Pages

Saturday 17 October 2015

Perang Khaibar di dlm kitab Jawi

Basama Allaha Al Rohamana Al Rohayama

Wa Baha Nasataa’yana Ba Allaha A’laya. Ini hikayat cetera tatkala baginda rasul Allaha Sholaya A’layaha Wa Salama perang Khaibar dan menceterakan tatkala Amir Al Mukminin Ali abana Abi Tholib rodhoya Allaha a’naha beroleh gagah dan kemuliaan daripada anugerah Allaha Sabahaanaha Wa Taa’laya kerana rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama. Maka ajaiblah segala manusia yang melihat dan mendengar dia cetera ini daripada Sulaiman Farisi dia mendengar daripada makdum2 daripada Omar demikianlah asalnya hikayat ini.

Bahawa adalah daripada orang penghulu kafilah di Madinah maka sekali persetua ia pergi berniaga serta berapa dagangan serta bersama2 empat puluh. Antara lama sampai musimnya berbalik maka kembalilah ia hendak ke Madinah di jalannya antara benua Khaibar itu. Maka di suruh raja Khaibar perangi pada ketika maka pecahlah kaum Asalama dan orang empat puluh orang yang syahid. Bermula penglimanya seorang syahdan ada seorang pahlawan yang bernama Ansani Bifari pun luka dengan tolong Roba Al A’alamayana itupun lepas daripada bahaya tangan kafir itu tetapi hartanya habis terampas berapa lamanya ia berjalan menuju ke benua Madinah.

Setelah sampai ia ke Madinah maka iapun segera pergi mengadap rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama maka di dapatinya rasul Allaha duduk di atas mimbar masjib Madinah seperti bulan empat belas hari bulan purnama dengan cahayanya maka sekelian sahabat pun ada mengadap rasul Allaha berkeliling seperti bintang gemerlapan. Maka Ansani Bifari masuk berseru2 suaranya seraya menghempaskan serbannya dan menampar2 kepalanya dan membubuh tanah pada kepalanya serta berseru2 ujarnya “Halku ini ya rasul Allaha” kata penghulu kafilah itu. Maka rasul Allaha pun dukacitalah hatinya sebab mendengar banyak Asalama terbunuh itu.

Maka di lihat segala sahabat rasul Allaha dukacita itu maka segala sahabat pun berkata “Ya nabi beri izin kiranya akan kami sekelian mendatang kota Khaibar itu dengan anugerah Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya dengan berkat jerapak duli tuan hamba dengan penolong kekasih tuhan seru alam sekelian kami balaskan darah saudara kami segala Asalama yang teraniaya oleh segala kafir itu. Maka sabda rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama “Betapa periku dapat mendirikan panji2 peperangan kerana firman Allaha tiada kepada aku melainkan sabarlah kamu atas pekerjaan ini”.

Setelah maka dengan takdir Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya maka wahyu pun turunlah di bawa Jibril serta membawa firman pada kekasihnya ujar Jibril “Al Salaama A’laya Kama Yaa Mahamada” maka di sahut rasul Allaha “Wa A’laya Kama Salaama ya habibku”. Maka kata Jibril “Hamba datang pada tuan hamba ya nabi Allaha membawa firman tuhan yang suci. Salam Allaha atas tuan hamba berlengkap pergi membinasakan benua Khaibar membunuh kafir itu. Ambil hartanya akan rampasan laskar tuan hamba barang yang membawa agama Asalama tuan hamba lepaskan anak isterinya dan hartanya dengan sejahtera.

Ya rasul Allaha bahawa isi benua Khaibar itu terlalu tegar hatinya dan amat banyak orangnya hendaklah tuan hamba sendiri mendatangi negeri itu kerana perang besar itu pada sekali ini. Akan tuhan yang maha kuasa menyatakan kebesarannya yang amat ajaib atas segala menambah bagi mukjizat tuan hamba meninggikan bagi kemuliaan tuan hamba. Bahawasanya Allaha Taa’alaya memberi kemenangan bagi tuan hamba. Kemudian dari itu kembalilah tuan hamba ke negeri Madinah Daro Al Salaama dengan kemenangan tuan hamba”. Setelah itu maka nabi Allaha mendengar firman Allaha demikian itu maka nabi Allaha pun mengucap syukur beribu2 syukur akan Allaha Taa’alaya.

Kemudian dari itu Jibril pun kembalilah maka rasul Allaha pun mengambil air sembahyang2 dua rakaat suatu salam maka segala sahabat pun sembahyang di belakang nabi Allaha. Setelah sudah sembahyang maka rasul Allaha pun bersabda pada sahabat “Pada seketika ini wahyu datang kepada aku daripada tuhan yang mengetahuikan hambanya. Hai segala sahabatku segeralah kamu berlengkap akan perang sabil Allaha seperti istiadat peperangan baginda itu kerana firman Allaha aku sendiri mendatang kota Khaibar itu”. Setelah segala sahabat rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama mendengar sabda yang demikian itu maka segala sahabat pun sukacitalah masing2 mengucap syukur akan tuhan yang menjadikan semesta sekelian alam dan kembalilah mereka itu pun maka panji2 peperangan pun di suruh rasul Allaha dirikan.

Setelah di lihat orang alamat peperangan maka segala orang Madinah pun berhimpunlah di padang Madinah itu masing2 datang dengan kelengkapannya dengan senjatanya. Maka pada ketika hari yang baik rasul Allaha pun berjalanlah dengan segala tenteranya. Adapun yang di tinggalkan menunggu negeri Madinah itu empat orang penghulu yang besar2 berkawal pada malam dan siang dan segala sakainya berkeliling kota Madinah itu kerana baginda rasul Allaha pergi mendatang negeri Khaibar itu. Akan baginda Ali pada ketika itu sakit mata tiada boleh pergi tiada ketahuan siang dan malam sakit itu maka tinggalkan rasul Allaha.

Sebermula maka rasul Allaha pun berjalanlah ke benua Khaibar di riwayatkan oleh orang empunya riwayat itu seratus hari jauhnya dan amat sukar jalannya beberapa melalui bukit dan hutan dari padang yang luas2 dan amat sukar airnya. Maka dengan tolong tuhan Roba Al A’alamayana maka segala jalan yang jauh itupun menjadi hampir dan yang sukar itupun menjadi mudah dan segala batu yang tiada berair itupun menjadi keluar airnya dan segala pohon kayu yang tiada berbuah itupun terlalu jadi buahnya bermasakan2 sepanjang jalan itu tiada berbagai lazat rasanya.

Demikianlah daripada firman Allaha Taa’alaya menyuruhkan malaikat yang memegang urat bumi di suruh sentapkan urat bumi itu supaya segera sampai rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama ke benua Khaibar akan firman Allaha itu perjalanan rasul Allaha itu lima belas hari juga sampailah ke benua Khaibar. Maka rasul Allaha pun mendirikan khemah dengan segala sahabat sekelian bersaf2 di padang luar kota Khaibar itu sekira2 lima perauh jauh daripada kota Khaibar itu. Adapun kata orang kota Khaibar itu “Setelah sudah sampai Khaibar itu kepada Mahamada kaumnya banyak mati tiada dapat tiada datang juga Mahamada itu membalas ganti kaumnya itu”. Maka daripada masa itu tiadalah kholi sulu menyulu di suruhnya antara jalan ke Madinah dan benua Khaibar.

