Pages

Monday 19 October 2015

Kisah nabi Allaha Ibrahim hendak di bakar Namrut.

Hataya antara berapa lamanya maka pada suatu hari bahawa segala kaum itu hari raya pada hari itu maka berhimpunlah mereka itu pergi pada suatu padang beramai-ramainya maka di lihat nabi Ibrahim orang sunyi daripada rumah berhala itu. Maka pergilah nabi Ibrahim masuk ke dalam rumah berhala itu maka di lihatnya suatu kapak terhantar hampir rumah berhala itu di rumah orang menunggu berhala itu. Maka lalu di ambilnya oleh Ibrahim akan kapak itu maka di patah-patahnya segala tangan berhala itu dan setengah berhala itu di pukul Ibrahim kepalanya patah maka di simpankan Ibrahim kapak itu pada bahu berhala yang besar hampir pintu rumah berhala itu.

Setelah itu maka pulanglah Ibrahim ke rumahnya. Setelah beroleh matahari maka kembalilah segala kaum itu dan ada seorang tuha yang menunggu berhala itu maka di lihatnya Ibrahim keluar daripada rumah berhalanya. Maka masuklah ia maka di lihatnya telah patahlah habis penggal tangan kaki berhala itu lalu mengharaplah ia dengan suaranya yang amat nyaring. Maka berhimpunlah mereka kepada rumah berhala maka kata orang penunggu berhala itu mereka itu “Siapa jua yang empunya pada tuhan kita ini mana ketahui sekarang” maka kata orang tuha itu “Bahawa ada seorang kanak-kanak Ibrahim namanya masuk ke dalam rumah berhala ini. Ialah membinasakan dia” maka di suruh mereka itu cari akan Ibrahim.

Setelah bertemulah mereka itu dengan Ibrahim lalu di bawa mereka itu akan dia kepada raja Namrut maka kata mereka itu akan Ibrahim “Engkaulah yang empunya kerja pada membinasakan tuhan kami ini”. Maka sahut Ibrahim seperti firman Allaha Taa’laya Qoala Bala Faa’laha Kabayara Hama Hazaa Faasalawa Hama Ana Kaanawaa Yanathoqowana maka sahut Ibrahim “Tiada aku yang membinasakan dia bahawa berhala kamu yang besar itulah membinasakan dia. Tiadakah kamu lihat kapak itu tertilang pada lehernya itu maka tanyalah oleh kamu akan dia jika ada ia berkata-kata dengan kamu”. Setelah di dengar mereka itu kata Ibrahim itu maka berfikirlah mereka sekeliannya sama sendirinya akan kata Ibrahim. Kata setengah daripada mereka itu “Benarlah seperti kata budak ini bahawasanya kami juga yang menganiaya diri kami pada menanyai dia”. Kemudian maka berkata setengah mereka itu “Telah tiadakah sahaja kita ketahuilah berhala ini tiada ia berkata” maka berbaliklah hati mereka itu akan membinasakan Ibrahim A’layaha Al Salama.

Kata Ahli Al Tafsir setelah berhala itu sudah di penggal oleh Ibrahim kaki tangannya dan setengah tertanggal kepalanya maka pergilah Iblis a’layaha laa’nata memberi tahu segala kaum yang bermain-main ke padang itu serta dengan tangisnya dan serunya maka terkejutlah mereka itu. Maka kata Iblis “Ketahuilah oleh kamu bahawa tuhan kamu itu telah di binasakan oleh Ibrahim. Habis patah kaki tangannya dan di penggal segala kepalanya”. Setelah di dengar mereka itu kata orang itu maka kembalilah mereka itu tiada lagi mereka itu berkenderaan maka kata Namrut “Yang berbuat kerja ini supaya kita balas dengan berat seksa akan dia”. Maka Namrut “Hai Ibrahim, mengapa engkau patahkan berhala kami sekeliannya”. Mereka itupun mengadapkan mukanya kepada Ibrahim maka sahut Ibrahim “Aku tiada mematahkan segala berhala itu tetapi berhala yang besar itulah yang mematahkan dia. Tanyalah oleh kamu mengapa engkau mematahkan segala anggota berhala yang kecil-kecil itu”.

