini adalah sama dengan jarak dari telinga kiri ke mata kanan atau dari telinga kanan ke mata kiri si pemakai.
Falsafahnya: Apa yang terlihat dan terdengar pasti kena.
2.Lebar parang di sebelah hulu adalah sama dengan lebar kuku ibu jari si pemakai.
3.Lebar di hujung parang ini adalah sama dengan panjang ibu jari si pemakai.
4. Panjang mata parang pula adalah sama dengan jarak diantara dua mata si pemakai.
5. Hulu parang ini mengambil bentuk tapak rusa dan dibuat dari tanduk kerbau Malau betina.

Bermakna, diri pemakai dengan cara pemakaiannya adalah berkait erat. Diri seseorang itu ada kaitan dengan hatinya. Kemenjadian gerak itu berkait erat dengan kejujuran jiwa. ..

"Untuk menjadi sempurna anda kena ada asas yang sempurna... Teknik juga yang sempurna... Jika anda tiada asas dan teknik yang sempurna anda tiada berguna..." - ( pandai lading ).

No comments:

Post a Comment