Adapun tatkala rasul Allaha datang berjalan ke benua Khaibar maka sulu itupun segera kembali memberi tahu penghulunya mengatakan rasul Allaha sudah datang itu di persembahkan pada raja Khaibar “Bahawa Mahamada itu telah datang membawa rakyatnya terlalu banyak akan mendatangi negeri Khaibar itu”. Setelah raja Khaibar mendengar warta demikian itu maka iapun menyuruh memanggil segala perdana menterinya dan segala raja2 yang di bawahnya dan segala pahlawan dan hulubalang yang gagah2 dan segala orang kaya2 dan penghulu yang memegang negeri.

Maka mesyuaratlah ia dengan segala kaumnya maka berdatang sembah perdana menteri “Hai segala raja kami persukalah hati raja bahawa akan seteru yang datang itu kamilah melawan dia. Jangan raja pedulikan pekerjaan itu pada bicara kami yang seteru itu yang datang itu tiadakan banyak daripada tentera kita. Jikalau seribu bahagi tentera kita ini sekalipun tiada akan dapat seteru itu memada dia betapa perinya akan membinasakan tentera kita kerana laskar kita terlalu banyak seperti rumput di padang tiada terhisabkan lagi”. Maka menyahut segala raja2 itu “Sungguhlah seperti sembah perdana menteri itu tiada sekali2 syak dalamnya kerana perdana menteri ini terlalu bijaksana”.

Arakian maka dalam berkata2 maka datang berbangkit seorang bernama Ambar di atas kerusi kerana amat karib di bawah istana raja Khaibar. Maka berseru2 dengan nyaring suaranya ujarnya “Hai segala kaum raja2 adapun segala hulubalang yang memakai pakaian di anugerahkan raja dan saranya daripada raja mengapa maka tuan2 tiada mengeluarkan perkataan akan membinasakan seteru raja itu supaya hati raja suka mendengar cakap tuan itu”. Arakian maka diamlah dia di atas kerusi pada tempatnya.

Setelah mereka itu mendengar kata pahlawan maka segala raja2 dan pahlawan dan hulubalang sekelian pun bercakaplah masing2 kepada cakapnya itu Ghotar namanya kerana iaitu saudara daripada Ambar yang tuha di dalam negeri itu seorang pun tiada lebih gagahnya dan antara dua bersaudara itu besar keduanya daripada seorang seperti sebuah bukit. Maka iapun berdatang sembah kepada raja demikian ujarnya “Ya raja kami jikalau seteru itu banyak seperti Yajuj Wa Majuj sekali pun kami lawan juga dan bahawa haraplah raja akan boleh kemenangan itu bagi kami juga sementara pun seteru itu sedikit. Jikalau kami tangkap mereka itu sekelian buangkan ke laut Qalzum sekelian mereka itu nescaya seorang pun tiada ketinggalan”.

Arakian maka diamlah ia kepada tempatnya kedudukannya maka bercakaplah seorang raja di bawah raja Khaibar sembahnya “Ya tuanku jikalau tentera yang datang itu terbang seperti pari sekalipun tiada kami takut akan dia. Jangan raja dukacita kami lawan juga”. Maka bercakaplah seorang hulubalag bernama Fulat Bahaman ia memegang hulu pedangnya di kucupnya bertegah2 perlang kelihatan di hunus pedangnya daripada sarungnya ia bertempik dan berseru2 ujarnya dengan suara yang amat nyaring serta dengan tertawa2 ujarnya “Hai syah alam bahawa tentera Mahamada itu seperti rakyat Khaibar dan seperti rakyat Beliqas dan seperti tentara raja Khoro yang bernama Belaghu sekalipun berhimpun datang seperti air sebak dan seperti awan di udara sekalipun dan ghaib seperti angin itupun tiada aku gentar akan dia”.

Maka sembah pula seorang hulubalang bernama Ghubar “Ya tuhanku jikalau kaum Mahamada itu seorang seperti bukit besarnya dan seperti gunung api dan keras seperti besi kersani sekalipun kami kikir lumatkan seperti tepung aku ayakan”. Maka sembah seorang lagi hulubalang namanya Ghokam Berkam ujarnya “Ya syah alam jangankan yang datang ia sebanjar manusia kebanyakan juga” demikianlah cakap hulubalang itu berbagai2 bunyi cakapnya. Maka raja Khaibar pun sukacitalah mendengar kata dan sembah segala hulubalang yang bercakap itu maka raja Khaibar pun memberi titah kepada seorang bendahari membuka tujuh puluh buah gedung daripada harta yang mulia2 maka raja pun melimpahkan kurnianya atas segala hulubalang.

Setelah itu maka di suruh raja kembali mereka itu akan berlengkap senjatanya maka raja Khaibar pun masuk pada suatu tempat khalwat di panggilnya empat orang hulubalang menteri yang besar2 daripada antara menteri yang banyak. Seorang bernama menteri Bahsad kedua namanya Lamaa’t ketiga namanya Tefaa’t keempat namanya Fawadho Al Kabarit. Maka berkata raja Khaibar dengan dukacita hatinya “Hai menteriku yang bijaksana hendaklah engkau bicara baik2 akan engkau pada hal melawan seteru itu seperti umpama ular bisa. Sungguhpun kecil tiada dapat di masukkan ke dalam tangan baju tak dapat tiada mengadakan mudharat juga adanya. Bahawa pendengarku Mahamada itu barang di mana negeri di halakannya nescaya binasa juga negeri itu. Sebab inilah aku bertanya pada kamu bicarakan olehmu dengan sepertinya bicara kamu sekelian”.

Maka datang sembah menteri Bahsad dari kerana ia menteri yang tua daripada sekelian menteri ujarnya “Janganlah syak raja di dalam pekerjaan ini bahawa raja bersuka2 di dalam mahligai raja dengan dayang2 yang baik rupanya dan di suruh memakai pakaian yang indah2 serta dengan harum baunya. Syahdan firman yang amat merdu bunyinya bahawa akan menolongkan raja atas kepada kamilah”. Maka bertanya pula kepada menteri Lemaa’t maka ujarnya “Akan engkau apa bicaramu” maka sembahnya “Ya tuanku syah alam pada sebenar2 bicara di mana kita beroleh untung seperti segala ini kerana Mahamada itu salah agamanya tiada ia mahu menyembah tuhan yang sebenarnya matahari yang amat gilang gemilang cahayanya tiada dapat di tentang nyata menerangkan alam sekelian. Maka seharusnyalah berbunuhkan nyawa badan kita kerana pekerjaan tuhan kita bahawa haraplah raja kepada tuhan kita matahari ada menolong kita juga yang di berinya kemenangan atas kemenangan seteru yang tiada mahu menyembah dia itu”.

Maka raja Khaibar pun mengadap mukanya kepada menteri Tefaa’t katanya “Apa bicaramu akan Mahamada datang itu” maka sembah menteri Tefaa’t “Ya tuhanku syah alam yang Mahamada itu seperti kawan kambing bahawa akan segala kaum kita ini seperti umpama harimau yang lapar maka sesungguhnya ia datang mengantarkan dirinya kepada kita. Berbahagialah kita beroleh rezeki daripada tuhan kita matahari yang amat tetap itu”. Maka bersabda pula raja Khaibar pada menteri Fawadho Al Kabarit “Maka akan engkau apakah bicaramu”.