Setelah di dengar mereka itu kata Ibrahim maka sekelian mereka itupun menundukkan kepalanya malu ia oleh tuhan yang di sembahnya tiada tahu berkata-kata seolah-olah di perdapat oleh Ibrahim akan mereka itu. Maka tiadalah tersahut oleh mereka itu seperti firman Allaha Taa’laya Afataa’badawana Mana Dawana Allaha Maa Laa Yanafaa’ Kama Shayaa Wa Laa Yadhoro Kama Afala Kama Wa Lamaa Taa’badawana Mana Dawana Allaha Afalaa Taa’qolawana. Setelah di lihat Ibrahim akan mereka itu tiada menyahut katanya maka ujar Ibrahim “Hai kaum, ngapa kamu sembah tuhan yang lain daripada Allaha Taa’laya yang tiada memberi manafaat akan kamu tiada memberi mudharat akan kamu suatu juapun hendaklah jauhkan diri kamu daripada menyembah segala berhala itu. Tiadakah ada kamu bicarakan dengan akal kamu menyembah berhala itu sesat yang amat nyata dan jika kamu sembah kiranya tuhan yang memberi manafaat dan mudharat akan kamu iaitu Allaha Taa’laya tuhan yang esa maka adalah sebaik-baik kamu itu”.

Itupun tiada terjawab oleh mereka itu maka berkata seorang daripada mereka itu “Sungguhnya telah kita ketahuilah berhala yang kita sembah itu tiada ia tahu berkata-kata tetapi adalah budak ini tiada benar sekali kerjanya hendak membinasakan tuhan kita maka apa bicara kamu sekelian akan dia ini”. Maka jadi berpalinglah mereka itu daripada membicarakan kata Ibrahim itu dan di sungguhkan mereka itu kata laki-laki itu dan berbaliklah hati mereka itu membinasakan Ibrahim maka kata mereka itu “Marilah kita bakar akan dia” dan kata setengah mereka itu “Mari kita sulakan akan dia” maka jadi berbagailah kata mereka itu akan membinasakan nabi Ibrahim seperti firman Allaha Taa’laya Qoalawaa Haroqowata Wa Anashorowaa Alahata Kama Ana Kanatama Faaa’layana maka kata mereka itu “Ibrahim ini baiklah kita tunu ke dalam api kemudian maka kita perbaiklah tuhan kita seperti adanya dahulu pula. Mari kita perbuat pagar daripada batu empat persegi maka kita penuhkan dengan kayu yang kering. Apabila kita nyalakanlah api itu maka kita buangkan Ibrahim ke dalam api itu”.

Maka kata Namrut “Benarlah seperti bicara kamu itu perbuatkanlah oleh kamu akan pagar batu yang seperti bicara kamu itu” maka di perbuat mereka itulah seperti diwal empat persegi daripada batu yang sudah masak dan luasnya seratus hasta dan tingginya pun demikian jua. Setelah sudah maka kata raja Namrut akan segala bala tenteranya “Barang siapa kasih akan daku hendaklah di bawanya seorang seberkas kayu api buangkan ke dalam pagar batu itu”. Hataya maka di palu oranglah gong berkeliling negeri itu dan di katanya seperti kata Namrut itu. Hataya maka di bawa mereka itulah masing-masing atas kuasanya dan sekurangnya daripada mereka itu seorang seberkas kayu di bawanya hataya maka tiadalah muat kayu api di dalam pagar batu itu maka di suruh Namrut tahanilah mereka itu membawa kayu api.

Setelah siap mereka itu dengan api maka nyalalah api di dalam pagar batu itu dan tiadalah dapat mereka itu hampir kepada pagar batu itu daripada sangat habanya. Maka kata Namrut “Buangkanlah Ibrahim ke dalam api itu” maka sahut mereka itu “Ya tuanku, tiadalah dapat kami hampirkan membuangkan Ibrahim ke dalam api kerana sangat hangat api itu”. Maka tiadalah lagi terbicara akan oleh mereka itu akan membuangkan Ibrahim ke dalam pagar itu. Jikalau sekiranya burung terbang setinggi-tinggi terbang sekalipun nescaya hangus daripada sangat nyalanya. Maka kata setengah mereka itu “Apa jua upaya kita pada membuangkan Ibrahim ini ke dalam api itu”. Hataya dengan demikian itu maka datang Iblis a’layaha laa’nata kepada mereka itu maka ujarnya “Akulah dapat membicarakan dia akan pekerjaan ini. Panggil olehmu segala utusan dan suruh perbuat padanya penyentak nescaya dapatlah kita buangkan Ibrahim ke dalam api itu”.

