Pages

Thursday 8 October 2015

Syarat Taubat.

"Taubat adalah pintu keselamatan bagi seseorang untuk menyelamatkan diri mereka daripada azab Allah swt. Allah swt tidak akan memgampunkan dosa seseorang selagimana ianya tidak bertaubat. Bilamana seseorang itu tidak berdosa sekalipon dia bertaubat, taubatnya itu dikira ibadah."

"Hendaklah seseorang itu bertaubat dengan menyesali dosa-dosa yang telah lalu. Bukan hanya yang telah lalu, bahkan seseorang itu hendaklah memohon supaya diberikan kekuatan oleh Allah swt untuk tidak terjerumus kembali kepada dosa dan maksiat dimasa akan datang. Kemudian, seseorang itu hendaklah mensucikan dirinya dari dosa dan maksiat dan berazam tidak mengulanginya."

"Nikmat taubat itu adalah isyarat dari Allah ﷻ. Di antara nikmat Allah ﷻ adalah taubat. Nikmat taubat itu ada dua iaitu nikmat qobul taubat dan nikmat taubat. Taubat para anbiya itu adalah semata-mata taat kepada perintah daripada Allah swt walaupon kita tahu para anbiya tidak bermaksiat kepada Allah swt."

"Nikmatnya qobul taubat itu adalah nikmat yang diberi Allah ﷻ pada manusia dan kemudian diampuni Allah ﷻ. Nikmat qobul itu terserah kepada Allah swt untuk diqobulkan taubatnya. Qobul adalah rahsia Allah swt. Manakala Nikmat taubat itu nikmat yang digerakkan dan diberikan Allah ﷻ pada manusia untuk bertaubat. Antara bahagian dari tipu muslihat Syaitan adalah menunda-nunda dalam bertaubat."

"Pintu taubat tidak pernah tertutup sehinggalah matahari terbit dari arah barat dan nyawa belum sampai dikerongkong. Suka menunda-nunda taubatnya, mahu taubat esok hari, ah lusa, minggu depan, tahun depan, 50 tahun depan. Nak beriman pada Allah ﷻ, mesti mengikut hakikat Iman. Jika tak mahu ikut beriman, tunggu nanti azab di akhirat sana."

"Orang-orang yang telah bertaubat kepada Allah swt itu mereka seakan-akan tidak mempunyai dosa. Jadi, janganlah kita mengungkit kembali dosa-dosa orang yang telah bertaubat kepada Allah swt. Penyesalan terhadap dosa-dosa yang telah lalu itu adalah syarat yang utama. Barangsiapa yang bertaubat, nescaya Allah swt menerima akan taubatnya."

Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid

No comments:

Post a Comment