Setelah ia mendengar sabda raja Khaibar yang demikian itu maka tunduk ia berfikir yang amat berlanjutan sekira2 dua saat lamanya. Maka di bukakan Allaha Taa’alaya hijab di dalam doanya atas kerja yang besarnya terbilang ia daripada umat Mahamada rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama dan bencilah ia akan agama yang sia2 itu. Maka di bangkitkan kepadanya seraya menyembah katanya “Hai raja kami yang budiman barang di ketahui akan sembah hamba ini akan Mahamada yang datang itu adakah kita ketahui kehendaknya betapa dapat kita kata seteru. Baik juga kita memberi surat kepadanya supaya kita ketahui apa2 kehendaknya. Jikalau ringan harus kita beri jikalau besar kehendaknya itu mana bicara kita kerjakanlah”.

Maka sahut raja Khaibar “Akan kehendak memberi surat kepadanya itu jikalau demikian nantilah dahulu. Jangan kita mengeluari rakyat kita nescaya ada juga suratnya di beri akan raja”. Arakian maka kata raja Khaibar “Keluarlah kamu dahulu atur segala mereka itu yang bertunggu di atas kota dan lainkan segala kelengkapa hulubalang yang akan mengeluari itu” maka keluarlah keempat menteri itu.

Al kisah maka tersebutlah perkataan pada hikayat nabi Allaha berkhemah pada padang di luar kota Khaibar itu. Setelah pagi2 hari sudah sembahyang subuh maka rasul Allaha pun bermesyuaratlah dengan segala sahabat maka sabda rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama “Baiklah kita beri surat kepada raja Khaibar supaya jangan taksir kita di kata isi sekelian alam dan kita bubuh di dalam surat menyuruh ia membawa agama Asalama. Jikalau ia mahu menurut jalan yang sebenarnya rahmat Allaha. Jikalau ia tiada mahu menurut dahulu Allaha. Pada ketika itu aku memberi jawab akhirnya sebagai mana pada bicara itu tuan2 sekelian” maka sahut sahabat yang hadir “Sebenarnyalah bicara itu ya rasul Allaha seperti sabda yang maha mulia itu”.

Pada ketika itu Amir Al Mukminin A’bas rodhoya Allaha a’naha hadir memegang kalam terapalah dengan dakwatnya pada tangannya kanan baginda dan suatu kertas pada tangan kiri. Maka berhimpunlah segala sahabat yang besar2 melihat surat itu maka baginda A’bas menyurat dia pertama Baa’da surat itu nama Allaha tuhan yang esa dan beberapa puji pujian dan memuji nama nabi Mahamada rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama sebenar2nya. Kemudian daripada itu menyatakan ini surat daripada Mahamada Mashothofaya kekasih Allaha Taa’alaya datang kepada raja Khaibar.

“Bahawa aku datang ini di titahkan Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya membawa engkau kepada agama Asalama hendaklah engkau segera ikut kerana Allaha Taa’alaya menjadikan engkau raja dan memberi kebesaran akan dikau dan aku memohonkan ampun dosanya yang telah lalu itu. Jikalau tiada engkau menurut seperti dalam suratku ini bahawa kebinasaan itu sudah dirimu juga merasai dia dunia datang ke akhirat”. Setelah sudah surat itu dengan nama yang maha mulia di sampaikan dengan kain bingkis maka di unjukkan baginda A’bas kepada rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama.

Maka di sambut rasul Allaha seraya bersabda “Siapa daripada antara kamu sekelian dapat sampaikan surat ini kepada raja Khaibar itu” maka berbangkit Abu Hurairah. Maka ia berdatang sembah “Ya nabi Allaha dengan tolong Allaha Taa’alaya dengan berkat cerapak duli yang maha mulia maka mudahan2 kalau dapat menyampaikan surat yang maha mulia kepada raja Khaibar” maka di perkenankan rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama akan kata Abu Hurairah itu. Maka tatkala rasul Allaha berkata2 dengan Abu Hurairah itu maka terdengarlah kepada orang yang banyak di atas kota Khaibar itu maka di sembahkannya pada penghulu bernama Bahsad itu seperti kata rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama.

Maka di suruh oleh Bahsad bukakan pintu maka di suruh keluar seorang hulubalang bernama A’bada Al Shamasa akan ertinya hamba matahari dan sertanya sepuluh laksa orang laskar yang pilihan. Maka ujar Bahsad “Hai A’bada Al Shamasa keluarlah engkau dengan segala jabatanmu itu tangkap olehmu orang yang datang itu bawa sekelian kepada aku”. Maka A’bada Al Shamasa pun menyembah kepalanya tunduk ke tanah sudah itu lalu ia naik ke atas kudanya di kertakkan keluar dengan segala tenteranya. Setelah sampai ke parit lalu di naikkannya titi daripada bersendi2 lebarnya lima kaza dan tebalnya dua kaza maka A’bada Al Shamasa dengan segala tenteranya dan segala gajah kudanya.

Setelah lalu ke seberang sana maka bersesak2lah di medan maka berseru2 daripada segala kaum Asalama “Hai segala mereka yang keluar daripada dalam kota apa pekerjaan kamu keluar ini hendak menyambut surat inikah datang ini”. Maka sahut laskar segala kafir “Akan surat itu tiadalah kami menyambut dia bahawa kami ketahuilah di dalam surat tiada dapat tiada kata kebajikan”. Setelah Abu Hurairah mendengar kata kafir itu di hunus pedangnya dan di suruh lepaskan anak panah daripada tangan segala hulubalang ke atas segala kafir itu maka banyaklah kafir itu mati.

Lalu maka segala kaum Asalama pun mengunuskan pedangnya pula sekelian menyerbukan dirinya ke dalam tentera kafir itu banyaklah di bunuhnya dan kaum Asalam pun adalah bersakit2 perangnya itu. Berapa ketika perang maka pecahlah kaum Asalama tetapi A’bada Al Shamasa tertangkap oleh Abu Hurairah maka di dangkap oleh segala kafir akan laskar Asalama sekira2 setengah perauh bumi jauhnya berdangkap daripada itu. Setelah kembalilah dengan dukacitanya akan penghulunya tertangkap itu. Setelah sudah menyeberang parit maka di hambarnya titi besi itu di lipatnya di bawanya masuk ke dalam kota maka di tutupnya pintu kota itu seorang pun tiada di luar kota.

Adapun akan Abu Hurairah setelah pecah perangnya itu maka ia kembali mengadap rasul Allaha membawa A’bada Al Shamasa dengan ikatnya ke hadapan rasul Allaha sembahnya “Ya rasul Allaha tuan hambalah yang mengetahui akan hal kafir laknat Allaha tiada mahu di terimanya itu amat banyak dan hatinya pun terlalu amat kerasnya akan surat itupun tiada mahu di terimanya dan akan kami pun di permainnya Allaha juga yang melepaskan kami datang mengunjung khadam tuan hamba tetapi penghulunya laskar yang mengeluari dengan anugerah Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya tertangkap oleh kami bawa ini”.

Arakian surat daripada tangan Abu Hurairah itupun di ambil rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama maka sabda rasul Allaha “Hai A’bada Al Shamasa ucap olehmu Laa Alaha Alaa Allaha Mahamada Rosawala Allaha”. Maka ikat itupun di suruh rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama uraikan dan di persalin akan dia daripada pakaian yang maha mulia2 serta di berinya nama A’bada Al Sholaha. Maka iapun mengunjung khadam rasul Allaha serta menyembahkan “Ya junjunganku akan sekarang ini hamba sudah masuk bilangan tuan hamba. Maka segianya menyembah mengatakan nasihat kepada tuan hamba ya rasul Allaha baik juga nabi Allaha kembali ke negeri Madinah kerana tuan hamba hendak berperang dengan raja Khaibar ini bukan barang2 banyak hamba lihat tentera kita ini suatu penghulu yang kecil di bawah menterinya pun tiada sama. Betapa perinya tuan hamba akan dapat menang daripadanya”.