Adapun dahulu daripada zaman itu belum pandai orang berbuat penyentak dan tiada siapa yang tahu akan muslihatnya maka di himpunkan mereka itu segala utusan yang berbuat kayu maka di perbuat mereka itulah seperti kata Iblis dan ialah akan tukangnya. Setelah sudah penyentak itu maka melihat Iblis kepada Azar bapanya nabi Ibrahim katanya “Naiklah olehmu budak ini pada tali menyentak ini”. Hataya maka di ikat oleh oranglah nabi Ibrahim kaki tangannya dengan kulit maka di letakkannya di atas penyentak itu maka empat ratus orang memegang tali halaqahnya dan sepuluh orang memegang talinya. Bahawasanya yang empunya bicara itu Iblis a’layaha laa’nata jua supaya di tunukannya kekasih itu ke dalam api supaya tiada dapat menderita seksa yang demikian itu.

Maka firman Allaha Taa’laya menyuruhkan membukakan segala pintu langit maka firman kepada segala malaikatnya “Lihatlah oleh kamu hai segala malaikatku bahawa kekasihku itu kuserahkan kepada segala seterunya supaya di seksa mereka itu akan dia”. Maka segala malaikat pun sujud ke hadrat Allaha Taa’laya maka sembah mereka itu “Ya tuhanku, bahawasanya di dalam bumi itu seorang itulah yang tahu akan kebesaranmu dan kemuliaanmu. Bahawasanya engkau jua tuhan yang sebenarnya maka betapa kiranya kau serahkan ia kepada seterumu dan seterunya supaya di seksa mereka itu akan dia”. Maka firman Allaha Taa’laya “Hai segala malaikatku, haraplah oleh kamu akan dia kalau-kalau ia minta tolong kepada kamu“.

Arakian setelah empat ratus orang yang menarik tali menyentak itu dan sepuluh orang memegang tali yang akan di putuskan itu kerana supaya keluar Ibrahim ke dalam api itu. Hataya maka di tarik mereka itulah tali yang di pegang mereka itu dengan kudrat Allaha Taa’laya tiada bergerak Ibrahim daripada tempatnya dan tiada ia terangkat dari bumi pun. Hataya maka lagi di tambahi mereka itu akan orang menarik dia maka iapun tiada juga terangkat Ibrahim A’layaha Al Salama dari bumi. Hataya dengan beberapa ribu manusia menarik tali itu tiada jua terangkat setelah di lihat oleh Azar hal yang demikian itu maka iapun berbangkit daripada tempatnya lalu di pegangnya tali penyentak itu. Apabila di lihat nabi Allaha Ibrahim akan bapanya memegang tali penyentak itu maka nabi Allaha Ibrahim mengadap ke langit katanya “Ya tuhanku, jangan bapaku beri malu bapaku kerana ia bersama dengan mereka itu memegang tali penyentak itu. Biarlah di tunukan mereka itu akan daku ke dalam api”.

Setelah sudah minta doa maka Ibrahim pun terangkatlah ke udara maka segala malaikat isi ketujuh lapis langit pun sujudlah ke hadrat Allaha Taa’laya dengan berseru-seru sembahnya “Ya tuhanku tuhan yang amat memeliharakan hambamu”. Hataya maka Jibril pun datang dengan tujuh puluh ribu malaikat bertanya “Ya Ibrahim, mahukah engkau kukipas api itu kubuangkan ia ke dalam laut yang maha dalam”. Maka kata Ibrahim “Tiada kuminta hara kepadamu yang mana firman Allaha Taa’laya tuhanmu kepadamu itulah kau kerjakan”. Seketika lagi Mikail pun datang kepada Ibrahim dengan tujuh puluh ribu malaikat sertanya ujarnya “Hai Ibrahim, mahukah engkau kupalukan segala kaum Namrut ini dengan sayapku supaya kutanamkan Namrut itu dengan segala kaumnya ke dalam bumi” maka ujar Ibrahim “Kerjakanlah barang yang di titahkan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya kepadamu”. Maka seketika lagi maka datang pula Israfil dengan tujuh puluh ribu malaikat sertanya katanya “Ya Ibrahim, mahukah engkau kubinasakan mereka itu supaya sangka kala atas Namrut itu nescaya matilah kaum Namrut itu” maka sahut Ibrahim “Mana titahnya tuhan itu kerjakanlah olehmu”.

