Pages

Monday 19 October 2015

Lalai Mengingati Allah

"Allah سبحانه و تعالى menginginkan kita supaya melazimkan diri untuk bermusohabah dengan Al-Quran nul Kareem. Sebagaimana didalam firman Allah سبحانه و تعالى. Nabi Muhammad ﷺ mengeluh, mengadu kepada Allah سبحانه و تعالى dalam Al-Quran akan perbuatan yang akan dilakukan umatnya iaitu mereka mengabaikan Allah dengan mengabaikan Al-Quran."

"Rasulullah ﷺ bersabda kepada Allah سبحانه و تعالى; “Wahai Tuhanku, sesungguhnya kaumku ini telah menghijrahkan, yakni menjauhkan diri mereka daripada Al-Quran. Allah berfirman; "Barangsiapa yang berpaling daripada mengingati Aku, yakni Allah سبحانه و تعالى melalui solat, zikir, selawat kepada Rasulullah ﷺ, bacaan Al-Quran, yang lupa kepada Allah سبحانه و تعالى akan hidup dalam keadaan sempit."

"Bagaimana hidup dalam keadaan sempit? walaupun kaya, akan hidup dalam keadaan sakit hati dan jiwanya itu tak akan tenang walaupun badannya sihat. Dan Kami akan himpunkan orang yang melupakan Allah, lalai daripada mengingati Allah diakhirat nanti dalam keadaan buta.”

"Maka orang itu akan bertanya, “Wahai Allah, kenapa Engkau bangkitkan aku dalam keadaan buta?” Allah سبحانه و تعالى akan menjawab; “Datang kepada kamu ayat-ayat Kami Al-Quran, datang kepada kamu hadis-hadis Rasulullah ﷺ, ulama menyampaikan, lalu kamu lalai, kamu abaikan, kamu tidak ambil. Maka, hari ini juga kamu akan dilupakan untuk mendapatkan kasih-sayang daripada Allah سبحانه و تعالى."

"Rasulullah ﷺ mengadu tentang umatnya yang menjauhkan diri dari Al-Quran, tidak membaca Al-Quran nul Kareem. Apa nasib orang yang telah menjauhkan diri dari Al-Quran, tidak membaca Al-Quran, yang tidak memahami Al-Quran, tidak beradab ketika berinteraksi dengan Al-Quran nul Kareem?

"Terkadang ada juga orang membaca Al-Quran tapi Al-Quran melaknatnya disebabkan tiada penghayatan, tiada amalan terhadap apa yang diperintahkan dalm Al-Quran nul Kareem. Berdamailah dengan Al-Quran nul kareem dengan membaca serta menghayati dan mengamalkan, berinteraksi dengan Al-Quran, hidup dengan Al-Quran, mengikut panduan yang telah disediakan Allah سبحانه و تعالى dalam Al-Quran nul Kareem."

"Dalam kita bersama dengan Al-Quran untuk mengingati Zat yang menurunkan Al-Quran, kita telah diberikan pelbagai contoh kisah didalamnya tentang para sahabah r.a. Dan Al-Quran bukan hanya kitab bacaan tapi kitab amalkan apa yang kita baca di dalamnya."

"Berinteraksi dengan Al-Quran orang yang faham isi kandungan Al-Quran dan mengamalkan ada yang diperintah Allah dalam Al-Quran, maka dia takkan terganggu kehidupannya dalam keadaan susah atau senang."

"Sekalipon hidupnya aman atau kacau. Dengan Al-Quran nul Kareem, hubungannya berada dalam keadaan kukuh dan kuat, tidak terombang-ambing dengan kejadian yang berlaku di sekelilingnya. Pentingnya untuk berinteraksi dengan Al-Quran."

"Abu Talhah r.a. merupakan sahabat yang memiliki banyak harta, dan salah satu yang paling disayanginya ialah kebun Bairuha, yang mana Rasulullah ﷺ sendiri suka singgah untuk minum airnya yang sejuk. Ketika turun firman Allah سبحانه و تعالى; “Kamu takkan sampai pada darjat kebajikan, kecuali kamu sedekahkan barang milik kamu itu yang paling kamu sayangi.”

"Tengok bagaimana interaksi mereka dengan Al-Quran? Tidak disebut ayat-ayat yang menggalakkan sesuatu perkara melainkan mereka bersaing untuk mendapatkan apa yang ditawarkan oleh Allah سبحانه و تعالى."

"Abu Talhah setelah mendengar ayat ini datang kepada Rasulullah ﷺ dan menyerahkan Bairuha, hartanya yang paling disayangi. Kata Rasulullah ﷺ. Itu adalah perniagaan yang sangat menguntungkan”. Dan Rasulullah ﷺ menyuruh harta itu diwaqafkan kepada ahli keluarganya. Demikian interaksi para sahabat dengan Al-Quran."

"Berapa masalah yang kita hadapi dalam dunia ini? dengan keluarga, kewangan, sahabat dimanakah kita mencari penawar? Carilah penawar di dalam Al-Quran nul Kareem kerana di dalamnya ada sebaik-baik penawar terhadap segala masalah yang kita hadapi."

“Allah سبحانه وتعالى berfirman; "Kami tidak meninggalkan sedikit pun melainkan semuanya ada didalam Al-Quran.” Carilah panduan di dalam Al-Quran. Kaum Muslimin, ketika berhadapan dengan golongan musyrikin yang bersatu dengan golongan-golongan yang lain yang lebih ramai jumlahnya."

"Apa yang mereka lakukan dalam keadaan tersepit itu? Kita mesti belajar daripada mereka yang tidak terumbang-ambing dengan apa yang berlaku di luar. Mereka berada di atas landasan yang ditetapkan Allah سبحانه و تعالى dan Rasul-Nya. Mereka mengatakan; “Ini adalah yang dijanjikan Allah سبحانه و تعالى.”

"Walaupun dalam keadaan genting, tertekan, hati dan jiwa mereka tidak tertekan, mereka yakin dengan apa yang dijanjikan Allah سبحانه وتعالى. Jesteru semakin bertambah iman mereka kepada Allah, walau apa yang belaku di sekeliling mereka."

"Oleh itu, kita juga perlu menteladani sikap mereka, agar tidak terkeluar daripada landasan Al-Quran dengan mengambil sikap atau memberi komentar yang tidak sesuai dengan Al-Quran. Bila berlaku pelanggaran kepada apa yang diajarkan Allah dan Rasul-Nya, pasti akan ada berlaku hukuman daripada Allah سبحانه و تعالى."

Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.

No comments:

Post a Comment