Maka rasul Allaha pun tersenyum serta bersabda rasul Allaha “Katamu orang Khaibar terlalu banyak yang sertaku terlalu amat kuasa” maka rasul Allaha pun bersabda pada segala sahabat “Naiklah kamu sekelian ke atas kuda kamu. Marilah kita mengampiri kota Khaibar betapa sifatnya”. Syahdan A’bada Al Sholaha di bawa rasul Allaha bersama berjalan itu maka rasul Allaha pun naik di atas kuda putih terlalu amat seperti perak yang terupam daripada bening kuda Tibri yang maha tangkas lalu di kertakkan rasul Allaha kudanya berjalan di iringkan segala sahabat mengampiri kota Khaibar itu. Maka orang Khaibar pun bersaf2 di atas kotanya melihat rasul Allaha berjalan itu daripada sholat hingga sampai maghrib daripada suatu pintu belum sampai.

Maka rasul Allaha pun bertanya kepada A’bada Al Sholaha “Hai A’bada Al Sholaha jikalau sekira di keliling kota Khaibar ini berapa hari maka sampai” maka sembah A’bada Al Sholaha “Ya rasul Allaha jika di keliling adalah kira2 delapan hari kuda Tibri yang pantas maka sampailah”. Maka ujar raja Anshori “Ya nabi Allaha sungguhlah seperti kata A’bada Al Sholaha” kerana raja Anshori itu biasa pergi ke benua Khaibar berniaga. Maka sembah A’bada Al Sholaha “Ya nabi Allaha akan kota Khaibar ini tujuh lapis pertama2 namanya Qohartik di sanalah tempat segala senjata yang amat banyak.

Kedua lapis Kefarat namanya di sanalah tempat raja Khaibar bermain2 dengan segala isterinya beberapa pohon bunga2an dan buah2an di sanalah. Ketiga Silamik namanya di sanalah tempat pendita. Keempat lapis Mazsarak namanya di sanalah medan yang luas tempar segala orang kaya2 bermain. Kelima lapis namanya Hawadho Al Hakim di sanalah tempat segala orang mendakwa. Keenam lapis Nazhor Al A’syik di sanalah tempat segala kami berjual beli terlalu amat makmur. Ketujuh lapis namanya Thoroa’t di sanalah tempat permangkaan tiadalah dapat siapa masuk melainkan hamba raja yang khas juga dapat masuk ke sana. Akan segala kami hulubalang ini melainkan di panggil raja juga maka dapat masuk.

Ketujuh lapis kota itu sekelian daripada besi malela di perbuat dengan tembaga di karang berbagai rupanya sifat yang di tilik di luar ini demikianlah yang di dalamnya maka di pukul kuli yang keras dan pintunya yang besar2 empat puluh pintunya pada pihak darat di sanalah tempat berisi manusia yang amat banyak. Pintu masyrik sepuluh pintu dan ke laut di sanalah tempat perbendaharaan dan isi segala kapal yang besar2 pergi datang berniaga iaitu pada pihak maghrib sepuluh lapis pintunya ke sebelah laut air tawar dahulu sungai lalu ke dalam negeri di sanalah penuh sesak segala orang dan tepi laut itupun banyak perahu kecil pula berniaga daripada makanan. Iaitu pada pihak datang itu sepuluh pintunya jalan keluar bukit di sanalah tempat perburuan yang amat banyak dan dusun buah buahan pun terlalu banyak dan kepaksina dan beberapa yang besar2 itu. Kepada suatu pintu sepuluh pula pintu kecil2 demikianlah ya rasul Allaha kota di dalam negeri ini. Seratus bahagi sebahagi pun tiada hamba terkatakan keindahan dan keelokkan negeri itu”.

Arakian maka waktu pun hampirlah Maghrib maka rasul Allaha pun kembalilah kepada khemahnya dengan segala sahabat sekelian sembahyang Maghrib lalu dengan sembahyang Isyak. Maka berdirilah rasul Allaha berbuat ibadat kepada Allaha Taa’alaya serta meminta doa yang amat besar hingga kepada waktu Subuh maka sembahyang Subuhlah rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama sahabat pun sembahyang di belakang rasul Allaha. Setelah sudah sembahyang maka sabda rasul Allaha “Kamu sekelian apa bicara kita akan kafir ini amat ajaib akan perangainya beberapa negeri yang sudah kita perangi barang kala kita memberi surat menerima serta kita hendak pun tiada kita memberi surat ahmaklah nama kita di sebut orang”.

Maka pada ketika itu bangkit Said Waqhos ujarnya “Ya nabi Allaha mudah2an kalau2 dapat hamba sampaikan surat itu” maka sabda rasul Allaha “Hai Said Waqhos pergilah engkau mudah2an dengan tolong Allaha Taa’alaya boleh engkau sampaikan pada raja Khaibar itu”. Maka surat itupun di unjuk rasul Allaha kepada tangan Said Waqhos maka di sambutnya surat itu lalu di bubuhnya di atas kepalanya. Maka ia sujud kepada rasul Allaha lalu naik ke atas kudanya dan seratus orang berkuda bersenjata pedang yang sudah terhunus dan mendirikan panji2 merah yang tersurat namanya alamat kepada kepada panji2 itu maka berjalanlah ia mengampiri kota Khaibar itu.

Setelah di lihat Bahsad kaum Asalama itu datang pula maka berkatalah ia kepada segala hulubalangnya “Hai kamu sekelian siapa dapat menangkap kaum Mahamada itu di bawa kepadaku” maka berbangkit seorang hulubalang bernama Sahrum A’di. Maka ia menjabat lututnya seraya mengucupi bumi dan sembah ia kepada perdana menteri “Hai penghulu kami berilah ijazat akan hamba pergi menangkap fadhula itu dan hambalah jerat batang lehernya hamba jurus kemari bukan hamba seperti A’bada Al Shamasa sangat alpanya mengerjakan pekerjaan tuan hamba di permudahkan seteru itu maka demikianlah di perolehnya” maka kata Bahsad “Segeralah engkau kerjakan seperti katamu”.

Maka Sahrum A’di pun naiklah ke atas kudanya maka sertanya seratus sepuluh laksa orang berkuda maka pintu pun di buka orang Sahrum A’di di suruh kenakan titi parit itu. Maka di kenakan oranglah titinya maka menyeberanglah hulubalang itu dengan segala tenteranya. Setelah habislah menyeberang bersaf2 di medan itu maka Said Waqhos pun menyuruhkan kaumnya berkata ujarnya “Hai orang Khaibar jika kamu hendak berperang sekali pun hendaklah kamu ambil surat ini sampaikan pada raja kamu supaya ketahui apa2 kehendaknya raja kamu”.

Maka kata segala kaum Asalama itu tiada di sahutnya oleh segala kafir itu demikian datanglah ia mengepung kaum Asalama. Maka berperanglah kedua pihak laskar itu seketika perang maka segala kaum kafir banyaklah mati dan luka di bunuh kaum Asalama daripada kebanyakan kafir itu. M aka Said Waqhos pun pecahlah perangnya kembali mengadap rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama maka di perdangkap oleh segala kafir celaka itu sekira2 sekeruh bumi jauhnya. Maka kata pun di kunjungnya di atas kota maka segala kafir itupun kembalilah ke dalam kotanya dan titi pun di tariknya masuk ke dalam kota pintu pun di tutupkannya seorang kafir itupun tiada tinggal di luar lagi.