Maka ujar Jibril “Jika tiadalah berkehendak kau kami sekelian minta tolonglah engkau kepada tuhanmu” maka nabi Allaha Ibrahim A’layaha Al Salama “Padalah bagiku tuhanku ia jua yang mengetahui akan halku apa yang untung akan Allaha Taa’laya akan daku di sanalah aku”. Maka Ibrahim pun tinggilah di tarik orang hingga hampirlah ia kepada api itu maka datang seekor burung Tarokas namanya di titahkan Allaha Taa’laya mengipas Ibrahim ke dalam api itu seperti firman Qolanaa Yaa Naaro Kawanaya Barodaa Wa Salaamaa A’laya Abaroahayama ertinya Api sejukkan dirimu dan sejahterakan olehmu atas hambaku Ibrahim.

Setelah turunlah Ibrahim ke dalam api itu maka Jibril A’layaha Al Salama pun datang membawa sebuah kerusi dari dalam syurga dengan tirai dan kelambu lalu dudukkannya Ibrahim keatas kerusi itu dan di bentang tirai kelambu akan Ibrahim A’layaha Al Salama dan di pakaikan Jibril baju di dalam syurga akan Ibrahim. Setelah itu maka mata air pun terbit terlalu sejuk di tengah api itu dan keliling mata air itu pohon zibab dan anggur dan pohon delima dengan bergantungan buahnya terlalu amat lebat dan dua ekor burung mengipas Ibrahim seekor dari kanan dan seekor dari kiri.

Maka Jibril A’layaha Al Salama pun duduk serta nabi Ibrahim maka berkata “Sabahaana Allaha Wa Bahamadaha amat hairan sekali aku melihat kudrat Roba Al A’lamayana. Terlebih pula hairan hamba Ya Ibrahim akan hal tuan hamba yang amat sabar tiada mahu tuan hamba minta harap kepada Allaha Taa’laya maka bahawasanya kerana Allaha Taa’laya yang amat besar akan tuan hamba dengan ketinggian dan kemuliaan yang tiada seorang juapun dahulu daripada tuan hamba beroleh kurnia yang demikian itu dan demikian lagi kemudian daripada tuan hamba pun tiada lagi akan di peroleh oleh anugerah seperti tuan hamba ini”.

Bermula tali kulit yang di ikat mereka itu akan Ibrahim itupun habis di makan api dan segala kayu api yang bertambun-tambun itupun di jadikan Allaha Taa’laya berakar dan berdaun tumbuh keliling kerusi kedudukan Ibrahim itu dan di hadapan nabi Allaha Ibrahim terbit mata air itu pohon delima dan zibab dan anggur. Bermula kayu api yang keliling di bawah batu itu bernyala-nyala jua apinya terlalu tinggi nyalanya seperti firman Allaha Taa’laya Wa Aroadawaa Baha Kayadaa Fajaa’lanaa Hama Alaa Khosaroyana ertinya telah berkehendak mereka itu akan membinasakan Ibrahim maka jadikan mereka itu beroleh kehinaan sebab tiada sampai kehendak mereka itu.

Bermula raja Namrut a’layaha laa’nata pun memandang dari atas mahligainya maka di lihatnya nabi Ibrahim duduk di atas singgahsana daripada emas yang merah bertatahkan ratna mutu manikam dengan tirai kelambu dan berkeliling segala pohon kayu berbuah bergantungan buahnya dan suatu mata air, di sisi mata air itu pohon delima dan anggur zibab maka kata raja Namrut “Sungguhnyalah telah sia-sialah kerja yang kusuruh kerjakan akan berbinasakan Ibrahim itu. Hai segala bala tenteraku hendaklah kamu gugurkan keatas Ibrahim batu pengiling gandum yang besar itu”. Hataya di ambil mereka itu batu pengiling gandum di muatkan mereka itu keatas penyentak lalu di jatuhkan mereka itu keatas nabi Ibrahim lima ratus keping batu pengiling gandum maka di jadikan Allaha Taa’laya akan batu itu bergantung di atas kepala Ibrahim seperti awan maka turunlah daripadanya hujan maka jadi padam pula api itu olehnya.

