Pages

Friday 16 October 2015

PANDUAN MENGENAL DIRI (Bah.1)

Pengetahuan tentang diri adalah kunci pengetahuan tentang Allah, sebagaimana yang tertulis di dalam al-Qur’an: “Akan Kami tunjukkan ayat-ayat kami di dunia ini dan di dalam diri mereka, agar kebenaran tampak bagi mereka.” Tidak ada yang lebih dekat kepada anda kecuali diri anda sendiri. Jika anda tidak mengetahui diri anda sendiri, bagaimana anda dapat mengetahui segala sesuatu yang lain.

Jika anda berkata” “Saya mengetahui diri saya”- yang bererti bentuk luar anda; badan, muka dan anggota-anggota badan lainnya – pengetahuan seperti itu tidak akan pernah boleh menjadi kunci pengetahuan tentang Allah. Demikian pula halnya jika pengetahuan anda hanyalah sekadar bahawa kalau lapar anda makan, dan kalau marah anda menyerang seseorang; akankah anda dapatkan kemajuan-kemajuan lebih lanjut di dalam lintasan ini, mengingat bahwa dalam hal ini haiwanlah kawan anda?

Pengetahuan tentang diri yang sebenarnya, ada dalam pengetahuan tentang hal-hal berikut ini:

-Siapakah anda
-dari mana anda datang
-Kemana anda pergi
-Apa tujuan anda datang lalu tinggal sejenak di sini
-Di manakah kebahagiaan anda dan kesedihan anda yang sebenarnya berada

Sebahagian sifat anda adalah sifat-sifat binatang, sebahagian yang lain adalah sifat-sifat syaitan dan selebihnya sifat-sifat malaikat. Seseorang perlu dapat membezakan sifat-sifat ini dalam dirinya. Selagi anda tidak ketahui hal ini, tak akan anda temukan dimana letaknya kebahagiaan anda yang sebenarnya.

Pekerjaan haiwan hanyalah makan, tidur dan berkelahi. Oleh kerana itu, jika anda seekor haiwan, sibukkan diri anda dengan pekerjaan-pekerjaan ini. Syaitan selalu sibuk mengobarkan kejahatan, akal licik dan kebohongan. Jika anda termasuk dalam kelompok mereka, kerjakan pekerjaan mereka.

Malaikat-malaikat selalu merenungkan keindahan Allah dan sama sekali bebas dari sifat-sifat haiwan. Jika anda punya sifat-sifat malaikat, maka berjuanglah untuk mencapai sifat-sifat asal anda agar dapat  anda kenali dan renungi Dia Yang Maha Tinggi, serta merdeka dari perhambaan nafsu dan amarah. Juga mesti anda temukan sebab-sebab anda diciptakan dengan kedua sifat ini: mestikah keduanya menundukkan dan memerangkap anda, ataukah anda yang mesti menundukkan mereka dan – dalam kemajuan anda – menjadikan salah satu di antaranya sebagai kuda tunggangan serta yang lainnya sebagai senjata.

Langkah pertama menuju pengetahuan tentang diri adalah menyadari bahwa anda terdiri dari bentuk luar yang disebut sebagai jasad, dan wujud dalam yang disebut sebagai hati atau ruh.

Yang dimaksudkan dengan “hati” bukanlah sepotong daging yang terletak di bahagian kiri badan, tetapi sesuatu yang anggota-anggota lainnya sebagai alat dan pelayannya. Pada hakikatnya dia tidak termasuk dalam dunia kasar-mata, melainkan dunia maya; dia datang ke dunia ini sebagai pelancong yang mengunjungi suatu negeri asing untuk keperluan perdagangan dan yang akhirnya akan kembali ke tanah asalnya. Pengetahuan tentang wujud dan sifat-sifatnya inilah yang merupakan kunci pengetahuan tentang Allah.

Untuk melanjutkan perjalanan ruhaniah demi mendapatkan pengetahuan tentang diri dan tentang Tuhan,
-jasad boleh digambarkan sebagai suatu kerajaan,
- jiwa (ruh) sebagai rajanya
-berbagai panca indera dan anggota(fakulti)lain sebagai tenteranya.
-aqal boleh disebut sebagai wazir atau perdana menteri,
-nafsu sebagai pemungut cukai
-amarah sebagai polis.

Dengan berpura-pura mengumpulkan cukai, nafsu terus-menerus cenderung untuk merampas demi kepentingannya sendiri, sementara amarah selalu cenderung kepada kekasaran dan kekerasan. Pemungut cukai dan polis keduanya harus selalu ditempatkan di bawah raja, tetapi tidak dibunuh atau dilebihkan, mengingat mereka memiliki fungsi-fungsi tersendiri yang harus dipenuhinya.

Tapi jika nafsu dan amarah menguasai aqal, maka – tak dapat tidak – keruntuhan jiwa pasti terjadi. Jiwa yang membiarkan anggota-anggota lain yang lebih rendah untuk menguasai yang lebih tinggi ibarat seseorang yang menyerahkan seorang bidadari kepada kekuasaan seekor anjing, atau menghadiahkan intan berlian kepada seekor kera.

Penanaman sifat-sifat syaitan, haiwan ataupun malaikat menghasilkan watak-watak yang sesuai dengan sifat tersebut – yang di Hari Perhitungan akan diwujudkan dalam bentuk kasar-mata, seperti nafsu sebagai khinzir, ganas sebagai anjing dan serigala, serta suci sebagai malaikat. Tujuan disiplin akhlak adalah untuk memurnikan hati dari karat-nafsu dan amarah, sehingga bagaikan cermin yang jernih, ia memantulkan cahaya Allah.

Barangkali di antara pembaca ada yang akan berkeberatan, “Tapi jika manusia telah diciptakan dengan sifat-sifat haiwan, syaitan dan malaikat, bagaimana bisa kita ketahui bahwa sifat malaikat merupakan intipatinya yang sebenarnya, sementara sifat haiwan dan syaitan hanyalah peralihan belaka?” Atas pertanyaan ini, saya jawab bahwa intipati tiap makhluk adalah sesuatu yang tertinggi di dalam dirinya dan khas baginya.

Kuda dan keldai kedua-duanya adalah haiwan pengangkut beban, tetapi kuda lebih unggul dari keldai kerana ia dimanfaatkan untuk perang. Jika gagal dalam hal ini, ia pun termasuk ke tingkatan binatang pengangkut beban.

Fakulti tertinggi di dalamnya adalah aqal yang menjadikannya boleh merenung tentang mengenal Allah. Jika fakulti ini dominan dalam dirinya, maka ketika mati dia tinggalkan di belakangnya segenap kecenderungan kepada nafsu dan amarah, sehingga memungkinkannya berkawan dengan para malaikat.

Dalam hal pemilikan sifat-sifat haiwan, manusia kalah dibanding banyak haiwan, tetapi aqal membuatnya lebih unggul dari mereka, sebagaimana tertulis di dalam al-Qur’an: “Telah Kami tundukkan segala sesuatu di atas bumi untuk manusia” (QS 45:13). Tetapi jika kecenderungan-kecenderungannya yang lebih rendah yang menang, maka setelah kematiannya, dia akan selamanya menghadap ke bumi dan meninggalkan kesenangan-kesenangan duniawi.

Bersambung....

(Imam Al-Ghazali dslam kitabnya Kimia Kebahagiaan)

Sumber : ust Iqbal Zain

No comments:

Post a Comment