Dan Said Waqhos sampailah mengadap rasul Allaha maka Said Waqhos pun berdiri mengunjukkan surat itu kepada rasul Allaha ujarnya “Ya junjunganku akan kafir itu amat celaka kata kami tiada di sahutinya di peranginya akan kami” akan surat itupun di sambut rasul Allaha. Maka segala sahabat yang mengadap rasul Allaha itupun semuanya hairan mendengar khabar rasul Allaha dan Said Waqhos. Maka keesokkan hari Zubir pun membawa surat maka iapun pecah juga perangnya maka ia kembali mengadap rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama di persembahnya seperti kelakuan perang itu maka akan kafir itu bertambah tegar hatinya maka segala sahabat pun berhimpunlah datang mengadap rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama.

Maka kata segala sahabat “Ya nabi Allaha akan kafir laknat Allaha itu terlalu amat tegar hatinya maka apa juga sabda yang maha mulia supaya kami mengerjakan dia”. Maka sabda rasul Allaha “Adapun kamu kusuruh membawa kepada raja Khaibar itu maka seorang kamu tiada dapat sampaikan suratku ini. Ana Shaa Allaha Taa’alaya pada hari Isnin ini kuberikan pada seorang ialah dapat saampaikan suratku ini kepada raja Khaibar ialah membinasakan segala kafir itu. Ialah juga memegang panjiku tatkala bangun sekelian umatku dari dalam kuburnya”. Maka hairanlah segala mereka itu yang mengadap rasul Allaha masing2 barang berkata “Siapa juga gerangan yang beroleh anugerah Allaha Taa’alaya”.

Arakian hari pun malamlah maka rasul Allaha pun berbuat ibadat kepada Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya datang pada siang harinya. Bermula pada malam itu ilham di turunkan Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya atas Ali yakni bermimpi ia pada malam itu rasul Allaha memanggil dia ke benua Khaibar. Maka Ali pun jaga daripada tidurnya itu maka di ciumnya bau wangi seperti narawastu maka ia berkata di dalam hatinya “Akan mimpi ini bukan mimpi syaitan mimpi Rahman juga” maka baginda Ali pun segera berbangkit daripada ketidurannya.

Maka ia berkata kepada Qombar “Mari segala senjataku dan kenakan pelana Dala2” maka kata Qombar “Kemana juga Amir Al Mukminin hendak pergi pada malam ini kerana pada waktu bukannya perang sabil Allaha akan waktu ini waktu ibadat lagi pun akan penyakit Amir Al Mukminin pun belum sembuh”. Maka kata baginda Ali “Segera juga engkau kenakan pelana Dala2 itu kerana aku di panggil rasul Allaha ke benua Khaibar” maka Qombar pun berbangkit membawa segala alat senjata perang ke hadapan baginda Ali dan pelana Dala2 pun di kenakan maka baginda pun memakai senjata.

Arakian Dzawa Al Faqoro pun menunjukkan dirinya maka di jabat baginda Ali terus di kucupinya maka baginda Ali pun mengambil air sembahyang. Setelah itu maka ia sembahyang sunat A’thoa’t dua rakaat suatu salam maka lalu ia naik ke atas kudanya maka Amir Al Mukminin Ali pun berkata pada Qombar “Jabat olehmu teguh2 Dala2 ini” maka Qombar pun segera memegang kekang Dala2 itu serta dengan teguhnya. Maka saidina Ali pun memuji Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya tuhan seru alam sekelian yang mustajabkan doa hambanya maka Dala2 pun mengembangkan sayapnya lalu ia terbang ke benua Khaibar dari Madinah.

Maka dengan seketika itu juga sampailah ia pada waktu awal Subuh itu juga maka Amir Al Mukminin Ali pun membukakan matanya. Maka di lihatnya rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama lagi sembahyang Subuh dengan segala sahabatnya maka baginda Ali pun turun di atas kuda Dala2 lalu ia masuk sembahyang di belakang rasul Allaha bersama2 dengan sahabat yang banyak itu. Maka seorang pun tiada mengenal baginda Ali pada seketika itu tatkala itu Ali lagi lekat matanya maka dengan anugerah Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya afiat mata baginda Ali seperti dahulu kala.

Setelah sudah sembahyang maka baginda Ali pun sujud pada kaki rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama maka rasul Allaha pun mendakap akan Ali. Baharulah segala sahabat pun tahulah akan datang itu Alilah maka segala sahabat itu pun datanglah berjabat tangan dengan baginda Ali. Syahdan memuji kebesaran Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya tuhan yang amat kuasa pada ketika itu juga di suruh rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama palu genderang peperangan maka di palu oranglah.

Maka sembah segala sahabat “Baik mana sabda yang maha mulia hambamu sekelian junjunglah” maka rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama pun naiklah ke atas kuda maka segala sahabat pun masing2 naiklah ke atas kudanya maka berjalanlah segala sahabat dahulu dengan laskar mengampiri kota Khaibar itu serta berpasuk pasukan dengan segala sahabatnya dan segala bunyi bunyian terlalu gegak gempita.

Maka tersebutlah perkataan akan raja itu ada beranak empat orang perempuan keempatnya itu akan yang mudanya bernama puteri Shofiah. Akan puteri Shofiah itu terlalu amat elok rupanya seperti dapat di cermin dan akan budinya terlalu budiman akan hatinya cenderung pada agama Asalama. Bahawa zaman itu seorang pun tiada menyamai rupanya anak raja seorang itu di dalam benua Khaibar. Maka pada suatu malam puteri Shofiah tidur di atas tilam yang keemasan di atas geta bertatahkan ratna mutu manikam dan tirai kelambu yang keemasan maka dian pun banyak terpasang. Maka segala inang pengasuhnya dan segala anak raja yang muda2 di beri ayahnya bermain sama2 itupun tidurlah di kelambu tirai bertunggu akan puteri Shofiah.

Maka puteri Shofiah bermimpi di lihatnya di dalam tidurnya datang seorang tua terlalu lakunya maka puteri Shofiah pun bertanya kepada orang tua itu katanya “Hai orang tua siapa tuan hamba ini yang amat sufi kelakuan tuan hamba”. Maka menyahut orang tua itu maka ujarnya “Akulah Ibrahim A’layaha Al Salama aku datang ini mengasuhkan dikau. Adapun esok harinya hendaklah engkau melihat kepada pihak Mahamada rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama yang datang itu. Ialah nabi yang di muliakan Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya daripada sekelian nabi. Tiadakah kau ketahui di dalam Tauratmu segala sifat kelakuannya. Maka sebutlah olehmu Laa Alaha Alaa Allaha Mahamada Rosawala Allaha” maka puteri Shofiah pun menyebut dan Asalamalah ia pada ketika itu.

Setelah itu maka iapun bangun daripada tidur maka di cium bau tubuhnya seperti bau kasturi maka iapun bangkit lalu di ambil Tauratnya. Maka ia masuk pada suatu bilik papan di kunci pintu papan itu dari dalam maka duduklah ia seorang dirinya di dalam bilik di atas geta kholambak di bukanya natang berjentera melihat nabi Mahamada datang itu.

Maka tersebutlah perkataan raja Khaibar duduk di atas singgahsana maka ia melihat kepada pihak nabi Mahamada Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama datang itu. Maka segala orang Khaibar pun penuhlah di atas kotanya dan bangunan2 penuh sesak maka raja Khaibar pun bertitah “Hai segala hulubalangku siapa kamu mengenal raja2 kaum Mahamada itu”. Maka di dalam antara hulubalang sekelian itu maka berbangkit seorang hulubalang bernama Fulat Bahaman seraya berdatang sembah katanya “Ya tuhanku syah alam hambamulah yang mengenal raja2 kaum Mahamada itu”. Maka titah raja Khaibar “Hai Fulat Bahaman tunjukkanlah olehmu kepadaku Mahamada itu dengan segala sahabatnya seorang2 kepada aku”.