Maka seorang menteri Namrut bernama Haman berdiri ia di bawah mahligai Namrut itu maka katanya “Ya tuhanku shah alam, adakah tuhanku melihat kelakuan Ibrahim di dalam api itu. Baik jua shah alam tanyai akan dia siapa jua yang menganugerahi akan dia kemuliaan yang demikian itu”. Hataya maka Namrut pun berseru-seru kepada Ibrahim katanya “Ya Ibrahim, bahawa tuhanmu yang amat baik memeliharakan akan dikau daripada bahaya api itu dan anugerahinya akan dikau kemuliaan dan berbagai-bagai nikmat dan di anugerahinya akan dikau Ibrahim. Bahawa keadaan dikau sepuluh khazanah daripada emas dan sepuluh khazanah daripada perak kuberikan akan dikau adakah beri akan daku yang di anugerahkan tuhanmu akan dikau daripada kelebihan dan kemuliaan yang indah-indah itu”. Maka sahut nabi Ibrahim “Hai Namrut, barang yang ada padamu itu ia jua yang empunya dan ia jua yang menjadikan dia” maka berkata Haman “Hai raja, apa ia ini bukanlah ia malaikat maka sebagaimana dapat ia kita seksa”.

Setelah Haman berkata demikian maka bunga api itupun terbang sedikit lalu kena pada tubuh Haman maka iapun hangus menjadi abu hingga rambut kainnya sehelai pun tiada tinggal dan anak Namrut naik keatas mahligai melihat kepada Ibrahim A’layaha Al Salama maka di lihatnya Ibrahim duduk di tengah api itu di atas singgahsana keemasan bertatahkan ratna mutu manikam yang indah-indah dengan tirai kelambu dan dua ekor burung Tarokas mengipas dia maka suatu mata air keluar dari sisi singgahsana itu dengan di keliling segala pohon kayu yang berbuah dan batu yang di suruh Namrut gugurkan keatas Ibrahim itupun menjadi seperti awan tergantung di udara.

Maka kata Namrut akan anaknya “Adakah kau lihat Ibrahim itu betapa ia” maka sahut anaknya “Telah hamba lihatlah akan kemuliaan Ibrahim tiada tertunu olehmu api itu dengan berbagai-bagai indah-indah ada padanya kulihat dan bahawa Haman di bawah mahligai kita ini pun telah hangus menjadi abu oleh terbang bunga api itu sedikit kepadanya. Hai bapaku, maka tuanku berdiam-diam ini tiada membicara akan kemuliaan Ibrahim yang di anugerahkan tuhannya akan dia. Bahawasanya tuhan Ibrahim itulah tuhan yang sebenarnya yang patut di sembah”. Setelah di dengar Namrut kata anaknya itu maka di panggil Namrut akan anaknya itu. Setelah ia datang maka di tanyai dengan berbagai-bagai kata yang jahat-jahat katanya “Apa tahumu hai kanak-kanak lebih pula aku membicarakan akan dia”.

Hataya maka anak Namrut yang bahagia itupun pergi mendapatkan Ibrahim hampir kepada api itu katanya Ya Ibrahim, sungguhnyalah tuhanmu jua yang amat kuasanya. Telah mengikutlah aku kepada agama yang sebenarnya itu maka ajarkanlah olehmu akan daku” maka sahut Ibrahim “Sebutlah olehmu Laa Alaha Alaa Allaha Abaroahayama Kholayala Allaha”. Hataya maka di ucap anak Namrutlah seperti pengajar Ibrahim itu. Setelah sudah ia mengucap shahadat itu maka Asalamalah ia maka sahut Ibrahim “Pergilah engkau mudah-mudahan yang sebaik-baik memeliharakan segala hambanya yang takut akan dia”.

Maka datanglah anak Namrut kepada bapanya maka ujarnya “Ya tuanku shah alam, mengapa maka shah alam tiada membawa iman kepada Ibrahim itu. Bahawa hambamu telah membawa imanlah kepadanya”. Maka kata Namrut “Tangkap olehmu ini maka penjarakan oleh kamu akan dia”. Setelah datang orang hendak menangkap dia maka datangkan suatu awan dari langit maka di gelembong oleh awan itu akan anak Namrut yang hendak di tangkap orang itu maka lalu di bawa ke tepi bukit Qaf. Kata Ahli Al Tafsir adalah ia sekarang berbuat ibadat kepada Allaha Taa’laya hingga datang hari kiamat.

Setelah di lihat segala kaum Namrut akan kemuliaan Ibrahim yang demikian itu maka datang setengah daripada mereka itu membawa iman kepada Ibrahim dengan berbuat takut ketahui Namrut akan halnya. Kelakian setelah empat hari lamanya nabi Allaha Ibrahim di dalam api itu maka padamlah api itu dan keluarlah nabi Ibrahim pergi pada bondanya maka di cium ibunya akan dia dengan tangisnya katanya “Sanya besarlah tolong tuhanmu akan dikau dari kecilmu datang kepada besarmu maka itupun suatu kurnia tuhanmu yang amat ajaib. Telah hairanlah segala manusia melihatkan halmu”. Maka kata Ibrahim “Bahawa hamba di titahkan Allaha Taa’laya pergi ke benua Sham” maka sahut bondanya “Mana titah tuhanmu itulah kau kerjakan kerana besar anugerahnya akan dikau”.