Arakian maka berbunyilah gendang dan nafiri dan kupang ceracap terlalu ramai bunyinya. Seketika lagi maka kelihatanlah segala kaum berpasukan2 datangnya itu dengan segala alat senjatanya. Kemudian pertama ke medan itu delapan payung terkembang di bawah payung itu seorang hitam tingginya tiada patut dengan besarnya duduk di atas kudanya segala alat pelananya daripada emas bertatahkan ratna mutu manikam seperti orang melambung jarinya dan bidang dadanya dan mukanya buntar telinganya kecil hidungnya panjang dahinya rendah janggutnya jarang dan sirah seperti kapas di busar dan memakai pakaian perang kelakuannya ada gila bahasa dan hebat pahlawan lakunya.

Maka duduk berdakap tubuhnya datanglah ia dengan segala laskarnya maka kata raja Khaibar “Hai Fulat Bahaman siapa itu inikah Mahamada itu” maka sembah Fulat Bahaman “Inilah yang bernama Omar Maa’da Karoba penghulu laskar Arab. Ialah kerajaan di bukit Karoba. Ialah di tangkap Hamzah maka beroleh pesaka akan Mahamada”. Maka kata raja Khaibar “Betapa perinya Hamzah itu menangkap dia besar panjang itu” maka kata Fulat Bahaman “Di jerut dengan tali ikat pinggangnya dari atas kudanya maka di terajangnya Omar Maa’da Karoba sepuluh kali terhambalanglah Hamzah. Maka di tangkap Hamzah akan Omar Maa’da Karoba di bangkitkannya ke atas kepalanya serta di kelilingkannya di medan itu maka di hempaskan ke bumi. Serta di lompatinya ke atas dadanya serta di ikatkan tangan Omar Maa’da Karoba di suruh masuk agamanya itu.

Setelah di lepaskan di bubuhnya anting2 pada telinganya Omar Maa’da Karoba” pun berhentilah di padang luar kota itu mendirikan panji alam maha besar alamat perhentian dan mengatur saflah ia. Seketika lagi berbunyi genderang peperangan makin bermain seraya dan terkembanglah empat belas payung yang merah. Maka di bawah payung ada seorang berkuda hitam panjang tinggi mukanya bujur hidungnya bengkap bibirnya panjang misainya lebat dan rambutnya ikal suatu tahi lalat di pipinya lengkap dengan alat senjata. Setelah hampirlah ia maka di hatur oleh Omar Maa’da Karoba pada saf kekanan maka kata raja Khaibar “Inikah Mahamada” maka kata Fulat Bahaman “Itupun bukannya Mahamada inilah Zubir raja pada negeri Zangkaya”.

Seketika lagi di lihat raja Khaibar datang pula suatu pasukan laskar terlalu banyak daripada kaum Rom sekelian bersenjata panah di tengah kaum itu terkembang suatu payung putih sembilan buah di bawah payung itu. Seorang orang putih besar panjang tetapi tiada putih bahana mukanya bujur merah tubuhnya khayal dan banyak tahi lalat di mukanya rambutnya ganjar lagi berhayun tetapi bahunya sebilah pedang di permain mainnya dan hanjarnya pun di pegangnya dan busar di bawah pehanya terkas anak panahnya di sangkutkannya pada pelana kudanya dan suatu perisai kulit di kenakannya di belakang dan suatu tombak yang maha besar pada tangannya kiri duduk di atas kuda berpelana di tatah lazuardi. Maka datanglah ia dengan segala laskarnya di hatur Omar Maa’da Karoba pada saf yang kanan maka kata raja Khaibar “Siapa itu” maka kata Fulat Bahaman “Itulah yang bernama Said Waqhos negerinya Tanglak Kanur”.

Maka datang pula suatu pasukan dengan segala bunyi bunyian berbanjar2 sekelian bersenjata pedang maka antara kaum itu empat belas payung terkembang daripada payung ungu. Maka di bawah payung itu seorang orang berkenderaan di atas kuda hitam tubuhnya besar panjang dan bidang dadanya tiga hasta maka di lihat raja Khaibar orang merah kulitnya jarinya pendek mukanya bujur antara jalan kening itu berkeruh2 rambutnya ikal dan sulah lagi ke tengah kepalanya dan pedang senjatanya datanglah ia dengan laskar. Maka di hatur oleh Omar Maa’da Karoba pada pihak saf kiri maka kata raja Khaibar “Siapa orang itu terlalu tertib kelakuannya” maka sembah Fulat Bahaman “Itupun daripada sahabat Mahamada juga Abu Harimut namanya.

Kemudian raja Maghrib tiga bersaudara dengan segala bunyi bunyian dan laskar pun terlalu banyak kata Fulat Bahaman kepada raja Khaibar “Itulah raja maghrib” maka di hatur oleh Omar Maa’da Karoba pada saf. Maka dari belakang raja maghrib itu suatu kaum dengan segala laskarnya dengan bunyian2 terlalu gempita bunyinya dan terlalu amat banyak daripada yang dahulu itu sekelian daripada kaum Damsyik senjatanya panah dan jerat dan setengah kaum ini menanggung sebuah bakul pada lehernya berisi batu pelontar dalamnya.

Maka antara kaum itu mendirikan tanggal dan panji2 maka di tengah panji2 itu terkembang payung warna kuning tua. Maka di bawah payung itu laki2 duduk di atas unta merah sekelian itu ada yang biru ada yang hijau warnanya berseri pujak dan besar pendek pingas hidungnya dan mukanya buntar lagi mulutnya luas misainya janggutnya jarang tiada bertanam bibirnya berikan di bawah hidungnya matanya besar telinganya lebar keningnya jarang daripada antara kerana dahinya rendah rambutnya ikal bahana senjatanya cokmar dan pedang datanglah ia denga segala laskarnya. Maka kata raja Khaibar “Hai Fulat Bahaman siapa orang itu” maka sembah Fulat Bahaman “Itulah Mua’wiyah namanya sahabat pada Mahamada” maka di hatur oleh Omar Maa’da Karoba pada saf kiri.

Dan di belakang Mua’wiyah itu kelihatan pula suatu laskarnya bersenjata lembing maka di tengah2 kaum itu terkembang pula suatu payung di bawah payung itu ada seorang laki2 berjalan bertapak tiada berkenderaan pada tangan sebilah pedang dan perisainya di gantungkannya di belakang ia seraya matanya sebagai memandang kekiri dan kekanan di tangannya kiri sebagai membuang peluh pada mukanya. Setelah hampirlah maka di hatur oleh Omar Maa’da Karoba pada saf kiri maka iapun di tanya oleh raja Khaibar “Siapa orang itu seperti orang gila itu” maka sembah Fulat Bahaman “Itulah Walid namanya di belakang Walid raja tujuh jenis”.

Maka kata raja Khaibar “Ajaib sekali aku hai Fulat Bahaman banyak sekali laskar Mahamada ini” maka kata Fulat Bahaman “Ketahui raja akan Mahamada bukan barang2 terlalu hebat daripada bijaknya maka segala raja2 yang besar2 dapat di perhambanya dan di bawa kepada agamanya”. Maka raja tujuh bersaudara itupun di hatur oleh Omar Maa’da Karoba pada saf kanan. Maka dari belakang raja tujuh bersaudara itu datang pula laskar tiada buruh bunyinya di dalam kaum itu terkembang payung hitam dan suatu panji2 putih dan di bawah panji2 itu seorang laki2 merah kulit berjabat di bumi berlari anak orang membawa payung dan kaumnya itupun berlari juga lelaki itu kurus bulat lehernya dan panjang mukanya serta liar kelakuannya.

Maka di lihat raja Khaibar hidungnya panjang dan kecil matanya lagi terhulur pipinya mulutnya luas senjatanya pisau dan lembing maka di hatur oleh Omar Maa’da Karoba pada saf kiri. Maka kata raja Khaibar “Siapa orang itu hulubalang lakunya” maka kata Fulat Bahaman “Inilah Sambar Al Ain namanya”. Maka seketika lagi maka datang pula suatu pasukan pula laskarnya maka di dalam kaum itu terkembang empat buah payung dan di bawah payung itu seorang laki2 tengah tubuh berkenderaan di atas kuda putih tubuhnya tambun serta pendek hidungnya mimak senjatanya lengkap setelah hampir ia maka di hatur oleh Omar Maa’da Karoba pada saf kiri. Maka kata raja Khaibar “Siapa orang itu” maka sembah Fulat Bahaman “Itulah A’bada Allaha Ziat”.

Dari belakang A’bada Allaha Ziat itu datang pula suatu kaum sekelian memakai pakaian putih senjatanya pedang dan panji2 putih dan banyak pada kaum itu mashaikh dan sholeh bercampur zuhud dan abid. Maka di bawah panji2 itu seorang hamba Allaha yang amat suci sekelian duduk di atas kuda dan pada tangannya suatu cokmar daripada besi datanglah ia di hatur oleh Omar Maa’da Karoba pada pihak kanan. Maka kata raja Khaibar “Siapa orang itu” maka sembah Fulat Bahaman “Itulah Amardaki namanya”.

Maka seketika datang pula laskar dengan segala bunyian maka dalam tengah laskar itu terkembang dua buah payung dan di bawah payung itu seorang laki2 panjang lingkar hitam kulitnya mukanya bujur lantak telinganya dan panjang bulu keningnya behatak dan sebilah hanjar pada tangannya. Maka datanglah ia maka di hatur Omar Maa’da Karoba pada saf kiri itupun di tanya oleh raja Khaibar kepada Fulat Bahaman maka sembahnya “Itulah Marwan Hakim namanya”.

Kemudian daripada itu datang pula suatu kaum terlalu banyak bercawat tiada berbaju dan tiada bertengkolok dan pada bahunya tersangkut suatu raga berisi batu pelontar dan pada tangannya suatu tali dalamnya tirai suatu tanggal merah takbir besar panjang dahinya tinggi lakunya tiada mengumpamakan orang dan sebilah pedang pendek di sandangnya dan dua bilah lembing di bawah pehanya dan suatu cokmar pada tangannya dan berkenderaan di atas lembu hitam berpayung putih maka di hatur oleh Omar Maa’da Karoba pada saf kiri. Maka kata raja Khaibar “Siapa orang itu” maka kata Fulat Bahaman “Itulah Utbah namanya”.

Kemudian daripada itu datang pula suatu kaum dalam tengah laskar itu seorang laki2 duduk di atas unta tegap orangnya dan pahlawan lakunya. Maka datanglah berpayung delapan buah maka di hatur oleh Omar Maa’da Karoba pada saf kiri maka kata “Siapa orang itu” maka kata Fulat Bahaman “itulah Omar Said Midum namanya. Adapun di belakang raja Khaibar sekelian raja2 dan pahlawan yang lagi itu masing2 dengan kaumnya dan segala kelengkapannya dengan segala bunyi bunyian sekeliannya seratus dua puluh laksa pasukan sekelian di persembahkan oleh Fulat Bahaman kepada raja Khaibar akan nama orang yang lalu itu.

Seketika datang pula suatu laskar dan hulubalang maka melihat oleh raja Khaibar seorang laki2 duduk di atas kuda pendek dan kecil tubuhnya bulat dan rambutnya kencar lengkap ia memakai senjata. Di tanya raja Khaibar kepada Fulat Bahaman “Siapa pahlawan lelaki itu” maka kata Fulat Bahaman “Itulah A’jala anak A’bada Al Matholaba” maka di hatur Omar Maa’da Karoba sendiri pada saf kanan. Setelah itu maka datang pula kaum daripada orang Arab sekelian dengan bunyi bunyian yang terpilih orangnya maka di dalam kaum itu banyak orang yang a’laya2.

Maka di dalam orang banyak itu terkembang payung enam buah payung maka di bawah payung itu seorang laki2 berkenderaan di atas kuda putih tubuhnya panjang. Maka kata raja Khaibar “Siapa orang itu” maka sembah Fulat Bahaman “Itulah A’bas anak A’bada Al Matholaba” jua di hatur Omar Maa’da Karoba sendiri saf kanan. Kemudian maka datang pula laskar banyak bersenjata panah maka di belakang itu anak anakan baginda Ali Syah Merdan dan maka di lihat raja Khaibar empat orang yang berkuda dan payung keempatnya.

Maka di belakang empat itu terkembang di bawah payung putih dan suatu panji2 biru alamat namanya maka di bawah payung itu seorang laki2 di atas kuda tangkas hebat lakunya hitam manis pahlawan lakunya sebilah pedang di sandangnya dan suatu perca merah di ikatnya pada dahinya maka datanglah ia. Kemudian itu maka Omar Maa’da Karoba pun datang sendiri menyambut di hatur tengah2 saf antara kanan dan kiri. Maka raja Khaibar pun bertanya kepada Fulat Bahaman “Hai Fulat Bahaman siapakah itu dengan perhiasannya orang maha baik parasnya itu” maka sembah Fulat Bahaman “Itulah Ali anak Abi Tholib yang empat orang itu berpayung berjalan dahulu itulah namanya anak anakan Ali Syah Merdan seorang namanya Ibrahim A’star dan seorang namanya Musab Qoqo dan yang bersaudara itu Tungan Turaq dan saudaranya Mungan Turaq”.

Maka di belakang baginda Ali itu datang pula laskar terlalu banyak bersenjata lembing maka di dalam tentera yang banyak itu berkembang payung dan terdiri suatu panji2 kuning tersurat namanya. Maka datang ia duduk di atas kuda panjang lampai tubuhnya rambutnya ikal dadanya bidang maka Omar Maa’da Karoba datang menyambut sendirinya maka di haturnya pada saf kanan. Maka bertanya raja Khaibar “Siapa orang itu” maka kata Fulat Bahaman “Itulah Osman sahabat Mahamada yang terbilang di dalam sahabat keempat itu”.

Maka dari belakang baginda Osman itu datang pula suatu laskar terlalu banyak juga bersenjata di dalam laskar itu terkembang payung dan panji2 merah tersurat namanya. Maka di bawah payung itu seorang laki2 terlalu hebat duduk di atas kuda maka kedua anaknya seorang di kiri seorang di kanan maka Omar Maa’da Karoba pun datang menyambut sendirinya maka di haturnya pada saf kanan. Maka kata raja Khaibar “Hai Fulat Bahaman siapa orang itu” maka kata Fulat Bahaman “Itulah Omar abana Al Khothoba sahabat Mahamada yang karib”.