Hataya maka Azar pun datang daripada Namrut a’layaha laa’nata lalu ia duduk hampir anaknya Ibrahim A’layaha Al Salama maka kata Ibrahim “Hai bapaku, sembah olehmu Allaha Taa’laya bahawasanya ia jua tuhan yang esa tiada sekutu baginya. Apa gunanya yang engkau menyembah segala berhala yang tiada memberi manafaat dan mudharat akan dikau”. Maka sahut bapanya Azar “Hai anakku Ibrahim, kau suruh sembah tuhan yang tiada kulihat akan dia dengan kutinggalkan menyembah berhala yang di sembah oleh datuk nenek kita dahulu kala itu dan janganlah banyak katamu lagi akan daku”.

Maka kata Ibrahim “Hai bapaku, bahawa yang kusuruhkan sembah padamu inipun tuhan yang di sembah datuk nenekmu yang dahulu kala itu juga” kata Ibrahim akan bapanya seperti firman Allaha Taa’laya Wa Allaha Kholaqo Kama Wa Maa Taa’malawana ertinya ia jua tuhan kami bermula Allaha Taa’laya jua tuhan yang menjadikan kamu dan barang segala perbuatan kamu maka tinggalkan olehmu daripada menyembah berhala itu.
Maka sahut bapanya “Hai Ibrahim, janganlah engkau berkata genap dua kali lagi kepada aku dan enyahlah engkau daripada aku pada masa yang hampir ini. Jika tiada bonda engkau nescaya kusuruh rejam akan dikau dengan batu atau kubunuh akan dikau”. Maka sahut Ibrahim “Baiklah seperti katamu itu. Hendak pergilah aku ke benua Sham dan barang kemana tempat yang di titahkan tuhanku akan daku. Telah di ampun Allaha Taa’laya akan dikau ia jua tuhan yang amat mengasihani”. Demikianlah kata Ibrahim seperti firman Allaha Taa’laya Wa Maa Kaana Asataghofaarp Abaroahayama Laabayaha Alaa A’na Mawaa’data Wa A’dahaa Ayaaha ertinya tiada di istigfar Ibrahim akan bapanya itu melainkan janji yang di janjinya akan dia yakni jika membawa iman dan berbuat ibadatlah bapanya itu kepada Allaha Taa’laya. Maka bahawasanya adalah kepadanya ampun daripada Allaha Taa’laya dan jika ia di dalam kafir maka sanya tiadalah ampun Allaha Taa’laya akan dia.

Setelah sudah Ibrahim berkata-kata kepada bapanya demikian itu maka keluarlah ia dari negeri Kufah maksudnya hendak ke negeri Sham. Maka masuklah Ibrahim ke negeri Khozaana namanya maka di lihatnya orang di dalam negeri itu semuanya memakai kain yang baik baju yang baik maka pergilah mereka itu mengadap rajanya. Maka ujar Ibrahim kepada mereka itu “Ngapa maka kamu sekelian berhimpun-himpun dan kemana pergi kamu ini” maka sahut mereka itu “Bahawa raja kami ini ada seorang anaknya perempuan terlalu amat baik rupanya tiada berbagai pada masa ini. Beberapa anak raja-raja hendak meminang dia tiada di beri raja kami maka sekarang ia hendak memilih sendirinya barang kali berkenan kepada tuan puteri itu. Maka itulah yang di perkenankan raja kerana raja sangat kasihnya akan anaknya itu. Akan kata tuan puteri “Barang yang berkenan pada mataku ialah kuambil akan suamiku”. Akan sekarang tujuh hari tujuh malamlah sudah sahari-hari orang pergi kemudian maka seorang pun tiada di perkenankan di dalam antara orang banyak itu. Maka ujar Ibrahim A’layaha Al Salama “Aku pun pergi serta kamu hendak melihat segala kelakuan mereka itu” maka kata orang itu “Baiklah, marilah kita pergi. Marilah tuan pergi serta hamba”.

Sumber: Kitab Qoshosho Al Anabayaa

No comments:

Post a Comment