Dan datang pula laskar terlalu banyak bersenjata panah maka dalam tentera itu terkembang enam buah payung maka di bawah payung itu seorang laki2 nipis duduk di atas kuda kelakuannya mahtam. Maka kata raja Khaibar “Hai Fulat Bahaman siapa orang itu” maka kata Fulat Bahaman “Itulah Mahamada anak Abu Bakar Al Shodayaqo namanya”. Maka di belakang Mahamada itu bapanya Abu Bakar Al Shodayaqo berkenderaan di atas kuda dan di bawah payung tiga puluh dan suatu tanggal panji2 hijau tersurat namanya maka datanglah Omar Maa’da Karoba menyambut sendirinya di hatur pada saf kanan. Maka kata raja Khaibar “Siapa di permuliakan orang itu” maka kata Fulat Bahaman “Itulah Abu Bakar Al Shodayaqo sahabat rasul Allaha yang besar”.

Arakian maka di nanti raja Khaibar tiadalah laskar datang maka kata raja Khaibar “Hai Fulat Bahaman habiskah sudah ini” maka kata Fulat Bahaman “Pada bicara hamba barang kali Abu Bakar ini datang tak dapat tiadalah Mahamada datang itu”. Arakian maka berbunyilah genderang tiga perangku dan dua buah demam dan bunyi bunyian terlalu banyak daripada serunai nafiri di sangkakala dan negara dan ceracap merngu serdam meragam bunyinya. Maka kata raja Khaibar “Hai Fulat Bahaman bunyi apa ini terlalu amat elok bunyinya dan azmat bunyinya. Siapa itu Mahamada kah datang itu” maka dalam raja Khaibar berkata2 dengan segala sahabatnya berbagai2 maka di dalam tentera itu terdiri suatu alam daripada kain yang mulia2 dan besarnya sekira2 seribu orang dapat berteduh di bawahnya.

Arakian di belakang hulubalang itu segala ulama dan pendita dan fakih hakim alim mataa’lama dan kiri kanan segala fakir membaca zikir Allaha. Di belakang mereka itu empat buah cawangan terdiri dan banyak payung dan panji2 terdiri berbagai2 warna berkibaran berbagai aneka2. Maka di bawah payung dan panji2 berdiri berbagai itu ada seorang seperti kala matahari baharu terbit tiada dapat di pandang nyata seri warna tubuhnya tiada dapat tinggi bahana dan tiada rendah bahana dadanya bidang pinggangnya kecil lehernya jinjang dan giginya bercahaya2 bulu matanya lentik yang putih matanya terlalu putih yang hitam keningnya lebat rambutnya lagi ikal seperti tali tudungnya terlentak hingga hujung telinganya patut dengan mukanya bercahaya2.

Dan beroma kedua hasta lengannya lentik jarinya rujam kukunya putih berisi merah barang yang halakannya juga atas manusia sekelian gentar bercampur kasih dan suaranya merdu lidahnya terlalu amat fasih mengatakan daripada firman Allaha Taa’alaya arif ia mengenal kelakuan orang bijaksana mengatur perkataan dan menghinggakan diri dan ialah tiada mahataja kepada orang melainkan orang juga mahataja kepadanya dan tiada juga mengampiri diri baunya sedia kala harum memanah berahi gilang gemilang tubuhnya dan sangat ia berkehendak pada menolong orang kesakitan dan kasih ia atas anak yatim bangunnya berbuka atas fakir miskin dan menganiaya pada segala kafir merendahkan dirinya di dalam ketinggian di tanya orang.

Maka ia berkata kuasa ia menahan lapar dan dahaga dan kuasa menjalani jalan yang jauh dan kuasa ia berpanas dan dingin dan sukar ia di dalam halnya dan sabar ia atas amarahnya dan syaitan tiada dapat hampir kepadanya dan tiada ia tamak akan harta dunia sedia kala dalam khayal Allaha berhadapan dengan tuhannya. Berani ia sedia kala perang sabil Allaha medhoifkan dirinya di dalam gagahnya kuasa ia berlelah pada jalan ibadat dan sekelian alam dan ilmunya tertib kelakuannya tiada dapat hampiri atas tubuhnya jejakannya terlalu tangkas dan bercampur hebat dengan manis tiada terkira2 dalam kebesarannya di campurkannya di dalam duduk kesukaannya.

Dan mendahulukan memberi salam yang lainnya terjauh daripada ghilat dan di jauhkan Allaha penyakit daripada tubuhnya jasmani kasihan Allaha atas nyawa ruhnya terbanyak Rahim atas fakir yang Rahman terpelihara ia atas dosa kabir dan shoghir dan tiada dapat perempuan memandang kepadanya melainkan diam terduduk tertudung mukanya dan benar atas katanya banyak nasihat daripadanya dan ialah mendirikan agama yang sebenarnya dan ialah di panggil Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya naik ke atas langit dan melihat syurga dan neraka dan naik ke atas Arash dengan batang tubuhnya dan ialah yang berkhabarkan amat ajaib2.

Maka datang berkuda dengan perlahan seperti bulan purnama empat belas hari bulan tatkala naik tinggi makin bercahaya2 akan segala sahabat itu gemerlapan seperti bintang di sapat bulan di arak awan hendak hujan. Maka di tiup angin timur maka awan itupun di bawa misir bercahaya gerlap bintang bertambah sejuk. Maka alam yang maha mulia itupun di bawa orang dahulu di dirikan pada rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama berhenti itu maka segala medan pun di persuci oranglah maka di semburi dengan air mawar.

Setelah rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama hampir maka turunlah sekelian yang dahulu itu di atas kudanya berdiri di tanah hingga berhubung tentera yang mengiringkan rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama itu dengan tentera raja2 yang dahulu itu. Maka sekelian serta menjabat tubuhnya memberi takzim lalu mengangkatkan tangan minta doa kepada Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya dan memberi salam atas segala Al Salaama A’laya Kama Wa Rohamata Allaha Al Hamaaa’ta Allaha Kholata Al Janata.

Maka sahut segala sahabat Wa A’laya Kama Salaama Wa Rohamata Allaha maka rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama pun masuklah kepada antara kaum sahabat yang mulia2 itu dan sekelian mereka itupun di suruh nabi Allaha naik ke atas kuda dan berdiri masing2 safnya maka berhentilah rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama dengan segala sahbat di sanalah dahulu mengistirehatkan badannya.

Maka tersebutlah perkataan puteri Shofiah duduk di dalam mahligai itupun melihat sekelian kelakuan adab yang dating itu. Maka sekelian di lihat puteri Shofiah di dalam Tauratnya tiada jua seperti sifatnya itu. Setelah itu datanglah nabi Allaha maka di lihat seperti di dalam Tauratnya tiadalah lagi bersalahan maka iapun memandang muka rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama. Maka ia mengucap Allaha Shola A’laya Sayadana Mahamada Wa A’laya Ala Mahamada dan mengucap syukurlah ia kepada Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya. Maka pada ketika itu berahi puteri Shofiah terlalu amat sangat.

Sebermula setelah di lihat raja Khaibar rasul Allaha dating itu katanya “Hai Fulat Bahaman siapakah ini terlalu amat indah seumur hidup ini tiada pernah aku melihatkan rupa yang demikian ini”. Maka sembah Fulat Bahaman “Inilah Mahamad anak A’bada Allaha cucu A’bada Al Matholaba bangsanya turun temurun daripada Ismail A’layaha Al Salama anak nabi Ibrahim A’layaha Al Salama itu turun temurun daripada bangsa nabi Shayatsa (Shist) A’layaha Al Salama” maka hairanlah raja Khaibar mendengar dia.

Sumber: Kitab Perang Khaibar
Manuskrip British Library

No comments:

Post a Comment